ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Gagasan Majlis Media Malaysia (MMM

Gagasan Majlis Media Malaysia (MMM)

Semak semula draf cadangan majlis media

DRAF cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia yang dikemukakan kepada kerajaan tahun 2001 hendaklah disemak semula secara berterusan. Ini bertujuan menghalusi beberapa peruntukan mengambil kira perkembangan pesat dalam tanggapan dan kredibiliti terhadap media kewartawanan di Malaysia sejak satu dekad kebelakangan ini, teknologi yang digunakan, isu integriti dan perlakuan beretika yang kian diketengahkan, serta ideologi terhadap kebebasan dan ekspresi yang diamalkan oleh masyarakat, kerajaan dan pengamal kewartawanan sendiri di Malaysia.

Saranan menggerakkan semula penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) oleh Datuk Zaini Hassan (Utusan Malaysia, halaman 10, 18 Mac 2011) dan gesaan supaya undang-undang kawal selia media dikaji semula oleh Datuk Chamil Wariya (21 Mac 2011) perlu diperhatikan dengan serius oleh semua pihak.

Chamil, Ketua Pengawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) itu memberi alasan bahawa ia untuk memastikan kewujudan MMM tidak dilihat sebagai satu kongkongan terhadap kebebasan media.

Sejak Draf MMM dikemukakan, umumnya fraterniti kewartawanan di Malaysia menganggapnya sebagai satu lagi lapisan kawalan ke atas wartawan. Ada yang menyatakan bahawa ia boleh di(salah)gunakan oleh editor dan pemilik media.

Beberapa pihak telah menyatakan kesangsian mereka terhadap idea satu majlis media sejak tahun 2001 lagi. Iklim kebimbangan masih menyelubungi pihak media. Terdapat kekhuatiran majlis media akan menjadi sebuah mekanisme mengetatkan lagi kawalan dan mempolitikkan lagi profesion kewartawanan. Isu-isu lain yang telah dibangkitkan ialah pembiayaan dan keanggotaan.

Dari segi keanggotaan misalnya, draf cadangan MMM menyatakan keanggotaan majlis ialah seramai 25 ahli termasuk pengerusi. Pengerusi hendaklah seseorang yang telah berkhidmat dalam jawatan yang tidak rendah dari Hakim Mahkamah Rayuan.

Seramai 24 ahli majlis yang dicadangkan ialah seperti berikut: editor dan wartawan (12 orang), dua pemilik/pengurus media, seorang pengurus 'agensi berita, seorang wakil persatuan/kesatuan kewartawanan'; dan lapan orang 'yang mewakili masyarakat awam/ikhtisas/badan bukan kerajaan.'

Ada juga yang menyatakan kebimbangan bahawa ahli parti politik boleh 'menyusup' masuk sebagai ahli. Mereka menolak penglibatan politik dari kalangan ahli majlis.

Namun demikian, bagi organisasi media kewartawanan, memang telah wujud kawalan, yakni kawalan tersirat dan tidak bertulis yang beroperasi di bilik berita, serta peraturan bertulis organisasi media itu sendiri.

Juga terdapat kawalan masyarakat dan politilk - dari segi jangkaan pembaca dalam pelbagai bentuk termasuk masyarakat sivil; industri dan pasaran, serta ideologi politik, dan kepentingan negara.

Ini tidak termasuk kawalan perundangan yang sedia ada yang nampaknya menjadi isu membantut penubuhan MMM. Namun isunya bukan semudah itu.

Minat dan hasrat menubuhkan satu majlis mengawal selia profesion kewartawanan di Malaysia telah wujud sejak 1973 lagi semasa zaman Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak lagi di mana sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh editor dan wartawan kanan ditubuhkan.

Sejak itu, pelbagai inisiatif diusahakan kearah melindungi wartawan serta meningkatkan piawai kewartawanan di negara ini. Inisiatif-inisiatif itu berhasrat membuka ruang aduan terhadap prestasi wartawan dan kewartawanan di Malaysia.

Selain dari mengemukakan sebanyak tiga kali sejak 2001 draf MMM it oleh MPI, idea menubuhkan majlis media itu dikemukakan pada tahun 1983 dalam kerangka dasar komunikasi negara. Pihak wartawanan tidak menyokongnya atas sebab-sebab yang sama seperti yang dinyatakan oleh Datuk Chamil.

Pada tahun 1989, satu pengumuman dibuat berkenaan penubuhan Organisasi Editor Akhbar (Organisation of Newspaper Editors - ONE). Ia bukan berhasrat berfungsi secara sepenuhnya sebagai majlis media. Umumnya, ONE bertujuan menggalakkan kebebasan akhbar dan menjadi saluran aduan. Selepas pengumuman itu, tidak kelihatan ONE mengambil langkah selanjutnya.

Satu lagi perkembangan ialah pada tahun 1989 di mana Tan Sri A. Samad Ismail mengumumkan Etika Kewartawanan Malaysia kepada para wakil organisasi media dan kewartawanan termasuk suratkhabar-suratkhabar utama, ONE, Kelab Akhbar Nasional (NPC), Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama).

Tatasusila itu berfungsi sebagai sebuah kod yang mengawal selia amalan kewartawanan di Malaysia. Mana-mana kod etika memerlukan satu pertubuhan untuk mentadbirnya.

Cadangan Draf MMM itu dicetuskan oleh beberapa peristiwa. Pertama, petisyen seramai 599 wartawan menggesa kerajaan memansuh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984). Mereka mencadangkan penubuhan sebuah majlis akhbar.

Pada masa yang sama Charter2000, yang dipimpin oleh Aliran Kesedaran Negara (Aliran) diasaskan untuk memperjuangkan kebebasan akhbar di Malaysia.

Draft yang telah dikemukakan itu mempunyai dua bahagian - perlembagaan dan struktur serta kod perilaku dan etika kewartawanan. Banyak isu telah dibangkitkan tentang kedua-dua bahagian itu.

Antaranya ialah oleh Inisiatif Wartawan, sebuah gabungan para wartawan. Pada tahun 2001, mereka telah mengemukakan sebuah memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asas Manusia Malaysia (Suhakam) menyuarakan mereka tidak puas hati dengan MPI kerana tidak merujuk frateniti kewartawanan sebelum draf itu dikemukakan kepada kerajaan.

Apa yang berlaku ialah apabila kerajaan meminta MPI mengkaji perkara penubuhan sebuah majlis media, MPI seterusnya mewujudkan sebuah jawatankuasa. Salah satu langkah awal jawatankuasa itu ialah menjalankan satu tinjauan di kalangan editor dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Usaha itu kendalikan oleh Prof. Mohd. Safar Hasim dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini Pengerusi MPI.

Antara objektif tinjauan itu ialah sama ada wujud keperluan menubuhkan majlis media di Malaysia, keanggotaan majlis itu dan bidang kuasanya. Sejumlah 30 peratus dari 100 tinjauan soal selidik dijawab dan dipulangkan. Hasilnya memberi gambaran positif kepada jawatankuasa bagaimana sesebuah majlis media itu dapat dikendalikan. Walaupun pulangannya tidak begitu tinggi, dari jumlah itu, sebanyak 93.3 peratus responden menyatakan bahawa majlis media perlu ditubuhkan.


Majlis Media: Semak integriti, piawaian kewartawanan

Bahagian Akhir

SETERUSNYA, jawatankuasa itu merujuk dan mengkaji beberapa majlis akhbar dan pertubuhan berkaitan seperti di Australia dan India.

Pertemuan juga diadakan untuk menggubal kod etika. Sebuah mesyuarat diadakan di MPI dan dihadiri oleh beberapa wakil wartawan termasuk Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), dan Persatuan Kewartawanan Melayu Malaysia (PWM). Selanjutnya, beberapa kod perilaku dan etika kewartawanan di negara-negara lain dikaji dan dirujuk.

Asas prosedur dan operasi sesebuah majlis akhbar ialah kod etika - sama ada majlis itu berstatus sukarela atau wujud secara statut melalui akta parlimen. Di Malaysia, terdapat beberapa kod etika kewartawanan seperti yang dianjurkan oleh NUJ, MPI sendiri serta lain-lain kumpulan kewartawanan.

Berdasarkan kepada kandungan Draf itu setelah ia dikemukakan, terdapat beberapa lagi perkembangan dalam menggerakan inisiatif itu, Pada bulan Ogos tahun 2002, Suhakam telah menganjurkan Bengkel tentang Kebebasan Media di mana Prof. Mohd. Safar telah membentang sebuah kertas kerja bertajuk Press Freedom and the Law: Finding a balance.

Pada Januari 2004, sebuah bengkel dianjurkan di bawah kelolaan Suhakam yang menghimpunkan para editor akhbar, wartawan dan penggiat masyarakat sivil untuk membincangkan penubuhan majlis media di Malaysia. Pihak media – industri dan profesion menolak. Sebaliknya pada masa itu Suhakam membuat keputusan menubuhkan Kumpulan Kerja Aduan Media (Media Complaints Working Group) sebagai langkah sementara.

Pada November 2008, sekumpulan wartawanan, editor dan penggiat masyarakat sivil, termasuk NUJ, NPC, All-Blogs, Persatuan Wartawan Sabah (Sabah Journalists Association) dan Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (Federation of Sarawak Journalists Association) telah menyuarakan kegusaran mereka dalam mesyuarat anjuran Kementerian Dalam Negeri.

Antaranya ialah kekurangan komitmen kerajaan menyemak semula undang-undang yang sedia ada. Dan sentimen para wartawan di Malaysia ialah PPPA hendaklah sama ada dimansuhkan atau disemak semula dengan tujuan memberi sedikti kelonggaran.

Ada juga yang menyatakan bahawa beberapa fungsi Kementerian Dalam Negeri seperti yang diperuntukan dalam PPA dialihkan kepada Majlis Media Malaysia.

Selain isu kurang kefahaman tentang falsafah, amalan dan pelaksanaan sesebuah majlis media, kumpulan itu juga menyentuh tentang media dalam talian yang pada mereka perlu di kecualikan bagi mana-mana cadangan majlis media Malaysia.

Kita boleh memberi alasan bahawa jika negara lain mempunyai sebuah majlis media, kita pun perlu wujud sebagai mekanisme yang sama. Ini bukan soal jika negara lain atau jiran kita Indonesia mempunyai mekanisme itu, walaupun di kalangan negara Asia Tenggara, Indonesia mempunyai tradisi mekanisme kawal selia kendiri kewartawanan yang paling lama. Kita boleh belajar sesuatu daripada mereka.

Kita berhadapan dengan isu mewujudkan satu mekanisme di mana wartawan dapat mengawal selia profesion mereka sendiri. Kita akur, keadaannya bukanlah mudah.

Walaupun kita boleh merujuk kepada profesion perubatan dan guaman dengan pertubuhan kawal selia mereka sendiri seperti yang terdapat pada Majlis Perubatan Malaysia dan Majlis Guaman, keadaan dan ciri amalan kewartawanan jauh berbeza.

Walaupun kita boleh pertikaikan bahawa kewartawanan ialah satu profesion seperti yang disebutkan tadi, ia amat ideologikal, membabitkan ekspresi dan kreativiti serta kedekatan dengan sistem politik dan kerajaan. Kewartawanan adalah integral kepada organ-organ politik sesebuah negara. Kewartawanan sendiri adalah organ politik.

Draf asal lebih mirip kepada kewartawanan cetak. Walaupun landskap media kewartawanan dan perkembangan teknologi memperlihatkan migrasi berita dari cetak ke dalam talian, dan sebaliknya, serta pertumbuhan blog dan portal berita dalam talian, implikasinya segi kawal selia dan peraturan adalah berbeza.

Bagi saya, dalam merangka kod perilaku dan etika kewartawanan (bersama dengan Prof. Mohd. Safar merangka tentang perlembagaan dan struktur) tumpuan diberi kepada media cetak, bukan dalam talian, walaupun rujukan boleh dibuat kepada media dalam talian.

Saya kira, perbincangan MMM perlu khusus kepada media cetak. Janganlah kita terburu-buru merangkumi media dalam talian, sedangkan media cetak (surat khabar dan majalah) adalah komponen kritikal dalam profesion kewartawanan. Ia masih lagi wujud dan akan wujud. Media cetak berganding dengan media baru, bukan digantikan olehnya.

Perilaku wartawan media cetak berbeza dengan penulis blog. Peruntukan yang terkandung dalam kod perilaku dan etika dalam draf MMM termasuk

· Peraturan Liputan

· Komentar Editorial

· Privasi

· Kaedah Pengumpulan Maklumat

· Perkauman, Agama dan Ektremisme

· Sumber dan Kerahsiaan

· Peraturan Akauntabiliti

Kod-kod kewartawanan yang ada di Malaysia kini menghadapi tiga masalah. Pertama terdapat beberapa kod. Kedua, tidak ada mekanisme yang menunjukkan perakuan kod itu di kalangan wartawan Malaysia; ketiga ia tidak ditadbirkan secara formal oleh mana-mana pihak; dan keempat, ia terlalu longgar dan dengan itu sukar dilaksanakan.

Perlu juga kita ingat, sesebuah majlis media itu bukanlah sebuah mahkamah, Ia sebuah tribunal dan tidak ada kuasa undang-undang sepertinya, Namun, terdapat beberapa cara perlaksanaan hukum yang boleh dibincangkan oleh pihak-pihat terbabit, seperti mengenakan denda dan menerbitkan keputusan.

Apa yang penting ialah melihat majlis sebegitu sebagai satu saluran aduan terhadap media sesiapa sahaja yang terbabit. Kini, aduan terhadap media diajukan kepada beberapa pihak termasuk Suhakam, surat khabar itu sendiri dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM mengawal selia televisyen, radio dan media dalam talian.

Saya menganjurkan cadangan majlis itu perlu dilhat semula dan digubal sebagai Majlis Akhbar dengan tumpuan kepada media cetak. Bertumpukan kepada usaha ke arah sebuah Majlis Akhbar lebih memudahkan proses. Perkara ini perlu diperhalusi.

Kini apa yang penting juga ialah soal-soal integriti dan piawaian kewartawanan di Malaysia. Dan ia ditentukan oleh wartawan sendiri jika kita perhatikan keanggotaan yang dicadangkan, Apakah piawaian kewartawanan kita tidak standing dengan negara-negara jiran, atau di rantau Asia? Dan ini membawa kita kepada ‘bahasa’ majlis akhbar itu sendiri.

Walaupun kita akur akan ideologi, sistem media dan kecenderungan surat khabar di Malaysia, semua pihak hendaklah akur bahawa dalam prosedur Majlis Akhbar di Malaysia, ruang bagi istilah dan maksud seperti ‘media/akhbar aliran perdana’ atau ‘surat khabar pembangkang,’ ‘akhbar tabloid,’ dan ‘akhbar alternatif’ tidak boleh wujud. Majlis akhbar adalah satu badan berkecuali.

PROF. A. MURAD MERICAN,

Jabatan Pengurusan dan Ilmu Kemanusiaan,

Universiti Teknologi Petronas

Utusan Malaysia 28 Mac 2011

Hamza Yusuf on Imam Al Ghazali - 1 of 3

Hamza Yusuf on Imam Al Ghazali - 3 of 3

Hamza Yusuf on Imam Al Ghazali - 2 of 3

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN STRATEGIK

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN STRATEGIK

1. PODSCORB

P= PERANCANGAN (PLANNING)

O= PENGORGANISASIAN (ORGANISING)

S= PENGAMBILAN KAKITANGAN (STAFFING)

D= PENGARAHAN (DIRECTING)

C= PENYELARASAN (COORDINATING)

R= PEMAKLUMAN /LAPORAN (REPORTING)

B= PENETAPAN BELANJAWAN (BUDGETING)

2. PERANCANGAN

i) Mendefinisikan Misi dan Visi

Jangka Pendek / jangka Panjang

Nilai-nilai bersama

Bersifat futuristik

ii) Pendekatan Perancangan

Pengurusan menerusi Objektif

Pengurusan menerusi hasil

Kearah kecemerlangan

iii) Perancangan strategik

Tapisan persekitaran

Analisis sumber dalaman

Analisis risiko

Penentuan arah tujuan

iv) Membuat keputusan

Penyiasatan

Menimbangkan alternatif-alternatif

Menilai alternatif-alternatif

Memantau keputusan

v) Penyelesaian keputusan

Mengenalpasti masalah-masalah

Analisis SWOT

a) Kekuatan (S)

b) Kelemahan (W)

c) Peluang (O)

d) Ancaman (T)

Analisa ‘Tulang Ikan’

3. PENGORGANISASIAN

I) Satu sistem kompleks

Individu lwn prganisasi

Bahagian-bahagian lwn kesemua (wujud dualism)

ii) fungsi organisasi

organisasi pengeluaran

organisasi matriks

organisasi tak rasmi

iii) Kemahiran-kemahiran mengorganisasi

Mempericikan tugasan /aliran kerja

Penyalarasan diantara kakitangan

Membina sistem bagi perkemaskan perlaksanaan tugasan

Menurunkan kuasa dalam penugasan

Komunikasi berkesan

iv) Organisasi pembelajaran

Keinginan yang tinggi

Keterbukaan

Kreativiti

Kesebatiaan

V) Pendekatan Kawalan

Kawalan diri

Kawalan secara kumpulan

Kawalan berkala

Aturan / Prosedur

Pemerhatian secara peribadi

Vi) Bentuk kawalan

Belanjawan

Kewangan

Audit

Kualiti

Vii) Tanggungjawab Sosial dan Etika

Harapan yangmeningkat

Tanggungajawab sosial korporat

Piawaian etika

-Etika yang diinstitusikan

- Relatif etika

Etika situasi

Etika professional

Memantapkan prestasi etika

Nilai pengurusan lwn kelakuan peribadi

Budaya korporat lwn etika

4. PENGAMBILAN KAKITANGAN

i) Pengurusan sumber manusia

- Proses dan perancangan

- Orientasi atau sosialisasi

- Pemikiran lateral

- Kaizen

- Ketepatan masa

- Lonjakan paradigma

- Kompetensi istemewa

- Kelebihan persaingan

- Peagrikaryasaan

- Jalinan strategik

- Pengurusan ilmu

- Kebijakan emosi

- Kepimpinan berlandaskan prinsip

- Tinggi teknologi, tinggi budibahasa

- Model penilaian 4c

- Kecekapan

- Iltizam

- Keselarian

- Keberkesanan kos

ii) Hubungan Kemanusiaan

Hungan horizontal

Hubungan pekerja

Penurunan kuasa

Pengurusan secara penglibatan langsung

Pengurusan secara usahasama

iii) Pengurusan kumpulan Pengurusan konflik

Membentuk tata kelakuan organisasi

Membendung pergeseran

Memupuk kesepaduan

Menerapkan semangat kerja berpasukan

Semangat kerja pasukan

Menyemai benih

Merangsang semangat

Menghayati

Mengamalkan

iv) Pengurusan Konflik

Konflik perseorangan

Komunikasi antara perseorangan

Rundingan

Mengurus tentangan

Pendidikan dan komunikasi

Penyertaaan dan penglibatan

Penyesuaian

Rundingan dan peresetujuan

5. PENGARAHAN/KEPIMPINAN

i) 3 Proses utama

Berwawasan: menetapkan halatuju kearah pencapaian matlamat

Menyatupadukan: mendapat sokongan petugas

Membangkitkan inspirasi dan motivasi: Meningkatkan usaha petugas

ii) Pengurusan idea (mengurus modal intelektual)

Mencetuskan idea

Memperjelas dan mempericikan idea

Mencari idea alternatif

Menentukan idea realistik dan boleh dilaksanakan

Menilai idea secara kritikal

Mengalakkan perkongsian maklumat

Melibatkan orang lain mencari idea

Memandu idea bercanggah kearah muafakat

Mencungkil bakat

Memanfaatkan tenaga fikiran

Merangsang kreativiti

iii) Kemahiran membina semangat

Memberikan perhatian

Menatakan penghargaan dan pujian

Menyeliakan runag untuk memajukan diri

Mengambil berat dan prihatin

Bina kepercayaan

Memupuk keharmoniaan

Melindungi hak

Mengamalkan komunikasi terbuka / dua hala

Kaunseling

iv) Kemahiran membentuk kedinamikan kumpulan

Menghayati visi dan misi

Menetukan objektif

Melindungi ahli tertekan

Memberikan perhatian

Kecenderungan

Peka

Mengiktiraf

Melibatkan dalam perancangan

Menggalakan

Mengawal penyelewengan

Menetapkan agenda

Menguasa hala tuju

Memupuk hubungan mentor

v) Mengurus Perubahan

Bersikap responsif/penyesuaian

Kemampuan meramal / sentiasa belajar mendahului perubahan

Meneliti persekitaran

Mengaitkan matlamat dengan perancangan

Terus berusaha teroka idea baru

Perubahan

Multiculturalisme

Lonjakan paradigma

Kepimpinan tarnsformasi

Barakah Burdah al-Bushiri di Chechnya

Barakah Burdah al-Bushiri Di Chechnya

(Petikan temuramah Majalah 'The Muslim'* dengan Aslan Mashkadov, Presiden Chechen yang disiarkan pada tahun 1999. Tajuk artikel ini ialah "Zikrullah, Sumber Kekuatan Jihad)".

Presiden Aslan Mashkadov bertanya: "Tahukah anda berapa orang tentera kami semasa kami menumpaskan Russia? Jumlah keseluruhan tentera Mujahidin tidak lebih dari 4,000 orang di seluruh Chechya. Hanya 837 Mujahidin sahaja berada di Grozny, ibu kota Chechya. Tentera Russia yang mengepung Grozny berjumlah 12,0000 orang! 837 Mujahidin telah menewaskan 12,0000 orang tentera Russia!"

Beliau terus bertanya: "Bagaimana ini boleh berlaku? Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa dengan bantuan Allah, SubhanalLah, sekecil manapun jumlah kamu, kamu boleh mengalahkan ribuan dan ribuan orang kuffar."

Sambung beliau: "Tahukah kamu kenapa kami begitu berjaya, mengalahkan tentera Russia dengan hanya sejumlah kecil tentera? Islam datang kepada kami di Chechya, Daghestan, Russia dan Tataristan serta negara-negara di sini melalui kaum sufi. Dan Islam telah terpelihara semasa zaman Komunis dari generasi ke generasi dalam masa yang panjang adalah kerana Tasawuf. Tahukah kamu bagaimana ia dipelihara? Melalui zikrullah dan selawat ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam. Kami ini kaum Qadiri dan Naqshabandi di Chechya. Sebelum kami bertolak ke mana-mana medan tempur, kami akan duduk dalam bulatan dan mengalunkan Qasidah Burdah Al-Bushiri. Kami mengalunkannya dalam satu suara, dengan KUAT – kamu akan mendengarnya sebagai satu suara, kemudian kami akan berselawat kepada Nabi sallaLalhu alaihi wassalam, kemudian zikir, kemudian kami akan keluar dan berperang, dengan barakah selawat-selawat ini ke atas Nabi sallaLlahu alaihi wassalam, dan zikrulLah ini."

Oleh :
Ustaz Badrul Hisam Zakaria
Mudir Ribath Tok Pauh, K. Terengganu

· * Ketahuilah diberi kemenangan oleh Allah taala adalah melalui Rasulullah SAW, justeru punca bagi segala-galanya adalah hub Nabi SAW dan juga hadam agama denganya. Islam tanpa Nabi tiadalah guna almafhum dari maksud kalimah Syahadah...