Salsilah dan sanad

Peri pentingnya memahami peranan dan pengertian salasilah sebelum dan sesudah menghayati sesuatu Tariqat
oleh Fakir Amal

Bila di sebut Tariqat maka Mursyid adalah perkara yang amat mustahak. Tariqat ialah perjalanan menuju Allah Ta’ala manakala mursyid lah yang memimpinnya ke arah tujuannya itu. Kalau Tariqat di ibaratkan sebagai sampan manakala Mursyid pula di ibaratkan sebagai nakhodanya yang memimpin haluan sampan tersebut. Kedudukan Mursyid di dalam sesebuah jamaah tariqat tidak keterlaluan faqir katakan adalah ibarat nyawa bagi sebuah jasad. Tidak hairanlah ada ahli sufi yang berpendapat : “Rahsianya(intipati perjalanan tariqat) itu adalah pada masya’ih bukannya pada zikir”. Dan berkata Syeikh Tajaldin Naqsyabandi dan perkataan ulama-ulama sufi yang lain juga ada menyatakan senada dengannya iaitu : “Barang siapa tiada baginya syeikh(guru mursyid) maka syaitanlah syeikhnya”. Perkataan di atas merujuk kepada guru kerohanian iaini yang menjalani jalan tariqat keruhanian.
Kepentingan mursyid di dalam perjalanan keruhanian juga samalah dengan orang yang menunjuk jalan dan sudah mahir dengan perjalanan itu memimpin jalan bagi orang yang belum pernah berjalan ke destinasi tersebut bahkan tiada tahu seluk beluknya maka mengikuti arahannya serta mempercayainya adalah suatu kemestian. Maka dalam menentukan keabsahan dan keesahan terhadap kepakarannya dalam seluk-beluk perjalanan amat mustahak di teliti supaya terselamat daripada bahaya kesesatan samada bagi pihak pengikut mahupun dirinya sendiri.
Dalam menentukan keesahan atau kebenaran seseorang mursyid mengikut adab syariat dan adab tariqat terdapat beberapa perkara pokok. Cuma yang ingin faqir ketengahkan ialah peranan salasilah tariqat kerana ianya sering dilupai oleh kebanyakkan orang mungkin di kaburi atau dilupai oleh cerita-cerita kiramah seseorang yang dianggap mursyid itu atau terlalu terpengaruh dengan rupa atau cerita wara’ atau kealiman dan sebagainya. Bukan faqir maksudkan wara’ dan alim itu tidak penting ianya juga penting tetapi yang paling kurang di lihat dan di teliti ialah tentang sanad salasilah Tariqat guru tersebut.
Banyak peristiwa pincang yang berlaku dalam sesuatu jamaah Tariqat sebenarnya berpunca daripada masalah ini. Kebanyakkan ahli tariqat yang faqir jumpa juga sering meringan-ringankan perkara ini. Faqir kurang pasti mengapa tetapi yang nyatanya dari sebab ini lah berlaku perselisihan , perpecahan , penyelewengan , dakwa mendakwa.Dan timbul –lah persoalan iktiraf dan tidak iktiraf dan akhirnya menjurus kepada persoalan mencari ganti syeikh yang tak habis-habis di persoalkan siapa pengganti sebenar ? Ianya juga berpunca dari masalah kejahilan dan masalah mazmumah di dalam hati yang belum selesai dan syaitan memang suka mengocah persoalan ini agar hancur organisasi sesebuah jamaah Tariqat. Sebab itu faqir mengingatkan diri faqir sendiri dan semua sahabat-sahabat faqir di sini (BSC) agar di tentukan susur galur salasilah Tariqat sebelum mahupun sesudah menghayati sesuatu amalan tariqat.
Faqir berpendapat mungkin seseorang yang ingin bertariqat mungkin kurang di dedahkan atau tak tahu menahu kepentingan peranan salasilah. Sedangkan berguru tariqat yang tidak bersambung salasilahnya dengan ulama-ulama asalnya sehingga bersambung dengan Rasulullah s.a.w. hukumnya haram kerana terputus wasilah dalam menyampaikan matlamat.Sebab itu bukan mudah untuk kita berguru dengan seseorang kecuali telah di buktikan bahawa guru yang kita anggap sebagai guru itu memiliki sanad salasilah tariqat yang mutashil(bersambung) sehingga Rasulullah s.a.w. di samping kita melihat kepada faktor-faktor lain yang selari dengan adab syariat dan adab tariqat.
~~~~~ o O o ~~~~~
Apakah yang di maksudkan dengan salasilah tariqat dan mengapa salasilah tariqat itu penting ?
Seseorang yang di anggap mursyid ialah seseorang yang telah berguru sebelumnya dengan gurunya terdahulu dan sehinggalah bersusun sampailah kepada tabi’in kepada sahabat dan akhirnya bertemu kepada Rasulullah s.a.w. dan mestilah di dokumenkan dalam bentuk bertulis dan di sahkan oleh gurunya yang terdahulu dengan ‘memberi izin’ bagi menjalankan atau menyebarkan tariqat tersebut serta mahsyur sanadnya mengikut adab tariqat.
Salasilah ini penting kerana beberapa sebab iaitu :
i. bagi menentukan seseorang murid menerima keberkatan (kesan ruhaniah) atau limpahan ruhani yang bersambung dengan syeikhnya itu terus bersambung sehinggalah persambungannya itu benar-benar dari puncanya yang sebenar dan teratasnya iaitu Rasulullah s.a.w. Sekiranya salasilahnya terputus atau tiada memiliki sanad salasilah yang sah maka bagaimana seseorang itu dapat menerima limpahan keberkatan imdad bir ruhaniah dari segala masya’ih yang terdahulu sehingga Rasulullah s.a.w yang dengannya menyampaikan kita kepada jazbah fillah(tarikan kepada Allah iaini zuk fana’fillah dan baqo’billah).
ii. Bagi yang terputus wasilah ruhaniahnya maka terputuslah apa yang di panggil rabithah mursyid(pertalian mursyid).Jika tiada baginya rabithah mursyid maka tiada terpelihara perjalanannya itu daripada tercedera terhadap gangguan musuh-musuh bathin seperti iblis, syaitan jin dan segala perkara yang membahayakan perjalanan ruhaninya khususnya dalam meniti perjalanan di alam malakut.Sebab itu kita dengar bahaya-bahaya penipuan di alam ruhani yang sering kita dengar seperti membesarkan diri mengakui diri sudah capai ke mertabat wali,mertabat sultanul auliya, sudah dapat tahap yang tinggi dan suka menggelar diri , taa’sub , sudah pandai menilik dan di katanya sudah dapat kasyaf , pandai mengubat kerana sudah disangkanya dapat maunah dan akhirnya melalutlah kepada gila dan sebagainya. Sedangkan rukun bagi seseorang mursyid atau khalifah itu ialah sangat merendahkan diri (tawadhu’) bagaimana pula dia nak mengaku dirinya lebih atau macam-macam lagi.Satu perkara lagi sifat orang yang terputus sanadnya suka kondem orang lain yang nyata kondemnya itu tidak jujur dan terlalu taasub dengan amalannya saja kononnya amalannya yang sah , betul dan orang lain itu semuanya tak betul kalau betul pun tak sempurna macam dia punya. Sebenarnya 2 perkara ini selalu dilakukan bagi orang yang lalai dalam zikrullah atau memang sudah ada cacat dalam perjalanannya.
iii. Sebagai bukti atau hujjah yang sah bahawa seseorang itu mendapat izin dari syeikhnya yang terdahulu bagi menyebarkan ajaran tariqatnya itu kerana sanad salsilah yang mahsyur dan mutashil dengan Rasulullah s.a.w. itu seumpama otoriti yang sangat berwibawa tanpa dapat di pertikaikan lagi dari sudut keizinan dan kelayakannya dalam memimpin murid.Dan inilah adab yang amat penting dalam tariqat.
iv. Salasilah juga adalah suatu keesahan yang menyatakan bahawa tiada berlaku perubahan atau pindaan atau saduran darihal penyampaian ilmu Tariqat itu sendiri dan lazimnya salasilah ini di kepilkan bersama ajaran-ajaran,adab-adab serta segala keterangan maqam-maqam zikir tariqat yang di rekod bersama dari turun temurun supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan atau di ciplak dari mana-mana ajaran yang bertentangan dengan asal .
~~~~~ o O o ~~~~~
Pesanan Ulama sufi yang muktabar dalam kepentingan mengetahui salasilah tariqat .
1. Kata Syeikh Amin Kurdi dalam kitabnya Dhiya’ul Iman :
“Ketahuilah bahawa seorang murid di jalan Allah yang mahu bertaubat dan menghilangkan sifat kelalaiannya wajiblah ia mencari seorang syeikh yang ada di zamannya. Iaitu seorang yang sempurna suluknya(perjalanannya) syariat dan haqiqat mengikut Al Qura’an dan Al Hadis juga sentiasa berpandukan para Ulama hingga sampai ke maqam ar-rijalul kamal. Syeikh itu telah sampai kepada keredhaan Allah dan suluknya juga adalah di bawah pimpinan seorang mursyid yang mempunyai persambungan salasilah hingga ke nabi s.a.w. Ia juga mestilah telah mendapat izin dari syeikhnya untuk menyampaikan ajarannya kepada orang lain. Ia juga mempunyai ilmu dan makrifah yang benar dan bukan jahil dan bukan kerana di dorong oleh keinginan nafsu dirinya.Oleh yang demikian syeikh yang arif yang mempunyai persambungan salasilah itu adalah merupakan wasilah kepada Allah bagi seseorang murid itu. Syeikh itulah juga merupakan pintu menuju kepada Allah yang akan di lalui oleh murid itu. Sesiapa yang tiada mempunyai syeikh yang memimpin dan mengasuhnya maka syeikhnya adalah syaitan”.
2. Katanya lagi :
“ Tidaklah boleh seseorang itu membuat bai’ah dan memimpin para murid kecuali setelah ia mendapat tarbiyah dan ke izinan mursyidnya seperti yang di tegaskan oleh para masya’ih. Orang yang berbuat kerja demikian itu padahal ia bukan ahlinya yang sebenar , akan lebih banyak merosakkan dari memberi kebaikan. Ianya akan menanggung dosa sebesar dosa seorang perompak kerana ia telah memisahkan murid dari syeikh yang arif sebenarnya”.
3. Berkata Syeikh Amin Al Kurdi dalam kitab Dhiya’ul Iman fi Thariqah Ar Rahman pada membicarakan kepentingan salsilah iaitu:
“Adalah sangat wajar bagi para murid di jalan Allah itu untuk mengetahui salasilah para syeikh mereka itu hingga sampai kepada nabi Muhammad s.a.w. Bila kedudukan syeikh mereka jelas dan benar ada persambungan salasilah hingga kepada nabi s.a.w. maka jika para murid itu mahu mendapatkan pertolongan limpahan ruhaniah dari syeikh mereka itu mereka akan berhasil apa yang dimaksudkan . Orang yang salasilahnya tidak bersambung hingga kepada nabi s.a.w. maka orang itu adalah terputus dari limpahan ruhaniah tersebut. Oleh itu orang itu bukanlah menjadi waris bagi Rasulullah s.a.w. dan TIDAK boleh di ambil bai’ah dan ijazah daripadanya”.
4. Kata Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni di dalam kitab Madarijus Salikin :
“Hei para murid ! Semoga Allah memberkan keredhaan Nya kepada kami dan kamu. Sesungguhnya orang yang tidak mengetahui bapanya dan datuknya di dalam jalan ini (ilmu Tariqat) ,maka ia adalah buta. Mungkin jua orang yang tersebut di nasabkan(di binkan) kepada orang lain yang bukan bapa sebenarnya. (jika begitu) maka bermakna ia termasuk ke dalam apa yang di sabdakan oleh nabi s.a.w. : ‘Allah melaknat orang yang dinasabkan kepada orang lain yang bukan bapanya yang sebenar”.
Maksud bapa dan datuknya ialah para guru-guru yang terdahulu (para masya’ih) kerana guru mursyid kita ialah bapa ruhani manakala guru kepada guru kita adalah datuk ruhani kepada kita sehingga lah seterusnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. iaitu sumber segala ruhani iaini benih sekelian alam dan induk rahmat Allah Ta’ala dengannya melimpah sekelian rahmat Allah atas setiap kejadian.
5. Kata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dalam kitabnya Sirrul Asrar :
“Syeikh Abdul Qadir Al Jilani berkata : Sahabat r.a. adalah ahli jazbah(ahli tarikan bathin) kerana kekuatannya menemani nabi s.a.w. Tarikan bathin tersebut menyebar kepada syeikh-syeikh tariqat dan bercabang lagi pada salasilah yang banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada kebanyakkan umat, yang tinggal adalah orang-orang yang meniru-niru sebagai syeikh tanpa makna kedalaman dan tersebarlah kepada ahli-ahli bid’ah”. Ini menunjukkan ‘karan’ atau jazbah fillah akan turun kepada kita melalui susur jalur salasilah tariqat.
6. Kata Syeikh Abdul Qadir Al - Jilani lagi :
“Bagaimana cara menentukan Tasawuf yang benar ? Caranya dengan dua macam : (Pertama) lahiriahnya(Kedua) Bathinnya.Lahiriahnya memegang teguh pada aturan syariat dalam perintah mahupun larangan.Bathinnya mengikuti jalur suluk dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang di ikuti adalah nabi s.a.w. dan nabi s.a.w. merupakan perantara antara dia dengan Allah.Dan antara dia dengan nabi adalah ruh ruhani Nabi Muhammad s.a.w. yang mempunyai jismani pada tempatnya dan ruhani pada tempatnya, sebab syaitan tidak akan menjelma menjadi nabi dan itu merupakan isyarat pada orang – orang salikin agar perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta. Pada fasal ini terdapat tanda-tanda yang sangat halus untuk membezakan mana golongan yang benar dan yang salah , yang tidak dapat di temukan kecuali oleh ahlinya”.
Maksud di atas ialah bagi menentukan tasawuf yang benar ialah zahirnya mengikut syariat dan bathinnya mengikut jalur suluk (iaini perjalanan yang berantai salasilah sehingga berakhir kepada nabi s.a.w.) supaya hingga jelas hati murid mempertemukan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan Nabi sebagai washitah(perantara) yang menyampaikan kepada Allah iaini makrifat terhadap Allah dengan sebenarnya.Kerana jika terputus salasilah bereti terputuslah wasilah dan akibatnya akan kelirulah perjalanannya dan payahlah seseorang itu membezakan dapatan ruhaniah yang haq dengan yang bathil kerana perkara ini amat lah halus lagi sukar.Jangan di kata cahaya itu lah diri dan jangan disangka bayang itulah sebenar.Jangan dikata zuk itulah muktamad kerana syaitan masih boleh memberi kan rasa zuk dan segala pembukaan yang palsu ! Maka berlindunglah kita kepada Allah dari segala tipudaya makhlukNya.Maka tiada yang mengetahuinya melainkan ahlinya yang berjalan mereka itu mengikut akan mengikut orang yang mengikut akan nabi s.a.w. pada zahir (syariat)dan bathinnya(rabithah ruhaniah yakni tariqat yang menyampaikan haqiqat).Bak kata perpatah : Jauhari jua yang mengenal manikam.
~~~~~ o O o ~~~~~
Rumusan Justru itu hendaklah kita fahami bilamana di katakana ‘Tariqat’ maka disana ada di dalamnya beberapa perkara yang tidak terpisah ibarat ‘irama dan lagunya’ iaitu :
1. Mursyid berkait dengan 2. salasilah dan keizinan berkait dengan 3. rabithah ruhaniah(pertalian) berkait dengan 4. adab-adab berkait dengan 5. zikir dan maqam-maqamnya berkait dengan 6. muraqabah dan musyahadah terhadapNya
Kesemuanya ini adalah wasilah pokok dalam Tariqat dan keenam-enam inilah di panggil ‘Tariqat’. Ke enam-enam perkara di atas juga ada yang di zahirkan dan di dokumentasikan dan ada yang di bathinkan iaini tidak di nyatakan atau tidak di dokumentasikan khusus yang berkait dengan dapatan atau penemuan ruhaniah yang menjadi adab supaya tidak dinyatakan. Namun perkara seperti salasilah dan ke izinan adalah perkara yang wajib di nyatakan supaya di ketahui akan nasab ruhaniahnya dan supaya tidak kita di anggap anak yang tiada bernasab seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Wahab Asy Syaroni r.h dan yang lebih di takuti kita menyeleweng dari usul dan kaedah kaum sufi secara tidak kita sedari.
Tidak ada keringanan dalam perkara salasilah ini , jangan pula ada pihak yang berkata salasilah ini tak penting yang pentingnya ialah haqiqatnya atau makrifatnya. Jika ada pihak yang berkata begitu ;terus segera tinggalkan orang itu kerana orang itu telah mengajar suatu pemahaman yang tidak betul yakni menyalahi usul mengikut kaum sufi. Kerana bagaimana buah itu lahir tanpa pokok dan benihnya ? Sebab itu kata Ulama sufi : “Barangsiapa menyalahi ushul maka diharamkan dia daripada wushul(sampai kepada makrifat Allah Ta’ala dengan makrifat sebenarnya)”. Iaini barang siapa menyalahi perkara-perkara yang telah di sepakati oleh kaum sufi maka terlerai dia daripada jalan mereka.Bersama kita berlindung dengan Allah Ta’ala daripada bahaya-bahaya ini dan tipudaya makhlukNya.
~~~~~ o O o ~~~~~

Nufus


Kenalilah diri kita...sebelum kita mengenali orang..
Catatan aku sebelum² ini telah banyak membicarakan tentang tarekat dan tasauf..apakah motifnya dan tujuannya...inilah yang saya ingin memberi gambaran agar kita mengenali diri kita...mengetahui penyakit hati kita yang berpenyakit secara batin..ramai yang tidak mahu belajar tentang diri sendiri dan mengkaji dengan mendalam..sudah menjadi tabiat kita lebih suka membicarakan tentang diri orang lain?umum mengetahui ilmu tasauf adalah membicarakan tentang diri sendiri..kita tidak mahu abik tahu dan cuba mengatasinya agar hati kita lebih bersih dan suci untuk berhadapan dengan Allah s.w.t.. Perkara pokok ilmu tasauf adalah membincangkan Soal Hati kita untuk kembali ke ketempat asal iaitu bersih dan suci seperti kita baru dilahirkan ke dunia...Sekali lagi saya ingin kongsikan bersama kalian apa yang saya telah dapatkan dari si Lebah...so,hari ini saya ingin membuat tawaran kepada yang ingin membeli tanpa bayaran sesen pun..! Kenapa sukar untuk kita mendalami dan mengambil tawaran percuma ini demi kebaikan kita sendiri...demi anak cucu kita sendiri... Kita sebenarnya tahu kenapakah sesuatu kerosakan di atas muka bumi ini adalah berpunca daripada tangan kita sendiri...bermacam² penyakit parah telah keluar...pemimpin tidak adil...hiburan dunia begitu melampau..anak remaja kita hilang kawalan...sakit mental dan sebagainya.. Semakin maju kehidupan dunia sebenarnya semakin banyak penyakit zahir...semakin maju dunia ini semakin dekat kepada kehancuran sebenarnya...punca dan hasilnya daripada perbuatan penduduk dunia sendiri..so..fikir²kanlah agar kita dapat menghadirkan diri di hadapan ALLAH dengan hati yang suci dan hati yang tidak berpenyakit atau SALIM..Jelas dalam Al-Quran..Dimana suatu hari tidak bermanfaat lagi harta dan anak² kecuali kita berhadapan kepada ALLAH dengan hati yang sihat dan baik daripada penyakit dari segi batin.. Sekiranya kita mengikari tentang roh dan penyakit² ini maka kenapa pula kita tidak mengingkari tentang elektrik yang menyalakan lampu ?Kenapa pula kita tidak mengingkari bahawa komputer dijangkiti virus tertiba rosak sehingga tidak berguna lagi.. NAFSU, walaupun selalu mendapat cacian, namun selalu pula diikuti… Suatu hal yang sering dipandang cela oleh umat manusia… padahal Nafsu itu berasal kata dari Nafis (bahasa arab) yang bererti: Sesuatu yang berharga… Sesuatu yang bernilai istimewa…. Sesuatu yang senantiasa harus dijaga. Sesungguhnya, Nafsu (diri / jiwa) seorang manusia sangatlah berharga… lebih mahal dari seluruh kekayaan dunia… Sayangnya, tak semua menyedarinya. Manusia tercipta, dan dapat hidup oleh dua kekuatan… Roh dan Jasad… Sumber Roh adalah langit… sementara Jasad bersumber dari bumi… Kerana Jasad terbina dari bumi maka segala yang perlukan ada di bumi… beras, gandum, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan, rempah-rempah, air… So,Jasad dapat hidup dengan bumi itu sendiri… dan akhirnya, Jasad pun kembali ke bumi… bersatu dengan sumbernya lagi. Sedangkan Roh yang bersumber dari langit… ia pun mendapatkan segala yang ia diperlukan demi ketahanan hidupnya dari langit… bukan dari bumi… lalu akhirnya, ketika dua kekuatan itu berpisah… Jasad kembali ke bumi… sementara Roh… kembali ke langit. Jasad dapat dilihat, segala keperluanya pun dapat terlihat dan dikonsumsi secara zahir. Sedang Roh tak dapat dilihat maupun disentuh dengan pancaindera apapun… maka… kebutuhan pokoknya pun tak dapat dilihat, namun dapat dikonsumsi dari sumbernya sendiri iaitu langit… Ketika seorang bayi senyum sorang2 di usianya yang tersangat muda, kita sering mengatakan bahawa mala'ikat sedang bermain dengannya, itu memang benar, sebab bayi tersebut masih suci… tak ada noda sedikitpun di kalbunya… jernih sejernih-jernihnya.Sebelum mereka berumur 2 tahun atau sebelum mereka dapat bercakap... Kerana kalbu/hatinya yang suci itu mengandung NAFSU… Nafsu itulah yang membuatnya mulia… ialah Nafsu Kamilah… ialah Nafsu Zakiyyah… ialah Fithrah. Sebuah titisan dari sinaran cahaya Rasul saw. yang dibawa oleh seluruh manusia yang lahir di muka bumi ini… "Kullu mauludin yuladu alal-fithrah" Setiap manusia lahir dengan membawa cercahan cahaya Rasul saw. dalam hatinya (Fithrah), iaitu Nafsu Zakiyyah atau Nafsu Kamilah… ialah agama islam yang semurni-murninya. Allah swt. berfirman: "Wa'lamu anna fikum Rasulallah" Ketahulilah bahwa dalam dirimu itu ada Rasulullah [utusan allah]… ialah Fithrah tersebut. Oleh itu maka kita diperingatkan dengan hari ulang tahun tiap-tiap manusia, hakikatnya adalah mempringati lahirnya Fithrah itu… lahirnya cahaya Rasul itu… dengan harapan moga-moga hati dapat suci kembali… dan moga-moga yang kafir dapat menjadi muslim kembali. Bila seorang bayi mati dalam keadaan suci maka syurga lah tempat tinggalnya. Namun setelah dipengaruhi oleh agama dan didikan keluarga maupun lingkungannya, mulailah Nafsu Kamilah itu ternodai sedikit demi sedikit… Bila ia ternyata menganut agama lain selain agama islam… kalbunya menjadi hitam nan gelap gelita, bila mati dalam keadaan kafir maka janji Allah ia di neraka selama-lamanya… Akan tetapi bila ia masih bertahan dalam agama Islam namun perilaku jahat, hatinya pun penuh noda, bila ia mati dalam keadaan sekotor itu maka perjalanan menjadi panjang dan penuh rintangan serta hambatan… menuju syurga. Setelah berumur sekian tahun… setelah baligh dan berakal… setelah mendapat didikan (baik ataupun buruk) dari orang tua, keluarga, pergaulan maupun lingkungan, maka mala'ikat Atid pun turun mengerjakan tugas, manusia muslim itu telah baligh dan mulai tecatat amal baik dan kesalahannya… Selama ia masih muslim, maka malaikat Atid tetap mengawasi dan menulis, namun jika keluar dari islam, malaikat Atid pun segera menutup buku dan pulang ke kampung halamannya di langit, sebab manusia itu tak perlu diawasi lagi kerana apapun ia lakukan, ia pasti ke neraka tanpa hisab. Sama halnya dengan seorang nabi dan wali, tak ada mala'ikat Atid yang mengawasi dan mencatat amalnya kerana pasti ke syurga tanpa hisab (tanpa perhitungan pahala dan dosa). Seorang anak muslim yang telah besar dan mulai berbuat kesalahan, kemudian terbiasa melakukannya… Nafsu Kamilah-nya mulai ternodai… "Innal-abda idza adznaba dzanban kanat nuqtatun sauda' fi qalbih fa in taba minha shaqula qalbuh wa in zada zadat". Mulailah Nafsu Kamilah tertutup oleh nafsu yang lain, nafsu baru yang kotor dan mengotori… ialah Nafsu Mardliyyah… Bila kesalahan masih terus dilakukan, maka terbentuklah nafsu berikutnya; Nafsu Radliyah. Kemudian muncullah nafsu kotor berikutnya yang semakin melapisi Fithrah manusia… yaitu Nafsu Muthma'innah… Nafsu yang tenang oleh amal perbuatannya (ujub), padahal ia sudah menjauh dari Tuhannya… "Ya ayyatuhannafsul-muthma'innah irji'i ila Rabbiki" Wahai Nafsu Muthma'innah, kembalilah ke Tuhanmu… Perintah "Kembalilah" tentu ditujukan kepada yang jauh… yang berpaling… yang membelot… yang telah menodai fithrahnya sendiri… Wahai manusia yang bernafsu Muthma'innah… wahai manusia yang menjauh dari Allah dengan nafsu Muthma'innah… kembalilah ke Tuhanmu… janganlah menjauh… dekatkanlah… musnahkan nafsumu itu! Maksiat masih saja dikerjakan… terbentuklah nafsu baru yang lebih parah… Nafsu Kamilah pun semakin tertutupi… hamba semakin menjauh lagi dari Tuhannya… ialah Nafsu Mulhamah… nafsu yang selalu bingung oleh dua pilihan… antara ketaqwaan dan kekejian… "Wa nafsin wama sawwaha fa alhamaha fujuraha wa taqwaha". Muncullah nafsu berikutnya… Nafsu Lawwamah "La uqsimu binnafsillawwamah"… nafsu yang senantiasa mendorong manusia berbuat dosa, setelah berbuat, nafsu itupun menyesal, tak lama kemudian ingat bahwa Tuhan maha pengampun, akhirnya hendak berbuat lagi, kemudian menyesal lagi, lalu merasa bersalah, kemudian ingat bahwa Tuhan sangat penyayang, akhirnya terdorong untuk berbuat lagi… begitu seterusnya tanpa henti. Tibalah nafsu terangkuh dan terbusuk… nafsu yang serba keji dan kotor… Nafsu Ammarah bissu'… raja nafsu yang selalu memerintah manusia… Lakukanlah, lakukanlah… jangan ragu-ragu… lakukan saja… berbohonglah… berzinalah… membunuhlah… mencurilah… dan seterusnya… "Innannafsa la'ammaratun bissu'". Nafsu-nafsu itulah yang telah merosak prilaku manusia sehingga Fithrah menjadi terselimuti oleh kegelapan noda-noda nafsu busuk yang telah memusnahkan segalanya. Sayangnya… manusia sendiri lah yang mendatangkan nafsu-nafsu itu… dengan kebiasaannya melakukan hal-hal yang tidak baik. Setelah nafsu-nafsu itu menjadi tebal melekat di kalbu, maka muncullah syaitan untuk membuat tempat tinggal tetap bersama nafsu-nafsu itu. Pada hakikatnya..Syaitan amat takut dengan Nafsu Kamilah… namun kerana telah tertutupi oleh banyak nafsu kotor yang lain maka syaitan menjadi berani dan senang… kehadirannya pun membuat nafsu-nafsu itu semakin aktif bekerja dan Nafsu Kamilah semakin lenyap… tak menjelma lagi. Nafsu-nafsu busuk yang mengotori kalbu itu dinamakan dalam al-Qur'an dengan Akinnah… "Waqalu qulubuna fi akinnah". Disebut juga dalam al-Qur'an dengan Aqhfal… "Afala yatadabbarunal-Qur'ana am ala qulubin aqfaluha". Dinamakan pula dengan Ran… "Kalla bal rana ala qulubihim ma kanu yaksibun". Disebut juga dengan Ghulf… "Waqalu qulubuna ghulf". Disebut juga dengan Hujub… "Wa bainana wa bainaka hijab". Sementara oleh baginda Rasul saw. nafsu-nafsu itu disebut dengan Shoda' (karat)… dlm hadisnya "Inna hadzihil-quluba tashda' kama yashda'ul-hadid". Manusia yang selalu tergoda oleh nafsu dan syaitan, ia tak dapat mangusir syaitan dari hatinya sebelum ia membunuh lebih dahulu nafsu-nafsu yang menyelimuti hati dan fithrahnya. Setelah nafsu-nafsu itu dibuang jauh-jauh dan hati kembali ke Fithrah, maka syaitan pun pergi dengan sendirinya… tidak berani mendekati cercahan cahaya Rasul yang suci itu. Ibarat lalat yang mengelilingi kotoran dalam sebuah ruangan, bagaimanapun usaha kita mengusir lalat-lalat itu, ia takkan pergi sebelum kotoran itu disingkirkan dan dihapuskan lebih dahulu dari ruangan tersebut walaupun kita katakan bekas itu bershi… barulah lalat-lalat itu mencari tempat lain untuk bermain-main. Sudah menjadi tabiat Syaitan suka tinggal dan bermain di kalbu-kalbu manusia yang penuh dengan nafsu-nafsu kotor… bilamana nafsu-nafsu itu telah sirna dan tinggallah Nafsu Kamilah saja, maka syaitan segera mencari tempat tinggal yang lain. Syaitan janganlah selalu menuduhnya jahat… tapi…jangan lupa diri sendiri yang telah mengundang syaitan itu dengan membentuk nafsu-nafsu jahat dalam hati… "Wama ashabaka min syyi'atin famin nafsik" Apa yang kamu lakukan daripada kejahatan maka itu dari dirimu sendiri… dari nafsumu… bukan dari syaitan ! Bagaimana membunuh nafsu? Setiap yang rosak harus dibaiki… lagikan kereta yang rosak harus pergi ke bengkel untuk dibaiki… lagikan kita sakit pergi merawat di hospital….yang membuat kondisi tubuh menjadi sakit harus pergi ke doktor untuk berubat… demikian pula yang membuat Fithrah menjadi tertutup dan terselimuti oleh banyak nafsu jahat, harus segera ke seorang wali mursyid..untuk mendapatkan rawatan dan perubatan yang sewajarnya!! Tentunya tanpa seorang guide takkan sukses. Allah telah mengutus seorang wali mursyid yang bertugas untuk membunuh nafsu-nafsu jahat yang ada dalam hati manusia… Allah telah memberikannnya kemampuan dan izin untuk menyelamatkan manusia dari segala kerugian di dunia dan akhirat… akan tetapi hanya untuk yang mau saja… yang tak mau mengikuti wali mursyid maka setan dan nafsu-nafsu tetap bersamanya. Para kiyai, da'i, guru dan penasihat hanya untuk melakukan pencegahan … atau paling tidak meringankan rasa sakit… malah kadang juga menambah parah… kerana mereka pun masih sakit… Sedangkan para ulama' yang lebih senang disebut dengan Auliya' atau Wali Mursyid atau Warits Muhammadi… ia mampu untuk mengubati dan boleh mencegah datangnya penyakit lagi. Contoh mudah : Ada seorang penggembala kambing yang sedang berjalan beserta kambing-kambingnya melalui sebuah tanaman subur, hijau dan penuh tumbuhan segar… saat itupun penggembala itu tertidur dan berselimut tebal (tujuh lapis)… kerana kambing-kambing itu kehilangan kontrol dari si penggembala… maka liarlah kambing-kambing itu menghabisi tanaman yang ada di sekitar (milik orang lain)… sang penggembala masih tertidur… datanglah sejumlah orang untuk mengamankan suasana… dan berusaha mengembalikan kambing-kambing itu ke jalan (yang lurus)… namun ternyata tak mampu… justeru terus merosak tanaman… Setiap mengembalikan atau menghalang satu kambing, kambing yang lain masih dan kembali memakan tanaman itu… mereka itu datang memang berniat baik… namun ternyata gagal dan malah turut merosak saat mengejar dan menangkap… Akhirnya… tibalah satu orang yang sangat arif mengatakan: Kalian sedang berbuat apa? Mereka lalu menjawab: Kami hendak mengembalikan kambing-kambing itu ke jalan asal [kononnya untuk menghalang kambing dari memakan tanaman tersebut] agar tidak merosak tanaman… Orang itu segera menegur: Bukan begitu caranya… ia pun segera membawa dan mendatangi si penggembala yang tidur itu dan melepas selimut-selimutnya satu-persatu sampai ia terbangun… bangunlah… lihatlah kambing-kambingmu itu yang keliaran… cepat kembalikan… Si penggembala pun dengan spontan memanggil dan memberi isyarat… kambing-kambing itu lalu kumpul kembali dan melanjutkan perjalanan bersama pengawalan si penggembala. Mudah saja…kan ! Kenapa penulis memberi contoh...ingatlah "Wayadlribullahul-amtsala linnas" Allah selalu memberi contoh kepada umat manusia agar mereka cepat faham. Lalu apa maksud dari cerita (contoh) di atas? Penggembala itu adalah hati… kambing-kambing itu adalah seluruh anggota tubuh manusia… apabila hati bangun dan segar (dalam keadaan baik) maka seluruh anggota tubuh-pun terkontrol dengan sempurna… namun bila hati tertidur dan tertutup oleh selimut-selimut tebal (nafsu-nafsu) maka seluruh anggota (tangan, lidah, kaki, mata, telinga, kemaluan dan perut) akan sembarangan berbuat. Orang-orang yang mengejar dan berusaha menangkap kambing-kambing itu untuk kembali ke jalan adalah para kiyai dan da'i-da'i yang hanya berbicara kesana kemari mengkhitab/mengarah anggota tubuh… niat memanglah baik… namun cara menunjuki umat ke jalan yang benar masih kurang tepat… sayangnya… para guru dan da'i malah ikut merosak dan mencemarkan suasana hati. Adapun seorang arif tadi adalah si wali mursyid… si pewaris Rasul saw. yang menunjuki umat dengan cara yang sangat tepat… mengetuk hati… membangun nurani… tak perduli dengan zahirnya yang terjadi… cukup dengan melepaskan kalbu dari nafsu-nafsu yang menyelimuti… lalu menyegarkan mata hati… semua pun akan segera beres..!! Inti dari semuanya adalah : Hati yang telah kotor oleh nafsu-nafsu, tak dapat dijernihkan kembali kecuali dengan mengikuti seorang "spesialis qolbu"… iaitu seorang wali mursyid yang mewarisi Rasul saw. Memanglah Allah swt. adalah penunjuk jalan dan pemberi hidayah yang utama kerana Ia berfirman: "Qul innal-huda hudallah yahdi man yasya'"… Namun di sisi lain… Allah juga menegaskan bahawa baginda Rasul pun dapat memberi hidayah dengan firman-Nya: "Wa innaka latahdi ila shirathin mustaqim"… selanjutnya Allah pun mengutus para pewaris Rasul yang juga diberi restu oleh-Nya untuk memberi hidayah "Likulli qaumin had"… Dari itu Allah swt. berfirman: "Wa lillahil-izzatu wa lirasulihi wa lil-mu'minin"… Allah juga berfirman: "Wa quli'malu fasayarallahu amalakum wa Rasuluhu wal-mu'minun". Kewajiban kita adalah mengikuti seorang wali mursyid, yang secara automatik menandakan taat kepada Allah dan Rasul-Nya saw. Setelah melalui proses penjernihan hati dengan ittiba'[mengikut] kepada wali mursyid… maka Nafsu Kamilah kembali menyinari jiwa manusia… lepas dari nafsu-nafsu yang jahat tadi… Awalnya dengan membunuh Nafsu Ammarah bissu'… kemudian Nafsu Lawwamah… Nafsu Mulhamah… kemudian Nafsu Muthma'innah… di saat itu ia merasa diri telah bersih dan dekat dengan Tuhan… padahal masih jauh… karenanya Allah memanggil : " يا أيتها النفس المطمئنة ارجعي إلى ربك راضية مرضية فادخلي في عبادي " Wahai Nafsu Muthma'innah… kembalilah ke Tuhanmu… janganlah menjauh… mendekatlah… kembalilah ke Nafsu Radliyah… kemudian kembalilah ke Nafsu Mardliyyah… setelah itu kembalilah ke Nafsu Kamilah lalu "Fadkhuli fi ibadi" Bergabunglah bersama para hamba-Ku… hamba-hamba yang aman dari godaan syaitan… "Inna ibadi laisa laka alaihim sulthan" Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak dapat ditaklukkan oleh syaitan… "La'aghwiyannahum ajma'in illa ibadaka minhumul-mukhlashin" Syaitan akan menggoda semua manusia… kecuali mereka para hamba Allah yang telah dijernihkan hatinya (oleh Allah dan Rasul-Nya melalui Wali Mursyid)… yang telah dijernihkan hatinya… bukan yang telah menjernihkan hatinya! Setelah kembali suci dengan keutuhan Nafsu Kamilah, maka agar Fithrah tak ternodai lagi, wali mursyid segera melapisinya dengan tujuh sifat Allah; Ilmu, Qudrah, Iradah, Bashar, Sama', Hayah dan Kalam… Dengan demikian jadilah ia seorang waliyyullah yang sah dan rasmi… kerana telah mencapai makna hadits yang berbunyi : " فإذا أحببته كنت سمعه الذي يسمع به وبصره الذي يبصر به ويده التي يبطش بها ورجله التي يمشي بها وإن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه " "A'da a'da'il-mar'i nafsuhullati baina janbaih" Sejahat-jahat musuh manusia adalah nafsu-nafsunya itu sendiri. Semoga kita tetap ingat bahwa zaman ini adalah zaman jihad akbar… dan jihad akbar itu adalah jihad melawan dan membasmi hawa nafsu… semoga Allah dan Rasul-Nya mempertemukan kita dengan wali mursyid dan warits muhammadi zaman ini… sehingga hati ini segera terobati… amin.

oleh ;abnaa'

Kriteria wali n zikir


Apakah kriteria/tanda Waliyya Mursyid yang utama terdapat 4 alamat: 1-Izin Allah [Wa Da Eiyan Minallaha Bizinihi] 2-Ilmu 3-Basirah[Melihat Dengan Mata Hati] 4-Rahmat Oleh itu,Tarekat Sufiah merupakan salah sebuah pusat rawatan atau pendidikan pembangunan rohani yang dirawati oleh seorang [doktor]Waliyyan Mursyida dengan pengubatannya melalui wirid² atau zikir² dengan menyebut nama ALLAH ! yang disulami dengan ilmu tasauf dan ketuhanan..Ilmu tasauf bukanlah ilmu ikut-ikutan lahir umpaman ilmu syariah atau ilmu teori yang dipelajari untuk difahamkan saja. Kalau Ilmu sains dan teknologi itu suatu ilmu tajribah atau eksperimen maka ilmu tasauf adalah ilmu yang ertinya sama juga yang mesti dipraktikkan dan dilakukan sendiri melalui seorang guru atau penyampai atau penunjuk,kemudia hasil yang diperolehi dari pengalaman² atau natijah itu hendaklah didedahkan dan diceritakan kepada guru untuk dipantau dan ditinjau serta ditarbiahkan[dididikan] sehingga akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Proses tarbiah nafsu dari AMMARAH Ke nafsu KAMILAH[fitrah] bukanlah suatu perkara yang senang untuk mencapainya.Hanya dengan keazaman dan izzah yang kuat dan tenaga yang berani berjuang melawan godaan nafsu syaitan dengan bersungguh². Sebagai tanda yang mula² sekali yang menunjukkan ada harapan kejayaan ialah beroleh NUR atau WARID yang hasil daripada WIRID/ZIKIR yang diterima dan ditalqinkan oleh Waliyyan Mursyida. Apabila sesorang didatang NUR dihatinya maka kekarutan hati yang kotor dengan sifat² tercela akan terhakis secara automatik,dihapuskan oleh NUR atau WARID tadi.Manakalah hatinya sedang didalam keadaan suci yang demikian menunggulah ia pula akan nasib kedatangan ZAUQ HAKIKAT[SYUHUD] yang menjadi pokok pangka wali seseorang itu. Oleh yang demikian,NUR tidak akan berhasil kalau tidak ada amalan wirid yang ada persambungan wayar dengan THORIQAH SUFIAH yang sah oleh Guru Musyid yang arif dalam bidang ini. Nur ialah suatu perkara rasa yang dicampak oleh Allah ke dalam hati dengan sebab bersih hati dan berkekalan atas amal wirid yang ada hubungan wayar dengan Thoriqah Guru yang membimbing. Manakala,wirid pula adalah amalan-amalan yang mengandungi zikir-zikir,selawat dan istighfar yang mesti diijazahkan dan ditalqin [diajar] oleh guru kepada muridnya sebgai tugas wajib harian atau malaman untuk diamal dalam masa² tertentu. Adapun amalan-amalan wirid yang tidak diterima ijazah atau talqin dari guru seperti zikir² atau amalan² biasa/umum dibuat kerana menuntut pahala akhirat maka ia tidak mendapat tempat untuk mendapatkan NUR atau WARID malah hanya mendapat pahala yang akan dituntut di akhirat kelak,kerana nur itu mempunyai hubungan asal usul pertalian atau silsilah dari Nabi S.A.W,kemudian diambil oleh sahabat kemudian tabii`in kemudian oleh tabi`in at-tabi`in kemudian oleh seterusnya hingga akhir dunia. Oleh hal demikian..Kenapakah punca/sumber maksiat yang begitu meluas ? kerana hati mereka sudah ditawan dan dikontrol sepenuhnya oleh Iblis atau Syaitan yang menduduki dihati.Manusia akan ditawan nafsu ammarah bi-suu` sepenuhnya.


oleh :abnaa'

Hati


Kenapa penulis ingin mengupas soal hati ? Kerana sudah memadai kita memahami sepotong hadis s.a.w yang mempunyai perbahasan yang begitu luas sekali sekiranya kita dibukakan Allah akan ilmu-Nya. Mafhumnya : Sekiranya baik maka baik seluruh jasadnya.Ketahuilah dalam tubuh manusia ada sebuku daging iaitu qalb [hati] Umum mengetahui bahawa pada jasad kita mempunyai anggota atau pancaindera seperti tangan,kaki,lidah sebagainya.Anggota ini diibaratkan sebagai RAKYAT JELATA yang akan diperintahkan oleh MENTERI dan RAJA. Justeru itu,penulis merumuskan kepada JASAD,AKAL,HATI,RUH,NAFSU dan Jawarih [Anggota]. Jasad seperti Jihaz atau Perkakasan Akal seperti Wazir atau Perdana Menteri / Menteri2 Hati seperti Malik atau Raja. Ruh seperti Elektrik Nafsu seperti Perosak yang menimpa ke atas perkakasan2 seperti virus menyerangi sebuah komputer..Firman Allah : Kalla Bal RAN `Ala Qulubihim. Kita masih ingat hati manusia pada asalnya dalam keadaan fitrah suci,tulus dan murni semasa lahirnya seorang insan ke muka bumi. Kenapa tercemar ? Adalah disebabkan oleh perbuatan kita sendiri dan kita tidak cuba untuk menyucikannya melalui jalan-jalan yang telah diinstanba`kan oleh Ulama-Ulama atau Waliyyan Mursyida yang menunjukkan jalan bagaimana untuk menyucikannya dan kita sendiri tidak berusaha untuk mencari bagaimana kaedahnya ! Kalau badan dikotori masihkan ada sabun sebagai alat menyucikannya..Kalau hati dikotori tetap ada alat untuk menyucinya !Kenapa tidak mahu berjumpa ahli atau pakar dalam bidang ini ? Bila hati dicemari oleh selaput-selaput kemaksiatan satu satu titik ke satu titik lama kelama ia akan di kenali sebagai RAN sehingga seseorang itu terkunci untuk menerima petunjuk. Maka lahirlah beberapa sifat mazmumah yang dizahirkan kepada sebagaimana yang telah ditegaskan dalam Al-Quran 7 nafsu seperti Ammarah Bi Suu`,Lawwahmah,Mulhamah,Muthma`innah,Ridiah,Mardiah sehinggalah ia akan kembali kepada asal iaitu Kamilah dan mata hatinya adalah terang benderang yang dapat menembusi hijab atau dinding dengan pancaran Nur Allah. Oleh itu,penyuciannya adalah dengan menyebut nama tuhanmu lafzu-Jalalah [Isim Allah] dengan kaedah-kaedah tertentu dan sukatan pengajiannya yang tertentu !Tanpa penyucian seseorang itu tetap hatinya dikontrol oleh Iblis yang menjadi teman hidup kita.Manakah kita memilih Waliyyu Syaitan atau Waliyyu Allah. Hati ibarat RAJA yang pada asalnya mempunyai istana yang begitu indah dan bersih..tetapi dikotori dengan selaput RAN.Jikalau tiada penyucian maka IBLIS tersebut akan menawan Istana tersebut dengan segala bentuk kejahatan yang akan dikeluarkan dengan perbuatan seseorang itu nanti. Setelah iblis berumah di Istana yang indah dan bersih itu..RAJA sudah di tawan oleh makhluk yang bernama IBLIS..Maka Raja tersebut akan mendengar kata IBLIS..tiada peluang lagi atau loss contact untuk RAJA menyuruh kebaikkan kepada Perdana Menterinya iaitu AKAL.Dari sini kita kenali sebagai pesakit HATI..Fi Qulubihim Maradh..Maksudnya Dalam Hati2 Mereka Sakit..! Inilah yang dikatakan hati sakit dari segi batin atau ma`ani bukan dari segi zahir ! semua hati manusia samada Kafir atau Muslim adalah sama yang membezakan adalah dari segi Batin.Sekiranya kita mengaku hati kita sakit..bukankah ada perawatnya !Kemanakah harus dicari ! Ayuh keluar mencari perawatnya atau Mohon pada Allah s.w.t ! Setelah Raja [hati] tersebut sudah gagal menghubungi Perdana Menterinya [Akal] dan Rakyat Jelata [Anggota Badan] untuk perkara2 baik…disini berlakulah NAFSU.yang mengeluarkan segala perbuatan-perbuatan jahat seperti mengadu domba,fitnah,membunuh,dan sebagainya kerana semuanya telah di remote controlkan oleh IBLIS. Secara tidak sedar,dalam Islam ada macam-macam penjenayah,pemfitnah,pencuri dan sebagainya tetapi BUKAN DARI ISLAM ia adalah dari ORANG ISLAM..! Oleh itu,penyucian hati adalah perlu kepada semua orang Islam..orang awam,pemimpin dan sebagainya itu sendiri..dengan kepimpinan dasar Waliyyan Mursyida atau Warish Muhammadi.



oleh: abnaa'

: Zikr


Zikir ini terbahagi kepada 2 : -Pertama Zikir2 yang biasa diamalkan yang diambil dari sesiapa saja ia di sebut sebagai zikir HASANAH untuk kebaikan yang kita tuntut diakhirat ia seperti kita menabung wang. -Kedua Zikir2 yang diamalkan secara khusus yang mempunyai pertalian/silsilah yang dizinkan daripada Rasullullah s.a.w. melalui Wali2 Allah .Insyallah..Allah bukakan hati kita untuk mendapatkan kedatangan NUR DI HATI kita...ia seperti cek yang boleh menukarkan wang.Secara langsung kita telah mengamalkan apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t sebagaimana firmannya :“Berdzikirlah sebanyak-banyaknya” Apakah maksud ZIKIR? contoh mudah...Sekiranya saya bertanya siapakah kamu? pastinya menjawab AHMAD...siapakah nama ayah kamu? kamu akan jawap si fulan...siapakah datuk kamu? jawabnya si fulan....ok...Bila ditanya siapakah nama TUHAN-MU....pastinya anda sebut ALLAH ! ini bermakna zikir adalah menyebut nama ALLAH. “Hanya dengan dzikir, hati menjadi tenang” Jaminan yang maha mulia, Allah Swt. Para2 Wali Allah dzikir adalah rutin sehari-hari… bahkan merupakan santapan rohani terpokok bagi seluruh kaum sufi. Dzikir tersebut dilakukan sendiri-sendiri sesuai tingkatan masing-masing dan sesuai resapan dari guru (syeikh) yang membimbing perjalanan spiritual murid kepada Allah dan Rasul-Nya Saw. dengan restu dan izin dari Allah Swt. Dzikir dengan lafaz “Allah” merupakan dzikir yang sesungguhnya. Allah Swt. berfirman : " واذكر اسم ربك وتبتل إليه تبتيلا " “Sebutlah nama Tuhanmu (Allah) dengan penuh ketekunan”. Allah juga berfirman : " قد أفلح من تزكى وذكر اسم ربه فصلى " “Beruntunglah yang mensucikan hatinya dan menyebut nama Tuhannya (Allah) lalu berselawat kepada Rasul Saw.”. Allah juga berfirman : " قل الله ثم ذرهم في خوضهم يلعبون " “Ucapkanlah “Allah” lalu biarkan mereka bermain-main dalam kesesatan”. Rasulullah Saw. bersabda: “Tidaklah kiamat tiba selama masih ada yang menyebut: “Allah... Allah…””. Allah berfirman: “Hanya dengan dzikir, hati menjadi tenang”, Allah juga berperintah: “Berdzikirlah sebanyak-banyaknya”. Apakah dzikir itu? Allah memberi solusi dan jawapan: “Bertanyalah kepada ahli dzikir”… “Sebutlah nama Tuhanmu (Allah)”. Apakah solat, baca Qur’an, tasbih, takbir, tahlil dan semua ibadah maupun amalan yang lain adalah dzikir? yang dapat menenangkan hati? yang harus dilakukan sebanyak-banyaknya sebagaimana perintah Allah? Jawapannya adalah: Tidak ! Memang semua ibadah, dan semua amalan termasuk kategori dzikir, dan mengandung dzikir… namun semuanya mempunyai nama tersendiri… sebagaimana semua makanan mengandung air namun tentu ada air yang mutlak… air teh pun merupakan air tapi beza dengan air yang mutlak… Allah berfirman: “Makanlah dan minumlah” padahal setiap makanan sudah pasti mengandung minuman (air) tapi Allah menyuruh minum sebab ada air mutlak yang harus selalu dikonsumsi sebab amat diperlukan. Begitu pula dengan dzikir, semua ibadah mengandung dzikir, namun ada yang disebut dengan dzikir mutlak… semua ibadah (dzikir) harus dikerjakan, namun jangan lupa dzikir yang mutlak (yang hakiki)… yang satu-satunya dapat menenangkan hati… yang harus dikerjakan sebanyak-banyaknya… Dzikir adalah ibadah independent, beza dengan ibadah-ibadah yang lain !! Apakah membaca al-Qur’an adalah dzikir? Allah berfirman : " فاقرؤوا ما تيسر من القرآن " “Bacalah al-Qur’an secukupnya saja… sekadar saja” sementara Allah juga berfirman: " اذكروا الله ذكرا كثيرا " “Berdzikirlah sebanyak-banyaknya”. Jika dzikir adalah membaca Qur’an, lalu bagaimana dengan dua ayat di atas? yang pertama menyuruh secukupnya saja (jangan banyak-banyak)… yang kedua menyuruh sebanyak-banyaknya !!! Allah berfirman : " إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الله وجلت قلوبهم وإذا تليت عليهم آياته زادتهم إيمانا " “Orang-orang mukmin adalah yang hati mereka gemetar dengan dzikir dan iman mereka bertambah dengan bacaan Qur’an” maka dzikir beda dengan membaca al-Qur’an. Jika seseorang mengatakan : زيد ذو مال Si Zaid mempunyai duit. Apakah si Zaid adalah duit? Tentu tidak. Allah berfirman : " والقرآن ذي الذكر " “Demi al-Qur’an yang mempunyai (mengandung) dzikir” Apakah al-Qur’an adalah dzikir? Apakah solat dan zakat adalah dzikir? Allah berfirman : " رجال لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة " “Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli dari dzikir, solat, dan zakat” Jika dzikir adalah solat atau zakat, tidaklah perlu disebut (ulang) dalam ayat tersebut… cukup dengan menyebut dzikir saja !! Allah juga berfirman : " فإذا قضيتم الصلاة فاذكروا الله " “Apabila kamu telah melaksanakan solat, maka berdzikirlah” Berarti dzikir beda dengan solat. Allah juga berfirman : " اذكروا الله قياما وقعودا وعلى جنوبكم فإذا اطمأننتم فأقيموا الصلاة " “Berdzikirlah secara berdiri, duduk dan berbaring, kalau sudah tenang maka dirikanlah solat” Sekali lagi menunjukkan bahwa solat bukanlah dzikir… solat beda dengan dzikir !! Allah juga berfirman : " فإذا قضيت الصلاة فانتشروا في الأرض وابتغوا من فضل الله واذكروا الله " “Apabila solat telah dilakukan, maka bertebaranlah di muka bumi dan carilah kurniaan Allah, lalu berdzikirlah” Apakah ibadah haji adalah dzikir? Allah berfirman : " فإذا قضيتم مناسككم فاذكروا الله " “Apabila kamu telah melakukan ibadah hajimu maka berdzikirlah” Bererti ibadah dzikir beza dengan ibadah haji !! Apakah tasbih (Subhanallah) adalah dzikir? Allah berfirman : " واذكر ربك كثيرا وسبح بالعشي والإبكار " “Berdzikirlah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah pagi dan petang” Berarti tasbih beda dengan dzikir !! Apakah istighfar adalah dzikir? Allah berfirman : " والذين إذا فعلوا فاحشة أو ظلموا أنفسهم ذكروا الله فاستغفروا لذنوبهم " “Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera berdzikir, lalu beristighfar” Berarti istighfar pun beza dengan dzikir !! Solat adalah solat… zakat adalah zakat… semua ibadah punya nama sendiri… istighfar adalah Astaghfirullah… tasbih adalah Subhanallah… hauqalah adalah La hawla wala quwwata illa billah… takbir adalah Allahu akbar… ta’awwudz atau isti’adzah adalah A’udzu billah… hamdalah atau tahmid adalah Alhamdulillah… tahlil adalah la ilaha illallah… semua punya nama sendiri-sendiri… dan semua mangandung dzikir… sebagaimana semua makanan mengandung minuman (air)… Lalu apakah dzikir itu ?? yang mutlak? yang sesungguhnya? yang hakiki? yang satu-satunya dapat menenangkan hati? Dzikir adalah “Allah”… mengucap / menyebut / melafazkan nama “Allah” sebanyak-banyaknya “Dzikran katsira”. Teh, kopi, susu dan lain-lain adalah air, namun beda dengan air yang mutlak (air jernih)… semua baik, tapi air putih yang jernih lebih diperlukan. Semua ibadah adalah dzikir dan mengandung dzikir… dan semuanya baik… tapi ada dzikir mutlak yang juga sangat diperlukan. Lalu bagaimana denga Asma’ Husna? Apakah ya Rahman, ya Rahim, ya Quddus dan seterusnya adalah dzikir? Allah berfirman : " ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها " “Allah mempunyai Asma’ Husna, berdo’alah dengan Asma’ Husna itu” berarti itu bukan dzikir, akan tetapi ia adalah do’a !! Dan lebih tepat lagi ayat di atas diartikan dengan: Panggillah Allah dengan Asma' Husna-Nya[nama2nya yang baik]. Kesimpulannya adalah: Berdzikir dengan mengucap / menyebut / melafazkan nama “Allah” sebanyak-banyaknya adalah bukan hanya boleh, tapi wajib kerana merupakan perintah langsung dari Allah Swt. sebagai saranan terpenting menuju dzikir qolbu[zikir hati] dan ketenangan jiwa. Hanya saja harus melalui izin dan bimbingan seorang syeikh (wali mursyid) kerana Allah berfirman: “Fas’alu ahladzdzikri”… Orang yang tidak berdzikir disebut Ghafil (lalai), walau ia rajin solat, baca Qur’an dan puasa… sebab ia kehilangan satu pekerjaan yang sangat urgent iaitu dzikir… Allah berkali-kali mengulang: “Berdzikirlah sebanyak-banyaknya”… dalam al-Qur’an pun setiap perintah untuk suatu ibadah, pasti disertai dengan perintah untuk berdzikir… sebagaimana yang tertera di atas… “Setelah solat, berdzikirlah”… “Setelah haji, berdzikirlah”… dan seterusnya… Ertinya: Apapun ibadah yang dilakukan, jangan sampai lupa dzikir !! dzikir lebih penting !! dzikir adalah kunci segalanya !! harus dilakukan sebanyak-banyaknya !! yang lain tidak ada perintah untuk sebanyak-banyaknya !! Untuk diketahui bahwasanya ibadah yang pertama kali diwajibkan dalam Islam setelah mengucap dua kalimat syahadat adalah: Dzikir… dalilnya firman Allah : " واذكر اسم ربك وتبتل إليه تبتيلا " Ayat di atas turun jauh sebelum diwajibkannya solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah lain. Lalu mengapa dzikir tidak termasuk rukun islam padahal ia sangat penting? Sebenarnya sudah masuk (tersirat) dalam rukun pertama… Asyhadu alla ilaha illallah (dzikir)… Wa asyhadu anna Sayyidana Muhammadan Rasulullah (selawat). Allah berfirman : " قد أفلح من تزكى وذكر اسم ربه فصلى " “Beruntunglah yang mengucapkan dua kalimat syahadat… lalu berdzikir dan berselawat”. " يا أيها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما " Satu pertanyaan terakhir: Bila dzikir itu adalah mengucap nama “Allah” lalu bagaimana dengan hadits : " أفضل الذكر لا إله إلا الله " “Sebaik-baik dzikir adalah La ilaha illallah” ?? Jawapannya adalah: Hadits tersebut telah dinasakh dengan ayat : " إليه يصعد الكلم الطيب " Kemudian Rasul pun bersabda : " أفضل ما قلته أنا والنبيون من قبلي لا إله إلا الله " Sehingga La ilaha illallah yang mulanya sebagai Afdlaludzdzikr (sebaik-baik dzikir) berubah menjadi Afdlalul-Qaul (sebaik-baik perkataan). Rasul tidak mengatakan: Afdlalu ma dzakartu bihi…[sebaik-baik menyebut dengannya] akan tetapi “Afdlalu ma qultuhu”.[Sebaik-baik apa yg dikatakan].

oleh: abnaa'

Bio


Dilahirkan pada 7 Syaban 1396H. Berasal Pasir Mas, Kelantan. Merupakan keturunan tokoh Ulama Kelantan iaitu Tuan Guru Syekh Wan Ahmad Wan Abd Halim ‘ Tok Padang Jelapang / Tok Goloq’.

Pendidikan dan Pengajian:
Sk Geting, Tumpat, Kelantan
Maahad Muhammadi Pasir Pekan, Kelantan
Maahad Muhammadi (L) Kota Bharu, Kelantan
Universiti al-Azhar, Tanta
Jami’ al-Azhar as-Syarif, Kaherah
Jami’ al-Khatib,
Jami’ al-Ahmadi,
Asyirah al-Muhammadiah,
Dar ad-Dusuqi al-Muhammadi
Pondok al-Yusufiah, Pasir Mas, Kelantan
Universiti Malaya


Masyayikh:Maulana Syekh
Dr Syekh Fathallah
Syekh Abd Hakam Wahdan
Syekh Safuat al-Qadhi
Prof Syekh Judah al-Mahdi
Syekh Mahmud al-Khatib
Dr Syekh Mohamed Mihna
Prof Dr Abd Fatah al-Dokmishi
Prof Syekh Ali Jumaat
Prof Syekh Muhib Basha
Syekh Ahmad al-Ahmadi
Syekh Abd Latif al-Farfur
Syekh Suhaib as-Syami
Syeikh Mahmud al-Huda
Syeikh Isa
Syeikh Ihsan Ba’darani
Tuan Guru Hj. Ismail
Tuan Guru Hj. Muhammad Yusuf
Masyayikh dan Profesor-profesor al-Azhar

Kembara Ilmiah:Mesir, Syria, Saudi, United Kingdom, Thailand