Nama lengkapnya Sayyidi Ahmad bin Yahya bin Hazim bin Rafa'ah berasal dari negeri Maqribi. Bapanya membawa pindah ke negeri Iraq dan mereka bermustautin di Madinah. Beliau dilahirkan pada tahun 500 Hijrah.Pertama sekali beliau belajar Ilmu Fekah Mazhab Syafie. Dipelajarinya Kitab Al-Tanbih, akan tetapi beliau lebih cenderung kepada pelajaran Sufi. Diserangnya hawa nafsunya, sentiasalah dia berpaling dari manusia demi mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan "Memperkaitkan Ilmu Hakikat". Terkenal dia sebagai seorang yang sangat mahir dalam pengetahuan Sufi.Dari semua pihak, dia mula dikenali dan banyak mendapat pengikut. Terkenallah golongan itu dengan sebutan "Al-Thoifah Al-Rifa'iyah". Banyaklah perkara-perkara dan hal-hal aneh yang berlaku terhadap pengikut-pengikutnya. Di antaranya, mereka dapat masuk ke dalam api yang sedang menyala besar, dapat menjinakkan binatang buas seperti harimau di mana haiwan ini akan menurut kata sehingga dapat dijadikan kenderaan oleh mereka. Banyak lagi keajaiban-keajaiban yang lain lagi.yang ada pada mereka.Ketika pertama kali Sayyidi Ahmad bertemu dengan seorang Wali bernama Sheikh Abdul Malik Al-Khonubi. Sheikh ini memberinya pelajaran berupa sindiran tetapi sangat berhikmat dan berkesan kepada dirinya iaitu;Orang yang berpaling dia tiada sampaiOrang yang ragu-ragu tidak dapat kemenangan.Barangsiapa tidak mengetahui waktunya kurang, maka sekelian waktunya adalah kurang.Setahun lamanya Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i mengulang-ulang perkataan ini. Setelah setahun dia datang kembali menemui Sheikh Abdul Malik Al-Khonubi. Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i minta wasiat lagi, maka berkata Sheikh Abdul Malik;Sangatlah keji kejahilan bagi orang-orang yang mempunyai Akal;Sangatlah keji penyakit pada sisi sekelian doktor;Sangatlah keji sekelian kekasih yang meninggalkan Wusul(sampai kepada Allah)Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i mengulang-ulang pula perkatan itu selama setahun dan banyak dia mendapat manfaat dari perkataan itu kerana perkataan itu diresapi, dihayati dan diamalkan. Pada suatu hari Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i melalui tempat seorang anak kecil yang sedang bermain-main, lalu dia pun menanya kepada anak itu; "Anak siapa engkau?" Sahut anak itu; "Apa engkau peduli!!!"Dengan rasa menyesal diulang-ulangi perkataan itu dan beliau pun menangis dengan sedihnya. Dalam pada itu dia berkata;"Telah kamu beri peradab(mengajar adab) kepadaku hai anakku".Dia sentiasa menghina dirinya. Salah satu dari sekian budi pekertinya yang mulia ialah beliau seringkali membawa pakaian orang-orang yang berpenyakit kusta dan sakit yang telah menahan yang sangat keji bagi pandangan umum. Dipelihara orang-orang yang sedang sakit itu; dihantarkan makanan untuk mereka dan dia juga turut makan bersama-sama dengan orang-orang sakit itu.Kalau dia datang dari perjalanan, apabila telah dekat dengan negeri maka dipungutnya kayu api dan setelah itu dibahagi-bahagikan kepada orang-orang sakit, orang buta, orang tua dan sebagainya. Dia berbakti bukan sahaja kepada manusia, tetapi juga kepada binatang.Diriwayatkan bahawa adalah seekor anjing menderita sakit Jazam(Kusta). Ke mana sahaja anjing itu pergi, ia akan diusir orang. Anjing itu diambil oleh Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i lalu dimandikan dengan air panas, diberikan ubat dan makan secukupnya sehingga sembuhlah anjing itu dari penyakit yang dideritainya. Orang bertanya kepadanya; "Mengapa engkau mengamat-amat anjing itu?". Katanya;"Bahkan aku takut berkata Allah kepadaku pada hari Qiyamat: Tidakkah engkau kasihan dengan anjing itu? Tiada takutkah kamu Aku balakan dengan demikian bala?"Pada suatu hari, ada seekor kucing sedang nyenyak tidur di atas lengan bajunya. Waktu sembahyang telah masuk lalu diguntingnya lengan bajunya itu kerana tidak sampai hati mengejutkan kucing yang sedang lena tidur itu.Budi pekerti mulia yang ada padanya pula ialah beliau tidak mahu membalas kejahatan dengan kejahatan. Apabila beliau dimaki oleh orang, beliau terus menundukkan kepadanya mencium bumi dan menangis serta meminta maaf kepada yang memakinya.Di antara Keramatnya yang besar pula ialah apabila dia mengajar, suaranya dapat didengar oleh orang yang berada di sekitar kampung tempat dia mengajar itu, bahkan orang yang buta sekalipin dapat mendengar dengan jelas penerangan beliau itu.Jika ada orang minta tuliskan Azimat kepadanya, maka dia ambil kertas lalu ditulis tanpa pena. Pernah ada orang yang ingin mengujinya bahawa kertas yang tidak nampak tertulis itu dibawa kembali kepadanya supaya dituliskan Azimat tetapi anehnya beliau tahu bahawa kertas yang diberiakn kepada beliau itu telah tertulis.Sewaktu beliau pergi Haji, ketika berziarah ke Maqam Nabi Muhammad SAW., maka nampak tangan dari dalam kubur Nabi bersalam dengan beliau dan beliau pun terus mengucup tangan Nabi SAW. yang mulia itu. Kejadian itu dapat disaksikan oleh orang rami yang sama-sama berziarah ke Maqam Nabi SAW. tersebut. Salah seorang muridnya berkata;"Ya Sayyidi! Tuan Guru adalah Qutub"Jawabnya; "Sucikan olehmu syak mu daripada Qutubiyah"Kata murid: "Tuan Guru adalah Ghaus!"Jawabnya: "Sucikan syakmu daripada Ghausiyah".Al-Imam Sya'roni mengatakan bahawa yang demikian itu adalah dalil bahawa Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i adalah telah melampaui "Maqaamat" dan "Athwar" kerana bahawasanya Qutub dan Ghaus itu adalah Maqam yang maklum(diketahui umum). Barangsiapa berserta Allah Taala dan dengan Dia, maka tiada diketahui baginya Maqam dan jika ada baginya pada tiap-tiap Maqam itu Maqam sekalipun.Ketika Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i sakit yang mengakibatkan kewafatan beliau, berkata khadamnya kepada beliau;"Tajallilah bagi Tuan Guru oleh pengantin pada tahun ini"Jawabnya: "Ya, Bahkan!Kata khadam: "Dari kerana apa?"Jawabnya:"Telah berlaku beberapa perkara yang telah kami belikan dengan Ruh kami. Dan demikian itu telah berlaku bala yang sangat besar atas makhluk. Maka aku menanggungnya dengan yang tinggal daripada umurku. Maka dijualkan kepadaku"Menangislah Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i sambil menelengkup mukanya sambil berkata;"Ampunilah olehmu hai Tuhanku. Jadikanlah aku sebagai atap bala daripada sekelian makhluk engkau".Yang dideritai oleh Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i ialah sakit "Muntah Berak"(Kolera). Setiap hari keluar dari perutnya. Sakit itu dialaminya selama sebulan. Demikianlah mulia dan besarnya pengorbanan Aulia Allah ini sehingga sanggup menderita sakit menanggung bala yang sepatutnya tersebar ke atas manusia lain.Orang bertanya kepadanya;"Dari mana ini? sedangkan sudah dua puluh hari Tuan Guru tidak makan dan tidak minum?"Jawab Sayyidi Ahmad Al-Rifa'i;"Ini adalah daging yang hancur. Maka keluarlah ia. Sesungguhnya telah habis daging. Tiada tinggal melainkan hanya sehari ini. Besoknya kami pergi kepada Allah".Setelah itu ketika wafatnya, keluarlah benda yang putih kira-kira dua tiga kali. Setelah itu berhenti dan tidak ada lagi yang keluar dari perutnya.Wafatlah Wali Allah yang berbudi pekerti yang halus lagi mulia ini pada hari Khamis waktu Zhohor 12 haribulan Jamadil Awal tahun 570 Hijrah. Riwayat yang lain mengatakan tahun 578 Hijrah.
Hiwar Sohibul as-Samahah

T: Tentunya tiada tuhan selain Allah.
J: Pasti.
T: Apa maksud dari Tiada tuhan selain Allah (La ilaha illallah)?
J: Maksudnya: Tiada satupun yang memiliki kriteria tuhan (sebagian maupun seluruhnya) melainkan Allah.
T: Kriteria tuhan?
J: Iya. Karena hanya Allah saja yang memenuhi kriteria itu maka dari itu tiada tuhan selain-Nya, dan tiada patut disembah melainkan Dia saja. Saya mengucapkan kalimat La ilaha illallah (Tiada tuhan selain Allah) sebab saya yakin hanya Dialah satu-satunya yang mempunyai kriteria tuhan.
J: Iya. Seandainya ada 1000 orang memiliki kriteria itu maka saya siap menyembah 1000 orang itu semuanya tanpa kecuali.
T: Apa saja kriteria tuhan itu?
J: Ada empat kriteria, yang disebut dengan Muqtadlayat Uluhiyyah; Sabq, Ithlaq, Sarmadiyyah dan Dzatiyyah.

T: ............. !?!?!?!?!?!?!?!
J: Iya cuma empat saja. Sabq artinya: tidak ada yang mendahlui-Nya. Tidak ada satupun mendahului keberadaan-Nya. Yang awal tanpa permulaan.

T: Apa itu Ithlaq?
J: Ithlaq artinya: mutlak dan tak terbatas, bebas dari ruang dan waktu.
T: Apa itu Sarmadiyyah?
J: Sarmadiyyah artinya: kekal dan abadi, tidak ada akhirnya.

T Apa itu Dzatiyyah?
J: Dzatiyyah artinya: tidak ada yang mengajar-Nya, tidak ada yang menciptakan atau memberikan-Nya. Zat-Nya, semua yang ada pada-Nya, semua nama dan sifat-Nya, semua yang dimiliki oleh-Nya adalah 100% murni dari-Nya, bukan dari selain-Nya.
T: .................

J: Siapapun yang zatnya maupun sifatnya memiliki keempat kriteria tadi maka dia adalah tuhan yang patut disembah.

T: Fir'aun misalnya?
J: Fir'aun... coba kita seleksi bersama apakah dia tuhan yang patut disembah atau tidak? Kita mulai dari zatnya, dan kita seleksi melalui empat kriteria tuhan satu-persatu. Apakah Fir'aun orang yang pertama kali ada? bukankah banyak yang mendahuluinya? bukankah ia diciptakan dan dilahirirkan?

T: Banyak yang mendahuluinya. Ia diciptakan dan dilahirkan. Ia bukan yang awal.
J: Berarti dia sudah tidak lulus seleksi sejak kriteria pertama (Sabq).

T: Ooo...

J: Apakah ruang dan waktu telah membatasinya?
T: Iya... Berarti zatnya juga tidak memiliki kriteria kedua (Ithlaq).
J: Apakah Fir'aun masih hidup sampai sekarang?

T: Tidak. Ia sudah berakhir dan mati... Berarti zatnya tidak punya kriteria ketiga juga (Sarmadiyyah).

J: Apakah zatnya berasal dari dirinya pula? atau ada sumber dan asal usulnya?
T: Tentu ada, sebab ia diciptakan Allah dan dilahirkan kedua orang tuanya... Berarti kriteria keempat (terakhir) pun tidak dimilikinya.

J: Maka Fir'aun tidak pantas jadi tuhan.

T: Tapi Fir'aun punya sifat kuat, berilmu, berkuasa dan lain sebagainya.
J: Kita sudah menyeleksi zatnya. Sekarang mari kita seleksi sifat-sifatnya. Kekuatan, penglihatan, pendengaran, kekuasaan, ketinggian, kejayaan dan kekayaan yang dimiliki oleh Fir'aun, apakah ia yang pertama kali memilikinya?

T: Tidak...

J: Semua sifat-sifat dan kekayaan maupun otoritas yang dimiliki Fir'aun apakah bersifat mutlak?
T: Sudah pasti terbatas.
J: Apakah sifat-sifatnya itu tetap melekat padanya untuk selama-lamanya?

T: Sejak mati maka semua sifatnya lepas darinya.
J: Apakah semua sifatnya berasal dari dirinya tanpa ada yang memberikan atau mengajarnya?
T: Sudah pasti ada sumbernya.
J: Simpulkan..!!

T: Karena zat, nama dan sifat Fir'aun tidak memenuhi empat kriteria tuhan maka Fir'aun bukanlah tuhan yang patut disembah.
J: Ada pertanyaan lain?

T: Masya'allah.
J: Terima kasih kita ucapkan untuk Maulana Syekh Mukhtar Ra. (Syekh Thariqah Dusuqiyah Muhammadiyah). Saya sebutkan kembali: Muqtadlayat Uluhiyyah (kriteria tuhan) ada empat; Sabq, Ithlaq, Sarmadiyyah dan Dzatiyyah. Jika kita fahami dengan baik dan tepat maka jernihlah pikiran kita dalam membedakan antara Tuhan dan makhluk-Nya.

T: Bagaimana dengan sifat-sifat 20 yang wajib, ja'iz maupun mustahil bagi Allah? yang digagas oleh Imam Abul-Hasan al-Asy'ari?
J: Benar. Namun, terlalu panjang lebar, butuh segudang rincian, mengundang banyak pertanyaan dan perdebatan, kurang simpel, agak rumit dicerna, lumayan jauh dari kesederhanaan, cukup klasik dan tidak kontemporer, sangat memerlukan ringkasan yang lebih komprehensif dan mudah dicerna maupun difahami oleh semua orang serta lebih mampu mengkokohkan ketauhidan dan keimanan setiap muslim. Ada yang menyingkatnya menjadi 13 sifat saja, ada yang malah mengingkari dan merubahnya secara total, ada pula yang menerimanya seutuhnya namun tak mampu mengembangkan jangkauan kepercayaannya melalui teori teologi seperti itu.

T: Lalu apa saja sifat-sifat Allah menurut Thariqah Dusuqiyah Muhammadiyah ?
J: Sebelumnya, saya ingin mengemukakan bahwasanya Ahlussunnah wal-Jama'ah (oleh para ulama') bukan hanya Asy'ariah wa Maturidiah saja, namun konsep ASWAJA meliputi 3 golongan / kelompok: Asy'ariah wa Mturidiah, Ahli hadits (ahli dalil sam'i), dan ketiga: para Mujaddid setiap zaman. Syekh Al-Qari' menyatakan bahwasanya kaum sufi juga merupakan bagian dari ASWAJA, bahkan kaum sufi-lah sebaik-baik dan sekuat-kuat golongan walau mereka memiliki aqidah yang independen, berbeda dengan yang lain dalam metode dan beberapa furu' dan fushulnya. Disamping kriteria tuhan yang Allah miliki, Ia juga memiliki sifat-sifat tertentu, yaitu (menurut Maulana Syekh Mukhtar Ra.) ada tujuh sifat; Alim (berilmu), Qadir (berkuasa), Murid (berkehendak), Hay (hidup), Sami' (mendengar), Bashir (melihat), dan Mutakallim (berbicara / berfirman).
T: Manusia juga bisa memiliki ketujuh sifat itu..!!
J: Namun terlepas dari keempat kriteria tuhan.

T: Iya, benar..!
J: Sifat-sifat dan nama-nama Allah boleh saja dinisbatkan kepada selain Allah namun yang pasti terlepas dari Muqtadlayat Uluhiyyah yang mana itu telah menafikan ketuhanannya. Contohnya Nabi Isa as. adalah khaliq (pencipta) "Anni akhluqu lakum minaththini kahai'atiththayr" namun ke-khaliq-an beliau terlepas dari Muqtadlayat Uluhiyyah maka ia bukan tuhan walaupun mampu menciptakan, sebab ia menciptakan burung melalui izin Allah maka tidak dzatiy namun muktasab, dan tidak muthlaq melainkan muqayyad. Begitu juga nama Rahim, Karim, Kabir, Aziz, dll. jika dilekatkan pada selain Allah maka boleh saja tanpa dicampur dengan Muqtadlayat Uluhiyyah. Sebab bagaimanapun, tetap tidak akan Sabiq (masbuq), tidak Muthlaq (muqayyad), tidak Sarmadiy (yantahi / lahu nihayah), dan tidak Dzatiy (muktasab). Contohnya banyak dalam Qur'an: "Rasulin karim", "Dzibhin Azim", "Syaikhun kabir", "Rasulun min anfusikum azizun", dll. Kecuali nama Allah dan nama Arrahman, tidak boleh dinisbatkan kepada selain Allah, sebab sifat Uluhiyyah dan Rahmaniyyah tidak dimiliki oleh siapapun melainkan Allah Swt. saja.
T: Ooo...
J: Terkadang juga kita tidak menyadari bahwa nama 'Allah' bukanlah nama zat-Nya, melainkan ia adalah nama sifat ketuhanan-Nya, sebagaimana Rahim adalah nama sifat kasih sayang-Nya dan Karim sebagai nama sifat kemuliaan-Nya.

T: Lalu apa nama zat-Nya?
J: Karena zat-Nya adalah gaib mutlak maka nama zat-Nya pun gaib, tidak diketahui oleh siapapun melainkan orang-orang yang dikehendaki-Nya saja, nama zat-Nya itulah yang disebut dengan Ism A'zam yang kadang juga berubah setiap zaman dan berbeda-beda di setiap imam.

T: Ooo... Jadi Ism A'zam itu adalah nama yang mengisyratkan zat-Nya
J: Iya. Berdo'a dengannya, pasti terkabul.. karena Ism A'zam itu merupakan kunci ghaib dan berubah-rubah setiap zaman pada imammnya sebab kunci ghaib tidak satu, tapi banyak sebagaimana firman Allah: "Wa'indahu mafatihul-ghaib" bukan: Wa'indahu miftahul-ghaib !! Ada pertanyaan lain?

T: Kapan seseorang itu dikatakan kafir?
J: Bila ia menisbatkan kepada Allah hal-hal yang Ia maha suci darinya.
T: Apa saja hal-hal itu?

J: Allah Swt. maha suci dari 10 perkara; Kam (kuwalitas), Kaif (kuantitas), Ain (tempat), Nid (pembanding), Dlidl (lawan), Syabih (keserupaan / kemiripan), Matsil (kesamaan), Syarik (sekutu), Zaujah (isteri), dan Walad (anak). Pokoknya apapun yang terlintas di benakmu tentang zat Allah maka Ia maha suci darinya (Wakullu ma khathara bibalika halik, wallahu bikhilafi dzalik).
T: Kapan seseorang itu dikatakan musyrik?
J: Bila ia menisbatkan sifat ketuhanan kepada selain Allah. Bila ia menyekutukan dan menuhankan selain Allah dengan menisbatkan kepadanya Muqtadlayat Uluhiyyah.
T: ........................

J: kemudian hindarilah Awhaluttauhid..!!
T: Apa itu?
J: Awhaluttauhid merupakan kontaminasi bertauhid (hal-hal yang dapat menodai bahkan merusak ketauhidan seorang muslim).
T: Apa saja hal-hal itu?
J: Ada empat; Hulul, Ittihad, Tasybih dan Ta'thil.

T: Apa itu Hulul?
J: Hulul adalah berkeyakinan bahwasanya Allah Swt. telah menempati atau merasuki makhluk-Nya sebagaimana keyakinan kristen bahwa Allah Swt. telah merasuki Siti Maryam as. yang kemudian akhirnya melahirkan anak tuhan (Isa).
T: Apa itu Ittihad?
J: Ittihad adalah berkeyakinan bahwa Allah Swt. bersatu (menyatu) dengan makhluk-Nya sebagaimana keyakinan nasrani bahwa Allah telah bersatu dengan Isa.
T: Lalu apa itu Tasybih?
J: Tasybih adalah berkeyakinan bahwa Allah Swt. serupa dengan makhluk-Nya, yang kemudian lalu menyembah makhluk itu. Rasulullah Saw. bersabda: "Al-Mushawwiruna finnar"; Sesunguhnya orang-orang yang meyakini di dalam hati mereka bahwa Allah Swt. dapat digambarkan dalam bentuk tertentu kemudian mereka menyembahnya, maka mereka akan dijerumuskan ke dalam api neraka. Sebagaimana orang yang meyakini bahwa Tuhan menyerupai sapi kemudian mengkultuskannya, atau beri'tikad bahwa Tuhan menyerupai benda-benda luar angkasa seperti matahari, bintang, rembulan dan lain sebagainya.
T: Ta'thil?
J: Ta'thil adalah menafikan / mengabaikan (meniadakan) fungsi asma'-Nya, dan mengatakan bahwa Allah Swt. bekerja dengan zatnya, sementara nama-nama-Nya tidak berfungsi (hanya sebatas nama). Seakan menyerupakan Allah dengan manusia sebab nama-nama manusia hanya sebatas nama dan tidak bekerja. Sementara nama-nama Allah tentu beda dengan nama-nama manusia yang hanya sebatas nama. Zat Allah berbeda dengan zat kita, maka nama-nama-Nya pun tentu harus berbeda. Bila kita samakan maka inilah yang disebut Ta'thil sekaligus Tasybih.
T: berarti nama-nama Allah itu riil dan aktif bekerja, bukan sebatas nama sebagaimana nama-nama kita?
J: Iya.
T: Lalu?

J: Tentunya Allah maha suci dari bekerja dengan zat-Nya. Ia selalu bekerja dengan asma' dan sifat-Nya.
T: Maksudnya?
J: Misalnya ketika Allah hendak menciptakan Nabi Adam as. Ia bekerja dengan nama al-Mubdi', lalu ketika Allah hendak mengumpulkan bahan-bahan untuk menciptakannya maka Ia bekerja dengan nama (ism) al-Mujid, kemudian Adam mulai diciptakan Allah dengan nama al-Khaliq, kemudian dibentuk dengan nama al-Mushawwir, lalu dikokohkan dengan nama al-Qawiy dan al-Matin, kemudian dihidupkan dengan nama al-Muhyi, lalu penglihatan dan pendengarannya diaktifkan oleh Allah dengan nama Sami' dan Bashir-Nya, kemudian Allah memberinya rizki dengan nama Raziq-Nya, begitu seterusnya sampai nyawa tercabut dengan nama al-Qabidl dan diwafatkan dengan nama al-Mumit kemudian dibangkitkan dengan al-Ba'its. Begitu pula nama-nama serta sifat-sifat yang lain masing-masing tidak athlan atau mu'aththal melainkan aktif bekerja sesuai kehendak dan ketentuan zat-Nya yang maha suci.
T: Ooo...
J: Sebagai pendekatan semata, saya ingin meberi contoh seorang presiden yang bertanggung jawab terhadap pendidikan, kesehatan, keamanan, transportasi, makanan dan ekonomi rakyatnya. Apakah ia mengurus semua itu dengan zatnya? mengajar sendiri di setiap sekolahan? merawat sendiri di setiap rumah sakit? memperbaiki jalan raya dengan tangannya sendiri (zatnya)? Tentu tidak, melainkan dengan sifat kepresidenannya. Dengan keaktifan bawahan-bawahan dan suruhan-suruhan-Nya. Namun semua itu adalah ketentuan dan urusannya pula sebab ia yang berkehendak dan berkuasa.
T: Ooo...
J: Rakyat tidak berinteraksi dan berkomunikasi dengan zat presiden secara langsung, melainkan dengan sifatnya sebagai pemimpin negara, dan berhubungan langsung dengan para pekerja yang telah dipekerjakan oleh presiden.
T: Ooo...
J: Maka dari itu, di saat kita berdo'a memohon rizki, kita mengadu dan bermunajat kepada-Nya dengan memanggil nama Razzaq-Nya (ya Razzaq), di saat sakit memanggil nama Syafi-Nya (ya Syafi), di saat miskin memanggil nama Mughani-Nya (ya Mughni), di saat lemah memanggil nama Qawiy dan Matin-Nya (ya Qawiyyu ya Matin), ketika dizalimil memanggil nama Hakam dan Adl-Nya (ya Hakamu ya Adlu), begitu seterusnya sehingga Allah pun segera mengaktifkan nama-nama-Nya yang dengannya Ia memenuhi hajat kita.

T: Ooo...
J: Kembali saya menyebut ulang Awhaluttauhid yang harus kita hindari sejauh-jauhnya; Hulul, Ittihad, Tasybih dan Ta'thil.
T: Masya'allah... Semoga tauhid kita kokoh dan tsabit.
J: Apa itu tauhid?
T: ..........!?!?!?!?
J: Tauhid itu artinya pengesaan, menyakini bahwa Allah itu esa, Allah itu ahad sekaligus wahid. Tauhid adalah membersihkan ke-ahad-an dan ke-wahid-an Allah itu dari hal-hal yang tidak layak bagi-Nya.
T: Ahad dan Wahid...?!?
J: Maulana Syekh Mukhtar Ra. mendefinisikan tauhid dengan: Tanzihul-ahad anil-adad wa tanzihul-wahid anitta'addud. Mensucikan sifat esa-Nya dari bilangan dan mensucikan sifat tunggal-Nya dari berbilang-bilang.
T: Apa perbedaan antara sifat esa (ahad) dengan sifat tunggal (wahid)?
J: Al-ahad la yu'ad wala yata'addad. Wal-wahid yu'ad wala yata'addad.
T: .................?!?!?!?
J: Ahad (sifat esa) itu bukanlah bilangan dan tidaklah terbilang (bukan satu. Maka tidak ada duanya), dan tidak pula berbilang-bilang (tidak banyak). Sedangkan wahid (sifat tunggal) itu terbilang (ia satu dan ada duanya bahkan tiga dan empatnya pun ada) namun walau demikian ia tetap tak berbilang-bilang (tidak banyak, tetap satu / tunggal).
T: ......................
J: Allah Swt. itu maha ahad dan maha wahid. Ia ahad dari segi zat dan ketuhanan-Nya, dan Ia wahid dari segi asma' dan sifat-Nya. Sebab zat-Nya tak terbilang dan tak berbilang-bilang, sementara asma' dan sifat-Nya terbilang (1, 2, 3, sampai 99) namun yang memilikinya tak berbilang-bilang (tidak banyak, tetap satu yaitu Allah swt.).
T: ....................
J: Untuk lebih mengerti perbedaan antara ke-ahad-an dan ke-wahid-an, maka sebagai contoh: anda sendiri... Anda itu ahad dan wahid. Ahad dari segi zat anda sendiri dan sidik jari yang anda miliki, tak terbilang satu, dan tidak ada duanya, dan hanya anda saja yang memilikinya. Sementara anda itu wahid dari segi sifat-sifat anda sebagai orang yang baik, pemurah, kuat, kaya dan lain sebagainya, sifat-sifat anda terbilang (1, 2, 3, 4....) namun anda tetap satu dan tak berbilang-bilang (tidak banyak) yaitu anda sendiri.
T: Ooo...
J: Maka dari itu, tauhid adalah membersihkan ahadiyah Allah dari adad (bilangan), dan membersihkan wahidiyah-Nya dari ta'addud (berbilang-bilang / banyak).
T: Bukannya ahad dengan wahid itu sama?
J: Tidak sama. Bila kita campuradukkan antara ahad dan wahid maka itu mengakibatkan ilhad "Wa dzarulladzina yulhiduna fi asma'ihi", dan seolah kita telah mengatakan bahwa zat Allah itu banyak dan berbilang-bilang.

T: Ooo...
J: Ada pertanyaan lain?
T: ............
J: Ketahuilah juga bahwa Tauhid itu memiliki nama, kata dan simbol. Namanya: La ilaha illallah. Katanya: Allah. Simbolnya: Ha.
T: Maksudnya?
J: Sebagaimana United Stated of America sebagai nama, America sebagai kata / sebutan, dan USA sebagai simbol / singkatan.
T: ...............
J: Ada pertanyaan lain?
T: Bagaimana hubungan antara Allah, Nabi dan Wali?
J: Antara Tuhan, Nabi dan Wali tidak ada pemisahan dan sekaligus juga tidak ada penyatuan / pencampuradukan.
T: .........................
J: Jika dipisahkan maka seolah-olah apa yang dimiliki oleh Nabi dan Wali bukan bersumber dari Tuhan melainkan dari diri mereka masing-masing. Nabi / Rasul adalah utusan Tuhan, Wali adalah kekasih Tuhan sekaligus pewaris Nabi. Maka tidak boleh dipisahkan "Walillahil-izzatu wa lirasulihi wa lil-mu'minin"... "Wa quli'malu fa sayarallahu amalakum wa rasuluhu wal-mu'minun".
T: Dan jika disatukan maka terjadilah trinitas.....
J: Benar. Jadi kita harus tanam dalam lubuk hati kita Nuqthah Muhayidah agar dapat meraih Shirat Mustaqim. Tuhan tetap tuhan dan tidak akan berubah menjadi nabi atau wali. Nabi tetap nabi, tidak akan pernah berubah menjadi tuhan atau wali. Demikian pula Wali tetap wali, tidak akan pernah berubah menjadi tuhan atau nabi.
T: Artinya; nabi tidak boleh dituhankan dan wali tidak boleh dinabikan dan juga tidak boleh dituhankan?
J: Iya. Bila dicampuradukkan maka kita telah mengikuti jejak nasrani. Jangan pula dipisahkan karena bila dipisahkan maka kita telah mengikuti jejak wahabi yang selalu mengabaikan para utusan dan kekasih Tuhan dengan alasan bahwa kebaikan hanya ada pada Tuhan dan hanya boleh diminta langsung dari Tuhan, seakan-akan yang ada pada nabi dan wali itu bukan pemberian Tuhan untuk kita melalui mereka, seolah-olah Tuhan tidak pernah mengutus prantara, seakan-akan nabi dan wali tidak pernah ada fungsinya.
T: .....................
J: Allah berfirman : "Idz yaqulu li shahibihi la tahzan innallaha ma'ana"; Nabi berkata kepada Wali: Jangan bersedih, Tuhan bersama kita... amat jelas, sekali lagi, tidak boleh ada pemisahan dan tidak pula boleh ada penyatuan / pencampuradukan.
T: Boleh dijelaskan lagi tentang tidak bolehnya ada pemisahan?

J: Maulana Syekh Mukhtar Ra. menggagas sebuah kaidah yaitu: 'Laisa ainuhu wa laisa ghairuhu'. Artinya: Para nabi dan rasul adalah bukan Allah dan bukan pula selain Allah. Para wali juga demikian, bukan Allah dan bukan nabi, bukan pula selain Allah atau selain nabi.
T: Bukan Allah sudah pasti. Bukan selain-Nya....?!?!?!
J: Bukan selain-Nya berarti: Mereka itu adalah utusan-utusan-Nya, suruhan-suruhan-Nya, kekasih-kekasih-Nya, prantara-prantara menuju-Nya, maka apa yang dibawa oleh mereka merupakan persis apa yang ada pada-Nya. Allah berfirman: "Barang siapa taat kepada Rasul maka ia telah taat kepada Allah" sebab Rasul walau ia bukan Allah (bukan zat Allah / bukan tuhan) namun ia juga bukan selain Allah, toh ia merupakan utusan yang ma'dzun dari Allah. Buktinya: Taat kepada Rasul = (sama dengan) Taat kepada Allah.
T: Ooo... Jadi fungsi diutusnya Rasul maupun Wali adalah untuk menyampaikan hidayah Allah kepada umat manusia yang dengan mentaati mereka maka telah mentaati Allah swt.
J: Al-khairu kulluhu biyadillah, yadla'uhu haitsu yasya', wa alaina an na'khudzahu wa nathlubahu haitsu wadla'ahu. Segala jenis kebaikan ada di tangan Allah, namun Ia meletakkan kebaikan itu pada siapa saja yang Ia kehendaki. Kewajiban kita hanyalah mengemis kebaikan-Nya itu dimana Ia meletakkannya. Ada pertanyaan lain?
T: Bagaimana dengan ayat "Yadullahi fauqa aidihim"? Apa yang dimaksud dengan tangan Allah dalam ayat itu?
J: Setiap kata benda bila dinisbatkan kepada manusia maka penisbatan tersebut kadang merupakan nisbah juz'iyyah seperti kalimat Anfi (hidungku), Aini (mataku), Rijli (kakiku). Kadang pula penisbatan itu merupakan nisbah milkiyyah seperti Sayyarati (mobilku), Sa'ati (jamku), Kitabi (bukuku). Sedangkan bila sebuah kata benda dinisbatkan kepada Allah maka satu-satunya penisbatan tersebut adalah nisbah milkiyyah (kepemilikan), dan tidak ada kemungkinan sedikitpun bahwa penisbatan tersebut merupakan nisbah juz'iyyah yang berarti Allah tersusun dari pelbagai unsur.

T: Ooo...
J: Naqatullah (unta Allah), Narullah (neraka Allah), Abdullah (hamba Allah), Yadullah (tangan Allah).... Semua yang dinisbatkan kepada Allah maka bermakna milik-Nya, bukan bagian dari-Nya. Dan oleh karena semua yang ada di dunia ini adalah milik-Nya maka tidak ada salahnya menisbatkan apapun kepada-Nya.... Komputer Allah, botol Allah, kursi Allah, pintu Allah, meja Allah, kaki Allah, hidung Allah, rambut Allah, dll. dengan catatatn: semua penisbatan itu merupakan nisbah milkiyyah semata, dan bukan nisbah juz'iyyah.
T: Iya iya iya...
J: Lalu bagaimana kita menafsirkan ayat "Yadullahi fauqa aidihim"?
T: Tangan milik Allah di atas tanagn-tangan mereka?
J: Iya, dan tangan milik Allah di sini adalah tangannya Rasulullah Saw. (tangan yang merupakan bagian dari jasadnya). Sebab jika seluruh jasad beliau adalah milik Allah maka bagian-bagian beliau pun adalah milik-Nya juga, sebagaimana seseorang mengatakan mobilku (mobil milikku secara keseluruhan) maka ia sangat berhak mengatakan juga: banku, kursiku, kacaku, sebab ia telah memiliki mobil secara keseluruhan maka bagian-bagiannya pun adalah miliknya. Rasul Saw. adalah milik Allah, maka tangan, kaki dan kepala beliau adalah milik Allah juga dan tidak salah dinisbatkan kepada-Nya dengan penisbatan kepemilikan.
T: .......................Iya iya
J: Perhatikan redaksi ayatnya baik-baik: "Innalladzina yuba'yi'unaka innama yuba'yi'unallaha yadullahi fauqa aidihim"; Sesungguhnya para sahabat yang dibai'at olehmu hai Muhammad adalah sebenarnya mereka dibai'at oleh Allah... setelah itu Rasul meletakkan tangan suci beliau di atas tangan-tangan para sahabat (saat bai'at) lalu Allah melanjutkan: Tangan Allah di atas tangan-tangan mereka. Tangan Muhammad yang menjadi milik Allah itu di atas tangan-tangan mereka.

T: Masya'allah....
J: Ayat tersebut mengatakan "Fauqa aidihim" (di atas tangan-tangan mereka), bukan Fauqa aidikum (di atas tangan-tangan kalian)... berarti Rasul tidak termasuk mereka sebab tangan beliaulah yang saat itu berada di atas tangan-tangan mereka... Tangan Rasul itulah tangan Allah swt... Tangan bagian Rasul itulah tangan milik Allah swt.
T: Bukankah tangan-tangan mereka adalah milik Allah juga?
J: Hikmah dari ayat itu adalah untuk menguatkan bahwa Rasul dan Allah tidak boleh dipisahkan (Laisa ainuhu wa laisa ghairuhu). Taat kepada Rasul = taat kepada Allah. Bai'at dengan Rasul = bai'at dengan Allah (tidak beda sama sekali, kecuali dalam hal menyembah saja, maka hanya Allah-lah yang wajib disembah). Hikmah ayat itu untuk menambah keyakinan para sahabat bahwa Rasul bukanlah selain Allah (tidak boleh dipisahkan).
T: Iya iya, sekarang saya faham.
J: Ada pertanyaan lain?
T: Qur'an itu qadim atau hadits?
J: Qur'an itu qadim dan hadits. Qadim dari segi kalam Allah. Hadits dari segi qaul Rasulullah.
T: Perbedaan kalam dengan qaul?
J: Ibarat presiden yang mengirim salam kepada hadirin pada sebuah pertemuan. Walaupun ia tidak datang, namun melalui menteri, salam tersebut disampaikan. Ditinjau dari segi kalam, salam tersebut adalah kalam presiden. Sedangkan ditinjau dari segi qaul, salam tersebut adalah qaul sang menteri. Maka al-Qur'an adalah kalam Allah (qadim) sekaligus qaul Rasulullah (hadits) sebab beliaulah yang menyampaikannya kepada umat, maka al-Qur'an adalah qadim dan hadits. Allah berfirman: "Innahu laqaulu Rasulin karim"; Sesungguhnya al-Qur'an adalah qaulnya Rasul yang mulia.
T: Manusia itu musayyar atau mukhayyar?
J: Manusia itu mukhayyar dalam keadaan tahu dan mampu. Musayyar dalam keadaan tidak tahu atau tidak mampu. Orang yang mukhayyar disebut Abdu amr, sedangkan orang yang musayyar disebut Abdu iradah. Orang yang mukhayyar itu mukallaf dan dihisab, sedengkan yang musayyar tidak mukallaf dan tidak dihisab.
T: Allahu Akbar....!!!!
J: Apa maksudmu mengatakan Allahu Akbar?
T: Saya kagum.
J: Mksudku: apa artinya Allahu Akbar?
T: Allah maha besar dari segala sesuatu (Allahu Akbar min kulli syai').
J: pakah Allah adalah sesuatu (syai') sehingga ukuran-Nya dibanding-bandingkan dengan ukuran sesuatu yang lain? apakah Allah berukuran besar dan panjang? Apa layak Allah dibanding-bandingkan dengan makhluk-makhluk-Nya?

T: Lalu apa makna Allahu Akbar?
J: Allah maha besar untuk diketahui (Allahu Akbar min an yu'raf). Allah itu muthlaq dan tidak muqayyad oleh ruang, waktu, ukuran maupun berat. Allah maha suci dari itu semua. Allah tidak bisa diketahui oleh siapapun. Allah maha besar untuk dideteksi atau diukur atau dikenal secara sempurna. Apapun yang terlintas di benak kita tentang-Nya maka Dia maha besar dan maha suci dari itu semua "Subhana Rabbika Rabbil-izzati amma yashifun".
T: Ooo...
J: Syekh Abu Yazid al-Busthami Ra. pernah ditanya: Apakah Allahu Akbar berarti Allah maha besar dari yang selain-Nya (dari segala sesuatu / dari segala-galanya)? Beliau menjawab: Tidak ada sesuatupun bersama-Nya sehingga Ia menjadi lebih besar darinya. Beliau ditanya kembali: Lalu apa maknanya? Beliau menjawab: Allahu Akbar artinya Allah maha besar untuk dikias dengan manusia atau dijadikan sebagai alat mengkias atau dijangkau oleh panca indra (Akbar min an yuqasa binnas, aw yadkhula tahtal-qiyas aw tudrikahul-hawas).
T: Terima kasih sebelum dan sesudanhya, malam ini saya sudah dapat banyak ilmu.
J: Syai' lillah Maulana Syekh Mukhtar.sumber ; http://www.aziznawadi.com/teologi.html

Bangsa Melayu Moro

Bangsa Moro dalam Lintasan Sejarah Oleh: Iman Nugraha
Secara geografis wilayah Filipina terbagi dua wilayah kepulauan besar, yaitu utara dengan kepulauan Luzon dan gugusannya serta selatan dengan kepulauan Mindanao dan gugusannya. Muslim Moro atau lebih dikenal dengan Bangsa Moro adalah komunitas Muslim yang mendiami kepulauan Mindanao-Sulu beserta gugusannya di Filipina bagian selatan.
Sejarah masuknya Islam
Islam masuk ke wilayah Filipina Selatan, khususnya kepulauan Sulu dan Mindanao, pada tahun 1380. Seorang tabib dan ulama Arab bernama Karimul Makhdum dan Raja Baguinda tercatat sebagai orang pertama yang menyebarkan ajaran Islam di kepulauan tersebut.
Menurut catatan sejarah, Raja Baguinda adalah seorang pangiran dari Minangkabau (Sumatra Barat). Ia tiba di kepulauan Sulu sepuluh tahun setelah berhasil mendakwahkan Islam di kepulauan Zamboanga dan Basilan. Atas hasil kerja kerasnya juga akhirnya Kabungsuwan Manguindanao, raja terkenal dari Manguindanao, memeluk Islam. Dari sinilah awal peradaban Islam di wilayah ini mulai dirintis. Pada masa itu, sudah dikenal sistem pemerintahan dan kodifikasi hukum yaitu Manguindanao Code of Law atau Luwaran yang didasarkan atas Minhaj dan Fathu-i-Qareeb, Taqreebu-i-Intifa dan Mir-atu-Thullab.
Manguindanao kemudian menjadi seorang Datu yang berkuasa atas propinsi Davao di bagian tenggara pulau Mindanao. Setelah itu, Islam disebarkan ke pulau Lanao dan bagian utara Zamboanga serta daerah pantai lainnya. Sepanjang garis pantai kepulauan Filipina semuanya berada dibawah kekuasaan pemimpin-pemimpin Islam yang bergelar Datu atau Raja bahkan setelah kedatangan orang-orang Spanyol. Konon menurut para ahli sejarah kata Manila (ibukota Filipina sekarang) berasal dari kata Amanullah (negeri Allah yang aman). Pendapat ini bisa jadi benar mengingat kalimat tersebut banyak digunakan oleh masyarakat Islam sub-kontinen (anak benua India).
Masa Kolonial Spanyol
Sejak masuknya orang-orang Spanyol ke Filipina pada 16 Maret 1521, penduduk pribumi telah mencium adanya maksud lain dibalik "ekspedisi ilmiah" Ferdinand de Magellans. Ketika kolonial Spanyol menaklukan wilayah utara dengan mudah dan tanpa perlawanan berarti, tidak demikian halnya dengan wilayah selatan. Mereka justru menemukan penduduk wilayah selatan melakukan perlawanan sangat gigih, berani dan pantang menyerah.
Tentara kolonial Spanyol harus bertempur mati-matian kilometer demi kilometer untuk mencapai Mindanao-Sulu (kesultanan Sulu takluk pada tahun 1876). Menghabiskan lebih dari 375 tahun masa kolonialisme dengan perang berkelanjutan melawan kaum Muslimin. Namun, walaupun demikian, kaum Muslimin tidak pernah dapat ditundukan secara total.
Selama masa kolonial, Spanyol menerapkan politik devide and rule (pecah belah and kuasai) serta mision-sacre (misi suci Kristenisasi) terhadap orang-orang Islam. Bahkan orang-orang Islam di-stigmatisasi (julukan terhadap hal-hal yang buruk) sebagai "Moor" (Moro). Artinya orang yang buta huruf, jahat, tidak bertuhan dan huramentados (tukang bunuh). Sejak saat itu julukan Moro melekat pada orang-orang Islam yang mendiami kawasan Filipina Selatan tersebut.
Tahun 1578 terjadi perang besar yang melibatkan orang Filipina sendiri. Penduduk pribumi wilayah Utara yang telah dikristenkan dilibatkan dalam ketentaraan kolonial Spanyol, kemudian di adu domba dan disuruh berperang melawan orang-orang Islam di selatan. Sehingga terjadilah peperangan antar orang Filipina sendiri dengan mengatasnamakan "misi suci". Dari sinilah kemudian timbul kebencian dan rasa curiga orang-orang Kristen Filipina terhadap Bangsa Moro yang Islam hingga sekarang.
Sejarah mencatat, orang Islam pertama yang masuk Kristen akibat politik yang dijalankan kolonial Spanyol ini adalah istri Raja Humabon dari pulau Cebu, kemudian Raja Humabon sendiri dan rakyatnya.
Masa Imperialisme Amerika Serikat
Sekalipun Spanyol gagal menundukkan Mindanao dan Sulu, Spanyol tetap menganggap kedua wilayah itu merupakan bagian dari teritorialnya. Secara tidak sah dan tak bermoral Spanyol kemudian menjual Filipina kepada Amerika Serikat seharga US$ 20 juta pada tahun 1898 melalui Traktat Paris.
Amerika datang ke Mindanao dengan menampilkan diri mereka sebagai seorang sahabat baik dan dapat dipercaya. Hal ini dibuktikan dengan ditandatanganinya Traktat Bates (20 Agustus 1898) yang menjanjikan kebebasan beragama, kebebasan mengungkapkan pendapat, kebebasan mendapatkan pendidikan bagi Bangsa Moro. Namun traktat tersebut hanya taktik mengambil hati orang-orang Islam agar tidak memberontak, karena pada saat yang sama Amerika tengah disibukkan dengan pemberontakan kaum revolusioner Filipina Utara pimpinan Emilio Aguinaldo.
Terbukti setelah kaum revolusioner kalah pada 1902, kebijakan AS di Mindanao dan Sulu bergeser kepada sikap campur tangan langsung dan penjajahan terbuka. Setahun kemudian (1903) Mindanao dan Sulu disatukan menjadi wilayah propinsi Moroland dengan alasan untuk memberadabkan (civilizing) rakyat Mindanao dan Sulu. Periode berikutnya tercatat pertempuran antara kedua belah pihak. Teofisto Guingona, Sr. mencatat antara tahun 1914-1920 rata-rata terjadi 19 kali pertempuran. Tahun 1921-1923, terjadi 21 kali pertempuran.
Patut dicatat bahwa selama periode 1898-1902, AS ternyata telah menggunakan waktu tersebut untuk membebaskan tanah serta hutan di wilayah Moro untuk keperluan ekspansi para kapitalis. Bahkan periode 1903-1913 dihabiskan AS untuk memerangi berbagai kelompok perlawanan Bangsa Moro.
Namun Amerika memandang peperangan tak cukup efektif meredam perlawanan Bangsa Moro, Amerika akhirnya menerapkan strategi penjajahan melalui kebijakan pendidikan dan bujukan. Kebijakan ini kemudian disempurnakan oleh orang-orang Amerika sebagai ciri khas penjajahan mereka.
Kebijakan pendidikan dan bujukan yang diterapkan Amerika terbukti merupakan strategi yang sangat efektif dalam meredam perlawanan Bangsa Moro. Sebagai hasilnya, kohesitas politik dan kesatuan di antara masyarakat Muslim mulai berantakan dan basis budaya mulai diserang oleh norma-norma Barat.
Pada dasarnya kebijakan ini lebih disebabkan keinginan Amerika memasukkan kaum Muslimin ke dalam arus utama masyarakat Filipina di Utara dan mengasimilasi kaum Muslim ke dalam tradisi dan kebiasaan orang-orang Kristen. Seiring dengan berkurangnya kekuasaan politik para Sultan dan berpindahnya kekuasaan secara bertahap ke Manila, pendekatan ini sedikit demi sedikit mengancam tradisi kemandirian yang selama ini dipelihara oleh masyarakat Muslim.
Masa Peralihan
Masa pra-kemerdekaan ditandai dengan masa peralihan kekuasaan dari penjajah Amerika ke pemerintah Kristen Filipina di Utara. Untuk menggabungkan ekonomi Moroland ke dalam sistem kapitalis, diberlakukanlah hukum-hukum tanah warisan jajahan AS yang sangat kapitalistis seperti Land Registration Act No. 496 (November 1902) yang menyatakan keharusan pendaftaran tanah dalam bentuk tertulis, ditandatangani dan di bawah sumpah. Kemudian Philippine Commission Act No. 718 (4 April 1903) yang menyatakan hibah tanah dari para Sultan, Datu, atau kepala Suku Non-Kristen sebagai tidak sah, jika dilakukan tanpa ada wewenang atau izin dari pemerintah. Demikian juga Public Land Act No. 296 (7 Oktober 1903) yang menyatakan semua tanah yang tidak didaftarkan sesuai dengan Land Registration Act No. 496 sebagai tanah negara, The Mining Law of 1905 yang menyatakan semua tanah negara di Filipina sebagai tanah yang bebas, terbuka untuk eksplorasi, pemilikan dan pembelian oleh WN Filipina dan AS, serta Cadastral Act of 1907 yang membolehkan penduduk setempat (Filipina) yang berpendidikan, dan para spekulan tanah Amerika, yang lebih paham dengan urusan birokrasi, untuk melegalisasi kalim-klaim atas tanah.
Pada intinya ketentuan tentang hukum tanah ini merupakan legalisasi penyitaan tanah-tanah kaum Muslimin (tanah adat dan ulayat) oleh pemerintah kolonial AS dan pemerintah Filipina di Utara yang menguntungkan para kapitalis.
Pemberlakukan Quino-Recto Colonialization Act No. 4197 pada 12 Februari 1935 menandai upaya pemerintah Filipina yang lebih agresif untuk membuka tanah dan menjajah Mindanao. Pemerintah mula-mula berkonsentrasi pada pembangunan jalan dan survei-survei tanah negara, sebelum membangun koloni-koloni pertanian yang baru. NLSA - National Land Settlement Administration - didirikan berdasarkan Act No. 441 pada 1939. Di bawah NLSA, tiga pemukiman besar yang menampung ribuan pemukim dari Utara dibangun di propinsi Cotabato Lama.
Bahkan seorang senator Manuel L. Quezon pada 1936-1944 gigih mengkampanyekan program pemukiman besar-besaran orang-orang Utara dengan tujuan untuk menghancurkan keragaman (homogenity) dan keunggulan jumlah Bangsa Moro di Mindanao serta berusaha mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat Filipina secara umum.
Kepemilikan tanah yang begitu mudah dan mendapat legalisasi dari pemerintah tersebut mendorong migrasi dan pemukiman besar-besaran orang-orang Utara ke Mindanao. Banyak pemukin yang datang, seperti di Kidapawan, Manguindanao, mengakui bahwa motif utama kedatangan mereka ke Mindanao adalah untuk mendapatkan tanah. Untuk menarik banyak pemukim dari utara ke Mindanao, pemerintah membangun koloni-koloni yang disubsidi lengkap dengan seluruh alat bantu yang diperlukan. Konsep penjajahan melalui koloni ini diteruskan oleh pemerintah Filipina begitu AS hengkang dari negeri tersebut. Sehingga perlahan tapi pasti orang-orang Moro menjadi minoritas di tanah kelahiran mereka sendiri.
Masa Pasca Kemerdekaan hingga Sekarang
Kemerdekaan yang didapatkan Filipina (1946) dari Amerika Serikat ternyata tidak memiliki arti khusus bagi Bangsa Moro. Hengkangnya penjajah pertama (Amerika Serikat) dari Filipina ternyata memunculkan penjajah lainnya (pemerintah Filipina). Namun patut dicatat, pada masa ini perjuangan Bangsa Moro memasuki babak baru dengan dibentuknya front perlawanan yang lebih terorganisir dan maju, seperti MIM, Anshar-el-Islam, MNLF, MILF, MNLF-Reformis, BMIF. Namun pada saat yang sama juga sebagai masa terpecahnya kekuatan Bangsa Moro menjadi faksi-faksi yang melemahkan perjuangan mereka secara keseluruhan.
Pada awal kemerdekaan pemerintah Filipina disibukkan dengan pemberontakan kaum komunis Hukbalahab dan Hukbong Bayan Laban Sa Hapon. Sehingga tekanan terhadap perlawanan Bangsa Moro dikurangi. Gerombolan komunis Hukbalahab ini awalnya merupakan gerakan rakyat anti penjajahan Jepang, setelah Jepang menyerah mereka mengarahkan perlawanannya ke pemerintah Filipina. Pemberontakan ini baru bisa diatasi di masa Ramon Magsaysay, menteri pertahanan pada masa pemerintahan Eipidio Qurino (1948-1953).
Tekanan semakin terasa hebat dan berat ketika Ferdinand Marcos berkuasa (1965-1986).
Dibandingkan dengan masa pemerintahan semua presiden Filipina dari Jose Rizal sampai Fidel Ramos maka masa pemerintahan Ferdinand Marcos merupakan masa pemerintahan paling represif bagi Bangsa Moro. Pembentukan Muslim Independent Movement (MIM) pada 1968 dan Moro Liberation Front (MLF) pada 1971 tak bisa dilepaskan dari sikap politik Marcos yang lebih dikenal dengan Presidential Proclamation No. 1081 itu.
Perkembangan berikutnya kita semua tahu. MLF sebagai induk perjuangan Bangsa Moro akhirnya terpecah. Pertama, Moro National Liberation Front (MNLF) pimpinan Nurulhaj Misuari yang berideologikan nasionalis-sekuler. Kedua, Moro Islamic Liberation Front (MILF) pimpinan Salamat Hashim, seorang ulama pejuang, yang murni berideologikan Islam dan bercita-cita mendirikan negara Islam di Filipina Selatan. Namun dalam perjalanannya, ternyata MNLF pimpinan Nur Misuari mengalami perpecahan kembali menjadi kelompok MNLF-Reformis pimpinan Dimas Pundato (1981) dan kelompok Abu Sayyaf pimpinan Abdurrazak Janjalani (1993). Tentu saja perpecahan ini memperlemah perjuangan Bangsa Moro secara keseluruhan dan memperkuat posisi pemerintah Filipina dalam menghadapi Bangsa Moro.
Ditandatanganinya perjanjian perdamaian antara Nur Misuari (ketua MNLF) dengan Fidel Ramos (Presiden Filipina) pada 30 Agustus 1996 di Istana Merdeka Jakarta lebih menunjukkan ketidaksepakatan Bangsa Moro dalam menyelesaikan konflik yang telah memasuki 2 dasawarsa itu. Disatu pihak mereka menghendaki diselesaikannya konflik dengan cara diplomatik (diwakili oleh MNLF), sementara pihak lainnya menghendaki perjuangan bersenjata/jihad (diwakili oleh MILF).
Semua pihak memandang caranya lah yang paling tepat dan efektif. Namun agaknya Ramos telah memilih salah satu diantara mereka walaupun dengan penuh resiko. "Semua orang harus memilih, tidak mungkin memuaskan semua pihak," katanya.

Pattani


PATTANI : Isu sebahagian Tanah Melayu

Pattani merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu dan pernah dibawah pemerintahan kesultanan Melayu Pattani, namun sejak sekian lama bumi Melayu tersebut terus dijajah oleh Siam sehingga ianya menjadi sebahagian daripada negara Thailand hari ini. Pattani berkongsi dengan bumi Melayu lain sebagai sebangsa dan seagama dimana melayu dan Islam sememangnya sebati dikalangan masyarakat mereka.

Islam mesuk ke Pattani dikatakan pada abad ke-12 oleh para pendakwah sufi dan pedagang muslim. Kedatangan Islam merancakkan perkembagan masyarakat dari segi sosial, ekonomi, budaya, pendidikan dan sebagainya. Pattani mencapai kegemilangan sebagai tempat yang melahirkan banyak institusi pondok bagi pengajian agama Islam yang merupakan nadi kepada jatidiri dan kelangsungan Islam dan Melayu di sana. Kerana sejak sekian lama Siam meneruskan agenda bagi mengasimilasikan masyarakat disana agar dikenali Thai Muslim. Institusi pondok menjadi benteng terakhir dalam mempertahankan bangsa Melayu dan agama Islam disana walaupun sentiasa diasak dan didiskriminasikan oleh kerajaan Siam.

Masyarakat disana dipaksa supaya menerima budaya Thai dan nasionalisme Thai, perpindahan besar-besaran kalangan masyarakat Siam ke Pattani bagi mengurangkan peratusan masyarakat Melayu disana. Bahasa Siam menjadi bahasa rasmi di pejabat/ urusan pentadbiran dan di sekolah-sekolah. Bahasa Melayu hanya sekadar bahasa pertuturan dan dipelajari di pondok sahaja. Institusi pondoklah memberi sumbagan penting kepada umat Islam dan bangsa Melayu disana agar ianya tidak terus lenyap diganyang oleh Siam. Antara tokoh ulama tersohor disana ialah Syeikh Wan Daud, Syeikh Wan Ahmad, Syeikh Wan Abdul Kadir, Tok Bermin, Tuan Guru Hj Sulong dan ramai lagi.

Pattani terletak di Selatan Thai dan bersebelahan Malaysia, bahkan masyarakat melayu Pattani berkongsi adab dan budaya yang sama serta dialek percakapan hanpir sama dengan orang Melayu Kelantan. Pattani kini dipecahkan kepada 4 wilayah iaitu Yala (60% Melayu), Pattani (75% Melayu), Narathiwat (76% Melayu dan Satun (64% Melayu). Dan jumlahnya kini melebihi 7 juta orang.

Agenda Siam:
Asimilasi – Melalui perpindahan dan pendidikan kebangsaan Thai.
Bahasa – Bahasa Siam sebagai bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran dan pendidikan.
Birokrasi – Orang Melayu kurang mendapat jawatan dan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan Thai.
Institusi Pondok - sebagai ganti mewujudkan sekolah agama kebangsaan dan dimasukkan pendidikan bahasa Siam sebagai cara beransur-ansur melenyapkan institusi pondok.
Gerakan pemisah – mengharamkan gerakan pemisah.
Kemerosotan akhlak – masalah sosial dan dadah.
Kemiskinan dan buta huruf – kadar kemiskinan dan buta huruf kalangan masyarakat Melayu begitu tinggi.
Diskriminasi dalam bidang sosial, politik ,ekonomi, dan pekerjaan.

Gerakan Pejuang

Atas faktor diatas dan sejarah, melangsungkan kewujudan para pejuang Melayu walaupun ada pasang surutnya. Gerakan pemisah ini bergerak dalam pelbagai kumpulan dan nama antaranya:
BIPP (Barisan Islam Pembebasan Pattani)
BRN (Barisan Revolusi Naisonal)
PULO (Pattani United Liberation Organization)
GMP (Gerakan Mujahidin Pattani)
BERSATU (Gabungan Barisan Bersatu Kemerdekaan Pattani) yangmerupakan gabungan kalangan kumpulan tersebut bagi tujuan yang sama iaitu menuntut kemerdekan bagi tanah Melayu kepada orang Melayu, walaupun pendekatan mereka berbeza dan pernah dipimpin oleh Dr Wan Abdul Kadir Che Man

Kesan Gerakan Pemisah Ini:
- Masyarakat Melayu semakin mendapat tempat, peluang daripada pemerintah Siam walaupun sedikit dari segi sosioekonomi dan sosiopolitik.
- Melambatkan kelancaran proses asimilasi Siam.
- Membuka minda masyarakat Melayu serumpun dan masyarakat antarabangsa.
- Perjuangan Pattani suatu perjuangan berasaskan kepada faktor sejarah, agama, bangsa dan bumi Melayu.

Bangsa Melayu Pattani: hidup dan mati bergantung kepada:
i. Polisi asilimilasi kerajaan Thai
ii. Peranan perjuangan pembebasan
iii. Peranan Golongan Melayu dalam birokrasi Thai.
iv. Peranan Alim Ulama.
v. Peranan Rakyat Pattani sendiri.

Syeikh Ahmad Zaini Dahlan


Sheikh Ahmad Zaini Dahlan

Syeikhul Islam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani Radhiyallahu 'Anhu
Kalangan penuntut ilmu dipondok atau pesantren, nama Sayyid Ahmad Zaini Dahlan sudah tidak asing lagi. Namanya harum dan masyhur dikalangan mereka kerana sebahagian besar daripada sanad keilmuan para ulama Nusantara (Malaysia, Indonesia dan Fathoni) bersambung kepada ulama besar ini. Dan di kalangan para ulama ianya sangat terkenal sebagai ulama seorang pembela Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam pertembungan dengan Wahabi. Ulama besar ini amat dimusuhi oleh puak Wahabi atau kaum muda[h]. Maka banyak fitnah yang ditaburkan terhadap ulama besar ini agar orang-orang yang jahil macam kita menjauhinya.Ulama besar inilah yang telah memberi perlindungan kepada Syeikh Rahmatullah bin Khalilurrahman al-Kiranawi al-Hindi al-Utsmani (lahir 1226H/1811M, riwayat lain lahir Jumadil Awwal 1233H/9 Mac 1818M, wafat malam Jumaat, 22 Ramadan 1308H/2 Mei 1891M) ketika diburu oleh penjajah British bahkan memperkenalkan kepada pemerintah Makkah. Seterusnya memberi laluan untuk Syeikh Rahmatullah membuka Madrasah Shaulatiyah.


Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah merupakan seorang Syeikhul Islam, Mufti Haramain dan Pembela Ahlus Sunnah Wal Jama`ah. Berasal dari titihan yang mulia, ahlul bait Rasulullah صلى الله عليه وسلم melalui susur-galur Sayyiduna Hasan, cucu kesayangan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Berdasarkan kepada kitab "Taajul-A'raas", juzuk 2, mukasurat 702 karya al-Imam al-'Allaamah al-Bahr al-Fahhamah al-Habib 'Ali bin Husain bin Muhammad bin Husain bin Ja'faar al-'Aththaas.

Nasabnya adalah seperti berikut:-Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin 'Utsman Dahlan bin Ni'matUllah bin 'Abdur Rahman bin Muhammad bin 'Abdullah bin 'Utsman bin 'Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin 'Abdul Wahhaab bin Muhammad bin 'Abdur Razzaaq bin 'Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi 'Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina 'Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin 'Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam 'Ali & Sayyidatina Fathimah al-Batuul رضي الله عنهم اجمعين.


Menurut riwayat, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan lahir di Makkah pada 1232H/1816M. Selesai menimba ilmu di kota kelahirannya, ia lantas dilantik menjadi mufti Mazhab Syafi‘i, merangkap Syeikh al-Haram iaitu “pangkat” ulama tertinggi yang mengajar di Masjid al-Haram yang diangkat oleh Syeikh al-Islam yang berkedudukan di Istanbul, Turki.Beliau sangat masyhur, dan daripada kemasyhuran inilah maka beliau diberi pelbagai gelaran dan julukan antaranya al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu 'Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syeikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi - Shallalahu 'Alaihi wa Sallam - wa Kawakibu Sama-ihi (Penghafal Hadits Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan Bintang-bintang langitnya), Ka'batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan para murid dan Pendidik para salik).Murid beliau Sayyidi Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi [gambar atas - kanan] dalam "Nafahatur Rahman" antara lain menulis:-
“Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan رضي الله عنه hafal al-Qur`an dengan baik dan menguasai 7 cara bacaan Qur`an (7 qiraah). Beliau juga hafal kitab "asy-Syaathibiyyah" dan "al-Jazariyyah", dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah 7. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Qur`an, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khuatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus.”


Murid-muridnya Diantara ulama-ulama Nusantara yang pernah berguru dengan ulama besar ini ialah:-
Kiyai Nawawi Banten
Kiyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi
Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni menurut satu riwayat
Kiyai Muhammad Saleh Darat
Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif bin Abdullah al-Minankabawi
Sayyid Utsman Betawi
Tuan Hussin Kedah
Syeikh Ahmad Yunus Lingga,
Sayyid Abdullah az-Zawawi, Mufti Syafiiyyah, Mekah,
Datuk Hj Ahmad Ulama Brunei,
Tok Wan Din, nama yang sebenar ialah Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni,
Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II),
Syeikh Abdul Hamid Kudus,
Kiyai Muhammad Khalil al-Maduri,
Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi, Imam, Khatib dan Kadi Kuala Lumpur yang pertama,
Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani,
Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh 'Abdul Qadir bin 'Abdur Rahman bin 'Utsman al-Fathoni
Tuan Kisa-i’ Minankabawi [atau namanya Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh. Beliau inilah yang melahirkan dua orang tokoh besar di dunia Melayu. Yang seorang ialah anak beliau sendiri, Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah. Dan yang seorang lagi ialah cucu beliau, Syeikh Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)]
Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh)
Syeikh Utsman Sarawak [gambar bawah - kanan]
Syeikh Abdul Wahab Rokan dan ramai lagi.


Selain itu ramai ulama di Nusantara yang bersambung sanad keilmuan mereka kepada murid kepada Sayyid Ahmad Zaini Dahlan iaitu Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dan Syeikh Ahmad al-Fathoni. Bahkan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni juga merupakan murid kepada Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi. Dan murid kepada Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathoni yang bertebaran di seluruh pelusuk Nusantara sangatlah banyaknya.KaranganSayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif Selain melahirkan para ulama beliau beliau juga menghasilkan karangan amatlah banyaknya antaranya adalah:-
al-Futuhatul Islamiyyah;
Tarikh Duwalul Islamiyyah;
Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram;
al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin;
ad-Durarus Saniyyah fi raddi 'alal Wahhabiyyah;
Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib;
Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul 'Abidin;
Hasyiah Matan Samarqandi;
Risalah al-Isti`araat;
Risalah I'raab Ja-a Zaidun;
Risalah al-Bayyinaat;
Risalah fi Fadhoilis Sholah;
Shirathun Nabawiyyah;
Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah;
Fathul Jawad al-Mannan;
al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi;
Manhalul 'Athsyaan;


KewafatannyaSetelah menaburkan jasanya di Makkah, Saiyyid Ahmad bin Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke kota Madinah, kerana suasana di kota Makkah kurang aman dan beliau wafat di kota Madinah pada 1304H/1886M dan dimakamkan disana. Semoga Allah sentiasa mengasihi dan merahmati Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani.

Syeikh Ahmad Arabi as-Syarnubi



Syeikh Ahmad Arabi as-Syarnubi
(931-994 H)

Beliau ialah Sayyid Ahmad Arabi bin Sayyid Othman bin Sayyid Ali Nuruddin bin Sayyid Abi al-Abbas bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Ali al-Burhani bin Sayyid Khaidir bin Sayyid Ali bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Yusuf bin Sayyid Sulaiman bin Sayyid Abdul Muhaimin bin Sayyid Abdul Khaliq Solahuddin bin Sayyid Mohamed Qamar ad-Daulat bin Sayyid Hussein bin Sayyid Hasan al-Soyad bin Sayyid Ibrahim al-Ghalibi bin Sayyid Omar bin Sayyid Mohamed Abdul Salam bin Sayyid Ibrahim Redha bin Sayyid Musa al-Kazim bin Sayyid as-Sidiq bin Sayyid Jaafar as-Sodiq bin Sayyid Mohamed al-Baqir bin Saidina Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussin bin Saidina Ali dan Saidinatina Fatimah az-Zahra’ binti Saidina Mohamed SAW.

Beliau dilahirkan di Syarnub, Wilayah Buhairah, Mesir pada tahun 931 H. Beliau mempunyai banyak karamah dan begitu alim sebagaimana diriwayatkan oleh para ulama lain dan dinukilkan dalam kitab-kitab. Semenjak kecil beliau merupakan seorang yang rajin beribadat dan mendapat didikan baik daripada ibunya Sayyidah Ayidah yang merupakan seorang solehah.

Beliau pernah bermusafir ke Haramayn, Syam, Istanbul dan Cyprus. Pernah tinggal di Haramayn selam 7 tahun, dan disana beliau berbakti mencurah ilmunya kepada umat Islam disana. Antara kitab karangan beliau ialah ‘Taiah as-Suluk Ila Malikul al-Muluk’. Semasa di Istanbul, Sultan Salim meminta Syeikh Nuruddin dan beliau untuk ke Cyprus bagi berdoa dan membuka kawasan takluk Osmaniah bagi menyebarkan Islam disana dan berkatnya Islam berjaya bertapak disana.

Pada mulanya beliau mengikuti Tariqat as-Syaziliah dan seterusnya Tariqat ad-Dusuqiah, dan antara gurunya Syeikh Mohamed as-Shahawi, Syeikh Abdul Rahman al-Tajuri, Syeikh Abdul Salam al-Magribi, Syeik Ali as-Sakari, Syeikh Ali al-Muttaqa, Syeikh Abdul Rahim al-Beiruti, Syeikh Abu Hassan al-Bakri, Syeikh Sulaiman al-Khadiri, Syeikh Ibrahim al-az-Zakir, Syeikh Badruddin al-Adili, Syeikh Zain al-Mursafi da Syeikh Nuruddin. Beliau mashur sebagai wazir Syeikh Ibrahimad ad-Dusuqi serta merupakan mashrabnya beliau menjadi wazir hakiki kepada Qutub Aqtab Abu Ainain. Dari sanadnya beliau mengambil baiah daripada Syiekh Mohamed al-Itris daripada Syeikh Jalaluddin as-Suyuti daripada Syeikh Mohamed Abdul Salam as-Syazili dan melaui Syeikh al-Itris juga berkesinambungan kepada Syeikh Musa Abu al-Imran dan daripada Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi.

Beliau menyampaikan banyak pesanan antaranya: Supaya rajin membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Katanya juga kepada muridnya, seorang Syeikh akan menjada murid yang sodiq samaada ianya jauh dan dekat.

Kalangan ulama ramai yang menjadi muridnya antaranya ialah :
- Syeikh Ibrahim al-Laqani
- Syeikh Sulaiman bin Soleh ad-Damanhuri
- Syeikh Daud al-Laqani
- SyeikhAli Munir al-Laqani
- Syeikh Syihabuddin al-Dumyati
- Syeikh Abu Barakat al-Hasani
- Syeikh Ibrahim Syabarkiti
- Syeikh Hijazi as-Sakandari
- Syeikh Syamsuddin al-Tilbani
- Syeikh Ali Abu Rabah al-Absyiti
- Syeikh Mohamed al-Balqini
- Syeikh Ubaid al-Tamani
- Syeikh Abu Nasr ad-Dusuqi
- Syeikh Sulaiman al-Burhani
- Syeikh Syarafuddin al-Mursyid
- Syeikh al-Bulini
- Syeikh Sulaiman al-Alaqani
- Syeikh Hamidi al-Khulaidi
- Syeikh Mohamed bin Sakran
- Syeikh Amir al-Baqali
- Syeikh Ibrahim as-Syarnubi
- Syeikh Ibrahim as-Samdisi
- Syeikh Hasan al-Manzilani
- Syeikh Sulaiman as-Isnawi
- Syeikh Abdullah al-Maghribi
- Syeikh Salim ad-Damanhuri
- Syeikh Zain al-Mihlawi
- Syeikh Mohamed ad-Dusuqi


Pada tahun 994H beliau berangkat kali kedua ke Istanbul dan ketika disana beliau jatuh sakit sehinggalah beliau meninggal dunia dan dimakamkan disana. Umur beliau pada masa tersebut ialah 63 tahun.


Ulul Albab: Yahudi gerun keturunan Rasulullah

Oleh Abdurrahman Haqqi



"SESUNGGUHNYA hak Rasulullah SAW tidak dapat ditunaikan oleh seseorang. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meminta darimu lebih daripada mencintai kerabatnya! Dengan wajah apa engkau menghadap Nabi SAW ketika Baginda memberi syafaat bagimu di sisi Allah, walaupun balasan salah seorang cucunya, padahal Baginda tidak minta apa pun darimu kecuali hanya mencintainya." (Dr Muhammad Abduh Yamani, Pandangan Ahlussunah Terhadap Ahlul-bait, Terj., 35)
Ketika penulis berjalan di pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya tidak lama dulu, penulis terserempak buku bertajuk Ahlul-bait (Keluarga Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu, susunan Tun Suzana Tun Othman dan Muzaffar Mohammad. Demi kecintaan kepada ahlul-bait, penulis membeli buku berkenaan.
Sememangnya ia sangat informatif dan bermanfaat. Semalam, sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran atas jasa yang tidak ternilai harganya, kita menyambut dengan meriah dan penuh khidmat Hari Keputeraan Rasulullah SAW di seluruh dunia.
Umat Islam merayakannya dengan pelbagai cara, ada dengan perarakan, zikir maulud, bacaan selawat, malah sebagai bukti negara kita adalah negara Islam, hari berkenaan dijadikan cuti umum setiap tahun.
Satu aspek yang jarang disentuh dalam kita memperingati Hari Keputeraan Rasulullah adalah tuntutan agama Islam dalam mencintai keluarga Rasulullah SAW. Dalam hadis disebutkan maksudnya: "Belum sempurna iman seorang hamba Allah sebelum cintanya kepadaku melebihi cinta kepada dirinya sendiri; sebelum cintanya kepada keturunanku melebihi cinta kepada keturunannya sendiri; sebelum cintanya kepada ahli-baitku melebihi cinta kepada keluarganya sendiri; dan sebelum cinta nya kepada zatku melebihi cinta kepada zatnya sendiri." (Riwayat at-Tabrani).
Hadis ini sebagai perluasan terhadap pemahaman ayat al-Quran yang bermaksud: "Nabi itu hendaknya lebih utama bagi orang Mukmin daripada diri mereka sendiri dan isterinya adalah menjadi ibu mereka." (Surah al-Ahzab: 6)
Dalam sistem khilafah atau kenegaraan Islam sepanjang sejarah, hal ehwal ahlul-bait dimasukkan dalam satu daripada jabatan sistem perkhidmatan awamnya. Ia membuktikan pentingnya mereka dalam Islam kerana mereka adalah titipan dan pusaka Baginda kepada umatnya. Nabi bersabda maksudnya: "Kutinggalkan di tengah kalian dua pusaka (peninggalan): Kitabullah sebagai tali terentang antara langit dan bumi, dan keturunanku. Kedua-duanya itu tidak akan terpisah hingga kembali kepadaku di Haud (Telaga Nabi di syurga)." (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam sistem itu, seperti ditulis al-Mawardi (w.450H) dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah, hal ehwal ahlul-bait di bawah jabatan yang dipimpin seorang Naqib yang bertanggungjawab melindungi keturunan mulia supaya 'tidak termasuk ke dalamnya orang yang tidak sepatutnya dan tidak terkeluar daripadanya orang yang daripada keturunannya'.
Antara tugas Naqib yang terpenting ialah membezakan rumpun ahlul-bait serta memastikan keturunan mereka dilindungi dan tidak bercampur aduk antara satu keturunan dengan keturunan lain.
Seseorang Naqib juga perlu memastikan ahlul-bait Rasulullah SAW di bawah sayapnya mempunyai budi pekerti tinggi selaras kemuliaan keturunan mereka supaya pandangan hormat masyarakat terhadap nama baik zuriat Rasulullah SAW tetap terpelihara.
Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya." (Surah al-Ahzab: 33)
Dalam hadis ada disebutkan maksudnya: "Bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi. (Hadis riwayat at-Tabrani)
Kecintaan junjungan kepada ahlul-bait tidak perlu dipertikai. Dalam hal ini Ibnu Taimiyyah ada menyebut hadis yang bermaksud: "Janganlah kalian berselawat untukku dengan 'Selawat Batra'. Sahabat bertanya: 'Wahai Rasulullah apakah yang dimaksudkan dengan 'Selawat Batra?'. Baginda menjawab: "Kalian mengucapkan: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad, lalu kalian berhenti di situ. Ucapkanlah: Ya Allah, limpahkan selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga (ahlul-bait) Muhamad.
Bagaimanapun, ada juga di kalangan umat Islam yang tidak memahami kedudukan sebenar ahlul-bait sehingga mereka memperkecil bahkan menghina mereka.
Aisyah RA meriwayatkan hadis yang bermaksud: "Enam macam orang yang aku mengutuk kepada mereka dan Allah mengutuk juga padahal setiap Nabi itu diperkenankan permohonannya, iaitu orang yang menambah kitab Allah; orang yang mendustakan ketentuan Allah; orang yang mengalah kepada pemerintah sombong dan kejam lalu dengan itu dia memuliakan orang yang direndahkan Allah dan merendahkan orang yang dimuliakan Allah; orang yang menghalalkan larangan Allah; orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan; dan orang yang meninggalkan sunnahku." (Hadis riwayat Tirmizi dan al-Hakim).
Dalam hadis ini disebutkan bahawa antara orang yang mendapat kutukan Baginda adalah orang yang menghalalkan daripada keturunanku yang Allah haramkan atau dengan perkataan lain tidak memberikan hak sepatutnya kepada ahlul-bait, bahkan mengambil hak mereka.
Dalam konteks kegerunan orang Yahudi terhadap ahlul-bait kerana mereka gentar pada potensi ahlul-bait yang bakal menjadi lawan setara, bak 'buku bertemu ruas' protokol cendekiawan Zionisme nombor satu ada menyatakan: "... anda akan dapat melihat kemudian bahawa ini akan membantu kemenangan kita; ia akan memberikan kita kemungkinan untuk mendapat 'kad induk' (iaitu) pembinasaan golongan bangsawan warisan (genealogical aristrocracy) yang juga satu-satunya golongan menjadi pertahanan semula jadi bangsa dan negara daripada serangan kita.
Daripada pembinasaan kelas bangsawan warisan (institusi raja) yang bersifat fitrah itu kita membina golongan 'bangsawan meritrokasi' yang diketuai golongan bangsawan berduit (kapitalis). Begitu pula dalam protokol nombor tiga: "Orang yang kita bimbing berjaya membinasakan golongan (bangsawan warisan) yang (sebenarnya) adalah satu-satunya pertahanan rakyat serta 'ibu angkat' yang memanfaatkan mereka, atas keterikatan dengan kesejahteraan rakyat di bawah golongan bangsawan (warisan) ini.
Pada hari ini dengan pembinasaan golongan bangsawan (warisan) ini, rakyat jelata jatuh kepada cengkaman kapitalis dengan kezaliman mereka meletakkan rantai yang menjerut leher pekerja." Kedua-dua protokol ini diterjemahkan dalam buku yang penulis beli.
Sebagai tanda cinta dan kasih sayang Baginda terhadap umatnya yang datang kemudian, maka dijadikan ahlul-bait Baginda penyelamat di bumi seperti dalam hadis di atas.
Bahkan pada akhir zaman, ahlul-bait yang memimpin dunia ini seperti dikatakan Rasulullah bahawa pada zaman al-Mahdi nanti kambing dan serigala digembala menjadi budak bermain ular dan kala jengking. Ular dan kala jengking tidak membahayakan sama sekali. Umat manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik hasil 700 mud. Riba, perzinaan dan minuman keras menjadi lenyap. Umat manusia berumur panjang, amanah ditunaikan hal yang keji lenyap dan orang yang benci ahlul-bait Rasulullah binasa.
"Dalam pada umat Islam diperdaya untuk menolak signifikan kepentingan peranan dan relevannya golongan ahlul-bait, Yahudi Zionis khususnya amat percaya sepenuhnya dan berasa takut dan tergugat pada potensi mereka. Keyakinan Yahudi Zionis pada potensi ahlul-bait Rasulullah SAW inilah yang menyebabkan mereka mengatur pelbagai perencanaan seperti terkandung dalam Protokol Cendekiawan Zionis untuk menghapuskan potensi ahlul-bait, contohnya mencemarkan nasab mereka, terutama ahlul-bait daripada baka warisan raja umat Islam yang dipanggil sebagai geneological aristrocracy atau 'bangsawan warisan' itu. (Ahlul-Bait.. 442)
Rasulullah sebagai utusan Ilahi yang membawa rahmat menyelamatkan umat manusia dengan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada terang benderang, daripada kehancuran kepada keselamatan. Dalam tugasnya itu Baginda tidak mengharapkan apa-apa upah daripada manusia kerana diserahkan kepada Allah SWT.
"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah (imbalan) mengenai ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra dalam kekeluargaan." (Surah Asy-Syura: 23).
Satu daripada tafsiran ayat ini adalah seperti dikatakan al-Maqrizi: "Aku tidak minta imbalan apa pun jua atas kalian atas agama yang aku bawakan kepada kalian itu, kecuali agar kalian berkasih sayang kepada keluargaku."
Itulah satu kewajipan yang terabaikan dan ia menambah lagi senarai pengabaian kita ke atas kewajipan agama Islam suci lainnya.



Berita Minggu 1 April 2007

Wan Ahmad bin Muhammad Zain

Wan Ahmad bin Muhammad Zain (1856 - 1908) atau lebih dikenali sebagai Syeikh Wan Ahmad Patani merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.
Wan Ahmad bin Muhammad Zain atau nama penuhnya Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.
Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.
Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.
Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.
Dilahirkan di Kampung Jambu, Negeri Jerim, Patani pada 10 April 1856 dengan nama Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafa bin Wan Muhammad bin Wan Muhammad Zainal Abidin, Syeikh Ahmad al-Fathani disifatkan sebagai pemikir terbesar dunia Melayu dalam semua aspek merangkumi dunia dan akhirat. Kajian dan penyelidikan mendapati beliau menguasai 47 bidang ilmu termasuk politik, ekonomi, seni, budaya dan pentadbiran.
Wan Ahmad al-Fathani mempunyai sejarah berliku dan mencabar dalam usahanya untuk belajar dan menyebarkan ilmunya. Pada peringkat awal, beliau dibimbing oleh bapanya sendiri. Wan Muhammad Zain al-Fatani dan kemudian, berguru dengan bapa saudaranya, Syeikh Wan Abdul Kadir Wan Mustafa.
Pada usia empat tahun, berhijrah ke Makkah kerana mengikuti ibu bapanya ke sana untuk mencari ilmu agama. Justeru, beliau dibesarkan dalam budaya menuntut ilmu.
Di Makkah, beliau berkesempatan bergaul dengan ramai alim ulama. Kecerdasan otaknya terserlah pada usia yang muda iaitu 12 tahun. Dari Makkah, beliau ke Baitulmaqdis untuk menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran dan seterusnya ke Mesir.
Ketika di Baitulmaqdis dan Mesir, beliau mula mengarang kitab. Pada usia belum mencecah 30 tahun, ilmu pengetahuannya begitu tinggi hingga tiada guru yang sanggup mengambilnya sebagai anak murid. Kepakarannya dalam bahasa Arab menarik minat Raja Makkah ketika lalu beliau dilantik sebagai ahli bahasa kerajaan.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan anak saudara Syeikh Nik Mat Kecik iaitu Siti Saudah Wan Abdullah dan dikurniakan tiga anak, Wan Ismail Qadhi, Wan Fatimah dan Wan Zainab.
Wan Syeikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia pada malam Rabu, 11 Zulhijah 1325 bersamaan 14 Januari 1908. Tahun ini genap 100 tahun, beliau meninggal dunia mengikut takwim Islam.
Pengkaji sejarah ulama Nusantara, Wan Mohd Shaghir Abdullah, berkata
Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai pengaruh besar dalam penggalian dan penyebaran pelbagai disiplin ilmu di Nusantara, khususnya ‘Alam Melayu’.
Katanya, hal itu tidak menghairankan kerana beliau suatu ketika dulu pernah berada pada tahap nombor dua penting di Makkah selepas ulama Arab.
“Mereka paling ramai mengajar di Masjidil Haram dan Syeikh Ahmad al-Fathani tidak terkecuali daripada senarai itu.
“Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai kehebatan tersendiri. Contohnya, beliau pernah dipilih oleh ulama Makkah untuk menjadi orang tengah dalam pertikaian khilafiah antara Syeikh Muhamad Abduh dengan Syeikh Yusuf Nabhani di Beirut,” kata.
Syeikh Ahmad al-Fathani hidup dalam masa peralihan antara zaman klasik dengan moden.
Beliau mengajar belajar dan bergaul dengan ulama tradisional dan sempat pula hidup dalam awal dunia moden, bergaul dan berdialog atau bertukar-tukar fikiran dengan tokoh reformasi/tajdid dunia Islam.
Wan Mohd Shaghir, cucu kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, yang juga tokoh ilmuwan dalam dunia manuksrip klasik Melayu, berkata datuknya menguasai 47 bidang ilmu pengetahuan.
Katanya, antaranya adalah pemikiran dan penulisan mengenai Islam serta Melayu; penerbitan kitab dan percetakan serta politik dan pentadbiran.
Selain itu, katanya, beliau terbabit dalam pemikiran ekonomi, sains, teknologi, pendidikan, perubatan, kemasyarakatan, sejarah, geografi, sosiologi, ilmu khat, ilustrasi dan pertanian.
“Perjuangan dan keilmuan serta pemikiran datuknya bersifat kepentingan umat Islam sejagat, terutama dunia Melayu,” katanya dalam pertemuan di pejabat Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.
Wan Mohd Shaghir menghabiskan keseluruhan usia hidupnya untuk mencari dan membongkar teks klasik tulisan ulama alam Melayu. Usahanya membongkar, memelihara dan menyimpan, malah menulis semula pemikiran dalam kitab itu bagi manfaat generasi hari ini.
Wan Mohd Shaghir berkata, ulama besar ini mempunyai tujuh jenis ilmu antara yang menakjubkan adalah ilmu membedah tubuh manusia (perubatan), menghasilkan emas 24 karat menggunakan bahan campuran yang bukan daripada emas (kimia) dan memperkenalkan tempat menyemai tanaman (pertanian).
Syeikh Ahmad al-Fathani juga seorang ahli fikir yang hebat dari segi politik, pemerintahan dan pentadbiran negara. Pemikirannya dalam bidang ini terserlah melalui harapan dan wasiat yang ditulisnya untuk raja Melayu kerajaan Patani, Kelantan, Terengganu, Johor dan Deli.
Antara kandungannya adalah meminta raja mengukuhkan perbendaharaan ilmu, pertandingan kepandaian dan membuka mata masyarakat untuk memandang kepada kebijaksanaan.
Tujuannya supaya bangsa Melayu menjadi bangsa paling megah dalam dunia. Begitu juga paling tinggi nama antara semua anak Adam. Ia juga untuk menjadikan ulama Melayu mampu mengatasi ulama bangsa lain di dunia serta Islam menjadi agama yang semakin nyata dan mampu mengalahkan semua agama lain.
Syeikh Abdus Samad Al-Falembani
Syeikh Abdus Samad Al-Falembani - Ulama Ulung Rantau MelayuALAM Melayu mempunyai ramai ulama yang menyebarkan agama Islam sejak berabad-abad lamanya. Ulama-ulama silam ini menulis pelbagai kitab yang menjadi rujukan masyarakat hingga ke hari ini. Antara ulama silam yang menyumbangkan jasa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu ialah Syeikh Abdus Samad Al-Falembani.Syeikh Abdus Samad Al-Falembani mempunyai kaitan dengan sejarah kerajaan negeri Kedah pada zaman Sultan Muhammad Jiwa Zain Al-Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710 - 1778) dan zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845). Ketika Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-17 (1698 - 1706) bersemayam di Kota Bukit Pinang, putera sulung baginda, Tunku Muhammad Jiwa meminta keizinan baginda untuk melanjutkan pelajaran agama di luar negeri.Tunku Muhammad Jiwa secara sulit meninggalkan Kedah belayar ke Palembang dan di sana beliau berguru dengan Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani, ulama dan pendakwah yang berasal dari Yaman. Selepas tamat pengajiannya, beliau dibawa belayar ke Tanah Jawa dan seterusnya ke India. Setelah hampir enam tahun di perantauan, pada 1 Jamadil Akhir 1122 H (28 Julai 1710 M), Tunku Muhammad Jiwa meninggalkan India belayar ke Kedah dengan membawa gurunya, Syeikh Abdul Jalil.Kepulangan Tunku Muhammad Jiwa amat dinanti-nantikan oleh para pembesar dan rakyat kerana takhta Kerajaan Kedah telah lama kosong kerana kemangkatan ayahandanya, Sultan Abdullah Muazzam Syah yang disusuli adindanya, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah I. Pada 26 Syaaban 1122 H (20 Oktober 1710 M), Tunku Muhammad Jiwa secara rasminya ditabalkan menjadi Sultan Kedah ke-19 di Istana Kota Bukit Pinang dan baginda memerintah sehingga tahun 1798 M.Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Syeikh Abdul Jalil sebagai Mufti Kerajaan Kedah dan beliau berkhidmat sehingga tahun 1782 M. Di Kedah, Syeikh Abdul Jalil berkahwin dengan Wan Zainab, anak seorang pembesar Kedah bergelar Datuk Maharaja Putera Dewa dan mempunyai dua orang anak iaitu Wan Abdul Qadir (yang kemudiannya menjadi Mufti Kerajaan Kedah) dan Wan Abdullah (yang memangku gelaran Seri Maharaja Putera Dewa).Ketika Syeikh Abdul Jalil pulang ke Palembang menziarahi bekas anak-anak muridnya, beliau berkahwin pula dengan Radin Ranti dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Abdus Samad, yang lebih dikenali sebagai Syeikh Abdus Samad Al-Falembani. Walau bagaimanapun, pelbagai versi menyebut tentang nama bapa Syeikh Abdus Samad Al-Falembani iaitu Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani, Faqih Husein al-Falimbani, Abdur Rahman al-Jawi al-Falimbani, dan Syeikh Abdullah al-Jawi al-Falimbani. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah misalnya menyebut bahawa Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani bin Syeikh Abdul Jalil bin Syeikh Abdul Wahhab bin Syeikh Ahmad al-Mahdani.Dalam Bulughul Maram, karya Syeikh Muhammad Yasin Padang, beliau menyebut Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani bin Abdur Rahman bin Abdullah bin Ahmad al-Falimbani dan Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman bin Abdul Jalil al-Falimbani. Tahun kelahiran Syeikh Abdus Samad Al-Falembani juga tidak dapat dipastikan dengan tepat.Kita tinggalkan tentang perbezaan pendapat berhubung nama ayah dan ketidakpastian tahun kelahiran Syeikh Abdus Samad Al-Falembani dan susuri pendidikan tokoh ulama ini. Menurut Wan Muhammad Shaghir Abdullah, apabila Syeikh Abdul Jalil pulang semula ke Kedah, beliau membawa bersama anaknya, Abdus Samad. Anak-anaknya diajar ilmu-ilmu dasar keislaman sebelum menghantar mereka memasuki salah sebuah pondok yang terkenal di Pattani ketika itu. Walau bagaimanapun, tidak dapat dikenal pasti siapakah guru-guru mereka dan pondok manakah yang mereka masuki, sama ada Bendang Gucil, Kerisik, Kuala Bekah atau Semala.Selepas mendapat pendidikan di Pattani, Syeikh Abdul Jalil menghantar anak-anak beliau ke Tanah Suci Makkah untuk mendalami pengajian mereka. Abdus Samad terus menetap di sana, manakala saudaranya, Syeikh Wan Abdul Qadir yang pulang lebih awal ke negeri Kedah telah dilantik sebagai mufti pada zaman Sultan Abdullah Mukarram Syah, Sultan Kedah ke-20 (1778 - 1797) dan Sultan Tajuddin Halim Syah II, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845). Sementara itu, adinda Syeikh Wan Abdul Qadir, Wan Abdullah pula dilantik sebagai salah seorang pembesar negeri Kedah.Selama 30 tahun Syeikh Abdus Samad menetap di Makkah, antara rakan sepengajiannya ialah Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, penyusun kitab Sabilul Muhtadin dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang terlibat dalam penulisan kitab-kitab Jawi atau Melayu. Selain Makkah, Syeikh Abdus Samad juga menetap di Madinah selama 5 tahun. Selain Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, kawan-kawan lain Syeikh Abdus Samad ialah Syeikh Abdul Wahab Pangkajena (Sidenreng Daeng Bunga Wardiah) Bugis, Syeikh Abdur Rahman al-Masri, Syeikh Muhammad Nafi s al-Banjari, dan Syeikh Muhammad Ali Aceh.Tentang gurunya pula, Syeikh Abdus Samad, Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani pernah belajar kepada Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaludin Aceh, penyusun kitab Bidayatul Hidayah mengenai tauhid dalam bahasa Melayu.Menurut Syeikh Yasin Padang pula, Syeikh Abdus Samad menerima hampir semua ilmunya daripada al-Mu`ammar `Aqib bin Hasanuddin bin Ja`afar al-Falimbani (Syeikh Muhammad `Aqib bin Hasanuddin bin Ja`afar bin Muhammad bin Badruddin al-Falimbani). Walau bagaimanapun, menurut Syeikh Muhammad Azhari ibnu Abdullah al-Jawi al-Falimbani, Syeikh Muhammad Aqib bin Hasanuddin al-Falimbani adalah murid Syeikh Abdus Samad.#Dalam hal ini, Ustaz Wan Muhammad Shaghir Abdullah berpendapat bahawa sumber daripada Syeikh Muhammad Azhari al-Falimbani lebih dapat dipegang kerana pertama, zaman Syeikh Muhammad Azhari masih terlalu dekat dengan zaman Syeikh Abdus Samad; kedua, salasilah yang dibicarakan adalah melibatkan Syeikh Muhammad Azhari sendiri selaku cucu murid dalam Tarekat Samaniyyah yang diamalkan oleh Syeikh Abdus Samad; dan ketiga, sama-sama berasal dari Palembang dan sewaktu Syeikh Muhammad Azhari belajar di Mekah seakan-akan dalam lingkungan satu kekeluargaan dengan kewarisan Syeikh Abdus Samad.Dinyatakan juga bahawa Syeikh Abdus Samad dan Syeikh Muhammad `Aqib pernah berguru dengan Syeikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi, Syeikhul Islam dan Imam Haramain pada zaman itu dan Syeikh `Athaullah, dari Mesir. Syeikh Abdus Samad juga pengikut sufi yang telah menerima Tarekat Samaniyyah daripada gurunya Syeikh Muhammad bin Abdul Karim as-Saman al-Madani (Syeikh Saman). Tarekat ini diterima ketika beliau menetap di Madinah.Sebenarnya Syeikh Abdus Samad menuntut ilmu dengan ramai ulama seperti dalam karyanya Zahratul Murid, beliau menyebut beliau berguru dengan Syeikh Ahmad bin Abdul Munkim ad-Damanhuri. Syeikh Abdus Samad juga berguru dengan Syeikh Abdul Ghani al-Hilali, as-Sufi Saiyid Ahmad bin Muhammad Syarif Maqbul al-Ahdal (beliau belajar kitab Hadis Arbakin dan Riyadhus Salihin), asy-Syihab Ahmad bin Abdul Fattah al-Malawi (belajar kitab Umdatul Ahkam), dan Saiyid Abil Faidh Muhammad Murtadha bin Muhammad az-Zabidi (Zubaidi). Dengan Saiyid Abil Faidh Muhammad Murtadha bin Muhammad az-Zabidi, Syeikh Abdus Samad dan Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari belajar kitab At-Taukid fi Haqqillah karya Syeikh al-Islam Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman.Dengan ramai guru yang beliau menuntut ilmu, tidak hairanlah Syeikh Abdus Samad berjaya menjadi ulama ulung yang kitab-kitab karangannya sehingga kini masih dirujuk. Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid adalah karya pertama Syeikh Abdus Samad. Kitab ini ditulis pada 1178 H/1764 M. Kitab ini merupakan catatan beliau ketika belajar ilmu tauhid dengan Syeikh Ahmad bin Abdul Munkim ad-Damanhuri di Makkah.Selain itu, Syeikh Abdus Samad juga menulis kitab Hidayatus Salikin fi Suluki Maslakil Muttaqin. Kitab ini selesai ditulis di Makkah pada hari Selasa, 5 Muharam 1192 H. Sebahagian besar kitab ini adalah terjemahan daripada Bidayatul Hidayah, karangan Imam Ghazali. Kitab ini ditashihkan dan disebar secara meluas oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani dan ia juga adalah kitab Melayu/Jawi yang pertama sekali ditashih dan dicetak di Mesir.Syeikh Abdus Samad juga menghasilkan kitab Siyarus Salikin ila Ibadati Rabbil Alamin atau judul lain ialah Siyarus Salikin fi Thariqah as-Sadat as-Sufiyah. Kandungan kitab tersebut sebahagian besarnya merupakan terjemahan Ihyaku Ulumid Din, karangan Imam Ghazali. Kitab Siyarus Salikin ini dianggap sebuah kitab Melayu/Jawi yang bernilai tinggi, bersifat ilmiah tasawuf yang cukup mantap. Kitab Siyarus Salikin karya Syeikh Abdus Samad ini terdiri daripada empat jilid.Jilid pertama ditulis pada 1193 H/1779 M dan siap pada awal tahun 1194 H/1780 M di Mekah. Jilid kedua pula mulai ditulis pada 1194 H/1780 M dan selesai pada hari Sabtu, 19 Ramadan 1195. H/1781 di Taif. Pada tahun 1195 H/1781 M, jilid ketiga ditulis dan berjaya diselesaikan pada 19 Safar 1197 H/1783 M di Makkah. Walau bagaimanapun, untuk jilid keempat, Syeikh Abdus Samad tidak menyebut tahun ia mulai menulisnya, tetapi beliau selesai menulisnya pada 20 Ramadan 1203 H/1788 di Taif. Kitab ini kini telah ditahqiqkan oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam An-Nadwi dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu serta diterbitkan dalam tulisan Rumi dan Jawi.Kitab-kitab lain karya Syeikh Abdus Samad ialah al-`Urwatul Wutsqa WA Silsilatu Waliyil Atqa (terjemahan karya Syeikh Muhammad Saman yang ditulis dalam bahasa Arab), Ratib Syeikh Abdus Samad al-Falimbani, Nashihatul Muslimina wa Tazkiratul Mukminina fi Fadhailil Jihadi wa Karamatil Mujtahidina fi Sabilillah, Risalah Pada Menyatakan Sebab Yang Diharamkan Bagi Nikah (1179 H/1765 M), Ar-Risalatu fi Kaifi yati Ratib Lailatil Jumkah, Mulhiqun fi Bayanil Fawaidin Nafikah fi Jihadi fi Sabilillah, Zadul Muttaqin fi Tauhidi Rabbil 'Alamin, 'Ilmut Tasawuf, Mulkhishut Tuhbatil Mafdhah minar Rahmatil Mahdah 'Alaihis Shalatu wa Salam, Kitab Mikraj, dan Puisi Kemenangan Kedah. Kitab-kitab karangan Syeikh Abdus Samad ini boleh dimanfaatkan oleh umat Islam hari ini terutama sekali kitab seperti Siyarus Salikin yang telah ditahqiqkan oleh pihak-pihak yang peka dengan ilmu yang terkandung di dalamnya.Yang menarik sekali tentang riwayat hidup Syeikh Abdus Samad ialah beliau dipercayai melibatkan diri dalam peperangan Kedah/Pattani melawan Siam yang membawa beliau mati syahid kerana mempertahankan tanah air. Walau bagaimanapun, terdapat percanggahan pendapat berhubung tarikh wafat Syeikh Abdus Samad sama ada beliau wafat pada 1244 H/1828 M atau 1254 H/1838 M.Sesungguhnya, Alam Melayu amat bertuah kerana mempunyai seorang ulama ulung seperti Syeikh Abdus Samad yang memperjuangkan agama Islam sama ada dalam bidang penulisan ataupun berjihad menentang golongan bukan Islam yang menjajah negeri.

Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari
SYAIKH MUHAMMAD ARSYAD AL-BANJARI
Nama Syaikh Muhammad Arsyad menempati hati masyarakat Kalimantan dan Indoensia sebagai ulama besar dan pengembang ilmu pengetahuan dan agama. Belum ada tokoh yang mengalahkan kepopuleran nama Syaih Arsyad Al-Banjari. Karya-karyanya hinga kini tetap dibaca orang di masjid dan disebut-sebut sebagai rujukan. Nama kitabnya Sabilal Muhtadin diabadikan untuk nama Masjid Agung Banjarmasin. Nama kitabnya yan lain Tuhfatur Raghibin juga diabadikan untuk sebuah masjid yang tak jauh dari makan Syaikh Arsyad. Tak hanya itu, hampir seluruh ulama di Banjarmasin masih memiliki tautan dengannya. Baik sebagai keturunan atau muridnya. Sebut saja nama almarhum K.H. Zaini, yang dikenal dengan nama Guru Ijay itu, adalah keturunan Syaikh Arsyad. Hampir semua ulama di Kalimantan, Sumatera, Jawa, dan Malaysia, pernah menimba ilmu dari syaikh atau dari murid-murid syaikh.
Ulama yang memiliki nama lengkap Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah bin Abdur Rahman Al-Banjari itu ternyata memang bukan orang biasa. Ia adalah cicit Sayid Abu Bakar bin Sayid Abdullah Al-’Aidrus bin Sayid Abu Bakar As-Sakran bin Saiyid Abdur Rahman As-Saqaf bin Sayid Muhammad Maula Dawilah Al-’Aidrus. Silisahnya kemudian sampai pada Sayidina Ali bin Abi Thalib dan Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah. Dengan demikian Syaikh Arsyad masih memiliki darah keturunan Rasulullah.
Abdullah tercatat sebagai pemimpin peperangan melawan Portugis, kemudian ikut melawan Belanda lalu melarikan diri bersama isterinya ke Lok Gabang (Martapura). Dalam riwayat lain menyebut bahwa apakah Sayid Abu Bakar As-Sakran atau Sayid Abu Bakar bin Sayid `Abdullah Al-’Aidrus yang dikatakan berasal dari Palembang itu kemudian pindah ke Johor, dan lalu pindah ke Brunei Darussalam, Sabah, dan Kepulauan Sulu, yang kemudian memiliki keturunan kalangan sultan di daerah itu. Yang jelas, para sultan itu masih memiliki tali temali hubungan dengan Syaikh Arsyad yang berinduk ke Hadramaut, Yaman. Bapaknya Abdullah merupakan seorang pemuda yang dikasihi sultan (Sultan Hamidullah atau Tahmidullah bin Sultan Tahlilullah 1700-1734 M).
Bapaknya bukan asal orang Banjar,tetapi datang dari India mengembara untuk menyebarkan Dakwah,Belia seorang ahli seni ukiran kayu. Semasa ibunya hamil,kedua Ibu Bapaknya sering berdo’a agar dapat melahirkan anak yang alim dan zuhud. Setelah lahir,Ibu Bapaknya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah mendapat anak sulung yg dinanti-nantikan ini. Beliau dididik dengan dendangan Asmaul-Husna,disamping berdo’a kepada Allah.Setelah itu diberikan pendidikan al-qur’an kepadanya. Kemudian barulah menyusul kelahiran adik-adiknya yaitu ; ’Abidin, Zainal abidin, Nurmein, Nurul Amein.
Muhammad Arsyad lahir di Banjarmasin pada hari Kamis dinihari, pukul 03.00 (waktu sahur), 15 Safar 1122 H atau 17 Maret 1710 M.
Semasa Kecil
Sejak kecil, Syaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari Cergas dan Cerdas serta mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Kehebatan beliau sejak kecil ialah dalam bidang seni Lukis dan seni tulis, sehingga siapa saja yang melihat karyanya akan merasa kagum dan terpukau.
Pada suatu hari, sultan mengadakan kunjungan kekampung-kampung, Pada saat baginda sampai kekampung lok Gabang, Baginda berkesempatan melihat hasil karya lukisan Muhammad Arsyad yang indah lagi memukau hati itu. justeru Sultan berhajat untuk memelihara dan mendidik Muhammad Arsyad yang tatkala itu baru berusia 7 tahun.
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari mendapat pendidikan penuh di Istana sehingga usia mencapai 30 tahun. Kemudian beliau dikawinkan dengan seorang perempuan yang soleha bernam Tuan Bajut, Hasil perkawinan beliau memperoleh seorang putri yang diberinam Syarifah.
Beliau telah meneruskan pengembaraan ilmunya ke Mekah selama 30 tahun dan Madinah selama 5 tahun. Segala perbelanjaanya ditanggung oleh sultan.
Sahabatnya yang paling penting yang banyak disebut adalah Syeikh `Abdus Shamad Al-Falimbani, Syeikh Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi dan Syeikh Abdul Wahhab Bugis (yang kemudian menjadi menantu Syaikh). Guru yang banyak disebut adalah Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al-Kurdi, Syeikh `Athaullah dan Syeikh Muhammad bin Abdul Karim As-Sammani Al-Madani. Selama belajar di Mekah Syeikh Arsyad tinggal di sebuah rumah di Samiyah yang dibeli oleh Sultan Banjar. Syeikh Arsyad juga belajar kepada guru-guru Melayu di Arab Saudi, seperti Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok Al-Fathani (Thailand Selatan), Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh dan Syeikh Muhammad `Aqib bin Hasanuddin Al-Falimbani.Hampir semua ilmu keislaman yang telah dipelajari di Mekah dan Madinah mempunyai sanad atau silsilah hingga ke pengarangnya. Hal ini cukup jelas seperti yang ditulis oleh Syeikh Yasin bin Isa Al-Fadani (Padang, Sumatera Barat) dalam beberapa buah karya beliau. Selain bukti berupa karya-karyanya, juga dapat diambil jasa-jasanya membuka mata rakyat Banjar atau dunia Melayu.Rekan-rekan Arsyad selama di Mekah kemudian juga menjadi ulama terkenal. Syeikh `Abdus Shamad Al-Falimbani pengarang Sayrus Salaikin, Syeikh `Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi (akkek Sayid `Utsman bin Yahya, Mufti Betawi yang terkenal), Syeikh Muhammad Nafis bin Idris Al-Banjari, pengarang kitab Ad-Durrun Nafis, Syeikh Muhammad Shalih bin `Umar As-Samarani (Semarang) yang digelar dengan Imam Ghazali Shaghir (Imam Ghazali Kecil), Syeikh `Abdur Rahman bin `Abdullah bin Ahmad At-Tarmasi (Termas, Jawa Timur), Syeikh Haji Zainuddin bin `Abdur Rahim Al-Fathani (Thailand Selatan), dan banyak lagi.

Penulisan
Tradisi kebanyakan ulama, ketika mereka belajar dan mengajar di Mekah, sekali gus menulis kitab di Mekah juga. Lain halnya dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari, walaupun dipercayai bahawa beliau juga pernah mengajar di Mekah, namun karya yang dihasilkannya ditulis di Banjar sendiri. Lagi pula nampaknya beliau lebih mencurahkan khidmat derma baktinya di tempat kelahirannya sendiri yang seolah-olah tanggungjawab rakyat Banjar terbeban di bahunya. Ketika mulai pulang ke Banjar, sememangnya beliau sangat sibuk mengajar dan menyusun segala macam bidang yang bersangkut-paut dengan dakwah, pendidikan dan pentadbiran Islam. Walaupun begitu beliau masih sempat menghasilkan beberapa buah karangan.
Karya-karya Syeikh Arsyad banyak ditulis dalam bahasa Arab-Melayu atau Jawi yang memang diperuntukkan untuk bangsanya. Meskipuin ia memiliki kemampuan menulis berbagai kitab dalam bahasa Arab, tapi, ia lebih suka menuliskannya dalam bahasa Jawi. Ia mengajarkan kitab-kitab semacam Ihya Ulumiddin karya Imam Ghazali kepada para muridnya.
Karangannya yang sempat dicatat adalah seperti berikut di bawah ini:
Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah Iman al-Mu’minin wa ma Yufsiduhu Riddah ar-Murtaddin, diselesaikan tahun 1188 H/1774 M
Luqtah al-’Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas an-Nis-yan, diselesaikan tahun 1192 H/1778 M.
Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din, diseselesaikan pada hari Ahad, 27 Rabiulakhir 1195 H/1780 M
Risalah Qaul al-Mukhtashar, diselesaikan pada hari Khamis 22 Rabiulawal 1196 H/1781 M.
Kitab Bab an-Nikah.
Bidayah al-Mubtadi wa `Umdah al-Auladi
Kanzu al-Ma’rifah
Ushul ad-Din
Kitab al-Faraid
Hasyiyah Fat-h al-Wahhab
Mushhaf al-Quran al-Karim
Fat-h ar-Rahman
Arkanu Ta’lim as-Shibyan
Bulugh al-Maram
Fi Bayani Qadha’ wa al-Qadar wa al-Waba’
Tuhfah al-Ahbab
Khuthbah Muthlaqah Pakai Makna. Kitab ini dikumpulkan semula oleh keturunannya, Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, Singapura, tanpa dinyatakan tarikh cetak.
Ada pun karyanya yang pertama, iaitu Tuhfah ar-Raghibin, kitab ini sudah jelas atau pasti karya Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari bukan karya Syeikh `Abdus Shamad al-Falimbani seperti yang disebut oleh Dr. M. Chatib Quzwain dalam bukunya, Mengenal Allah Suatu Studi Mengenai Ajaran Tasawuf Syeikh Abdus Samad AI-Falimbani, yang berasal daripada pendapat P. Voorhoeve. Pendapat yang keliru itu telah saya bantah dalam buku Syeikh Muhammad Arsyad (l990). Dasar saya adalah bukti-bukti sebagai yang berikut:
Tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, “Maka disebut oleh yang empunya karangan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imanil Mu’minin bagi `Alim al-Fadhil al-’Allamah Syeikh Muhammad Arsyad.”
Tulisan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dalam Syajaratul Arsyadiyah, “Maka mengarang Maulana (maksudnya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, pen:) itu beberapa kitab dengan bahasa Melayu dengan isyarat sultan yang tersebut, seperti Tuhfatur Raghibin …” Pada halaman lain, “Maka Sultan Tahmidullah Tsani ini, ialah yang disebut oleh orang Penembahan Batu. Dan ialah yang minta karangkan Sabilul Muhtadin lil Mutafaqqihi fi Amrid Din dan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imani Mu’minin wa Riddatil Murtaddin dan lainnya kepada jaddi (Maksudnya: datukku, pen al-’Alim al-’Allamah al-’Arif Billah asy-Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari.”
Pada cetakan Istanbul, yang kemudian dicetak kembali oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, Singapura tahun 1347 H, iaitu cetakan kedua dinyatakan, “Tuhfatur Raghibin … ta’lif al-’Alim al-’Allamah asy-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.” Di bawahnya tertulis, “Telah ditashhihkan risalah oleh seorang daripada zuriat muallifnya, iaitu `Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad `Afif mengikut bagi khat muallifnya sendiri …”. Di bawahnya lagi tertulis, “Ini kitab sudah cap dari negeri Istanbul fi Mathba’ah al-Haji Muharram Afandi”.
Terakhir sekali Mahmud bin Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari mencetak kitab Tuhfah ar-Raghibin itu disebutnya cetakan yang ketiga, nama Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari tetap dikekalkan sebagai pengarangnya.
Daripada bukti-bukti di atas, terutama yang bersumber daripada Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani dan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq adalah cukup kuat untuk dipegang kerana kedua-duanya ada hubungan dekat dengan Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari itu. Syeikh Daud bin `Abdullah al-Fathani adalah sahabat Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari sedangkan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq pula adalah keturunan Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari. Mengenai karya-karya Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari yang tersebut dalam senarai, insya-Allah akan dibicarakan pada kesempatan yang lain.
Masih banyak lagi tulisan dan catatan syaikh yang disimpan kalangan muridnya yang kemudian diterbitkan di Istambul (Turki), Mesir, Arab Saudi, Mumbai (Bombai), Singapura, dan kemudian Jakarta Surabaya, dan Cirebon. Di samping itu beliau menulis satu naskah al Quranul Karim tulisan tentang beliau sedikit, yang sampai sekarang masih terpelihara dengan baik.
Keturunan
Zurriyaat (anak dan cucu) beliau banyak sekali yang menjadi ulama besar, pemimpin-pemimpin, yang semuanya teguh menganut Madzhab Syafi’i sebagai yang di wariskan oleh Syeikh Muhammad Arsyad Banjar.Diantara zurriyat beliau yang kemudian menjadi ulama besar turun temurun adalah :l . H. Jamaluddin, Mufti, anak kandung, penulis kitab “perukunan Jamaluddin”.2. H. Yusein, anak kandung, penulis kitab “Hidayatul Mutafakkiriin”.3. H. Fathimah binti Arsyad, anak kandung, penulis kitab “Perukunan Besar”, tetapi namanya tidak ditulis dalam kitab itu.4. H. Abu Sa’ud, Qadhi.5. H. Abu Naim, Qadhi.6. H. Ahmad, Mufti.7. H. Syahabuddin, Mufti.8. H.M. Thaib, Qadhi.9. H. As’ad, Mufti.10. H. Jamaluddin II., Mufti.11. H. Abdurrahman Sidiq, Mufti Kerajaan Indragiri Sapat (Riau), pengarang kitab “Risalah amal Ma’rifat”, “Asranus Salah”, “Syair Qiyamat”, “Sejarah Arsyadiyah” dan lain lain.12. H.M. Thaib bin Mas’ud bin H. Abu Saud, ulama Kedah, Malaysia, pengarang kitab “Miftahul jannah”.13. H. Thohah Qadhi-Qudhat, penbina Madrasah “Sulamul ‘ulum’, Dalam Pagar Martapura.14. H.M. Ali Junaedi, Qadhi.15. Gunr H. Zainal Ilmi.16. H. Ahmad Zainal Aqli, Imam Tentara.17. H.M. Nawawi, Mufti.18. Dan lain-lain banyak lagi.
Semuanya yang tersebut di atas adalah zurriyat-zurrivat Syeikh Arsyad yang menjadi ulama dan sudah berpulang ke rahmatullah.Sebagai kami katakan di atas, Syeikh Mubammad Arsyad bin Al Banjari dan sesudah beliau, zurriyat-zariyat beliau adalah penegak-penegak Madzhab Syafi’i dan faham Ahlussunna,h wal Jama’ah, khususnya di Kalimantan.
Syaikh Arsyad wafat pada 6 Syawal 1227 H atau 3 Oktober 1812 M. Beliau meninggal dunia pada usia 105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar terhadap masyarakat islam di Nusantara.
Makamnya dianggap keramat dan hingga kini masih diziarahi orang. Haulnya pada Syawwal lalu dihadiri Menteri Agama RI H. Muhamamd Maftuch Basyuni bersama ribuan masyarakat, termasuk dari Malaysia, Sumatera, dan Jawa.
Mudah-mudahan Allah menurunkan rahmat kepada keluarga mereka dan kita semuanya, amin-amin.