Puisi Sajak




FirasatKu Si Dia

Di Tepi Kolam Ku Bersantai Merenung
Ku Mencari Damai Ketenangan
Ceria Alam Kicauan Si Dia
Alangkah Indah Laungan Kesunyiaan

Ku Mencari Damai Abadi
Lumrah Kehidupan Perjuangan Si Dia
Suatu Kehidupan Ciptaan Yang Esa
Pasrah Hendaknya Redha Ilahi

Ku Mencari Makna Kasih Sayang
Rentak Si Dia Memikat Kalbu
Mahabbah Lumrah Fitrah Insani
Fitrah Hamba Ciptaan Ilahi

Ku Mencari Makna Kehidupan
Si Dia Datang Menyingkap Minda
Hati Nurani Rahsia Tersirat
Singgahsana Naungan Hidayat Ilahi

Ku Merenung Hai Si Dia
Rentak Gaya Tersurat Tersirat
Minda Rohani Hamba Ilahi
Menjana Gagasan Insan Rabbani



TanahairKu

Bumi Melayu TanahairKu
Berjuang Berkhidmat Titisan WarisanKu
Indah Sungguh TanahairKu
Warisan Nusa dan Bangsa

Ayuh Bangkit Pejuang Nusa
Menabur Jasa Khidmat Bangsa
Dulu Kini Selama Masa
Falsafah Hidup Khidmat Berjasa