Madrasah Sufi

Madrasah Sufi

Madrasah Sufi bukan matlamatnya untuk melahirkan ulama, ahli ‘abid dan ahli uzlah. Matlamat Pendidikan Tarekah Tasawwuf ialah mahu melahirkan ummah yang memiliki jiwa IHSAN (Muraqabah dan Musyahadah)[1] walau apa pun pekerjaan, jawatan dan taraf sosialnya.

Pendidikannya bukan juga untuk melahirkan golongan yang sibuk dengan pakaian zahiriah untuk dilihat wara’, alim, ahli zuhud, ahli taubat atau lainnya, tetapi golongan yang menekankan kesederhanaan dalam pegangan hukum, pakaian, juga dalam perbahasan akidah dan pergaulan yang mengutamakan kerendahan diri.

Dengan memiliki Ihsan, mereka akan menjadi golongan yang amanah, jujur, ikhlas, bertakwa, merendah diri, saling menghormati, bersungguh-sungguh dalam apa jua bentuk urusan yang diamanahkan sama ada sebagai pemimpin, usahawan, pelajar, penjawat awam, pendakwah, ulama, suami, isteri dan lainnya. Dengan memiliki jiwa yang Ihsan, akan berlakunya TAWAZUN (keseimbangan) antara hubungan dengan Allah (habluminaLlah) dan hubungan dengan manusia (habluminannas) dalam kehidupan hariannya.

Pendidikan tarekah adalah merupakan ilmu ijtihad para ulama tasawwuf dalam menyusun latihan jiwa melalui kaedah zikir dan mujahadah. Ia bertujuan agar seseorang itu mencapai maqam Ihsan. Maqam Ihsan wajib dimiliki oleh setiap Mukmin kerana ia adalah rangkaian sendi agama yang tiada boleh dipisahkan dalam Kesepaduan AD-DIN sebagaimana yang disabda oleh Nabi صلى الله عليه وآله وسلم dalam Hadis Muslim iaitu Iman, Islam dan Ihsan.

Kesepaduan jiwa Iman, Ihsan dan aspek kehidupan berlandaskan panduan Islam adalah penekanan dalam Risalah Syariah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Dengannya, umat Rasulullah diiktiraf sebagai umat yang terbaik yang dilahirkan dari umat manusia.

Firman Allah :
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).” (Ali-‘Imran: 110)


4 ASPEK TERAS RISALAH RASULULLAH صلى الله عليه وآله وسلم

Madrasah Tasawwuf hendaklah berlandaskan Risalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang menekankan empat aspek utama iaitu:

1. HABLUMINALLAH (Hubungan dengan Allah) yakni ibadah khususiah, zikir, doa, muraqabah, musyahadah, takwa, rindu, cinta dll.

2. HABLUMINANNAS (Hubungan dengan makhluk) dalam ibadah fardhu kifayah yang berkaitan dengan keluarga, adab sesama insana, ekonomi, politik, kehakiman, amal ma’ruf nahi mungkar dan lainnya.

3. TAWAZUN yakni keseimbangan antara keduanya.

4. WASATHIAH yakni kesederhanaan antara dunia dan akhirat. Aspek ini telah berjaya membina tamadun manusia yang memimpin dunia dengan penuh kedamaian dan kerahmatan. Mereka golongan yang khusyu’ dalam solat, dalam muraqabah atau musyahadah, mereka juga golongan yang khusyu’ pula dalam urusan kehidupan dunia demi mencapai redha Allah.

Semoga terbina kembali permata-permata yang hilang ini dari ummah ini. Jiwa tasawwuf mereka tersembunyi bagaikan benih-benih dan akar-akar yang terjunam dalam bumi, namun akhlak yang berlandaskan syariah dapat dilihat bagaikan dahan-dahan dan buah-buah yang ranum yang terpacak ke langit.

Firman Allah :
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.” (Ibrahim: 24-26)


Bagaimana Mencapai maqam Muraqabah dan Musyahadah dalam latihan Tarekah?

Semua tarekah mempunyai silibus untuk mencapai maqam yang dikehendaki oleh Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Kepentingan mempunyai tarekah adalah untuk mencapai khusyu’ dalam ibadah dan takwa dalam kehidupan. Di dalam solat, kita wajib memiliki Ilmu Fekah sebagai mengesahkan ibadah, Ilmu Tauhid sebagai mengesahkan tauhid Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) dan Ilmu Tasawwuf untuk menjalankan mata hati dalam menghadap Allah, seolah-olah melihat Allah atau merasai Allah melihat dirinya (Ihsan).

Jika solat tiada Ihsan, maka solat tadi hanya ada hukum fekah dan tauhid sahaja, tetapi tiada perjalanan jiwa. Ia membawa kepada kelalaian jiwa dalam ibadah sehingga ibadah solatnya tiada mampu membawa mereka kepada kebaikan dan mencegah daripada mungkar seperti firman Allah :

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah perkara yang keji dan mungkar.” (Al-Ankabut: 45)

Mungkar di sini bukan sahaja pada hukum zahir tetapi juga kemungkaran yang tersembunyi dalam batin. Kemaksiatan dalam batin inilah yang kadangkala tiada disedari sehingga ramai yang meninggal dunia dalam keadaan mereka kekal dalam kemaksiatan batin yang diharamkan. Kemaksiatan batin jika tiada diubati boleh membawa seseorang mati dalam kekufuran.

Firman Allah :
Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta.” (Al-Baqarah: 10)

Inilah yang banyak diperkatakan oleh para ulama, bahawa mereka yang tiada mendalami ilmu tasawwuf, dibimbangi mati dalam Suul Khatimah. Justeru, dengan tujuan penyucian batin dan menjalankan rohani kepada Allah agar mencapai musyahadah, maka para ulama terdahulu walaupun alim dalam ilmu-ilmu zahir seperti Hadis, Tafsir, Fekah, Tauhid, Nahu, Sorof dan lainnya, mereka tetap mencari Syaikh Murabbi dalam meneroka penyakit batin mereka, dan mendalami pelajaran membuka mata hati sehingga mencapai maqam Ihsan. Ianya tiada lain agar mereka mencapai maqam kesempurnaan dalam perjalanan Ad-Din.

Pendidikan tarekah memulakan dengan memperbanyakkan amalan taubat agar membersihkan kegelapan batin, kemudian memperbanyakkan selawat agar menguatkan cahaya batin, menguatkan tali perhubungan cinta dengan Guru agar mempunyai talian barakah dengan golongan para kekasih Allah, melalui rantaian silsilah tarekah mereka sehingga sampai kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Murid disuruh memperbanyakkan zikir nafi ithbat agar membuang segala ilah-ilah yang lain selain Allah, memperbanyakkan zikir isim mufrad (“Allah”) dalam qalbi setiap detik sebagai latihan tubi agar qalbi mesra dan manis dengan Ismu Dzat. Dan perbanyakkan Istighfar.

Apabila qalbi sudah penuh dengan cahaya, . Darinya nur zikir agar bergerak ke seluruh tubuh sehingga tubuh merasai tenggelam seluruhnya dalam zikir. Segala waridat dan asrar atau ladunni akan mengalir bagaikan mata air yang keluar dari lapisan qalbu yang dalam.


Kepentingan Guru Murabbi (Syeikh Mursyid)

Dalam mentafsir rahsia-rahsia yang terbuka dari lapisan sirr, ia perlukan penghuraian oleh Guru Murabbi agar dapat memberi jawaban yang benar serta tiada lari dari garisan akidah ASWJ.

Pentarbiyah ilmu (mu’allim) berbeza dengan pentarbiyah rohani (murabbi). Tidak semua ulama adalah murabbi, tidak semua murabbi adalah alim dalam ilmu syariah, namun wajib baginya memiliki ilmu yang melepasi fardhu ‘ain pada fekah, tauhid dan tasawwuf. Kekurangan mereka perlu ditampung oleh para muridnya yang alim dalam ilmu syariah atau persahabatan dengan para ulama syariah jika ada kekeliruan dalam permasalahan hukum.

Guru Murabbi mentarbiyah ketauhidan sehingga mencapai maqam tauhid syuhudiah (Ihsan), mentarbiyah nafsu sehingga mencapai Mutmainnah, mentarbiyah akhlak zahir dan batin sehingga mencapai akhlak yang terpuji, mentarbiyah sehingga berada dalam amal ibadah yang dituntut, mentarbiyah agar berada pada landasan hukum syariah, mentarbiyah agar segala rahsia yang terbuka dapat difahami dengan benar.

Guru Murabbi adalah golongan yang berjaya mentarbiyyah dirinya terlebih dahulu dengan berada di bawah tarbiyyah para Mursyidnya, sehingga beliau mendapat keizinan untuk mentarbiyyah manusia yang lain.

Keizinan dalam tarekah adalah penting agar disiplin ilmu Islam terpelihara dan selamat dari penyelewengan ilmu, kesalahan penghuraian dan nafsu mazmumah yang masih melekat dalam diri. Memberi keizinan kepada mereka yang belum layak mentarbiyah murid akan merosakkan dirinya dan para muridnya. Dan berdosa para guru yang mudah memberi keizinan mentarbiyyah rohani kepada murid yang belum layak kerana ia membawa mudharat bagaikan memberi pisau pada kanak-kanak.

Imam Al-Ghazali rahimahullah banyak menegaskan dalam beberapa kitab bahawa ‘Sesungguhnya jalan mendekati Allah adalah jalan sufi, namun jalan untuk menjadi golongan yang terhijab dengan Allah juga adalah sufi’.
Ia akan berlaku apabila jalan sufi dipimpin oleh para guru yang belum mencapai kelayakan mentarbiyah walaupun padanya sudah ada dzauk dan pembukaan makrifat akibat ditarik secara majzub. Disini pentingnya konsep IZIN.

Syaikh Ahmad Al-Fatani dalam kitab al-Fatawa Fathaniah mengatakan, ‘Golongan yang majzub adalah mandul yakni tiada boleh mengandungkan anak-anak rohani'. Mereka perlu berada di bawah dagu beberapa Mursyid untuk memimpin kerana seni ilmu sufi bukannya semata-mata pada pembukaan rahsia, bahkan masih banyak selok belok perjalanannya yang perlu difahami.
Dan Firman Allah Taala;
' Sesiapa yang diberi petunjuk nescaya kamu(wahai Muhammad) mendapatkannya seorang wali mursyid dan sesiapa yang disesatkan maka kamu (wahai Muhammad) tidak akan mendapati baginya seorang wali mursyid'.
________________

Konsep Daulat Sultan Melayu


Daulat Raja Melayu.

Sekiranya kita tahu dan faham apa itu “Daulat Raja ”, maka pada pendapat peribadi saya, tidak ada salahnya kita menyebut “Daulat Tuanku” sebagai tanda taat setia dan hormat kita kepada ketua negeri atau Ulul Amri selagi niat dan aqidah kita kepada Allah swt tidak terpesong . Maksud saya sewaktu kita menyebutnya tidak terlintas sedikitpun di hati kecil kita Raja itu adalah Tuhan yang disembah.Lagipun Sultan adalah ketua agama islam dan adat istiadat setiap negeri, apa salahnya kita menghormati Baginda.

Mengapa sejak kebelakangan ini semakin ramai orang melayu yang mempertikai hak Raja-Raja Melayu?

Jarum halus yang sedang dicucuk di negara ini adalah perancangan jahat Dajjal dan tangan ghaib yang sudah ribuan tahun membuat rencana untuk meruntuhkan sistem raja di tanah melayu ini. Gandingan Umarak dan ulamak seperti di era Tok Ku Paloh dan Sultan Terengganu amat-amat merisaukan dan menggerunkan mereka?

Jadi apakah rancangan mereka kini dan seterusnya?

Untuk meruntuhkan sistem beraja, mereka memperkenalkan Demokrasi berparlimen, namun mereka masih lagi tidak mampu membuang terus kuasa raja-raja kerana sistem kita di Malaysia ada raja berpelembagaan. Strategi kedua ialah dengan membuat dan mencipta persepsi negatif terhadap Raja-Raja dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa memanipulasikan banyak perkara. Para ahli politik juga menyerang institusi Raja dan hak-hak keistimewaan Raja dan orang melayu. Semakin hari rakyat mulai membenci Raja, itulah yang mereka mahu! Faktor sampingan lain seperti perebutan takhta, terlibat dengan skandal tertentu , pembaziran dan sebagainya oleh anak-anak Raja sendiri menambahkan lagi api kebencian rakyat kepada Raja dan rakyat mulai hilang rasa hormat dan mulai menjauhi Raja.

Untuk menghancurkan Daulat Raja, Ulamak tulen bertaraf wali berfahaman ahli Sunnah WalJamah yang selama ini menasihati raja dalam banyak perkara terutamanya hal-hal agama menjadi bertambah sedikit dan telah digantikan dengan Ulamak berfahaman wahabi. Fahaman Wahhabi ciptaan gandingan Dajjal-The Hidden Hand telah berjaya menghancurkan kekuasaan para Syarif Mekah dan keturunan ahlul bait lalu mengangkat Bani Saud menjadi raja boneka mereka sehingga kini.

Di Negara ini, apa yang membimbangkan kita ialah bila Ulamak Wahhabi akan mempengaruhi istana dan secara tidak lansung , rakyat akan diwahabikan secara tidak sedar.Maka Daulat Raja akan luntur dan hilang sirnanya!

Malang sekali bila ada orang melayu yang mengaku dan tidak berbangga menjadi melayu. Ini adalah satu kebodohan sehingga mereka lupa apa yang ditakrifkan dengan melayu itu sendiri. Ia bukan sahaja mentakrifkan bangsa sahaja tetapi mencakupi agama islam. Jika mereka tidak merasa bangga menjadi melayu, dengan sendirinya mereka sendiri tanpa sedar tidak berbangga menjadi seorang muslim, jadi mereka bangga menjadi apa???

Definisi Melayu :

“Pemerintah Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara dalam pengertian di Malaysia), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut.

Apa itu Daulat?

Perkataan Daulat sebenarnya berasal daripada perkatan Arab, iaitu `Daulah' yang bererti kerajaan atau negeri. Daulat juga dikaitkan dengan soal kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kuasa politik tertinggi seseorang sultan. Ia juga bererti kekuasaan dan kewibawaan seseorang Sultan yang memerintah dan kebahagiaan kepada Sultan yang memerintah.


Daulat bagi Raja ini penting kerana :

i Sultan mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan.
ii Sultan adalah tunggak untuk menyatupadukan rakyat.
iii Sultan akan mengamankan dan memakmurkan negeri.
iv Rakyat mengikut dan menjalankan titah Sultan dengan taat setia dan sesiapa yang engkar dianggap menderhaka.

Sultan memperkukuhkan ‘Daulat’ melalui beberapa cara, diantaranya melalui penggunaan bahasa .Bahasa yang digunakan oleh Sultan dan kerabat ialah `bahasa dalam' atau ‘bahasa istana’ contohnya : gering, titah, patik, santap, beradu dan sebagainya.

Sultan juga mengukuhkan ‘Daulat’ melalui hak istimewa raja. Contohnya melalui penggunaan:
-warna dan perhiasan rumah dan perahu.
-Payung berwarna putih digunakan untuk raja sahaja
-Anak raja dibenar menggunakan payung berwarna kuning
-Warna kuning digunakan untuk perhiasan, membuat sapu tangan, tepi tabir, hulasan bantal besar dan tilam."

Sultan mengukuhkan daulat dengan penggunaan alat kebesaran raja. Contohnya:
- Cop mohor menjadi lambang kuasa raja yang memerintah.
- Penggunaan alatan ketur, kipas, kendi dan tepak.
- Penggunaan beberapa jenis senjata seperti pedang, keris kerajaan, lembing, tombak berambu.
- Penggunaan payung ubur-ubur berwarna kuning.

Apa yang saya nyatakan diatas tentang ‘Daulat’ adalah secara umum dan kebanyakannya telah ditulis orang.

“ Daulat Tuanku- Hakikatnya ianya satu doa semoga Negara ini terpimpin dengan berkat kepimpinan Tuanku .Asalnya sembahan rakyat di zaman Sriwijaya berbentuk sujud kepada Raja kerana Raja adalah bayangan Tuhan di bumi,diolah, digubah cara sembahan sujud tadi kepada sembahan kini tanpa ada tanda-tanda seperti sembahan terhadap Al-Khaliq seperti sujud dan rukuk. Bila Para Auliya’ menguasai istana para Raja-Raja Melayu dulu, segala adat-adat diraja yang dilarang syarak ditukar kepada adat-adat diraja yang tidak merosakkan akidah”

“Daulat dalam bahasa arab ialah Kerajaan, dimelayukan dengan makna ‘Demi Kerajaan Tuanku’”

“Hakikat adat melayu berasal dari Hindu-Budha Sriwijaya dan Majapahit… bila para Auliya’ menguasai Raja [ nama Raja ditukar kepada Sultan] , mereka menjadi penasihat-penasihat kesultanan melayu…. Segala adat-adat yang tertolak diganti kepada adat-adat keislaman…. Biar mati anak , jangan mati adat…. Pentingnya adat melayu kerana hakikat adat melayu adalah subjek-subjek akhlak dalam Tasawuf, dengan kita beradat memudahkan kita mengamali Tasawuf islam, walaupun kita tidak tahu punca asal budaya [ Budaya= berasal dari gabungan-gabungan kalimah ‘budi’ dan ‘daya’ ] tersebut dipetik. Mafhum hadis : “Sesungguhnya hanya aku diutus untuk memperbaiki akhlak”. Dengan teras hadis inilah para auliya’ menyusun adat melayu”

“Sini kita boleh nampak kemasukan fikrah wahhabiah dalam kesultanan kita.Ada orang yang tidak berbangga jadi melayu.Ini kebodohan! Melayu adalah bangsa islam, seperti Israel adalah bangsa agama yahudi, kalau tak berbangga jadi islam… kalimah Melayu berasal dari constitusi antara Merong Mahawangsa dengan Sheikh Abdullah Al-Humairy (murid kepada Sheikh Abdul Qadir Jilani) dalam membentuk ikatan-ikatan bangsa-bangsa yang ada dibawah pemerintahannya. Siapa yang menerima islam Sunnah Aqidahnya,Syafie Feqahnya,Junaidy Tasawufnya maka dia berada dibawah Bangsa Al-Mala’u(yang menguasai pemerintahan)… Bangsa – bangsa yang tidak inginkan Al-Mala’u inilah menjadi Pagan, Iban, Jakun, Negrito, Sakai, Dayak dll…”

“Ini cara mereka buang kekuatan islam iaitu Sulthan…. Ingat Uthmaniyyah! Siapa pemusnahnya?..”

“Bila kita tengok akhbar-akhbar sehari dua ni,ucapan tahniah kepada Sultan Muhammad ke-V semuanya dimulai dgn “Allahuakbar”… memang yang baik tetap baik tapi jangan kata ucapan “Daulat Tuanku” ucapan syirik, dewa, jin,….. seakan-akan para Auliya’ yang menasihati Raja-Raja dulu tidak reti!”

:

[[.. Kalau dikaji secara mendalam, sistem beraja adalah sebuah sistem pentadbiran masyarakat berasaskan wahyu yang menjemput naungan kerajaan langit, sistem yang diturunkan dari Nabi Syith bin Nabi Adam sebagai pecahan sistem kekhalifahan dan keNabian yang diwarisi keturunan-keturunan tertentu yang dipelihara Ilahi. Maka itu, sistem pemerintahan beraja yang sebenar akan benar-benar memartabatkan rakyat, menjaga kebajikan dan kemaslahatan mereka seperti yang pernah dilakukan raja-raja berdaulat yang memerintah Perlak, Samudera-Pasai, Melaka dan Aceh dahulu.

Malangnya, para raja dan kerabat diraja yang ada sekarang rata-rata bersifat seperti orang kebanyakan, terlalu sukakan hiburan, berniaga berjual-beli seperti orang kebanyakan mencari keuntungan materialistik dan keduniaan dengan menggunakan kedudukan sebagai orang istana atau orang yang rapat dengan istana untuk mendapatkan cable-cable perniagaan dan pengaruh politik yang tidak boleh dicapai orang lain. Masyarakat juga sudah terbiasa melihat gaya kehidupan sesetengah ahli keluraga mereka yang mengarut, suka minum arak, main betina, keBaratan lebih Mat Saleh daripada Mat Saleh.

Maka bagaimana orang Melayu sekarang mahu betul-betul menghormati raja dan kaum kerabat mereka sedangkan kehidupan mereka telah jauh menyimpang daripada peranan sebagai ketua adat orang Melayu dan ketua Islam? Lalu hormat yang ada sekarang ini tinggal hormat luaran sahaja, itupun kerana manusia-manusia ini masih berpangkat raja ataupun kerabat diraja, ada gelaran Tengku, Tunku atau Raja, menetap pula di istana ataupun rumah-rumah besar lagi mewah bagaikan istana, kaya-raya, ada kekuasaan, ada panggilan Yang Mulia walaupun perangai mereka kadang-kadang lebih teruk dari binatang.

Bagaimana pula mereka yang bergekar Yang Teramat Mulia dan Duli Yang Maha Mulia sedangkan gelaran-gelaran ini cuma layak diberikan kepada Allah Subhanahuwata’ala sahaja? Bagaimana raja-raja tidak besar kepala sedangkan mengikut kitab-kitab lama seorang raja sepatutnya adalah orang yang paling merendah diri di kalangan rakyatnya. Itulah salah satu amalan sebenar raja-raja dahulu. Kalaulah harta kekayaan, istana dan kekuasaan serta gelaran dijadikan kayu pengukur untuk menentukan kemuliaan seorang raja atau kerabatnya, maka mana-mana orang buruk akhlakpun boleh menjadi raja. Malah ramaipun yang sudah berani berkata terang-terangan: “Akupun boleh jadi raja, kalau aku dilahirkan di kalangan istana dengan segala nikmat dunia menunggu. Seseorang itu menjadi raja cuma kerana nasib sahaja, lahir di istana, anak kepada raja. Itu sahaja. Apa bendanya yang mulia?” Maka itu masyarakat sekarang tidak ada pilihan tetapi menerima sahaja sistem demokrasi berParlimen ciptaan Yahudi yang diterapkan penjajah Inggeris dahulu, sistem yang membenarkan orang-orang buruk akhlak bermahajalela mendabik dada mengaku raja kerana boleh mendapatkan harta kekayaan, istana dan kekuasaan, malah gelaran-gelaran yang muluk-muluk melalui dunia politik dan perniagaan. Kerana sistem beraja yang ada tidak cukup berwibawa untuk menangani masalah rakyat dan keperluan semasa.

Malah pada suatu masa dahulu, Raja-raja Melayu nyaris-nyaris mengorbankan martabat mereka, kedaulatan negeri-negeri Melayu juga martabat orang Melayu sendiri apabila bersetuju menerima gagasan Malayan Union yang akan menarik segala hak istimewa orang Melayu. Nasib baiklah ada Datuk Onn Jaafar dan orang-orang sepertinya yang menubuhkan gerakan mbela nasib orang Melayu dan menyelamatkan institusi beraja dari dijahanamkan para penjajah biadab. Maka itu orang-orang sekarang lebih menghormati pemimpin-pemimpin politik daripada menghormati raja. Kerana para pemimpin ini telah membuktikan kekuasaan rakyat, bahawa rakyatlah sebenarnya berkuasa di kala raja-raja terdiam membisu, tidak lagi berani dan berwibawa, sifat-sifat yang sepatutnya ada pada seorang raja. Maka itu juga tidak hairanlah jika ramai orang kebanyakan sekarang beranggapan merekapun boleh menjadi raja, menjadi kepala tertinggi rakyat jika diberi peluang. Seolah-olah raja ini cuma satu jawatan yang boleh dipikul sesiapapun jika ditawarkan.

Cuba kalau rakyat tahu hakikat raja yang sebenar, sifat-sifat yang perlu dimiliki, amalan-amalan yang perlu ditekuni untuk menimbulkan sifat-sifat yang melayakkan raja-raja memimpin rakyat, maka mereka tidak akan berani berkata begitu lagi. Cuba-cubalah baca adab-adab dan amalan seorang raja yang sebenar seperti yang telah dinukilkan di dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja karangan seorang penulis yang cuma dikenali sebagai Bukhari Al-Jauhari, karangan yang mengikut pendapat para pengkaji sejarah adalah saduran dari kitab-kitab ketatanegaraan Parsi, yang dibuat di Aceh pada tahun 1603.

Cuba amati bagaimana beratnya amalan sebenar seorang raja… Selain selalu mendirikan Syariat Rasulullah SAW yang diwajibkan seperti solat dan puasa, seorang raja juga perlu selalu mengamalkan puasa sunat, contohnya seperti Nabi Daud, Raja Bani Israel yang mengamalkan puasa selang sehari sepanjang tahun. Kalau makanpun tidak boleh banyak, cukup sekadar boleh berdiri tegak. Paling kurangpun harus mengikut anjuran Nabi yang paling lemah dalam bab makan - makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. Isi perut dengan nisbah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman, satu pertiga untuk angin atau ruangan kosong.
Cuba pula baca cerita-cerita Melayu lama seperti Hikayat Malim Deman… Baginda bersantap beradat dengan memakan tiga suap sahaja sekali santap, barulah boleh dinamakan bersantap. Kerana memang ada perbezaan yang nyata dengan cara makan orang lain ataupun rakyat biasa, cara orang-orang kebanyakan.

Itu belum dikira amalan-amalan lain, amalan-amalan yang sebenarnya bertunjangkan amalan-amalan Tasawuf dari para wali dan Nabi serta Rasul… Seorang raja atau kerabat diraja yang memiliki darah dan zat mulia mesti telah berjaya mengikis sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki dan iri hati, tidak lagi mempunyai perasaan dendam-berdendam seperti orang kebanyakan, lalu menggantikan semua ini dengan sifat-sifat mahmudah seperti berbesar hati, zuhud, pemaaf dan lain-lain lagi sifat mulia yang sepatutnya ada pada diri seorang berdarah raja ataupun bangsawan. Maka setiap perbuatan seorang raja menjadi ibadat yang mendapat pahala dan mengundang daulat kerana ada niat dan garis tujuan yang nyata seperti digariskan melalui wahyu dan sumber Ilahi. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Hidup semata-mata untuk mendapatkan keredahaan Allah.

Kalau begini, barulah mandinya layak dikatakan bersiram, perjalanannya dikatakan berangkat dan pergaulannya dengan masyarakat biasa dikatakan mencemar duli. Kerana baginda terpaksa keluar dari lingkungan hidupnya yang mulia, yang penuh sifat-sifat mahmudah untuk memasuki gelanggang kehidupan rakyat biasa yang masih lagi bergelumang dengan sifat-sifat mazmumah. Itu sahaja.

Masalahnya, rata-rata orang sekarang termasuk mereka yang berdarah raja sendiri tidak faham hakikat hidup yang bertunjangkan pengamalan ilmu Tasawuf ini. Lalu untuk menyatakan “ketinggian” dan “perbezaan” mereka dengan masyarakat kebanyakan, mereka setakat mengamalkan penggunaan bahasa-bahasa istana yang berbunga-bunga sedangkan ia bukanlah sesuatu yang patut dibangga-banggakan sebagai simbol status, lambang yang menunjukkan penggunanya adalah berdarah raja.

Mereka lupa, seseorang itu perlu beramal dengan amalan sebenar seorang raja atau kerabat diraja sebelum betul-betul layak menggunakan bahasa istana. Perlu menghidupkan serba-serbi adab terpuji yang merangkumi adab makan, perawakan tubuh-badan dan cara berjalan sampailah ke cara dan posisi tidur malah cara mandi… Kalau tidak santapnya sama sahaja seperti orang lain makan, “melantak”. Kalau beradabpun cara makannya, kuantitinya pula tidak layak bagi seorang raja yang sebenar, perut naik buncit sedangkan seorang raja mestilah sempurna sifatnya zahir dan batin sehingga melebihi orang kebanyakan, mesti lebih fit, segak, dirinya tegak.

Dada seorang berdarah raja mestilah sentiasa terbuka tetapi bukanlah dalam keadaan membanggakan diri. Sebaliknya dia sentiasa berlapang dada zahir dan batin, sentiasa tenang, bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan hidup kerana sudah mencapai tahap Tawakal yang tinggi dan kepercayaan yang utuh terhadap Qada’ dan Qadar. Maka itu seorang raja yang sebenar tidak perlu melibatkan diri ke dalam dunia perniagaan yang boleh merosak dan mencalarkan prinsip hidup seseorang pemimpin kerana sebagai orang yang sepatutnya lebih memahami rahsia-rahsia amalan agama yang luhur, dia patut tahu rezekinya sentiasa terjamin. Malah seseorang berdarah raja langsung dilarang berniaga jika memegang tampuk pemerintahan.

Prinsip hidup ini ada disebutkan dalam apa yang dikenali ramai sebagai Ayat Seribu Dinar yang selalu digantung di kedai-kedai dan gedung perniagaan milik orang Islam.

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya akan diadakan baginya jalan keluar, dan diberikanNya rezeki tanpa diduganya lagi. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Dan akan memberinya rezeki dengan tidak terkira. Barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya. Sungguh Allah menyampaikan urusanNya. Sungguh Allah mengadakan kadar bagi tia-tiap sesuatu.

– Penghujung Ayat 2 sehingga Ayat 3, Surah At-Thalaq.

Nah. Bukankah maknanya cukup terang? Bahawa Tuhan akan sentiasa menjaga keperluan mereka yang bertakwa dan bertawakal? Bahawa rezeki tidak perlu dikira kerana sudah ditentukan kadarnya, apabila sampai masanya tetap akan menjadi milik kita tanpa perlu difikirkan datang dari mana? Bukannya menggandakan wang anda... Tetapi ramai yang menggantungkan ayat ini atau mengamalkannya untuk melariskan perniagaan atau mendapat keuntungan lebih, kelebihan material dan keduniaan semata. Bukankah ini sudah lari daripada prinsip sebenar yang digariskan di dalam Al-Quran?

Perkara ini boleh dimaafkan jika yang berbuat demikian adalah orang kebanyakan. Tetapi seorang raja, kerabat diraja dan mereka yang mempunyai darah raja, manusia yang sepatutnya memiliki sifat-sifat mulia tidak patut terjebak sama kerana mereka sepatutnya mempunyai kelebihan akal fikiran untuk memahami prinsip sebenar di sebalik ayat ini.

Mereka patut faham, segala keperluan hidup hatta rezeki makan-minumnya dan keluarga akan disediakan Allah SWT samada secara nyata melalui institusi istana yang segala belanjanya ditanggung perbendaharaan negara atau cara-cara ghaib yang difahami mereka yang pernah mengalaminya, jika sahaja seseorang raja bertawakal kepadaNya dengan sepenuh hati, tanpa ragu-ragu lagi. Tugasnya cuma menumpukan perhatian kepada pemerintahan negara demi mensejahterakan rakyat dan meningkatkan syiar Islam. Syariat Islam pula perlu dijaga sentiasa tanpa tolak-ansur dan soal banyak kecuali dalam perkara-perkara furuk, selain beramal dengan kaedah Tariqat untuk memahami Hakikat lalu mengalami Makrifat untuk mengenal Allah. Lalu barulah zat mulia yang dimiliki dalam darah daging boleh terserlah. Barulah timbul kewibawaan semulajadi juga karisma dan aura yang menarik perhatian orang-ramai untuk tunduk hormat kepadanya tanpa perlu dipaksa atau dipinta. Lalu timbullah juga bakat-bakat semulajadi lain yang telah diturunkan secara genetik dari nenek-moyang yang terdahulu sampailah sekarang.

Apabila ini berlaku, barulah seseorang raja itu boleh dikatakan berdaulat… Maka penjajah Barat tidak boleh senang-senang mengugut, walaupun mereka datang dengan sejuta mesingan dan bom atom sekalipun. Baru terpandang wajah raja yang cemerlang, mereka sudah tertunduk bisu, hilang segala kata-kata dan tipu helah.



Apapun, daulat yang sebenar tidak perlu malah tidak dapat dipelajari. Apa yang dikehendaki adalah pengamalan mendalam Islam berdasarkan Tasawuf yang sampai ke lubuk hati malah lebih dalam lagi ke suatu tempat yang dipanggil sir, rahsia hati sebelum mencapai peringkat sir dalam sir, rahsia dalam rahsia hati. Kemudian serahkan segala urusan kepada Allah, bertawakallah sepenuhnya, tawakal yang disebut Sultanul Auliya Sheikh Abdul Qadir al Jilani juga Imam Ghazali sebagai tawakal khusus wal khusus, tawakal orang khusus dari yang khusus. Maka jadilah mereka seperti seorang mayat di tangan pembasuh mayat, tidak boleh membantah apa-apa yang dibuat oleh tukang basuh mayat, apalagi hendak melawan. Biarlah pembasuh mayat yang hakiki menggerakan segala tubuh badan…

Peringkat tawakal sebegini bukan lagi tawakal orang awam, tawakal yang diibaratkan Rasulullah SAW seperti mengikat tali unta ke sebatang pohon sebelum masuk bersolat di masjid supaya unta tidak lari ketika tuannya bersolat. Bukan jenis tawakal yang memerlukan seseorang itu menyediakan payung sebelum hujan, kalau sakit cari ubat, paling kurangpun, berdoa meminta supaya cepat disembuhkan.

Mereka yang ingin memasuki tawakal peringkat tertinggi ini mesti sanggup menerima segala dugaan Allah SWT dengan sabar dan redha termasuk penyakit yang memeritkan dan malapetaka yang tidak kunjung putus. Biar Dia sahaja yang menentukan bila semua ini selesai, bila akan datang hari-hari bahagia seperti yang pernah dialami Nabi Ayub AS. Lalu orang yang mengamalkan tawakal khusus wal khusus, peringkat tawakal yang menjadi pakaian raja-raja yang sebenar akan berani menyeberangi padang pasir yang luas tanpa membawa sedikitpun bekalan makanan dan minuman.

Jika perlu berlapar, dia akan menahan perut sehingga pengsan kerana telah mempunyai keyakinan yang kental bahawa jika Tuhan mahukannya makan, tiba-tiba sahaja burung dari atas awanpun boleh datang menyuapkan. Kalau ada orang berniat jahat pula misalnya hendak menetaknya dengan parang, silap-silap orang itu boleh beku di tempatnya berdiri. Itupun kira baik. Kalau tidak mungkin orang itu mati langsung disambar petir atau apa-apa sebab lain yang mencarik adat sedangkan sang raja mungkin terus berjalan sahaja seperti biasa tanpa menyedaripun ada percubaan orang untuk membunuhnya.

Lalu raja sebegini tidak gentar menghadapi segala mara bahaya. Dan dia tidak hairan dengan perkara-perkara karamah yang berlaku di hadapan matanya kerana amalan Tasawufnya mengajar supaya tidak terpesona dengan ini semua. Malah dia sebenarnya tidak sedarpun kerana seluruh hati dan jiwanya sentiasa tenggelam mengingati Allah.

Maka pada mereka yang faham, inilah yang dikatakan daulat yang sebenar, daulat orang yang sebenar-benarnya bertawakal, menyerahkan seluruh jiwa-raganya kepada Yang Maha Memelihara dan Wakil Terbaik setiap urusan. Lalu barulah seseorang itu layak memakai gelaran Al-Mutawakil - Yang bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan ini juga, dalam keadaan segala bentuk nafsu rendah seperti keinginan ingin dipuja dan dipuji telah disapu-bersih, maka segala perbuatan, gerak-geri dan kata-kata yang keluar daripadanya adalah dari kudrat dan iradat Allah semata-mata. Maka itu dia marah kerana melihat sesuatu perkara yang Allah marah, dan dia memaafkan, sayang, dan kesihan dan kerana Allah itu Maha Pemaaf, Penyayang dan Mengasihani. Pendekkata, segala apa yang muncul dari dalam dirinya adalah perbuatan Allah semata-mata, bukan perbuatan seorang manusia biasa lagi.

Apabila ini terjadi, barullah seseorang raja itu boleh dikatakan Dzilullahi fil alam, bayangan Allah di alam ini. Ataupun Dzilullahi fil ard, bayangan Allah di muka bumi. Maka barulah dia boleh menjadi raja dalam erti katanya yang sejati. Seorang raja sejati adalah seorang manusia yang telah mencapai taraf insan-al kamil, insan yang sempurna yang merupakan seorang wali Allah kemudian diberi pula kerajaan untuk melaksanakan urusan memakmurkan rakyat di bawah naungannya. Maka itu dia menepati ciri-ciri yang menepati sebuah Hadis Qudsi:

Bila Aku mencintai seorang hamba,
maka Aku akan menjadi pendengarannya,
penglihatannya, lidahnya, tangannya dan kakinya.
oleh Ku dia marah dan oleh Ku dia berjalan.

Inilah dia daulat sebenar raja-raja yang tidak boleh disanggah, daulat yang muncul kerana dia telah menjadi “perkakas” Allah untuk menyatakan wujudNya di alam ini. Sebab itu kitab-kitab lama tafsir mimpi ada menyebut, bermimpi berjumpa seorang raja adalah sama dengan bertemu Allah! Maka fahamilah hakikat ini…

Walaupun bakat semulajadi yang boleh menimbulkan daulat sebegini wujud di kalangan mereka yang terpilih dari keturunan yang mulia, besar kemungkinan ia akan terpendam jika tidak digilap dengan amalan-amalan tertentu. Sebab itu amalan-amalan khusus seperti adab makan, berpuasa, bercampur-gaul dan sebagainya seperti dihuraikan dalam kitab Tajus Salatin atau Mahkota Raja-raja yang menjadi pegangan istana diajarkan kepada setiap putera yang layak suatu masa dahulu.

Cara terbaik untuk mendapatkan manafaat sepenuhnya adalah dengan mendapatkan tunjuk ajar seorang guru mursyid yang diakui pencapaian kerohaniannya, yang wasilah kerohaniannya bersambung terus-menerus dari seorang guru mursyid kepada seorang guru mursyid yang terdahulu sampailah kepada guru segala guru, Rasulullah SAW. Bukankah baginda pernah bersabda: “Aku ini gedung ilmu, dan Ali itu pintunya. Maka jika engkau hendak masuk ke gedung ilmu, masuklah ikut pintunya.”

Lagipun, pada mereka yang faham, Nabi Muhammad SAW adalah raja segala raja. Maka itu setiap bakal raja mesti mendapatkan didikan khusus baginda yang diturunkan kepada guru-guru yang mempunyai pertalian dengannya. Lalu di sinilah terserlahnya peranan golongan Sufi dan para wali dalam mendaulatkan bumi Aceh dan menimbulkan kebesaran raja-raja…





[[...Raja-Raja melayu dahulu berdaulat:


Ramai sebenarnya orang melayu kelas bawahan yang bukan dari kalangan raja raja atau kerabat diraja menganggap raja raja melayu berdaulat dan tidak boleh buat main main dan ramai juga kaum cerdik pandai yang yang anti dengan kaum sunni itu TERMASUK YANG SUNNI SENDIRI TERKELIRU tanpa berfikir panjang menghukumkannya dengan syirik dan khurafat. Akan tetapi kebanyakkannya masih mempunyai rasa hormat yang tinggi dengan kepercayaan yang menebal bahawa raja masih berdaulat dan berkeramat seperti dahulu walaupun mungkin ada segelintir dari rakyat di negara kita ini yang tidakk memahaminya termasuk menolak untuk mendoakan mereka para raja itu dengan doa kebaikan pada setiap kali khutbah jumaat...


Perkara ini bukan sahaja disedari oleh rakyat berbangsa melayu dahulu tetapi ia turut disedari oleh bangsa lain seperti kaum cina dan india pada masa itu. Kelas bawahan tetap disumpah sebagai rakyat dan tidak layak menduduki " Takhta" kerajaan di mana mana negeri sekalipun. Oleh itu itu perkara "takhta" juga membawa maksud dan pengertian yang penuh dengan rahsia simbolik tertentu kepada mereka yang sudi menerima dan memahaminya.


Cuba perhatikan perkataan daulat, yang sering kita dengar dari ungkapan para rakyat jelata di hadapan para raja raja yang masih mengekalkan adat istiadat beraja pada hari ini. " Daulat Tuanku " , adalah satu kalimah yang sering dibacakan di hadapan seorang raja apabila seseorang dari kalangan rakyat atau pegawai istana ingin mengadap seorang raja. Begitu juga apabila kita perhatikan istilah " tuanku ". Ia juga membawa erti dan maksud yang tersirat sehinggakan saya rasa jika diterjemahkan sedalam dalamnya akan membawa fitnah. Saya sangat pasti diri saya akan dituduh sesat kerana cuba membawa atau menyebarkan ajaran yang jauh menyeleweng dari ajaran agama islam yang sebenar, pada pandangan ahli syariat. Akhirnya mendapat fitnah yang tidak akan ada penghujungnya. Jadi apa yang ada di dalam niat hati saya mudah mudahan para pembaca dapat menjiwai ertinya yang sebenar melalui pemahaman yang dicampakkan oleh Allah swt ke dalam hati mukmin dengan sebenar benar kefahaman.


Benar, setiap perkara yang berkaitan dengan perkara perkara hakikat kejadian sesuatu hendaklah disembunyikan pengetahuannya dari disebarkan kepada rakyat jelata atau murid yang tidak dapat segera memahami perkaranya . Begitu juga dengan orang awam yang langsung tidak mahu mengambil tahu tentang perjalanan para ahli kerohanian besar zaman dahulu. Jadi saya akan simpan sahaja apakah erti sebenar istilah "Tuanku - Tuan - Ku - Tuhan- Ku " , cukup di sini sahaja isyarat dari saya maka yang selebihnya carilah sendiri di mana mana kedai buku atau laman web di internet sebagai panduan seterusnya untuk kefahaman diri sendiri.


Apa salahnya dalam mencari kebenaran siapakah diri kita ini yang sebenarnya selain dari cuba menguasai ilmu perbahasan lidah yang berbelit belit tentang ketuhanan yang kononnya boleh mengenal tuhan itu , mengambil sedikit waktu untuk belajar dan mengkaji istilah istilah yang diguna pakai oleh para raja atau sultan yang ada pada hari ini. Sudah barang pasti pada agakkan saya akan kuranglah sedikit dakwa dakwi untuk menyalahkan orang lain kerana kedangkalan ilmu kalau bahasa kasarnya , atau kerana kurangnya ilmu pengetahuan bahasa halusnya mengenai rahsia para wali Allah menyembunyikan kebesaran diri di dada dan ditinggalkan pada namanya. Saya ingat pada satu peribahasa melayu lama, harimau mati meninggalkan b****g , manusia mati meninggalkan apa..? Saya rasa eloklah para pencari ilmu asas mengenal diri mengkaji tentang asal usul gelaran besar diraja itu dari sibuk memahami ilmu martabat tujuh dan sifat dua puluh yang hanya ligat dibibir menguji kepintaran orang lain dalam perkara ilmu sifat. Sendiri pun tidak pernah musyahadah, bibir gatal menggelembungkan buih di lautan yang nyata dari perkataannya serta dadanya pula kosong sekosongnya dari ilmu lataif dari akhfa' tuhan azza wajalla.


GELARAN DYMM SPB YDPA

Bertitik tolak dari persoalan itu, datanglah istilah 'Duli Yang Maha Mulia'. Istilah ini berkait rapat dengan 'Daulat Tuanku' yang telah mendapat kritikan pedas dari kalangan ahli ilmu usuluddin beberapa waktu yang lalu. Termasuk dari golongan ahli tasawuf yang bertarikat itu sendiri . Hairan bagi diri saya mengapa mereka yang kononnya memperjuangkan kebaikan dan kesucian akhirnya terjerat dengan ilmu syariat dan tasawufnya sendiri. Jawaban saya mudah begini, tuhan belum berkehendak untuk membukakan ilmu rahsianya. Istilah istilah kebesaran ini membangkitkan rasa marah sehingga kunonnya bangkit rasa ingin memperjuangkan islam yang suci termasuk memperjuangkan kesucian sifat tuhan yang tidak boleh sama sekali berdiri pada zat yang baharu alam ini kerana 'Yang Maha Mulia' itu tidak patut berdiri pada zat makhluk kerana sifat itu hanya layak berdiri pada zat tuhan yang maha agung. Jika ia berdiri pada seorang raja yang jelasnya raja itu ialah manusia. Tahukah mereka dari mana asal usulnya perkataan 'Raja' dan tahukah mereka apakah sebenarnya maknanya yang telah diguna pakai oleh para arif billah untuk memartabatkan seorang raja yang bergelar sulthan itu .


Maka sibuklah para cerdik pandai ilmu zahir yang nyata ini mengwar warkan kesalahan pada istilah gelaran kebesaran yang dipakaikan kepada seorang raja supaya dipadam atau dilucutkan istilah unik tersebut dari terus dipakai oleh para raja raja dan sultan sultan melayu. Sedikit masa lalu kita telah mendengar desas desus yang mengatakan istilah 'Yang Maha Mulia' hanya layak dipakai oleh tuhan yakni yang bernama Allah swt. Ia tidak layak sama sekali dipakaikan kepada makhluk yang dijadikan olehNya sehingga ada yang mengatakannya sebagai kafir dan syirik kerana menduakan tuhan.


Sememangnya manusia tidak memilikki sifat yang amat mulia sehingga melebihi kemuliaan tuhan. Tetapi dalam hal ini ia amat berbeza sama sekali kerana menyangkut dengan masalah hakikat ilmu ketuhanan. Sebab itu, jika ingin disabitkan kesalahan maka sultan dahulu harus dihukum sesat kerana memakai gelaran besar wahdatul wujud. Amat payah untuk dimengerti oleh kita yang pengetahuannya mengenai hakikat dan makrifat ketuhanan jauh ketinggalan.


Itu sebabnya mulut , lidah dan hati ini hendaklah dikawal dan dikunci dengan menongkatkan lidah ke langit serta mematikan diri sebelum mati dari memuntahkan tuduhan atau perkataan yang menyinggung atau menjatuhkan orang lain kerana perkataan itu sendiri akan berbalik kepada dirinya sendiri selepas beberapa waktu nanti. Alangkah terkejutnya mereka itu jika mereka tahu perjuangan orang orang tua , para ilmuan dan para masyaikh yang berstatus ulama besar besar dahulu menciptakan satu istilah kebesaran sebagai gelaran yang membawa maksud yang amat tersembunyi rahsia maknanya sehingga tidak mampu dikesan oleh komputer senang cerita, sehingga ke hari ini.

DAULAH , DAULAT DAN DULI YANG MAHA MULIA

Daulah atau daulat adalah istilah yang sama . Begitu juga 'duli' juga berasal dari perkataan arab yang membawa maksud negeri negara yang berkaitan dengan pemerintahan. 'Yang Maha Mulia' juga berasal dari al-karim dengan erti yang maha mulia sebagai sebagai dewa ketuhanan. Pada zaman dahulu, raja raja melayu ramai sebenarnya yang memilikki ilmu ketuhanan sehingga ramai di antara mereka yang mencapai status seorang wali Allah sehingga tidak disedari oleh rakyatnya masa itu sehingga sekarang. Istilah 'duli' dengan daulat berbeza dari segi timbangan wazannya sahaja. Apa pun jika pendapat saya ini melencong dari kebenaran yang lebih ramai maka saya bersetuju untuk dipersalahkan. Ini hanyalah tafsiran sendiri yang tidak menyangkut dengan kebenaran mana mana fakta.


Rakyat jelata tetap dimartabatkan sebagai manusia yang menduduki alam syariat dan tarikat, tidak akan sekali kali mereka itu sebagai orang kebanyakkan mendapat julukan ini yang besar lagi terhormat kerana alam maqam mereka dengan kelompok diraja itu sendiri amat jauh berbeza di antara bumi dan langit. Boleh dikatakan keseluruhan raja raja melayu itu berdarah raja Iskandar Zulqarnain yang pernah membiakkan gennya di Tanah Asia Tenggara ini suatu masa dahulu melalui perkahwinan campur. Begitu juga dengan Sultan Perak sekarang, sebenarnya baginda masih mempunyai darah keturunan raja dari sebelah saudaranya yang lain cuma mungkin tidak disedari oleh para kaum kerabat diraja dan tidak dapat dikenali asal usul yang jelas salasilah keturunan sebelumnya. Senang cerita, dari kelompok yang lain dan jauh pula dari kerabat yang sepatutnya menduduki tahta. Saya bukan pula mempertikaikan kesultanan kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini, malah saya masih menyokongnya kerana almarhum guru kami pernah beberapa kali menyebut namanya dahulu. Mungkin ada sebab kebaikkan lain yang selalu dilakukannya sehingga menutup kekurangan dirinya, wallahu a'alam.

PENGERTIAN SAMBIL LALU

Mungkin saya boleh ertikan atau samakan kalimat rekaan saya ini iaitu 'Negara Al Karim Yang Amat Mulia - Di Pimpin Oleh (Keturunan) Baginda Muhammad SAW Bertuhankan Allah Yang Maha Agung - Diketuai Oleh Sipulan Yang Menguasai Keilmuan' atau saya bawakan dengan kalimat uniknya 'Duli Yang Maha Mulia - Seri Paduka Baginda - Yang Di pertuan Agung -Sulthan Sipulan'. Kalau kita sedia memahami kata kata ini maka sebenarnya orang tua tua dulu atau tuan sheikh mursyid dahulu kala tahu erti maksud ini. Merekalah sebenarnya yang telah bertanggungjawab merajakan seseorang pemimpin dari kalangan raja raja melayu dengan gelaran yang bukan bukan itu. Tok tok arab inilah yang telah menimbulkan suasana adab, adat beristiadat bersendikan syarak untuk raja raja melayu dan merajakan mereka sebagai ketua agama dan ketua pemerintah kepada seluruh rakyat di negeri negeri melayu.


Pernahkah kita terdengar perkataan 'Sulthan Auliya' yang biasa dipakaikan kepada salah seorang manusia agung zaman dahulu iaitu Sheikh Abdul Qadir Al Jiilani setelah beliau itu wafat dikemudian harinya. Istilah sultan itu juga mempunyai maksud yang tersurat dan yang tersirat. Kebetulan ada juga manusia jahil yang mengaku ngaku sebagai 'Sulthan Auliya' dizaman ini, malah diwar warkan lagi ke seluruh penjuru dunia. Tunggulah azab dan siksaan dari Allah di kubur nanti seperti mana yang telah terjadi ke atas salah seorang ketua jemaah dengan pengikutnya yang tertipu dan ramai di negara kita ini beberapa hari yang lalu. Seorang Sulthan Auliya' original tidak akan dikenali oleh manusia ramai kecuali selepas kewafatannya.

ISTILAH SULTAN DAN PENGERTIANNYA RINGKAS.

Para mursyid yang tidak mempunyai hak sebagai pemerintah negara waktu itu memilih anak anak muridnya sendiri yang terdiri dari kalangan raja raja yang bertaqwa dengan diberikan gelaran dari tok tok arab mursyid ini seperti gelaran 'Sulthan dan sebagainya dengan tujuan mengangkat tinggi, setinggi tingginya ketuanan mereka dan kejayaan mereka menguasai ilmu ketuhanan sebenarnya. Istilah Sultan itu sendiri diambil dari firman Allah satu satunya di dalam al quran jika tidak salah saya , basmalah, taawuz, " Yaa Aiyuhal Jinnu Wal Insu, Inistata'tum An Tanfuzuu Min Aqtaaris Samaawaati Wal Ardhi, Fanfuzuu, Laa Tanfuzuuna Illa Bis Sulthaan.."Wahai jin jin dan sekalian manusia, jika sekiranya kamu ingin melepasi ufuk langit dan bumiKu, terbanglah atau lepasilah ianya. Sebenarnya kalian tidak akan mampu melepasinya MELAINKAN dengan sultan...yakni ILMU ILMU yang menjadi asas kekuatan tertentu..".


Jadi istilah Sultan itu bermaksud ILMU yang dimilik oleh seorang raja, bukannya ia tidak mempunyai apa apa erti. Sudah barang tentu ILMU yang dimaksudkan itu ialah ilmu yang amat berharga sehingga dia dimuliakan oleh para wali. Kebetulan pula rakyat pada waktu itu amat takut melihat raja, adakah kerana kerisnya yang ajaib dan sakti sahaja bukan, mereka amat takut dan segan dengan ilmu ketuhanan yang dimiliki oleh raja atau pembesar istana.

RAJA RAJA MELAYU RAMAI YANG JADI WALI ALLAH.

Sehinggalah ada diantaranya memang bergelar wali seperti para Sultan di Melaka termasuklah Sulatan Mahmud Syah yang akhirnya jadi Sufi kelanamembawadiri seperti Ibrahim Adaham dan Malik Bin Dinar. Perkataan raja raja ini pula masin, ibarat kata kata sumpahan bala yang pasti akan terjadi jika salah seorang raja berdaulat berkeramat ini murka dan melepaskan kata kata, memang akan tersumpah mereka yang terkena sumpahan dari kata kata mereka para 'raja' pada zaman dahulu . Ramai orang sedar bahawa raja raja melayu dahulu mempunyai 'daulat' atau 'kuwalat' yang bererti bala musibah akibat terlajak kata atau meninggalkan adab sehingga boleh mendatang azab sengsara hidup di dunia akibat menderhaka kepada raja atau sulthan.


Raja raja dahulu memang kebanyakkannya bermulut masin dan ada keramat masing masing. Berbeza dengan raja sekarang yang sudah tidak lagi mengamalkan cara hidup beramal ibadat seperti raja melayu dahulu yang kuat beribadah puasa dan solat sunat saban hari siang dan malam. Sukar kita menemuinya lagi zaman sekarang. Tapi mereka masih menggunakan gelaran gelaran besar dari para wali wali Allah dahulu sebagai kenang kenangan dan mudah mudahan menjadi satu pengajaran di akhir zaman ini supaya para raja sudi mengembalikan diri dan jiwanya kembali seperti zaman datuk nenek moyang mereka dahulu. Kita sebagai rakyat tetap mendoakan mereka mudah mudahan mereka mendapat taufiq dan hidayah kembali meneliti diri diri mereka , siapakah keturunan mereka yang sebenarnya.

ISTILAH TAKHTA PADA PANDANGAN SAYA.

Oleh itu pada pendapat saya yang lemah dan entah apa apa ini, kita sebagai rakyat jelata yang tidak tahu apa apa mengenai rahsia para raja raja terima sahajalah adat istiadat yang diwarisi sampai sekarang termasuk adat yang pelik dirasakan oleh rakyat yang kononnya bijak pandai dalam beragama itu supaya merendahkan diri dan kajilah erti maksud yang tersurat dan yang tersirat di dalam 'istana mahkota raja' atau 'singgahsana takhtanya...( Rujuk istilah TAKHTA di dalam kamus dewan dan carilah artinya dalam bahasa arab- sebagai contoh : Min Tahtihal Anhaar".) Tahtiha : Tahta.Tahta berasal dari bahasa arab juga dengan ejaan aslinya ta' ha' ta yang berertikan di bawah. Di bawah tahta ada sungai di atas tahta ada kerajaan Istana Mahligai Syurga. Naik tahta berarti naik di atas tahta' itu sendiri yakni Istana Mahligai atau Singgahsana sebagai pemerintah rakyat jelata.


Jadi raja raja dan sistem pemerintahan beraja amat hampir dengan sistem pemerintahan islam kerana itulah contoh pemerintahan dari zaman dahulu yang telah diperaktikkan oleh Rasuulullah saw hingga ke zaman para khalifah khalifah yang sebenarnya banyak membawa kemakmuran dan kedamaian di dalam sesebuah negara jika tiada pembelot bermaharajalela. Maka sedikit hari lagi dunia akan mnempuh kembali kepada sistem pemerintahan beraja dengan panggilan sempurnanya khalifah Amiirul Mukminiin meninggalkan sistem demokrasi ciptaan yahudi laknatullah alaihim ajama'iin. Selamat sampai ke Pintu Gerbang Daulah Islam Akhir Zaman. ]]

Sumber: Sangtawal Sakrata.blogspot.com

Sultan Kelantan Darul Naim (Sultan Muhammad ke-V)

SULTAN KELANTAN TUANKU MUHAMMAD FARIS PETRA

Tarikh lahir : 6 Oktober 1969, Kota Bharu, Kelantan

Tengku Mahkota Kelantan : 6 Oktober 1985

Pemangku Raja Kelantan : 24 Mei 2009

Pemasyhuran Sultan (Sultan Kelantan ke-29) : 13 September 2010

Pendidikan:

1974-1975: Tadika Fatimah Convent, Kota Bharu

1976-1981: SR Sultan Ismail 1, Kota Bharu

1983-1989: The Alice Smith School, Kuala Lumpur dan Oakham School, Rutland, England

1989-1991: St Cross College (Pengajian Diplomatik) dan Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS)

Huron University College, London (Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan)

Deutsche Stiftung Internationale Entwickung, Berlin, German .(Hubungan Diplomatik)

European Business School London (European Business Administration)

Hobi:

Membaca, ekspedisi pacuan 4 roda, golf, berkuda, menembak, memanah, badminton, bola sepak dan bowling

Bersikap sederhana, mesra rakyat, cenderung agama dan mendampingi golongan agama

Ketenteraan:

Brigadier Jeneral (kehormat) Komander 506 Askar Wataniah


Awal Makhluk


NUR MUHAMMAD
ASAS DARI AL-QURAN DAN HADITH oleh alkausar
(Penghargaan kepada Sheikh Nuh Ha Mim Keller, Ismail Dhul-Qarnayn dan Prof. Dr. Abdul Hadi Palazzi terhadap sumbangan mereka dalam artikel ini.)

1.

ASAS DARI AL-QURAN

1.1

Rasulullah s.a.w ialah cahaya dari Allah s.w.t., adalah sesuatu yang seseorang yang beriman boleh perkatakan kerana Al-Quran menjelaskannya pada ayat:

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran(Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. (Qur’an 5:15-Terjemahan Ar-Rahman)

Dimana, perkataan Nur pada ayat di atas telah dijelaskan pada beberapa ahli tafsir Al-Quran seperti berikut:

· Jalal al-Din al-Suyuti(Tafsir al-Jalalayn, 139):
"Ia adalah Rasullullah s.a.w"

· Ibn Jarir al-Tabari (Jami‘ al-bayan, 6.161):
" Dengan cahaya, Dia memaksudkan Rasullullah s.a.w, melaluinya Allah s.w.t telah menyinari kebenaran, menampakkan Islam, dan memansuhkan penyembahan berhala; memandangkan baginda adalah suatu cahaya bagi sesiapa yang mencari penjelasan daripada baginda, akan nampak jelas kebenaran tersebut."

· Fakhr al-Razi (al-Tafsir al-kabir, 11:194):
"Terdapat beberapa pendirian berkenaan ayat ini, yang pertama ialah Nur ialah Muhammad, dan kitab yang nyata itu adalah Al-Quran"

· al-Baghawi (Ma‘alam al-Tanzil, 2.228):
" Ia bermaksud Muhammad s.a.w, atau, mengikut pendirian yang lebih lemah, Islam "

· dan Qurtubi (Ahkam al-Qur’an , 6.118) berpendapat seperti di atas

· dan Mawardi (al-Nukat wa al-‘uyun, 2.22) menyebut bahawa tafsiran Nur sebagai "Muhammad"

· bagitu juga pendirian Imam bahasa Arab Ibrahim ibn Muhammad, al-Zajjaj (m. 311H).

· Qadi `Iyad berkata: " Dia (Muhammad s.a.w) dinamakan cahaya kerana ketelusan kedudukan baginda dan kerana kenabiannya telah didzahirkan, dan juga kerana baginda telah menerangi hati-hati mereka yang beriman dan yang mereka yang mengetahui Allah s.w.t. dengan apa yang baginda bawa."

· al-Qariberkata dalam Sharh al-shifa' (1:505, edisi Mecca): " Ia telah dikatakan bahawa Cahaya dan Kitab adalah kedua-duanya dimaksudkan kepada Muhammad s.a.w kerana baginda bukan saja suatu cahaya yang amat sangat dan juga adalah sumber semua cahaya, malah baginda juga adalah sebuah kitab yang mengumpulkan dan yang menjelaskan semua rahsia. Beliau juga mengatakan (1:114, edisi Madina): "Dan apakah sangkalan yang ada untuk menolak kedua-dua perkara terhadap baginda, memandangkan baginda adalah suatu cahaya yang amat sangat, berdasarkan kesempurnaan rupa baginda berbanding semua cahaya yang lain, dan baginda adalah satu kitab yang dzahir memandangkan baginda adalah kumpulan rahsia-rahsia secara keseluruhannya dan baginda mendapat bukti semua undang-undang, semua keadaan dan semua pilihan."

Semua menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w. adalah cahaya dari Allah, mengikut Al-Quran. Ini adalah terjemahan para ahli tafsir yang awal, kerana al-Tabari adalah sheikh bagi para salaf dalam bidang tafsir; tegasnya menunjukkan bahawa Nur sebagai "Islam" ialah satu tafsiran yang datang kemudian.

1.2

Penjelasan terhadap Rasullullah s.a.w sebagai yang pertama dijadikan, antara ulama Islam yang berusaha mengumpul berkenaan keperibadian baginda ialah ulama' hadith (hafiz hadith) Jalal al-Din al-Suyuti dalam dua jilid al-Khasa’is al-kubra, pada bab pertama, hadith pertama beliau telah dilaporkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Tafsir [tafsir Al-Quran] , dan oleh Abu Nu‘aym dalam Dala’il al-nabuwwa , dengan beberapa rantaian perawian daripada Qatada yang melaporkannya daripada Hasan al-Basri, daripada Abu Huraira r.a, berhubung dengan ayat Al-Quran:

(Teruslah bertaqwa kepada Kami) dan (ingatlah) ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi (umumnya): perjanjian setia mereka, dan (khasnya) dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh (bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan kepada mereka); (Qur’an 33:7-Terjemahan Ar-Rahman)

Bahawa Rasullullah s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan." (al-Khasa’is al-kubra, ms. 3).

Perbezaan temporal(masa) adalah relatif dan ini adalah jelas jika dilihat pada hadith berikut:

Sahih Bukhari : Jld. 4, Bk. 55, # 621:

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasullullah s.a.w berkata, "Adam dan Musa bertelagah diantara satu dengan yang lain. " Engkau adalah Adam yang atas kesilapanmu mengeluarkan kamu dari Syurga." Adam berkata kepada nya, "Engkau adalah Musa yang Allah telah pilih sebagai PesuruhNya dan seorang yang Dia berfirman terus; akan tetapi engkau menyalahi aku bagi perkara yang telah tertulis di dalam ketetapan terhadapku sebelum kejadian ku?" Rasullullah s.a.w berkata dua kali, " Maka, Adam menguasai Musa.".

1.3

Penjelasan bagi Ayat 26:217-219:

Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang), Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. (Qur’an 26:217-219 -Terjemahan Ar-Rahman)

Terjemaham secara dzahir ayat ini ialah Tuhan melihat Rasullullah s.a.w berada dalam beberapa pergerakan sembahyang semasa baginda sembahyang berjemaah;

Ibn `Abbas ibn `Abd al-Muttalib r.a. dan beberapa jumlah ulasan selepas beliau melihat ayat ini sebagai merujuk kepada Rasulullah s.a.w 'turun' menerusi keturunan baginda yang semua mereka tekun beribadat dan dari kalangan para ambia'. (lihat Qadi `Iyaddi bawah)

1.4

Firman Allah s.w.t:

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah 24:35-Terjemahan Ar-Rahman)


Suyuti berkata dalam al-Riyad al-aniqa:

" Ibn Jubayr dan Ka`b al-Ahbar berkata: "Apa yang dimaksudkan bagi cahaya yang kedua itu ialah Rasullullah s.a.w kerana baginda adalah PesuruhNya dan Pendedah dan Penyampai dari Allah s.w.t terhadap apa yang menerangi dan terdzahir." Ka`b berkata: " Minyaknya bersinar akan berkilauan kerana Rasullullah s.a.w bersinar akan diketahui kepada orang ramai walaupun jika baginda tidak mengakui bahawa baginda adalah seorang nabi, sama seperti minyak itu bersinar berkilauan walaupun tanpa dinyalakan."

1.5

Firman Allah s.w.t:


Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi. (Surah 33:45-46 -Terjemahan Ar-Rahman)

  • Qadi al-Baydawi berkata dalam tafsir beliau: "Ia adalah matahari kerana firmanNya: Dan Kami jadikan matahari sebagai lampu; atau, ia mungkin bermaksud lampu."
  • Ibn Kathir menyatakan dalam tafsir beliau: "FirmanNya: dan sebagai lampu yang menerangi., ia itu: kedudukan kamu nampak dalam kebenaran yang kamu telah bawa, sama seperti matahari itu menampakkan dalam terbitnya dan sinarannya, yang tidak siapa menolak melainkan ......"
  • Raghib al-Asfahani dalam al-Mufradat (1:147) berkata: " Perkataan (lampu) digunakan untuk semua yang menyinari."
  • al-Zarqani dalam Sharh al-mawahib (3:171) berkata: "Baginda dinamakan lampu kerana daripada satu lampu mengambilnya banyak lampu, dan cahayanya tidak berkurangan langsung."

~~~~~ o O o ~~~~~



2.

ASAS DARI HADITH

Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa 'Nur'nya 'turun' menerusi keturunan beliau dalam 3 hadith berikut:

2.1

Aku telah diutuskan dalam keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam, sejak kejadian mereka.

  • Sahih Bukhari, Jild 4, Buku 56, No. 757

2.2

Aku telah dimasukkan ke dalam tanah pada Adam dan adalah yang dijanjikan kepada ayahanda ku Ibrahim dan khabaran gembira kepada Isa ibn Maryam

  • beberapa rantai dalam Ahmad 4:127-128,
  • Bayhaqi dalam Shu'ab #1385 dan,
  • dalam Dala'il al-nubuwwa 1:83, 2:130 dan
  • Hakim.

2.3

Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapa ku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar.

  • Ibn Abi `Umar al-`Adani meriwayatkan dalam 'Musnad' dan,
  • al-Tilimsani

2.4

Jabir ibn `Abd Allah r.a. berkata kepada Rasullullah s.a.w: "Wahai Rasullullah, biarkan kedua ibubapa ku dikorban untuk mu, khabarkan perkara yang pertama Allah jadikan sebelum semua benda." Baginda berkata: "Wahai Jabir, perkara yang pertama yang Allah jadikan ialah cahaya Rasulmu daripada cahayaNya, dan cahaya itu tetap seperti itu di dalam KekuasaanNya selama KehendakNya, dan tiada apa, pada masa itu, dan ........." (petikan sebahagian).

  • `Abd al-Hayy al-Lucknawi menyebutnya dalam al-Athar al-marfu`a fi al-akhbar al-mawdu`a (ms. 33-34 , edisi Lahore dan berkata: "Keawalan (awwaliyya) cahaya Muhammadan (al-nur al-muhammadi) telah perkukuhkan melalui perawian `Abd al-Razzaq, sebagai tetap mendahului semua kejadian."
  • `Ajluni (Isma`il ibn Muhammad) dalam Kashf al-khafa' (1:265 Maktabat al-Ghazali edisi Beirut) meriwayatkan keseluruhan hadith ini daripada Qastallani iaitu penulisan beliau Mawahib. Mengikut Qastallani dalam al-Mawahib al-laduniyya (1:55) `Abd al-Razzaq (m 211H) meriwayatkannya dalam Musannafnya dan Zarqani dalam Sharh al-mawahib beliau (1:56 Matba`a al-`amira edisi Cairo) menjelaskan tiada kesangsian berhubung dengan kewibawaan `Abd al-Razzaqsebagai perawi. Bukhari mengambil 120 perawian daripada beliau dan Muslim 400 ahadith.
  • `Abd al-Haqq al-Dihlawi menyebut hadith di atas sebagai bukti dalam Madarij al-nubuwwa (dalam bahasa Parsi 2:2 Maktaba al-nuriyya edisi Sakhore) dan mengatakan ia sahih.
  • `Abidin (Ahmad al-Shami), menyebut hadith berkenaan sebagai komentari terhadap puisi Ibn Hajar al-Haytami al-Ni`mat al-kubra `ala al-`alamin.
  • Nabahani menyebut dalam Jawahir al-bihar (3:354).
  • Alusi (al-Sayyid Mahmud) dalam tafsir Al-Qur'an bertajuk Ruh al-ma`ani (17:105 edisi Beirut ) juga menyentuh berkenaan hadith ini yang dikaitkan dengan hadith yang lain, juga lihat al-Qasim #261.)

2.5

Ali ibn al-Husayn daripada bapanya daripada datuknya berkata bahawa Rasullullah s.a.w berkata: "Aku adalah cahaya dihadapan Tuhanku selama empatbelas ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s.

  • Imam Ahmad dalam Fada'il al-sahaba (2:663 #1130),
  • Dhahabi dalam Mizan al-i`tidal (1:235), dan
  • al-Tabari dalam al-Riyad al-nadira (2:164, 3:154).

2.6

Sayuti mencatitkan sembilan hadith yang lain yang menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w adalah yang pertama dijadikan , antara nya dilaporkan oleh Bukhari dalam Tarikh , dan juga oleh Ahmad, Tabarani, Hakim, dan Bayhaqi, bahawa Maysara al-Fajr r.a. berkata, " Aku bertanya, " Ya Rasullullah, bilakah engkau seorang nabi?, dan baginda berkata, "Sementara Adam diantara roh dan jasad."(al-Khasa’is al-kubra, ms. 3-4)

2.7

Sebalik itu pula terdapat satu hadith dalam Tirmidhi yang menyatakan bahawa kesemua para nabi dijadikan daripada Nur dari Allah dan Muhammad s.a.w adalah yang pertama daripada mereka, dengan rantaian yang munasabah, tetapi tidak pula disebut oleh Suyuti. Ini adalah agak menghairankan yang Sayuti boleh tertinggal hadith yang berkenaan memandangkan bahawa beliau adalah seorang hafiz dalam hadith dan kitab beliau al-Khasa’is al-kubra mengkhusus kepada hadith yang sedemikian rupa. Pun bagitu memadailah ulasan di atas dan Al-Quran berkenaan Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah.

~~~~~ o O o ~~~~~

3.

ASAS DARI SAHABAT r.a., TABI'EN DAN TABI'ET TABI'EN
.

3.1

Qadi `Iyad menyatakan, selepas merujuk kepada 3 hadith yang pertama di atas:

"Inilah apa yang dimaksudkan oleh al-`Abbas ibn `Abd al-Muttalib apabila beliau berkata:

.......Sebelum engkau datang ke dunia ini
engkau lah yang tebaik disebalik bayang bayangan dan di dalam diri
semasa mereka menutup diri mereka dengan daun daun
Kemudian engkau turun melalui masa
Semasa engkau dilahirkan, dunia menyinar
dan ufuk dicahayai oleh cahaya mu.
Kami berjalan in dalam sinaran itu
dan dalam cahaya dan laluan petunjuk yang benar "

  • Ali al-Qari dalam 'Sharh al-Shifa'(1:364) mengatakan ia diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Shafi`i dan Tabarani, dan
  • juga disebut olehIbn `Abd al-Barr dalam 'al-Isti`ab' dan,
  • Ibn al-Qayyim dalam 'Huda Nabiyy Allah (s.a.w)'

3.2

Ibn `Abbas berkata, "Ruh Nabi Muhammad s.a.w adalah cahaya dihadapan Allah dua ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s. Bahawa Nur itu memuji Dia dan para malaikat memuji dengan puji-pujian yang Nur itu memuji. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia meletakkan Nur itu ke dalam Adam a.s."

Ibn `Abbas juga menjelaskan taqallubak -- "terjemahan engkau" -- dalam surah (26:218-219) di atas, sebagai " engkau turun melalui diri keturunan engkau."

  • al-Shifa oleh Qadi `Iyad.

3.3

Lain-lain rujukan berhubung dengan tafsiran ayat terutamanya perkataan 'taqallubaka' dan 'sajidin' serta 'Lam azal unqal...' pada hadith ke 3 diatas sila lihat :

  • Suyuti dalam 'Masaalik al-Hunafa' fi waalidayy al-Mustafa ',
  • Fakhr al-Din Razi dalam 'Asrar al-Tanzil'(ms 39-40.),
  • Imam Shahrastani dalam 'al-milal wal-niHal'(ms 64),
  • Imam Abul Hasan al-Mawardi dalam 'A`lam al-nubuwwa' (ms 67-68) dan,
  • Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan'
  • Allama Shabbir Ahmad Uthmani, Tafsir Uthmani, terj. Muhammad Ashfaq Ahmad (Bombay: Taj Publishers, 1992) Jld. 2, ms. 1657.

3.4

Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan' menyentuh penjelasan Ibn `Abbas dan menambah:

"Betapa baik penjelasan Shams al-Din ibn Nasir al-Din al-Dimashqi apabila beliau berkata:

"Ahmad maju sebagai satu cahaya yang besar yang menyinari pada dahi-dahi mereka yang sujud. Baginda silih berganti di dalam mereka abad ke abad sehingga baginda menjelma sebagai terbaik dari para utusan."

3.5

Sebagai satu pendirian bahawa Rasullullah s.a.w adalah bashar atau ‘manusia’, tiada kesangsian disini, kerana ia adalah Al-Quran dan Aqidah. Pun bagitu Al-Quran tidak cuma menjelaskan bahawa baginda adalah cuma seorang manusia, padahal lebih dari itu. Sebagai al-Busayri nukilkan dalam Qasida al-Burda :

Muhammad adalah seorang manusia,
tetapi tidak seperti kemanusiaan
Baginda adalah permata,
sementara manusia adalah batu.

3.6

Walaupun Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah s.w.t, baginda adalah cahaya yang dijadikan. Baginda tidak harus disamakan dengan bagaimana Kristian melihat 'Jesus' atau Hindu dengan Avatar mereka. Mungkin itulah antara sebab Allah mengantikan kepercayaan seperti ini dengan Islam yang tulin kembali.

3.7

Penambahan seperti Nur Allah tidak seharusnya difahamkan sebagai sifat kepada Allah akan tetapi ia adalah satu contoh idafa tashrif seperti Baitullah bagi Kaabah di Mekah. Ia adalah satu sandaran pengiktirafan kemuliaan terhadap sesuatu itu DARI Allah dan bukan TERHADAP Allah. Ini jelas pada ayat 24:35, jikapun diterjemahkan sebagai "Allah, Dia Cahaya langit dan bumi. ......."tidak dapat dipisahkan dengan "Petunjuk Allah kepada nurNya itu;" pada ayat yang sama. Pendirian ini adalah tidak keterlaluan dan tidak pula bertentangan kerana istilah seperti ini juga digunakan pada Al-Quran, yang antara lainnya ialah seperti unta betina kaum Thamud yang dikenali dalam Al-Quran sebagai Naqat Allah. Nur Allah hendaklah diletak pada prespektif yang sebenar seperti juga Baitullah tidak seharusnya dilihat sebagai tempat tinggal Allah ataupun Naqat Allah sebagai unta betina tunggangan Allah, nauzubillah.

Sebaliknya jika ada golongan yang cuba membolak balikkan kedudukan ini, maka pendirian mereka adalah keterlaluan dan jelas dari segi pemahaman, kematangan, tujuan dan motif.

~~~~~ o O o ~~~~~


4

RUMUSAN

4.1

Ketara pada penjelasan di atas, Muhammad sebagai Nur ataupun Nur Muhammad bukanlah suatu perkara asing pada zaman dan di antara kalangan para sahabat, Salaf as-salihin mahupun generasi Khalaf as-sadiqin. Ulama-ulama tafsir dan hadith pada genarasi sahabat, tabien, tabiet-tabien ini telah masak dengan "Awaluddin Makrifatullah' masing-masing walaupun diiktiraf sebagai ulama' dalam bidang-bidang tersendiri.

Sebagai contoh, Al-Bukhari yang bergelar Imam hadith adalah jauh lebih tinggi kemampuannya dari seseorang yang bertaraf hafiz hadith. Sebagai imam hadith termaklum bahawa penguasaan ahadith beliau jauh melebihi 600,000 perawian. Tidakkah menghairan kenapa beliau memasukkan hadith di atas di dalam Sahih beliau yang merujuk kepada apa yang diistilahkan sebagai Nur Muhammad, jika beliau sendiri tidak yakin mahupun menerima insitusi Nur Muhammad? Paling mudah dan selamat, beliau boleh memutuskan untuk tidak memasukkan perawian hadith berkenaan di dalam Kitab sahih beliau walaupun ia sahih dari segi sanad. Justeru, adakah Imam Bukhari was-was terhadap matan hadith berkenaan?

Dari sudut tasawwuf, institusi Muhammad s.a.w itu adalah luas dan jauh lebih luas dari kefahaman umum. Jika tidak, tasawwuf sendiri tidak akan jadi satu bidang pengajian yang formal jika ia bagitu mudah. Bagitu juga institusi Muhammad s.a.w dalam tasawwuf tidak akan dikaji secara mendalam jika telah ada cabang lain dalam Islam yang mampu mengkaji lebih baik dari bidang tasawwuf sendiri. Institusi Muhammad s.a.w perlu dikaji dengan lebih luas, lebih teliti dan lebih jitu kerana ada dalil dari Al-Quran dan hadith mahupun riwayat para sahabat, tabien dan tabiet-tabien yang menunjukkan sedemikian rupa. Ini memerlukan ia dikaji dengan lebih mendalam agar dapat diletakkan asas yang tepat terhadap institusi berkenaan.

Penulisan ini adalah setakat untuk menampakkan bahawa ada asas untuk mengkaji dan perlu dikaji Muhammad sebagai Nur, selain daripada setakat menerima Muhammad sebagai "abu basyar" sahaja. Paling ringkas, orang awam sendiri sedar bahawa institusi diri mereka sendiri mempunyai jasmani dan rohani. Itupun tidak mereka kaji sepenuhnya dan menjadikan ia satu bidang yang formal. Contoh, bidang kedoktoran sahaja adalah cuma sebahagian dari bidang jasmani. Kita tak dapat nak nafikan bahawa institusi pengkajian ini adalah amat luas dan melibatkan beratus ribu pakar diseluruh pelusuk dunia baik muslim mahupun bukan, dan masih ada lagi banyak persoalan yang berlum berjawab berbanding dengan yang telah dapat dijawab. Jawapan inipun seringkali diperbaiki dan diubah, dari masa ke semasa.

Agak menghairankan ada golongan yang boleh mempersoalkan perkara ini tanpa mempunyai asas langsung dalam bidang tasawwuf. Kita tidak nafi kewibawaan mereka dalam bidang mereka. Cuma persoalannya, pernahkah seorang pakar gigi mempersoalkan berkenaan pengajian perbedahan ataupun istilah-istilahnya? Pernahkah pakar jiwa yang mempunyai berbagai-bagai therapy mereka mempersoalkan kenapa rawatan cancer mengunakan perkataan therapy dalam istilah chemotherapy? Jauh sekali seorang jurutera letrik. Inilah yang dikatakan "professional ethic. "Sesungguhnya Islam dan muslim adalah dua perkara yang berbeza.

Semua melaung-laungkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Sebaliknya, tuduhan-tuduhan berhubung dengan Nur dan Hakikat Muhammad berkitar pada isu neo-platonism, pathernism dan sepertinya. Rata-rata rujukan terhadap neo-platonism dan pathernism cuma bersumber kepada seorang muslim lain yang sependapat dengannya dan tidak lebih dari itu.

Antara sumber rujukan terawal berkenaan isu ini ialah kepada Prof. A. E. Affifi (edisi 1938). Adakah ini dalil? Paling dekat setakat yang penulis pernah jumpa adalah rujukan kepada "Encyclopedia of Islam" ed.2; pun bagitu adakah ini dalil, sedangkan edisi pertamanya pernah diharamkan kerana ia mempunyai gambar "Mohammad the Prophet", yang segak dengan pedang dipinggang. Selain dari itu, rujukan demi rujukan rata-rata 'berkiblatkan' L. Massignon, Prof. Reynold A. Nicholson dan anak muridnya A.E. Affifi, M.A. Palacios, Whittaker(The Neo-Platonists), Wensinck (Encyclopedia of Islam) dan sepertinya. Tidakkah ini bertaqlid?

Ada baiknya, sangkalan seperti ini di rujuk terus kepada penulisan Plato atau Aristotal yang authentik lagi asli. Ini lebih tepat walaupun masih tidak dapat diterima sebagai dalil. Sekurang-kurangnya kita yang meraba-raba mencari kebenaran akan tahu kedudukan yang sebenar dan arah sangkalan atau arah rujukan dan arah keugamaan yang di anut oleh sesuatu pihak itu.

Mengapa amat kurang dan kebanyakan masanya tiada rujukan kepada nas dan ahadith, baik terhadapnya mahupun sebaliknya. Pun bagitu, perlu diingatkan bahawa penolakkan satu sanad tidak bermakna sanad yang lain juga mansuh.

Sebaiknya untuk menidakkan kedudukan yang dibentangkan di atas ialah:

1. Menunjukkan kesilapan pada rujukan-rujukan di atas.
2. Menampakkan kelemahan pada rujukan-rujukan di atas.
3. Membuktikan tafsir ayat dan sanad hadith di atas adalah lemah.
4. Memberi tafsir lebih kukuh pada nas-nas yang sama.
5. Memberi nas-nas yang menidakkan pendirian ini dengan tafsirnya sekali
6. Memberi rujukan hadith serta sanad yang lebih kukuh.

Siapa saja yang sayang akan ugama dan dirinya akan akur, begitu juga penulis yang jahil berhubung dengan ugama dan bertaqlid kepada yang lebih arif sebagai rujukan. Seandainya kejahilan penulis di lambakkan dengan rujukan yang lebih jahil dari itu, semestinya penulis akan menjadi lebih sombong untuk menidakkan apa yang dikemukakan. Inilah yang cuba dikikis oleh kesufian dan tasawwuf.

Sesungguhnya nafsu adalah musuh golongan sufi yang paling di hormati.

· Konsep Nur Muhammad / awal makhluk banyak ditegaskan oleh kebanyakkan ulama’ Melayu silam khususnya ulama bertaraf wali seperti Syeikh daud al-Fhatoni, Syeikh Ahmad, Syeikh Ahmad Arsyad al-Banjari, Syeikh Nafis, Syeikh Abdul Samad al-Palembani dan ramai lagi (rujuk karya Hj Wan Mohd. Saghir Abdullah) manakala ulamma’ kontemporari seperti Syeikhul al-Azhar al-Imam al-Akhbar Prof Dr Syeikh Ahmed al-Tayeb dalam bab haqiqat al-Muhammadiah (dalam laman dar_ifta.com) dan Mufti Mesir Prof Dr Syeikh Ali Gomma dalam kitab al-Bayan Lima Yasghilu al-Azhan) dan rujukan dalam al-Quran paling nyata antaranya dalam Surah al-Insan