Hidupkan Jiwa Tasawuf. Kembalikan Jatidiri Sebenar Melayu!


Hidupkan Jiwa Tasawuf. Kembalikan Jatidiri Sebenar Melayu!

Memang ada pihak yang tidak senang dengan amalan Tasawuf yang sejati. Apa hendak dibuat? Fitnah akhir zaman semakin kuat. Golongan kaki rasuah, kaki betina dan segala macam kaki-belit sudah bermaharajalela mengaku sebagai pejuang agama, bangsa dan negara dengan kata-kata manis mereka yang disokong pengajian tinggi agama dan kepandaian membaca doa berjela sebagai penguat hujah tetapi hampa tanpa roh Islam yang syumul.
Masalahnya, tidak ramai yang nampak hakikat sebenar kecuali mereka yang mampu melihat dengan matahati jernih yang mampu menembusi segala tipu-helah... Dan selalunya orang yang mampu menembusi lakonan manusia durjana bertopengkan agama ini adalah orang yang memiliki jiwa Tasawuf. Maka itu ilmu Tasawuf cuba dihapuskan dengan akal rendah supaya helah si buruk berlagak alim dapat diteruskan... Malah pelajaran Tasawuf boleh "diolah-balik" sehingga menjadi tidak lebih daripada ilmu falsafah yang mungkin dapat memantapkan hujah para penganutnya dalam arena perdebatan ilmu tapi membutakan terus matahati.... Sehingga manusia jadi berbangga dengan kepetahan lidah sedangkan hakikat Islam yang melahirkan ketenangan langsung tidak terpancar daripada kata-kata mereka

Hujah kepada yang mengelirukan pandangan Tasawuf


"Betapa ramai yang menentang amalan Tasawuf dan mengingkari aliran Tariqat adalah di sebabkan banyak faktor. Sebenarnya hal ini berkait rapat dengan beberapa usaha jahat untuk melemahkan umat Islam sekaligus memfitnah dan merobek agama samada dari luar mahupun dari dalam. Puncanya terlalu luas dan mungkin dapat di perkatakan sekadar kemampuan yang dapat dimanfaatkan dalam ruangan yang singkat ini.
Punca pokoknya ialah sebagaimana kata Maulana Syeikh: 4 Golongan yang tidak dapat Ilmu atau menjauhi Ilmu: orang yang merasa sudah banyak, Orang yang malu, orang enggan, orang takabur(ego).

Kejahilan dan gagal memahami agama Islam secara komprehensif/ menyeluruh . Ada puak yang melihat sumber hukum Islam itu hanya satu saja iaitu Al Quraan. Lantas mereka menilai hadis semula kerana mereka ragu dengan Al Hadis walaupun hadis itu diterima pakai oleh kesepakatan Ulama sebagai sahih seperti perawi Bukhari dan muslim dllnya. Akhirnya puak ini menerbitkan hukum yang tanpa tafsiaran dari hadis maka ini adalah tertolak sama sekali MUKTAMAD. Golongan ini dikenali sebagai anti hadis. Sembahyang mereka berbeza dengan Umum, puasa dan lain-lain perkara pokok sudah berbeza akibat meninggalkan hadis.
Ada puak pula melihat sumber hukum Islam itu hanya dua saja iaitu Al Quran dan Al Hadis saja lalu menolak Ijma Ulama dan Qias. Mereka ragui kebenaran Ulama terdahulu dan sekarang lantas mereka membuat penilaian semula terhadap Ulama dan pandangan mereka akhirnya lahirlah fahaman :

1. Semua orang boleh berijtihad tanpa perlu apa-apa syarat.
2. Menilai semula Ulama hadis dan akhirnya mereka mudah meletakkan suatu hadis itu bertaraf dhaif atau maudhu bukan berdasarkan disiplin Ilmu Hadis.
3. Cepat menghukum bid’ah,sesat,kafir tanpa melihat pada disiplin agama samada ianya furu atau usuliah.
4. Menolak amalan mazhab-mazhab Islam kerana diharamkan bertaqlid kepada mana- mana mazhab.
5. Menolak amalan amalan tariqat sufi kerana ianya di anggap bid’ah dan sebagainya.


Sebenarnya puak ini adalah aliran fahaman modenisasi yang menganggap amalan umat Islam kebanyakkannya telah di resapi amalan bid’ah.
Contoh fahaman diatas adalah sebahagian dari pandangan mereka. Bagi kita yang kerdil dalam Ilmu Islam pun kadang-kala terikut-ikut dengan fahaman mereka kalau tak menyeluruh pun tapi sebahagiannya telah kita yakini. Dari sudut ini kita ikut mazhab Syafie manakala sudut lain pula kita hentam tariqat? Puak ini juga tertolak kerana fahaman mereka banyak membid’ahkan umat Islam yang sunni.

Sumber hukum Islam ialah 4 iaitu(mengikut turutan)
1. Al Quraan
2. Al Hadis
3. Ijma Ulama
4. Qias

Kalau kita pakai dua saja maka akan berlainanlah pandangan kita samada furu mahupun usul.Contohnya:Kalau kita faham Bid’ah itu ada dua(dhalalah-sesat dan hasanah-kebaikan) maka puak ni kata bid’ah tu satu je iaitu dhalalah(sesat).

Persoalannya Sekiranya amalan tariqat ni sesat bid’ah mengapa Ulama-Ulama terdahulu menghayatinyaseperti Imam Al Ghazali,Imam Al Qusyairi.Imam Junaid,Imam Wahab Syaroni,Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dsbnya.Ulama di nusantara terdahulu yang sampai sekarang kitab mereka menjadi rujukan kita juga tidak terkecuali sebagai orang yang menghayati amalan sufi spr Syeikh Daud Al Fatani.Syeikh Ahmad Zain Al Fatani, Sy Abdus samad Al Falimbani, Tuan Tabal, dll.
Buktinya pergi ke arkib negara check kitab-kitab mereka majority keseluruhannya kitab tasawuf.Kalau nak hukum sesuatu kumpulan tariqat itu sesat pun kenalah teliti dulu bukan ikut sedap kita. Bukan tak ada yang menyeleweng atau mendakwa sufi. sama jugalah dengan mazhab aqidah ada juga yang menyeleweng Cuma yang dikesali dihentam satu seolah-olah hujah mereka mewakili hentam semua mazhab sufi ini yang batilnya!.

Lihat dulu ilmu kita seperti yang disarankan apakah Ilmu kita dah setaraf ke dengan Imam Syafie atau Imam Al Ghazali atau dengan Syeikh Daud Al Fatani ke atau dengan Imam Bahaudin Naqsyabandi ke?Ini kita terus hentam ulama sufi misalnya Imam Mahiyuddin Ibnu Arabi? Baru belajar Universiti Azhar dah boleh pertikai Ulama Dahulu.Tahukah kita ramai Ulama terkemuka dan muktabar membela beliau sewaktu puak-puak dangkal menghentam beliau di antaranya:
1. Imam Majduddin Al Fairuz Abadi.
2. Syeikhul Islam (di negeri Syams) Imam Sirajuddin Al makhzumi.
3. Syeikh Kamaluddin Bin Az Zamlakani (Qadhi Al Qudhah)
4. Al Hafizh Adz Dzahbi.
5. Syeikh Asy Suhrawardi
6. Imam Al Yafi’I
7. Imam Badruddin Ibnu Jamaah
8. Imam An Nawawi.
9. Ibnu Atta’illah Askandari
10. Syeikhul Islam Badruddin Al Makhzumi.

Kemudian tentang keyakinan Nur Muhammad. Ada yang kata ciptaan kaum sufi lah , bid’ah tak ada dalam Islam dan macam-macam lagi kata mereka.Sebenar nya Keyakinan tentang Nur Muhammad ini memang ada di dalam Hadis nabi s.a.w yang mana Abdur razaq telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir Bin Abdullah Al Anshari yang menutur sebagai berikut: “Aku bertanya ; ya Rasulullah beritahu aku tentang apa yang mula pertama di ciptakan Allah swt sebelum segala sesuatu.Baginda menjawab: Hai Jabir, sebelum Allah mencipta segala sesuatu Dia menciptakan nur nabimu dari NurNya..”
Sanad dari Jabir adalah shahih, tiada perubahan apa pun.Dikuatkan lagi dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ali Bin Husain r.a yang berasal dari ayahnya(Imam Ali Bin Abu Thalib) dan dari datuknya(Nabi Muhammad s.a.w.) iaitu :“Dahulu aku adalah nur di sisi Tuhanku”.
Hadis tersebut di sebut oleh Al Hafiz Abul Hassan Ali Bin Muhammad Bin Al Qatthan di dalam Ahkamnya. Ibnu Qatthan termasuk golongan kritikus(naqqad) hadis yang terkenal dengan teknik pembahasannya dan termasuk juga sejumlah Ulama yang sangat teliti dan ketat menjaga riwayat-riwayat Hadis dan penghafalannya.Tak kurang juga Ulama-ulama yang terkenal di nusantara yang membenarkan dan menulis tentang nur Muhammad iaitu:

1. Syeikh Abdullah Arif dalam Bahr Al Lahut.
2. Syeikh Nuruddin Ar Raniri dalam Bad-I Khalqis Samawati wal Ardh
3. Syeikh Daud Al Fatani dalam Muswaddah.
4. Syeikh Nawawi Bentan dalam Bughyan al awam dll.
5. Syeikh Basri Al Manzalawi dalam Fawaid an Nadhirah
6. Sayidi Utsman Bin Abdullah Bin Aqil ibni Yahya dalam Ad Durr al Basim..
7. Sayid Jaafar Bin Ismail al barzanji dalam Nuzhatun Nazhirin
8. Saiyid Yusuf Bin Ismail an Nahbani dalam Al Anwar Al Muhammadiah min Al Mawahib Al Laduniyyah
9. Syeikh Muhammad Bin Ismail Daudi Al Fatani dalam Kaukab ad Durri
10. Syeikh Zainal Abidin Bin Muhammad Al Fatani Dalam Kasyfil Ghaibiah
11. Syeikh Ahmad BinMuhammad Zain Al Fatani dalam Badrit Tamam
12. Syeikh Utsman Bin Syihabuddin Al Funtiani al Banjari dalam Ashal

· Isu ini sila rujuk Fatwa Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat dan Kalam Syeikh al-Azhar Dr Ahmed al-Tayeb

Sebenarnya kita mungkin rasa asing kerana kita tak memahaminya atau kerana kita tak mengaji Ilmu Tasawuf apatah lagi mengamalkannya. Ini biasa terjadi kerana kalau orang yang mengaji fardhu ain dia mesti mengaji sekurang-kurangnya 3 ilmu iaitu Ilmu Tauhid , Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf tetapi bagi kebanyakkan orang sekarang mereka belajar ilmu fardhu ain hanya belajar Tauhid dan Ilmu Feqah saja tetapi mengabaikan ilmu Tasawuf kerana dianggap ilmu tasawuf bukan ilmu fardh ain .Inilah kefahaman yang silap kerana Imam Malik r.a. berkata:“Barangsiapa berfeqah saja tanpa bertasawuf maka ia fasiq dan barangsiapa yang bertasawuf tanpa berfeqah maka ia kafir zindik(penyeleweng), dan barangsiapa yang menghimpunkan antara keduanya maka jadilah ia muslim yang haqiqi”.

Kalau dalam konteks menentukan apa itu ilmu fardhu ‘ain pun tidak selari dengan ulama terdahulu macammana kita nak menentukan sesuatu itu benar atau pun salah?

Ada pulak puak yang terkeliru berhujjah dengan katanya : "Mengapa kita perlu ikut ulama sedangkan ulama tidak ma'sum adalah lebih baik kita ikut Hadis nabi kerana hadis nabi itu sudah jelas(nyata) dan ma'sum dari melakukan kesilapan ?
¨Pandangan ini lagi mengelirukan kita ! Memanglah hadis itu ma'sum dan ulama tidak ma'sum tapi bukan kah setiap hadis nabi itu mesti di huraikan mengikut pandangan ulama? Dan tidakkah Allah Ta'ala menganjurkan supaya bertanya pada mereka yang tahu(ulama) jika kamu tidak tahu ?


Bahkan nabi sendiri bersabda : "Ulama itu adalah pewaris nabi-nabi¨.(Dirawikan oleh Abu Daud,At Tarmidzi dll dr Abid Darda). Tiba-tiba datang satu puak ni tak mahu pakai tafsiran ulama kalau begitu nak suruh kita tafsir hadis tu sendiri-sendiri alamat rosaklah agama. Bila agama di tafsir oleh orang jahil akan rosaklah ummat dan porak poranda lah dunia ni nanti. Sebab itulah ada satu puak tolak mazhab kerana alasan mereka bahawa mazhab itu ciptaan Ulama.Di zaman Rasulullah s.a.w. mana ada mazhab kata mereka.


Memanglah di zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada mazhab bahkan tiada ilmu feqah(yg tersusun macam sekarang), Ilmu Tauhid,Ilmu Tasawuf,Ilmu tajwid,Ilmu Tafsir dan sebagainya kerana di zaman Rasulullah s.a.w. semuanya terangkum sekali. Apabila sahabat ada satu-satu masalah terus boleh tanya Rasulullah s.a.w. dan terus dapat jawapannya tapi sekarang sementalahan Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kita sudah sekian lama bagaimana kita nak mengetahui satu-satu hukum jika kita berdepan dengan berbagai masalah yang serba canggih hari ini bukankah Ulama lah tempat rujuk kita ?

Bolehkah kalau kita jumpa satu-satu ayat Al Qur'an atau Al Hadis maka kita tafsir ikut akal kita sendiri tanpa merujuk (atau mengetahui) pada ilmu-ilmu alatnya seperti Bahasa Arab ,Asbabun Nuzulnya , Ilmu Mustalah Hadis , Usul Tafsir dan sebagainya ? Sudah tentu tidak maka itu sebabnya kita di wajibkan bertaqlid(mengikuti) pada mana-mana pada salah satu mazhab feqah dalam Islam supaya selamat kita dari arus mentafsir Al Quraan dan Sunnah nabi s.a.w. ikut nafsu kita sendiri! Kadang kala situasi akan menjadi pelik jika ada orang berhujjah dengan bertanyakan apa hadis ini hadis shahih ke dhaif ? Al Maklumlah sekarang ni kebanyakkan orang sudah pandai menilai..
Cuma sayangnya bila kita tanya dia balik, berapa ribu hadis yang telah awak tahu dan hafal dalam menilai sesuatu hadis ? Disiplin macamanakah nak untuk mengetahui ketogeri satu-satu hadis itu ? Sudahkah anda pelajari ilmu alatnya ? Kalau semua persoalan tidak dapat di jawab maka kembali lah kepada Ulama - Ulama mazhab dan ulama-ulama muktabar yang berkepercayaan dari dulu dan sekarang. Kerana peranan mereka lah dengan menyusun ayat-ayat Al Qur'an dan Al hadis serta mengkaji sedalam-dalamnya berdasarkan ilmu-ilmu alat dan ilmiah serta sikap yang terlalu berhati-hati timbul lah di depan mata kita dengan mudah (bagi kita yang bertaraf awam) kitab-kitab Ilmu Tauhid, Kitab Ilmu Feqah, Kitab Ilmu Tasawuf Kitab Tafsir dan sebagainya.
Tetapi setengah dari sikap puak baru yang keliru kadangkala sampai dituduh ulama terdahulu tak belajar hadis atau cetek dalam ilmu mustalah hadis kerana banyak mengeluarkan hadis-hadis yang bertaraf dhaif dalam kitab mereka!(peristiwa ini memang benar-benar terjadi).Bila kita ukur dari segi ilmunya atau akhlaknya orang yang bercakap macam itu tadi air kaki Ulama terdahulu pun tak ada jika nak di bandingkan ilmu mereka , wara mereka , adab dan akhlaq serta tawadhu mereka bahkan sikap berhati-hatinya mereka terhadap satu-satu hukum yang nak di keluarkan kerana terlebih takut mereka itu akan Allah Ta'ala. Inilah sikap Ulama terdahulu seperti Imam-imam mazhab,Imam Ghazali r.h .Imam Mahiyuddin Abdul Qadir Al Jilani , kedua-dua Ibnu Hajar,Imam Sayuti, Imam Abu Hassan Asy'ari, Imam Abu Mansur Al Maturidi , Syeikh Daud Al Fatani dan banyak lagi yang se aliran dengan mereka yang tergolong dalam mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Apa yang di takuti ialah kita menjadi puak modenis secara disedari atau pun tidak yang menjadi penilai hadis ikut acuan mentality musuh-musuh Islam sepertimana yang di ulas oleh Wan Muhammad Ali dalam bukunya Islam dan Fitnah Modenisasi Ms 92 (terbitan Pustaka Syuhada cetakan tahun 2000)dengan katanya : "Sebahgian kaum modenis menerima hadis , di samping Quraan untuk menjadi panduan hidup mereka. Tetapi mereka memilih -milih di antara hadis itu : mana yang bercanggah dengan cara hidup mereka atau kecenderungan-kecenderungan mereka, menyelewengkan maksudnya atau mereka pejamkan mata terhadapnya atau mereka tolak saja mentah-mentah sebagai hadis maudhu' ataupun sekurang-kurangnya dhaif.


Di antara hadis-hadis yang paling tidak disukai oleh kaum modenis umumnya ialah hadis-hadis yang menyatakan tentang kecelaan dunia , kecelaan hidup bermewah-mewah , keutamaan hidup miskin dan fakir dan larangan bertasyabuh iaitu menyerupai atau meniru-niru kaum kafir. Mereka menggolongkan hadis-hadis yang mereka tidak sukai itu sebagai maudhu atau sebagai dhaif bukan secara ilmiah dan dasar ikhlas tetapi atas dorongan hawa nafsu saja.

Ada pula kaum modenis yang membuat kajian terhadap hadis dan sunnah , mencuba menayangkan mentality moden mereka yang bersifat agnostic atau ragu-ragu terhadap Allah itu , ke atas para rawi tertentu membuat hadis atau membuat kebohongan , padahal para rawi itu telah di akui oleh para ahli hadis sebagai orang yang bersifat adil dan bertaqwa dan hidup dalam suasana sentiasa takut akan kemurkaan Allah.
Kemudian terdapat pula percubaan di kalangan kaum modenis terutamanuya murid-murid orientalis , untuk menganalisa hadis dengan menggunakan kaedah-kaedah "higher Criticism" seperti yang telah disebutkan tadi. Mereka di pengaruhi antara lainnya oleh orientalis Yahudi Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht dan orientalis Kristian seperti Sir Hamilton A.R. Gibb¡¨.

Golongan Yang Mendakwa Sufi, tasawuf, tariqat adalah menyeleweng iaitu:

- Jahil ilmu agama

- Tidak merujuk manhaj dan disiplin ilmu

- Hasad Dengki / Ego

- Terpengaruh dengan Orientalis

- Aliran fahaman bukan ASWJ

- Agenda dan Kepentingan Peribadi

· Golongan yang bertopengkan atau mendakwa sebagai Sufi, tasawuf atau tariqat:

- Tiada izin

- Putus Sanad

- Mengubah Manhaj Syeikh/ Tidak ikut Manhaj

- Mendakwa Diri

- Agenda Peribadi

- Jahil ilmu

GOLONGAN YANG DIKENALPASTI MEMUSUHI TASAWUF DAN TARIQAT:

- ORIENTALIS, ALIRAN AKIDAH BUKAN ASWJ, ALIRAN FAHAMAN ZAHIRIAH, IBLIS SYAITAN, MUSUH ISLAM.

Kenyataan Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaat maksudnya:

Ketahuliah mereka yang memusuhi sufi dan tasawuf adalah mereka yang Jahil ilmu dan hakikatnya serta ketahuilah bahawa kalbu mereka adalah penuh kegelapan dan Zulumat’.

(petikan dari akhbar Mesir awal Oktober 2010)

· Salahfaham dan kekeliruan dalam bidang tasawuf, tariqat atau sufi ialah suatu ketidakadilan dikenakan dalaam bidang ini iaitu ianya tidak dirujuk kepada ulama dan mereka yang arif dalam bidang ini serta sumber sebenar dalam bidang ini sedangkan dalam bidang lain ianya dirujuk kepada ahli pakar dalam bidang tersebut. Ketahuilah sesuatu bidang mempunyai disiplin dan konsepnya tersendiri dan pakarnya tersendiri atau ulama’ bidang tersebut. Ketahuilah sememangnya ada golongan yang mendakwa sufi, tasawuf atau tariqat atau berselindung bertopeng nama tersebut yang menegatifkan nama dan hakikat sebenat Sufi, tasawuf dan tariqat. Namun perlunya keadilan dalam menilai sesuati perkara mengikut disiplin ilmu tersebut dengan merujuk ahlinya (ulama’) yang arif bidang tersebut dengan rujukan sebenar dan manhaj yang betul. Wallahua’lam.

Sumber: merahsilu

AJARAN SESAT


AJARAN SESAT


MUKADDIMAH:

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT, dengan berkat dan keizinanNya dapat juga kawan menyambung akan rencana di dalam blog ini dengan satu lagi tajuk yang amat dirasakan perlu untuk didedah kan kepada umum terutama kepada semua pembaca blog ini dan seluruh umat Islam di Malaysia amnya berkenaan dengan AJARAN-AJARAN SESAT yang telah banyak membawa keruntuhan kepada keimanan, pegangan, akidah, amalan, akhlak dan hukum syarak yang menjadi peganggan umat Islam semua. Ia juga telah menjadi satu ancaman kepada genarasi muda kita dikebanyakan tempat yang telah terpedaya dengan dakyah dan hasutan halus mereka yang menjadi penaja dan pengamal ajaran-ajaran tersebut. Maka adalah diharapkan agar dengan penulisan rencana ini akan dapat memberi panduan kepada anda semua supaya dapat membezakan dan menilai kedudukan sebenar ajaran-ajaran yang dibawa ketempat anda sama ada ianya berlunaskan kebenaran atau pun kesesatan.

Sebagaimana yang telah umum ketahui bahawa di Malaysia, majoriti umat Islamnya menganut ajaran Islam yang mengikut Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi pegangan Aqidahnya dan Mazhab Imam Shafie dari segi pegangan Fiqhnya. Ini adalah pakaian yang telah bertapak sekian lamanya dari zaman ke zaman sejak dahulu lagi disini dan menjadi gaya hidup kita semua di Malaysia ini. Sebarang usaha untuk mengubah atau merungkai akan pegangan ini akan tidak disenangi dan mendapat tentangan hebat dari semua kerana pegangan aqidah dan fikah ini telah sahih dan terbukti kebenarnya. Sebagai manusia biasa adalah menjadi lumrah dan mudah untuk kita tidak berpaling kepada yang lainnya selain dari pegangan yang telah ada ini, tetapi ada juga segelintir umat Islam disini yang mempunyai fahaman mendalam tentang agama yang membolehkan ia merobah pendekatan mereka kepada jurusan Mazhab yang lain seperti Hambali, Maliki dan Hanafi, terutama mereka yang telah lama tinggal di Asia Tengah dan benua Afrika. Tetapi ini bukanlah diluar dari biasa kerana semua Mazhab yang 3 ini juga masih lagi sah di dalam hukum Syarak dan dibolehkan kita berpegang dengannya di dalam keadaan tertentu.


Cuma ada yang terlebih pandai mengikut rakan-rakan mereka memasuki kumpulan-kumpulan serpihan yang berbaur politik contohnya Syiah, Wahabi dan anti hadis yang telah cuba memasuki Negara ini sedikit masa lalu. Maka Malaysia kini bolehlah dianggap tidak sunyi dengan kemasukan ajaran-ajaran sesat dari luar dan juga yang mencipta sendiri ajaran-ajaran tarikat sesat meraka yang cuba disebarkan ke dalam masyarakat umum.


AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Sebenarnya tiada dapat dipastikan bilakah Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) ini mula bertapak dan diwartakan didalam dunia Islam. Begitu juga dengan tokoh yang mempelopori akan Mazhab ini. Tiada rekod didalam dunia Islam yang mencatat akan pekara ini, hanya bolehlah disusuri akan kejadian selepas perpecahan umat Islam sesudah pemerintahan Sahabat - sahabat Rasullah saw iaitu dipanggil juga dengan nama zaman pemerintahan Khalifah Ar-Rasyidin. Selepas Khalifah Sayyidina Usman Bin Affan dibunuh dan kemudian tugas Khalifah di ambil pula oleh Sayyidina Ali KarramAllah-u Wajhah, maka telah berlaku fitnah demi fitnah hingga memaksa berlakunya peperangan saudara dikenali dengan Perang Jamal diantara pengikut Sayyidina Ali kaw dan Saidatina Aisyah ra di Madinah. Ini telah juga meragut nyawa ramai rakan-rakan seperjuangan Sayyidina Ali dan Rasullah SAW sendiri. Lanjutan dari peperangan saudara ini telah membawa kepada umat Islam berpecah kepada 3 golongan yang besar hingga kehari ini iaitu Golongan Syiah, Golongan Khawarij dan Golongan Sunni iaitu Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Golongan Syiah yang bermotifkan politik mengambil pendekatan ‘extreme’ sebagai puak yang menyokong Sayyidina Ali dan menentang 3 lagi Khilafah Ar-Rasyidin termasuk Saidatina Aisyah ra sendiri, malahan mereka menganggap hanya Sayyidina Ali sahaja yang layak menggantikan Rasulullah SAW. Sedangkan mereka mengeji, menghina, menyumpah-nyumpah akan 3 orang Khalifah Ar-Rasyidin yang lain termasuk Saidatina Aisyah ra sendiri hingga kehari ini.

Golongan Khawarij pula adalah mazhab yang mengambil keputusan berkecuali dari menyokong Sayyidina Ali atau pun Muawiyah anak kepada Abu Sufian. Mereka telah mengisytiharkan keluar dari semua kemelut pertelagahan berkenaan dengan isu Khalifah ini dan telah mengasingkan diri mereka hingga ke hari ini.

Manakala bagi pihak yang masih berpegang kuat akan kesemua ajaran Al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW serta mengikut dan menyokong kesemua Khalifah Ar-Rasyidin dan Keluarga Rasulullah SAW, inilah dia yang mendapat jolokan dengan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) atau ahli Sunni, kerana mereka ini memegang teguh Sunnah dan ijmak semua jemaah para Ulama-ulama berkaitan dengan isu Khalifah dan semua hukum hakam yang ditetepkan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya yang masih utuh dipegang hingga kehari ini, malahan pengikut Mazhab ASWJ inilah yang paling ramai sekali di dunia sekarang ini. Mengikut kesepakatan seluruh para Ulama-ulama mentafsirkan bahawa ASWJ adalah mazhab yang dibawa oleh Rasullah SAW dan juga para Sahabat-sahabat Baginda. Ia telah mengambil dari sumber yang asli iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri dan mengambil hujah-hujah dari para Sahabat-sahabat Baginda sebagai Hadis-hadis yang benar dari Baginda Rasulullah SAW. Jadi apa juga bab dalam isu agama ini telah diberi kata putus bahawa hanya ASWJ sajalah yang memegangnya dengan betul dan kuat. Di Malaysia pekara ini telah lazim malah telah juga menjadi pegangan gaya hidup umat Islam tempatan dari dahulu hingga kehari ini. Jadi kita tidak perlulah risau dan ragu lagi akan kebenaran dan kesahihan pegangan aqidah ASWJ yang kita anuti sekarang ini malahan seharusnya bersyukur kehadrat Ilahi kerana dilahirkan di dalam mazhab ini.


Oleh kerana itu dapatlah kita fahami bahawa ASWJ merupakan keyakinan dan iltizam pegangan kepada Al-Qur’an dan Sunnah sebagai rujukan utama umat Islam golongan ini. Selain itu juga mereka memandang tinggi dan menghormati kepada seluruh genarasi Sahabat, Tabe'in dan semua tokoh-tokoh ulamak hadis kerana daripada merekalah semua sumber-sumber agama dapat dipelajari dengan jelas dan diyakini. Semua ulamak diseluruh dunia telah bersepakat bahawa golongan ASWJ lah satu-satunya golongan yang terselamat dari perpecahan dan kemasukan pendapat peribadi yang menurut Nafsu sendiri di dalam banyak bab dan hukum hakam ajaran Islam itu sendiri. Malahan Rasulullah SAW pernah mengambarkan pekara ini di dalam sebuah Hadis sahih Baginda yang telah diriwayatkan oleh Anas Bin Malik ra, yang maksudnya:


"Bani Israel berpecah kepada 71 golongan, 70 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan yang terselamat, kaum Nasrani pula berpecah kepada 72 golongan, 71 golongan hancur binasa dan hanya satu golongan sahaja terselamat, manakala umat ku akan berpecah kepada 73 golongan, 72 golongan hancur binasa dan yang tinggal hanya satu golongan yang terselamat." Para Sahabat bertanya, "Siapakah golongan yang terselamat itu ya Rasullah?" Baginda menjawab, "Al Jamaah... Al Jamaah (Ahli Sunnah Wal Jamaah)."


Keterangan hadis: daripada Hadis sahih ini maka jelaslah kepada kita bahawa Rasulullah SAW telah pun dapat melihat perpecahan kepada umat Islam diakhir zaman akan berlaku. Baginda sendiri telah menetapkan hanya golongan ASWJ sahaja yang akan terselamat dari semua fitnah perpecahan umat ini dan menyarankan untuk kita sentiasa duduk tetap di dalam Jamaah ini dan jangan berpecah belah. Terdapat 72 golongan serpihan umat yang telah memisahkan diri mereka dari kelompok unggul ASWJ ini, antaranya Syiah, Khawarij, Muktazillah, Najariyah, Jahmiyah, Wahabi, Khadariah, Rawafiq, Rafidah dan lain-lain lagi. Mereka inilah yang tergolong kepada kelompok 72 golongan yang disebut-sebut Rasulullah SAW sebagai mereka yang telah binasa akal, fikiran, akhlak dan aqidah mereka dari jalan kebenaran. Manakala ASWJ akan mempertahankan kesucian agama Islam peninggalan Rasulullah SAW sehingga ketetapan Allah SWT di hari kiamat nanti.


Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Qur’an, Surah Al-An’am, ayat 159 yang mafhumnya:


"Sesungguhnya orang-orang yang berpecah belah di dalam agamanya dan mereka bergolongan- golongan, bukanlah engkau dari golongan mereka sedikit jua pun. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah, kemudian Allah mengkhabarkan kepada mereka tentang apa yang mereka perbuat.”


Keterangan ayat: Telah diberitahu kepada Nabi dan para sahabat-sahabatnya bahawa perpecahan umat Islam selepas peninggalan Baginda dan para sahabat Baginda pasti akan berlaku. Tiada seorang pun dari mereka yang mampu menahannya kerana itu telah ditetapkan oleh Allah sebagai satu ujian kepada ummat selepas Baginda dan para sahabat-sahabat baginda itu. Perpecahan yang mengikut perasaan marah dan hawa nafsu juga sifat perkauman berpuak-puak kaum Arab yang masih belum bertamadun menjadi punca yang jelas akan perpecahan ini merebak-rebak hingga mereka semua menjadi sesat semula. Dari berpuak-puak itu mengikut ketua masing-masing dan mereka kemudiannya mencipta pekara-pekara bidaah yang semakin jauh menyempang dari ajaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat-sahabat Baginda. Maka Allah akan menjelaskan kepada mereka semua diakhirat kelak akan segala perbuatan melampau mereka itu semua adalah sesat lagi menyesatkan umat Islam dan akan membalas semuanya itu dengan api Neraka Jahanam kerana mereka sebenarnya telah mengikut hasutan Iblis dan Syaitan. Jadi penyesalan yang teramat sangatlah mereka akan perbuatan mereka itu tetapi semuanya telah terlambat dan semua penyesalan dikala itu tidak akan mengubah akan hukuman yang telah disediakan kepada mereka itu. Jadi janganlah kita cuba mengubah atau menokok tambah kepada apa yang telah Rasulullah SAW buat atas agama Allah ini. Ia akan kekal begitu sama ada anda suka atau pun tidak, bukanlah hak kita untuk mengubahnya mengikut selera kita. Ia akan menjadi pekara bidaah dan sesat jika kita ingkar.



IJMA' PARA ULAMA TENTANG AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


Marilah kita lihat ijma’ dan kesepakatan para Ulamak-ulamak tersohor akan penetapan dan kebenaran pegangan mazhab ASWJ dari semenjak dahulu lagi iaitu:


1)
Dari Imam Ahmad Bin Hambal ra (wafat tahun 241H) yang katanya berkenaan ahli Sunnah itu adalah "Mereka ini berpengang dengan mazhab ahli Ilmu, mazhab Al-Athar dan ahli Sunnah yang berpegang teguh Sunnah Rasulullah SAW. Mereka amat dikenali akan jejaknya dan menjadi ikutan semua umat dari semenjak zaman para Sahabat Nabi dahulu lagi hinggalah kehari ini.”

2)
Dari Syeikh Abu Ubai Al-Qasim Bin Salam (wafat tahun 224H) katanya di dalam mukadimah kitabnya bahawa "Pegangan yang wajib diikuti dan ditaati di dalam mempelajari secara mendalam akan Ilmu Aqidah ialah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah".

4)
Dari Imam Bukhari (wafat tahun 256H) berpendapat bahawa, "Al-Jamaah itu merujuk kepada ahli-ahli Ilmu, ahli Fikah dan ahli Hadis dari kalangan Imam Mutjahiddin, kerana Allah swt menjadikan mereka sebagai hujah kepada manusia dan menjadi rujukan dalam urusan Agama anda.”


5)
Dari Imam At-Tarmizi (wafat tahun 279H) beliau berpendapat bahawa "Ahli Al-Jamaah itu adalah para ilmuan tafsir, ahil Fikah dan ahli Hadis.”


6)
Dari Syeikh Ibnu Hazam (wafat tahun 548H) berpendapat bahawa "Ahli Sunnah merupakan juga ahli Haq yang terdiri dari para sahabat dan semua orang yang mengikuti jalan mereka dan jalan para tabi’en, ahli Hadis dan ilmuan Fikah dari satu genarasi hingga kesatu genarasi hingga kehari ini.”.


8)
Dari Syeikh Al-Safariani (wafat tahun 118H) berpendapat bahawa "Ahli Sunni adalah Al-Islam dan ahli Tauhid yang berpegang kepada Sunnah dengan kuat didalam bidang aqidah dan nihal. Ahli ibadah zahir dan batin dan tidak dicemari dengan bidaah ahli Al-Ahwak dan ahli Al-Kalam didalam bidang ilmu aqidah.”


10)
Syeikh Al-Safariani juga berpendapat bahawa "Ahli sunaah itu terbahagi kepada 3 golongan iaitu golongan Athariyah (salaf) yang dipimpin oleh Imam Ahmad Bin Hambal, golongan Al-Asyariyah yang dipimpin oleh Imam Abu Hassan Al-Asyari dan golongan Al-Maturidiyah yang dipimpin oleh Imam Abu Mansur Al-Muturidi.”


11)
Syeikh Abdullah Bin Mas'ud berkata "Al-Jamaah ialah apa juga pekara yang menepati ketaatan kepada Allah walau pun kamu seorang diri."

12)
Dari Imam Mustafa Al-Syakinh menyatakan bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah pada asalnya ditujukan kepada golongan Al-Asyariah pimpinan Imam Abu Hassan Al-Asyari dan mereka-mereka yang bersamanya. Kemudian ia meluas menjadi sebuah kumpulan yang semakin diterima umum dan seterusnya menyaksikan penyatuan Ulama-ulama besar Fikah termasuklah pengasas kepada 4 Mazhab unggul Islam iaitu Imam Maliki, Imam Syafie, Imam Ahmad Bin Hambal dan Imam Abu Hanifah serta yang lainnya juga seperti Imam Al-Auzaie.


Pada awal kurun ke-3 Hijrah, ahli-ahli perawi Hadis telah mengalami satu revolusi dengan memartabatkan semua Ilmu Kalam dengan pengkajian yang mantap dan seterusnya menguasi seluruh Ilmu Hadis yang ditulis menjadi naskah-naskah kitab khusus tentang bab ini yang mewakili aliran mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dari sini mengujudkan satu kelompok aliran ahli-ahli hadis yang kemudiannya membesar menjadi golongan ASWJ yang bertentangan dengan fahaman-fahaman baru seperti golongan Jahmiyah, golongan Muktazilah dan golongan Khawarij yang menyimpang semakin jauh dibangunkan dengan Nafsu amarah dan berbaur perkauman dan berpuak-puak. Hanya tinggal ASWJ sahaja yang mempertahankan pandangan asli dan mengambil langkah selamat dengan memberi penjelasan demi penjelasan dengan rangkuman Hadis dan Al-Qur’an sebagai sumber sahih mereka sehingga kehari ini. Oleh kerana itu bolehlah diberikan pengertian bahawa ASWJ itu adalah:


1)
Satu golongan yang menjadi tumpuan semua umat Islam dan merupakan golongan yang paling ramai dan lebih diterima berbanding dengan golongan-golongan serpihan yang lain.

2)
Golongan yang terselamat kerana majoriti mereka yang terhimpun di dalam golongan ASWJ ini adalah mereka yang mentaati perintah dan mempunyai jalan yang lurus dengan pegangan kepada Hadis dan Al-Qur’an sebagai panduannya juga gaya hidupnya.

3)
Golongan ini juga adalah himpunan Ulama-ulama ahli Hadis, ahli Fikah, ahli Ilmu dan ahli Tauhid, menjadikan golongan yang menghimpunkan kesemua ilmuawan Mutjahidin yang menjadikan mereka sebagai hujah dan rujukan semua Umat Islam yang juga berfungsi sebagai pengajar dari urusan agama keseluruhannya.

4)
Golongan yang dirangkumkan di dalamnya juga termasuk para Sahabat-sahabat Rasulullah SAW sendiri yang tidak pernah terhimpun dengan mereka-mereka yang bidaah dan sesat aqidah dan akhlak. Merekalah peneguh kepada semua sendi-sendi agama dan penutup kepada ruang kosong yang tidak boleh lagi diisi dengan pekara-pekara bidaah dan pemikiran sesat baik dari apa juga jurusan mahupun apa juga bab di dalam aqidah, syarak, akhlak, pergorbanan diri dan pengorbanan harta.

5)
Golongan yang menyanjung tinggi syarak dan pengikut perintah dengan taat yang menggunakan kesepakatan Ijmak para Ulama bagi nenetapkan sesuatu hukum syarak dan juga menetapkan undang-undang Islam amnya.

6)
Golongan yang melantik pemimpinnya dari kalangan mereka sendiri kemudian mereka semua taat akannya sebagai penaraju golongan ini. Selalunya mereka akan menetapkan ahli-ahli musyawarah dari kalangan mereka juga bagi memperkuatkan pentadbiran itu. Pemimpin itu mestilah mempunyai sifat-sifat yang layak baginya untuk memimpin, berakhlak mulia dan sentiasa berpandukan Al-Qur’an dan Hadis sesuai dengan amanah dari kehendak masyarakat yang dipimpinnya itu. Ia seperti mengangkat sumpah atau Bai'ah yang tidak boleh dilanggar atau dimungkiri kerana sebarang percubaan pelanggaran sumpah dan janji tadi akan mengikabatkan ia dengan sendirinya terkeluar dan dianggap sesat.

7)
Golongan ahli Tauhid yang mendokong akan mazhab ini juga yang dijamin oleh Nabi dan Sahabat-sahabatnya sebagai golongan Ahlillah. Mereka menitik beratkan kesinambungan keilmuan yang diwarisi itu mestilah mempunyai wasilah dari pada tangan Baginda Rasulullah SAW diturunkan kepada Sahabat-sahabatnya itu, kemudian disambung dari tangan ke tangan hinggalah menyampai kepadanya sendiri. Maka tiadalah terputus sanad ilmunya dari tangan Rasulullah SAW. Mereka memegang iktikad yang sahih mengenai sifat-sifat Allah, Afaal Allah dan Zat Allah dengan terang dan jelas.

8)
Golongan yang memiliki kemahiran ilmu yang mendalam dalam bidang riwayat Hadis Nabi. Mengenal dan boleh menapis semua bentuk hadis daripada kepalsuan dan rekaan. Mereka juga mempunyai bidang ilmu tafsir dan takwil akan sesuatu pekara dan persoalan yang hadir. Selain itu juga mereka juga mendalami bidang ilmu nahu, sastera dan bahasa yang sangat mendalam.

9)
Semua daripada ilmuan dari golongan ini tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan hawa nafsu yang akan mengakibatkan kesesatan kepada ummah keseluruhannya. Mereka juga akan menghindarkan diri dari apa juga kaum atau golongan yang cuba memesongkan sebarang unsur-unsur agama dengan pemikiran mereka yang cetek dan sesat.

10)
Golongan yang sentiasa bersedia untuk memerangi sebarang unsur kufur dan sesat yang mengancam nagaranya dan umatnya. Mereka akan snggup berjuang dengan darah dan harta benda mereka mempertahankan hak dan kebenaran walau dengan apa cara pun. Mereka sanggup memerangi orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam dimana jua mereka berada dan melindungi keluarga dan tanah air mereka. Tidak berlaku zalim dengan kanak-kanak dan wanita.

11)
Golongan ahli Tauhid, zuhud dan sufi dikalangan mereka mempunyai pandangan basrah yang sangat tajam lagi halus. Mereka sentiasa musahabah diri mereka, mendalami sifat diri mereka, mengenal diri mereka, menjejaki perjalanan, pengalaman dan kehalusan kerohanian mereka dengan teliti serta sentiasa redha dengan takdir Ilahi. Mereka menghurai ilmu-ilmu dadalam bab ini dengan Hadis dan riwayat para Ahlillah dan sentiasa mengambil iktibar akannya supaya mereka juga akan seumpama dan sesempurna itu. Kebanyakan mereka-mereka yang telah melapasi batas kebiasaan umum menjadi pilihan Allah dan Rasulullah adalah di dalam wilayah ini. Hanya dengan cara ini saja jalan yang diredhai dan menepati kehendak dan ajaran Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya yang mampu menyampai kehadrat Allah swt. Selain dari ini semuanya sesat mengikut Iblis dan syaitan.

Oleh itu dari semua hujah-hujah diatas ketahuilah kita bahawa ASWJ sajalah yang diiktiraf dan golongan terselamat seperti yang telah dinyatakan didalam ayat 159 Surah Al- An'nam dan Hadis, kerana bersumbarkan kepada ajaran yang asli dari tangan Rasulullah dan Sahabat-sahabatnya yang juga menurut sumber yang sama. Ia bebas dari unsur-unsur sesat di dalam aqidah, akhlak, syarak, pengorbanan diri dan pengorbanan harta. Garis panduannya yang amat jelas serta berunsurkan kebenaran juga, jadi umat Islam di Malaysia ini yang sememangnya telah lama hidup dengan ajaran mazhab ASWJ ini tidak perlu bimbang. Anda semua perlu tahu apa sebenarnya yang dikatakan ASWJ. Mungkin selama ini anda hanya beramal dengannya tetapi tidak mengatahui apa yang dikatakan dan dimaksudkan dengannya. Dengan pendedahan ini diharap segala kekusutan itu dapat terungkai. Ini adalah kerana tiada sesiapa yang mahu kehadapan untuk menerangkannya dengan jelas kepada halayak.


TAFSIRAN AJARAN SESAT

Dari segi istilah, ajaran bermaksud mengajar, memberi petunjuk, memberi nasihat, mendedahkan keilmuan kepada sebilangan orang awam atau kanak-kanak dan lain-lain lagi. Manakala sesat jika mengikut maksudnya dari segi bahasa ialah kehilangan punca, tidak jumpa jalan pulang, bersempang jauh dari jalan asal, terpesong, terkeluar dan banyak lagi jika dilihat dalam kamus. Oleh itu ajaran sesat jika ditafsirkan kedalam bahasa Melayu membawa maksud ilmu yang diajar kepada pengikut atau anak muridnya yang didapati terpesong dari kebenaran. Jika kita rujuk kepada JAKIM, ajaran sesat mereka tafsirkan sebagai "Sebarang bentuk ajaran dan amalan yang dibawa oleh penganut agama Islam atau pun bukan penganut agama Islam, yang mendakwa ajaran mereka itu berpunca dari ajaran Islam kemudiannya didapati pada hakikatnya ia terpesong dan bertentangan dengan akidah ajaran Islam, Al-Qur’an, Sunnah Nabi serta Mazhab Islam yang Muktabar iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.” Maka mengikut takrif ini ajaran tersebut adalah Ajaran Sesat.

Masyarakat di Malaysia selalu tersalah anggap antara ajaran sesat dengan Tarikat atau Tasawuf. Mereka selalu ingat, apabila orang mengajar jalan hakikat songsang pun adalah orang Tarikat, hasilnya semua yang mereka nampak adalah sesat belaka jika disebut Tarikat. Mereka sebenarnya terkeliru dan tidak faham malahan jauh sangat terpesong dan tersalah anggapan meletakkan Ajaran Murni Tarikat (Tasawuf) bukan ditempat yang sebenar. Ini kerana fitnah yang dilakukan oleh pengamal-pengamal ajaran sesat yang telah tertangkap mengaku membawa tarikat tertentu, walhal tarikat yang mereka sebarkan itu adalah tarikat ciptaan mereka sendiri sedangkan mereka bukanlah arif dalam bidang Ilmu Falsafah Islam dan juga sangat cetek pengajian tentang Ilmu Tauhid.

Majoriti imam-imamnya tidak mempunyai pengajian khusus dari semua sudut Ilmu dan amal dalam bab Tauhid dan Tasawuf. Jadi bagaimana mereka boleh mengajar orang ramai dengan berbekalkan ilmu yang sedikit dan akhirnya mengeluarkan doktrin dan falsafah mengikut akal dan nafsu mereka sendiri? Malahan ada sesetengah dari mereka yang mendakwa mendapat ilmu dari mimpi atau "ilham Laduni" sedangkan mereka bukan duduk didalam wilayah laduni pun. Mereka tidak faham dan cetek dalam banyak pekara dan jauh dari hidayah Allah. Mereka tersesat dek waham ciptaan Iblis dan duduk di dalam hayal selamanya. Yang menjadi mangsa ialah Tarikat, Tasawuf, Tauhid, WaliAllah, Nabi Allah, Rasulullah dan Agama Islam sendiri telah disalah tafsir oleh sebilangan manusia di Malaysia ini. Percaya tak anda jika mereka ini di upah oleh 'THH' untuk meruntuhkan akidah Islam disini? Mereka telah di "mind control" kan oleh golongan tertentu yang memusuhi Islam dan menyelusup masuk kedalam masyarakat secara senyap menghancurkan aqidah dan peganggan ASWJ yang telah bertapak begitu teguh selama ini disini. Lihatlah siapa disebalik Wahabi, Syiah, Al-Arqam dan lain-lain lagi itu?

Daripada tafsiran dan definisi yang telah diberikan diatas maka bolehlah kita fahami bahawa segala bentuk ajaran dari apa juga sudut aqidah, syarak, akhlak, amalan, tasawuf, tauhid, tarikat, sufi, syariat dan membuat hadis-hadis palsu atau menolak seluruh hadis-hadis, menafsir ayat-ayat Al-Qur’an dengan tidak mempelajari ilmu tafsir dan nahu atau pun menghina, mencerca, menyumpah sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan semua keluarga mereka juga isteri Rasulullah sendiri juga turut disumpah seranah, mengaku menjadi "Rasul", mengaku menjadi wakil Allah, mengaku bercakap dengan Rasulullah, mengaku mendapat perintah dari Allah, mengaku menjadi pengganti Allah dan lain-lain lagi. Inilah yang dikatakan AJARAN SESAT.


AJARAN-AJARAN SESAT

AJARAN-AJARAN SESAT DARI KATEGORI AJARAN TARIKAT (TORIQAH/TAREKAT/SUFISM)

Jika kita tinjau, sejak dari dahulu lagi memang telah banyak ajaran-ajaran Tarikat dan Sufism dalam agama Islam yang berkembang diseluruh pelusuk dunia. Ini adalah kerana kecenderungan umat Islam yang ingin mendalami dan mendekatkan diri mereka kepada Tuhan dengan secara tersusun, sempurna, terperinci dan suci. Mereka selalu mendengar atau membaca akan cerita-cerita kehebatan ahli-ahli Sufi dan ahli-ahli abadi didalam agama Islam serta perjuangan hidup mereka melawan segala bentuk nafsu duniawi, uzlah, riadah serta kerja mujahadah kerana Allah dengan Ikhlas dan sabar yang istiqamah serta abadi.Lantas degan berkah keikhlasan itu mereka telah diangkat ke darjat yang tinggi disisi Allah yang digelar WaliAllah.

Maka perjuangan mujahadah diri mereka inilah yang dijadikan contoh teladan bagi murid-murid terkemudiannya pula untuk dipelajari dan diterapkan dalam kehidupan harian mereka pula. Kebanyakannya adalah intisari perjuangan dan kehidupan para-para Sahabat Rasullah saw. Ia juga dipanggil dengan nama Kurun Khalaf. Kemudiannya terbentuklah apa yang dinamakan Tarikat (jalan) atau Sufi

Diantara nama-nama ajaran Tarikat yang tersohor dan ternama sekali semenjak dari zaman sahabat kepada para sahabat-sahabat ialah:

1) Tarikat Naqsyabandiah.
2) Tarikat Syazaliah.
3) Tarikat Ahmadiah.
4) Tarikat Qadiriah.
5) Tarikat Samaniah.

6) Tarikat Dusuqiyyah

Dll.

Sebenarnya apa yang mereka pelajari didalam ajaran Tarikat adalah ilmu-ilmu yang merangkumi dan bersangkutan dengan Ilmu-ilmu keSufian, Usuluddin, Ilmu Tauhid, Falsafah dan pendekatan yang mereka lakukan adalah menerusi rangkaian ilmu-ilmu Tasawuf yang telah disusun dengan rapi oleh pengamal-pengamal terawal iaitu para Sahabat-sahabat Rasullah saw sendiri, kemudian susunan itu dihalusi pula oleh Syeikh atau Imam atau Tuan-tuan guru yang dilantik menjadi peneraju dan pewaris kepada warisan Ilmu dan amal daripada satu tangan ke satu tangan, dari satu genarasi kepada genarasi hingga kehari ini. Mereka inilah yang digelar dengan panggilan "Warasatul Anbiya’ Wal Mursaliin" atau pewaris daripada para Anbia yang benar (Sahabat Nabi, Sahabat kepada Sahabat Nabi dan seterusnya) kerana perjalanan serta mujahadah yang telah mereka lalui dahulu itu ternyata benar dan menepati kehendak Allah swt dan Rasullah saw.

Maka orang-orang yang selepas mereka itu pula telah menyambung akan cara yang sama dengan menurut apa juga yang telah mereka terdahulu itu lakukan dengan yakin, tekun dan sabar sehingga menjadi seakan-akan seperti mereka itu rohani dan jasmani.Memperkatakannya memang mudah, tetapi sebenarnya jalan yang mereka-mereka itu tempuh bukanlah jalan semudah yang di sangka kerana akhir kepada perjalanan itu bukan manusia yang menentukannya, tetapi Allah swt sendiri yang menjadi penerima, pembuka, penentu dan yang paling berhak menghakimi penilaian akan ketulusan serta keikhlasan hati budi anda. Inilah peringkat terakhir dari setiap jalan Tarikat baik apa juga namanya Tarikat tersebut. Itulah sebabnya kenapa diperingkat permulaan lagi kena tahu asal usul ajaran Tarikat yang dipegang.

Ia mestilah mempunyai hubungkaitnya dengan Rasullah saw kemudian kepada Sahabat-sahabatnya, kemudian sahabat kepada Sahabat-sahabat Baginda dan seterusnya kepada waris-waris yang sah dari tangan ke tangan hinggalah kepada kamu dimasa ini, yang juga dinamakan Wasilah atau silsilah (salasilah). Semua Tarikat yang ungul itu tidak putus sanadnya sehingga sekarang, cuma yang menjadi masalah apabila "tuan guru" itu tidak punya catitan secara terperinci akan setiap pewaris-pewaris keilmuan tersebut. Disini anda harus melihat dengan terpeinci akan ajaran tuan guru itu. Jika benar, ia tidak akan berbuat pekara yang berlawanan dengan peraturan dan hukum agama dan berpegang dengan ajaran ASWJ.

Jadi anda juga harus punya asas yang cukup sebelum terjun kedalam ajaran Tarikat itu terutama bab Akidah dan Usuluddin atau setidak-tidaknya mempunyai sedikit pengetahuan berkenaan pekara-pekara ini supaya anda dapat menilai ilmu yang anda pelajari kelak. Diperingkat permulaan semua Tarikat, anda lah penentunya, sebab andalah yang hendak melakukan perjalanan itu, bukan orang lain. Keyakinan harus anda bina dimasa itu. Untuk meyakinkan diri anda, mestilah dengan Ilmu yang anda ada dan nasihat dari orang-orang terdahulu yang telah tahu akan perjalanan itu. Kemudian anda harus rajin membaca kitab-kitab yang ada seterusnya membuat banyak sunat-sunat terutama puasa dan solat sunat Istikrah serta solat sunat Hajat, memohon petunjuk dari Allah swt sendiri Sampai anda benar-benar yakin dengan apa yang anda buat.

Kamu jangan bimbang kerana Allah akan memberi petunjukNya jika kamu benar-benar ikhlas, cuma faktor lambat dan cepat saja. Jika tak diberi apa-apa petunjuk juga bererti kamu tidak sesuai berada disitu atau ajaran itu adalah ajaran yang tidak benar. Inilah asas pertama bagi setiap murid yang ingin menuju kedalam perjalanan alam Tarikat. Jangan ikut cakap orang saja atau ikut membuta tuli tampa membuat apa-apa rujukan dan membina keyakinan pada diri anda sendiri. Ingin akan pekara-pekara asas ini selalu walau dimana anda ingin masuk belajar atau ‘memondok’.

Yang menjadi masalah utama ialah ujudnya ‘tarikat sesat’ yang menggunakan nama-nama Tarikat unggul yang asli. Penganjur, penaja dan ‘tok-tok guru’ mereka juga bukan kepalang propagandanya yang berjaya menarik ramai ahli-ahli baru yang terdiri dari orang-orang terpelajar, golongan muda-mudi, orang-orang penting dalam Kerajaan, Mahasiswa Universiti, Cendiakawan, guru-guru sekolah agama, tok ketua kampung, tok empat, golongan professional, murid-murid dari berbagai jurusan ilmu, orang-orang kampung dan lain-lain lagi yang telah terperdaya dengan dakyah dan segala bentuk hasutan termasuk dengan menggunakan ilmu-ilmu pukau melalui kata-kata.

Ia selalunya bermula dari ceruk desa untuk membina kekuatan menarik jumlah ahli hingga menjangkau ratusan, malah ada yang menyampai ribuan. Penggunaan surau didesa-desa atau membina pondok belajar ditanah milik persendirian menjadi perkara pertama mereka lakukan. Apabila telah diterima ramai maka mereka mulalah membuka beberapa cawangan dimerata tempat dengan mengutip dana dari rakan-rakan, ahli-ahli dan bantuan dari individu yang sealiran dengan mereka. Beginilah modus operandi yang dapat dikesan selalu digunakan oleh penaja dan pengamal ajaran tarikat sesat itu. Sehingga mereka berkembang menjadi besar dan kuat kerana ramainya pengikut. Mereka tidak akan mendaftarkan pertubuhan kumpulan mereka kerana takut dihidu oleh pihak berkuasa. Semuanya dijalankan secara senyap.

Satu lagi masaalah besar ialah mereka-mereka yang menjadi peneraju, penaja, pengamal dan ketua-ketua bagi ajaran sesat itu adalah ‘bekas murid’ yang pernah menduduki dan mempelajari bersama dengan ajaran Tarikat yang asli dulu. Apa bila mereka gagal untuk ‘menyampai’, mereka telah meninggalkan tok guru mereka itu. Ada juga diantara mereka yang telah kecewa kerana tidak dapat lagi mengikuti pelajaran kerana terlalu banyak kerja yang tak mampu diikuti dan tidak mampu lagi dibuat, malahan ada yang telah disingkirkan kerana tidak menjaga adab berguru dan berbagai lagi sebab yang tak dapat disebutkan disini. Biasanya kami gelarkan mereka dengan nama ‘murid kecewa’. Mereka-mereka inilah yang menjadi duri dalam daging yang sanggup berbohong dan menipu semua orang dengan ajaran tarikat barunya dengan menggunakan nama-nama Tarikat asli atau pun menggunakan namanya sendiri sebagai nama ajaran tarikat sesatnya. Mereka telah mengubah berbagai-bagai aliran Ilmu yang benar kepada cara dan citarasanya sendiri kononnya itulah cara yang paling mudah atau jalan pintas ‘shortcut’ menuju kepada Tuhan.

Tuan-tuan dan Puan-puan fikirlah sendiri bagaimana murud-muridnya nak ‘menyampai’ sedangkan dia sendiri tak pernah ‘sampai’. Dia sendiri pun tak mampu untuk ‘menyampai’, kini nak bawa orang lain pula? Mereka sebenarnya telah menyampai kepada Alam Iblis. Maka yang mereka temui itu adalah Syaitan atau Iblis yang menyamar sebagai tuhan. Iblis dan Syaitan amat licik dan memainkan peranan mereka sehabis-habis mungkin dalam mengatur semua gerak geri ilmu dan amal ajaran sesat ini disemua ruang dan sudut sedangkan kamu tidak kenal suatu apa pun didalam wilayah ini ditambah pula dengan sikap taksub kamu kepada ‘guru’ yang sebenarnya juga telah dirasuk Iblis dan Syaitan.

Dari mana datangnya ilham pengubahsuaian ilmu dan amal yang dicedok dari Tarikat asli kepada ajaran tarikat baru itu, jika tidak ilham yang dicetuskan oleh Iblis dan Syaitan kedalam pemikiran ‘guru’ kamu itu? Dia menjadi begitu kreatif mengubah suai segala ajaran asli kepada bentuk ilmu dan amal yang diciptanya sendiri, kemudian mendakwa jalan itulah yang benar? Kamu yang dungu hanya mengikut tampa usul periksa? Nah! sekarang kamu telah terjebak bersama-sama ‘guru’ tarikat yang sesat berserta Iblis dan Syaitan. Inilah yang telah disebut didalam Al-Qur’an dan juga Hadis Nabi saw (sila rujuk semula didalam bab 2), sebagai manusia-manusia yang sesat dan akan dicampak bersama-sama Iblis dan Syaitan kedalam Neraka Jahanam yang telah disediakan untuk mereka. Mereka yang tergolong didalam keadaan Syrik Akbar atau Syirik Kubra dan jika mereka mati didalam keadaan ini tanpa sempat bertaubat bererti mereka mati didalam keadaan kehinaan yang sangat besar dan jauh dari mendapat Rahmat serta pertolongan dari Allah dan Rasul. Jauhi lah diri anda dari golongan ini jika ingin selamat didunia dan akhirat.

Selanjutnya, ‘guru-guru’ ajaran tarikat sesat ini telah pula mentarbiah anak-anak murid yang baru dengan menyelitkan amanah-amanah supaya berahsia kepada yang bukan ahli kerana orang awam tidak faham akan ajaran songsang mereka. Oleh itu memang sukar untuk mengatahui akan ajaran tarikat sesat itu jika kita sendiri tidak terjun kedalam ajaran mereka. Ini telah kawan lakukan sedikit masa dahulu untuk mendapat maklumat-maklumat penting yang terdapat didalam ajaran-ajaran tarikat sesat itu. Kemudian setelah itu diketahui pula mereka mengamal zikir-zikir pelik yang kebanyakannya taksub kepada diri ‘guru’ tarikat sesat mereka itu. Mereka juga kebanyakannya berlebih-lebihan dalam beribadat. Pekara sunat diutamakan, sedangkan yang wajib ditinggalkan.

Ada juga yang menghalalkan pekara-pekara yang haram dalam syarak. Sebagai contoh mereka telah menghalalkan arak, judi, zina, nikah batin, berpoligami melebihi 4 orang dalam satu masa, nikah Muta'ah, berzikir sampai berzina beramai-ramai, berkongsi-kongsi isteri sesama ahli, mendakwa mereka telah maksum dan tak payah solat (solat hanya untuk orang awam yang bodoh), tak payah berpuasa dibulan Ramadhan (itu juga untuk orang awam), mengubah cara-cara beribadah, mengubah ayat-ayat Al-Qur’an sebagai zikir, mengubah Hadis-hadis supaya berpihak kepada mereka, ada yang terus membuang Hadis serta berbagai-bagai lagi pekara sesat dan mungkar yang mereka lakukan secara senyap didalam amalan-amalan ajaran tarikat sesat mereka itu. Ini mendapat perhatian kepada manusia-manusia yang gemarkan pekara mungkar seperti minum arak, berzina, seks bebas, berjudi dan mereka-mereka yang tidak suka solat dan berpuasa. Maka inilah yang ditunggu-tunggu, iaitu ajaran 'islam' yang mengikut selera mereka. Mereka bebas melakukan apa saja yang mereka suka dimana "guru" pun sama macam mereka serta tiada bantahan dan sekatan hukum. Mereka inilah golongan yang disebut didalam Al-Qur’an dan Hadis sebagai golongan sesat yang mengikut hawa nafsu mereka. Mereka ini juga akan dicampak kedalam api neraka Jahanam bersama-sama Iblis dan Syaitan yang menjadi pemimpin sebenar mereka.

Satu lagi jenis ajaran tarikat sesat ialah ajaran yang membawa kepada taksub dengan perjuangan songsang yang menghalalkan membunuh diri atau pengebom berani mati. Mungkin semua telah tahu akan pekara ini kerana banyak dilaporkan didada-dada akhbar mahu pun dikaca TV. Namun tahukah anda apa yang mereka pelajari? Jika di Indonesia mereka dianggap "hero" dalam perjuangan mereka. Pada asalnya mereka sama juga dengan mana-mana pondok tempat belajar Tarikat, tetapi setelah sekian lama mereka yang tiada dana untuk pergerakan mereka telah didatangi oleh penuntut dari luar negara yang membuka ruang untuk mendapatkan dana juga dari luar yang tidak diketahui puncanya. Kemudian program penajaan ini berjalan seperti biasa sahaja (awal 80an). Mereka kemudiannya didedahkan dengan kekejaman pihak Zionis dan Amerika keatas negara-negara Islam dan umat Islam di negara tersebut. Maka timbullah satu mukaddimah baru serta provokasi sulit untuk membalas dendam didalam pondok itu membuka agenda baru iaitu ilmu peperangan dan mendalami akan ilmu pembikinan senjata bom kepada beberapa orang murid terpilih.



Tidak semua tahu akan pekara ini, ia dibuat dengan teliti dan sulit untuk mengelakkan semua murid lari meninggalkan pondok dan dihidu oleh pihak keselamatan kerajaan. Jadi mereka yang terpilih tadi beroperasi diluar dan jauh dari pondok. Mereka didedahkan dengan ilmu jihad didalam perang seumpama jihad sewaktu zaman Rasullah saw dan para Khulafa’ Rasyidin dahulu tetapi telah ditokok tambah dan dipesongkan akan maksud dan tujuannya. Mereka menampakkan seolah-olah mereka telah dijanjikan ‘syurga’ jika berani melakukan perjuangan itu walhal ia amat jauh dari perintah Jihad yang dikeluarkan oleh Rasullah saw dan Sahabat-sahabatnya. Dahulu mereka lakukan Jihad kerana Allah semata-mata, sedangkan kamu berjihad mengikut nafsu amarah, maksud membalas dendam bagi pihak keluarga mangsa-mangsa perang ditimur tengah itu. Anda nampak tak perbezaan tujuan dan matalamat perjuangan kedua-dua mereka itu? Kan amat jauh dari apa yang dibenarkan didalan Islam. Tambahan lagi Islam mengharamkan perbuatan membunuh diri sendiri walau dengan apa-apa alasan sekali pun. Ia telah tertulis didalam Al-Qur’an dengan terang dan nyata sekali akan larangan membunuh diri sendiri itu. Maka ia adalah muktamad dan tidak boleh diubah oleh sesiapa pun.

Siapa ‘guru’ mereka untuk menjanjikan ‘syurga’ kepada anak-anak murid yang tak berdosa itu? Adakah ia berhak keatas ‘syurga’ untuk diberikan kepada sesiapa saja yang dikehandakinya? Adakah ia berhak keatas setiap nyawa yang akan terkorban kelak jika bom itu meletup? Semua soalan ini tak dapat mereka jawab kerana sebenarnya mereka tidak berilmu dan hanya mengikut telunjuk golongan tertentu dengan membuta tuli.

Tahukah anda bahawa bom-bom yang diletupkan dipasar-pasar itu telah mengorbankan ramai umat Islam serta orang-orang miskin yang tak berdosa daripada sasaran yang mereka tujukan? Inilah persoalan yang harus difikirkan sedalam-dalamnya sebelum berbuat sesuatu. Kemudian tersebarlah maklumat perisikan yang menyatakan bahawa dana yang mereka terima itu adalah dari kumpulan pengganas Al-Qaeda atau dari Osama bin Laden. Ini mengejutkan banyak pihak yang tidak menyangka akan pekara ini didalam Jamaah Islamiah (JI) sendiri. Malahan sekarang JI telah dilabel sebagai penganas oleh dunia kerana tindak tanduk mereka. Mereka harus sedar dan kembali semula kepada al Quran dan Hadis. Mereka telah terpesong jauh kerana memegang iktikad Jihad yang salah.

Perjuangan memang digalakkan oleh Islam tetapi bukan begitu tatacaranya. Ia melalui proses yang sah dan keputusan musyawarah harus diambil kira terlebih dahulu sebelum keputusan diambil. Bukannya membuta tuli tanpa usul periksa, makanya harus berhati-hati jika diajak berjuang oleh mana-mana persatuan atau badan perseorangan kerana mereka sehingga sekarang pun mencari ‘mangsa’ untuk dikorbankan dengan bom yang diikat pada badan demi perjuangan mereka yang sempit dan sesat itu.

Kawan sentiasa berdoa agar mereka semua insaf dan kembali semula kepada Al-Qur’an dan Hadis supaya hidup mereka lebih bererti disisi Allah swt. Bukalah buku sejarah Islam atau sirah Nabi saw. Tidak pernah Nabi Muhammad saw itu menyuruh umatnya membunuh diri demi dirinya waima untuk Islam, malahan didalam suatu peperangan, seorang panglima Islam yang gagah perkasa dipeperangan itu dengan tiba-tiba apabila badannya yang penuh dengan luka parah dan dia mengambil keputusan membenamkan mata pedangnya sendiri kedalam perutnya kerana tidak tahan lagi dengan kesakitan akan lukanya. Apabila di tanya kepada Baginda tentang nasib Panglima itu, Rasullah berkata bahawa ia merupakan Ahli Neraka kerana membunuh diri.

Lihatlah betapa seriusnya kesalahan membunuh diri ini walau pun kamu telah berjasa besar kepada agama Allah. Seharusnya Panglima Islam itu menunggu saja akan ajalnya disitu untuk mendapat darjat "Syahid" tetapi mengambil keputusan sebaliknya pula untuk mendapat azab yang pedih diakhirat kelak. Amatlah rugi sesiapa juga yang berputus asa atau cuba membela agama Allah dengan cara yang salah ini. Ia dilarang keras dalam agama dan jangan terfikir untuk membunuh sesiapa tanpa kebenaran atau membunuh diri sendiri walau apa pun sebabnya. Ingatlah akan Allah selalu dan berpegang teguh serta bertakwa kepadaNya agar anda sentiasa terpelihara dari anasir-anasir dan unsur-unsur sesat itu.Biarlah Allah saja menjadi pelindung bagi kamu kerana Dia adalah sebaik-baik pelindung.

Allah swt berfirman didalam Surah Al-Mukmin ayat 78 yang mafhumnya:

"Sesungguhnya telah kami utuskan beberapa orang Rasul sebelum engkau (ya Muhammad) diantaranya ada yang Kami ceritakan kepada engkau dan ada yang tidak Kami ceritakan kepada engkau. Tiadalah bagi Rasul itu yang mendatangkan sesuatu ayat (mukjizat) itu, melainkan dengan izin Allah (jangan diingkari perintah Rasul itu). Maka apabila datang perintah Allah (azab yang dijatuhkanNya) diputuskan hukum dengan adil dan dikala itu rugilah bagi orang-orang yang menyangkal (sesat)".


AJARAN-AJARAN SESAT DARI KATEGORI ADAT TRADISI

Kita yang tinggal didaerah Nusantara ini dan terdiri dari rumpun Melayu dengan berbagai kaum didalamnya amat sinonim dengan adat dan kepercayaan masing-masing. Adat istiadat dan kepercayaan tradisi ini adalah peninggalan dari orang tua-tua mereka dari satu genarasi ke satu genarasi hinggalah sekarang. Disetengah- setengah tempat, adat istiadat telah dijadikan undang-undang negeri pula. Begitulah kuatnya sesetengah kaum itu memegang kepada adat. Tetapi adat istiadat dan kepercayaan tradisi ini telah dicipta dan direka oleh mereka-mereka yang punya talian dengan Ilmu Mistik pula. Tak kurang juga yang dicedok dari agama-agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi, Animisma, Dinamiseam dan dijadikan pegangan adat serta ada juga yang diubah suai mengikut kreativiti pencipta itu sendiri menjadi adat dan hukum kaum tersebut.

Oleh kerana itu banyaklah pekara-pekara yang didapati tidak sehaluan dengan ajaran Islam serta hukum hakam didalamnya kerana asal usul datangnya adat istiadat dan amalan tradisi itu amat berbeza dengan kedatangan agama Islam yang di bawa oleh pesuruh Allah iaitu Rasullah saw dengan petunjuk yang benar. Mengikut penyelidikan dari kaum-kaum yang terbabit telah diketahui bahawa sesetengah adat dan hukum itu diambil dari tok-tok dukun, tok pawang, tok bomoh, tok ketua adat yang terbabit dengan amalan mestik, pemujaan roh, pemujaan jin dan jembalang dan lain-lain pekara syirik lagi. Jadi dengan sendirinya amalan itu tidak boleh diterima pakai menurut hukum Syarak dalam agama Islam. Jika diteruskan juga akan membawa kepada khurafat dan kesesatan yang jauh. Ia dihukumkan sebagai haram dan membawa kepada 'syirik kubra' yang amat dimurkai Allah sat walau apa pun alasannya. Ingatlah, Allah tidak akan mengampuni dosa-dosa syirik yang besar ini dan sesiapa yang ingkar akan menerima balasan api Neraka Wail dan akan kekal selamanya disitu.



Didalam amalan kepercayaan tradisi masyarakat Melayu, menurut penyelidikan yang dijalankan, mereka pada awalnya hanya mengadakan tanggapan atau beranggapan dengan pemikiran mereka bahawa sesuatu amalan itu baik untuk dilakukan. Setelah berulang kali diamalkan dan ternyata ia memang baik, maka amalan tersebut menjadi adat istiadat dan kekal dilakukan dari satu jenarasi kesatu jenarasi hingga kini. Ia seolah-olah telah sebati berdarah daging dalam kehidupan masyarakat Melayu, walhal ia masih boleh dikeluarkan atau ditinggalkan saja daripada amalan kita jika kita punya azam dan iltizam yang kukuh untuk keluar dari cengkaman adat yang terpesong dari akidah Islam. Ia terletak didalam diri sendiri bukan orang lain yang menentukan perjalanan hidup kita sedanagkan kita yang akan menangung akibat dari perbuatan bodoh itu.

Bukankah kita telah diberi akal dan fikiran untuk menimbang mana yang baik dan buruk? Kita sebagai umat Islam seharusnya mengikut apa yang telah digariskan dan ditentukan oleh agama kita kerana itu telah menjadi kewajipan kita memikul dan menjunjung akan segala hukum-hukum syarak yang terkandung didalamnya. Itulah sebabnya kenapa kita wajib untuk meniggalkan atau membuang saja kepercayaan syirik dan khurafat ini supaya kita terselamat didunia dan akhirat. Tiada mereka yang dapat menolong kita diakhirat kelak,sedangkan mereka juga tiada dapat pertolongan dari datok dan nenek mereka begitulah seterusnya. Masing-masing akan dipertanggung jawabkan segala dosa-dosa besar itu keatas diri mereka sendiri. Selamatkan diri kita dahulu semasa waktu masih ada didunia ini supaya tidak kesal diakhirat nanti.

Satu lagi jenis amalan syirik kaum Melayu ialah percaya kepada bomoh dan pawang untuk perubatan sedangkan mereka terang-terang telah melakukan pekara yang haram iaitu ‘ilmu menurun’. Siapa yang masuk dalam tubuh badan bomoh dan pawang tersebut kalau tidak JIN. Amalan ini juga diamalkan didalam persilatan Melayu yang rata-rata bersandar dengan kekuasaan ghaib iaitu JIN. Apakah jenis jin yang akan masuk kedalam tubuh pengamal-pengamal itu kalau tak SYAITAN dan IBLIS? Hanya mereka yang memberi nama-nama manusia sakti sebagai samaran sedangkan dia sendiri tidak tahu yang dia sendiri telah ditipu oleh syaitan dan iblis itu. Telah diceritakan pekara ini didalam bab Iblis dan Alamnya (Musuh kamu yang paling nyata) dahulu, serta dijelaskan bagaimana penipuan kaum Jin ini kepada manusia. Ketahuilah bahawa kepercayaan dan amalan begini juga tergolong didalam ajaran-ajaran sesat didalam hukum Islam. Apa juga pekara dan amalan syirik itu adalah haram dan sesat. Jangan kita terus percaya dan mengamalkan pekara ini kerana ia akan membinasakan seluruh hidup kita, amal ibadah kita dan keluarga kita didunia dan diakhirat.

Kepercayaan kepada tangkal dan azimat juga tergolong didalam ajaran-ajaran sesat kerana ia memesongkan Akidah dan kepercayaan kita kepada Allah swt. Ingat akan panduan ini“tiada suatu benda, batu, besi, kayu, keris, kain, akar, daun, ayat dll yang boleh mendatangkan bekas kecuali dengan izin Allah sahaja". Maka Iktikad yang menyatakan sesuatu benda atau barang itu boleh mendatangkan mudarat, sihat, kebal, kaya, miskin, penyeri, pelaris, pelindung dan sebagainya itu adalah salah dan sesat, kerana ‘dibarang’ itu telah diletakkan atau digandingkan dengan JIN atau khadam (tak kira samada ia islam atau kafir) yang akan membuat arahan-arahan (telah disebut diatas tadi spt kebal, pelaris dll) itu kepada si pemakai tangkal dan azimat itu.

Iktikad inilah yang salah dan sesat kerana kamu telah menduakan Allah swt tanpa kamu sedari. Seharusnya pergantungan harapan, hajat, pertolongan, perlindungan, rezeki yang barakah dan semua kerja buat kamu pohon, minta dan disandarkan hanya kepada Allah swt, bukan kepada yang lain selain Allah swt. Dengan iktikad yang songsang dan sesat ini menyebabkan kamu dilaknat Allah serta seluruh isi alam ini turut menyumpah kamu dimana sewaktu hidup ini tidak kamu rasai, ia ditangguhkan semantara atas permintaan Nabi besar kita Muhammad Rasulullah saw supaya mereka ini diberi masa untuk bertaubat sehingga Nyawanya sampai kehalkum, sesudah itu terserahlah kepada Allah sepenuhnya. Jika kalau tidak kerana ketulusan permintaan dari kekasehNya itu, diwaktu itu juga Allah swt akan menghancurkan kamu semua dengan azab yang tersangat pedih tampa memberi sedikit tempoh pun. Ini kerana kesalahan dan dosa menduakan Allah itu adalah kesalahan yang tersangat besar dosanya. Allah tidak akan mengampuni dosa mereka yang menduakanNya kecuali mereka yang sempat bertaubat Nasuha semasa hidupnya dan berazam untuk tidak kembali kepada perbuatan tersebut.

epercayaan kepada adat yang menebal didalam masyarakat Melayu amnya telah mengatasi pula akan mentaati hukum-hukum Syarak dalam agama Islam sedangkan mereka itu semua beragama Islam. Mana yang lebih utama, mentaati perintah Allah dan Rasul dari mentaati perintah ketua adat, dato lembaga, tok nenek, pawang diraja, menteri adat waima Raja sekali pun atau yang dibangsakan sebagai Manusia ini???

udah tentu mentaati Allah dan Rasul mesti diutamakan kerana ia hukumnya "WAJIB" bagi setiap penganut agama Islam. Ia mengatasi segala apa hukum-hakam ciptaan makhluk atau manusia yang ada diatas muka bumi ini walau sebesar mana pangkat dan darjat mereka itu. Contohnya hukum hakam yang dicipta oleh nenek moyang didalam ‘adat yang diadatkan’, ‘adat yang teradat’ dan ‘adat istiadat’. Semua itu tidak wajib untuk diamalkan malahan bertentangan dengan hukum Allah dan Rasulullah, walau bagaimana indah, cantik, sesuai, bertepatan, selari dan seribu satu macam alasan yang mereka katakan tentang kebaikan hukum ciptaan mereka itu, ia tetap salah dan sesat. Mana boleh samakan dengan hukum Allah! Kamu tu siapa nak disamakan dengan Tuhan? Macam langit dengan Bumi jauhnya?

Inilah manusia-manusia yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung. Telunjuk lurus kelingking berkait, mereka berbuat untuk nafsu diri ingin pangkat darjat dan tertulis nama sebagai pencipta adat, penjaga adat, dihormati masyarakat banyak kemudian menyamakan pula akan kerja tangannya itu dengan hukum Allah dengan berkata "kan hukum adat itu menepati hukum syarak, ia juga dipersetujui Mufti, Kadi dan Ulama-ulama Negeri, kenapa kamu mempertikaikannya???". Kepada orang dungu yang dicucuk hidung mereka boleh ditipu dan disogok dengan wang dan pangkat darjat untuk menurut saja kehendak kamu, tetapi tidak kepada orang-orang berilmu yang tetap teguh dengan pegangan ASWJ dan takut akan seksaan Allah kelak. Kami tetap teguh dengan keputusan melarang orang ramai supaya tidak menggunakan hukum adat sebagai pegangan Akidah walau apa pun terjadi.

Hukum ciptaan manusia tidak akan melebihi hukum Allah dan manusia jangan berlebih-lebihan dalam soal ini. Hukum seumpama itu walau menepati kepada hukum Syarak Islam sekali pun adalah haram untuk ditaati tambah lagi untuk menjadikan ia sebagai pegangan Ibadah. Pemimpin yang menyuruh memegangnya dan pengikut-pengikutnya serta rakyat jelata yang menurutinya sama-sama telah terjurumus kedalam amalan ajaran sesat tajaan mereka.

Ingat pesan Rasulullah saw didalam Hadis Baginda yang bermaksud:

"Segala yang baru (hukum adat, adat istiadat, adat teradat, adat resam dan pantang larang yang telah dicipta oleh nenek moyang mereka) itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu adalah sesat ".

Allah juga telah berfirman didalam Surah Al-Maaidah ayat 104 yang mafhumnya:

"Apabila dikatakan kepada mereka; Marilah kamu kepada apa yang diturunkan Allah kepada Rasul, mereka itu berkata; Cukuplah bagi kami apa yang kami dapat dari bapa-bapa (nenek moyang mereka). Meskipun bapa-bapa kami itu tiada mengatahui suatu apapun (tidak berilmu) dan tiada pula mendapat petunjuk (bukan Nabi dan tidak berilmu tetapi telah meninggalkan kepada mereka segala keparcayaan bidaah, adat resam, adat istiadat, adat teradat, hukum adat dan pantang larang serta amalan khurafat dan bidaah)".


Allah berfirman lagi didalam Surah Asy-Syuara’ ayat 21 yang mafhumnya:

"Bahkan adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mensyariatkan agama bagi mereka (kepercayaan mewajibkan amalan adat Istiadat, puja memuja dll) sesuatu yang tidak diizinkan Allah. Kalau tidaklah kata keputusan (menanguhkan siksaan yang diminta oleh Nabi), nescaya dihukumlah diantara mereka (disaat itu juga). Sesungguhnya untuk orang-orang aniaya itu siksaan yang pedih".


Firman Allah lagi didalam Surah Al-Baqarah ayat 42 yang mafhumnya:

"Dan janganlah kamu mencampuradokkan yang benar dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengatahuinya".


Banyak lagi dalil dari ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis Nabi yang boleh dikupas didalam memperjelas akan hukum syrik dan kufur ini, oleh kerana ruangan yang terhad maka ia hanya dapat dipilih yang tertentu sahaja untuk dimuatkan disini. Jadi dari keterangan hadis dan Al-Qur’an itu telah lengkap meletakkan garis panduan kepada umat Islam supaya tidak mengikut saja perintah manusia zalim tampa merujuk kepada Hadis dan Al-Qur’an sebagai pedoman.
Sebarang tindakan manusia terutama melibatkan Akidah mestilah diperhalusi dahulu sebelum diambil menjadi panduan hidup kita kerana kitalah yang akan dipertanggungjawabkan keatas semua keputusan yang kita ambil.

Mereka-mereka itu akan berlepas tangan akan dosa syirik ini dihadapan Allah kelak. Semua diantara mereka akan lari dan tidak mahu dihubungkaitkan dengan dosa-dosa itu. Oleh sebab itu keputusan adalah terletak ditangan anda, bukan mereka. Tiada kuasa mereka keatas diri kamu untuk memaksa atas apa juga pegangan yang kamu pilih. Biarlah mereka dengan keseronokan hawa nafsu mereka itu dan jangan kamu ikut serta bersama mereka. Kami telah membuat teguran dengan segala keterangan dan bukti, sekarang terserah keatas mereka untuk membuat keputusan. Ketahuilah bahawa kami telah berlepas tangan dan tanggungjawab kami keatas Syarak, maka terserah kepada Allah dan Rasul akan ketetapan balasan keatas diri kamu semua kelak.


AJARAN-AJARAN SESAT DARI KATEGORI AJARAN BARU

Didalam kehidupan moden pada hari ini, sebenarnya terdapat banyak aliran-aliran kepercayaan baru yang telah digambar gemburkan, dicanang dan dihebahkan keseluruh pelusuk dunia dengan tajaan kumpulan dan kaum tertentu untuk menghancur leburkan Akidah umat Islam. Ini adalah propaganda-propaganda kaum kafir Laknatullah dimana-mana yang sentiasa bersepakat untuk menghancurkan kepercayaan umat Islam semua. Sedangkan umat Islam terus berdiam diri tanpa berbuat sesuatu keatas mereka. Ia memang menguji kesabaran kita semua.

Telah pun kita diberitahu didalam Al-Qur’an akan pekara ini akan berlaku diakhir zaman. Jadi kita umat Islam akhir zaman harus kuat disemua segi untuk mengatasi pekara seumpama ini. Kita semua semamangnya tidak mampu untuk menghapuskan ajaran-ajaran sesat baru mereka. Tetapi kita masih boleh berhubung dan nasihat menasihati diantara kita supaya kita terhindar dari dakyah songsang mereka. Kita jaga dan pelihara keluarga kita dengan keimanan yang kukuh dan sentiasa memohon perlindungan Allah swt.

Diantara ajaran sesat yang baru di dunia ini seperti :

1) Kominisme
2) Sosialisme
3) Materialisme
4) Liberalisme
5) Kapitalisme
6) Sintisme
7) Metalisme
8) Darwinisme dll.

Pelopor kepada ajaran baru moden ini adalah manusia biasa yang berfikiran sempit dan sesat. Sememangnya mereka-mereka ini orang kafir dan semestinyalah ajaran-ajaran mereka itu tidak menyentuh langsung soal Akidah umat Islam malah jauh daripada itu. Ia amat mudah kita ketahui akan dakyah songsang mereka yang amat sesat, cuma yang menjadi masaalah, mereka suka mendatangi orang-orang Melayu terutama remaja cuba untuk memikat mereka untuk menyertai kumpulan mereka dengan tawaran keseronokan dunia dan wang ringgit yang banyak. Hati siapa yang tak goyang melihat akan tawaran lumayan seperti itu yang jarang sekali hadir kini terbentang didepan mata.

Mungkin di Malaysia pernah digemparkan akan pekara sebegini yang baru-baru berlaku dahulu, tetapi diseberang pekara inilah punca utama Melayu Murtad yang dapat kita kesan hasil daripada penyelidikan bertahun-tahun lamanya dengan cara terjun dan tinggal bersama-sama mereka kerana mereka tidak akan bercakap tentang pekara ini dengan mudah jika kita tidak menjadi sebahagian dari mereka. Bukannya satu aliran kefahaman atau agama saja yang berbuat demikian, semua yang kita senaraikan disini berbuat taktik yang sama. Ini untuk aliran baru atau moden saja, belum lagi kita masuk kepada aliran-aliran kepercayaan sesat dan agama baru yang beribu jumlahnya yang disebarkan diceruk-ceruk desa disana. Semua dikatakan mengunakan wang sebagai umpan untuk menarik minat orang ramai menjadi ahli mereka. Punca utama ialah mereka lemah dalam pegangan agama dan kedua kerana kemiskinan.

Benar kata-kata Rasullah saw dalam sebuah hadis Qudsinya yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang maksudnya :

"Jauhi kamu dari kefakiran (kemiskinan) kerana ia membawa kepada kekufuran (murtad)".

Umat Islam di Malaysia amat beruntung kerana tinggal dengan aman tanpa gangguan hebat dari golongan ini. Ini kerana pegangan kepada Islam mereka masih kukuh dan ekonomi mereka juga amat baik. Sebenarnya kerajaan Malaysia amat ketat dalam pengawalannya akan dakyah sesat yang cuba masuk kemari. Kalau ada pun hanya kedengaran sedikit saja disana sini yang menunggu masa untuk dibentras dan dihancurkan. Disamping itu masyarakat Islam disini walau pun tak semua tetapi dikira mengambil tahu dan prihatin benar akan unsur-unsur ajaran sesat dan cepat bertindak membuat laporan kepada kerajaannya untuk diambil tindakan. Mereka juga bising menyuarakan bantahan kepada kerajaan supaya dibendung akan unsur-unsur kesesatan yang berlaku didalam masyarakat. Ini semua membantu kepada pemeliharaan Agama Islam dari dicerobohi.



Kita seharusnya terus mengembling tenaga dan bantu membantu didalam soal yang besar ini kerana mengambil iktibar apa yang belaku diseberang. Ia tidak dapat dikawal dengan mudah dan menjadi begitu kompleks dan kronik hingga tidak dapat dileraikan lagi. Didalam muktamar yang baru-baru ini berlangsung di Bandung, Indonesia, didalam kertas kerja yang kawan bentangkan, mengariskan antara lain ialah masaalah kekurangan dana untuk kami melancarkan gerakan pemulihan dan pembetulan Skidah. Oleh itu telah ada pertubuhan antarabangsa negara-negara Islam yang sudi menghulur bantuan dana bagi melaksanakan tugas tersebut. Sekarang usaha itu telah pun dimulakan hampir disemua tempat secara besar-besaran tetapi senyap. Mudah-mudahan dengan izin Allah dan RasuNya, kami akan berjaya dalam misi kami kali ini kerana telah mengalami kegagalan beberapa kali sebelum ini.



Apa yang dimaksudkan disini ialah untuk memperbetul dan memberi kesedaran berkenaan Akidah yang benar kepada masyarakat yang telah terpesong dengan dakyah-dakyah aliran kepercayaan kebatinan dan ajaran-ajaran tradisi kuno yang menebal dihati mereka. Usaha-usaha ini agak sulit tetapi InsyaAllah dengan pertolonganNya pekara ini dapat dilaksanakan kerana banyak petunjuk yang menunjukkan bahawa mereka mahukan perubahan. Ajaran-ajaran (diseberang) yang kami maksudkan itu ialah ajaran-ajaran sesat seperti:

1) Ajaran Syekh Siti Jenar (telah diceritakan dibab yg lalu)
2) Ajaran Sabdo Palon dan Ratu Lorogidul (telah diceritakan juga)
3) Ajaran Aliran Sapta Dharma (tujuh kewijipan suci) - aliran kebatinan
4) Ajaran Aliran Darmo Gandul - aliran kebatinan
5) Ajaran Paguyubian Sumarah - aliran kebatinan
6) Ajaran Prikemanusiaan Sejati -
aliran kebatinan
7) Ajaran Al-Hallaj (‘Ana Al-haq’) - aliran kebatinan
8) Aliran Kabulani
9) Aliran Mufaridiah
10) Ajaran Mokthar Baginda Sumatra
11) Ajaran Imam Bronjol tarikat Sumariah
12) Ajaran Syiah

13) Ajaran Ahmadiah Qadiani
14) Ajaran Kebatinan Sakti Jawa
15) Ajaran Sakti Roso
16) Ajaran Wahdatul Wujud
17) Ajaran Wahabi
18) Ajaran Kebatinan Wali Songo
19) Ajaran Anti Hadis
20) Ajaran Bahai
21) Aliran Silat Kebatinan Nurani (terdapat ratusan nama), dan lain-lain lagi.



Kemudian menyalusup masuk ke Malaysia menerusi berbagai cara samada dengan cara:

a) guru yang berpindah kemari atau

b) guru mereka yang membuka cawangannya di sini dan

c) anak murid mereka yang membuka cawangan disini.

Ini telah dapat dikesan bahawa ajaran-ajaran sesat itu berasal dari seberang atas 3 dasar yang telah disebukan diatas.



Ajaran-ajaran sesat itu adalah seperti berikut:

1) Tarikat Syeh Siti Jenar
2) Ajaran Lorogidul Ratu Laut Selatan (anak muridnya seperti Mona Afendy)
3) Tarikat Sumarah Hj Ishak
4) Perimbun Kemanusiaan Sejati
5) Tarikat Al-Hallaj - Ana Al-Haq
6) Ajaran Kabulani
7) Tarikat Mufaradiah
8) Ajaran Mokthar Baginda
9) Ajaran Qadiani Ahmadiah
10) Tarikat Sumaniah Ibrahim Bonjol
11) Ajaran Syiah
12) Ajaran Bahai
13) Ajaran Martabat Tujuh *(ala Sapta Dharma)
14) Tarikat Sumarah
15) Gerakan Kemanusiaan sejati (Gerak Sejati)
16) Ajaran Wahabi
17) Tarikat Wali Sembilan
18) Gerakan Anti Hadis

Manakala ajaran sesat Kebatinan yang berupa persilatan yang memasuki negara ini dikenali dengan beberapa nama iaitu:

1) Persilatan Tahan Diri (kuasa ghaib)
2) Ilmu Tenaga Dalam Hikmah
3) Silat Pukulan Jauh
4) Silat Sunda
5) Silat Kalimat Sakti
6) Silat Budi Suci
7) Silat Budi Suci Sejati (Gerak Sejati)
8) Silat Harimau Jadian
9) Silat Wali Suci
10) Silat Nasrulhaq
11) Persilatan Tusuk Hikmat
12) Silat Gayong Halilintar
13) Silat Potong Maya (pancung dari jarak jauh)
14) Silat Seru (kebatinan dalam)
15) Silat Tangan Ghaib dan lain-lain lagi.



Sebenarnya terlampau banyak aliran ajaran-ajaran sesat yang tidak dapat disenaraikan semua didalam ruangan ini, baik diseberang mahupun disini. Kami harus mendedahkan persamaan antara ajaran-ajaran sesat disebarang dan disini kerana kebanyakan masyarakat disini telah terpengaruh dengan keilmuan orang diseberang sedangkan mereka pun tidak tahu asal usul ilmu tersebut. Ada pula yang taksub dengan Ilmu Sakti yang mampu diperolehi disana, walhal pekara itu adalah salah dan menyimpang dari ajaran agama Islam.

Masyarakat disini dan disana memang mempunyai minat yang hampir sama didalam bidang kerohanian, baik berunsur ajaran Tarikat mahupun dibidang seni bela diri dan persilatan. Di Indonesia seni bela diri telah terlalu lama hingga telah mengalami banyak perubahan dan bercampur adok dengan ajaran kebatinan yang terang-terang terpesong dari ajaran Islam. Sedangkan orang-orang disini tidak mengenal akan apa yang dimaksudkan dengan ‘Kebatinan’. Ia sebanarnya melibatkan penggunaan Jin malahan ada yang telah menyampai kepada ‘bersatu’ dengan Syaitan dan Iblis kerana mahukan Ilmu Sakti dan Kebal. Inilah pekara khurafat dan syirik yang banyak berlaku didalam ilmu beladiri dan persilatan disana, kemudian menular kemari dengan menggunakan nama-nama asli dan juga nama-nama baru yang direkacipta oleh pengasasnya.

Semua yang disenaraikan disini dan juga yang seumpama dengannya adalah dikategorikan sebagai Ajaran-ajaran Baru yang Bidaah, Syirik, Kufur, Sesat lagi menyesatkan. Sesiapa yang pernah dan sedang atau akan belajar dalam salah satu dari ajaran yang disenaraikan diatas dan juga telah disenaraikan oleh Jabatan Agama dimana-mana Negeri di Malayisa,hendaklah dengan segera memisahkan dirinya dan bertaubat nasuha kerana ditakuti jika kamu mati didalam keadaan itu, kamu akan ditempatkan ditempat yang buruk dan mendapat seksaan yang sangat pedih di Neraka Jahanam sampai bila-bila seperti yang disebutkan didalam ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis yang telah dinyatakan terdahulu.

Ajaran-ajaran tersebut telah diperhalusi dan dipertimbangkan dengan sedalam-dalamnya oleh Majlis Ulama dan semua pegawai-pegawai yang telah diberikan tanggungjawab untuk menilai dari semua segi didalam Syarak, Ijmak Ulama, Kias, Hadis dan Al-Qur’an juga tidak ketinggalan pendapat-pendapat Ulama-ulama yang lain, barulah sesuatu ajaran itu diberi Fatwa Ajaran Sesat. Bukan dibuat sembarangan atau sembrono saja. Sebab itu mereka mengambil masa yang lama sebelum membuat keputusan sesuatu kes. Ia sebenarnya melalui berbagai-bagai proses penapisan dan penilaian yang dikelola oleh pejabat Mufti Negeri hingga benar-benar berpuas hati, barulah Fatwa dikeluarkan. Begitulah serba sedikit penjelasan untuk meletakkan sesuatu ajaran itu sesat atau pun tidak, untuk kefahaman kita semua.

* Peringatan ajaran sesat yang paling bahaya kini dan semasa ialah AKIDAH DAN FAHAMAN WAHABI kerana ianya telah berjaya menyusup dalam aliran Ahli Sunnnah walJamaah bahkan ramai telah menganggapnya ajaran tersebut sebahagian ASWJ.


Rabbi Yassir Wa La Tu'assir, Wa Tammim Bi Khoir

WAllahua'lam

-Orang Gombak

(Artikel asal adalah milik Atok Zamany, hamba hanya ulang siar sahaja)