Di atas robohan kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu padulah segenap baka
Di atas robohan kota Melaka
Kita dirikan jiwa merdeka
Bersatu padulah segenap baka
Membela hak keadilan pusaka
NOTA: FAHAM ASWJ & CABARAN TERHADAPNYA OLEH SYIAH, SALAFI WAHABI, ISLAM, LIBERAL.... DR. SUDUT AKIDAH & PEMIKIRAN
FAHAM AHLI SUNNAH WALJAMAAH & CABARAN TERHADAPNYA OLEH SYIAH, SALAFI WAHABI, ISLAM, LIBERAL.... DR SUDUT AKIDAH & PEMIKIRAN
Akidah berasal dari bahasa arab iaitu
daripada perkataan Al-‘Aqdu bererti: ikatan dan
simpulan yang kuat juga bererti pegangan, ketetapan dan kepercayaan. (Ibnu Manzur:Lisan al-Arab)
Istilah syaraknya
adalah beriman dengan kepercayaan teguh dalam hati kepada Allah, ketuhananNya,
keesaanNya, kesempurnaan yang layak bagiNya, kesucian dari penyerupaan
makhlukNya dan beriman dengan para malaikatNya, kitab-kitabNya, para utusannya
(Nabi&Rasul), hari akhirat dan beriman dengan (qadr) ketentuan pada makhluk
sama ada baik ataupun buruk.
Nama ilmu aqidah iaitu:
1- Tauhid,
2- Iman,
3- Usuluddin,
4- Ilmu Kalam dan
5- Fiqhul Akbar
Akidah –
Simpulan Iman
Ahli –
Kumpulan/pengikut/pendokong
Sunnah –
Jalan nabi, perbuatan, perkataan, sifat ,taqrirnya
Waljamaah –
Org ramai dr klgn sahabt,tabiin,ulama warasah
MAKSUD
‘ASWJ’
Ertinya:
“Sesungguhnya Bani Israil telah berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan
berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan
sahaja. Para sahabat bertanya: Siapakah golongan yang satu itu wahai
Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Yang satu itu ialah orang yang berpegang
dengan peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku”.
Riwayat
al-Tirmidhi
Ertinya:
“Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad dengan kekuasaan-Nya, umatku akan
berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan sahaja akan masuk syurga
manakala 72 golongan lagi masuk neraka. Para sahabat bertanya: Siapakah
golongan yang masuk syurga itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Ahli
Sunnah wal Jama’ah”.
Riwayat
al-Tabrani
SALAF
& KHALAF
Salaf
– Tidak mentakwil secara tafsili tetapi secara ijmali mensucikan Allah dari
menyerupai makhluk.
Khalaf
– menerima takwil secara tafsili serta mensucikan Allah daripada menyamai
makhluk
Imam al-Baghdadi Rahimahullah(w.429H) memperincikan LAPAN (8) golongan yang termasuk
dalam Ahli Sunnah wal Jamaah
Akidah
Tauhid
Beriman
Allah & Nubuwwah
Ahli
Hadis
Ahli
Sufi
Ahli
Qiraat/Al-Quran
Ahli
bahsa
Mereka
yg pertahankn & keselamatan orang ramai
Org
awam yg ikut & tidak ikut doktrin ajaran sesat
Seseorang
bertanya: “Wahai Muhammad, beritahu
kepadaku tentang Islam.” Jawab Rasulullah SAW: “Islam itu bahawa
sesungguhnya engkau naik saksi, Tiada Tuhan melainkan Allah dan
sebenarnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, engkau
tunai zakat, engkau berpuasa Ramadhan dan engkau berhaji di Baitullah
seandainya engkau berkemampuan menuju ke Baitullah.” Kata si penyoal: “Benar
katamu.” Maka kami hairan tentang diri penyoal itu, dia bertanya dan yang
membenarkan [jawapan yang Nabi Muhammad SAW berikan itu].”
Kata
si penyoal: “Maka, beritahu kepadaku tentang iman ?” Jawab Rasulullah SAW:
“bahawa sesungguhnya engkau beriman dengan Allah, para malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari Akhirat dan engkau beriman dengan Qadar,
baiknya dan buruknya.” Jawab si penyoal: “Benar katamu.”
Kata
si penyoal: “Maka, beritahu kepadaku tentang Ihsan ?” Jawab Rasulullah
SAW: “bahawa sesungguhnya engkau sembah Allah seolah-olah engkau
benar-benar melihat-Nya, seandainya engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya
Dia melihatmu.”
Kata
penyoal: “Maka, beritahu kepadaku tentang saat Qiamat ? ” Jawab
Rasulullah SAW: “Apakah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang
yang bertanya. ??!!” Lelaki itu berkata: “Maka, beritahu kepadaku
tentang tanda-tanda hari qiamat ?” Jawab Nabi Muhammad SAW: “Bila hamba
perempuan melahirkan majikannya dan bahawa engkau lihat orang-orang miskin
papa, tidak beralas kaki, telanjang, mengembala kambing, menjadi kaya raya dan
berlumba-lumba memperindah bangunan.”
Kemudian
Rasulullah r bertanya: “Wahai Umar, Adakah engkau kenal siapakah yang bertanya
tadi ?” Aku berkata: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui (tentang
siapakah dia).” Jawab Rasulullah SAW: “(Seandainya engkau mahu tahu), maka
sebenarnya orang itu ialah malaikat Jibril a.s., dia datang kepada kamu,
mengajar agama kepada kamu.”
GOLONGAN
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
• Memahami al-Quran dan Sunnah dengan
kefahaman yang sebenar berpaksikan kepada tiga komponen utama dalam ajaran
Islam. Ijma’ ulama’ bersepakat dari segi Aqidah, (manhaj al-Ash’ari dan
al-Maturidi) Syariah, empat mazhab fiqh yang muktabar iaitu (Hanafi, Maliki,
Syafi’i atau Hanbali). Tasawwuf pula, manhaj Imam Junaid,Imam al-Ghazali atau mana-mana tariqat Sufi yang muktabar.
PANDUAN UMUM DAN CIRI-CIRI/
PERKARA BERKAITAN ASWJ
• Ilahiyyat
• Nabawiyyat
• Samiyyat
METHODOLOGI AHLI SUNNAH WA
AL-JAMAAH
Mendahulu
dan mengutamakan nas al-Qur’an dan al-Sunnah terhadap sesuatu yang lain
Menetapkan
hakikat dan segala keilmuan sebagai pengertian yang ada pada ulamak
Mentafsirkan
al-Qur’an dengan al-Qur’an, al-Sunnah dengan al-Sunnah atau secara perkaitan
antara keduanya
Mengutamakan
pendapat sahabat dan tabi’in
Menggunapakai
kaedah Ijmak Ulamak
Mengambil
kira kaedah bahasa arab dan penggunaan uslubnya
Mentaghlibkan
kearah Tanzih dan Taqdis ke atas ayat-ayat yang zahirnya
menunjukkan penyerupaan dan kesamaan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat
makhluk.
Mempunyai
kaedah/cara bagi beramal dengan fiqh,tasawuf
ASWJ
kekuatan/kelebihan
Wasatiyyah
– Literal dan Rasional
Sawad
al_Akzam (Sesungguhnya umatku tak akansekata dlm perkara sesat, apabila kamu
melihat perbezaan pendapat maka hendaklahkamu bersama kumpulan terbesar
(kalangan ulama)
Pendekatan
bermazhab
Tasawuf
(roh Islam)
Keperluan
berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah :
Memenuhi
tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah dalam mengikuti kebenaran.
Ahlu
Sunnah Wa al-Jamaah merupakan pegangan dominan atau fahaman majoriti ummat
Islam (al-Sawad al-A`zham).
Menjamin
keseragaman dalam memahami, menyelaras dan menangani isu-isu agama.
Membolehkan
kita memahami ancaman terhadap fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Samada ancaman
yang bersifat dalaman mahupun luaran.
Mewujudkan
kestabilan dan keharmonian dalam sesebuah Negara. Seterusnya menjadi asas dalam
perkembangan tamadun.
Percaya
kepada sesuatu perkara merupakan fitrah semulajadi manusia. Kepercayaan
terhadap sesuatu membentuk pemahaman, menghasilkan pegangan dan diperhaluskan
dengan tindakan. Justeru, berpegang dengan kebenaran merupakan nilai tabi’ii
bagi manusia
Penyelarasan
dalam menangai isu-isu umat Islam sememangnya diperlukan bagi menyeragamkan
pengurusan agama Islam di Negara kita supaya menjadi padu dibawah pegangan yang
satu. Status ini memberikan kita kekuatan dalam menghadapi globalisasi
pemikiran-pemikiran songsang yang sentiasa mengancam kesucian Islam.
Metodologi
Ahli Sunnah yang jelas memudahkan kita memahami pegangan atau fahaman yang
menjadi ancaman terhadap pegangan murni kita selama ini.
Berasaskan
kepada Ahli Sunnah Wa al-Jamaah sebagai satu tanda arasyang kukuh
membolehkan isu-isu agama diselesaikan secara bijaksana. Hal ini memberi ruang
kepada pemimpin, ulamak dan rakyat untuk membina penguasaan ilmu dan kelurusan
ilmu sebagai loncatan untuk membina tamadun.
Berikut
ialah 20 sifat yang wajib dan 20 sifat yang mustahil bagi Allah Taala:
(وجود); ertinya ada, lawannya tiada
(عدم).
(القدم);
ertinya
sediakala, lawannya baharu (الحدوث).
(البقاء);
ertinya
kekal, lawannya binasa (الفناء).
(مخالفته
للحوادث); ertinya berbeza Allah dari segala yang baharu, lawannya
menyamai Allah dengan yang baharu (مماثلته للحوادث).
(قيامه
بنفسه); ertinya
berdiri dengan sendiri-Nya, lawannya berhajat (الاحتياج والافتقار).
(وحدانية);
ertinya
ertinya Maha Esa, lawannya berbilang (التعدد).
(القدرة);
ertinya
Maha Berkuasa, lawannya lemah (العجز).
(الارادة);
ertinya
Maha Berkehendak, lawannya terpaksa (الكره).
(علم);
ertinya
ilmu, lawannya jahil (جهل).
(حياة);
ertinya
Maha Hidup, lawannya mati (موت).
(السمع);
ertinya
Maha Mendengar, lawannya pekak (الصمم).
(البصر);
ertinya
Maha Melihat, lawannya buta (العمى).
(الكلام);
ertinya
Maha Berkata-kata, lawannya bisu, gagap (البكم).
(كونه
قادرا); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan berkuasa, lawannya sentiasa dalam keadaan
lemah (كونه عاجزا) .
(كونه
مريدا); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan menghendaki, lawannya sentiasa dalam keadaan
terpaksa (كونه مكرها).
(كونه
عالما); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan mengetahui, lawannya sentiasa dalam keadaan
jahil (كونه جاهلا).
(كونه
حيا); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan hidup, lawannya sentiasa dalam keadaan mati (كونه ميتا).
(كونه
سميعا); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan mendengar, lawannya sentiasa dalam keadaan
pekak (كونه أصم).
(كونه
بصيرا); ertinya
Allah tetap selalu dalam keadaan melihat, lawannya sentiasa dalam keadaan buta
(كونه أعمى).
(كونه
متكلما); ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan berkata-kata,
lawannya sentiasa dalam keadaan bisu (كونه أبكم).
Muqtadayat
al-Uluhiyyah
atau ketuhanan ini mempunyai empat kriteria / sifat iaitu:
i) السبق : لا أول له فهو الأول بلا ابتداء
yang
bererti sediakala / mendahului, Yang Maha Awal tanpa permulaan.
ii)
الاطلاق : لا حدود له
yang
bererti tidak terbatas sama ada dari segi masa, zaman, tempat, fikiran, ilmu
manusia dan sebagainya.
iii)
الذاتية : لا معلم له
ولا ممد له
yang
bererti Maha Kaya, tidak berhajat kepada sesuatu bahkan selain-Nya yang
berhajat kepada-Nya sebagaimana diibaratkan di dalam kitab-kitab tauhid ."الافتقار اليه كل ما عداه واستغناؤه عن كل ما سواه“
iv)
السرمدية : لا نهاية له
فهو الآخر بلا انتهاء
yang
bererti berkekalan, Yang Maha Akhir tanpa pengakhiran.
Perkara
Rosakkan Akidah (Awhal Tauhid)
i) الحلول : أن يدعى أحد أن الله قد حل فيه أو فى أي من
خلقه
ertinya
mendakwa bahawa Allah memasuki dirinya atau diri sesuatu. Contohnya seperti air
yang dimasukkan ke dalam gelas.
ii)
الاتحاد : أن يدعى
أحد أن الله قد اتحد معه أو مع أي من خلقه فينشأ كيان جديد يعبد من دون الله على
أنه ابن الله
ertinya
mendakwa bahawa Allah bersatu dengannya atau dengan sesuatu yang lain.
Contohnya seperti air yang bercampur dengan gula lalu menjadi air gula.
iii)
التشبيه : أن يدعى
أحد أن الله يشبهه أو يشبه أي من خلقه فيعبد على أنه يشبه الله
ertinya
mendakwa bahawa Allah menyerupainya atau menyerupai mana-mana makhluk-Nya.
Contohnya seperti mentajsimkan Allah dengan mengatakan Allah mempunyai
tangan, jari, duduk bersila dan sebagainya.
iv)
التعطيل : أن يدعى
أحد أن الله يفعل كل شئ بذاته العلية معطلا بذالك فعل الأسماء والصفات
ertinya
mendakwa bahawa Allah melakukan sesuatu dengan zat-Nya dan mengabaikan perbuatan
bagi Asma’ dan Sifat-Nya. Hakikatnya Allah berbuat sesuatu dengan Asma’ dan
Sifat-Nya dan kedua-duanya adalah memberi bekas.
TOKOH-TOKOH
ASWJ
Imam
Abu al-Hassan Ali b Ismail al-Asyaari (324)
Imam
Abu Mansur al-Maturidi (333)
Imam
al-Tahawi
Imam
al-Ghazali
Imam
as-Sanusi
Imam
al-Shafei
Sheikh
Ahmad ar-Rifaei
Sheikh
Abd. Qadir al-Jilani
Sheikh
Abu al-Hassan as-Syazuli
Sheikh
Ibrahim ad-Dusuqi
Sheikh
Daud al-Fathani
Sheikh
Abd Samad al-Palembani
Sheikh
Ahmad al-Fathani
KARYA-KARYA ASWJ
Risalah
tauhid
Al-Ibanah
Ihyaa’
Ulumuddin
Faridah
alfaraid
Jauharah
Tauhid
Risalah al-^Aqidah al-Tahawiyyah karya al-Imam Abu Ja^far al-Tahawi (w. 321 H),
Kitab al-^Aqidah al-Nasafiyyah karangan al-Imam ^Umar
al-Nasafi (w. 537 H),
Al-^Aqidah al-Murshidah karangan Ibnu Tumart
Al-^Aqidah al-Salahiyyah
Permasalahan
1. Nassun
Sahih wa Fahmun Khati’ Linassin Sahih (Tidak Tepatnya Pemahaman terhadap Teks)
2. Ihtikam
Ligair Arbab al-Huda > (Memohon Petunjuk Kepada yang Bukan
Ahlinya)
Ta’mim
al-Khass (umum yg. khusus)
Giyab
Madlulat al-Alfaz (Hilangnya Makna Tiap Kata)
• Tiada
Pengetahuan /
• Gagal
Memahami Ancaman
• Tidak/Kurang
Sensitiviti Isu Umat
• Kurang
Pendedahan
• Kelewatan
Penguatkuasaan
• Tindakan
Tidak Bersepadu
MAKNA
AJARAN SESAT
• Suatu
Pengajaran atau Amalan yang dibawa oleh
orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ianya berdasarkan kepada ajaran
Islam atau ianya tidak berlawanan dengan ajaran Islam tetapi sebenarnya amalan
tersebut adalah berlawanan dengan Akidah dan Syariah Islam berdasarkan al-Quran
dan as-Sunnah (Jakim).
•
Syeikh Abdullah Fahim :Sedutan Wasiat Buat
Melayu
•
Beratus-ratus tahun bangsa Melayu seMalaya ini
bermazhab (feqah) dengan al-Imam asy-Syafi`i ijma`an, usuluddin
atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari dan tasawwuf atas perjalanan al-Imam
al-Ghazali. Sekarang sudah timbul mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari
mazhab 4 mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan
faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati.
Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada
seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan
menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
LANGKAH PEMERKASAAN ASWJ
• Pemantapan Akidah,Fiqh ,Tasawuf
• Pendidikan dan tarbiah
• Penyemarkkan melalui Media (cetak,Siber,Audio/
Visual)
• Undang-Undang
• Jaringan dan Hubungan Institusi
MAKNA/ASAL
USUL SYIAH
Abdullah
b. Sabaa’ (Zaman Saidina Osman al-Affan)
Dakwaan
wasiat nabi SAW
Isu
politik-isu agama
Klafikasi
Syiah
Syiah
Sabaiyyah : Abdullah b Sabaa’
Syiah
Kaisaniyyah: Mukhtar b Uabi Ubaid as-Saqafi
Syiah
Imamiyyah(Ja’fariyyah): Imam 12
Syiah
Ismailiyyah: 7 Imam
Syiah
Zaidiyyah: Imam Zaid b Ali b Husin b Ali b Abi Talib
PANDUAN
UMUM DAN CIRI-CIRI/ PERKARA BERKAITAN SYIAH
Imam Adalah Maksum
Menambah Syahadah
Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati
Ar-Raj’ah:
Kebangkitan sebelum kiamat untuk menerima pembalasan.
Al-Bada’:
Allah tidak mengetahui sesuatu perkara sehinggalah perkara itu berlaku. Dalam
ertikata lain menisbahkan jahil kepada Allah ta’ala
Takfir Sahabat
Wasiat Khilafah kepada Saidina Ali k.w.
Syi’ah menganggap sahabat2 adalah perampas khilafah daripada Ali r.a. yang
dilantik oleh Nabi s.a.w. di Ghadir Khum.
al-Taqqiyah Menghalalkan bohong, nifak,
hipokrit atas nama agama dan menamakannya taqiyyah dan menjadikannya sebagai amalan utama dalam kehidupan mereka.
Imam-imam
kekal dan tidak binasa.
Imam-imam
mengetahui segala perkara termasuk perkara ghaib.
Syi’ah
memberikan sifat khusus kenabian kepada imam-imam mereka
Kedudukan
imam-imam lebih tinggi dari kedudukan para nabi dan malaikat
Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan
Menghina Isteri-Isteri Nabi. Syi’ah
menghina, mengkafirkan dan melaknat isteri2 Nabi s.a.w. terutamanya Sayyidah ‘Aaisyah,Sayyidah
Hafsah r.a.
Menghalalkan Nikah Mut’ah
Sahabat2
Nabi saw murtad kecuali beberapa orang sahaja. Mereka adalah manusia paling
jahat di atas muka bumi. Sahabat yg paling dibenci Syi’ah ialah sahabat yg
paling berjaya meluaskan ajaran Islam iaitu Saidina Umar dan banyak
meriwayatkan hadith iaitu Saidina Abu Hurairah.
Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal
Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir
Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam
Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Menolak Ijmak Ulama’
Akidah
syirik Syi’ah berpunca daripada akidah al-Imamah wal-walayah yang terdapat di
dalam rukun Islam mereka:
“Islam
ditegakkan di atas 5 perkara; sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah. Tidak
ada satu pun daripada rukun2 tersebut yang diseru sebagaimana seruan yang
diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil ke-empat2nya dan
meninggalkan yang ini, iaitu walayah.”
Al-Quran
yang ada sekarang telah ditokok tambah isi kandungannya dan telah diselewengkan
oleh golongan sahabat.
Pandangan Syi’ah Terhadap Aswj:
Nabi
saw kononnya bersabda: "Imam2 setelahku 12 orang, yang pertama Saidina Ali
bin Abi Talib a.s. dan yang terakhir al-Qaim. Ketaatan kepada mereka seperti
ketaatan kepadaku. Menderhakai mereka sama seperti menderhakaiku. Sesiapa
mengingkari salah seorg dari mereka sesungguhnya telah mengingkariku.“
al-Majlisi Bihar al-Anwar jil. 27, hal. 61
TOKOH-TOKOH SYIAH
Khomeini
Khamenei
Muthahhari
Mulla
Sadr
Muhammad
Hussein Thabathaba’I
Jalaluddin
Rachmat
Haidar
Baqir
KARYA-KARYA SYIAH
Sumber
Rujukan Utama Syiah
1)
“al-Usul Min Al-Kafi” karangan Muhammad bin Ya’qub bin Ishaq
Al-Kulaini, ulama Syiah terbesar di zamannya. Dalam kitab
itu terdapat 16199 hadis.
2)
“Man Laa Yahdhuruhul Faqih” karangan Muhammad bin Babawaih al-
Qumi. Terdapat di dalamnya 3913 hadis musnad dan 1050 hadis mursal.
3)
“At-Tahdzib“. Kitab fiqh ini dikarang oleh Muhammad
4)
“Al-Istibshar“, oleh pengarang yang sama, mencakup 5001 hadis.
Imam 12
- `Ali bin Abi Talib (wafat 40 H)
- Hasan bin `Ali (wafat 50 H)
- Husain bin `Ali (wafat 61 H)
- `Ali Zainal `Abidin bin Husain (wafat 94 H)
- Muhammad al-Baqir bin `Ali Zainal `Abidin (wafat 117 H)
- Ja`far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H)
- Musa al-Kazim bin Ja`far as-Sadiq (wafat 183 H)
- `Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H)
- Muhammad al-Jawaad bin `Ali ar-Ridha (wafat 220 H)
- `Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H)
- Hasan bin `Ali al-`Askari (wafat 260 H)
- Muhammad bin Hasan al-`Askari al-Mahdi (ghaib 260 H)
MAKNA/ASAL USUL WAHABI
• Sejarah
kemuncu Al-Wahabiyyah ialah satu fahaman
atau aliran pemikiran yang dinisbahkan kepada pengasasnya syeikh Muhammad b.
Abd al-Wahab (115H/1703-1206H/1792).
• Pendokong
kepada Ibn Taimiah dan Ibn Qayyim al-Jauziyyah bahkan lebih syadid
PANDUAN UMUM DAN CIRI-CIRI/
PERKARA BERKAITAN WAHABI
Tuhan
Bertempat Di Arash/Langit
Tashbih
Dan Tajsim
Menolak
Sifat 20
Menolak
Mazhab Fiqh (Anti Mazhab)
Salahfaham/
Menghukum Bid’ah/Syirik/Kufur
Tawasul
Syirik
Sambutan
Maulid Bid’ah Dholalah
Mendakwa
berpegang al-Quran dan Sunnah
Mendakwa
mengikut Manhaj Salafi (salafussoleh)
Meneruskan
fahaman pemecahan Tauhid kepada 3 bahagian
Bergerak
aktif dengan isu syirik-mensyirik, kafir-mengkafir
Mempromosi
ayat mutasyabihat secara meluas
Menyerang
golongan tasawuf/tarekat
Isu
Takfir
Takwil
dianggap tahrif
Tafwid
dianggap Ta’til
Orang
kafir ada Tauhid?
Tauhid
ini ada 2 jenis, kata mereka iaitu:
1.
Tauhid Rububiyah iaitu tauhidnya orang kafir dan tauhidnya orang musyrik yang
menyembah berhala, atau dengan kata lainnya “Tauhid” orang yang syirik.
2.
Tauhid Uluhiyah iaitu tauhidnya orang Mukmin, tauhidnya orang Islam serupa iman
dan Islamnya. Baginya ibadat langsung terus kepada Allah tanpa tawasul
TOKOH-TOKOH
WAHABI
Ibnu
Taimiah
Ibnu
Qayyim
Abu
Bakar Al-Jazair
Abdul
Aziz Bin Baz
Nasrudin
Al-Albani
Solleh
Fauzan
Solleh
al-Uthamain
Rasul
Dahri
Ismail
Lutfi
Ibn
al-Alusi (1202-1317)
Abd
al-Rahman al-Mua’llimiy (1313-1386)
Al-Qanuji
: Sidq Hassan al-Khan
Hamad
b Nasr b Uthman al-Najdi
Ahmad
Ibrahim al-Najdi
Jamaluddin
al-Qasimi al-Dimasyqi
Muhd
khalil Harras al-Masri
Abd
Razzaq Afifi Ahmad Syakir al-Masri
Zuhair
Syawisy
Muhd
Nasib al-Rifa’I
Mahmud
Mahdi Istanbuli
Hamud
al-Tuwaijri
Hamad
al-Ansari
Abdullah
bin Sa’di al-Ghamidiy
Muhd
Jamil Zainu
Dr
Umar Sulaiman Asyqar
Furaih
bin Soleh al-Bahlul
Salim
al-Hilali
Marwan
alQaisi
Syeikh
Abd Qader al-Arnawuth
KEPUTUSAN
JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN MENGENAI FAHAMAN AL-WAHHABIYYAH
KERAJAAN MALAYSIA SECARA RASMINYA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN AL-WAHHABIYAH BERDASARKAN:
1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,
2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,
3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,
4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,
5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,
6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,
7- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,
8- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-20 PADA TAHUN 2002,
9- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.
KEPUTUSAN MENYEKAT AJARAN AL-WAHHABIYAH DIAMBIL KERANA AJARAN INI TIDAK BERSESUAIAN DENGAN PENDEKATAN ISLAM DI MALAYSIA SERTA DIKHUATIRI IANYA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT.
KERAJAAN MALAYSIA SECARA RASMINYA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN AL-WAHHABIYAH BERDASARKAN:
1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,
2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,
3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,
4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,
5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,
6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,
7- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,
8- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-20 PADA TAHUN 2002,
9- MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.
KEPUTUSAN MENYEKAT AJARAN AL-WAHHABIYAH DIAMBIL KERANA AJARAN INI TIDAK BERSESUAIAN DENGAN PENDEKATAN ISLAM DI MALAYSIA SERTA DIKHUATIRI IANYA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT.
MAKNA/ASAL
USUL ISLAM LIBERAL
Neo-Muktazilah
Liberalism-
asal dari bahasa Latin ‘liber’ maknanya bebas dan merdeka.
Islam liberal diperkenalkan oleh buku “Liberal
Islam : A Source Book” yang ditulis oleh Charles Kuzman (London, Oxford
University Press, 1988) dan buku “Islamic Liberalism : A Critique of
Development Ideologies ” yang ditulis oleh Leonard Binder (Chicago,University
of Chicago Press, 1998).
PANDUAN
UMUM DAN CIRI-CIRI/ PERKARA BERKAITAN ISLAM LIBERAL
Pluralisme Agama.
Kebebasan mentafsirkan teks-teks agama Islam.
Penolakan
Autoriti Keagamaan
Menilai
semua hadis-hadis Rasulullah SAW.
Menilai
semula hukum feqah
Rasionalisme
dan sekularisme
Pembebasan
wanita
FOKUS
ISLAM LIBERAL
1.Liberalisasi bidang akidah dengan penyebaran faham pluralisme
agama.
2. Liberalisasi bidang syariah dengan melakukan
perubahan metodologi ijtihad.
3. Liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan
dekonstruksi terhadap al-Quran. (Adian Husaini, Liberalisasi Islam di
Indonesia, 2006, m.s.11)
Pendekatan ‘Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka
sebagai orang yang menolak agama, tetapi
berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula
al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fikah’
TOKOH-TOKOH LIBERAL
Nicholas
Madjid (CaK Nur)
M.
Lutfi Shaukani
Qasim Amin
Muhammad Arkoun
Ali
Abdul Raziq
Ashgar
Ali Engineer
Djohan
Efendi
Ulilabsar
Abdallah
Nasr
Hamid Abu Zaid
Hassan
Hanafi
Harun
Nasution
Fazlur
Rahman
KARYA-KARYA ISLIB
PENDEDAHAN STRATEGIK
RAND Corporation.The RAND adalah singkatan kepada “Research
and Development”
: “Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and
Strategies”. Oleh Cheryl Bernard,2003
“Building
Moderate Muslim Networks” oleh Cheryl Bernard,
FATWA BERKAITAN UNSUR
LIBERAL & PLURALISME
LIBERAL & PLURALISME
FATWA
KALIMAH ALLAH 82/2008
FATWA
YOGA - 83/2008
FATWA
MENGANJURKAN BUKAN ISLAM SUPAYA BERDOA MENGIKUT CARA MASING2 - 74/2006
FATWA
VALENTINE’S DAY – 71/2005
FATWA
CANDLELIGHT VIGIL - 88/2009
MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS
KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA YANG BERSIDANG BUAT KALI KE 74
PADA 25-27 JULAI 2006 YANG LALU TELAH MEMUTUSKAN PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL ADALAH
SESAT DAN MENYELEWENG DARIPADA SYARIAT ISLAM.
SUMBER SOKONGAN
• SYIAH
• WAHABI
• I.LIBERAL
• BARAT
& ….
• Konrad
Adenauer Foundation
• RAND
• Asia
Foundation
• Ford
Foundation
• Institut
Kajian Dasar
• Jaringan
Islam Liberal
• Sisters
In Islam
• Oxfam Novib
• Global Fund for Women,
• The Sigrid
Rausing Trust
• Hivos
Sekian,
terima kasih.
Susunan:
Rizhan el-Rodi