Adab Terhadap Rasulullah n Sahabat


Antara Adab Terhadap Rasulullah Dan Sahabat

Adab merupakan suatu tatacara dan akhlak yang memaparkan penampilan seseorang insan. Tuntutan agama amat menitiberatkan aspek beradab dan berakhlak. Adab merupakan suatu penzahiran daripada seseorang samaada melaui tingkahlaku dan pertuturan, iaitu samaada melaui penulisan dan perkataan dan seumpamanya.

Sabda Rasulullah SAW (Telah memperadabkan daku Rabbi(Tuhanku) maka eloklah adabku..) Rasulullah SAW merupakan qudwah yang terbaik dan ikutan sepanjang zaman.termasuklah dalam perkara adab bahkan baginda SAW insan yang begitu beradab.

Sebagai insane adalah menjadi tuntutan untuk beradab dengan sesiapa sahaja dan lebih-lebih lagi dengan orang yang lebih mulia daripada mereka seperti para nabi, sahabat dan para solihin. Kerana Baginda SAW merupaka pembawa rahmat dan pemberi syafaat. Demikian juga dengan para sahabat r.a. yang dikasihi oleh Baginda SAW. Tuntutan ini tidak terhad di zaman hidup mereka sahaja bahkan ianya adalah untuk sepanjang zaman.

Adab dan akhlak terbentuk berdasarkan asuhan, didikan, ilmu dan kefahaman samada melaui ibubapa, guru, keluarga, masyarakat dan diri sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab sebagai insan muslim mempunyai adab dan akhlak terhadsap Baginda SAW dan para sahabat r.a. iaitu dari segi menyebutnya, penulisan, ketika menziarahi makamnya dan ketika mendengar apabila namanya disebut dengan mengucapkan selawat kepada Rasulullah SAW. Firman Allah Taala yang bermaksud : Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah diantara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu… ) an-Nur:63

Para menegaskan betapa pentingnya sarana sup[aya beradab didalam memanggil nama nabi samaada dalam perkataan atau penulisan. Demikian juga ianya diqiaskan sama terhadap para sahabat r.a.

Kedapatan ramai yang tidak menyedari samada secara sengaja atau tidak sengaja yang tidak beradab terhadap nabi dan sahabat samaada ketika menyebutnya, mendengar ianya disebut dan didalam penulisan. Kemungkinan ianya dianggap remeh dan tidak mengapa. Bahkan sesetengah yang mengambil tidak kisah dengan kemuliaan Rasululah SAW dan para sahabat seumpama orang lain. Namun sebagai insan dalam keadaan tertentu pula umpamanya terhadap orang tua, ibu bapa dan mereka yang mempunyai jawatan atau kedudukan dipanggil dengan cara beradab dan gelaran yang baik terhadap mereka. Berbanding dengan Nabi SAW dan sahabat memadai dengan memanggil nama mereka secara terus tanpa ada sensitiviti dan kasihkan mereka.

Umpamanya ramai yang senyap apabila nama Rasulullah SAW disebut tanpa menjawab selawat keatas Baginda SAW, walhal selawat kepada Baginda begitu mulia dan mendapat ganjaran istimewa di sisi Allah Taala. Sebagai insan muslim jangan lupa akan syafaat Nabi SAW yang sangat bernilai di akhirat kelak. Kedapatan juga yang hanya menyebut nama nabi secara terus tanpa adab menyebut Saidina atau nabi atau seumpamanya. Begitu juga terhadap sahabat yangmenyebut terus nama mereka tanpa sebutan Saidina. Yang mempamerkan sikap kurangnya kasih kepada Nabi SAW dan sahabat r.a. samada dalam penulisan dan sebutan.

Realiti hari ini ramai yang begitu beradab dengan orang tua dengan panggilan pakcik ataumakcik, dengan orang yangberpangkat dengan panggilan tuan, encik , dato’ dan seumpamanya. Tetapi dengan Rasulullah memadai menyebut dengan nama ‘Muhammad’, yang sepatutnya disebut ‘Saidina Muhammad’.

Ulamak menyatakan seseorang yang menyebut nama sahabat r.a. dan Rasulullah SAW tanpa beradab adlaah seumpama mereka yang menganggap mereka tersebutadalah setaraf dengan mereka.

Tujuan beradab terhadap Rasulullah SAW dan sahabat r.a. ialah mencapai keberkatan, syafaat Nabi SAW, limpahan kerohaniaan, mahabbah Nabi dan Sahabat Baginda SAW.

Anjakan perubahan hendaklah dilaksanakan sebagaimana tuntutan agama agar kita menjadi manusia yang beradab terutama dengan Baginda SAW dan sahabat baginda SAW. Mudah-mudahan mendapat hidayat petunjuk dan syafaat Rasulullah SAW dan tergolong kalangan mereka yang dikasihi Baginda SAW. Amin Ya Rabb.