Syeikh Ibrahim al-Dusuqi



SYEKH IBRAHIM AL-DUSUQI
Syeikh Ibrahim Dusuqi dilahirkan pada tahun 623 H di Dusuq, Mesir. Syekh Ibrahim Dusuqi bin Abd Aziz Abu al-Majd bin Ali Quraish bin Muhamad Abi Redha bin Mohamad an-Najjar bin Ali Zainal Abidin bin Abdul Khaliq bin Mohamad at-Tayyib bin Abdullah al-Kattam bin Abdul al-Khaliq bin Abi al-Qasim bin Jaafar al-Zaki bin Ali al-Hadi bin Imam Mohamad al-Jawad bin Imam Ali Redha bin Imam Musa al-Kazim bin Imam al-Ja’far as-Sodiq bin Imam Mohamad al-Baqir bin Imam Ali Zainal Abidin bin Imam al-Hussin bin Saidina Ali dan Saidatina Fatimah az-Zahra’ binti Saidina Mohamad SAW. Manakala ibunya Sayyidah Fatimah as-Syaziliah binti Abdullah merupakan saudara perempuan kepada Syeikh Abu al-unya Sayyidah Fatimah binti Abdullah bin Abd Jabar, saudari tokoh sufi terkenal Abu Hasan Syazili.

Syekh Ibrahim Dasuqi ini juga mempunyai silsilah satu nasab dengan Sayyid Ahmad Badawi keturunan kesepuluh Sayyid Ja’far al-Turki bin Ali al-Hadi.. Beliau belajar ilmu bahasa, agama dan menghafal Al Qur’an dan hadis , Fekah mazhab as-Syafi dimana beliau juga bermazhab as-Syafei.

Tariqah beliau ini dikenal dengan nama Tariqah Burhamiah yang diambil dari namanya atau Tariqah Dusuqiah, diambil dari nama tempatnya. Syeikh Ibrahim Dusuki dan para pengikutnya ini memakai serban warna hijau sementara serban yang dipakai oleh Sayid Badawi dan para pengikutnya berwarna merah, sedangkan para pengikut Tariqah Rifaiyah berwarna hitam.

Sultan Zahir yangmendengar tentang keilmuan Syeikh Ibrahim Dusuqi telah melantiknya sebagai Syekh Islam, maka beliau menerima jabatan itu dan melaksanakan tugasnya tanpa mengambil gajinya, tapi membagikan gaji dari jabatan ini kepada pada fakir miskin dari kalangan muslimin. Sultan juga membangun sebuah tempat pertemuan untuk Syekh dan para muridnya dalam belajar memahami agama, jabatan ini tetap dipegang oleh Syekh Ibrahim sampai meninggalnya Sultan . setelah sultan meninggal, beliau mengundurkan diri, meluangkan waktunya bagi para muridnya.

Maulana Syeikh ini adalah seorang yang berani tidak menghampiri kepada penguasa dan tidak takut akan celaan orang-orang yang mencela di dalam menyebarkan agama Allah. Syekh Jalaludin al-Kharkhi bercerita; bahawasannya Syekh Dusuqi ini pernah berkirim surat kepada Sultan Asyraf Khalil bin Qalawun yang berisi kritikan pedas padanya, karena perbuatan zalim yang dilakukan kepada rakyat. Maka Sultan pun murka dan memanggil Syekh, tapi Syekh Dusuqi ini menolak untuk mendatangi panggilan ini dan berkata: ”Aku tetap di sini, siapa yang ingin bertemu saya, maka dialah yang harus menemuiku”. Dan Sultan pun tidak dapat berbuat apa-apa terhadap Syekh karena dia tahu posisinya di sisi masyarakat, maka diapun datang kepadanya dan minta maaf. Dan Syekh pun menyambutnya dengan baik dan memberi khabar gembira akan kemenangannya dalam peperangan melawan tentara salib, dan memang terbuktilah kemudian kemenangan itu.

Dicatatkan bahwa Syekh al-Itris yang dimakamkan di samping Sayidah Zainab di Kaherah adalah saudara Syekh Dusuqi. Syekh Dusuqi ini di samping menguasai bahasa arab juga menguasai bahasa asing lain seperti bahasa Suryaniyah dan Ibriyah, beliau telah menulis sejumlah buku dan risalah dalam bahasa Suryaniyah.

Syekh Dusuqi meninggalkan banyak kitab dalam bidang fiqih, tauhid, dan tafsir. yang paling terkenal adalah kitab yang masyhur di sebut “Al-Jawahir” atau “Al-Haqaiq”, dan juga Qasidah.
Maulana Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi mempunyai pelbagai gelaran iaitu;

Abu al-Ainain, Syekhul al-Islam, Imam Syariat dan Hakikat, Rais ad-Diwan, Ghaus al-Iwan, Qutub al-Aqtab, Burhan Millah Wa ad-Din, Qutub ad-Dakwah wa al-Irsyad, Qutub al-Fard al-Jami’ al-Hasib an-Nasib al-Labib as-Syarif, Kibar al-Arifin, Sultan al-Auliyaa’ dan Hujjatul at-Tauhid..
Beliau wafat kurang lebih tahun 676 H dalam usia umur 43 di Dusuq, dan dimakamkan di zawiyyah-nya dimana beliau selalu beribadah di dalamnya. berdekatan makamnya, ada makam saudara sekaligus penggantinya iaitu Sayyid Musa Abu al-Imran.