Kitab 'Hadiqatul al-Azhar wa ar-Rayahin' Syekh Wan Ahmad al-Fhatani


HADIQATUL AL-AZHAR WA AR-RAYAHIN’ Oleh Syeikh Wan Ahmad al-Fhatani

Karya ini merupakan antara karya agung Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fhatani (5 Syaban 1272/10 April 1856 - 11 Zulhijjah 1325/ 14 Januari 1908)(seorang ulama, cendikiawan, ilmuan, pemikir, ahli sejarah, ahli perubatan, ahli hikmah, ahli falak, ahli penerbitan dan strategis). Berasal dari Pattani dan seorang ulama' bersemangat patriotisme dan nasionalisme Melayu).

Karya ini siap ditulis pada hari Sabtu 15 Syaban 1307= 6 April 1890.
Manuskrip karya agung ini terdapat di Pusat manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Kuala Lumpur, yang diserahkan oleh waris keturunannya iaitu T.G. Hj Wan Mohd Saghir Abdullah (pengasas Khazanah al-Fhataniyyah dan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik dan Moden Ulama Nusantara(PENGKAJI). Salinan karya ini ada dengan penulis cetakan 1935/1354 cet. Ke-3, terbitan Persama Press, Pulau Pinang dan naskhah asal ada di Perpustakaan Awam Islam, Kuala Lumpur.

Sinopsis:
Kitab ini membicarakan tentang kelebihan amalan zikir dan faedahnya serta kelebihan selawat dan menuntut ilmu. Ianya juga membicarakan manaqib ringkas para ulama’ mujtahid imam Feqh dan para ulama’ Sufi dan Iman Tasawuf serta qutub tasawuf. Kepentingan sejarah dan sejarah Kesultanan Osmaniah dan para khalifahnya. Ancaman fahaman dan akidah Wahabi terhadap ASWJ dan umat Islam. Kitab ini juga membicarakan kepentingan ilmu Tasawuf , Feqh, seni khat, ilmu bahasa, ilmu perubatan, ilmu politik, pemikiran dan sebagainya serta munajat dan tawasul.

Karya ini memaparkan pemikiran strategis penulis dan keprihatinan terhadap umat Islam dan nasionalisme tanah Melayu. Hubungan beliau dengan kesultanan Turki Osmaniah serta beliau merupakan ulama pengembara menjelajah banyak Negara serta pengalaman, seterusnya merupakan penggerak gerakan ulama’ dan media cetak kalangan ulama Melayu. Kitab ini amat bermanfaat sebagai rujukan ilmiah dan pemikiran massa.

Karya ini dikategorikan bidang sejarah dan pemikiran. Kata-kata Syeikh Wan Ahmad dalam kitab ini mengenai sejarah iaitu:

‘Ilmu Tarikh itu daripada sebesar-besar segala ilmu kadarnya dan terlebih cemerlangnya, didalam segala kelam, tercengang itu qamarnya, memberi faedah ia akan yang mempunyainya, akan cerdik dan tajam penilikkannya dan jauh pandangannya dan luas pengetahuannya, hingga meninggilah ia atas segala mereka yang semasanya dan sama taranya, dan mendapat ia akan beberapa martabat yang tinggi didalam dunianya, bahkan membawa kepada manfaat bagi ukhranya kerana dengannya lah jadi caraca bagi tolannya bagi afkar dan dengan dia pula dapat mengambil iktibar dqan dengan dia diketahuikan segala hawadith didalam segala masa dan didalam cerminnya, terlihat barang yang mentadwinkan dia oleh segala mereka yang dahulu daripada ulum dan sonai, dan nyatalah dengan dia oleh barang yang tersembunyi daripada segala ehwal kurun yang telah lalu dan sekalian khabar segala negeri dan barang yang didalamnya daripada asthar dan manafi’.

Pesanannya :
Bendaharaan ilmu perladungan kepandaian, memandang cemerlang dan kebijakan dan kehandalan ..