Bidaah dan TipuDaya



Antara bidaah dan tipu daya

Ketika mana perasaanku mula bergerak ke arah penulisan, ku kirakan bahawa bahasa merupakan sejenis petikan ke atas piano-kita mendengar kepadanya kerana dirinya…….
Aku mulakan dengan penuh perhatian mengikut rentak muzik yang betul kerana setiap huruf dan kalimah itu adalah berkecamuk, perlu di’petik’ dengan betul untuk menghasilkan rentak dan nada lagu betul, indah dan cantik………

Tetapi kemudiannya ku melepaskan diri dari pemikiran-pemikiran ini dan ku hancurkan benteng-benteng sempadan di antara apa yang ku tulis dan di antara apa yang diperkatakan oleh orang. Keindahan itu bukanlah dituntut kerana dirinya tetapi ia dituntut kerana manfaatnya. Jika tidak, kita akan menjadi penyembah-penyembah berhala yang diukir dari kalimah-kalimah dan perkataan.

Terdapat satu perkataan yang aku terpaksa berhenti di sisinya untuk jangka masa yang panjang. Ku merasakan bahawa perkataan tersebut adalah seperti seekor kuda yang liar, susah untuk menguasainya.
Perkataan tersebut adalah kalimah “bid’ah” kalimah yang membuka pintu-pintu pertengkaran dan pergaduhan di antara umat Islam dan menjadikan mereka sentiasa dalam keadaan berpecah belah, keadaan liar…..seolah-olah mereka berada dalam suasana perang saudara. Sesiapa saja yang hendak mengharamkan sesuatu kepada kita, hanya perlu menyifatkannya dengan bid’ah…sesiapa saja yang hendak menjadikan kita berjalan di atas duri-duri paku dan kaca-kaca pecah- hanya perlu menyifatkan apa yang kita lakukan sebagai “bid’ah”

Ini adalah kerana kebanyakan orang Islam amat menjaga agama mereka dan berpegang teguh dengannya. Kerana itu mereka sangat takut dan bimbang dengan perkara-perkara bid’ah.
Semua perkara yang tidak dikenali pada zaman Rasulullah s.a.w dikirakan sebagai bid’ah?!….lalu kita takut kepada perkara-perkara tersebut?!….memang ada Rasulullah s.a.w bersabda, tetapi fahamilah dengan betul…

Sabda Rasulullah s.a.w :
” Awasilah kamu dengan perkara-perkara baru yang direka-reka. Maka setiap perkara tersebut adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat dan setiap yang sesat tempatnya adalah neraka.”
Dan Sabda Rasulullah s.a.w :
” Sesiapa yang mereka-reka di dalam urusan agama kami ini –perkara yang bukan berasal darinya, maka ia adalah tertolak.”

Hadis-hadis seperti ini telah disalahgunakan untuk ‘mengeluarkan’ umat Islam di zaman moden ini ; zaman angkasa lepas, zaman internet, zaman computer…….ke zaman batu. Setiap orang menilai segala perkara dan benda pada zaman ini sebagai bid’ah. Kita telah menjadikan keadaan lebih sulit dan susah dengan menghuraikan segala perkara sesuka hati.
Manusia bingung dan kita pun turut serta, bingung bersama mereka…..apabila mereka binasa, kita pun turut serta.

Perbincangan telah hilang definisi tentang bid’ah…definisi adalah penting untuk kita qiaskan segala-galanya…..hilang undang-undang, kaedah dan neraca…
Alhamdulillah, Allah telah bukakan kepada kita definisi bid’ah…senang untuk kita pertimbangkan hukum, dapat kita qiaskan apa-apa pun dengan definisi tersebut…..
Bid’ah itu ialah meluaskan apa yang telah dihadkan / ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya…Segala perkara sedemikian dikirakan sebagai bid’ah wajiblah kita jauhi dan wajiblah kita menolaknya. Bukan kita saja yang senang, bahkan dapat menyenangkan orang lain.
Sesungguhnya amal ibadat itu adalah terikat, mempunyai had-hadnya yang tersendiri…tidak harus diperluaskan ( tidak harus dilakukan sewenang-wenangnya ) …..meluaskannya adalah bid’ah.

Amal ibadat adalah terikat, samada dengan tempat dan masa seperti ibadat haji ( masa : 9 Zulhijjah, tempat : Bukit Arafah contohnya )…..atau terikat dengan masa, pihak tertentu dan cara perlaksanaan ; seperti solat ( masa : waktu-waktu solat, pihak : kiblat, cara : sujud, ruku’, duduk dan sebagainya )…atau terikat dengna waktu / masa, seperti fardhu puasa pada bulan Ramadhan…atau terikat dengan waktu dan nilai seperti zakat dengan segala jenisnya ( seperti zakat fitrah, zakat harta, zakat tanaman dan sebagainya.)

Adapun syahadah ” Lailahaillallah Saiduna Muhammadur Rasulullah ” ( dan ia merupakan ibadat yang paling penting dan asas )…tidakkah tarikat dengan waktu, pihak-pihak tertentu, nilai (nisab) keadaan ataupun tempat.
inilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya di dalam soal ibadah, maka sesiapa yang memperluaskan had-had yang telah ditetapkan itu… ia sebenarnya telah melakukan,perkara-perkara bid’ah.

Haji contohnya, tidak dapat dilakukan didalam Bulan Ramadahan. Fardhu puasa tidak mungkin dilaksanakan didalam bulan Syawal. Zakat pula tidak boleh dilakukan sesuka hati. Wukuf di Arafah tidak boleh dilakukan di atas Bukit Muqattham (di Mesir)… solat isya’ tidak boleh dilakukan tiga rakaat. Melanggar batasan-batasan inilah yang dinamakan bid’ah, yang membawa ‘tuannya’ ke neraka.

Adapun perkara-perkara yang bebas, terserah dan tidak terikat seperti amalan bersedekah….tidak boleh sesiapapun menghadkannya atau menyempitkannya…sekiranya dilakukan sedemikian, sesungguhnya ia telah melakukan perkara bid’ah.
Terdapat juga perkara-perkara yang telah dihadkan oleh Allah dan RasulNya, sesiapa melampaui had-had tersebut ia adalah ahli bid’ah kerana telah melakukan perkara baru dalam agama yang tidak ada asal dari agama…. ini adalah kaedah..terkadang, sangat mudah untuk kita qiaskan perkara-perkara lain dengannya, dengan itu kita akan selamat dari tohmahan bid’ah yang menyesatkan kita dan menyampaikan kita semua ke neraka sebelum kita mati lagi…
Sabda Rasulullah s.a.w:
” Sesiapa mencipta perkara baru dalam Islam, perkara-perkara yang baik, maka baginya pahalanya dan pahala orang-orang yang beramal dengannya, sehinggalah Hari Kiamat tanpa dikurangkan ganjaran-ganjaran mereka itu sedikit pun.”
Ini adalah ijtihad untuk memahami nas (Quran dan Hadis).

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa mencipta perkara baru dalam Islam, perkara-perkara yang tidak baik, maka baginyalah dosanya dan dosa orang-orang yang beramal dengannya sehinggalah Hari Kiamat tanpa dikurangkan dari dosa-dosa mereka sedikit pun”.
Ini adalah ijtihad untuk menyalahi nas (Quran dan Hadis)…meluaskan perkara yang sempit atau menyempitkan perkara yang luas.
Ini adalah undang-undang, neraca timbangan, qias dan perantaraan untuk hisab…Ia dizahirkan untuk menjaga segala ibadat… dan membuka pintu bagi menerima perkara-perkara yang baru berlaku didalam lingkungan adat. Mereka menyatakan bahawa ‘turtah’ sejenis biskut di Mesir adalah bid’ah…tanpa mereka sedar bahawa kandungannya ialah gandum, susu, gula dan minyak sapi.

Adakah terdapat apa-apa yang haram di dalam kandungan tersebut? mereka juga menyatakan bahawa patung pengantin dan kuda yang dibuat pada bulan Maulud Nabi s.a.w itu adalah bid’ah (di Mesir apabila tibanya bulan Rabiul Awwal telah menjadi adat rakyatnya yang Islam membuat patung pengantin dan kuda yang diperbuat dari gula, dan bahan-bahan halal yang lain sebagai manisan, sebagai tanda kegembiraan, kemenangan dan kebahagiaan dengan lahirlah Rasul akhir zaman, kekasih Allah yang paling agung s.a.w.)

Di dalam manisan ini tidak terdapat setitik pun benda yang haram. Adapun kebimbangan setengah pihak tentang manisan ini (yang berupa patung pengantin dan kuda) akan menjadi berhala…perkara dan kata-kata seumpama ini mudah untuk diperincikan. Patung atau ukiran , apabila tidak disembah bagi dirinya atau tidak disembah untuk mendapatkan apa-apa kehendak atau tidak disembah untuk mendekatkan diri kepada Allah. ….Maka ia adalah semata-mata patung/ ukiran (bukan berhala).

Sekiranya kita menyembah parung tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah maka ia adalah berhala ( shonam ). Jika kita menyembahnya kerana dirinya maka ia adalah berhala ( watsan )
Adapun patung-patung yang diperbuat dari manisan tersebut yang mana ianya ( berhala @ patung ) disembah oleh pembesar-pembesar jahiliah sebelum kedatangan Islam, telah menjadi permainan kanak-kanak selepas Islam. Tidak pernah kita dengar bahawa ada orang menyembah patung-patung manisan tersebut. Dan jika kita bimbangkan iman kita terhadap ukiran kuda tersebut…..maka apatah lagi jika terdapat kuda yang benar di hadapan kita?!

Sesungguhnya para sahabat telah memasuki Mesir pada zaman pemerintahan Saidina Umar ibnu Al-Khatab r.a, mereka merupakan pemerintah Gabenor dan Para Hakim. Meraka bukannya orang-orang biasa yang lemah. Mereka telah meninjau utara selatan timur dan barat negara tersebut dan telah melihat tempat penyembahan zaman Firaun, patung-patung mereka terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz.

Akan tetapi kita tidak pernah mendengar bahawa ada seorang sahabat yang mulia memecahkan patung-patung ukiran tersebut. Ini kerana mereka begitu arif bahawa ia merupakan terjemahan bagi satu-satu tamadun dan kemajuan tidak patut menghancurkannya…..Patung Ramses di Mesir menjadi saksi di atas perkara ini berpuluh-puluh kurun dahulu.

Kita tidak menjumpai seorang pun yang mengorbankan sesuatu kepadanya…..atau mendekatkan diri kepadanya dengan sesuatu…..adakah kita lebih mengetahui daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang belajar sendiri dari Baginda?!
Rasulullah s.a.w sebelum baginda berhijrah ke Madinah, baginda sering bertawaf di Baitul Haram ketika mana berhala-berhala jahiliah masih wujud di sekitar Kaabah. Ia merupakan sesuatu yang disembah oleh orang-orang jahiliah, tetapi ia tidak mempunyai apa-apa erti dan harga kepada Baginda. Demikian itu tidak dapat menegahkan keadaan Baginda Rasulullah s.a.w sebagai utusan Allah.

Ketika mana Baginda berhijrah ke Madinah dan selepas pertukaran kiblat, Baginda mula bersolat kea rah Baitul Haram ( Kaabah ) sedangkan berhala-berhala masih wujud di sekitar Kaabah…..Kenapakah Rasulullah s.a.w tidak menghentikannya sebagaimana datuk Baginda Nabi Ibrahim a.s menghancurkannya…..
Nabi Ibrahim a.s telah menghancurkan setengah daripada berhala-berhala pada zamannya dan setengah yang lain ditinggalkan. Perbuatan baginda ini telah memberi natijah kepada penyembah-penyembah berhala bahawa ia begitu rapuh….diperbuat dari tanah….oleh kerana kejahilan mereka…..mereka telah merekacipta kaedah baru dan mengukir patung-patung pada batu yang pejal supaya susah untuk pecah. Meraka telah mengukirnya dengan begitu cantik sekali dan menghiaskannya….. Lantaran baru, ia amat laris di pasaran.

Kedatangan Rasulullah s.a.w adalah untuk mencabut serta menanggalkan hubungan dalaman di antara hati seseorang mukmin dengan patung-patung atau ukiran-ukiran. Maka orang-orang Islam telah yakin bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, mereka ketahui bahawa patung-patung tersebut bukannya Tuhan- lantaran itu tercabut kehebatannya daripada hati-hati orang Islam. Dengan itu ia telah mati ( tidak mempunyai apa apa nilai ) dalam keadaan tegak berdiri – tanpa Rasulullah s.a.w menghancurkannya dengan tangan baginda yang mulia.

Setelah Allah bukakan kota Mekah kepada Baginda, Baginda masuk kepadanya tanpa memegang kapak atau senjata. Bahkan baginda hanya memegang sebatang tongkat yang kecil. Baginda masuk ke dalam Baitul Haram sambil membaca firman Allah :
” Dan katakanlah ( Wahai Rasul ) telah datang kebenaran dan leburlah kebatilan, sesungguhnya kebatilan itu adalah binasa.”
Dan setiap kali Rasulullah s.a.w mengisyaratkan dengan tangan Baginda ke arah patung-patung tersebut, ia tersungkur menyembah bumi. Para sahabat pula mengenyahkannya dengan kaki-kaki mereka sehinggalah patung-patung itu terkeluar dari Baitul Haram.
Kesemuanya ini adalah kerana Islam telah mencabut hubungan hati di antara manusia dan batu.

Sumber: Abnaa' as-Syeikh)