Turki antara Warisan Leluhur Dan Modenisme


Turki Antara Warisan Leluhur Dan Modenisme

Turki merupakan warisan kepada daulat Islamiah yang merupakan pusat terakhir khilafah Islamiah, pemerintahan Islam dan Ketamadunan peradaban Insaniah.

Kurun ke-21, mencetuskan gelombang baru di bumi Anatolia tersebut dengan kesedaran dan penghayatan kepada akar leluhur dan dalam masa yang sama bersifat massa. Turki bumi barakah lantaran bumi yang melahirkan ramai auliyaa dan mempunyai makam para nabi, sahabat, auliyaa dan tempat simpannya kebanyakkan barangan athar Rasulullah SAW bagi tabarruk dan melahirkan kecintaan kepada habibullah.

Menyingkap sejarah Turki Osmaniah kehebatan dan kegemilangan umat Islam dahulu bagaikan kembali, sejarah Turki Osmaniah ada merekodkan hubungan dan berkenaan alam Melayu serta hubungan kesultanan Osmaniah dengan kesultananan Melayu. Dicatatkan sultan Melaka sultan Mansur Syah dan Sultan Muzafar Syah serta pahlawan agung Melayu Hang Tuah pernah berkunjung ke Istanbul bagi hubungan Diplomasi dan antara daulat khilafah dengan tanah Melayu Islam sebagai naungannya. Justeru sejarah lama Turki harus dibongkar dan dikaji bagi pengkaji sejarah dan golongan intelektual ilmuan di Malaysia.

Begitu juga hubungan Sultan Abu Bakar Johor dengan Sultan Abd Hamid ii, dimana semasa kunjungan baginda ke Istanbul sekitar tahun 1860 baginda dilayan istimewa dan diberi keistimewaan dikurnia wanita Turki bernama Ruqayah Hanum. Setelah kembali ke Johor wanita ini berkahwin dengan keluarga sultan Johor iaitu dengan Ungku Majid ayah kepada Ungku Aziz, selepas kematian suaminya beliau berkahwin pula dengan Dato’ Jaafar ayah kepada Dato’ Onn ayah kepada Tun Hussin. Selepas kematian suaminya beliau berkahwin lagi dengan Syed Abdullah al-Attas atuk kepada Syed Husin al-Attas dan Syed Naquib al-Attas. Sememangnya keluarga ini juga mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Tun Razak (mantan PM ke-2).

Menyingkap rahsia kehebatan khilafah Turki Osmaniah antaranya ialah hubungan pemerintah dengan ulama’ sebagai penasihat khususnya ulama sufi. Golongan ulama ini juga pelopor kepada penyebaran dan dakwah Islamiah empayar Osmaniah sehingga ke eropah dan asia tengah. Hubungan dengan golongan sufi merupakan aset strategik kepada daulat dan inilah yang disedari pimpinan Turki sekarang yang banyak mengkaji sejarah sebagai pengajaran dan iktibar. Ulama Melayu yang mendapat perhatian khilafah Turki Osmaniah ialah Syeikh Ahmad al-Fhatani (ulama Melayu tersohor).

Tradisi masyarakat Turki masih berpegang dengan Teras Islam iaitu akidah ASWJ mengikut manhaj al-Maturidi, Fiqh mazhab Hanafi dan tasawuf mengikut Said Nursi atau mana-mana tariqat sufi. Tariqat sufi begitu menyerlah di zaman kegemilangan khilafah Osmaniah. Gerakan dipelopori Badiuzzaman (gelaran diberi gurunya Mullah Fethullah) dijadikan perangsang dalam perjuangan Islam dan karyangan menjadi rujukan rakyat Turki sehingga kini, bahkan karya agung beliau iaiatu Rasail an-Nur terus dijadikan panduan antaranya kepada madrasah yang ditubuhkan oleh para muridnya seperti madrasah Hayrat, Imam Hatip dan gerakan Gulen. Di zaman era Osmaniah Majlis al-Mesyeikh menjadi tempat pertemuan dan berkumpul bagi masyayikh tariqat sufi.

Kepimpinan moden Turki pernah di pimpin oleh Presiden Turgut Ozal dan Perdana Menteri Dr Necmettin Erbakan (keduanya pengamal tariqat al-Naqsyabandiah dan mempunyai hubungan akrab dengan syeikh-syeikh tariqat dan markaz sufi di Turki. Namun mereka akhirnya dijatuhkan pimpinan tentera yang masih utuh dengan dasar sekularisme Ataturk. Begitu juga adiknya Mehmet Korkuz Ozal aktif dengan tariqat sufi al-Naqsyabandi.

Tariqat-tariqat Sufi seperti al-Naqsyabandi, al-Qadiri dan ar-Rumiah masih aktif dan banyak sumbangan kepada masyarakat Turki. Demikian nur Islam masih utuh walaupun Attaturk memperkenalkan dasar sekularisme dan mengharamkan tariqat. Namun disebabkan ulama sufilah Islam masih utuh di sanubari masyarakat Turki sehingga hari ini.

Kurun ke-21 , Islam kembali bangkit di Turki dengan wajah massa dan segar dengan pimpinan Turki hari ini yang bijaksana dan strategis dalam berfikiran dan tindakan dan kerana mereka telah belajar daripada sejarah. Tariqat dan markaz sufi kini kembali subur di kalangan masyarakat Turki.

Pimpinan Turki sekarang membawa pendekatan moderat dan progresif, dimana pimpinan Presiden Abdullah Gul dan PM Tayeb Erdogan bijaksana dan strategis dalam tindakan mereka samada bagi dasar dalam Negara atau dasar luar Negara dengan bantuan pimpinannya termasuk menteri luar Ahmed Dousuglu. Dikatakan mereka suka menziarahi markaz tariqat dan mempunyai hubungan baik dengan syeikh-syeikh tariqat. Abdullah Gul dimana atuknya merupakan khalifah al-Naqsyabandiah. Antaranya markaz tariqat di masjid Iskenderpasa, Istanbul iaitu markaz al-Naqsyabandi. Begitu juga bekas speaker parlimen Turki Bulent Arinc adalah pengamal tariqat al-Naqsyabandiah. Erdogan dan Gul juga mempunyai hubungan baik dengan syeikh sufi seperti syeikh Ismail aga al-Naqsyabandi dan syeikh Mehmet Zahid Kotku al-Naqsyabandi al-Khalidi dan Prof. Esad Cosan al-Naqsyabandi.

Hubungan pimpinan Turki juga utuh dengan gerakan Gulen dan Hayrat serta madrasah Imam Hatip dan madrasah Hayrat dan persatuan perniagaan seperti MUSIAD dan TUSKAN. Bahkan rangkaian ini menguasai pelbagai bidang seperti kebajikan, hospital, media,kewangan, insuran, NGO, Think Tank dan madrasah, . Bahkan mereka mempunyai rangkaian TV, radio dan ahkbar seperi zaman. Jaringan ini merupakan strategik kerana telah berakar dan bermasyarakat dengan rakyat Turki. Justeru hubungan mereka bersama rakyat sejak sekian lama.

Parti politik AKP dan Saaedat akrab dan saling bekerjasama. Hubungan dan dasar dalam Turki kini adalah meningkatkan ekonomi dan perpaduan rakyat manakala dasar luar iaitu tetap berusaha bagi memasuk kesatuan eropah EU dan berbaik dengan Negara serantau serta pemulihannya. Dan sikap prihatin terhadap Palestin. Kebijakan pimpinan Turki membimbangkan golongan elit Turki yang melihat pengaruh mereka semakin kurang dan sekiranya Turki diterima eropah sebagai komuniti EU, kuasa dan kekuasaan tentera terhadap kerajaan Turki juga akan tergugat. Strategi dan kebijakan pimpinan Turki yang bersikap Liberal, moderat dan progresif perlu diambil panduan kalangan pimpinan Negara Islam hari ini. Bahkan Turki kini paling hadapan dari segi ekonomi, ketenteraan, politik berbanding kalangan Negara Islam lain.

Kesimpulan

Perkembangan Turki harus diambil perhatian dan pentingnya kerjasama dan jaringan dengan ikhwan di sana samada bersifat NGO, Think Tank, agensi kerajaaan, perniagaan, pengajian dan sebagainya. Kebijakan pimpinan dan pemikiran strategik mereka harus diambil contoh dan ikutan buat pejuang Islam. Teras Islam dari sudut akidah, fiqh dan tasawuf menjadi nadi penting yang tidak dapat dipisahkan. Begitu juga kepentingan penghayatan agama dan pembangunan rohani dan modal insan yang merupakan aset kepada daulat. Akar leluhur nusa bangsa dan agama tetap diperjuangkan dan dithabatkan, keranan sikap pragmatik dan moderat, progresif tidak bermakna tradisi dilupakan bahkan saling menguatkan dan lebih merakyat di hati rakyat. Perjuangan Islam perlu diutamakan dengan keutamaan penghayatan kerohanian dan berpaksi faham sunni ASWJ. Apa-apa laungan sekadar semangat, retorik, slogan, adalah kosong. Jatidiri rakyat dari sudut bangsa dan agama teras penting dalam gagasan peradaban dan ketamadunan. Islam dilihat bukan sekadar perkara akhirat sahaja tetapi suatu cara hidup dan mencakupi pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat. Kefahaman dan tindakan secara bersepadu dan sistematik lagi aulawiyyat, Kebijaksanaan dan akal bistari samat penting dalam konteks arus perdana yang bermacam cabaran mendatang dan luar dugaan. Semoga panji-panji kekuatan umat Islam terus bangkit dan menyinar serta kesepaduan hubungan akrab diantara umara dan ulama hakiki terus terjalin bagi melahirkan baldatun tayyiba warabun ghafur.