Kitab Hadiqatul al-Azhar Wa ar-Rayahin : Syeikh Ahmad al-Fathani


























































Mulai Ramadhan 1431 bersamaan Ogos 2010 penulis akan memuatkan secara bersiri transliterasi kepada tulisan rumi Melayu daripada kandungan karya Kitab Hadiqatul al-Azhar wa ar-Rayahin karya Syeikh Ahmad al-Fhatani (ulama' tersohor alam Melayu), siap ditulis pada hari Sabtu 15 Sya'ban 1307 bersamaan tahun 1889 dan mula dicetak pada tahun yang sama. Kitab ini merupakan antara karya agung Melayu, yang merangkumi karya dalam bidang sastera, pemikiran, sejarah, agama, perubatan, siasah dan lain-lain. Justeru bagi pengkaji pemikiran dan peradaban bangsa, buku ini amat penting untuk dibaca, diteliti, dihayati dan dikaji kerana ianya penting bagi pencerahan akal dan peradaban khususnya peradaban Melayu Islami.

Diatas kesedaran kepentingan buku ini buat tatapan generasi kini di alam maya, penulis akan memulakanan transliterasi karya ini dalam bahasa Melayu tulisan Rumi namun gaya bahasanya dikekalkan, kerana nilai gaya bahasa lama ini sungguh indah dan tinggi disisi ahli sastera. Ini menyingkap bahawa bangsa Melayu banyak meninggalkan manuskrip dalam pelbagai bidang dan kini antaranya berada di pelbagai negara. Dalam gagasan peradaban kajian sejarah amat penting bagi seorang strategis bahkan banyak dapat dipelajari dan diambil iktibar dalam menggali karya lama buat tatapan generasi alaf ke-21....Disamping kita mengambil nafhah barakah daripada ulama pewaris nabi.....

Siri (1)

Inilah kitab Hadiqatul al-Azhar wa ar-Rayahin pada menyatakan beberapa kelebihan akhyar dan beberapa banyak khabar auliyaa' dan solihin dan beberapa khabar salatin, pada beberapa banyak faedah yang elok-elok yang berhamburan yang gemar padanya oleh tiap-tiap manusia himpunan al-Faqir ila Faid KarramaRabbahi Taala waafuhu ar-Ridwani * Ahmad bin Mohamad Zain bin Mustafa al-Malayuwi al-Fathani afa Allah Taala anhu waan wa lidaih wa jamiia aslafihi wa aqaribihi wa ahbabihi wa muhibbihi Amin