Iktibar Strategi Badr al-Kubra



Iktibar Strategi Badr al-Kubra

Peristiwa Badr al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 H merupakan suatu iktibar yang penting bagi umat Islam. Kerana ianya mempunyai banyak hikmah, strategis dan panduan amat bermanfaat. Mujafid sufi massa merumuskan peristiwa ini sebagai rujukan bagi kehidupan dunia massa dan dalam perjuangan Fisabilillah dan kearah pembentukan peradaban insani.

Antara yang dapat diambil panduan :
1.Firman Allah Taala yang bermaksud
maksudnya: Sesungguhnya diberi kemenangan kepada kamu dengan badr (yakni Rasulullah )

Ulama al-Ariffin menyatakan bahawa 'badr' merupakan antara gelaran kepada Rasulullah SAW. Inilah intipati utama sebagai umat Islam bagi memperolehi kejayaan. Kerana mentaati dan mahabbah Rasulullah SAW adalah fardu ain dan suatu kewajipan sebagai insan muslim. Agama tanpa mahhabbah Rasulullah umpama makan ubat tanpa hadam (tiada mujarab.) Inilah intipati manifestasi kepada Rukun Islam pertama dan Rukun Iman ke-3.

Firman Allah Taala Maksudnya: Dan Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemerintah (pemimpin ) dari kalangan kamu.

Inilah rahsia kejayaan para sahabat dalam perang Badr tersebut. Justeru mahabbah dan ketaatan Rasulullah dan adab terhadapnya amat penting dan senantiasa dititiberatkan.
Dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ( Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi daku melebihi segala-galanya)
Sebagaimana maksudnya (Wahai Orang yang beriman janganlah kamu memanggil (menyeru) terhadap para nabi sebagaimana kamu memanggil (menyeru) sesama kamu.


2.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud (Kami kembali dari jihad al-Asghar kepda jihad al-Akhbar: apakah itu ya Rasulullah: Sabdanya iaitu mujahadah nafsu.

Mujahadah nafsu merupakan jihad paling besar kerana ianya musuh paling utama disamping syaitan, tipudaya dunia dan golongan musyrik. Bahkan mereka yang meninggal dalam jihad ini mati syahid
(Firman Allah Taala maksudnya: janganlah kamu beranggapan mereka yang mati di jalan Allah mati begitu sahaja tetapi mereka hidup (barzakhiah) di sisi Tuhan mereka diberi limpahan rezeki)

3.Maksudnya : Dan bersiap sedialah dari sudut kekuatan, dan......... tujuan menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu.......)

Islam mementingkan persediaan dalam apa perkara jua, begitu juga perlu perancangan dan strategi. Persediaan ini perlulah menyeluruh dan secara holistik bagi tujuan menggerunkan pihak musuh dan bukannya bagi menyerang atau membunuh . Dari segi kelengkapan perlulah peralatan moden dan semasa, latihan fizikal dan pemantapan diri dengan kekuatan dan kemahiran. Mahir dalam taktik, strategi dan maklumat info, mental perlu lasak dan bersedia menghadapi ujian dan kekuatan rohani sentiasa diutamakan kerana disinilah adanya pertolongan, amalan sunat amat diutamakan antaranya zikr dan selawat disamping doa dan tawakal.

Mempertahankan diri dan watan adalah suatu kewajipan, disini pentingnya semangat patriotisme dan semangat juang. Pendekatan dakwah sebagaimana maklum ada targhib dan tarhib.

4.Kesatuan dan ukhuwwah kerana umat Islam kuat antaranya dengan perpaduan, kesatuan dan semangat ukhuwah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara. Justeru bagi mencapai martabat ini adalah pengajaran tasawuf amat penting kerana hamba hakiki adalah golongan martabat mukmin atau ainul yaqin. keberadaan Martabat al-Islam(al-Muslim) seseorang itu masih lagi lemah dan tergugat keyakinannya. Justeru bagi menggerakkan agenda ini pendekatan tasawuf dan tarikat adalah penting dan perlu ditekankan.

Justeru penyucian hati dan mujahadah amat penting dan diutamakan, begitu juga amalan wirid, zikir dan selawat dan juga amalan sunat lain termasuk solat tahajud.
Firman Allah Taala Maksudnya:wahai orang yang beriman apabila bertemu musuh kamu maka zikrullah banyak-banyak mudahan kamu perolehi kejayaan)

Disamping itu perlunya seseorang kepada mursyid sebagai pembimbing sebagamana dinyatakan Allah taala dengan maksdunya:
(Sesiapa diberi petunujuk maka kamu akan mendapati bagi seorang petunjuk wahai nabi dan sesiapa yang disesatkan nescaya tiada baginya seorang wali mursyid. )

Inilah saranan kepada perlunya pembimbing rohani dan jalan menuju ke hadrat Ilahi dan inilah jalan yang diredhainya. Bagi mencapai kejayaaan dan peradaban hakiki. Sememangnya strategi mujahid sufi adalah suatu kerangka kearah kebangkitan dan kegemilangan Islam. Madrasah Ramadhan antara tujuannya bagi mengembalikan kepada fitrah manusia yang suci bersih iaitu suci daripada dosa dan kejahatan dan mengikut sunnatullah dan jalan diredhaiNya... semoga tarbiah ramadhan dapat meningkatkan iman dan kedudukan sebagai hamba Ilahi yang mukmin dengan tarbiah bimbingan ulama mursyid "Ulama' Pewaris Nabi'.

'Kullu am wa antum bikhair'