TATARSTAN, RUSIA

ISLAM & MUSLIM DI TATARSTAN, RUSIA.

Islam merupakan agama ke-2 terbesar DI Rusia iaitu lebih 25 juta rakyatnya daripada 145 juta adalah beragama Islam. Di Ibukota Moskow statistik menunjukkkan orang Islam melebihi 1 juta mendiami kotaraya besar tersebut.

Majoroti umat Islam berada di wilayah Tatarstan , Adyea, Nogai, Bashkortostan, Volga-Ural, Chechnya, Inghusetia, Dagestan, Kabardino-Balkaria & Karachay-Cherkessia. Tatarstan suatu wilayah autonomi yang diberi kuasa oleh kerajaan pusat Russia, bahkan Tatarstan kini antara wilayah (negeri) paling maju di kesatuan Russia.

Wilayah negeri Tatarstan didiami hampir 5 juta umat Islam disamping golongan Kristian, Yahudi, Budha, Sekular dan lain-lain agama. Islam dikataakan masuk ke Rusia melalui masyarakat Daghestani di Volga Bulgaria sekitara tahun 922 atau awal tahun 900. Tahun 1801 al-Quran pertama diterbitkan dan dicetak di Kazan ibu negeri Tatarstan kini. Bahkan mengikut kajian Kota Moskow adalah di buka dan dibangunkan oleh orang Islam.

Antara tokoh ulama’ Islam Syeikh Kul Sharif , di sana banyak manuskrip Islam di simpan termasuk manuskrip bahasa Melayu iaitu di Perpustakaan St Petersburg dan di Lembaga Orientalogi Akademi Ilmu Pengetahuan Nasional Moskow, bahkan manuskrip Islam ini masih dikaji pihak kerajaan Rusia dan golongan orientalis dan penyelidik strategis.

Umat Islam Negara itu rata-rata adalah berakidah Ahli Sunnah wal Jamaah bermazhab Hanafi dan bertasawuf tariqat al-Qadiri atau al-Naqsyabandi. Bahkan peranan gerakan sufilah yang mengukuhkan dan mempertahankan nur Islam di rantau tersebut. Ini sebagaimana dimaklum kepada penulis oleh seorang diplomat yang membuat kajian di sana. Walaupun kini sudah sekian lama ditekan oleh Komunis dan sekularisme namun roh Islam masih utuh walaupun ramai juga yang menjadi sekular atau sekadar keturunan Islam namun kini roh Islam semakin bangkit menyinar. Manakala ajaran wahabi dan Syiah yang semakin aktif disana namun rata-rata masyarakatnya menolak kerana ajaran kedua tersebut kerana adalah bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Mufti negeri tersebut juga mengingatkan bahayanya ajaran tersebut, kalau di Inghusetia terdapat undang-undang yang melarang ajaran , penyebaran dan menganut ajaran Wahabi. Bahkan agensi Islam dan AJK masjid ditapis dan dipantau daripada penyusupan ajaran wahabi. Ini bagi memastikan umata Islam ettap dengan Aliran Sunni ASWJ dan kekal bersatu dan aman sejahtera.

Ini juga berlaku di Bosnia kini dimana pihak umat Islam telah membentuk Yayasan Khas bagi menapis, memantau ajaran wahabi daripada menguasai masjid dan institusi Islam begitu juga dengan Syiah. Ini bagi memastikan hanya Sunni Ahli Sunnah wal jamaah sahaja tetap utuh dan kukuh menjadi pegangan masyarakat Bosnia.