HADRAH ZIKR

HADRAH ZIKR

oleh: Rodi@Rizhan

Hadrah berasal dari kalimah ‘hadhara’ yang bererti hadir. Dalam tarekat ada yang dinamakan hadrah zikr, majlis ini bertujuan menyuci hati, meningkat rasa cinta terhadap Allah, Rasulullah dan masyayikh ahlillah. Sebagaimana dalam hadrah akan dihadiri para auliyaa bagi bersama memberi barkah dan nafhah. Sebagaimana maklum antara majlis yang amat dimuliakan oleh para malaikat adalah majlis zikir dan majlis ilmu yang dinyatakan Rasulullah SAW. Di zaman baginda SAW para sahabat senantiasa mengadakan majlis ilmu dan juga majlis zikir dan dinyatakan para sahabat berzikir sehingga asyik umpama pokok ditiup angin yang kencang, iaitu gerakan badan ke kiri dan kekanan dalam keasyikan zikir.

Saranan al-Quran supaya melaksanakan zikir samaada secara berdiri, duduk atau berbaring, dimana tatacara zikir adalah secara umum justeru para ulama sufi membentuk cara dan manhaj berzikir dari segi gerakan, bacaan dan tatatertib serta tatacaranya.

Kedudukan makam dan ketinggian suatu tarekat dapat dinilai pada permulaan dan penutup hadrah zikr dimana tarekat besar akan memulakan fawatih kepada Rasulullah SAW, sahabat, ahli bait, malaikat, para masyayikh besar sufi dan salsilah masyayikh. Serta qasidah yang dilagukan merupakan qasidah al’qaum’ disamping qasidah masyayikhnya.

Antara bentuk hadrah zikr Para salik tarekat berdiri betul secara saf, pembaca qasidah dan munsyid berada di depan dan ditengah halaqah zikir terdapat lampu yang selaputi kain berwarna kuning, putih dan hijau. Kesemua memejam mata sambil muraqabah dalam berzikir bagi memfokuskan hadrah zikr yang mulia.

Hadrah dimulakan dengan bacaaan fawatih kepada Rasulullah , sahabat, ahli bait , masyayikh sufi dan salsilah mayayikh. Kemudiannya munsyid akan berqasidah seterusnya akan dituruti zikir lailahillah dan Allah, Allah. Dengan gerakan yang sama dan mantap mengikut tempo dan lagu qasidah. Di dalam samar cahaya lampu bunyi zikir semakin kuat dan bertalu-tali. Para ahli hadrah semakin asyik dan zauq... hanya mereka yang merasainya dapat mengecapinya... kekiri dan kekanan tangan dihayun dan tubuh bergerak seterusnya ke depan denga nafas keluar masuk dengan zikir. Semuanya tenggelam dalam kenikmatan zauq zikir,tenang dan tenteram . gema munsyid dengan diikuti para ahli hadrah amat mengasyikkan dan mempesonakan.

Hadrah zikir merupakan antara satu amalan dalam tarekat bagi mengamalkan saranan al-Quran untuk berzikir dan berzikir secara berjemaah besar nafhahnya. Hanya mereka yang merasainya dapat ketahui hakikatnya. Rentak dan cara zikir pelbagai yang disusun oleh masyayikh sufi, walau apa cara ianya bermaksud menyatakan cinta kepada Allah dan Rasulullah secara mendalam dengan gerakan yang indah dan besar hikmahnya.

Mabuk cinta sebagaimana dinyanyikan kumpulan DEBU, namun hakikatnya sukar diungkapkan. Manefestasi cinta para ahli sufi begitu agung terhadap Allah dan Rasulnya... kerana agama tanpa cinta Sidna Nabi SAW apalah gunanya. Cinta ahli sufi merupakan cinta haq dan abadi, cinta sejati yang tidak boleh diungkapkan. Semoga para salik suci dan suci kalbunya...

Semoga nafsu dapat dimujahadahkan... dalam hadrah qasidah yang dinyanyikan mempunyai makna yang mendalam terhadap faham ulumuddin dan konsep mahabbah. Antaranya dinamakan Syarab al-wasl’ iaitu minuman orang yang sampai... hawa nafsu dapat dilawan hanya dengan izin Allah Taala melaui Rasulullah melalui ulama mursyidin wali mursyid sebagamana dinyatakan al-Quran. Setiap insan ingin menuju ke hadrah ketuhanan tidak dapat tidak melalui bimbingan ulama pewaris Rasulullah SAW. Bahasa dalam qasidah begitu indah dan mendalam maknanya, begitu daqiq tafsiran matannya. Sesunguhnya gerakan dalam hadrah banyak rahsianya dan segala gerakan mempunyai makna yang tersendiri dan maksudnya. Hadrah sufi iaitu gabungan qasidah, tepukan, zikir, tarik keluar nafas amat unik dan mengasyikkan yang diwarisi sejak berzaman secara warisan. Yang bermula lebih 1,400 tahun yang lalu. Semua bersuara suara, gerakan dengan rasa kalbu (zikr) menuju Allah. Roh disegarkan dengan zikr secara beramai-ramai dan madad nazrah yang besar melalui salsilah masyayikh sehinggga Sufi pertama Sidna Rasulullah SAW.

Matlamat tarekat bagi membersihkan kalbu dan menuju keredhanaan Allah bagi menjadi hambanya hakiki. Semga hidup ini ada maknanya. Hadrah sufi jika dihidupkan dan disuburkan amat besar manfaatnya kalau diketahui sedangkan para malaikat amat memuliakannya dan senantiasa mencari dimana terdapatnya majlis zikr. Semoga dengan ini roh Islam kembali bersinar, ajaran batil akan mudah terhapus dan terhindar. Manfaat majlis ini dapat kepada semua umat Islam dekat dan jauh. . ilmu dan tarbiah menjadi manhaj para ulama sufi. Kerana tarbiah amat penting disamping adab dan ilmu kalangan salik. Kerana musuh utama manusia nafsu, syaitan dan tipudaya duniawi..

Hakikat ahli sufi merupakan pewaris kepada Rasulullah merekalah mewarisi ilmu, akal, roh dan material yang sebenar. Alam ini mesti begerak dan menari dengan seni hadrah zikir sufi dengan sebenarnya kerana melaksanakan tututan faham al-Quran dan sunnah serta kembali kepada fitrah dan sunnatullah.....