Imam al-Akhbar Dr Syeikh Abdul Halim Mahmud



Syeikh Abdul Halim Mahmud

Kehidupan Awal

Syeikh Abdul Halim Mahmud lahir pada 12 Mei 1910,bersamaan 2 Jamadil Awal 1328 hijrah di desa Abou Ahmed (sekarang Al Salam), di kawasan Pentadbiran Bilbeis Sharqeya, 50 kilometer timur laut Kaherah, Mesir.

Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga pertengahan dan mempunyai pertalian keturunan(nasab) dari cucu Saidina al-Hussein hingga rasulullah SAW.Ayahnya adalah seorang Azhari(bekas pelajar Azhar) dan bekerja sebagai seorang hakim desa.

Syeikh Abd al-Halim mula menghafal Al-Qur'an di desa Kuttab.beliau menyelesaikan hafalan tersebut pada usia yang sangat muda.Oleh kerana itu,beliau tidak boleh mendapatkan pendidikan Azhar,selepas menghafal al-Quran kerana ketika itu, usianya masih muda.

Pada tahun 1923 Syaikh Abd al-Halim pergi ke Kaherah bersama ayahnya untuk mendaftar dalam Azhar(pendidikan dasar). Dua tahun kemudian beliau dihantar ke al-Zaqaziq untuk meneruskan pendidikan di sana yang baru di buka oleh pihak lembaga utama Azhar.

Ada beberapa petunjuk bahawa Syeikh Abd al-Halim boleh diambil belajar pada usia muda.Beliau perlu memenuhi beberapa syarat yang di tetapkan untuk belajar di sekolah yang baru di buka dengan syarat,beliau mesti lulus dalam pembelajarannya.

Manakala Ayah Syeikh Abd Halim berkeras dan berkata bahawa Syeikh muda ini,perlu meneruskan pendidikan Azharinya.Akhirnya,syeikh Abd Halim di benarkan menyambung pengajiannya dengan belajar tiga kurikulum secara bersamaan.

Syeikh Abd Halim mula mendapatkan pendidikan tinggi di Universiti Azhar pada tahun 1928. Pada waktu itu pendidikan Azhar tidak dibahagikan pada beberapa Fakulti.Syeikh Abd Halim Mahmud menuntut ilmu dengan beberapa orang Guru syeikh Azhar yang terkenal pada masa itu seperti Syeikh Mahmud Shaltut, Syeikh Hamid Meheisen, Syeikh al-Zankaloni, Syeikh Muhammad Abd-Allah Daraz, Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi dan Syeikh Mustafa Abdurraziq.

ketika Syeikh Abd Halim bergelar seorang mahasiswa,beliau mula aktif berpersatuan dan menyertai dua persatuan iaitu persatuan pemuda Muslim (Jam'iyat al-Shubban al-Muslimin) dan persatuan bimbingan Islam (Jam'iyat al-Hidaya al-Islamiya) dimana presidennya ketika itu ialah Syeikh Muhammad al-Khidr Husain.

Pada tahun 1932, Syeikh Abd Halim lulus al-Azhar.Setelah lulus,beliau pergi ke Perancis melanjutkan pelajarannya didampingi isteri tercinta. Berkat usahanya yang gigih,tanpa mengenal penat dan lelah beliau akhirnya berjaya memperolehi gelaran Doktor dalam bidang Falsafah dari Universite de Paris - La Sorbonne pada tahun 1940.

Syeikh Abd al-Halim menyelesaikan tesisnya dalam bidang tasawuf dan mengkaji kehidupan al-Harith ibn-Asad Al-Muhasibi pada tahun 1940. Doktor tesisnya ialah Masignon seorang orientalis(barat). Kemudian beliau di tinggalkan sendirian di tahap akhir PhD oleh doktor tesisnya,kerana gurunya ingin keluar berperang dengan tentera Jerman. Dengan meletusnya perang dunia kedua Syeikh Abd al-Halim kembali ke Mesir dengan melalui Tanjung Harapan(India).

Sekembalinya di tanah air(Mesir),Syeikh Abd Halim memulakan kerjayanya sebagai seorang profesor di Fakulti Bahasa Arab di Universiti al-Azhar As-syarif.Beliau kemudian dipindahkan ke Fakulti Agama pada tahun 1951. Disana beliau di lantik menjadi dekan fakulti pada tahun 1964.

Pada tahun 1969,beliau diangkat sebagai jeneral secretary Majlis Penyelidikan Islam (al-Buhuth al Majma '-Islamiya).Manakala pada tahun 1970,beliau dilantik sebagai wakil al-Azhar(Imam). Pada tahun 1971, beliau menjadi Menteri Waqaf dan kemudian dilantik sebagai Imam besar al-Azhar pada tahun 1973.

Pada tahun 1973 itu juga,setelah semenanjung Sinai dirampas oleh tentera Israel di dalam perang sinai(yom kippur) pada tahun 1967.Pada satu hari,Syeikh Dr. Abdul Halim berjumpa dengan pihak pemerintah(Anwar Sadat)untuk berbincang mengenai mimpi beliau yang berulang kali mengenai mimpi strategi untuk menentang tentera Israel.

Video lakonan semula Syeikh Dr Abdul Halim berjumpa Anwar Sadat


Syeikh Dr. Abdul Halim Mahmud merupakan seorang syeikh yang mempunyai KARAMAH sehinggakan beliau bermimpi mengenai bagaimana strategi melawan tentera Israel.

Diantaranya mimpi beliau meminta supaya tentera Mesir menyimbah air ke pasir di tempat peperangan.Setelah menyimbah air di atas pasir maka mendaplah pasir dan nampaklah kubu-kubu tentera Israel di bawah padang pasir. Jadi mudahlah tentera Mesir mengalahkan tentera Israel walaupun tentera Israel mempunyai senjata yang canggih.

Antara Isu-Isu Lain Yang Berlaku

Pada awal 1960-an gelombang anti pelajar Azhari di api-apikan oleh media Mesir(media kerajaan). Gelombang tersebut ditutupi oleh komen dari seorang pegawai tinggi Mesir yang difitnah Azhari(pelajar Azhar). Sebagai respons, Syeikh Abd Halim berhenti memakai pakaian Eropah ,menggantikannya dengan pakaian sesuai dan menyeru kepada para Azhari supaya memakai(jubah@kopiah merah).

Akibatnya wartawan sosialis mula menyelar dan mengutuk kebanyakkan pelajar Azhar dan artikelnya di dikeluarkan pihak akhbar. Syeikh Abd al-Halim juga tidak terkecuali.

Selain menjadi salah satu ulama besar Islam pada abad moden,Syeikh Dr.Abd Halim adalah seorang aktivis yang mempunyai tujuan untuk mempertahankan al-Azhar dari segi kedudukan dan kemerdekaan.

Pada tahun 1974,pihak pemerintah mengeluarkan undang-undang untuk Universiti Al-Azhar.Akibatnya,Syeikh Dr.Abd Halim Mahmud di suruh mengundurkan diri dari kedudukan Imam besar,Kerana pihak pemerintah takut dengan ancaman dari pihak Azhar,disebabkan sokongan populariti yang luar biasa terhadap Sheikh Dr.Abd Halim Mahmud oleh pelajar Azhari dan masyarakat setempat.

Akhirnya selepas itu,beliau berjaya mendapatkan kembali keadilan hak-hak kedudukan dan kemerdekaan bagi Al-Azhar.Dan tindakan itu disambut dengan meriah para pelajar Azhar sesama mereka.

Pada tahun 1975,berlaku pembunuhan terhadap Menteri Wakaf mesir iaitu Syeikh Al-Dhahabi oleh sekumpulan radikal yang di kenali sebagai wa al-takfir-Hijrah.Hal ini amat merisaukan pihak pasukan keselamatan mesir.

Manakala,Syeikh Dr Abdul Halim di perintahkan oleh hakim,supaya beliau mengeluarkan fatwa terhadap keganasan yang dilakukan oleh kumpulan terbabit(mengikut pendapat telunjuk kerajaan).Malangnya beliau tidak bersetuju,dan ini menyebabkan serangan bertali arus pihak media memburukan Syeikh Dr Abdul Halim dan pihak Al-Azhar.

Para pegawai syarikat terbabit menolak usul pekerja terbabit sehinggakan Syeikh Dr Abd Halim dihantar ke pejabat mereka.Beliau berhujah,menceritakan dan menerangkan terdapat hadis daripada Rasullullah sallahualaiwassalam berkata:

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق،إنما الطاعة في المعروف

“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu dalam kebaikan.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari shahabat ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhu).

Pada pertengahan 70-an,beberapa pegawai Mesir ingin mengeluarkan undang-undang perceraian yang bertentangan dengan syariat Islam. Syeikh Dr Abd al-Halim dengan tegas dan menentang undang-undang tersebut.

Pemikiran Komunisme

Pada awal tahun 70-an juga,pemikiran komunisme amat popular di kalangan golongan elit dan mahasiswa.Syeikh Dr Abd Halim mengeluarkan risalah dan buku-buku amaran terhadap masyarakat Islam tentang bahayanya ancaman pemikiran komunisme.

Syeikh Dr Abd Halim cuba menyatukan para penceramah Muslim.Hal ini belum pernah terjadi dan beliau membangunkan sebuah jawatankuasa untuk dakwah Islam yang meliputi Pihak Azhar,kelompok Islam dan Ahli sufi.Beliau juga menubuhkan organisasi dakwah berkaitan al-Azhar di luar Mesir.

Syeikh Dr Abd Halim adalah seorang Syeikh Azhar yang berkaliber dan banyak memberikan jasa terhadap kebangkitan Islam.Beliau telah menyeru pada masyarakat awam(setempat)supaya melaksanakan syariat Islam.

Ketika itu,beliau berhadapan dengan para pegawai pemerintah Mesir,mereka mengatakan bahawa mereka memerlukan masa panjang untuk menyenaraikan hukum-hukum Islam.Beliau juga membentuk beberapa jawatankuasa pemerhati dan pemantau yang terdiri daripada kelulusan Sarjana Azhari untuk mengawasi proses butiran yang di lakukan pihak kerajaan.

Bahkan ketika itu,Syeikh Abd Halim Mahmud dibawa ke hospital lantaran kesihatannya yang semakin buruk.

Kembali Kerahmatullah

Pada tahun 1978,Syeikh Abd Halim Mahmud meninggal dunia pada tarikh 15 Zul Qaedah 1397 hijriah bersamaan dengan 17 oktober 1978 masihi dan di kuburkan di kampungnya,Bilbeis Sharqeya.



Sufisme(Ilmu Tasawuf)

"Syeikh Dr Abd Halim Mahmud (1910-1978) dikenang sebagai seorang bekas rektor(Imam Besar) Al-Azhar yang banyak menulis tentang ilmu tasawuf. Beliau bersuluk dalam tariqat as-Syazuliah. Imam Abdul Halim mempunyai hubungan baik dengan tokoh ulama sufi dari Sudan iaitu Syeikh Mohamad Osman Abduh al-Burhani dan ulama-ulama sufi lain.

Beliau disebut dengan gelaran'Al-Ghazali.Syeikh Dr Abd Halim Mahmud menjadi sangat berpengaruh pada tahun 1960-1970-an, tempoh pemerintahan Anwar Sadat memerintah di mana kebangkitan Islam mulai bangkit di Mesir. "

Syeikh Dr Abd Halim Mahmud adalah seorang penulis berbakat.Beliau menerbitkan lebih dari 60 buku selama kerjayanya.Beliau mempunyai sifat-sifat tenang, lembut dan keperibadian shahsiah yang tinggi dan akhlak yang terpuji.

Dalam buku-bukunya ada yang menceritakan kecenderungan Sufi oleh Syeikh Dr Abd Halim Mahmud,berbentuk Tasawwuf berdasarkan Al-Qur'an dan Hadith Nabi Sallallahhu'alaihi Wasallam.

Antara karangan Syeikh Dr Abd Halim Mahmud termasuk:

- Muhammad Rasul Allah.

- Al-Islam wa al-Shuyu'iya.

- Jihaduna al-Muqaddas.


Wallahu'alam....