ISTANBUL ‘Islam Bul@Kota Islam’

ISTANBUL ‘Islam Bul@Kota Islam’

Istanbul merupakan sebuah kota yang cantik dari segi panaroma, kedudukan strategic dua benua, peninggalan kesan tamadun Islam dan senibina yang cantik, khazanah Nabi SAW yang tersimpan di kotanya membawa barakah kepada umat Islam sejagat.

Kembara rehlah ilmiah, akliyyah dan ruhiyyah di bumi Sufi amat memanfaatkan bagi insan muslim bagi melihat sejarah dan pengajarannya dan menyingkap rahsia kekuatan umat Islam dalam mengharungi kehidupan dunia massa.

Istanbul..kota dua benua…itulah sinonim yang paling sesuai untuk dikaitkan dengan kota ini. 1453 masihi adalah tarikh keramat pembukaan kota ini oleh Sultan Muhammad al-Fatih. Dahulunya kota ini dipanggil sebagai konstantinopol oleh Empayar Byzantine. Pembukaan kota ini telah pun dijanjikan oleh Rasulullah SAW didalam hadisnya 700 tahun sebelum itu: ” Kamu akan pasti membebaskan Konstantinopol, sehebat-hebat Amir (Panglima Perang) adalah Amirnya dan sekuat-kuat pasukan adalah pasukannya.” (riwayat Imam Ahmad). Kehebatan Amir ini dibuktikan melalui kemampuan baginda dan askar-askarnya mengangkat kapal menyeberangi bukit untuk mengelak dari rantai besi yang dipasang menyeberangi selat Bosphorus. Kesan-kesan penaklukan masih lagi dapat dilihat pada hari ini disekitar kota Istanbul, justeru membuatkan kita mengagumi kehebatan Sultan Muhammad al-Fatih dan kebenaran janji Rasulullah SAW.

Dipetik dari nukilan Bediuzzaman Said Nursi melalui salah satu koleksinya yang bertajuk “Belief and Man”:

“Kepercayaan (kepada kewujudan tuhan) menyebabkan manusia menjadi MANUSIA, malah lebih berkuasa. Ketidakpercayaan menyebabkan manusia berubah menjadi binatang liar yang ganas. Jika dibandingkan antara manusia dan haiwan, haiwan dijadikan dengan keupayaan yang ’sempurna’ dan selaras dengan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Mereka kemudiannya belajar kondisi kehidupan mereka, hubungan dengan alam sekitar , dan hukum alam (law of life) dalam masa dua hari atau dua tahun, dan kemudian menjadi mahir. Ini bermaksud, untuk menyempurnakan tugas mereka, mereka tidak dibimbangi dengan keperluan mencari ilmu pengetahuan, bantuan haiwan lain atau merendah diri/merayu kerana ketidakupayaan mereka, tetapi hanya kepada keupayaan untuk bekerja dan terus hidup.”

Tambah Sheikh Said Nursi…

“Manusia memerlukan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hidup. Berbanding dengan haiwan, kesempurnaan dalam proses pembelajaran tidak boleh diperolehi dalam masa yang singkat, malah ia tetap tidak boleh mencapai 100% walaupun sehingga akhir hayatnya. Ini bermaksud tugas dan tanggungjawab semula jadi manusia dijadikan didunia hendaklah sentiasa dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan penghambaan diri kepada Yang Maha Pencipta. Dengan itu, kemampuan manusia terikat dengan pengetahuan tersebut. Asas, sumber dan ruh ilmu pengetahuan yang sebenar adalah kepercayaan kepada kewujudan Allah.”


Menjejak kesan ketamadunan Turki Uthmaniyyah di Istanbul. Siapa sahaja yang ke Istanbul tidak akan melepaskan peluang melawat Masjid Sultan Ahmed atau lebih dikenali sebagai Masjid Biru. Dibina pada tahun 1609-1616, kini ia tersergam indah sebagai mercu tanda kota Istanbul.

Hagia Sophia yang terletak bertentangan dengan Masjid Sultan Ahmed. Ia dibina sewaktu zaman pemerintahan Byzantine dan fungsinya pada ketika itu adalah sebagai gereja, tanpa 4 menara yang mengelilinginya. kemenangan tentera Uthmaniyyah, Sultan Fatih terus sahaja mengarahkan pembersihan gereja tersebut dan menukarkan ia kepada sebuah masjid Ayasofya. Ia pernah terbakar beberapa kali dan jika diperhatikan, terdapat tiga jenis menara berbeza dari segi senibinanya. Ia kekal berfungsi sebagai masjid selama 482 tahun sebelum diwartakan sebagai muzium oleh Kamal Ataturk.

Ayasofya

Masjid Suleyman, sebuah masjid yang dibina oleh arkitek tersohor, Mimar Sinan atas perintah Sultan Suleyman Al-Qanuni atau Sultan Suleyman The Magnificient. Keindahan dan kecanggihan senibinanya telah memukau seorang arkitek moden barat sewaktu ia melawat masjid ini. Beliau dikatakan pernah duduk ditengah-tengah masjid sambil merenung ke kubah selama 5 minit seraya berkata ” I thought I was not an architect”. Begitulah dapat diilustrasikan kecantikan seni bina Mimar Sinan ini untuk menggambarkan kehebatan Sultan Suleyman Al-Qanuni yang berjasa dalam mengatur semula undang-undang Turki pada ketika itu.

Antara tempat-tempat bersejarah perlu melawati adalah diantaranya Istana Topkapi, Universiti Istanbul, Universiti Fatif, Grand Bazaar, Masjid Rom, Makam Sultan Suleyman Al-Qanuni, Bukit Camliçar, IRCICA (Research Centre for Islamic History, Art and Culture) dan banyak lagi. Tidak berakhir catatan kali ini sekiranya dimuatkan dengan keindahan kota istanbul dan kemasyhuran sejarah Islam yang wujud di bumi bertuah tersebut.

Keagungan sejarah Islam dan mengembalikan kegemilangan ketamadunan Islam serta kesucian Agama itu sendiri. Di ibu kota Istanbul dan sekitarnya masih lagi utuh dengan tradisi sufi dan tarekat, bahkan majlis zikir dan ilmu masih banyak di Istanbul yang mewarisi kegemilangan Turki Osmaniah antaranya tarekat al-Qadiri dan al-Naqsyabandi. Madrasah Imam Hatip tetap menjadi tumpuan bagi pengajian agama menengah disamping system talaqi kitab masih wujud dengan para masyayikhnya di Kotaraya Istanbul.

Gerakan Islam yang berpaksi kepada Said Nursi masih berterusan dan antaranya Gerakan Fethulleh Gulen yang terlibat dalam bidang ilmiah, intelek, perniagaan, muzakarah dialog, penerbitan, penyiaran dan ekonomi perniagaan. Jaringan Gulen dalampelbagai bidang dan Negara dunia bahkan pengasasnya dianggap ulama dan pemikir massa di Turki NGO-NGO Islam berkembang subur dengan pendekatan hikmah dan progresif dan menjadi organisasi yang mengukuhkan masyarakat Islam Turki antarabngsa... Dan juga infi beberapa NGO dibawah:

BAB-i ALAM

Bab-i-Alem merupakan salah sebuah daripada 25 000 pertubuhan bukan kerajaan, NGO yang terdapat di Turki pada hari ini. Perkataan « Bab » merujuk kepada pintu dan « Alem » merujuk kepada alam menjadi teras kepada objektif dan nama kepada pertubuhan ini.

Menurut Muhammad Ali Borat, pengerusi pertubuhan ini ini, objektif utama Bab-i-Alem adalah untuk membantu para pelajar dari luar Turki yang melanjutkan pelajaran mereka di negara dua benua itu dalam pelbagai bidang. Mereka bertanggungjawab dalam hal seperti pendaftaran pelajar, penempatan, pengangkutan, pemilihan universiti dan banyak lagi. Mereka mahu membantu para pelajar tersebut dan cuba memberikan pengajian yang terbaik di Turki di samping membina jalinan hubungan antarabangsa dengan pelbagai negara.

Pertubuhan yang berlandaskan konsep « Persaudaraan antara muslim » ini telah mempunyai lebih kurang 500 lepasan pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka yang terdiri daripada pelbagai negara seperti Kazakhstan, Senegal, Nigeria dan banyak lagi. Menurut pengerusinya juga, di Bab-i-Alem sahaja telah mempunyai hampir 50 warganegara yang bekerjasama untuk menggerakkan pertubuhan ini. Tambahnya lagi, Bab-i-Alem adalah sebuah pertubuhan yang dibantu sepenuhnya oleh rakyat Turki dari segi kewangan hasil derma dan sumbangan.

Bab-i-Alem berharap dapat menyatukan umat islam pelbagai warganegara suatu hari nanti dengan jalinan antarabangsa yang sedang dibina pada hari ini di samping membantu dalam mendapatkan pengajian yang terbaik di Turki.


HAYRAT FOUNDATION

Hayrat Foundation merupakan salah satu dari berpuluh puluh NGO yang berpusat di Turki.Ia mempunyai kira kira lebih 200 cawangan di dalam Turki sahaja belum termasuk cawangan di luar negara.Ia juga mempunyai cawangan di Paris.

Di setiap cawangan Hayrat,terdapatnya madrasah untuk pengajian Al-Quran dan majlis ilmu.Kebiasaannya majlis ini dihadiri oleh setiap lapisan masyarakat ,tidak kira tua atau muda. Pengajian secara rasmi berdasarkan tulisan dan risalah sheikh Said Nursi diadakan setiap malam jumaat di setiap madrasah kepunyaan Hayrat.

Hayrat juga mempunyai syarikat publication sendiri untuk mencetak Al Quran,majalah-majalah ilmiah , risalah risalah Sheikh Said Nursi dan buku buku rujukan mengenai islam keluaran mereka. Kebanyakan ahli ahli dan tenaga kerja di Hayrat Foundation berkhidmat secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang balasan di dunia.


IHH FOUNDATION

IHH Humanitarian Relief Foundation (Yayasan Hak Asasi Manusia dan Kebebasan dan bantuan kemanusiaan) adalah satu dari ratusan NGO antarabangsa yang berpusat di Turki dan terlibat dalam aktiviti aktiviti kemanusiaan di lebih dari seratus negara di seluruh dunia.

Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1995, IHH menyediakan bantuan kemanusiaan ke wilayah-wilayah perang dan kawasan kawasan ‘konflik’ di dunia.Iamempunyai status keahlian di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Majlis Ekonomi dan Sosial. Yayasan ini ditubuhkan semasa perang di Bosnia untuk membantu mangsa perang. Selepas perang, IHH meneruskan kegiatan di kawasan lain dengan kegiatan yang sama.

IHH Humanitarian Relief Foundation melaksanakan berbagai aktiviti sosial, kegiatan budaya di samping perkhidmatan kesihatan. Sebagai contoh, Yayasan Projek Katarak Afrika berjalan sejak tahun 2007 di sepuluh Afrika countiries.

IHH juga merupakan satu-satunya pertubuhan yang dibenarkan masuk ke Gaza,Palestin untuk menghantarkan bekalan makanan kepada penduduk penduduk di sana . Ketika ini,mereka sedang mengadakan konvoi melalui jalan darat dan jalan laut untuk menghantarkan bekalan makanan dan perubatan kepada penduduk di Gaza.


YOUNG MUSIAD

Young Musiad merupakan persatuan ahli-ahli perniagaan muda yang bertapak di Turki. Persatuan ini diasaskan daripada persatuan ahli-ahli perniagaan yang asal iaitu Musiad. Young Musiad telah ditubuhkan pada tahun 2002 dengan tujuan melatih usahawan masa depan dan menyediakan mereka dengan ilmu perniagaan melalui perkongsian pengalaman di dalam bidang ini. Daripada permulaan penubuhan Young Musiad hingga sekarang, mereka mempunyai lebih 1500 orang ahli yang terdiri daripada pelajar universiti, usahawan muda dan juga pekerja di dalam bidang professional.

Persatuan ini cuba mencapai objektif-objektif yang ditetapkan melalui aktivit-aktiviti seperti seminar, bengkel dan program sukarela. Selain itu, Young Musiad juga aktif di arena antarabangsa. Antara aktiviti yang telah dianjurkan ialah International Young Conference yang telah menghimpunkan lebih 1200 peserta Turki dan 300 peserta antarabangsa. Young Musiad telah mempunyai hubungan baik dan dana kewangan Dewan Perniagaan Islam Turki untuk memperolehi dana untuk membantu ahli-ahli Young Musiad dalam melaksanakan projek ataupun perniagaan mereka.