Pemikiran Strategik (Hang Tuah's Strategy Mind / Sun Tzu War & Management)


Pemikiran Strategik (Hang Tuah's Strategy Mind / Sun Tzu War & Management)

HANG TUAH'S STRATEGY MIND peerless strategic thinking & organisational management from Malacca Sultanate, the Nusantara success story! by Sejarah Melayu & Hikayat Hang Tuah

PEMIKIRAN ialah apa saja yang difikirkan dan juga lintasan dalam akal. Ia juga bermakna suatu upaya membuat analisis (mencari baik buruk) mengenai sesuatu yang difikirkan, membuat keputusan, melakukan menungan, membuat penelitian atau kajian dan sebagainya. Semua usaha ini berlaku dalam akal manusia. Jadi pemikiran hanyalah teori semata-mata jika tidak diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan.

Pemikiran strategik (PS) pula berlangsung dalam akal secara mendalam, radikal, drastik dan menyeluruh. Unsur yang penting dalam PS ialah unsur strateginya iaitu langkah yang dilaksanakannya dengan memanfaatkan taktik atau kaedah yang bersembunyi, boleh berbentuk menyerang (ofensif) dan mempertahankan (defensif), memiliki unsur pertandingan dan sebagainya. Jadi, pemikiran strategik ialah pemikiran yang menggunakan unsur strategi dan taktikal untuk mencapai matlamat. PS juga disebut sebagai pemikiran analitikal atau pemikiran logik yang memanfaatkan unsur strategi dan taktikal untuk mencapai matlamat atau mencapai kemenangan. Untuk membolehkan seseorang berfikiran strategik mereka haruslah:

1.Mempunyai kebolehan menganalisis yakni memahami kekuatan dan kelemahan sesuatu perkara;

2.Mempunyai kebolehan membaca secara kritis; dan

3.Mempunyai kebolehan melihat sesuatu perkara secara keseluruhan yakni secara holistik.

Beliau terlebih dulu akan:

1.Membaca laporan mengenai kekuatan-kelemahan;

2.Menganalisis sedalam-dalamnya dan hal yang berkaitan ); dan

Pemikiran kreatif (PK) pula ialah pemikiran yang memanfaatkan khayalan, fantasi, angan-angan dan wawasan dalam bentuknya yang kabur. Ia memanfaatkan imaginasi seseorang mengenai cita-cita, wawasan, mamai atau mimpinya. Meskipun pada permulaannya ia cuma imaginasi dan fantasi yang tidak dapat dibuktikan tetapi apabila ia dikonkritkan, disaring atau diberi penilaian, maka imaginasi atau yang fantasi itu menjadi kenyataan.

Misalnya, Pemikiran Lateral (pengasasnya Edward de Bono) yakni pemikiran yang gila-gila, yang tidak masuk akal yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dan mencipta idea baru. Ia dibezakan daripada cara lama yang diamalkan oleh pemikiran konvensional.

Pemikiran! Benar, pemikiran boleh saja ketinggalan zaman atau boleh saja maju bergantung kepada cara orang menggunakannya

Selanjutnya ada gaya berfikir yang memanfaatkan pemikiran rentas berani (breakthrough thinking) dan pemikiran berisiko (risk thinking). Pemikiran rentas berani bukan saja memerlukan kekuatan pemikiran kreatif malah keberanian melaksanakan idea kreatif dengan kekuatan luar biasa.

Buku ‘Sun Tzu War and Management’ sebuah karya seni perang dan pengurusan strategis oleh Strategis Cina dan buku ‘Hang Tuah Strategy’s Mind ‘ karya yang menganalisis strategis ulung Melayu. Panduan dan kaedah amat bermanfaat bagi seni pemikiran strategik