Hassan alBanna & Ikhwan Muslimin

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah (Tariqat al-Hasofiyyah as-Syazuliah) Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Menubuhkan lkhwan Muslim

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.


Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.

SUFI HARAKI

Adapun sudut kesufian Imam Hasan Al-Banna, maka pengalaman kecintaan Imam Hasan Al-Banna terhadap kesufian dan golongan sufi yang sangat mendalam turut beliau kongsikan dalam buku Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah. Antaranya, beliau berkata:

وظللت معلق القلب بالشيخ حسنين الحصافى رحمه الله حتى التحقت بمدرسة المعلمين الأولية بدمنهور مدفن الشيخ وضريحه وقواعد مسجده الذى لم يكن تم حينذاك , و تم بعد ذلك , و كنت مواظبا على الحضرة فى مسجد التوبة فى كل ليلة , وسألت عن مقدم الإخوان فعرفت أنه الرجل الصالح الشيخ بسيونى العبد التاجر , فرجوته أن يأذن لى بأخذ العهد عليه ففعل ووعدنى بأنه سيقدمنى للسيد عبد الوهاب عند حضوره , ولم اكن إلى هذا الوقت قد بايعت احدا فى الطريق بيعة رسمية وإنما كنت محبا وفق إصلاحهم

Maksudnya:

“Saya masih terikat hati (kasih) kepada Sheikh Hasanain Al-Husofi (mursyid kepada ayahndanya) sehinggalah saya masuk sekolah Al-Mu’allimin Al-Awwaliyyah di Damanhur, di mana tempat tersebut dikebumikan Sheikh dan kuburnya, begitu juga tiang-tiang asas masjid di sekitarnya yang masih belum siap ketika itu, namun sudah siap setelah itu. Saya sentiasa mengikutHadrah (majlis zikir) di masjid At-Taubah pada setiap malam. Lalu saya bertanya tentang muqoddam (wakil mursyid)Al-Ikhwan (murid-murid tarikat tersebut), maka saya kenal, beliau seorang yang soleh, iaitulah Sheikh Besyuni seorang hamba soleh lagi peniaga.

Lalu saya mengharapkan agar beliau mengizinkan saya untuk mengambil bai’ah daripadanya (tarbiah sufiyyah) lalu beliau turuti lalu berjanji untuk membawaku kepada As-Sayyid Abdul Wahab (Al-Husofi, iaitu anaknda Sheikh Hasanain Al-Husofi) jika sekiranya beliau hadir. Saya tidak pernah sampai pada waktu ini (waktu ambil bai’ah tersebut), mengambil bai’ah daripada mana-mana murobbi tarikat dengan bai’ah rasmi (sebelum itu), walaupun saya mencintai kebaikan mereka.”

Lalu beliau berkata lagi:

وحضر السيد عبد الوهاب - نفع الله به - إلى دمنهور و أخبرنى الإخوان بذلك فكنت شديد الفرح لهذا النبأ , وذهبت إلى الوالد الشيخ بسيونى و رجوته أن يقدمنى للشيخ ففعل . وكان ذلك عقب صلاة العصر من يوم4 رمضان سنة 1342 هـ , وإذا لم تخنى الذاكرة . فقد كان يوافق الأحد حيث تلقيت الحصافية الشاذلية عنده وأذننى بأورادها ووظائفها

Maksudnya: “Ketika As-Sayyid Abdul Wahab –semoga Allah memberi manfaat dengannya- hadir ke Damanhur, lalu teman-teman memberitahuku tentangnya, maka saya teramat gembira dengan berita tersebut. Maka saya pun pergi kepada ayahnda (gelaran bagi murobbinya) Sheikh Besyuni dan saya harap agar beliau membawaku berjumpa Sheikh (Al-Husofi) lalu beliau melakukannya. Pertemuan itu berlaku setelah solat Asar pada 4 Ramadhan tahun 1342 Hijrah, jika tidak salah dalam ingatan. Hari itu bertepatan dengan hari Ahad di mana saya mula mengambil At-Tariqah Al-Husofiyyah As-Syaziliyyah daripadanya lalu beliau memberi izin untuk membaca wirid dan wazho’ifnya (yang mana wazho’if ini dikenali sebagai Ma’thurat oleh Hasan Al-Banna ketika menubuhkan Ikhwan). [Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah: 25]

Hal ini sangat jelas sebagaimana menurut Imam Hasan Al-Banna r.a., beliau mencari seorang mursyid murobbi sufi yang benar-benar berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Beliau sangat tertarik dengan Sheikh Murobbi sufi bernama Sheikh Al-Hasanain Al-Husofi. Namun, beliau tidak sempat mengambil tarbiah daripada sheikh tersebut kerana sheikh tersebut sudah meninggal dunia. Namun, beliau mengambil tarbiah sufi daripada anaknda Sheikh Al-Hasanain bernama Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi r.a. yang mengikut jejak langkah ayahndanya yang sangat berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah dalam manhaj tarbiah.

Imam Hasan Al-Banna mengakui keagungan manhaj tarbiah sufiyyah yang tidak akan dapat diganti oleh mana-mana manhaj lain sebagaimana dalam perkataan beliau dalam buku yang sama:

“Tidak syak juga bahawasanya, dengan ilmu tersebut (tasawwuf), golongan sufi telah mencapai mertabat yang tinggi dalam membaiki jiwa dan mengubatinya, dalam menjadi penawar kepada penyakit jiwa dan menjadi doktor dalam bidang kerohanian,yang tidak dicapai oleh para murobbi yang bukan dari kalangan mereka (golongan sufi).

. Dalam ungkapan lain, beliau berkata:

“Tidak syak lagi bahawasanya dengan berpegang kepada kaedah-kaedah tasawwuf dalam bidang tarbiah dan suluk membawa kesan yang sangat kuat dalam jiwa dan hati seseorang. Bahkan, kata-kata para sufi dalam bab tarbiah ini mempunyai kesan yang sangat mendalam, yang tidak akan didapati daripada kata-kata selain daripada golongan sufi…” [ibid]

Imam Hasan Al-Banna juga memberi ruang luas kepada pengikutnya untuk mengambil tarbiah khusus daripada para murobbi sufi yang kamil. Malah, Imam Hasan Al-Banna juga mempunyai idea yang sangat jelas dalam dakwah iaitu, tidak terlalu pentingkan nama jamaah. Baginya, siapa sahaja yang sama fikrah dengan Ikhwan adalah dari kalangan Al-Ikhwan walaupun bukan dari kalangan ahli Al-Ikhwan. Malah, siapa sahaja yang tidak mempunyai fikrah sebenar ikhwan dianggap bukan daripada Al-Ikhwan walaupun berada dalam jemaah tersebut.

Oleh kerana itulah, Imam Hasan Al-Banna mempunyai ramai rakan karib khususnya dari kalangan para ulama’. Beliau sendiri tidak menjauhi ulama’ dan merasakan diri boleh berdakwah tanpa bantuan mereka, namun beliau sentiasa mengharapkan kerjasama khusus daripada golongan sufi dan ulama’ Al-Azhar (khususnya di Mesir), agar dakwah mereka terus berkembang.

Antara ulama’ tersebut yang beliau dampingi (khususnya sejak dari awal usia) beliau adalah seperti Sheikh Yusuf Ad-Dijiwi, Sheikh Muhammad Hafiz At-Tijani, Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi, Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dan sebagainya. Ini menyebabkan pada awal dakwah Al-Ikhwan, ramai ulama’ Al-Azhar membantu dalam menyebarkan risalah dakwah tersebut. Ini disebabkan eratnya hubungan Imam Hasan Al-Banna dengan ulama’ tradisional di Mesir.

Biarpun Imam Hasan Al-Banna membentuk jemaah dakwah yang baru, namun beliau tetap beriltizam dengan zikir-zikir yang telah beliau ambil daripada tarikat husofiyyah. Sheikhu Sheikhna Abu Al-Hasan Ali An-Nadwi berkata dalam menceritakan tentang Imam Hasan Al-Banna:

"وقد حدثني كبار رجاله و خواص أصحابه أنه بقى متمسكا بهذة الأأشغال و الأوراد إلى آخر عهده

Maksudnya: “Pemimpin besar dan teman-teman rapatnya (Imam Hasan Al-Banna) memberitahuku bahawasanya beliau (Imam Hasan) sentiasa berpegang dengan wirid-wirid dan amalannya (Tarikat Husofiyyah) sehingga akhir usianya [At-Tafsir As-Siyasi lil Islam: 130]

Malah, jemaah ikhwan juga dikaitkan dengan sufi sebagaimana diakui oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri dengan slogannya antaranya “hakikat sufiyyah” dan dijadikan antara dua intipati utama jemaah Ikhwan iaitu “Sufi ‘Askari”.

Sudut Kesufian Imam Hasan Al-Banna r.a.: Di sisi Para Ulama’ Ikhwan

Sheikh Sa’id Hawwa, seorang ulama’ sufi dalam jemaah Ikhwan berkata:

ثم إن الإخوان المسلمين نفسها أنشأها صوفي و أخذت حقيقة التصوف دون سلبياته

Maksudnya: “Kemudian Al-Ikhwan Al-Muslimin itu sendiri diasaskan oleh seorang sufi yang mengambil hakikat tasawwuf tanpa sudut negatifnya (yang berlaku dalam sesetengah orang yang menisbahkan diri kepada sufi tetapi jahil). [Jaulat min Al-Fiqhain: 154]

Dalam penggunaan jemaah Ikhwan juga, mereka mengambil istilah golongan sufi iaitu istilah mursyid yang digunakan oleh madrasah tarbiah sufiyyah sejak zaman berzaman. Ini merupakan isyarat yang jelas pengaruh manhaj sufi dalam Ikhwan walaupun sebahagian golongan pemuda yang menisbahkan diri kepada dakwah Hasan Al-Banna menjauhi golongan sufimuhaqqiq (berpegang teguh kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah). Mereka dan Imam Hasan Al-Banna jauh masyrabnya (minuman kerohanian) yang sangat cenderung kepada mencintai kaum sufi.

Oleh kerana itu juga, Sheikh Sa’id Hawwa menjelaskan bahawasanya, Imam Hasan Al-Banna sudah mencapai tahap mursyid kamil, suatu tahap yang melayakkan Imam Hasan Al-Banna memberi tarbiah khusus (kerohanian) kepada muridnya (ahli Al-Ikhwan), di sisi manhaj tarbiah sufi. [rujuk Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah: m/s 21] Malah, menurut Sheikh Sa’id Hawwa lagi, sememangnya mursyid kamil (di sisi manhaj tarbiah kaum sufi) adalah pewaris Nabi –shollaLlahu ‘alaihi wasallam- yang sempurna khususnya dalam bidang tarbiah. [Tarbiyatuna Ar-Ruhiyyah: 159]

Sheikh Sa’id Hawwa berkata lagi secara khusus tentang tasawwuf dan kesufian dalam Ikhwan Muslimin dengan berkata:

ولقد كتبت كتاب (تربيتنا الروحية) لتوضيح أحد مواضيع الفقهين الكبير و الأكبر وهو موضوع التصوف المحرر لأضع الأمور في مواضعها في قضية الحقيقة الصوفية التي هي إحدى السمات الرئيسية لدعوة الأستاذ البنا رحمه الله

Maksudnya: “Saya telah menulis kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah untuk menjelaskan salah satu daripada dua F iqh samadaFiqh Al-Kabir dan Fiqh Al-Akbar iaitulah perbahasan “Tasawwuf Al-Muharrar” (yang bebas daripada sudut pandang yang samar-samar) untuk menjelaskan beberapa perkara khususnya melibatkan topik Hakikat Kesufian yang merupakan salah satu ciri-ciri khusus yang utama bagi dakwah Ustaz Al-Banna r.a..” [Al-Jaulaat: 17]

Imam Hasan Al-Banna juga mengambil idea Islah dengan mafhum yang menyeluruh (syumul) dan usul dakwah yang berkesan daripada mursyid beliau, Imam Abdul Wahab Al-Husofi r.a.. Maka, dengan bimbingan kerohanian yang mendalam melalui madrasah sufi inilah akhirnya membuka ruang pemikiran yang luas dengan disinari suluhan limpahan cahaya Allah s.w.t..

Kesufian Umar At-Tilmisani (Mursyidul Am Ketiga bagi Al-Ikhwan Al-Muslimun)

Al-Ustaz Umar At-Tilmisani (Mursyid Am Ikhwan Muslimin ketiga) juga seorang tokoh Ikhwan yang sangat mencintai golongan sufi dan para wali. Pada asalnya, beliau sendiri membesar dalam keluarga yang kuat mengikut fikrah Muhammad Abdul Wahab. Menurut beliau, datuk beliau sendiri kuat berpegang dengan fikrah Muhammad Abdul Wahab sehingga selalu berdebat dengan golongan sufi. Namun, cucunya (Umar At-Tilmisani) pula berbeza dengan pendirian datuknya dari sudut itu. Beliau lebih terbuka dengan golongan sufi khususnya setelah beliau terlibat dalam Al-Ikhwan Al-Muslimun.

Pengaruh sufi sangat kuat dalam diri beliau yang sering menziarahi maqam para wali sebagaimana yang dijelaskan dalam Syahid Al-Mihrab Umar bin Al-Khattab. Dalam buku tersebut juga mempunyai banyak amalan tawassul yang disyariatkan dalam Islam di samping saranan ke arah menziarahi kubur untuk tujuan mengingatkan kita kepada kematian dan sebagainya. Malah, dalam buku tersebut membahaskan tentang kehidupan Rasulullah -shollaLlahu ‘alaihi wasallam- di alam Barzakh, keutamaan mencintai para wali Allah dan sebagainya.

Sheikh Umar At-Tilmisani pernah berkata dalam mengungkapkan kecintaannya kepada kaum sufi secara jelas:

بقيت لدينا طائفة من المسلمين هم من أحب الناس إلى قلبي، ومن أقربهم إلى نفسي، أولئك هم أصحاب الطرق الصوفية، ولست أقصدهم جميعًا على إطلاقهم، وإنما عنيت منهم من صفت سريرته وطابت بالتقوى دخيلته، وحسنت بالإيمان نيته، أقصد منهم من عرف طريق التصوف حق معرفته فأخلص لله عمله وألزم نفسه سبيل المؤمنين"

Maksudnya: “Masih kekal di sisi kami (Ikhwan Muslimin menurut beliau) suatu kelompok dalam kalangan umat Islam, yang mana mereka adalah manusia yang paling saya cintai dihatiku dan yang paling dekat kepada diriku. Mereka adalah ahli-ahli tariqat sufiyyah. Saya tidak bermaksud keseluruhan mereka secara mutlak. Tetapi, yang saya maksudkan adalah golongan yang bersih sirr (hati)nya, yang disulami taqwa dalamannya dan baik keimanannya dalam niatnya dalam kalangan mereka (sufi). Saya maksudkan daripada mereka adalah orang yang mengenali jalan tasawwuf dengan sebenar-benar pengenalan, maka dia mengikhlaskan amalannya kerana Allah dan beriltizam dengan jalan orang-orang beriman (syariat dan hakikat).” [Al-Ikhwan Al-Muslimun: Mabda’ wa Fikrah wa Aqidah tahun 1936]

Sungguh sepertimana biasa, buku Syahid Al-Mihrab juga menjadi tempat kritikan sebahagian besar pengaku salafi lalu menghukum jemaah Ikhwan Muslimin sebagai jemaah sesat. Banyak fitnah dan salah tafsir terhadap ungkapan-ungkapan dalam buku ini dilakukan demi memburukkan Ikhwan Muslimin yang secara khusus mempunyai hubungan dengan kaum sufi yang mereka benci.

Sheikhul Azhar Imam Abdul Halim Mahmud Al-Azhari: Murobbi Ikhwan yang Sufi

Adapun Sheikhul-Azhar terdahulu iaitu Sheikh Abdul Halim Mahmud, maka beliau ialah seorang ulama’ sufi yang masyhur. Beliau sangat berperanan dalam mengembangkan islah dalam kaum sufi dan ilmu tasawwuf. Beliau banyak mengarang kitab-kitab yang membela ilmu tasawwuf dan kaum sufi. Antara kitab tasawwuf karangan beliau adalah seperti Madrasah As-Syaziliyyah, tahqiq kepada Latho’if Al-Minan dan sebagainya.

Beliau membantu Imam Hasan Al-Banna dalam dakwah haraki beliau kerana dasar keterbukaan Imam Hasan Al-Banna yang mendekati para murobbi sufi untuk mentarbiah ahli Al-Ikhwan Al-Muslimun. Antara buku Sheikhul Azhar yang menjelaskan pendirian beliau terhadap Al-Ikhwan adalah: Al-Ikhwan Al-Muslimun: Ahdaath Sana’at At-Tarikh.

Antara tokoh-tokoh Ikhwan yang mempunyai latar belakang tarbiah sufi sebelum memasuki Al-Ikhwan adalah seperti Ustaz Al-Haj Farj Al-Najjar, Ustaz Mahmud Abu Riyyah, Sheikh Muhammad As-Sanusi dan sebagainya.

Antara tokoh-tokoh Al-Ikhwan lain yang turut mempertahankan sudut Haqiqah Sufiyyah dalam Al-Ikhwan adalah seperti Sheikh Musthofa As-Siba’ie, Sheikh Abdul Rahman Al-Banna, Sheikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, Sheikh Dr. Ali bin Abdul Halim Mahmud, Al-Ustaz Taufiq Al-Wa’ie dan sebagainya (yang mana sesetengahnya dikafirkan atau dituduh sesat oleh sesetengah Jemaah Takfiriyyah).

Begitu juga beberapa tokoh Al-Ikhwan yang mempertahankan tasawwuf sunni dalam tarbiah Al-Ikhwan seperti Sheikh Dr. As-Sayyid Nuh, Sheikh ‘Abduh Musthafa Dasuki (rujuk Al-Ikhwan Al-Muslimun wa As-Shufiyyah), Ustaz Abdul Aziz Kahil(rujuk: Hasan Al-Banna Al-Murobbi Al-Mujaddid), Ustaz Jum’ah Amin (rujuk risalah Halawah Al-Iman Wa Nur Al-‘Ibadah), Dr. Khalid Fahmi (rujuk Zahirah Ad-Du’ah Al-Judud… Ar-Ru’yah Al-Mu’arradhah), Dr. Mamduh Al-Munir(rujuk: Ar-Rajul Allazi Ahya Fikratahu bi Mautihi), Dr. Rafiq Habib, Dr. Jabir Qamihah, Dr. Muhammad Badi’e, dan sebagainya

Seruan Imam Hasan Al-Banna Agar Pengikutnya Mendampingi Kaum Sufi Muhaqqiq

Imam Hasan Al-Banna tidak mengasaskan jemaahnya tanpa tujuan. Malah, beliau sangat terkesan dengan dakwah tarikat husofiyyah yang beliau sertai. Ini kerana, manhaj tarbiah sufiyyah melahirkan masyarakat Islam yang menghayati makna hidup yang tinggi, yang membentuk sebuah bi’ah sholehah.

Ketika meningkat remaja, Imam Hasan Al-Banna mencapai kematangan hidup dengan tarbiah rohani kaum sufi. Lalu, beliau mula memikirkan suatu idea untuk mengislah masyarakat Islam secara lebih progresif dan lebih meluas.

Imam Hasan Al-Banna mengasaskan suatu jemaah di bawah Tarikat Husofiyyah dengan dikenali sebagai Jam’iyyah Al-Husofiyyah Al-Khairiyyah untuk meluaskan dakwah kepada mengajak masyarakat ke arah menghayati hidup dengan kefahaman Islami. Dakwah tersebut diterima secara meluas menjangkau pengikut Tarikat Al-Husofiyyah tersebut. Ini memberi isyarat halus dalam diri Imam Hasan Al-Banna untuk meluaskan skop dakwahnya, daripada batasan nama kumpulan atau tarikat tertentu.

Disebabkan itulah, Imam Hasan Al-Banna menubuhkan jemaah Ikhwan Muslimin untuk meluaskan dakwah yang pernah dibawa oleh kaum sufi secara juz’ie (berpisah-pisah dan bercabang-cabang) berdasarkan kefahaman beliau. Dari sudut manhaj dakwahnya, Imam Hasan Al-Banna menyeru ke arah cara berdakwah sebagaimana salafus-soleh (bukan pengaku salafi moden) yang menjangkau batasan nama-nama pertubuhan dan sebagainya.

Namun, jalan amalan yang dipegang adalah jalan sunni, iaitu yang menepati Al-Qur’an dan As-Sunnah. Namun, jalan sunni ini bukanlah sebagaimana yang difahami oleh sesetengah golongan yang menyempitkan makna bid’ah. Imam Hasan Al-Banna sendiri memahami makna bid’ah dan sunnah yang lebih luas. Oleh kerana itulah, Imam Hasan Al-Banna tidak menganggap tawassul sebagai syirik, dan beliau sendiri menyambut maulidul Rasul. Jalan sunni yang beliau fahami adalah sebagaimana yang difahami oleh Al-Azhar As-Syarif sendiri yang tidak jumud dalam membid’ahkan masalah-masalah khilafiyyah.

Oleh kerana itulah, dalam Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah, beliau berharap agar kesatuan dapat diwujudkan antara kaum sufi yang muhaqqiq, para ulama’ Al-Azhar (merujuk kepada persekitaran Imam Hasan di Mesir) dan para penggerak dalam haraki. Menurut beliau, tanpa kesatuan antara ketiga-tiga kelompok terbesar ini, maka tidak dapat membentuk kekuatan besar dalam membawa kepada islah dunia Islam.

Berdasarkan roh kesatuan inilah, Imam Hasan Al-Banna mengambil sikap terbuka dan sentiasa mendekatkan diri dengan para murobbi sufi dan menggalakkan para Ikhwan mengambil tarbiah sufiyyah khusus daripada kaum sufi agar mereka mendapat apa yang pernah beliau sendiri dapati daripada tarbiah sufiyyah.

. Beliau sangat kagum kepada Sheikh Taufiq Al-Bakri dan Sheikh Abdullah Al-‘Afifi yang cenderung untuk melakukan islah dalam kelompok sufiyyah. Beliau juga sering mengunjungi para murobbi sufi terutamanya Sheikh Sayyid Muhammad Uthman dan sebagainya sepertimana yang diriwayatkan dalam Al-Ikhwan Al-Muslimin Al-Ahdaath Sona’at At-Tarikh [2/20].

Antara tanda-tanda Imam Hasan Al-Banna r.a. tidak memisahkan diri daripada manhaj sufiyyah adalah dengan menggunakan kitab-kitab turath kaum sufi dalam manhaj tarbiahnya dalam jemaah Ikhwan seperti kitab-kitab:

- Hikam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari oleh Imam As-Sakandari As-Syazili r.a.

- Ihya’ Ulumiddin oleh Imam Al-Ghazali r.a.

- Risalah Al-Mustarsyidin oleh Imam Al-Muhasibi r.a.

- Al-Mawahib Al-Ladunniyyah oleh Imam Al-Qostollani r.a.

- Al-Anwaar Al-Muhammadiyyah oleh Imam An-Nabhani r.a.

- Ar-Risalah Al-Qusyairiyyah oleh Imam Al-Qusyairi r.a.

Dan sebagainya [Al-Ikhwan wa As-Shufiyyah Maadhin ghair Musta’ad oleh Husam Tamam]

Dengan kepentingan inilah, Imam Hasan Al-Banna memberi dua cara untuk tidak memisahkan Ikhwan daripada para murobbi sufi. Pertama: Beliau mendekati para murobbi dan ulama’ sufi agar mereka membantu sudut tarbiah Ikhwan walaupun mereka tidak berintima’ kepada jemaah tersebut secara langsung. Kedua: Beliau memberi galakan kepada para ahli jemaahnya untuk mengambil tarbiah khusus daripada para murobbi sufi kerana para murobbi sufilah golongan yang ahli dalam tarbiah kerohanian.

Pendirian Imam Hasan Al-Banna dalam mengalu-alukan bantuan para ulama’ murobbi sufi mendapat sambutan dari kalangan para murobbi sufi tempatan dan antarabangsa. Ramai para ulama’ sufi membantu Imam Hasan Al-Banna dalam sudut tarbiah khusus terutamanya seperti Sheikhul Azhar Imam Abdul Halim Mahmud dan sebagainya.

Setelah itu juga, para ulama’ sufi seperti Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim dan Sheikh Mutawalli As-Sya’rawi juga turut terlibat membantu sudut tarbiah jemaah Ikhwan Muslimin. Sheikh Sa’id Hawwa di Syria juga mengembangkan ilmu-ilmu tasawwuf dalam institusi rujukan jemaah Ikhwan Muslimin.

Oleh sebab itu, Imam Hasan Al-Banna menjelaskan, ketika ditanya adakah Al-Ikhwan Al-Muslimun itu suatu tarikat sufiyyah, maka beliau menjawab:

طريقة صوفية نقية: لإصلاح النفوس وتطهير الأرواح وجمع القلوب على الله العلي الكبير.

Maksudnya: “(Benar). Tariqah Sufiyyah yang bersih: iaitu untuk memperbaiki jiwa, membersihkan rohani dan menghimpunkan hati-hati kepada Allah s.w.t. yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. [ucapan beliau pada اجتماع رؤساء المناطق والشعب (perhimpunan pemimpin-pemimpin tempatan dan masyarakat)]

pergerakan dakwah golongan sufi tidak terungkap dengan slogan-slogan dalam muktamar-muktamar rasmi kerana mereka adalah suatu golongan yang lebih banyak “perlaksanaan” daripada “berkata-kata”. Oleh kerana itu, berdasarkan kajian dari sudut sejarah sahaja, didapati dakwah golongan sufi (sunni) meluas ke serata dunia di setiap zaman.

Hal ini diakui oleh Imam Hasan Al-Banna sendiri dalam Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah. Sejarah telah membuktikan, terutamanya kedatangan Islam ke Nusantara, semuanya adalah daripada usaha dakwah para sufi khususnya dari Hadramaut dan sebagainya. Dakwah mereka dibantu oleh Allah s.w.t. kerana sekian lama, sememangnya golongan sufilah yang berperanan penting samada dalam menyebarkan dakwah mahupun tarbiah ummah.

Namun, berdasarkan ijtihad Imam Hasan Al-Banna, beliau ingin menjadikan wadah dakwah sufiyyah lebih meluas dengan tidak menggunakan nama tarikat sufiyyah namun mengekalkan intipati kesufian lalu menubuhkan jemaah Ikhwan Muslimin. Imam Hasan Al-Banna menyeru masyarakat Islam umumnya ke arah kefahaman “Islam syumul” yang difahami oleh beliau daripada tarbiah sufiyyah.

Sheikhul Azhar Imam Abdul Halim Mahmud r.a. juga menceritakan tentang tradisi menyambut Maulid Rasul dalam kalanganIkhwan:

كنا نذهب جميعا كل ليلة إلى مسجد السيدة زينب فنؤدي صلاة العشاء، ثم نخرج من المسجد، ونصطف صفوفًا، يتقدمنا الأستاذ المرشد حسن البنا، ينشد نشيدًا من أناشيد المولد النبوي، ونحن نردده من بعده بصوت جهوري جماعي

Maksudnya: “Kami selalunya pergi beramai-ramai pada setiap malam menuju Masjid As-Sayyidah Zainab lalu kami menunaikan solat Isya’. Setelah itu kami keluar daripada masjid lalu membentuk beberapa saf (barisan) yang dipimpin di hadapan oleh Imam Mursyid Hasan Al-Banna, lalu beliau bernasyid dengan nasyid daripada nasyid-nasyid maulid Nabawi lalu kami mengikutinya (dalam bernasyid) dengan suara yang kuat secara berjamaah” [Al-Ikhwan Al-Muslimun Ahdaath Sana’at At-Tarikh 1/109]

Tarbiah Sufiyyah Sunniyyah: Keperluan Utama dalam Harakah Islamiyyah

Suhbah (Persahabatan) dengan Murobbi Kamil: Intipati Tarbiyyah Sufiyyah

Sudah tentulah, intipati tasawwuf yang dipegang oleh para sufi terdahulu sewajarnya diambil daripada tarbiah murobbi sufi yangmuhaqqiq yang bersambung silsilah tarbiah tersebut sampai kepada para ulama’ sufi tersebut. Ilmu tasawwuf bukanlah ilmu teori semata-mata, tetapi suatu ilmu penerapan kerohanian dan rawatan yang mendalam. Ia tidak boleh dipraktikkan hanya dengan membaca buku-buku akhlak dan tasawwuf.

Ustaz Muhammad Sholeh bin Ahmad berkata:

وقد كان أوائل الصوفیة حالھم وعلمھم في صدورھم یأخذھما الطالب عن شیخھ شفاھا ومجالسة وصحبة، ویتربى على شیخھ؛ ثمیأخذھما عنھ تلمیذه

Maksudnya: “Hal (keadaan hati) dan ilmu para ulama’ sufi terdahulu (salaf) tersimpan dalam dada mereka. Maka, murid mengambil kedua-duanya (hal keadaan hati dan ilmu tasawwuf) daripada Sheikhnya secara langsung, dalam majlisnya dan dengan bersahabat (suhbah). Maka, murid menerima tarbiah daripada Sheikhnya kemudian muridnya tersebut mengambil kedua-duanya (hal hati dan ilmu) daripada Sheikhnya (secara pewarisan rohani)”. [At-Tasawwuf wa Harakah Al-Islah wa At-Tajdid oleh Muhammad Sholeh bin Ahmad Al-Gharsi: 15]

Sheikh Al-Ustaz Al-Bahiy telah memikirkan untuk memilih Nukhbah dari kalangan pemuda Ikhwan yang terpilih, yang mana Sheikh akan mendekatkan mereka kepadanya, lalu memberi tarbiah kepada mereka dengan manhaj tarbiahnya lalu menyemai fikrah dan zauq (perasaan hubungan seseorang dengan Allah)-nya kepada mereka lalu mentarbiah mereka dengan latihan tarbiah akhlak (tarbiah sufi). Para ulama’ Tarbiah (ulama’ sufi muhaqqiqin) menetapkan bahawasanya seseorang murid itu memerlukan kepada seorang Sheikh (Murobbi) yang membimbingnya, yang memindahkan cahayanya, yang mana (kesan daripada) bersahabat dengan seorang Sheikh Murobbi tidak dapat dicapai dengan hanya sekadar dengan membaca kitab…” [Ibn Al-Qaryah wa Al-Kuttab: 283]

Oleh sebab itu, Imam Hasan Al-Banna r.a. berkata, beliau banyak mendapat manfaat daripada bersahabat dengan mursyidnya dengan berkata:

فقد أفادتني صحبتُه أعظم الفائدة

Maksudnya: “Aku telah mendapat manfaat yang terbesar dengan bersahabat dengannya (Sheikh Abdul Wahab Al-Husofi)…” [Muzakkirat Ad-Da’wah wa Ad-Da’iyyah]

Oleh yang demikian juga, menurut Sheikh Sa’id Hawwa, Imam Hasan Al-Banna sendiri adalah seorang murobbi sufi yang mendapat izin untuk memberi tarbiah kerohanian dengan berkata:

إن الصوفية عندهم اصطلاح المرشد الكامل، ولقد كان الأستاذ البنَّا مرشداً كاملاً بشهادة كبار الصوفية أنفسهم، وكان كذلك مجدداً والإخوة النواب هم خلفاؤه الحقيقيون، وهي قضية يجب أن تأخذ مضمونها الكامل في الدعوة

Maksudnya: “Sesungguhnya golongan sufi menggunakan istilah Mursyid Kamil di sisi mereka. Maka, Imam Hasan Al-Banna r.a. adalah seorang mursyid yang kamil sebagaimana diakui sendiri oleh para ulama’ sufi yang besar sendiri. Beliau adalahMujaddid sedangkan para naib beliau adalah khalifah beliau yang hakiki. Inilah aspek yang sangat penting untuk diambil intipatinya secara keseluruhan dalam sesuatu usaha dakwah. [Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah: 21]

Aspek mendapat izin dan pengakuan daripada para murobbi sufi dalam tarbiah adalah intipati asas dalam bidang tarbiah khususnya di sisi Imam Hasan Al-Banna t.a. sendiri. Maka, inilah antara faktor penyumbang kepada keberkesanan dakwah Al-Ikhwan Al-Muslimun di awal penubuhannya.

Berdasarkan sedikit pemerhatian, sudut kesufian dalam sesetengah jemaah berdakwah ala-Ikhwan mungkin hanya tinggal dalam lipatan sejarah atau dalam tulisan-tulisan turath mereka, bukan lagi secara praktikal. Barangkali, ianya membawa kepada kejatuhan dari sudut tarbiah dalam sesetengah jemaah tertentu kerana tidak mengambilnya daripada para murobbi sufimuhaqqiq sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah pengasas dan tokoh Ikhwan terdahulu.

Arus atau gelombang fikrah baru “ala-salafi” atau Wahabi dalam Al-Ikhwan Al-Muslimun mungkin antara punca menyebabkan wajah Al-Ikhwan kelihatan menjauhi para sufi muhaqqiqin, bukan sahaja dapat dikesan oleh para pemerhati dari luar, namun juga ianya dapat dikesan oleh para tokoh Al-Ikhwan Al-Muslimun sendiri.

“Pemikiran lain (dalam Al-Ikhwan) adalah perkembangan daripada pemikiran As-Syahid Sayyid Qutub melalui buku beliau:Ma’alim Fi At-Tariq…Pemikiran ini membawa kepada bibit-bibit mengkafirkan umat Islam… Kedua-dua fikiran ini adalah Salafiyyah(Wahabi) dan Qutubiyyah (yang menyelinap masuk dalam Al-Ikhwan)” [Ibn Al-Qaryah wa Al-Kuttab: juzuk 4, Isnin 1 September 2008].

Kemungkinan juga, sesetengah ahli dalam jemaah dakwah yang terpengaruh dengan pemikiran Salafiyyah(Wahabi) atau Qutubiyyah yang dimaksudkan inilah yang sangat berperanan membuang sudut kekuatan asal yang utama bagi Al-Ikhwan suatu ketika dahulu iaitulah sudut Haqiqah Sufiyyah atau Tarbiah Sufiyyah Sunniyah.

· DDaripada pemerhatian, ikhwan muslimin telah lari dari asas dan manhaj asal Imam Hassan alBanna yang utuh dengan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah, justeru sejarah asal perlu dibongkar kembali agar ianya kembali kepada landasan sebenar sebagaimana diasaskan oleh pengasasnya.


Rujukan:

www.ikhwanonline.com

mukhlis101.multiply.com

iluveuislam.com

alislam

majalah I

siasah