Sistem Pentadbiran, Institusi Pendidikan, Ulama’ dan Ekonomi Turki Osmaniah.


Sistem Pentadbiran, Institusi Pendidikan, Ulama’ dan Ekonomi Turki Osmaniah.

Era Othmaniyyah adalah era terdekat bagi umat Islam mendapatkan contoh kehidupan sebuah Ummah yang memenuhi kriteria asasnya sebagai sebuah Masyarakat, Pemerintahan, Negara dan Khilafah Islam atau Negara tamadun maju.

INSTITUSI ULAMA DI ERA PEMERINTAHAN OTHMANIYYAH

Ulama mempunyai kedudukan yang penting dan istimewa di dalam era pemerintahan Othmaniyyah. Ia menjadi institusi yang bukan sahaja dihormati oleh massa, malah menjadi teras dan sumber kekuatan serta kewibawaan para Sultan itu sendiri. Hal ini boleh dirujuk seawal zaman terasasnya pemerintahan Othmaniyyah, tatkala Osman Gazi (1300 – 1326) menyampaikan wasiat akhirnya kepada pewaris takhka Orhan (1326 – 1362) sebagaimana yang dicatatkan oleh Aşık Çelebi:

Wahai anakku, janganlah sekali-kali kamu menyibukkan diri melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan oleh Allah Tuhan semesta alam. Jika kamu menghadapi sebarang kesulitan di dalam pemerintahan, maka bermesyuaratlah kamu dengan pada Ulama' untuk mencari jalan penyelesaian"

"Wahai anakku, rendahkanlah dirimu dengan kemuliaan kepada orang-orang yang mentaatimu serta peliharalah kebajikan tenteramu. Janganlah sekali-kali kamu diperdayakan oleh Syaitan dengan (kekuatan) tentera dan hartamu. Dan janganlah kamu sekali-kali menjauhkan diri daripada Ahli Syariah..."

"Wahai anakku, sesungguhnya kamu mengetahui bahawa matlamat kita adalah keredhaan Allah Tuhan semesta alam. Sesungguhnya jihad itu menyebarkan cahaya sinaran agama kita ke segenap penjuru. Dengan demikian itulah terhasilnya Mardhatillah Jalla Jalaaluh..."

"Wahai anakku, kita bukanlah dari kalangan mereka yang berperang kerana syahwat mahukan kuasa atau menawan manusia. Sesungguhnya kita ini hidup dengan Islam dan dengan Islam jualah kita mati. Dan hakikat inilah wahai anakku, kamu itu adalah ahlinya!"[i]

Nasihat Osman Gazi kepada anakandanya Orhan, menjadi batu asas kepada corak pemerintahan Othmaniyyah. Ia juga telah mengikat Ulama dan Institusi Syariah agar terus menjadi tiang seri tempat bersumbernya kekuatan dan pengaruh Sultan.

Secara ringkasnya, Institusi Penguatkuasaan Agama Islam di dalam pemerintahan Othmaniyyah boleh dikemukakan seperti berikut:

1. Sheikh al-Islam

2. Para Qadhi di pelbagai peringkat dan kedudukan

3. Para Mufti

4. Sarjana Syariah dan Usul al-Deen

5. Institusi Perguruan di Madrasah-madrasah Islamiah dan markaz tariqat

6. Syeikh Sufi dan Tariqat

Sheikh al-Islam merupakan jawatan keagamaan tertinggi di dalam institusi Ulama’ di era Othmaniyyah. Kadang-kadang jawatan itu disebut sebagai Mufti al-‘Âsimah atau juga sebagai al-Mufti al-Akbar. Kedudukannya yang tinggi dan penting, menjadikan Sadr-ı azam (Perdana Menteri), para menteri, malah Sultan sendiri sering mengambil kira pandangan Sheikh al-Islam di dalam pelbagai urusan yang besar dan penting.

Amir Syakib Arsalan(sejarahwan) dalam karyanya ‘Tarikh Daulat Osmaniyyah’ banyak menukilkan sejarah khilafah Othmaniyyah. Begitu juga sejarahwan Taskupruluzade Ahmed dalam karyanya ‘as-Syaqiq al-Nukmaniyyah Fi Ulama’ Daulat Othmaniyyah’ yang mencatat ulama-ulama’ khilafah Othmanyyiah dimana majority ulama’nya bermazhab Hanafi dan juga Syafei serta bertariqat sufi sama ada Khalwatiah, Naqsyabandiah, Rumiyyah, Qadiriah.

Antara tokoh ulama’:

Sheikh al-Islam Mustafa Sabri Efendi. Badiuzzaman Said al-Nursi dan Sheikh Süleyman Hilimi Tunahan .

Sheikh Mustafa Sabri telah dilantik pada tahun 1920 menjadi Sheikh al-Islam. Mustafa Sabri kemudiannya dikenali sebagai Sheikh al-Islam Mustafa Sabri Efendi (gelaran Efendi diberikan mengikut tradisi kerajaan Othmaniyyah kepada ilmuan agama). Mustafa Sabri telah menghasilkan banyak buku di dalam Bahasa Turki dan Arab. Akan tetapi di kalangan hasil tulisan itu, kitabnya yang paling masyhur adalah Mauqif al-‘Aql wa al-‘Ilm wa al-‘Aalam min Rabb al-‘Alamin wa Ibadihi al-Mursalin (Kedudukan Akal, Ilmu dan Alam di Dalam Hubungannya Dengan Rabbul Alamin dan Para Rasul). Ia diterbitkan di Kaherah pada tahun 1950. Beliau juga seorang Sufi dan mempunyai hubungan dengan ramai syeikh Tariqat Sufi.

Imam Süleyman Hilmi Tunahan adalah daripada keluarga sarjana Islam yang terkemuka.Datuknya adalah Kaymak Hâfiz dan keluarganya adalah dari silsilah keturunan İdris Bey yang nasabnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. Di zaman Sultan Muhammad al-Fatih (1444 – 1446 / 1451 – 1481), beliau mencari orang yang mempunyai nasab keturunan Nabi s.a.w. dan apabila İdris Bey ditemui, beliau dikahwinkan dengan saudara perempuan al-Fatih. Pendidikan awalnya bermula di Madrasah Satırlı Di Istanbul, beliau menamatkan pengajiannya di Madrasah al-Fatih, dan seterusnya di Dar al-Khilafah al-‘Aliyah pada tahun 1913. Süleyman Hilmi bergerak aktif meneruskan aktiviti mengajarnya di Masjid Sultan Ahmet dan Süleymaniye, Yeni Cami, Şahzade Paşa, Kasim Paşa dan beberapa masjid yang lain.

Kalangan ulama Othmaniyyah terbuka terhadap empat mazhab muktabar, tentang perbezaan fiqh Ulama Kurdi yang bermazhab Syafie dengan Ulama Turki yang bermazhab Hanafi tiada menjadi permasalahan bahkan saling bekerjasama bagi maslahah agama dan rakyat. Khilafah Othmaniyyah bermazhab Hanafi. Mazhab Hanafi telah menjadi pegangan negara-negara bangsa Turki di era Islam semenjak dari zaman Karakhanid. Dengan tabiat yang wujud di dalam kaedah pengambilan hukum dan pengembangannya di dalam Mazhab Hanafi, iaitu dengan mengikut manhaj al-Maturidiah. Dan ramai juga kalangan ulama’nya bermazhab Syafei dari kalangan bangsa Kurdis. Dlama tasawuf mereka mengikuti manhaj naqsyabandi, qadiri, Rumi, Khalwati dan seumpamanya.

Begitu juga murabbi Sultan Muhammad alFatih iaitu Syeikh Aqa Syamsuddin.

Ancaman:

Othmaniyyah jatuh dan berpecaha belah kerana ancaman pada masa itu adalah:

1. Serangan kuasa bersekutu dari Barat

2. Gerakan sulit Freemason

3. Serangan Syiah dari Timur

4. Gerakan Wahabi ‘Muhammad Wahab’

5. Rakyat Othmaniyyah sendiri berpecah belah pada masa tersebut

Sejarahwan agung Turki

Taskupruluzade Ahmed (1495 ““ 1561) adalah ahli ensiklopedia Othmaniyyah dan guru sekolah. Beliau paling dikenali kerana tulisannya Shaka-ik al-Nu’maniya, iaitu sebuah biografi di dalam Bahasa Arab yang mengumpulkan 522 sarjana Othmaniyyah dan Mawduat al-Ulum iaitu sebuah ensiklopedia Sains.

Katip Celebi (1609 – 1657) juga dikenali sebagai Haci Halife, atau nama sebenarnya Mustafa Ibn ‘abd Allah merupakan seorang ahli Sejarah Othmaniyyah yang terkenal, pakar Geografi dan juga seorang ahli bibliografi. Antara karangannya yang paling utama adalah Kashf al-zunun’an asami al-kutub wa al-funun (The Removal of Doubt from the Names of Books and the Sciences) yang mengumpulkan maklumat tentang 15,000 buku di dalam Bahasa Arab, Turki dan Parsi yang terbit di zamannya.

Amir Syakib Arsalan.

Ekonomi:

Kerjaan othmaiyyah merupakan kuasa besar ekonomi pada masa tersebut, dengan penguasaan perdagangan di lautan Medittrenean dan sekitar benua Asia, Afrika dan eropah sekitar empayarnya. Ini kerana mereka mempunyai sistem pentadbiran yang mantap, undang-undang dan kemudahan infrastruktur bagi pedagang. Sistem pemusatan kuasa ekonomi adalah kurang dengan liberalisasi berdasarkan kawasan wilayah masing-masing dalam penentuannya. Dan sedikit campurtangan kerajaan pusat. Dasar pasaran bebas juga telahmemeberipulangan besar kepada kerajaan Othmaniyyah sehingga hasilnya keseluruhan melebihi perbelanjaan Negara.

Keselamatan pedagang sememangnya terjamin serta kemudahan infrastrukruturnya.. kemakmuran dan dasar pemerintahnya memudahkan rakatnya terus aman dan makmur sehinggalah kejatuhanya .

Dalam masa ini tradisi kesarjanaan diutamakan seperti pengajian islam, keselamatan pertahanan dan ekonomi. Sistem waqaf Berjaya menampung institusi masjid, pengajian agama dan markaz Sufi (Tekke).

Umum mengetahui system pertahanan dan ketenteraan Othmaniyyah semamangnya hebat dari segi teknologi dan strateginya serta persenjataan.

Sistem Pendidikan:

Iaitu keutamaan pengajian agama berteras aqidah Ahli sunnah wal Jamaah khususnya manhaj Maturidiah, fiqh mazhab Hanafi dan tasawuf dengan tariqat muktabar. Sistem pengajian adalah berguru dan bertalaqi. Disamping sistem pendidikan akademik dititikberatkan dan amat maju seperti mantik, falsafah, ekonomi, senibina, kejuruteraan, sains, pertahana, teknologi, perdangan, perkapalan dan seumpamanya.

Seni bina Turki serta seni budayanya amat hebat dan mengkagumkann terutamanya istana dan masjid sehingga ke hari ini kekal utuh dan dapat disaksikan oleh sesiapa sahaja ke Turki.

Justeru sejarah Othmaniyyah perlu dibongkar dari segi sistem pentadbiran, ekonomi, sistem waqaf, perpaduan , dakwah sufi dan tariqat, institusi ulama dan pendidikan, pertahanan dan perdagangan dan sebagainya dalam menyusur kearah ketamadunan dan peradaban. Kehebatan dan kekutannya perlu dikaji selidik dan kelemahan dankejatuhanyya perlu diambil pengajaran bagi menuju kehidupan di masa depan. Sejarah amat penting dkaji kerana apabila dikaji kita akan memahami keadaan sekarang dan bersedia bagi masa hadapan.