Hizb Al-Tahrir ( اﻟﺘﺤﺮﻳﺮ ﺣﺰب )

Hizb Al-Tahrir ( اﻟﺘﺤﺮﻳﺮ ﺣﺰب )

i. Pengasas – Taqiyuddin al-Nabhaniyy. Berasal dari Palestin dan telah berhijrah ke Lubnan.

ii. Di Lubnan tinggal di Ra’s al-Naba’ pada akhir tahun 50an.

iii. Dia merasakan dirinya sebagai Amir al-Mu’minin dan menamakan isterinya Lami’ah Umm al-Mu’minin.

iv. Mempunyai 3 orang anak: Taj, Usamah dan Ibrahim.

v. Mendakwa anak yang pertama sebagai pemerintah Syam, yang kedua pemerintah Iraq dan yang ketiga pemerintah Mesir.

vi. Pergerakan ini banyak di United Kingdom.

vii. Mengkafirkan pemerintah Muslim di mana-mana juga dunia Islam.

viii. Beraqidah seperti orang Mu‘tazilah, dengan meyakini segala perbuatan hamba adalah hasil ikhtiar hamba dan tiada kaitan dengan Allah. Dengan kata lain af‘al ( أﻓﻌﺎل ) hamba bukan ciptaan Allah. Tiada kaitannya dengan qadha’ dan qadar. (Kitab al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah).

ix. Hidayah dan kesesatan adalah dari hamba dan tiada kaitannya dengan Allah. (alShakhsiyyah al-Islamiyyah/kitab Nizam al-Islam).

x. Ma‘sum bagi para Anbiya’ adalah setelah dilantik, mereka sebelum dilantik adalah tidak ma‘sum, dengan kata lain mereka terdedah dengan segala dosa. (Kitab al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah).

xi. Majlis Syura mereka berhak memutuskan untuk keluar dari mematuhi pemerintah

berdasarkan pemerintah yang ada, fasiq yang nyata. (Kitab al-Shakhsiyyah alIslamiyyah/Dustur Hizb al-Tahrir).

xii. Sekiranya pemerintah yang ada bercanggah dengan Syara‘ dan tidak berkemampuan untuk menegakkan pemerintahan yang Islam berkewajipan keluar dari mematuhi pemerintah. (Nizam al-Islam). Di dalam aqidah Ahli Sunnah, wajib mematuhi pemerintah sekalipun zalim dan fasiq amal.

xiii. Barangsiapa tidak mem-bay‘ah khalifah, mati dalam jahiliyyah. Didasari dengan katanya Nabi mewajibkan setiap orang Islam mem-bay‘ah khalifah. (al-Shakhsiyyah alIslamiyyah).

xiv. Orang-orang Islam semuanya berdosa besar kerana gagal untuk melantik khalifah. Dan masa yang dimaafkan 2 malam, dan kalau malam yang ke-3 gagal, maka berdosa. (alDawlah al-Islamiyyah).

xv. Sebenarnya mereka mengajak kepada orang ramai untuk mem-bay‘ah pemimpin mereka Taqiyuddin al-Nabhaniyy.

xvi. Perjalanan (safar) untuk melakukan maksiat adalah tidak berdosa, melainkan setelah melakukan perbuatan itu.

xvii. Mengharuskan salam dan bercium pipi bersama perempuan yang ajnabiyyah (bukan

mahram).

http://www.darulfatwa.org.au/languages/Malaysian/Ancaman_Dan_Penentangan_Terhadap_Aqidah_Ahli_Sunnah_Wal_Jama'ah.pdf