Kata Aluan karya: 40 HADIS TENTANG IHSAN

KATA-KATA ALUAN

SEGALA PUJI BAGI TUHAN SEKALIAN ALAM DAN SELAWAT MULIA KE ATAS JUNJUNGAN AGUNG NABI DAN RASUL DAN AHLI BAIT SERTA SAHABATNYA. FIRMAN ALLAH TAALA: TANYALAH AHLI ZIKIR SEKIRANYA KAMU TIDAK MENGETAHUI DAN SABDA RASULULLAH SAW PARA ULAMA’ ADALAH PEWARIS PARA NABI.

SYABAS DIUCPAKAN KEPADA PENULIS YANG MERUPAKAN SUATU USAHA MURNI BAGI MENGEMBALIKAN PERADABAN INSANI. SEMOGA IANYA DIBERAKATI DAN MENDAPAT GANJARAN SEWAJARNYA.

KARYA ’40 HADIS TENTANG IHSAN’ INI SUATU GAGASAN BAGI MEMARTABATKAN ILMU WARISAN NABAWI. IAITU KEFAHAMAN AGAMA YANG BETUL MENGIKUT MANHAJ YANG BETUL DARIPADA SUMBER YANG SAHIH. KERANGKA DAN MESEJ PENULIS JELAS BAGI MENYUBUR JIWA INSAN DAN TARAQQI BAGI MENCAPAI MARTABAT IHSAN.

TRADISI SUNNI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN KHAZANAH WARISAN NABAWI HARUS DIKEMBANGKAN, DISEBARKAN,DIPERKASAKAN DAN DIBERI PENGHAYATAN YANG SEWAJARNYA BAGI AGENDA MENGEMBALIKAN PERADABAN ISLAM DAN INSANI.

KARYA INI DIPERSEMBAHKAN DENGAN BAHASA MUDAH DIFAHAMI DAN PERSEMBAHAN YANG MENARIK BAGI TATAPAN PEMBACA. BUKU INI DIHARAP DAPAT DIAMBIL PANDUAN DAN PENGHAYATAN BAGI MELAHIRKAN AKAL INTELEK DAN INSAN RABBANI MENGIKUT ACUAN YANG SEBENAR, DIMANA UMAT ISLAM HARUS KEMBALI KEPADA HAKIKAT LELUHUR DAN KEFAHAMAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH MELLALUI ULAMA’ PEWARIS SAYYIDINA NABI SAW.

SEKIAN, WASSALAM.

PUTRAJAYA.