Pemikiran Strategis & Peradaban Melayu Islami

Pemikiran Strategis & Peradaban Melayu Islami

Strategi pemerkasaan bidang utama seperti keilmuan, agama, undang-undang dan kehakiman, keselamatan, Ekonomi, Sosial, profesionalisme, pengurusan dan pentadbiran, pengukuhan institusi kesultanan, perkhidmatan awam, NGO.

Pengukuhan Bidang R&D ( Penyelidikan, Pengkajian & Pembangunan)

Kajian Syariah & Undang-undang

Syariah Islam merupakan pembentuk dan pencorak kepada peradaban manusia Mempelajari dan mengkaji subjek syariah maka tiga aspek perlu dilihat yang berhubung kait antara satu sama lain iaitu: pertama, ilmu yang menjadi teras kepada pembentukan teori syariah itu sendiri seperti Qur’an, Sunnah, Ijma dan Qiyas, kedua, ilmu yang berkaitan dengan kaedah, aplikasi teori kepada realiti hidup. Ini bererti usul al-fiqh, qawaid al-fiqh dan siasah al-syar’iyyah. Ketiga, ilmu yang berkaitan dengan perkembangan semasa yang melibatkan kewangan Islam dan undang-undang.

— Menyediakan kefahaman asas mengenai disiplin keilmuan syariah dan undang-undang dalam konteks keilmuan-keilmuan lain.

— Memberi kefahaman mengenai hubungan disiplin syariah sebagai kerangka teori dengan aspek-aspek kehidupan praktikal seperti ekonomi, politik pengurusan, dan sosial.

— Mengadakan pendekatan bagaimana bidang ilmu syariah dapat memperjelas dalam penyediaan model-model pelan bertindak yang melibatkan unndnag-undnag dan kewangan Islam.

- Pengajian dan penyelidikan ke atas kewangan.

- kajian terhadap undang-undang Islam

- Mengumpulkan sumber-sumber rujukan menjurus kepada skop yang lebih khusus. Menjalankan penyelidikan mengenai isu-isu yang melibatkan kepentingan ummah.

KAJIAN TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu perlu dikaji dengan pendekatan yang lebih objektif, adil dan meluas .

— Memantapkan jati diri Melayu Islami.

— Memperkasa budaya.

— Membina tamadun Melayu-Islam

- Bahasa dan sastera Melayu.

- Karya-karya agung Melayu termasuk khazanah “kitab turath” yang merakamkan pemikiran ilmuwan Melayu.

- Tokoh-tokoh penting dalam pelbagai bidang tamadun Melayu: ulama, pemikir, budayawan, ahli politik, pemimpin dan lain-lain.

- Tamadun Melayu dan cabaran masa kini.

- Isu-isu semasa dalam masyarakat Melayu.

KAJIAN ALIRAN PEMIKIRAN ISLAM KONTEMPORARI

Perkembangan pemikiran Islam dalam pelbagai bidang ketamadunan. Memang ajaran Islam memiliki potensi tajdidi dalaman di samping mempunyai kepekaan yang menjadikannya responsif terhadap perkembangan-perkembangan luaran. Bertambahnya ruang untuk bereksperimen baik atas nama Islamisasi, penerapan nilai-nilai Islam, pelaksanaan syari‘at atau lain-lainnya ternyata membawa cabaran dan sekaligus motivasi baru kepada pertumbuhan pemikiran Islam.

— Membangun pemikiran Islam kontemporari berasaskan islah dan tajdid yang.

— Memelihara kemurnian pemikiran Islam daripada pencemaran yang bertentangan dengan ‘aqidah (Syiah,Wahabi,batiniah,Liberal,Pluralisme), syari‘ah dan akhlak.

— Menangani isu-isu semasa dari perspektif Islam.

— Memberikan saranan dan formula penyelesaian Islami kepada masalah-masalah semasa.

— Memasyarakatkan pemikiran tokoh-tokoh Islam daripada pelbagai bidang .

- Gerakan-gerakan Islam kontemporari.

- Aliran-aliran pemikiran Islam: tradisionalis, modenis, neo-modenis, pascamodenis dan lain-lain.

- Tokoh-tokoh pemikir Islam: Muhammad bin Wahab,Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad ‘Abduh, Rashid Ridha, Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Abu ‘l-A‘la al-Maududiy, Abu ‘l-Hasan ‘Aliy al-Nadwiy, Malik Bennabi, Muhammad Natsir, Hamka, Ali Syariati, Sayyid Muhammad Naquib al-Attas, Burhanuddin al-Hilmiy, Ismail al-Faruqiy, Said Nursi, Abu Hasan al-nadwi, Muhd Iqbal dan lain-lain.(Sama ada Sunni, wahabi, Syiah, Reformis,Haraki, Pemikir).

- isu-isu pemikiran masa kini:

- Orientalisme dan oksidentalisme.

- Globalisasi.

- Demokrasi

- Pluralisme.

- Kajian Gerakan Islam (NGO’s dan Parti Politik)

- Ikhwan Muslimin dan pemikiran pengasasnya.

- Said Nursi dan pemikiran pengasasnya.

- Mengkaji gerakan Islam di Nusantara.

KAJIAN PENDIDIKAN

Pendekatan pengajian secara bersepadu. Bagi pembangunan Insan. Pengajian agama secara talaqi dan bersanad. Salsilah kerohanian dan pengajian bidang akademik bersama teras fardu Ain. Subjek asas 3 fardu Ain, Falsafah, Aliran pemikiran, Metod kajian dan pemikiran strategik, Tamadun.

— Memberi kefahaman, penghayatan dan pengamalan ilmu-ilmu secara bersepadu.

— Penguasaan kemahiran dalam disiplin-disiplin ilmu dan seluruh aspek kehidupan massa.

— Menghasilkan insan yang mempunyai kekuatan ilmu, kemahiran dan ketrampilan serta positif.

¨ Kuliah,Wacana Ilmu, muzakarah

¨ Penyelidikan ilmiah (Kajian lapangan dan teks serta alam maya.

¨ Penulisan ilmiah

¨ Pemikiran