al-Attas:Tokoh Melayu Terbilang


Prof. Datuk Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, 80, dipilih untuk menerima anugerah tokoh Melayu terbilang 2011. Seorang ahli falsafah Islam, akademik dan pemikir.
Beliau yang telah menerima banyak anugerah dan ijazah-ijazah kehormat dari pelbagai universiti hasil kejayaannya dan sumbangannya di dalam dunia pengkajian, falsafah dan akademik.Pengasas Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac).
Syed Muhammad Naquib telah banyak menulis buku-buku berlatarbelakangkan sejarah, kebudayaan, kesusasteraan, ilmu sufi, pemikiran, falsafah Islam dan metafizik.Beliau juga orang yang mencipta logo UMNO, PDRM dan pasukan tentera. Dan sumbangannya dalam bidang akademik dan universiti. Beliau menyumbang dalam penghasilan karya-karya besar yang menyuntik semangat nasionalisme, falsafah dan tradisi masyarakat Melayu.

Berikut biodata penerima anugerah Melayu Terbilang:

YM. PROF. DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
1. Nama - Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib bin Ali Al-Attas
2. Tarikh lahir - 3hb. September 1931
3. Tempat lahir - Bogor, Jawa
4. Pendidikan Awal
i) Mulai belajar pada usia lima (5) tahun di Johor.
ii) Semasa pendudukan Jepun dia telah pergi ke Jawa untuk belajar bahasa Arab di Madrasah Al-Urwatul-Wathqa.
iii) Di dalam tahun 1946, beliau telahpun pulang ke Johor dan belajar di sekolah menengah.
iv) Setelah tamat belajar di sekolah menengah pada tahun 1951, beliau telahpun menyertai askar Melayu selaku seorang pegawai kadet.
5. Pendidikan tinggi -
i) Telahpun belajar di Eaton Hall Chester, Wales.
ii) Belajar di Royal Military Academy di Sandhurst, England (1952-1955).
iii) Mulai berjinak dan mendalami ilmu sufi dengan menggunakan perpustakaan akademi di England.
iv) Telahpun menjelajah ke Sepanyol dan Afrika Utara untuk mendalami ilmu keagamaan.
v) Telahpun melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya di Singapura dari tahun 1957 ke 1959.
- Mulai menjadi penulis di dalam ilmu keagamaan sejak di menara gading.
vi) Melanjutkan pengajian di Mc Gill University di Montreal, Kanada dan telahpun dianugerahkan Ijazah Sarjana “Cemerlang” di dalam bidang Falsafah Islam pada tahun 1962 – melalui tesisnya bertajuk “Raniri dan Wujudiyyah di abad ke tujuh belas di Acheh”.
vii) Beliau telahpun melanjutkan pengajiannya “School of Oriental and African Studies” di University London.
viii) Di dalam tahun 1962, beliau telahpun menulis tesis dua jilid bertajuk mistik Hamzah Fansuri.
6. Karier -
i) Di dalam tahun 1965, beliau telahpun dilantik sebagai Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu di Universiti Malaya.
ii) Menjadi Dekan Fakulti Sastera di Universiti Malaya dari tahun 1968 ke 1970.
iii) Di dalam tahun 1970, beliau telahpun berhijrah ke Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu dan Kesusasteraan dan kemudiannya beliau menjadi Dekan Fakulti Sastera
–beliau telahpun mencadangkan kegunaan Bahasa Malaysia secara lebih mendalam dan berkesan di dalam Pengajian
Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan dan menekankan pengaruh Islam.
iv) Beliau telahpun menubuhkan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 untuk merealisasikan visinya untuk memperkasakan Bahasa Malaysia.
V) Di dalam tahun 1987, beliau telahpun menubuhkan Institut Antarabangsa mengenai pemikiran dan tamadun Islam di Kuala Lumpur di mana beliau telahpun memberikan perhatian dan penekanan kepada kajian yang mendalam kepada aspek-aspek metafizik, kebenaran, Mahiyyah (quiddity) dan wujud.
7. Beliau juga telahpun menerima banyak anugerah dan ijazah-ijazah kehormat dari pelbagai universiti hasil dari kejayaannya di dalam dunia pengkajian, falsafah dan akademik. Diantaranya :-
i) Raja Hussein dari Jordan telahpun melantik beliau sebagai ahli Akademik diRaja Jordan pada tahun 1994.
ii) Pada bulan Jun 1965, Universiti Hartoum, Sudan telahpun menganugerahkan beliau dengan Ijazah Kehormat Falsafah di dalam bidang kesusasteraan.
8. Sumbangan-sumbang besar di peringkat Nasional ialah :-
i) Beliau adalah seorang falsafah dan ahli fikir di dalam dunia keIslaman.
ii) Telahpun banyak menulis buku – buku berlatarbelakangkan sejarah, kebudayaan, kesusasteraan, ilmu sufi, pemikiran,
falsafah Islam dan metafizik.
iii) Beliau juga adalah pencipta logo-logo pasukan tentera, polis Diraja dan parti UMNO.
9. Buku-buku dan monograf yang telah dihasilkan oleh Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas adalah seperti berikut:-
• (1953) Rangkaian Ruba’iyat (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka).
• (1963) Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays (Singapore: Malaysian Sociological Research Institute).
• (1969) Raniri and the Wujudiyyah of the 17th Century Acheh (Kuala Lumpur : Monographs of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society).
• (1970) The Mysticism of Hamzah Fansuri (Kuala Lumpur : University of Malaya Press)
• (1970) The Correct Date of the Terengganu Inscription (Kuala Lumpur : Museum Department).
• (1972) Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka).
• (1975) Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjatu’l Sidiiq : A Refutation (Kuala Lumpur : Museum Department)
• (1978) Islam and Secularism (Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM); reprint, Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), 1993).
• (1980) The Concept of Education in Islam (Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM); reprint, Kuala Lumpur International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (1986) A Commentary on the Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri : Being an Exposition the Salient Points of Distinction between the Positions of the Theologians, the Philosophers, the Sufis ad the Pseudo-Sufis on the Ontological relationship between God and the World and Related Questions (Kuala Lumpur : Malaysian Ministry of Culture).
• (1988) The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqa’id of al-Nasafi (Kuala Lumpur : University of Malaya).
• (1989) Islam and the Philosophy of Science (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)) (tr. Into German by Christoph Marcinkowski as Islam und die Grundlagen von Wissenschaft, Kuala Lumpur : ISTAC, 2001).
• (1990) The Nature of Man and The Psychology of the Human Soul (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilizatin (ISTAC).
• (1990) On Quiddity and Essence (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (1990) The Intuition of Exixtance (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (1992) Islam : The Concept of Religion and the Foundation of Ethnics and Morality (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (1993) The Meaning and Experience of Happiness in Islam (tr. Intro Malay by Muhamamd Zainiy ‘Uthman as Ma’na Kebahagiaan dan Pengalamannya dalam Islam, Kuala Lumpur : ISTAC; and into German by Christoph Marcinkowski as Die Bedeutung und das Erleben von Gluckseligkeit im Islam, Kuala Lumpur ; ISTAC, 1998).
• (1994) The Degress of Existence.
• (1995) Proglegomena to the Metaphysics of Islam : An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (2001) Risalah untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur : International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
• (2007) Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam (Penang, Malaysia : Universiti Sains Malaysia.

10. Kriteria tokoh dipilih :-
Tokoh ini telahpun banyak menyumbangkan di dalam bidang keagamaan, falsafah, bahasa, budaya, kesusasteraan dan mempertingkatkan tahap nasionalisme di Negara kita. Sepanjang hayatnya sehingga kini karya-karyanya juga banyak dijadikan bahan rujukan dan kajian oleh para mahasiswa dan cendikiawan Islam.