TRANSFORMASI ISLAH DAN TAJDID


TRANSFORMASI ISLAH DAN TAJDID.


Al-Quran dan Sunnah sumber petunjuk bagi umat manusia, namun kuncinya terdapat dalam kedua sumber tersebut. Ini kerana akal manusia amat terbatas dan banyak unsur gangguan dan tipudaya kalau memahami sumber tersebut tanpa melalui ahlinya yang dikenali ‘Ahl Zikr, Khabira, ahlillah, wali mursyid,ulama’, auliyaa’ dan lain-lain lagi istilahnya. Kesemuanya membawa kepada maksud yang sama dan inilah intipati dan kunci bagi memahami Islam sebenar dan kedua sumber tersebut di atas .Dalilnya dalam surah-surah al-Kahf:17, al-Baqarah:257,Yunus:62,al-A’raf:196, al-Nur:55, Fatir:32,al-Anbiya’:105, al-Ra’du:7, Shod:82-83, al-hajar:42,alNahl:99, al-Maidah:55, al-Munafiqun:8, al-baqarah:128, al-An’am:153, al-Ankabut:69, al-Insan:29, al-Nisa’:83,88,115, al-Maidah:55,56, Ali-Imran:28, al-Furqan:59, al-Ahzab:46, al-Zumar:29. Sebagaimana maklum ‘ Nas Sahih wa Fahmun Khati’. Nas sememanya betul namun kefahaman je salah lantaran tiada panduan apa yang dimaksudkan dalam Quran dan sunnah.



Ala ini dijadikan Allah Taala dan setiap zaman wujudnya khalifah sehinggalah ke akhir zaman. Agenda ini berterusan dan berkesinambungan dari zaman ke zaman sehingga zaman Imam al-Mahdi al-Muntazir r.a. Seseorang yang dikatakan pewaris nabi SAW iaitu Ulama’ yang dimaksudkan Quran dan sunah ilmunya meliputi ulum ad-din dan duniawi lantaran anugerah ilahi terhadap insan pilihan.


Penulis berasa bersyukur kerana ditemukan dan diberi hidayah oleh Allah Taala melalui Rasulullah SAW bagi mendapati kepada kita seorang wali mursyid. Ayat al-Quran jelas membicarakan hal ini. Ulama pewaris atau wali mursyid ilmunya sudah pasti daqiq lagi tahqiq mengenai kandungan al-Quran dan sunnah. Bahkan sunnah ada sunnah wajib dan sunnah sunat. Demikian juga alim dalam ilmu duniawi dan ukhrawi.Seorang alim rabbani yang juga seorang usahawan pertanian dan penternakan dengan keluasan ladang al-Kirom 3,000 ekar menzahirkan manefestasi ism Allah Taala al-Ghaniy. Pendekatan dakwah amat berhikmah dan setiap orang dilayan berdasarkan kedudukan seseorang itu almaklum pandangannya kashaf dan firasat seorang mukmin.pendekatan terbuka dengan hujah ilmu secara akli dan nakli. Bahkan panduan dalam memahami apa perkara dengan dalil akal, qias, sunnah dan Quran. Pakaian bersifat massa dan kemas lantaran Islam agama yang hebat dan menjadi contoh terbaik dalam semua perkara. Kecemerlangan dizahirkan dalam semua perkara kehidupan duniawi. Iaitu Islam yang maju, bersih, kemas dan berTamaddun.


Pendekatan baharu tajdid dalam memahami akidah/tauhid secara mudah dan tepat iaitu (muqtadayat al-uluhiyyah) 4 perkara: al-Sabq, al-Itlak, az-Zatiah dan as-Sarmadiah. Dan 4 perkara merosakkan akidah (Awhal al-tauhid) iaitu hulul, ittihad,tashbih dan ta’til. Tidak memerlukan perbahasan panjang, mudah dicerna dan diamalkan.



Ilmunya hidup dan bersifat massa, sesuatu perkara yang ingin dibahaskan perlunya difahami awal iaitu takrif sesuatu perkara supaya penilaian dilakukan secara tepat dan perbahasan wujud kalangan orang ramai lantaran tiada takrif yang tepat terhadap sesuatu perkara. Pendekatan mengislahkan punca bagi menyelesaikan sesuatu perkara dan masalah. Begitu juga punca bagi segala-galanya manusia dan tempat dinilai oleh Allah Taala ialah di kalbu. Justeru para mujaddid dan islah sentiasa menitikberatkan aspek penyuciaan hati iaitu punca perlu diislah bagi mengisi dengan sesuatu dengan betul dan tepat. ,manhaj dakwah amat berhikmah dalam perkara syariah adanya tasamuh namun tegas dalam perkara akidah. Adab amat penting terutamanya berkenaan adab terhadap Sidna Nabi SAW, sahabat dan ahli bait dan mengenal serta mahabah Nabi kerana agama tanpa adanya mahabbah nabi tiadalah gunanya. Inilah intipati kepada kalimah Syahadah dan penghayatanyya. Semua rukun Islam ada sunnahnya justeru sunnah aulawiyyat diutamakan dan dititikberatkan. Rahsia suluk ialah dengan zikir dan selawat dan kepentingan keduanya dalam semua aspek dan pengamalan Islami. Agama tidaklah hadam tanpa kasihkan Nabi SAW serta beradab dengannya. Justeru hakikat adab adalah melalui bimbingan ulama mursyid.


Ilmu warisan Nabawi hendaklah didapati secara talaqi dan izin, justeru wujudnya konsep sanad dan silsilah masyayikh. Kitab hanyalah sampingan bagi pembacaan dan pengajian. Ilmu warasah adalah secara talaqi barulah adanya barakah. Agama adalah amali dan bukan sekadar teori dan maklumat sepertimana ilmu-ilmu lain.


Kesepaduan amal dan ilmu inilah membuahkan hasil kefahaman Islam dengan sebenar iaitu melalui ulama’ mursyidin. Lantaran kitab ada yang tamat tempoh walaupun ilmu turath jangan ditinggalkan dan berpadunya ilmu massa dan semasa. Justeri pewaris ilmu sahaja memahami ilmu dalam konteks massa dan semasa. Ilmu bergerak. Katanya ‘al-Ilmu fi qulub baina ahibati’. Konsep belajar agama memang jelas dengan bimbingan ulama’ wali mursyid, bertalaqi, bersanad, barulah secara pembacaan dan pengkajian. Islam bukan agama pemikiran bahkan agama wahyu. Inilah uniknya Islam kalau kaedah Islam sama dengan lain apalah keagungannya.


Justeru istilah pemikiran islam adalah tidak betul kerana semacam aliran pemikiran lain ‘isme’ seperti sosialisme, kapitalisme, liberalisme, globalisme, modernisme, pluralisme dan pelbagai isme iaitu hasil daripada pemikiran. Ilmu agama dan duniawi sama-sama dititiberatkan, umat islam hendaklah sentiasa bersiap-siaga sama ada persiapan fizikal, akal dan rohani. Dan rahsia kemenangan adalah dengan Rasulullah SAW. Kemunduran umat islam lantaran memahami agama iaitu al-Quran dan Sunnah secara tidak tepat berikutan faham agama dengan akal sendiri. Saranan al-Quran supaya merujuk dann bimbingan ulama pewaris dan ahli zikr diabaikan.



Pendekatan ilmu mujaddid dan ahlillah antaranya membuka solan. (soalan membawa kepada lahirnya ilmu. Agama adalah penghayatan, bagi mencapai kesempurnaan ad-din pentingnya amalan Islami dan zikr selawat. Islam Iman Ihsan dan Ihsan adalah tujuan kita dalam perjalanan suluk. Nafas harian keluar masuk hendaknya dalam zikr Allah dan selawat SAW. Panduan petunjuk dngan wali mursyid jka tiada jumpa bolehlah berbanyak selawat semoga Rasulullah SAW membantu kita menjumpai panduan dan pembimbing disamping niat yang sidiq. Ini adalah sunnatullah kepada pesuruhnya dan insan pilihannya (ahlillah). Islam Iman Ihsan adalah syariat kesemuanya. Ulumuddin adalah bersepadu sifatnya dan tidak memisahkan antara satu sama lain. Ilmu alat dan bahasa penting bagi memudahkan memahami al-Quran dan Sunnah. perlunya kalbu sentiasa dicuci dan mujahadah nafs, jikalau tidak beruntungnya bangsa Arab kerana memahami bahasa. Namun Islam bukan sedemikian, apa yang dinilai berdasarkannkefahaman dan tadabburnya. Masalah umat Islam kerana memahami agama secara tidak tepat (nas sahih wa fahmun khati’) kononya berpegang kepada Quran dan sunnah. Akal digunakan bagi memahami nas secara tanpa sedar terpedaya dengan nafsu, syaitan dan bertuhankan akal. Justeru asek penyuciaan kalbu dengan zikr dan selawat amatlah penting.


Agama perlu diislah dan tajdid dengan realiti dan waqi’, Penekanan mengislahkan punca adalah kaedah Quran supaya kefahaman yang betul dan kefahaman akal dengan sebenarnya.Bimbingan dan petunjuk ulama’ wali mursyid. Agama perlu ditajdid oleh mujaddid dan diislah oleh wali mursyid. Umat Islam yang terpedaya dengan slogan tajdid dan islah walhasil dakwaan kerana tidak mengikuti petunjuk, wali mursyid adalah ulama hakiki dan diiktiraf disisi Allah Taala jua. Islam difahami membawa konsep mahabbah dan ukhuwwah. Penghayatan agama dan pengamalan Islami adalah mengikut panduan dan kaedah yang disusun para ulama mursyidin dan pewaris hakiki Sidna Nabi SAW yang berkesinambungan silsilah barulah ianya diredhai Ilahi dan menepati kehendak sebenar Rasulullah SAW dan Allah Taala.Transformasi Islah dan tajdid mengikut acuan Islam yang sebenar dan inilah intisari tariqah dan suluk kepada hadrat Ilahi. Hayatilah al-Quran dan sunnah. Firman Allah Taala: Tanyalah Ahli Zikr Sekiranya kamu tidak mengetahui. Sabda Rasulullah SAW: Para Ulama' adalah pewaris para Nabi.


Nazrah Madad Maulana Sheikh R.A.Kullu Am Bikhair.