Hubungan Ulama Sufi Mesir-Malaysia


Hubungan Ulama Sufi Mesir-Malaysia
Jaringan suatu kaedah bagi menyebar dan memperkembangkan sesuatu perkara dan membentuk kelompok kesinambungan jalinan antara satu sama lain. Islam tersebar ke pelusuk dunia melalui pendakwah Sufi begitu juga ke alam Melayu. Hubungan Islam dengan Alam Melayu sejak berzaman bahkan zaman kerajaan-kerajaan Melayu menghubungkaitkan akan peranan para Sufi yang begitu besar dalam dakwah, menasihati Sultan dan pemimpin dan didalam jihad menentang penjajah dan penyubur keilmuan serta peradaban alam Melayu Islami. Peranannya menjadikan umat Islam rantau ini terus berpegang kepada Islam bermanhaj Ahli Sunnah waljamaah.Islam telah membawa ummah alam Melayu kepada peradaban insan dan ketamadunan.

Seterusnya dengan perkembangan semasa selepas institusi Haramayn memainkan peranan kepada jaringan ilmu dan ulama khususnya bagi manhaj Ahli Sunnah Waljamaah. Ramai ulama Melayu mendapat pendidikan di sana dan membina jaringan sesama mereka seterusnya kepada penyebaran dakwah dan keilmuan setelah kembali ke tanahair di Alam Melayu. Kesebatian tiga teras dan tonggak ilmu Islam iaitu Tauhid, Fiqh dan Tasawuf bahkan majoriti ulama Melayu mengamalkan tariqat sufi. Dan banyak karya Ulama Melayu dalam bidang Tasawuf telah diterbitkan dan dicetak.

Seterusnya perkembangan semasa kiblat pengajian Islam berpindah ke Mesir iaitu al-Azhar dan Institusi pengajian agama seperti masjid, markaz tariqat dan seumpamanya. Kalangan penuntut Melayu di Mesir yang mengambil amalan tariqat adalah secara individu dan tidak begitu menonjol sehinggalah ke zaman akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21. Dimana ramai penuntut Malaysia yang bejajar disana mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu dengan masyayikh di Mesir sama ada di masjid dan markaz Tariqat. Kesempatan ini diguna sepenuhnya oleh penuntut Malaysia semasa berada disana sama ada dengan pengajian, berguru, membeli dan talaqi serta membaca karya-karya Tokoh Tasawuf, dan mengambil amalan tariqat. Perkembangan ini mencetuskan kepada perkembangan tariqat Sufi kembali di Alam Melayu sebagaimana di zaman kegemilangan institusi al-Haramayn dahulu. Diantara Tariqat muktabar yang dibawa ke Malaysia oleh pelajar Malaysia di Mesir ialah tariqat al-Ahmadiah, Tariqat ad-Dusuqi al-Muhammadi, tariqat al-Naqsyabandi, Tariqat al-as-Syaziliah dan Tariqat al-Khalwatiah.

Jaringan keilmuan dan perguruan memainkan peranan kepada hubungan dan amalan tariqat di Malaysia. Yang membina hubungan ukhuwah sesama murid dan bersama masayikh masing-masing.
Antara karya ulama Sufi yang mendapat perhatian di Malaysia ialah karya Syekh Ibn Atoillah, Syekh Abdul Wahab Syarani, al-Imam as-Suyuti, Imam al-Ghazali, Syekh Abu Hasan as-Syazili, Syekh Ahmad al-Idris, Dr Abdul Halim Mahmud dan lain-lain.
Sejak kebelakangan ini tokoh Sufi Mesir, Yaman (Habib Omar dan Habib Ali Zainal Abidin) dan Syria( Ulama Syria), Mekah (Habib Omar al-Makki) Madinah (Sheikh Mahmud as-Syazuli) serta Indonesia (Jamiyyat Tariqat Sufi) kerap datang melawat Malaysia bagi program ilmiah dan jemputan majlis tertentu. Dan tokoh pemimpin yang kerap bertemu mereka ialah Dato Seri Sayyid Hamid alBar dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Mohamed Hasan (Menteri Besar Negeri Sembilan) dan Dato’ Seri Adnan Yaakub (Menteri Besar Pahang).
Negeri Sembilan telah membentuk Majlis Jilsah Tariqat yang dibarisi oleh Ulama ahli Tasawuf dan pengamal Tariqat. Ini bagi memastikan tariqat Sufi di Malaysia bersatu bagi dakwah Islamiah, melawan ajaran sesat yang bertopengkan tasawuf dan tariqat serta menghadapi golongan pengingkar Tasawuf dan Tariqat serta bagi menjadikan isu dan ehwal berkaitan tasawuf dan tariqat perlu dirujuk kepada disiplin dan ahli dalam bidang ini. Majlis ini juga membina jaringan ulama dan kalangan Institusi Sufi yang muktabar seperti Majlis Tertinggi Tariqat Sufi Mesir (yang kini dipimpini oleh Syekh Ahmad Abdul Hadi al-Qasaby) .

Antara tokoh Sufi Mesir yang datang ke Malaysia ialah al-marhum Syekh Hasan as-Syinawi (mantan Ketua Majlis Sufi Mesir dan Ulama Besar al-Azhar), Prof Dr Ahmad Omar Hashim (Mantan Rektor Universiti al-Azhar), Prof Dr Syekh Judah al-Mahdi (Naib Canselor Universiti al-Azhar), Syekh Ali Jumaat (Mufti Agong Mesir), Prof Dr Ahmad Tayyib (Sheikh al-Azhar. Syekh Ahmad al-Hashimi (Ulama al-Azhar), Syekh Abdul Ghani al-Ja’fari (Syekh Tariqat al-Ahmadiah al-Ja’fariah), Sheikh Isomuddin as-Syazuli dan lain-lain. Iaitu sempena Majlis Maulid yang diadakan di Masjid Wilayah, Masjid Putra, Yayasan al-Jenderami dan Yayasan Sofa serta jemputan Kerajaan Negeri Sembilan dan Pahang.

Penghayatan tasawuf dan pendekatan sufi yang hakiki dan sejati serta berhikmah sudah pasti akan membangkitkan kefahaman sebenar ad-din bagi umat Islam dan menjana peradaban insani, ukhuwaah Islamiah dan mahabbah Rasulullah SAW.
Nazrah Madad Sayyidina wa Maulana al-Mustafa SAW