SEJARAH & MATLAMAT ENAKMEN TAREKAT TASAWUF N9

PENGENALAN
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005
Disediakan oleh
Syaiful Nizam bin Md Jan
Penolong Mufti Bahagian Tarekat Tasawuf/Pendaftar Tarekat N.Sembilan
SEJARAH & MATLAMAT ENAKMEN TAREKAT TASAWUF
Pendahuluan
Senario Tarekat masa kini:
i Sering menjadi tohmahan.
ii Terlalu eksklusif.
iii Diamalkan secara tertutup.
iv Disisihkan dari masyarakat.
v Sering diragui pengamalannya.
vi Dialahkan oleh fahaman material.
Terdapat juga faktor berlakunya penyelewengan dalam kumpulan tarekat antaranya:
i Pengamalan yang tidak berpaksikan ilmu teras Islam.
ii Taksub yang melampau.
iii Berlakunya campur-aduk dengan fahaman kebatinan.
iv Eksploitasi pihak yang mencari pengaruh.
Apabila perkara sebegini berlaku maka ianya memberi kesan kepada Islam dan Tarekat. Antara kesan-kesan tersebut ialah:
i Tindakan undang-undang dikenakan.
ii Tarekat tersebut diharamkan.
iii Istilah Tasawuf ditakuti dan disalah ertikan.
iv Silibus ilmu Tasawuf dimansuhkan dalam pembelajaran.
v Penerbitan bahan bacaan berkaitan tarekat tasawuf berkurangan.
vi Umat Islam ketandusan kaedah pengisian jiwa.
vii Islan terus dianggap jumud.
viii Umat Islam disuapkan dengan idealogi dan pemikiran barat.
Sehubungan dengan itu, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan telah menjalankan beberapa usaha iaitu:
i Mengadakan seminar pelbagai peringkat.
ii Menyediakan bahan bacaan berkaitan aqidah, fiqh dan tasawuf.
iii Mengembeleng tenaga pakar dalam pelbagai bidang ilmu Islam.
iv Mengetengahkan tokoh-tokoh sufi silam dan semasa.
v Merangka undang-undang yang bertujuan mengiktiraf, membela, memantau, memurnikan tarekat yang beramal di Negeri Sembilan.
Sejarah
Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dibuat adalah berdasarkan kepada resolusi seminar yang diadakan pada tahun 2002 dan 2003. Pada peringkat awalnya, undang-undang ini dicadangkan diadakan di peringkat Kerajaan Pusat. Pada pertemuan pihak Jabatan Mufti dengan YAB Dato’ Dr. Abdullah bin Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada Ogos 2004, beliau mengesyorkan supaya undang-undang ini dibuat di Negeri Sembilan dahulu.
Sehubungan dengan itu, pada tahun akhir tahun 2004, Enakmen Tarekat Tasawuf mula digubal dan pemindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 turut dilakukan bagi mengwujudkan punca kuasa penubuhan suatu jawatankuasa kecil yang akan membantu Jawatankuasa Fatwa dalam semua perkara yang berkaitan dengan tarekat tasawuf.
Enakmen ini siap digubal pada tahun penghujung tahun 2005 dan mula dikuatkuasakan pada 27 Ramadhan 1427H/20 Oktober 2006. Pelaksanaan enakmen ini diharap memberi kesan seperti berikut:
i Amalan tarekat tasawuf dapat dimasyarakatkan dan tidak diamalkan secara sembunyi-sembunyi.
ii Pengamal tarekat dan masyarakat akan dapat pendedahan Ilmiah tentang tarekat tasawuf.
iii Mensasarkan sesat sifar di Negeri Sembilan
iv Mengwujudkan organisasi kumpulan tarekat yang bersistematik.
v Dapat membimbing dan mentarbiah pengamal tarekat berdasarkan prinsip tasawuf yang murni di bawah seliaan Jawatankuasa Fatwa, Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah, dan Pendaftar Tarekat.