Arkan ad-din (Rukun Islam Pertama) & Maratib ad-din


Arkan ad-din (Rukun Islam Pertama) & Maratib ad-din

Rukun Islam yang pertama iaitu Syahadah, ketahuilah bahawa manifestasi daripada sunnah (nawafilnya) iaitu zikr dan selawat. Ianya merupakan arkan ad-din daripada kedudukan inilah lahirnya maratib ad-din.

Istilahnya

Islam-Iman-Ihsan / Ilm al-Yaqin-Ain-al-Yaqin-Haq al-Yaqin / Syariat-Tariqat- Haqiqat / Muslim-Mukmin-Muhsin /

Hadis Qudsi:

....Sentiasalah hambaku mendampingiku dengan melakukan amalan sunnat (nawafil) sehingga daku kasihkannya,....

ZIKR

Martabatnya : Zikr Lisan-Zikr Qalb- Zikr Roh – Zikr Istilam

SELAWAT

Martabatnya : Selawat al-Tasmiyyah- Selawat al-Latasmiyyah- Selawat al-Ta’yiniyyah dan Selawat al-Lata’yiniyyah

Selawat dari Allah SWT ertinya rahmat dan jika ia darrpada Malaikat dan selainnya,ia bererti doa.

Allah Ta’ala berfirman :

Ertinya : “Wahai mereka yg beriman,berselawatlah kamu ke atasnya dan berilah salam sepenuhnya ke atasnya”.

[ Al-Ahzab : 56]

Saidina Nabi SAW bersabda : “Sesiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.

Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah SAW: “Adakah yg demikian itu dgn kehadiran hati?” Baginda saw menjawab dgn sabdanya : “Tidak. Tetapi org yg berselawat dgn hati yg lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dengan kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt sahaja yg mengetahuinya” .

Sabda Sidna Nabi SAW : “Sesiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Sesiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali. Sesiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Sesiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.

Saidina Nabi SAW bersabda : “Sesiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.

Sabda Sidna Nabi SAW : “Sesungguhnya manusia yg paling utama bersama-samaku pd hari Kiamat (iaitu yg paling hampir kpdku dan yg lebih berhak dgn syafaatku pd hari Kiamat) ialah yg paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

Sabda Saidina Nabi SAW : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu spt air menghapuskan api”.

Sabda Sidna Nabi SAW : “Tiada satu doa seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sebagai pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku. Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .

· Zikr dan Selawat merupakan jalan untuk taqarrub dan salik kepada jalan Rabbani bagi mencapai hakikat ad-din, pengabdiaan dan Redha IIahi.

· Wajib mendapat bimbingan Wali Mursyid, izin Sanad Salsilah.

· Pentingnya Mujahadah dan Istiqamah dengan amalan.

· Sidiq dan Taslim.

· Manhaj Sahih

· Mahabbah Sayidina wa Maulana Rasululah SAW

Kuncinya Apa-apapun ‘..tanyalah ahli zikr sekiranya kamu tidak mengetahui...’.


Oleh: Rodi@Rizhan