Silibus Sejarah tentang Alam Melayu disemak


Silibus Sejarah tentang Alam Melayu disemak
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Sukatan pelajaran subjek Sejarah akan disemak bagi memastikan tidak ada fakta berkaitan Alam Melayu yang tertinggal atau tidak lengkap agar selaras dengan hasil kajian tokoh intelektual, Prof. Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya Historical Fact and Fiction.
Sehubungan itu Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kajian mengenai perkara itu perlu dilakukan dengan mendalam oleh ahli-ahli sejarah.
Bagaimanapun menurutnya, dalam soal ini bukan bermakna sejarah diputar-belit seperti dalam isu Bukit Kepong, sebaliknya ia lebih kepada mencari kebenaran bagi sesuatu perkara yang tidak ditulis dengan baik.
"Lepas itu macam mana nak sebarkannya, nak jadikan silibus sekolah menengah atau universiti ke kita akan fikirkan, soalnya sekarang kita nak kaji dulu 'what is the real' sejarah," katanya pada majlis pelancaran buku itu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Antarabangsa di sini, hari ini.
Isteri Sultan Johor yang juga Canselor UTM, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menyempurnakan pelancaran buku itu.
Syed Naquib di dalam buku itu menimbulkan beberapa persoalan kemungkinan beberapa sejarah penting tidak dicatitkan sebelum zaman kesultanan Melaka dan beberapa fakta juga adalah berat sebelah.
Penulis juga mendedahkan kesilapan dan kekeliruan dalam menentukan tarikh-tarikh peristiwa bersejarah yang tidak didasarkan kepada bukti sah dan kukuh serta andaian tidak sewajarnya mengenai kesan-kesan agama dan budaya dalam sejarah masyarakat rantau ini melalui proses Islamisasi.
Menurut Mohamed Khaled, hal itu mungkin berlaku kerana sejarah diambil daripada penulisan Barat.
"Selama ini kita lihat sejarah Islam di sini bermula pada zaman Kesultanan Melaka dan kita terima itu sebagai hakikat. Tetapi buku itu telah membangkitkan beberapa persoalan bahawa ada perkara lain yang tidak dicatatkan berlaku. Penulisan Barat mengenai sejarah kedatangan Islam bermula semasa Portugis datang ke sini," katanya.
Namun, beliau memaklumkan bahawa buku itu tidak akan digunakan bagi menggantikan buku teks sedia ada di peringkat sekolah, sebaliknya akan dijadikan rujukan bagi kajian yang lebih mendalam.
Sementara itu, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang berkata, buku terbitan UTM Press itu memberi interpretasi baru kepada sejarah Alam Melayu.
Beliau mengambil contoh satu fakta di dalam buku itu yang menyatakan bahawa nama 'Melaka' adalah diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud 'pelabuhan' berbanding sejarah awal bahawa ia datangnya daripada pokok melaka.

Subjek Sejarah dikaji semula

KUALA LUMPUR - Silabus subjek sejarah peringkat sekolah akan dikaji semula, selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan Teologi Negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya ‘Historical fact and fiction’.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata, satu kajian mendalam mengenainya akan diadakan oleh fakulti sejarah.

“Lepas itu macam mana nak sebarkannya, nak jadikan silabus sekolah menengah atau universiti ke kita akan fikirkan, soalnya sekarang kita nak kaji dulu what is the real sejarah,” katanya pada majlis pelancaran buku karya Syed Naquib di kampus Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antara­bangsa di sini, semalam.

Khaled berkata, Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan beberapa sejarah penting tidak dicatatkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan fakta juga adalah berat sebelah.

“Sejarah yang dirujuk sebelum ini, mungkin diambil daripada penulisan Barat, jadi apa yang ada sebelum tertulis oleh Barat, maknanya sebelum kedatangan mereka, tidak tercatat apa-apa fakta.

“Jadi dalam hal ini mungkin sejarah boleh dicungkil bukan semata-mata maknanya ada putar belit, tapi ia lebih kepada mencari kebenaran, ia telah ditulis secara tidak betul,” katanya.
Khaled berkata, buku itu tidak akan digunakan bagi mengganti buku teks di peringkat sekolah, tetapi dijadikan rujukan bagi kajian mendalam.- Bernama.


Jumaat September 9, 2011
Subjek Sejarah Akan Dikaji Semula
KUALA LUMPUR: Sukatan pelajaran sejarah akan dikaji semula selepas didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan terdapat percanggahan fakta mengenainya hasil kajian ahli falsafah dan Teologi Negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas di dalam buku terbarunya 'Historical fact and fiction'.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin berkata sehubungan dengan itu satu kajian mendalam mengenainya akan diadakan oleh fakulti sejarah.
"Lepas itu macam mana nak sebarkannya, nak jadikan sukatan pelajaran sekolah menengah atau universiti ke kita akan fikirkan, soalnya sekarang kita nak kaji dulu apa itu sejarah," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita pada majlis pelancaran buku karya Syed Naquib di kampus Universiti Teknologi Malaysia Kampus Antarabangsa di sini, Jumaat.
Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Sultanah Johor yang juga Canselor bagi universiti itu, Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.
Khaled berkata Syed Naquib dalam kajiannya mewujudkan beberapa persoalan kemungkinan beberapa sejarah penting tidak dicatitkan sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga adalah berat sebelah.
"Sejarah yang seperti dirujuk kita sebelum ini mungkin diambil daripada penulisan barat, jadi apa yang ada sebelum tertulis oleh barat, maknanya sebelum kedatangan mereka, tidak tercatat apa-apa fakta.
"Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa sejarah tidak diputar belit, cuma terdapat beberapa fakta yang tidak ditulis.
"Jadi dalam hal ini mungkin sejarah boleh dicungkil bukan semata-mata maknanya ada putar belit sejarah, tapi ia lebih kepada mencari kebenaran, ia telah ditulis secara tidak betul," katanya.
Walau bagaimanapun, Khaled memaklumkan bahawa buku itu tidak akan digunakan bagi mengganti buku teks sedia ada di peringkat sekolah, namun akan dijadikan sebagai rujukan bagi kajian yang lebih mendalam.
Sementara itu, Naib Canselor UTM Datuk Ir Zaini Ujang berkata buku Syed Naquib yang diterbitkan oleh UTM Press itu memberikan satu interpretasi baru terhadap sejarah negara.
Beliau mengambil contoh satu fakta di dalam buku itu yang menyatakan bahawa nama 'Melaka' adalah diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud 'pelabuhan' berbanding sejarah awal yang kita sedia fahami bahawa nama Melaka datangnya dari pokok Melaka. -BERNAMA

‘Selidik kesilapan fakta sejarah’
Berita Harian: 10 September 2011


KUALA LUMPUR, 9 September : – Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan melancarkan buku terbaru Profesor Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas berjatuk “Historical Fact and Fiction” di Kampus Antarabangsa UTM Kuala Lumpur, hari ini.
Buku yang diterbitkan oleh Penerbit UTM Press mendedahkan mengenai kesilapan fakta tanah air dan Nusantara yang ditulis oleh penulis Barat untuk kepentingan mereka.
Professor Syed Muhammad Naquib mendedahkan teori palsu  yang direka oleh sarjana barat menerusi hujah-hujahnya yang bernas berdasarkan kepada kajian dan fakta seperti penyebaran agama Islam di Tanah Melayu dan asal usul nama Melaka.
Beliau berkata, nama Melaka berasal dari perkataan Arab yang bermaksud pusat perdagangan atau pelabuhan dan bukan di ambil dari nama pokok buah Melaka. Beliau turut menjelaskan mengenai asal usul  nama Sumatra dan Parameswara yang sebenar.
Buku setebal 153 muka surat dan berharga RM180 senaskah sangat menarik dibaca dan dijadikan bahan rujukan terutama untuk mengetahui mengenai fakta-fakta sebenar sejarah yang dipalsukan oleh sarjana barat.
Majlis perasmian buku tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Sementara itu, Naib Canselor Profesor Dato’ Ir Dr Zaini Ujang berkata, Penerbit UTM Press kini menjadi penerbit utama di kalangan institusi pengajian tinggi di negara ini.
Beliau berkata, langkah menerbitkan buku karya  Profesor Syed Muhammad Naquib sebagai menghargai sumbangan beliau sarjana tersohor.