Puisi & Pemikiran Sejarah - Syeikh Ahmad al-Fathani



 Puisi & Pemikiran Sejarah - Syeikh Ahmad al-Fathani

Ilmu Tarikh itu, Daripada Sebesar-Besar Segala Ilmu Kadarnya.
Dan Terlebih Cemerlangnya Di Dalam Segala Kelam Itu Qamarnya
Memberi Faedah Ia Akan Yang Mempunyainya
Akan Cerdik Dan Tajam Penilikannya
Dan Jauh Pandangannya, Dan Luas Pengetahuannya
Hingga Meninggilah Ia, Atas Segala Mereka Itu Sesamanya,
Dan Sama Taranya

Dan Mendapat Ia , Akan Beberapa Martabat Yang Tinggi Di Dalam Dunianya.
Bahkan Membawa Kepada Manfaat Bagi Ukhranya
Kerana Dengan Dialah Jadi Ceraca
Bagi Taulannya Oleh Afkar

Dan Dengan Itu Pula Dapat Mengambil Iktibar
Dan Dengan Dia Diketahuikan Segala Hawadis Didalam Segala Masa
Dan Didalam Cerminnya Terlihat Barang Yang Mentadwinkannya
Oleh Segala Mereka Yang Dahulu-Dahulu
Daripada Ulum Dan Sanaii

Dan Nyatalah Dengan Oleh Barang Yang Tersembunyi
Daripada Segala Ehwal Kurun Yang Telah Lalu
Dan Sekalian Khabar Segala Negeri
Dan Barang Yang Didalamnya
Daripada Atsar Dan Manafi’
  
Sumber: Karya Agung Syeikh Ahmad al-Fathani ‘Hadiqah al-Azhar wa ar-Riyahin’ halaman 207.