Karya Membongkar Penyelewengan Wahabi terhadap Kitab Ulama ASWJ


Karya Membongkar Penyelewengan Wahabi terhadap Kitab Ulama ASWJ

Karya Syaikh Idahram- ‘Mereka memalsukan Kitab-Kitab Karya Ulama Klasik –Episod kebohongan Publik Sekte Salafi Wahabi’ terbitan Pustaka Pesantren, Yogyakarta,Indonesia, 2011.

Buku ini membongkar aktiviti jahat dan jenayah ilmiah golongan ulama’ dan intelek wahabi bagi Pemalsuan, Pindaan, Penyelewengan, Pengubahan dan seumpamnaya terhadap karya-karya ulama’ ahli sunnah wal jamaah. Antara karya yang telah dikenalpasti :

1.   Pemalsuan Kitab al-Azkar –Imam al-Nawawi
2.   Syarah al-Aqidah al-Tahawiyah – Imam al-Subki
3.   Aqidah as-Salaf Ashab al-Hadith
4.   Pemalsuan kitab Hashiah as-Shawi
5.   Kitab al-Ibanah – Imam Asya’ari
6.   Pemalsuan Kitab Diwan Imam as-Shafei
7.   PemalsuanKitab Sahih Bukhari dan sahih Muslim
8.   Pemalsuan kitab Musnad Ahmad
9.   Pemalsuan kitab Tafsir  Ruh al-Maani – Imam al-Alusi
10.                Hashiah – Ibnu Abidin
11.                Karya Ibnu Qudamah
12.                Kitab tarikh al-Yakubi
13.                Kitab ahwal al-Qubur ibnu Rajab
14.                Dan lain-lain  

*Pengalaman peribadi saya pernah melihat Kitab al-Azkar-Imam al-Nawawi dan Kitab al-Ibanah- Imam Asya’ari diantara versi asal dan versi yang telah dilakukan penyelewengan dan pindaan. Mereka mendapat idea daripada tatacara Orientalis bagaimana hendak mengubah sesuatu karya secara ilmiah tanpa disedari pembaca. Demikianlah kebatilan tetap akan terbongkar bila masa sampai masanya. Sejarah merekodkan golongan Orientalis menyeleweng karya ulama Islam namun kalangan umat Islam sendiri juga banyak menyelweng karya ulama yang bertentangan dengan mereka seperti golongan Syiah dan Wahabi yang gusar dengan karya ulama’ ahli sunnah wal jamaah (pegangan majoriti umat Islam). Golongan yang manjadi mangsa ini sama ada secara sedar, secara halus dan tanpa sedari lantaran mencari ilmu dengan pembacaan, apatah lagi membaca karya terjemahan dan karya baru serta hanya satu versi terbitan...waspadailah...

Lantaran sistem Pengajian Islam sebenar adalah dengan bertalaqi dan bimbingan Syeikh Mursyid adalah penting sebagaimana dinyatakan mafhum daripada al-Quran dan sunnah, demikian juga sistem talaqi secara bersanad dan salsilah bagi menjaga keasliaan karya ulama dan kesinambungan barakah sampai kepada pengarang dan salsilah berkesinambungan kepada Rasulullah SAW.