PENDAKWAH MUSLIM SUNNI DI BARAT (EROPAH/US)


PENDAKWAH MUSLIM SUNNI DI BARAT (EROPAH/US)

Islam agama paling berkembang dan mendapat perhatian kalangan masyarakat barat dewasa ini. Warga barat yang memeluk Islam semakin bertambah disamping peningkatan kadar kelahiran tinggi kalangan masyarakat Islam disana. Amerika, Perancis, German, Rusia, UK, Itali, Sepanyol dan lain-lain merekodkan pertambahan penganut Islam yang agak pesat. Islamfobia yang dicanangkan oleh Barat membawa kepada sebaliknya. Mengikut kajian sekitar 2050 kelak umat Islam akan menguasai dunia dari segi bilangan dan sebagainya.

Di barat suatu perkembangan menabjubkan dimana kalangan muallaf telah menjadi pendakwah bertaraf ilmuwan dan ulama. Mereka tersebut datang ke Negara Arab untuk menimba ilmu dengan masyayikh secara talaqi dan mengambil amalan tariqat Sufi. Manhaj Sunni menjadi pegangan ramai umat Islam di barat iaitu dari sudut akidah ASWJ, fiqh bermazhab dan tasawuf bertariqat.  Kalangan sarjana muslim baru tersebut Berjaya menjadi ulama melalui proses tarbiah, pengajian dan keilmuan dan kini sebagai pendakwah dan ulama di sana.

Tradisi Sunni dimana amalan tariqat menjadi teras dan penting dikalangan ulama secara khususnya dan orang Islam umumnya. Para pendakwah dan ulama di barat ini beramal dengan tariqat Syazuliyah,Naqsyabandiyah, Qadiriyah,  dan lain-lain. Kurun ke-21 mewujudkan kelahiran Beberapa pendakwah barat menonjol di arena antarabangsa dari sudut ketokohan, kewibawaan dan keilmuwan di persada dunia. Dimana Islam mengangkat kedudukan mereka di mata dunia sebagai pendakwah. Antaranya Dr Murad Hoffman, Syekh Abd Qadir as-Sufi (Ian Dallas), Dr Martin Van Bruinessen, Syekh Hamza Yusuf (Mark Hanson), Syekh Dr Umar Faruq (Wymann Landgraf), Syekh Abd Aziz Fredricks, Syekh Dr Abdal Hakim Murad (Timothy ), Imam Zaid Shakir, Nuh Ha Men Kelley, Dr Abd Haq (Alan Godless), demikian juga tokoh muslim menetap di barat iaitu Syekh Hisham Kabbani, Syekh Nazim Haqqani, Syekh Dr Tahir al-Qadiri, Syekh Yusuf al-Bakhour, Syekh Gibril Haddad, Syekh Abdullah bin Bayyah, Syekh Muhammad al-Yakoubi, Hocaefendi Dr Fethullah Gulen dan lain-lain.
Berikut beberapa muallaf muslim yang berjaya sebagai Daei, Sarjana dan Ulama':


Syekh Abdul Qadir as-Sufi (Ian Dallas)
Berasal dari Scotland lahir pada tahun 1930, memeluk Islam pada tahun 1963 kira-kira 46 tahun lalu di Qarawiyyin, Maghribi. Beliau berkelana ke Maghribi, Algeria, Tunisia bagi menuntut ilmu agama. Ilmuwan dalam bidang ekonomi dan tokoh dalam memperjuangkan bagi kembalikan sistem matawang berpaksikan dinar dan dirham. Mursyid dan gurunya ialah Syekh Muhamamd al-Habib Syekh Hamid al-Bashir dan Syekh Fudul al-Huwairi. Antaranya muridnya terkenal Syekh Dr  Umar Fadillo. Syekh Abd Qadir mursyid bagi tarekat Syazuliyah Darqawiyah Qadiriyah. Mempunyai murid yang ramai diserata dunia. Menubuhkan Yayasan Murabitun dan membangunkan masjid Granada, Sepanyol dan pusat pendidikan Dallas kolej di Afrika Selatan. Pernah mendapat ijazah kehormat doktor falsafah USM, Malaysia pada tahun 2001. Sekarang beliau menetap Di Cape Town Afrika Selatan.

Berikut laman portal berkaitan beliau :


Syekh Hamzah Yusuf (Mark Hanson)
Berasal dari Washington, US. Memeluk Islam pada tahun 1977 ketika berumur 17 tahun di Santa Babra, California. Berkelana menuntu ilmu di UAE, Madinah, Maghribi, Algeria dan Mauritania. Antara gurunya Syekh Murabit al-Haj, Syekh Baba Salik, Syekh Muhammad Syaibani, Syekh Ahmad al-Wali dan Syekh Muhammad al-Fatrati. Salik mengiku tarekat as-Syazuliyah. Tahun 1966 menubuhkan Institut Zaytuna di California. Muslim berpengaruh di Amerika syarikat dan warga Amerika pertama pernah mengajar di Universiti al-Qarawiyin, Maghribi.

Portal berkaitan :


Syekh Abdal Hakim Murad (Timothy
Berasal dari UK,  Mendapat pengajian di Univeristi al-Azhar, PHD Oxford University, pengajian bersama Syekh Ahmad al-Haddad, Beliau merupakan pensyarah Universiti Cambridge. Dilantik Tuanku Negeri Sembilan sebagai Panel Penasihat Universiti as-Sofa. Memperjuangkan pengajian Islam ASWJ di UK dan bertarekat as-Syazuliyah.


portal berkaitan:


Imam Zaid Shakir
Lahir di Berkeley, US dan memeluk Islam pada tahun 1977 ketika dalam perkhidmatan tentera udara US.  Berkelana menuntut ilmu di Mesir, Syria, Maghribi selama hampir 10 tahun. Antara gurunya Syekh Ahmad Kiftaru al-Naqsyabandi mantan Mufti Syria di Damsyik, Syria. Seorang Muslim berpengaruh di US dan banyak berceramah dan berwacana di media US.


portal berkaitan:


Dr Nuh Ha Men Kelley
Lahir pada tahun 1954 di Noth Western, US. Memeluk Islam pada tahun 1977 di al-Azhar, Mesir. Berkelana lama menuntut ilmu di Mesir, Syria, Jordan bagi keilmuan dengan masyayikh dan ulama Sufi. Salik dalam tariqat as-Syazuliyyah.


Dr Martin Van Bruinessen
Berasal dari Schoonhoven,Belanda, lahir tahun 1946. Sarjana di Universiti Utrecht, Belanda. Berkelana melakukan kajian berkaitan bidang antropologi di Turki, Indonesia, Iran, Kurdis, Syria. 8 tahun berada di Indonesia justeru fasih bahasa Melayu disamping bahasa Parsi, Turki, Kurdis. Pernah mengajar di IAIN, Yogjakarta. Memeluk Islam di Turki dan mendapat bimbingan Tarekat Naqsyabandiyah pimpinan Syekh Muhamamd Nurullah Varol di Cizre, Turki.
Antara karya beliau dalam bahasa Melayu ;’ Kitab Kuning: Tarekat dan Pesantren’ dan ‘ Tarekat Naqsyabandiyyah di Indonesia’.

Portal berkaitan:

Demikian beberapa tokoh kurun ke-21 di barat (US dan eropah). Bahawasanya Islam agama alamiah. Sesiapa sahaja boleh diangkat oleh Islam untuk berdakwah dan sebagai ulama. Manhaj ASWJ dan kesufiaan menjadi pegangan para pendakwah tersebut. Dimana roh Islam dan faham sahih agama dimana pendekatan khidmat agama mereka berhikmah dan sepakat dengan kehendak agama sebagaimana Rasulullah SAW dan para pewarisnya.