KURSUS PANDANGAN ALAM ISLAMI (WISE,HAKIM) : KEARAH PENCERAHAN DAN FAHAM PEMIKIRAN ISLAMI



KURSUS PANDANGAN ALAM ISLAMI (WISE,HAKIM) : KEARAH PENCERAHAN DAN FAHAM PEMIKIRAN ISLAMI


MODUL KURSUS
MODUL KURSUS
Semester 1
Semester 2
3rd Semester
1st Semester
  Module 1: The Worldview of Islam: A Brief Overview
  Module 2: The Place and Role of the Holy Qur'an and Sunnah
  Module 3: The Nature and Reality of Man
  Module 4: The Cosmos as the Created Book
  Module 5: The Nature and Purpose of Knowledge
  Module 6: The Meaning and Experience of Happiness

2nd Semester
  Module 7: The External Problems of the Muslims: The Challenges of Western Culture
  Module 8: The Threats of Secularization towards the Natural World, Politics and Values
  Module 9: The Internal Problems of the Muslims: The Corruption of Knowledge, the Loss of Adab and the Rise                     of False Leaders
  Module 10: The Islamization of Contemporary Knowledge and the Dewesternization of Thought and Language
  Module 11: Ta'dib as the Concept of Education in Islam
  Module 12: The Advent of Islam in the Histories of the Western and Malay Worlds

3rd Semester
  Module 13: Epistemology
  Module 14: Islamic Pyschology
  Module 15: Islamic Theology
  Module 16: The Study of Religion: Its History and Philosophy
  Module 17: Philosophy and Ethical Theory
  Module 18: The Philosophy of Science
  Module 19: Tafsir, Ta'wil and Hermeneutics
  Module 20: Usul Al-Fiqh: Siyasah Shar'iyyah
  Module 21: Usul Al-Fiqh: Maqasid Al-Shari'iyyah
  Module 22: Ethics and Leadership
  Module 23: The Study of Malay Civilization: Its Philosophy and The Role of Islam
  Module 24: Contemporary Islamic Thought

Pandangan Alam Islam : Tinjauan Ringkas
Sebagai mata pengajian pendahuluan dan melalui perbandingan dengan Pandangan Hidup Barat Moden yang Sekular, modul ini menerangkan secara umum makna Pandangan Alam (atau Hidup) Islam, ciri-cirinya, dan unsur-unsur dasarnya yang terdiri terutamanya daripada faham-faham teras berikut: Tuhan dan Ciptaan-Nya; Wahyu, Qur`an dan Nabi; Agama; Insan; Ilmu dan Pendidikan; Akhlak dan Nilai; Kebebasan dan Kebahagiaan. Turut akan dijelaskan perkaitan erat antara bahasa dan pandangan alam serta kesan dan pengaruh pandangan alam terhadap cara hidup insan.

 Modul 2
Wahyu (al-Qur`an dan al-Sunnah) : Kedudukan & Peranannya
Modul ini mengupas ta'rif wahyu, kaitan antara al-Qur`an dan al-Sunnah serta kepentingan wahyu, khususnya sebagai sumber ajaran Islam dan teladan penghayatannya. Peranan wahyu dan bagaimana ia sepatutnya berperanan turut dibahaskan. Ia juga menampilkan kerangka umum dalam berinteraksi dengan wahyu sebagai sumber pandangan alam dan pedoman kehidupan. Faham-faham penting yang akan dikupas termasuklah faham Tanzil terakhir, hidayah, kalamullah; khatamun nabiyyin, kesejagatan Rasulullah sebagai rahmat Tuhan, uswah hasanah, dan yang sebagainya.

Insan : Hakikat & Sifat
Modul ini mengupas secara jelas dan benar tentang hakikat diri insan menurut pandangan Islam. Ia menyentuh pelbagai isu berkaitan kejadian insan, tanggungjawab dan hala tuju kehidupan insan di dunia. Ini termasuk persoalan awal kejadian insan, hakikat keruhanian insan dan hubungannya dengan jasad serta cabaran kewujudan, matlamat dan tanggungjawabnya di dunia. Semua hakikat ini diperjelaskan berdasarkan kerangka pandangan alam Islam secara perbandingan dengan tradisi psikologi sekular Barat.

Modul 4
Alam Semesta sebagai Ayat-Ayat Allah
Modul ini bertujuan menjelaskan Alam Semesta sebagai Kitab Kejadian (al-kitab al-takwini) dan seterusnya meninjau kesan kefahaman yang sedemikian itu terhadap hala-tuju pelbagai disiplin ilmu dalam Masyarakat Islam, terutamanya Sains Tabii (natural sciences). Antara perkara-perkara utama yang akan disentuh adalah: kefahaman bahawa sebagai suatu Kitab, Alam Semesta turut mengandung Ayat-Ayat Allah yang bersifat muhkamah dan juga yang bersifat mutashabihah; pendekatan tafsir-ta'wil sebagai kaedah utama Qur`ani dalam mengkaji dan meneliti Alam Semesta demi untuk mencapai makna dan kefahaman yang benar; dan peranan kefahaman yang sedemikian itu dalam pembasmian pensekularan sebagai ideologi pada dasarnya, dan pensekularan sains sebagai rantaiannya.

Ilmu : Faham & Pembudayaannya
Modul ini memberikan pendedahan mengenai hakikat, sifat dan tujuan ilmu, sumber-sumbernya, pembahagiannya, adab terhadapnya, dan pembudayaannya. Turut akan disentuh hubungan antara ilmu dengan hakikat-kebenaran; perbezaan antara ilmu dan ma`lumat; hubungan ilmu, insan dan Tuhan; serta pelbagai penghalang dan lawan ilmu (khususnya, yang terbit tersebar dari Keperibadian dan Tamadun Barat, dahulu dan semasa).

Kebahagiaan (al-sa-adah) & Tragedi (al-shaqawah) : Makna & Pengalamannya
Kebahagiaan dalam modul ini selain dibahaskan secara yang berangkaian dengan faham 'kebaikan' (virtue) dan 'kebebasan' (freedom) yang semuanya kembali pada diri, sifat, dan perlakuan insan, juga akan ditinjau secara yang bertentangan dengan lawannya iaitu kesengsaraan (al-shaqawah) yang mencapai kemuncaknya pada tragedy sebagaimana yang dimaknai dan dialami dalam Tamadun Barat, baik yang purba mahupun yang moden-sekular. Turut akan dijelaskan adalah segi-segi, jenis-jenis, dan martabat-martabat kebahagiaan; hubungan kebahagiaan dengan tujuan hidup dan diri insan; dan kaitan kebahagiaan dengan keyakinan insan akan Hakikat-Kebenaran Muktamad serta perangai-perbuatannya yang menepati keyakinan tersebut.

Masalah Luaran Kaum Muslimin & Cabaran Kebudayaan Barat
Cabaran kaum Muslimin kini adalah dari tamadun Barat, dan untuk menghadapinya kaum Muslimin perlu memahami cabaran tersebut secara yang tepat. Modul ini menjelaskan cabaran luaran kaum Muslimin ini, merangkumi takrif Tamadun Barat dan ciri-ciri utamanya. Pertembungan dengan Barat dalam bentuk agama sejagat, ketenteraan atau politik global, dan penjajahan ilmu dan pendidikan, akan dikupas.

Ancaman Sekularisasi terhadap Alam Tabii, Politik & Nilai
Modul ini akan membincangkan mengenai takrifan dan makna sekularisasi sebagai program falsafah. Sekularisasi alam tabii dan sejarahnya di Barat akan diteliti semenjak zaman Yunani purba hingga ke masakini. Berlandaskan unsur tersebut, pensekularan politik dan sekularisasi nilai yang menidakkan kewibawaan dan kemutlakan agama juga akan disorot. Bagaimana Kristian Barat semasa menjawab permasalahan sekularisasi akan diselidiki untuk dijadikan iktibar.

Masalah Dalaman Muslimin: Kekeliruan Ilmu, Kehilangan Adab & Disiplin, Kepimpinan Palsu
Modul ini memperjelaskan masalah dalaman utama kaum Muslimin yang merangkumi kekeliruan ilmu, kehilangan adab dan kepimpinan palsu yang merupakan antara sebab kemunduran kaum Muslimin kini. Faktor-faktor yang menyumbang kepada lahirnya masalah dalaman ini turut dibahaskan, seperti sikap anti-madhhab, anti-tasauf, penyempitan ilmu Islami, dan salah-urus negara.

PengIslaman Ilmu & Dewesternisation dalam Pemikiran & Bahasa
Modul ini bertujuan menyemai kefahaman mengenai kenapa cabaran terbesar sekarang ialah cabaran faham ilmu. Ini menuntut agar dikenalpasti unsur-unsur yang membentuk kebudayaan Barat, seperti rasionalisme, dualisme, sekularisme, humanisme, dan tragedi. Ia akan disusuli dengan kajian perbandingan mengenai bagaimana Islam mengelakkan permasalahan tersebut secara mengaitkannya dengan hakikat insan dan ilmu yang sebenar.

Ta'dib sebagai Faham Pendidikan Islam
Ta'rifan Pendidikan Islam akan diteliti dalam konteks ta'dib. Isu dan permasalahan berkaitan tujuan dan matlamat pendidikan Islam akan dikaji dalam rangka mencari langkah penyelesaian konseptual yang sebenar. Ta'rifan ta'dib akan dihuraikan dalam konteks susunan ilmu-ilmu Islami, yang kemudiannya diaplikasikan dalam bentuk sistem institusi pendidikan Islam.

Islam & Perubahan Hebat dalam Sejarah Barat & Alam Melayu
Modul ini meninjau mengenai penyebaran Islam sebagai agama sejagat yang telah menimbulkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Dunia amnya, dan Barat khasnya. Iaitu perubahan dalam bidang agama (Kristian), bahasa dan peristilahan, sosio-politik, kebudayaan, dan ekonomi. Kebangkitan Barat melalui revolusi sains, kuasa ketenteraan, penguasaan ekonomi dan penjajahan akan dijelaskan dalam konteks kawalan budaya Dunia amnya dan Islam khasnya. Proses pengIslaman Alam Melayu akan disorot sebagai kajian kes.

Modul 13: Epistemologi
Modul yang terdiri daripada 2 bahagian ini memberikan gambaran umum mengenai perkara-perkara penting yang dibahaskan dalam kajian dan penelitian terhadap Ilmu sebagaimana yang terdapat dalam Tradisi Pengajian dan Kesarjanaan Islam. Dalam bahagian pertama, tinjauan dibuat terhadap rencana perbahasan yang terkandung dalam bahagian awal Sharh al-?Aqa'id al Nasafiyyah oleh Sa?d al-Din al-Taftazani, bab pertama Kitab al-Mawaqif oleh ?Adud al-Din al-Iji, dan beberapa fasal awal jilid pertama Kitab Abjad al-'Ulum oleh Siddiq b. Hasan al-Qinnawji. Dalam bahagian keduan- ya pula, liputan ringkas akan dilakukan terhadap daya kekuatan diri insan yang berkaitan dengan ilmu menurut rencana pemikiran Hujjat al-Islam Abu Hamid al-Ghazali.

Modul 14: Psikologi Islami
Modul pengenalan ilmu Psikologi Islami ini memaparkan perbincangan tentang jiwa dalam Islam. Ini akan dikemukakan dari dua pendekatan; pendekatan pengantar dan kajian kes terpilih. Dalam pengantar, modul ini mengemukakan maklumat asas berkenaan ta'rif psikologi Islami, sumber dan sejarah pengkajiannya, kedudukan perbincangan tentang jiwa dalam pelbagai ilmu Islam khususnya tasauf, ilmu kalam, falsafah dan fiqh. Pengenalan terhadap beberapa karya agung berkaitan Psikologi Islami akan diketengahkan. Manakala dalam kajian kes, isu-isu terpilih berkaitan jiwa yang diperkatakan dalam tradisi tasawuf, kalam dan falsafah akan dibahaskan. Teks dan pemikiran para sufi, mutakallim dan failasuf terpilih seumpama al-Tusi, al Qushayri, al-Ghazali, al-Razi, Ibn Sina, dan Abu al-Barakat al- Baghdadi akan dikupas.

Modul 15: Teologi
Modul ini akan membincangkan makna teologi dan perbezaannya dengan beberapa faham dan istilah lain dalam tradisi Islam seperti akidah dan falsafah. Ia juga menghuraikan perkembangan awal teologi Islam dengan menelusuri aliran-aliran utama yang mendomi- nasi teologi Islam. Berdasarkan beberapa contoh teks-teks utama karya ahli-ahli teologi Islam seperti al-Ibanah al-Ash'ari, Iqtisad fi al- I'tiqad al-Ghazali dan al-Muhassal al-Razi modul ini juga akan menganalisa beberapa mauduk utama dalam bidang ini seperti perbahasan tentang ilmu, ketuhanan dan kerasulan. Ia juga akan mengkaji perkembangan mutakhir teologi Islam dan saling-pengaruhnya terhadap disiplin-disiplin lain seperti tasawuf dan falsafah.

Modul 16: Kajian Agama: Sejarah Dan Falsafahnya
Penjelasan mengenai ayat-ayat al-Qur'an, dan hadith-hadith, mengenai bagaimana Islam menghadapi agama-agama lain dalam sejarah. Kajian kes dalam sirah Rasulullah, dan sirah para sahabat, mana-mana yang berkenaan. Tinjauan bagaimana penyelidikan dalam mauduk ini telah membentuk disiplin-disiplin ilmu tertentu dan karya-karya mengenai kajian agama dalam tradisi falsafah, kalam dan tasauf. Kupasan ma'na agama dan keimanan dan pelbagai tema berkaitannya. Meneroka isu kontroversi kepelbagaian agama. Perbandingan dengan model Barat dalam disiplin perbandingan agama turut disentuh.

Modul 17: Falsafah Moral Dan Teori Etika
Modul ini pada dasarnya akan berusaha menangani persoalan-persoalan berikut: (i) apakah kaitan antara agama dan akhlak (morality)? (ii) Mampukah falsafah humanisme sekular menggantikan dasar-dasar yang diletak- kan oleh agama? (iii) Jika demikian apakah yang akan menggantikan Tuhan dan siapakah yang akan menjadi pendeta kepada sistem yang baru ini? Dalam rangka menjawab persoalan-persoalan ini suatu pengenalan ter- hadap asas-asas pemikiran akhlak menurut al-Ghazali akan diberikan.

Modul 18: Falsafah Sains
Modul ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama mengupas falsafah sains Islam sepertimana yang dihuraikan oleh Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam karya beliau Islam and the Philosophy of Science dan The Positive Aspects of Tasawwuf, dan kaitan huraian tersebut dengan program pengIslaman sains tabii dan sains insani. Kupasan akan turut menghubungkaitkan perbincangan secara kritis dengan perkembangan-perkembangan tertentu dalam wacana falsafah sains Barat. Modul kedua pula menumpu kepada kupasan terperinci terhadap kes-kes tertentu (case studies) daripada sejarah sains Islam dan sains semasa demi membantu para peserta melaksanakan pengIslaman sains, ekonomi dan teknologi menurut kerangka faham Pandangan Alam Islam (worldview of Islam).

Modul 19: Tafsir, Ta'wil Dan Hermeneutika
Modul ini membincangkan tentang tafsir dan ta'wil sebagai kaedah memahami kitab suci al-Qur'an. Turut dibincangkan sejarah perkembangan ilmu tafsir beserta tokoh-tokohnya dan aneka ragam pendekatan linguistik, tradisionistik, rasionalistik, dan sufistik. Ia juga akan membahaskan konsep ta'wil menurut para ulama dahulu dan sekarang. Kemudian bagi tujuan perbandingan dibincangkan pula hermeneutik dari segi sejarah, teori dan aplikasinya dalam konteks kajian Bible (Biblical studies) maupun falsafah bahasa dan ilmu pengetahuan. Matlamat modul ini ialah memberi maklumat ilmiah yang jelas tentang hakikat dan kepentingan tafsir dan ta'wil dalam sistem keilmuan Islam. Tinjauan akan dibuat terhadap karya-karya penting yang berkaitan dengan tiap-tiap topik perbincangan.

Modul 20: Usul Al-Fiqh: Siyasah Shar'iyyah
Kursus ini akan membahas ilmu pemerintahan/ ketatanegaraan Islam secara teori dan amalan. Perbincangan didahului dengan dasar-dasar al-Siyasah al-Shar'iyyah dalam al-Qur'an dan al-Sunnah serta Qiyas dan Ijma'. Pendedahan terhadap beberapa contoh amalan di zaman pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin khususnya Sayyiduna Umar al- Khattab r.a. Selanjutnya pelajar akan didedahkan kepada karya-karya ulama besar dalam ilmu ini seperti al-Kharij, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Nasihatul Mulk, al-Siyasah al-Syariyyah dan al-Turuq al-Hukmiyyah. Selain itu perbahasan dilanjutkan dengan teori dan amalan al-Siyasah al-Syari'yyah di zaman kesultanan Melayu Islam terutama seperti diungkapkan oleh Raja Ali Haji (1873) dalam Thamarat al-Muhimmah.

Modul 21: Usul Al-Fiqh: Maqasid Al-Shari'ah (Matlamat Undang-Undang Islam)
Permulaan Modul ini meninjau secara umum tentang ta'rif dan hubung- kait antara 'Fiqh', 'Usul al-Fiqh' dan 'Syariah'. Tumpuan kemudian diberikan kepada: ciri-ciri umum atau semangat maqasid al-shari'ah dan akarnya dalam al-Qur'an; klasifikasinya; sejarah perkembangannya dan sumbangan beberapa ulama terdahulu, terutamanya Imam al-Ghazali dan al-Shatibi; perbezaan pendekatan ulama dalam mengenal-pasti maqasid; perkaitannya dengan maslahah/masalih (kepentingan umum) dan ijtihad dan cara-cara bagaimana prinsip maqasid begitu relevan dalam meluas- kan cakupan dan mutu ijtihad, khususnya dalam konteks menangani isu- isu semasa atau baru yang dihadapi kaum Muslimin hari ini. Pembaha- ruan dan penambahbaikan ke atas teori dan amalan maqasid ke arah menjadikannya suatu disiplin ilmu oleh ulama mutakhir seperti Ibn Ashur akan turut dibincangkan.

Modul 22: Etika Dan Kepimpinan
Modul ini akan menelusuri faham etika sebagaimana yang terkandung dalam kerangka Sains Sosial Barat dan kepelbagaian serta percanggahan tafsiran mengenai faham etika dalam beberapa disiplin penting yang terangkum dalam sains tersebut. Ia juga akan mengkaji secara empirikal mengenai sistem etika dan kepemimpinan di samping meneliti konflik etika akibat daripada pengaruh faham Sekular-Humanisme dan kesannya terhadap tingkah laku kepemimpinan. Akhirnya ia akan meneliti faham etika berdasarkan pandangan alam Islam dan sejauh mana ia menyumbang kepada pengislahan sistem kepemimpinan masa kini. Dalam modul ini juga kaitan antara faham etika dengan hakikat dan sifat insan juga akan ditekankan.

Modul 23: Pengajian Melayu: Falsafah Sejarahnya Dan Peranan Islam
Modul ini akan menyorot dan menilai secara kritis perkembangan pengajian Melayu tanah air dari dulu hingga kini dalam usaha me- martabatkan pengajian Melayu sebagai pengajian yang menepati cita dan citra tamadunnya. Dalam bahagian pertama, falsafah dan cara- gaya penelitian ke atas sejarah akan dikupas dengan penekanan kepada fafsafah 'ibar sebagai lanjutan dari faham ilmu dan makna dalam Islam. Beberapa pandangan sejarahwan Islam seperti Ibn Khaldun dan al-Maqrizi serta sejarahwan Barat akan turut dimanfaatkan. Bahagian kedua akan memberi kupasan lanjut terhadap kedudukan dan sifat pengajian Melayu yang mencermin dan mewarisi keunikan sifat dan watak tamadun Islam terdahulu terutama aspek sumbangan akliah rohaniahnya. Gagasan falsafah dan susunan kuriku- lum IBKKM akan digunakan sebagai model terbaik pengajian Melayu. Akhirnya, beberapa cuplikan dari teks-teks jawi berkenaan aqidah, fiqh dan tasawwuf serta karya-karya pra-Islam akan digunakan sebagai kajian penelitian dan perbandingan.

Modul 24: Pemikiran Islam Semasa
Modul ini meninjau pemikiran islam semasa melalui dua perspektif, iaitu (i) makna istilah-istilah tajdid, islah dan modenisme; (ii) sejarah kemunculan gerakan-gerakan yang dikenali sebagai gerakan Revivalis, Modenisme, Neo-Revivalis, dan Neo-Modenisme yang dikaitkan dengan istilah-istilah tersebut serta tokoh-tokoh besar yang mempelo- pori gerakan-gerakan ini di Mesir, Indo-Pakistan, Turki dan Rantau Melayu. Perbincangan turut menilai secara kritis isu-isu, gagasan dan metodologi yang menjadi tema utama gerakan-gerakan tersebut.