AKAR PERMASALAHAN UMAT ISLAM DAN SOLUSINYA


AKAR PERMASALAHAN UMAT ISLAM DAN SOLUSINYA

Sahib as-Samahah Maulana Sheikh menyatakan bahawa antara permasalahan umat Islam kontemporari yang dihadapi adalah:

1.      Nassun Sahih wa Fahmun Khati’ Linassin Sahih (Tidak Tepatnya Pemahaman terhadap Teks/Nas)

Al-Quran dan as-Sunnah merupakan sumber utama dalam Islam dan sebagai panduan umatnya. Pemahaman teks yang kurang tepat dalam menyingkap hakikat makna. Iaitu memahami teks dengan benar dan tepat, kemudian mengaplikasikan agama sesuai dengan zamannya, bukan terikat dengan nostalgia lama. Agar teks/nas selalu hidup dan dinamis, maka harus difahami tepat dan sesuai dengan zamannya. Ketahuilah jua karya turath sesetengahnya sudah tamat tempoh(expired) untuk dipraktikkan namun boleh dijadikan sebagai maklumat dan thaqafah) bukan untuk diamalkan dalam konteks dan waqi’ zaman ini.

2.      Ihtikam Ligair Arbab al-Huda  (Memohon Petunjuk Kepada Bukan Ahlinya)

Untuk memahami nas (al-Quran dan sunnah) secara tepat, maka harus merujuk  kepada ahlinya (pakar).  Kerana  teks yang hanya didekati melalui teks itu sendiri, baik secara tafsir linguistik, dirayah ataupun riwayat masih tidak mampu memahami secara tepat. Ramai muslim memahami nas dengan meraba-meraba melalui hipotisis sebenarnya dan terikat dengan karya-karya lama atau kononnya sudah berilmu lalu faham dengan akal terbatas.
Umat Islam alpa saranan al-Quran dan sunnah supaya merujuk kepada pewaris para Nabi yakni ulama hakiki. Lantaran ramai beranggapan sudah belajar dan mendapat pendidikan tinggi pengajian Islam atau mengingati nama kitab-kitab secara ilmiah atau penulisan ilmiah sudah boleh dianggap ulama.

3.      Ta’mim al-Khas (Mengumum yang bersifat khusus)

Sesuatu yang bersifat khusus atau spesifik, tidak boleh dijadikan umum. Kekeliruan Bila semua manusia merasa punya hak sebagai Polisi dan serba tahu dalam pelbagai bidang, maka dunia keberagamaan kita pun akan kacau bercelaru. Maknanya sesuatu bidang ada ahlinya.
Muslim yang ideal, maka memiliki kemahiran dan pengkhususan bidang tertentu adalah suatu yang tepat, untuk menjawab permasalahan kontemporari yang kompleks. Pendekatan mencari dan mengislah punca amat perlu dan sebagai keutamaan.

4.      Giyab Madlulat al-Alfaz (Hilangnya Makna Setiap lafaz)

Mengkaji teks suci al-Qur’an dan as-Sunnah, maka penguasaan terhadap bahasa Arab, baik dari segi sejarah, budaya, kaedah tatabahasa dan sebagainya, mutlak diperlukan. Walaupun bahasa Arab kedudukannya di bawah bahasa al-Qur’an, umpamanya mengetahui perbezaan kata sanam (arca), timsal (patung), dan wasan (berhala), adalah tugas seorang pakar bahasa yang tidak terbatas dengan bahasa Arab saja, tetapi juga bahasa kalbu. Sebab, al-Qur’an adalah cahaya, tidak satu pun yang mampu mengungkap, kecuali yang dianugerahi kelebihan bahasa kalbu dan  yang mempunyai nur bercahaya.
Membaca teks kitab suci, tidak ubahnya membaca huruf-huruf ilahi yang hanya dapat didekati dengan cahaya. Hermeneutik, Semiotik, Balagah, Badi', Bayan, dan sebagainya hanyalah saranan untuk memahami teks tertulis atau secara tekstual. Bukan teks yang dinamik. Bahasa yang tersimbolkan dalam titik-titik dan huruf-huruf kitab suci, baik al-Qur'an atau al-Hadis adalah bahasa keimanan.
Ahl al- Qur'an wa Khassatuhu (Para kekasih Allah Swt. yang dianugerahi keajaiban-keajaiban memahami kitab suci). Bila dengan menguasai sedikit disiplin ilmu sudah dapat mentafsirkan teks al-Quran sudah pasti mencelarukan walaupun dirujuk kitab-kitab itu ini, lantas dimanakah letaknya I'jaz al-Qur'an?.

5.      Giyab at-Ta’rif (Tidak Adanya Definisi)

 Sebab tidak ada definisi yang jami’ mani’ tentang kata-kata tersebut umpamanya Bid’ah,syirik, kufur .Sedangkan dalam bidang lain umpamanya para ahli muzik memiliki bahasa sendiri, para doktor seluruh dunia memiliki kod etika sendiri. Sewajarnya bagi membincangkan sesuatu perkara atau istilah perlu difahami makna sebenar terlebih dahulu bagi perbincangan lanjut supaya titik faham dapat dicapai. Maksud ta’rif atau takrif al-ta’rif: iaitu mendatangkan makna yang betul menurut ahli (pakar) sesuatu bidang tersebut.
Standard istilah adalah sebuah keniscayaan untuk menerjemahkan nilai-nilai dan makna yang terkandung. Para ilmuwan agama mempunyai pelbagai pentafsiran dan definisi. Perselisihan tersebut lahir, karena tidak adanya standard istilah yang jelas, serta belum ditemukannya seorang ahli pakar yang sebetulnya. Lantaran mengabaikan atau tak jumpa saranan al-Quran dan hadis supaya merujuk ahl zikr, khabir, wali mursyid, ulama warasah. Sekiranya perkara tersebut dapat diketemukan sudah pasti mudah bagi menyatukan umat Islam.
 Kuncinya ialah:
‘Tanyalah Ahl Zikr Sekiranya Kamu Tidak Mengetahui’.

dan 'sesiapa diberi Allah petunjuk........seorang wali mursyid..'


Sumber: Kalam Dars Maulana Sheikh / Dipetik dari ‘Tasawuf Revolusioner’ oleh Husni Hidayat.