PANDUAN UMUM DAN CIRI-CIRI PERKARA MERAGUKAN DAN BERCANGGAH DENGAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ) SERTA GARIS PANDUAN PENAPISAN BAHAN-BAHAN PENERBITAN BERUNSUR ISLAM .

Disediakan oleh: Rizhan el-Rodi

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ)


Ahli Sunnah wal Jama’ah dapat ditelusuri daripada penjelasan hadith-hadith Nabi s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w:
ان بني اسراءيل تفرقت علي ثنتين وسبعين ملة وتفترق أمتي علي ثلاث وسبعين ملة
 كلهم في النار الا ملة واحدة. قالوا: ومن هي يا رسول الله؟ قال: ما أنا عليه وأصحابي.
رواه الترمذي
Ertinya: “Sesungguhnya Bani Israil telah berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan sahaja. Para sahabat bertanya: Siapakah golongan yang satu itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Yang satu itu ialah orang yang berpegang dengan peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku”.
Riwayat al-Tirmidhi

Istilah Ahli Sunnah wal Jama’ah sendiri sudah wujud di zaman Nabi s.a.w dan digunakan oleh baginda untuk menunjukkan golongan yang benar. Sabda Nabi s.a.w:
والذي نفس محمد بيده لتفترق أمتي علي ثلاث وسبعين فرقة فواحدة في الجنة
 وثنتان وسبعون في النار. قيل: من هم يا رسول الله؟ قال: أهل السنة والجماعة.
رواه الطبراني
Ertinya: “Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad dengan kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan sahaja akan masuk syurga manakala 72 golongan lagi masuk neraka. Para sahabat bertanya: Siapakah golongan yang masuk syurga itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Ahli Sunnah wal Jama’ah”.
Riwayat al-Tabrani

Ahli Sunnah wal Jama’ah adalah golongan yang beri’tiqad sebagaimana i’tiqad Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan salafussoleh. Aqidah mereka adalah berdasarkan apa yang diwahyukan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan Sunnah.



Golongan Ahli Sunnah wal Jama’ah merupakan orang yang yang memahami al-Quran dan Sunnah dengan kefahaman yang sebenar berpaksikan kepada tiga komponen utama dalam ajaran Islam. Ijma’ ulama’ bersepakat dari segi aqidah, mereka mengikut manhaj al-Ash’ari dan al-Maturidi manakala dalam mengamalkan syariat, mereka mengikut salah satu daripada empat mazhab fiqh yang muktabar iaitu sama ada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i atau Hanbali. Dari segi tasawwuf pula, mengikut manhaj Imam Junaid,Imam al-Ghazali  atau mana-mana tariqat Sufi yang muktabar seperti Tariqat al-Rifaiyyah,al-Ahmadiyyah,al-Qadiriyyah,al-Dusuqiyyah,as-Syazuliyyah dan yang berkaitan dengan 4 Qutub tersebut dan furu'-furu'nya.



 Imam al-Baghdadi Rahimahullah(w.429H) memperincikan LAPAN (8) golongan yang termasuk dalam Ahli Sunnah wal Jamaah :

Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar gembira) dan wa'id (ancaman siksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas dari fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT)), dan bebas dari bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.

Golongan kedua ialah imam-imam fiqh samada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadith. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas dari fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tashbih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah).

Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Imam Malik, al-Shafie, al-Auza'i, al-Thauri, Abu Hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat 240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat 241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa dari ahli bidaah dan hawa nafsu.

• Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadith dan sunnnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab 'al-jarh wa al-ta'dil' (kredibiliti seorang rawi), dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa dari ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.

Golongan ke empat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala` (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu samada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu dari bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij. Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia dari golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.

Golongan ke lima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran, dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.

Golongan ke enam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka redha dengan hidup yang ringkas, mereka mengatahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik perisapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan 'pentasybihan' (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakkal kepadanya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.

Golongan ke tujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka, dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.

Golongan ke lapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

Sumber: Al-Baghdadi, Abd al-Qahir bin Tahir bin Muhammad. (2005) Al-Farq baina al-Firaq. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

Ali Jum'ah (2005). al-Bayan lima yashghul al-Azhan. Kaherah: al-Maqatam li al-nasyr wa al-tauzi’, h 140.

Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah ialah al-Asyai'rah dan al-Maturidiyyah dalam bidang akidah dan mazhab Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali dalam bidang hukum. (GPPBBPBI, Jakim).

PANDUAN UMUM DAN CIRI-CIRI PERKARA MERAGUKAN DAN BERCANGGAH DENGAN FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH (ASWJ) SERTA GARIS PANDUAN PENAPISAN BAHAN-BAHAN PENERBITAN BERUNSUR ISLAM . 

BIL

PERKARA/FAHAMAN/ALIRAN PEMIKIRAN


1.
 SYIAH


Saidina Ali Dianggap Setaraf Rasul/Nabi Alahissalam (A.S.)
Mencela/ Menkufur Sahabat
Imam Adalah Maksum
Konsep Wilayah Al-Faqih/ Imam 12
Konsep Taqiyyah
Mendakwa Kasih Ahli Bait Secara Melampau (Ghuluw)
Nikah Mut’ah
Menghina Ulama’ ASWJ


2 .
WAHABI


Tuhan Bertempat Di Arash/Langit
Tashbih Dan Tajsim
Menolak Sifat 20
Menolak Mazhab Fiqh (Anti Mazhab)
Salahfaham/ Menghukum Bid’ah/Syirik/Kufur
Tawasul Syirik
Sambutan Maulid Bid’ah Dholalah
Mendakwa berpegang al-Quran dan Sunnah
Mendakwa mengikut Manhaj Salafi (salafussoleh)


3 .
LIBERAL/ PLURALISME/
SEKULARISME


Al-Quran Ciptaan Nabi
Semua  Agama adalah Sama Kepada Kebaikkan
Tafsir Al-Quran Dengan Akal Logik
Nabi Manusia Biasa
Kesatuan Agama
Persamaan Gender
Hadis Sebagai Cerita/Rekaan Nabi
Menghina/Memperlekeh Hukum Syariat


4.
AJARAN SESAT

Mempertikai Kedudukan al-Quran dan Hadis
Ittihad
Hulul
Wahdatul Wujud Menurut Falsafah (Penyatuan Tuhan Dengan Makhluk)
Meninggal Syariat
Solat Batin
Nikah Batin
Memuja Kubur
Menyeru Arwah
Percaya Khurafat/Tahyul
Menghina Al-Quran
Menghina/Memperlekeh Hukum Syariat


5.
LAIN-LAIN

Menghina Islam
Menyentuh Kesuciaan Islam
Menghina Peribadi Nabi
Menghina Isteri Nabi
Mengilustrasikan Nabi/Sahabat 4
Hadis Palsu
Dakyah Agama Lain
Mencampuradukkan Sumber Islam Dan Agama Lain
Percaya  Azimat
Israiliyyat
Penyelewengan Fakta
Merumikan Ayat-Ayat Al-Quran




TOKOH-TOKOH


BIL

FAHAMAN/ALIRAN PEMIKIRAN


NAMA TOKOH

1

SYIAH

  1. Jalaluddin Rachmat
  2. Haidar Baqir
  3. Khomeini
  4. Khamenei
  5. Muthahhari
  6. Mulla Sadr
  7. Muhammad Hussein Thabathaba’i



2

WAHABI

  1. Ibnu Taimiah
  2. Ibnu Qayyim
  3. Abu Bakar  Al-Jazair
  4. Abdul Aziz Bin Baz
  5. Nasrudin Al-Albani
  6. Solleh Fauzan
  7. Solleh al-Uthamain
  8. Rasul Dahri
  9.  Ismail Lutfi


3

LIBERAL

  1. Nicholas Madjid (CaK Nur)
  2. M. Lutfi Shaukani

  3. Qasim  Amin
  4. Muhammad  Arkoun
  5. Ali Abd. Raziq
  6. Ashgar Ali Engineer
  7. Djohan Efendi
  8. Ulilabsar Abdallah
  9. Nasr Hamid Abu Zaid
  10. Hassan Hanafi