TERAS MEMAHAMI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH



TERAS MEMAHAMI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


MAKNA ASWJ


Akidah berasal dari bahasa arab iaitu daripada perkataan Al-‘Aqdu bererti: ikatan dan simpulan yang kuat juga bererti pegangan, ketetapan dan kepercayaan. (Ibnu Manzur:Lisan al-Arab) .

Istilah syaraknya adalah beriman dengan kepercayaan teguh dalam hati kepada Allah, ketuhananNya, keesaanNya, kesempurnaan yang layak bagiNya, kesucian dari penyerupaan makhlukNya dan beriman dengan para malaikatNya, kitab-kitabNya, para utusannya (Nabi&Rasul), hari akhirat dan beriman dengan (qadr) ketentuan pada makhluk sama ada baik ataupun buruk.


Nama ilmu Aqidah iaitu:
1- Tauhid,
2- Iman,
3- Usuluddin,
 4- Ilmu Kalam dan
5- Fiqhul Akbar

Akidah – Simpulan Iman
Ahli – Kumpulan/pengikut/pendokong
Sunnah – Jalan nabi, perbuatan, perkataan, sifat ,taqrirnya
Waljamaah – Org ramai dr klgn sahabt,tabiin,ulama warasah



HADIS

ž  Ertinya: “Sesungguhnya Bani Israil telah berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan sahaja. Para sahabat bertanya: Siapakah golongan yang satu itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Yang satu itu ialah orang yang berpegang dengan peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku”.
Riwayat al-Tirmidhi

ž  Ertinya: “Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad dengan kekuasaan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 golongan, maka satu golongan sahaja akan masuk syurga manakala 72 golongan lagi masuk neraka. Para sahabat bertanya: Siapakah golongan yang masuk syurga itu wahai Rasulullah? Nabi s.a.w menjawab: Ahli Sunnah wal Jama’ah”.
Riwayat al-Tabrani

ž  Seseorang bertanya:  Wahai Muhammad, beritahu kepadaku tentang Islam.” Jawab Rasulullah SAW: “Islam itu bahawa sesungguhnya engkau naik saksi, Tiada Tuhan melainkan Allah dan sebenarnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, engkau mendirikan solat, engkau tunai zakat, engkau berpuasa Ramadhan dan engkau berhaji di Baitullah seandainya engkau berkemampuan menuju ke Baitullah.” Kata si penyoal: “Benar katamu.” Maka kami hairan tentang diri penyoal itu, dia bertanya dan yang membenarkan [jawapan yang Nabi Muhammad SAW berikan itu].”
Kata si penyoal: “Maka, beritahu kepadaku tentang iman ?” Jawab Rasulullah SAW: “bahawa sesungguhnya engkau beriman dengan Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari Akhirat dan engkau beriman dengan Qadar, baiknya dan buruknya.” Jawab si penyoal: “Benar katamu.”
Kata si penyoal: “Maka, beritahu kepadaku tentang Ihsan ?” Jawab Rasulullah SAW: “bahawa sesungguhnya engkau sembah Allah seolah-olah engkau benar-benar melihat-Nya, seandainya engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihatmu.”
Kata penyoal: “Maka, beritahu kepadaku tentang saat Qiamat ? ” Jawab Rasulullah SAW: “Apakah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. ??!!” Lelaki itu berkata: “Maka, beritahu kepadaku tentang tanda-tanda hari qiamat ?” Jawab Nabi Muhammad SAW: “Bila hamba perempuan melahirkan majikannya dan bahawa engkau lihat orang-orang miskin papa, tidak beralas kaki, telanjang, mengembala kambing, menjadi kaya raya dan berlumba-lumba memperindah bangunan.”
Kemudian Rasulullah r bertanya: “Wahai Umar, Adakah engkau kenal siapakah yang bertanya tadi ?” Aku berkata: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui (tentang siapakah dia).” Jawab Rasulullah SAW: “(Seandainya engkau mahu tahu), maka sebenarnya orang itu ialah malaikat Jibril a.s., dia datang kepada kamu, mengajar agama kepada kamu.”




GOLONGAN ASWJ

SALAF & KHALAF
ž  Salaf – Tidak mentakwil secara tafsili tetapi secara ijmali mensucikan Allah dari menyerupai makhluk. ([300H)
ž  Khalaf – menerima takwil secara tafsili serta mensucikan Allah daripada menyamai makhluk. (]300H)

Imam al-Baghdadi Rahimahullah(w.429H) memperincikan LAPAN (8) golongan yang termasuk dalam Ahli Sunnah wal Jamaah
ž  Akidah Tauhid
ž  Beriman Allah & Nubuwwah
ž  Ahli Hadis
ž  Ahli Sufi
ž  Ahli Qiraat/Al-Quran
ž  Ahli bahsa
ž  Mereka yg pertahankn & keselamatan orang ramai
ž  Org awam yg ikut & tidak ikut doktrin ajaran sesat

GOLONGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Memahami al-Quran dan Sunnah dengan kefahaman yang sebenar berpaksikan kepada tiga komponen utama dalam ajaran Islam. Ijma’ ulama’ bersepakat dari segi Aqidah, (manhaj al-Ash’ari dan al-Maturidi) Syariah, empat mazhab fiqh yang muktabar iaitu (Hanafi, Maliki, Syafi’i atau Hanbali). Tasawwuf pula, manhaj Imam Junaid,Imam al-Ghazali  atau mana-mana tariqat Sufi yang muktabar.




PANDUAN UMUM DAN CIRI-CIRI/ PERKARA BERKAITAN ASWJ 

      Ilahiyyat
      Nabawiyyat
      Samiyyat

METHODOLOGI AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH
Mendahulu dan mengutamakan nas al-Qur’an dan al-Sunnah terhadap sesuatu yang lain.

Menetapkan hakikat dan segala keilmuan sebagai pengertian yang ada pada ulamak.

Mentafsirkan al-Qur’an dengan al-Qur’an, al-Sunnah dengan al-Sunnah atau secara perkaitan antara keduanya.

Mengutamakan pendapat sahabat dan tabi’in.

Menggunapakai kaedah Ijmak Ulamak.

Mengambil kira kaedah bahasa arab dan penggunaan uslubnya .

Tanzih dan Taqdis ke atas ayat-ayat yang zahirnya menunjukkan penyerupaan dan kesamaan sifat-sifat Allah dengan sifat-sifat makhluk.

Mempunyai kaedah/cara bagi beramal dengan fiqh,tasawuf

ASWJ kekuatan/kelebihan
Wasatiyyah – antara pendekatan Literal dan Rasional .

Al-Sawad al-A’zam. Sabda Rasulullah SAW:(Sesungguhnya umatku tak akan sekata dlm perkara sesat, apabila kamu melihat perbezaan pendapat maka hendaklah kamu bersama kumpulan terbesar (kalangan ulama).

Pendekatan bermazhab

Tasawuf (roh Islam)

Keperluan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah :
Memenuhi tuntutan al-Qur’an dan al-Sunnah dalam mengikuti kebenaran.

Ahlu Sunnah Wa al-Jamaah merupakan pegangan dominan atau fahaman majoriti ummat Islam (al-Sawad al-A`zham).

Menjamin keseragaman dalam memahami, menyelaras dan menangani isu-isu agama.

Membolehkan kita memahami ancaman terhadap fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Sama ada ancaman yang bersifat dalaman mahupun luaran.

Mewujudkan kestabilan dan keharmonian dalam sesebuah Negara. Seterusnya menjadi asas dalam perkembangan tamadun.

Percaya kepada sesuatu perkara merupakan fitrah semulajadi manusia. Kepercayaan terhadap sesuatu membentuk pemahaman, menghasilkan pegangan dan diperhaluskan dengan tindakan. Justeru, berpegang dengan kebenaran merupakan nilai tabi’ii bagi manusia.

Metodologi Ahli Sunnah yang jelas memudahkan kita memahami pegangan atau fahaman yang menjadi ancaman terhadap pegangan murni kita selama ini.

Berasaskan kepada Ahli Sunnah Wa al-Jamaah sebagai satu tanda aras yang kukuh membolehkan isu-isu agama diselesaikan secara bijaksana.


TERAS ILMU AKIDAH BEZA KHALIQ DAN MAKLUK

Berikut ialah 20 sifat yang wajib dan 20 sifat yang mustahil bagi Allah Taala:
ž  (وجود); ertinya ada, lawannya tiada (عدم).
ž  (القدم); ertinya sediakala, lawannya baharu (الحدوث).
ž  (البقاء); ertinya kekal, lawannya binasa (الفناء).
ž  (مخالفته للحوادث); ertinya berbeza Allah dari segala yang baharu, lawannya menyamai Allah dengan yang baharu (مماثلته للحوادث).
ž  (قيامه بنفسه); ertinya berdiri dengan sendiri-Nya, lawannya berhajat (الاحتياج والافتقار).
ž  (وحدانية); ertinya ertinya Maha Esa, lawannya berbilang (التعدد).
ž  (القدرة); ertinya Maha Berkuasa, lawannya lemah (العجز).
ž  (الارادة); ertinya Maha Berkehendak, lawannya terpaksa (الكره).
ž  (علم); ertinya ilmu, lawannya jahil (جهل).
ž  (حياة); ertinya Maha Hidup, lawannya mati (موت).
ž  (السمع); ertinya Maha Mendengar, lawannya pekak (الصمم).
ž  (البصر); ertinya Maha Melihat, lawannya buta (العمى).
ž  (الكلام); ertinya Maha Berkata-kata, lawannya bisu, gagap (البكم).
ž  (كونه قادرا); ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan berkuasa, lawannya sentiasa dalam keadaan lemah (كونه عاجزا) .
ž  (كونه مريدا); ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan menghendaki, lawannya sentiasa dalam keadaan terpaksa (كونه مكرها).
ž  (كونه عالما); ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan mengetahui, lawannya sentiasa dalam keadaan jahil (كونه جاهلا).
ž  (كونه حيا); ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan hidup, lawannya sentiasa dalam keadaan mati (كونه ميتا).
ž  (كونه سميعا); ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan mendengar, lawannya sentiasa dalam keadaan pekak (كونه أصم).
ž  (كونه بصيرا); ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan melihat, lawannya sentiasa dalam keadaan buta (كونه أعمى).
ž  (كونه متكلما); ertinya Allah tetap selalu dalam keadaan berkata-kata, lawannya sentiasa dalam keadaan bisu (كونه أبكم).

Rumusan:
Muqtadayat al-Uluhiyyah atau ketuhanan ini mempunyai empat kriteria / sifat iaitu:
i) السبق : لا أول له فهو الأول بلا ابتداء
yang bererti sediakala / mendahului, Yang Maha Awal tanpa permulaan.

ii) الاطلاق : لا حدود له

yang bererti tidak terbatas sama ada dari segi masa, zaman, tempat, fikiran, ilmu manusia dan sebagainya.

iii) الذاتية : لا معلم له ولا ممد له
yang bererti Maha Kaya, tidak berhajat kepada sesuatu bahkan selain-Nya yang berhajat kepada-Nya

iv) السرمدية : لا نهاية له فهو الآخر بلا انتهاء
yang bererti berkekalan, Yang Maha Akhir tanpa pengakhiran.


ASPEK MEROSAKKAN AKIDAH

Perkara Rosakkan Akidah (Awhal Tauhid)
i) الحلول : أن يدعى أحد أن الله قد حل فيه أو فى أي من خلقه
ertinya mendakwa bahawa Allah memasuki dirinya atau diri sesuatu. Contohnya seperti air yang dimasukkan ke dalam gelas.
ii) الاتحاد : أن يدعى أحد أن الله قد اتحد معه أو مع أي من خلقه فينشأ كيان جديد يعبد من دون الله على أنه ابن الله
ertinya mendakwa bahawa Allah bersatu dengannya atau dengan sesuatu yang lain. Contohnya seperti air yang bercampur dengan gula lalu menjadi air gula.
iii) التشبيه : أن يدعى أحد أن الله يشبهه أو يشبه أي من خلقه فيعبد على أنه يشبه الله
ertinya mendakwa bahawa Allah menyerupainya atau menyerupai mana-mana makhluk-Nya. Contohnya seperti mentajsimkan Allah dengan mengatakan Allah mempunyai tangan, jari, duduk bersila dan sebagainya.
iv) التعطيل : أن يدعى أحد أن الله يفعل كل شئ بذاته العلية معطلا بذالك فعل الأسماء والصفات
ertinya mendakwa bahawa Allah melakukan sesuatu dengan zat-Nya dan mengabaikan perbuatan bagi Asma’ dan Sifat-Nya. Hakikatnya Allah berbuat sesuatu dengan Asma’ dan Sifat-Nya dan kedua-duanya adalah memberi bekas.


TOKOH-TOKOH ASWJ & KARYA

ž  Imam Abu al-Hassan Ali b Ismail al-Asyaari (324)
ž  Imam Abu Mansur al-Maturidi (333)
ž  Imam al-Tahawi
ž  Imam al-Ghazali
ž  Imam as-Sanusi
ž  Imam al-Shafei
ž  Sheikh Ahmad ar-Rifaei
ž  Sheikh Abd. Qadir al-Jilani
ž  Sheikh Abu al-Hassan as-Syazuli
ž  Sheikh Ibrahim ad-Dusuqi
ž  Sheikh Daud al-Fathani
ž  Sheikh Abd Samad al-Palembani
ž  Sheikh Ahmad al-Fathani
ž  Dan Lain-lain

KARYA-KARYA ASWJ
ž  Risalah tauhid
ž  Al-Ibanah
ž  Ihyaa’ Ulumuddin
ž  Faridah alfaraid
ž  Jauharah Tauhid
ž  Risalah al-Aqidah al-Tahawiyyah karya al-Imam Abu Ja’far al-Tahawi (w. 321 H),
ž  Kitab al-‘Aqidah al-Nasafiyyah karangan al-Imam Umar al-Nasafi (w. 537 H),
ž  Al-‘Aqidah al-Murshidah karangan Ibnu Tumart
ž  Al-‘Aqidah al-Salahiyyah
ž  Dan Lain-lain



RUMUSAN ASAS PERMASALAHAN

1.           Nassun Sahih wa Fahmun Khati’ Linassin Sahih (Nas Sahih namun Tidak Tepatnya Pemahaman terhadap Teks)

2.           Ihtikam Ligair Arbab al-Huda  (Memohon Petunjuk Kepada yang Bukan Ahlinya)


3.Ta’mim al-Khass (umum yg. khusus)

4. Giyab Madlulat al-Alfaz (Hilangnya Makna Tiap Kata)


Masalah Definisi:

Ta’rif Ta’rif: Ibraaz al-makna al-Mustaqir inda Ahl Ikhtisas. Mendatangkan makna yg betul menurut ahli dalam sesuatu bidang tersebut.