ANALISIS BERDASARKAN SIASAH SYARI'YYAH: PERISIKAN DALAM KESELAMATAN DAN PERTAHANAN NEGARA




PERISIKAN DALAM KESELAMATAN DAN PERTAHANAN NEGARA:SATU ANALISIS BERDASARKAN SIYASAH SYARI'YYAH


Ahmad Haziq bin Haji Abd Hamid

PENDAHULUAN KANDUNGAN

Pendahuluan

Sumber-Sumber Risikan

Kaedah-Kaedah Perisikan

Perisikan Di Zaman Rasulullah

Keperluan Dan Kepentingan Perisikan Berdasarkan Siyasah Syar’iyyah

Agensi Perkhidmatan Perisikan Antarabangsa

Perkhidmatan Perisikan Dalam Agensi Keselamatan Dan Pertahanan Negara Brunei Darussalam

SUMBER-SUMBER RISIKAN
 Ada dua:

a) Sumber-Sumber Risikan Terbuka (Overt Sources)

Satu kaedah bagaimana sumber-sumber maklumat diperolehi atau didapatkan melalui saluran-saluran rasmi - khususnya dari pihak kerajaan dan pihak swasta.

Perisik tidak perlu melindungi identiti dirinya.

Contoh; buku panduan telefon, papan kenyataan awam, bahan-bahan terbitan bercetak dalam dan luar negara seperti surat khabar, majalah, jurnal, peta negara, buku, ceramah/forum terbuka dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa mendapatkan sebarang maklumat tentang musuh adalah antara perkara yang paling penting dan menguntungkan bagi satu-satu pihak.

Intelligence atau perisikan; perihal kegiatan merisik, perisik: orang atau jabatan yang tugasnya merisik (mencari keterangan dan lain-lain dengan cara sembunyi-sembunyi) .

Menurut F.H.Hinsley dalam bukunya bertajuk “British Intelligence In The Second World War”: Intelligence is an activity which has to perform three functions. Information has to be acquired; it has to be analysed and interpreted; and it has to be put into the hands of those who use it.

Secara umumnya, peranan perisik adalah untuk menyedarkan orang atasan (policymakers) mengenai satu-satu isu perisikan yang penting.

 b) Sumber-Sumber Risikan Tertutup (Covert Sources)

Pada kebiasaannya menggunakan atau diperolehi daripada beberapa sumber tertentu sahaja seperti; Ejen, sumber-sumber bantuan teknikal seperti pemintasan telekomunikasi radio perhubungan, peralatan CCTV, satelit pengintip dan sebagainya. ]

KAEDAH-KAEDAH PERISIKAN
3) Helah (Alibi) dan Perlindungan (Cover) Siasatan sulit;

Siasatan yang dijalankan tanpa disedari oleh sasaran,

Tidak menarik perhatian rakan-rakan sasaran atau orang-orang di persekitaran sasaran dan tidak mencetuskan publisiti.

Tujuan; untuk memperolehi maklumat tambahan, di samping mengesahkan maklumat yang sedia ada. Kepentingan penggunaan helah (alibi) dan perlindungan (cover);

Untuk mengekalkan kerahsiaan (secrecy) secara komprehensif mengenai tugas yang dijalankan dan melindunginya dari diketahui umum serta menjamin kejayaan sesuatu operasi.

Menjaga keselamatan nyawa, dokumen dan harta benda yang terbabit. Helah (alibi); suatu alasan ringkas dan spontan yang sengaja direka-reka oleh perisik untuk waktu itu sahaja. Ianya bertujuan bagi melindungi operasi dan aktiviti perisikan yang sedang dijalankan di suatu tempat atau kawasan tertentu. - (alasan tersebut tidak boleh digunakan berulang-ulang kali dan pada waktu masa yang lama).



Kesimpulan Elicitation; evoke or draw out (a reaction, answer, or fact) from someone.

Elicitation menerusi kaedah perisikan; suatu seni atau kemahiran dalam memperolehi maklumat dari seseorang melalui perbuatan biasa.

- Tanpa memberitahu atau tanpa pengetahuan dan kesedaran individu
tersebut bahawa beliau sedang disoal siasat,
- Tanpa menyedari apakah tujuan atau kepentingan sebenarnya.

Objektif;

- Untuk memperolehi latar belakang (identifikasi) sasaran,
- Menjalinkan hubungan baik,
- Sebagai asas untuk meneruskan perhubungan di masa akan datang dan
boleh dijadikan sebagai Sumber/Ejen. Ejen/Sumber dikenali sebagai HUMINT (human intelligence).

Ejen/Sumber; setiap orang yang digunakan oleh perkhidmatan perisikan (selain daripada ahli-ahli yang sedia ada di dalam perkhidmatan perisikan) yang bertugas dan membantu sebarang operasi atau sebarang maksud perisikan.

Ia juga disebut sebagai seseorang yang direkrut untuk berkerja dengan sebuah agensi perkhidmatan perisikan bagi tujuan memberi atau melaporkan sesuatu maklumat yang khusus kepada pengendali perkhidmatan perisikan. 4) Ejen Atau Sumber Umar Ibn Ibrahim Al-Awasi al-Ansari dalam Kitab Tafrij al-Kurub Fi Tadbir al-Hurub menyebutkan:

Ejen/Sumber seharusnya dilayan dengan baik, diberi penghargaan berupa hadiah atau ganjaran serta selalu menggembirakannya (dengan taburan hadiah) sebelum misi untuknya bermula.

Menaikkan semangat Ejen/Sumber ketika dihantar bagi misi-misi tertentu, mengambil berat akan kebajikan keluarganya sama ada semasa keberadaan Ejen/Sumber atau semasa ketiadaannya.

Sun Tzu dalam bukunya Art of War ada menyebutkan: “the only way to get information is to employ spies and it is impossible to obtain trustworthy spies unless they are properly paid for their services".
PERISIKAN DI ZAMAN RASULULLAH Khidmat perisikan boleh dilihat semasa peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam dari Mekah ke Madinah dan setelah tertubuhnya negara Islam Madinah. Perisikan Semasa Peristiwa Hijrah:

Abdullah bin Abu Bakar; pada sebelah siang keluar memantau dan mendapatkan maklumat apa yang telah diperkatakan oleh orang ramai, kemudian melaporkannya kepada Baginda dan bapanya pada sebelah malam.

‘Amir bin Fuahrah; Di siang hari beliau menggembala kambing dan membawanya ke tempat persembunyian Baginda untuk membekalkan susu kepada mereka.

Abdullah bin Uraiqit; Sebagai penunjuk jalan untuk berhijrah. KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PERISIKAN BERDASARKAN SIYASAH SYAR’IYYAH Setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara dan mempertahankannya daripada serangan musuh.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah al-Baqarah ayat 190 tafsirnya: “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”.

Surah al-Anfal ayat 60 tafsirnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya”. 2) Perang Ahzab

Diriwayatkan dari Jabir Radhiallahu ‘Anh: Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;

“Siapa yang akan mencari informasi tentang musuh pada perang Ahzab? al-Zubair berkata: Aku. Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bertanya lagi: Siapa yang akan mencari informasi tentang musuh pada perang Ahzab? Kembali al-Zubair menjawab: Aku. Kemudian Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: Setiap nabi memiliki hawariy (murid) dan hawariy ku adalah al-Zubair"


3) Perang Hunain

Rasulullah mengirim perisik untuk mengintai keadaan musuh dan mencari informasi tentang kesepakatan perang yang ditandatangani oleh suku-suku dari kalangan kaum Musyrikin. Perisik berhasil mendapatkan informasi dan segera melaporkannya kepada Rasulullah. Walaupun istilah perisikan tidak disebutkan dengan jelas, akan tetapi agama Islam menitiberatkan soal mempertahankan agama dan negara.

Menerusi Siyasah Syar’iyyah, perisikan mampu menghalang pihak lawan dari melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan sesebuah negara, bahkan ianya bertepatan dengan prinsip-prinsip am dalam Islam. Kitab al-Bahr al-Ra’iq, al-Zaila’i; Siyasah Syar’iyyah ialah langkah yang diambil oleh pemerintah berasaskan kepentingan yang dirasakannya, walaupun tidak berdasarkan kepada sesuatu dalil secara tertentu.

Ianya juga bermaksud kelonggaran bagi pemerintah melakukan apa sahaja yang boleh membawa kepada kebaikan selagi tidak bertentangan dengan prinsip agama walaupun tidak ada dali-dalil khusus yang membolehkan ia dilakukan Menjaga keselamatan dan pertahanan negara adalah satu keperluan asas yang harus dilaksanakan.

Peranan perisik; mengesan apa jua bentuk ancaman yang boleh menggugat kestabilan dan kedaulatan negara.
AGENSI PERKHIDMATAN PERISIKAN ANTARABANGSA
1.1         Central Intelligence Agency (CIA)
1.2        PERKHIDMATAN PERISIKAN DALAM AGENSI KESELAMATAN DAN PERTAHANAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN)

Fungsi utama ialah:

a) Mengenal pasti ancaman-ancaman keselamatan dan puncanya.

b) Mengumpul dan menganalisa maklumat-maklumat intelligence.

c) Menyediakan cadangan bagi menangani ancaman.

d) Menjalankan siasatan apabila terdapat keperluan. Jabatan Keselamatan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Dan Perdagangan

Peranan:

a) Memastikan keselamatan aset-aset milik Kementerian Hal Ehwal
Luar Negeri Dan Perdagangan dari sebarang bentuk ancaman
keselamatan.

b) Mengadakan penyelarasan bersama agensi-agensi kerajaan yang
berkaitan dalam hal ehwal keselamatan.

c) Menjalankan tinjauan keselamatan dan pengauditan ke atas aset-aset
milik Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Dan Perdagangan dan
mencadangkan penyelesaian mengenainya.




Jabatanarah Perisikan Dan Keselamatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB)

Peranan:

a) Mengambil tindakan yang cekap dalam mengendalikan perisikan dan
keselamatan ketenteraan serta hal-hal yang berkait rapat dengannya.

b) Merumus doktrin perisikan ketenteraan dan konsep operasi serta merumuskan
dasar keselamatan.

c) Menjalankan aktiviti-aktiviti perisikan ketenteraan di bahagian strategik dan
mengawasi aktiviti-aktiviti perisikan ketenteraan di bahagian operasi dan taktik di
dalam ABDB. Jabatan Periskan Jenayah (JPJ) Polis Diraja Brunei

Tanggungjawab:

a) Mendapatkan dan menyalurkan maklumat risikan yang pasti tepat pada waktunya mengenai
penjenayah, individu/kumpulan dan kegiatan yang disyaki berbahaya/berunsur jenayah.

b) Menyediakan penilaian keselamatan, laporan risikan/kertas kerja mengenai situasi jenayah, acara
rasmi negara, lawatan VVIP ke Negara Brunei Darussalam.

c) Memantau perkembangan semasa dalam dan luar negara terutama yang boleh mengancam
keselamatan negara. KESIMPULAN

Agensi perisikan yang berwibawa mampu mengumpul apa jua bentuk maklumat bagi kepentingan pertahanan dan keselamatan negara.

Perisikan mampu mengesan dan menghidu apa jua bentuk ancaman yang mungkin berlaku terhadap negara supaya tindakan awal dapat dilaksanakan. Ianya dapat menghindarkan sebarang bentuk ancaman yang boleh menggugat kestabilan dan pertahanan negara.

Dalam konteks Siyasah Syar’iyyah, umat Islam harus mempertahankan kewujudan diri dan negara serta menolak apa jua bentuk kezaliman dari pihak musuh. Dari itu, penggunaan khidmat perisikan oleh setiap negara adalah untuk memastikan keselamatan dan pertahanan negara dapat dijaga dengan baik dari anasir-anasir luar.

Peranan perisik merupakan satu tanggungjawab yang besar dan berat bagi memenuhi cita-cita dan hasrat rakyat agar sentiasa berterusan menikmati kemakmuran dan keamanan. 2) ELICITATION 1) SIASATAN SULIT Negara Brunei Darussalam juga mempunyai agensi-agensi perisikan di beberapa buah jabatan lain yang dipertanggungjawabkan menangani hal-hal berkaitan dengan pencegahan jenayah menurut bidangkuasa yang diperuntukkan. 1.2 Federal Bureau Investigation (FBI) 1.3 National Security Agency (NSA) 1.4 The Institute for Intelligence and Special Operations (MOSSAD) 1.5 Al-Mukhabarat al-'Ammah
1.6 Mukhabarat el-Khabeya

1.7 Jihaz Mabahith Amn al-Daulah Perlindungan (cover);
1.3        suatu cerita yang dibuat-buat dan dirancang lebih awal untuk melindungi sesuatu operasi perisikan dari diketahui oleh orang lain. Cerita yang direka itu memang meyakinkan untuk tempoh waktu yang panjang. Biasanya alasan tersebut tidak ada nilai kepada orang yang mendengarnya, - (tidak berminat untuk mempersoalkannya dan tidak akan bertanya lebih lanjut).
Perisikan Setelah Tertubuhnya Negara Islam Madinah:

1) Perang Badar

Rasulullah menugaskan dua orang sahabat, Basbas bin Amir dan Ady bin Abu Za`ba untuk mencari informasi tentang Abu Sufyan sehingga mereka memperolehi informasi tentang tempat keberadaannya. Kedua mereka mendengar informasi tersebut dari dua orang wanita dan disahkan oleh seorang tua bernama Majdi bin Amir. Setelah mendapatkan informasi tersebut mereka melaporkan kepada Rasulullah.