ASYIRAH SUFIYYAH


ASYIRAH SUFIYYAH

LATAR BELAKANG

1.         Sufi/Tarekat/Tasawuf merupakan sebahagian teras pengamalan Islami ad-Din (Islam,Iman,Ihsan) menurut al-Quran dan as-Sunnah.

2.         Pembangunan kerohanian adalah penting diseimbangkan dengan pembangunan material atau fizikal bagi memberi impak positif yang besar kepada pembangunan negara dan masyarakat.

3.         Sumbangan dan peranan golongan Sufi/Tarekat/Tasawuf dalam sejarah dunia dan alam Melayu memainan peranan dalam dakwah Islamiah termasuk penyebaran Islam ke alam Melayu.

4.         Sumbangan ini memberi pandangan hidup baru di alam Melayu dari sudut akidah, syariah, muamalah, keilmuan dan ketamadunan Melayu Islami.

5.         Kewujudan golongan Sufi/Tarekat/Tasawuf yang bergerak secara bersendirian atau bersama secara tidak rasmi wajar digemblengkan bagi mengerakkan secara bersepadu dalam penghayatan dan pengamalan Islami secara efektif bagi agenda agama dan watan.
Ianya juga sebagai jalan penyelesaian bagi menangani ajaran sesat yang bertopengkan tarekat, sufi, tasawuf.

6.         Kewujudan fenomena ajaran sesat serta penyelewengan yang bertopengkan atau berunsur Sufi/Tarekat/Tasawuf serta kekeliruan, salahfaham serta persepsi terhadap Tarekat/Tasawuf ini wajar diperbetulkan, diperjelaskan secara positif, ilmiah dan rasional kerana membiarkan ianya berterusan tanpa menanganinya amatlah merugikan kepada masyarakat dan watan. Ianya boleh menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam yang memberikan kesan kepada pembangunan modal insan dalam sesebuah negara

7.         Untuk perancangan jangka masa panjang, WAJAR diwujudkan pusat rujukan untuk memperbetulkan salah tanggapan terhadap isu-isu yang dikemukakan oleh pihak tertentu yang berperanan menangani apa-apa kekeliruan khususnya berhubung tasawuf dan tarekat  yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak sama ada organisasi, jabatan, badan bukan kerajaan, individu dan lain-lain.  Dan fokus adalah dakwah dan  keilmuan serta kesepakatan kerjasama jaringan bagi agenda dakwah dan Islam.


a)         Objektif

1)            Menyuburkan pengamalan Islami dan penghayatan Ilmu Warisan Nabawi.

2)            Membentuk kesatuan hubungan sesama pengamal,pendokong dan muhibbin.

3)            Menyemarak majlis-majlis berkaitan Sufi/Tarekat /Tasawuf melalui pelbagai medium secara bersepadu.

4)         Memberi kefahaman, penjelasan yang betul mengenai Sufi/Tarekat /Tasawuf sebagai aspek penting dalam agama, pengamalan,keilmuan dengan mekanisme yang betul dan saluran pelbagai medium.

5)         Sebagai platform menjadikan pusat rujukan muktabar dan pangkalan data maklumat  berkaitan Sufi/Tarekat /Tasawuf di Malaysia.

6)         Menyebarluaskan dan  Mengambil intipati khazanah ulama dan karya turas Islami (Arab/Jawi) kepada masyarakat sama ada melalui pengajian, sebaran maklumat, wacana, program sebagai teras memperkasa jatidiri Melayu Islami.

b)         Fungsi

1)    Menjana pemikiran dan merancang strategi untuk memartabatkan kerohanian Islam dan pemerkasaan ad-Din menurut kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) .

2)    Mewujudkan mekanisme pelaksanaan yang efektif untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan;

3)    Mengenal pasti isu-isu semasa dan mengkaji isu  yang dilontarkan melalui semua saluran media massa oleh mana-mana pihak bagi menangkis salah faham yang ditimbulkan;

4)    Penjelasan, Penerangan dan Menangkis salah faham dan tohmahan dan memperbetulkan secara efektif yang timbul di kalangan pihak terbabit agar masyarakat awam tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir salah dan propaganda yang diuar-uarkan;

5)    Menyampaikan maklumat yang betul dan keilmuan kepada masyarakat melalui media massa dan program-program seperti seminar, wacana ilmu, maulid, hadrah zikr, selawat, qasidah dan sebagainya;

6)    Menyediakan pengajian berkonsep ilmu warisanan Nabawi dan program-program berkaitan dari masa ke semasa

7)    Mewujudkan pusat maklumat, pangkalan data dan bahan rujukan serta media sama ada media cetak, media siber dan media elektronik

8)         Membentuk jalinan dan kerjasama sesama pengamal, pendokong dan muhibbin di Malaysia, serantau dan antarabangsa dan Menjalin kerjasama yang baik dengan pelbagai pihak yang boleh memberikan manfaat sama ada di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.



INSTITUSI RASMI TAREKAT SUFI :
Mesir: MAJLIS A’LA TURUQ SUFIYYAH
(77 Tarekat Sufi)
Indonesia: JAM’IYYAH THORIQOH MUKTABAROH NAHDILIYYAH
(81 Tarekat Sufi)
Malaysia: JILSAH TURUQ SUFIAH, JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN
(9 Tarekat Sufi)



Disediakan oleh,
Rizhan el-Rodi