PENGAJIAN STRATEGIK KIAN PENTING





PENGAJIAN STRATEGIK KIAN PENTING

MUKADIMAH

DR. KAMARULNIZAM ABDULLAH merupakan Penyelaras, Unit Pengajian Strategik dan Keselamatan (UPSK), Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ikuti temu bual dengan wartawan Utusan, Siti Nor Shafinaz Sheikh Maznan mengenai unit itu yang semakin penting dan popular.

SOALAN (S): Boleh Dr. ceritakan serba sedikit latar belakang dan perkembangan UPSK sejak diwujudkan di UKM pada 1981?
JAWAPAN (J): UKM merupakan universiti pertama di negara ini yang memfokuskan kepada pengajian seumpamanya. Program peringkat diploma dalam pengajian Strategik dan Keselamatan, UKM, mula diperkenalkan pada 1981. Pada awalnya, ia hanya popular di kalangan polis dan tentera. Ia kemudian menawarkan diploma lanjutan pada 1987. Pada 1994, ia dikenali sebagai Unit Pengajian Strategik dan Keselamatan (UPSK). Pada tahun yang sama, UPSK mengambil keputusan menawarkan sarjana dengan kerja kursus dalam Kajian Dasar dan Keselamatan. Jumlah penuntut pertama ialah 12 orang.
Pada tahun 1999, UPSK menawarkan pula sarjana dalam bidang Kajian Strategik dan Diplomasi yang ditaja sepenuhnya oleh Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDHL). Program berkenaan turut terbuka kepada penuntut di luar negara. Sebanyak 18 pelajar perintis yang mendaftar dan sebahagian besar dari 40 % pelajar luar negaranya datang dari China, Mesir, Brunei dan Kuwait.
Setakat ini, jumlah pelajar yang mengikuti pelbagai program di UPSK adalah 600 orang termasuk tiga di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D).

S: Berdasarkan perkembangan politik dunia dan penglibatan aktif negara di dalam hubungan antarabangsa, apakah Dr. mempunyai sebarang cadangan untuk mempertingkatkan peranan UPSK?
J: Ya, di bawah penstrukturan semula FSKK, kami telah mengemukakan usul bahawa UPSK patut menjadi pusat kajian strategik dan kawasan.
Kita berharap dapat memberikan fokus bukan sahaja kepada pengajaran tetapi juga penyelidikan.
Pusat seumpamanya yang ada di negara kita hanyalah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS). Berbanding di universiti, ia lebih kepada teori penyelidikan.
Jika kita lihat, beberapa universiti di Asia Tenggara seperti University of Nanyang, Singapura dan University of Chulalongkorn, Thailand masing-masing mempunyai Institut Pengajian Strategik dan Keselamatan di dalam kawasan universiti. Tetapi di Malaysia, kita masih belum ada pusat yang khas dan menjurus kepada penyelidikan dan pengajaran dalam pengajian strategik antarabangsa.
Di bawah penstrukturan itu juga nanti, kami merasakan bahawa teras bidang ialah kepada kajian strategik dan antarabangsa sementara sub bidangnya adalah seperti hubungan tentera dan masyarakat, kajian keselamatan negara dan kajian konflik. Bagi bidang kajian diplomasi, sub bidangnya adalah kajian dasar luar manakala satu lagi bidang utama iaitu kajian kawasan, kita akan cuba mewujudkan beberapa kajian kawasan seperti di Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Barat dan beberapa lagi.
S: Bagi rakyat biasa, mereka mungkin menyangka bahawa program seumpama ini hanya bersangkutan dengan ketente-raan semata-mata. Jadi, apakah kepentingan program ini yang sebenarnya?
J: Kalau kita lihat, Malaysia sejak akhir-akhir ini begitu aktif membicarakan hal-hal yang bersabit hubungan antarabangsa. Pada masa sama, masih kurang institusi pengajian tinggi yang menawarkan program-program di dalam bidang-bidang yang berkaitan dengannya termasuk diplomasi. Kalaupun ada, masih tidak menetapkan fokus ma-sing-masing. Justeru, kami merasakan bahawa kita perlu mewujudkan satu pusat kajian atau sebuah jabatan di negara ini yang memfokus kepada kajian diplomasi dan menganalisis hubungan antarabangsa dari perspektif Malaysia.
Kalau kita perhatikan, sehingga kini, para sarjana yang melihat dasar luar Malaysia kebanyakannya adalah orang luar. Jadi, interpretasinya sudah tentu berbeza. Sekurang-kurangnya, kalau kita nak buat kajian serantau di Indonesia, kita ada kepakaran tersebut. Malangnya, kita masih lagi berkiblat kepada negara barat untuk menganalisis isu Timor Timur, misalnya.

S: Apakah bentuk kerjasama yang pernah UPSK adakan de-ngan mana-mana institusi tempatan dan negara-negara jiran?
J: Setakat ini, UPSK mempunyai hubungan yang cukup baik dengan universiti di seluruh negara. Tahun depan juga kita akan menawarkan program kepada pelajar sarjana daripada Graduate school of International Studies, Denver University. Setakat ini kita telah bekerjasama de-ngan Askar Diraja Brunei di mana kita menawarkan kepakaran kepada kadet-kadet mereka, Maktab Rendah Pertahanan dengan mengadakan syarahan dan sumbangan kepakaran selain hubungan yang semakin erat dengan IDFR disebabkan program seumpama ini.
S: Bagaimana pula dengan masa depan program seumpama ini di negara kita?
J: Fokusnya sentiasa berubah-ubah dan tidak statik.
Ini kerana, konflik akan sentiasa berlaku antara negara-negara. Walaupun dikatakan selepas perang dingin ini, hanya satu keluarga di mana keamanan akan wujud, tetapi kita lihat sekarang ini keamanan tidak wujud juga. Konflik sentiasa berlaku, dan konflik itu sejarahnya sejak manusia wujud lagi, ia sentiasa berlaku. Jadi, kajian tersebut memang relevan untuk masa-masa akan datang tetapi fokusnya adalah mungkin terhadap subjeknya. Dulu subjek konflik kita adalah antara negara, sekarang subjek konflik bukan sahaja antara negara tetapi antara masyarakat dan antara satu peradaban dengan peradaban yang lain.

PERKEMBANGAN STRATEGI MODEN
1. Mengenalpasti asas-asas strategi peperangan.
2. Menerangkan sejarah perkembangan strategi peperangan.
3. Membezakan strategi peperangan darat, laut dan udara.
4. Mengaplikasi prinsip-prinsip strategi yang relevan dalam menganalisis isu keselamatan

SINOPSIS KANDUNGAN
perkembangan strategi peperangan dari perspektif sejarah dengan
strategi serta pemikir strategi yang utama. Ini termasuk strategi peperangan laut, udara dan darat serta pemikir utama seperti:
Sun Tzu, Napolean, Mahan, Douhet, Clauswitz dan Hart. Strategi peperangan revolusi, strategi nuklear, konsep cegah rintang, sistem pakatan dan budaya strategik.

RUJUKAN UTAMA
1.Baylis, J. (2007).Strategy in the Contemporary World.Oxford: Oxford University Press.
2.Gray, C.S. (1999).Modern Strategy.Oxford: Oxford University Press.
3.Paret, P. (ed.) (1986).Makers of Modern Strategy. New Jersey: Princeton University Press.