FIKRAH: Hadith Najd: Kebenaran Yang digeruni & Pembohongan Fakta




Hadith Najd – Kebenaran Yang Digeruni dan Pembohongan Fakta

Terdapat sepotong hadith yang amat digeruni oleh sesetengah pihak hinggakan mereka sanggup mengeluarkan pelbagai helah termasuk memalsukan fakta serta memutarbelitkan kesahihan maksud supaya tidak terkena pengertian hadith tersebut kepada mereka.

Hadith yang saya maksud itu adalah hadith yang popular disebut sebagai hadith Najd”.

Sebelum saya teruskan penghujahan ini izinkan saya maklumkan kepada para pembaca sekelian bahawa saya bukan seorang ustaz mahupun seorang “protaz” yang mahir bab hadith. Apa yang saya cuba tulis hanyalah semata-mata setakat kadar kemampuan orang umum seperti saudara semua yang mampu untuk berfikir serta meneliti fakta yang ada secara akademik.

Saya tidak mengulas dari aspek Fiqh dan Syariah yang cukup kemas telah dihujahkan oleh ilmuan Ahlus Sunnah wal Jamaah. Pendekatan saya lebih kepada “common-sense” menurut fakta geografi dan yang berkaitannya.

Hadith dari Sahih Bukhari tersebut adalah seperti berikut (terjemahannya):

Ibn 'Umar meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w. berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Aku agak pada (permintaan) yang ketiga Baginda bersabda: “Padanya (Najd) (berlaku) gempa bumi, fitnah dan tempat terbit tanduk syaitan”

Hadith tersebut dengan jelas menyatakan bahawa tiada apa yang boleh diharapkan dari Najd kecuali mala petaka dan fitnah yang dahsyat serta tempat keluarnya tanduk shaytan.

Bagi menjustifikasi tempat yang dimaksudkan dalam hadith tersebut bukan terkena kepada kepada mereka yang gerun dilabel dari pengikut ajaran berasal dari Najd, mereka akan cuba mencari helah serta memalsukan fakta agar Najd itu diterjemahkan sebagai terletak di Iraq bukan di Hijaz Arab.

Bagi orang-orang arab dari zaman dahulu lagi, Najd memang difahami bahawa ianya ialah tanah tinggi sebelah timur Madinah di tengah-tengah Hijaz. Dan sememangnya terdapat tempat yang bernama sedemikian sejak dari zaman itu lagi. Malah di zaman Rasulullah s.a.w. telah pun berlaku Peperangan Najd pada tahun 4H.

Najd terletak di timur Madinah al Munawwarah
Dalam banyak hadith lain, Najd itu disebut sebagai terletak di sebelah timur Madinah. Dan sememangnya jika dilihat kedudukan koordinat geografi, Najd/Riyadh terletak pada 2443N 04644E, manakala Madinah terletak pada 2433N 03942E. Kedudukan Riyadh/Najd hampir pada garis darjah latitude yang sama (beza 10 minit sahaja – bukan ukuran waktu tetapi ukuran latitude) dengan Madinah betul-betul sebelah timur.

Helah yang digunapakai bagi mereka yang gerun dengan hadith ini ialah mereka mengatakan bahawa Iraq sememangnya di sebelah timur. Tetapi yang sebenarnya, latitude yang paling rendah bagi Iraq ialah sekitar 3040N (kota Basrah). Baghdad pula 3340N.

Dengan kedudukan latitude sedemikian, Iraq terletak di antara 0 – 40 darjah ke utara Medinah. Bukan timur. Kalau nak dikatakan timur, ianya sepatut disekitar 90 +/- 20 darjah dari Medinah.

Saya petik di sini pemalsuan fakta yang dilakukan seorang yang bergelar ustaz dalam sebuah artikel beliau “Maksud Najd”:

“Dari sudut geografi pula, kawasan Najd yang meliputi daerah Hijaz dan Al-Yamamah (tempat lahir Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab) secara tepatnya terletak di sebelah Timur Makkah, dan bukannya di sebelah Timur Madinah. Justeru oleh kerana Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengisyaratkan bahawa fitnah itu datang dari sebelah Timur Madinah, maka ia sudah tentu bermaksud negeri Iraq kerana ia sememangnya terletak pada arah yang berkenaan. Dengan mengambil kira tafsiran daripada keseluruhan riwayat hadith, penjelasan para ulama, asal usul bahasa, geografi dan realiti sejarah, maka sahlah bahawa perkataan Najd yang dimaksudkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadith itu ialah negeri Iraq dan kawasan persekitarannya yang turut merangkumi negeri Iran pada masa kini.”

Bandingkan fakta geografi yang beliau kemukakan dengan apa yang telah saya perturunkan di atas. Cari di mana kedudukan Mekah dan Medinah dan bandingkan dengan kedudukan Riyadh/Najd dan Iraq. Bagaimana pula Riyadh/Najd boleh dikatakan terletak di timur Mekah?

Saya rasa peta di bawah ini mampu memberi gambaran yang amat jelas kecuali bagi mereka yang tidak bersedia menerima penghujahan yang:

Lihat garis latitude (biru) Madinah dengan Riyadh/Najd. Bandingkan kedudukan Iraq yang sebelah utara Madinah. Saya serahkan kepada para pembaca yang arif untuk membuat kesimpulan apa yang kedudukannya di timur Medinah dan apa yang di utara Medinah.

Najd terletak di tanah tinggi
Sememangnya Najd/Riyadh di Hijaz terletak di kawasan tanah gurun yang dipanggil pergunungan Najd (memang nama asalnya) yang terletak di sebelah timur Madinah. Ianya pada paras sekitar dari 2,500-5,000 kaki dari paras laut.

Helah Najd dimaksudkan kawasan tanah tinggi itu yang dikatakan mereka sebagai terletak di Iraq adalah tidak benar. Ini kerana permukaan topologi Iraq lebih banyak tanah rendah dari tanah tinggi. Ternyata hujah itu sekali lagi tidak benar. Sebagai contoh Baghdad terletak sekitar 100+ kaki dari paras laut dan begitu juga Karbala dan Najaf yang berdekatan dengan Baghdad.

Kawasan yang dikatakan tanah tinggi di Iraq (berdasarkan peta politik kini) hanya terdapat kawasan tingginya di sempadan Turki (yang dikira sebagai Kurdistan) dan sempadan Iran. Ianya merangkumi sekitar 1/5 dari seluruh topologi bumi Iraq moden. Dan kawasan-kawasan tinggi Iraq ini jauh lebih utara lagi.

Izinkan saya petik tulisan ustaz yang saya rujuk itu lagi:

“Sumber rujukan bahasa yang utama seperti Lisan Al-’Arab, Mu’jam Maqayis Al-Lughah dan Al-Qamus Al-Muhi telah mengesahkan bahawa makna asal perkataan najd ialah kawasan tanah tinggi, sama seperti yang telah dinyatakan oleh Al-Khattabi dan Al-Hafiz Ibn Hajar. Justeru gelaran Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam kepada negeri Iraq dengan nama najd mesti dilihat sebagai penjelasan bagi bentuk muka bumi negeri berkenaan yang berada di kawasan tanah tinggi dan bukannya panggilan bagi suatu tempat yang khusus.”

Apakah ustaz itu hendak menolak fakta geografi yang menunjukkan “Plateau of Nejd” ini adalah kawasan tanah rendah yang tidak pula terletak di timur Madinah?

Najd memang tempat mula berlaku fitnah dan kacau-bilau pertama

Kemudian disabitkan pula dengan Iraq kerana di Iraq itu berlakunya pelbagai peperangan, pembunuhan dan sebagainya termasuk yang dikaitkan dengan pembunuhan cucunda Rasulullah s.a.w. dan kejatuhan kota Bahgdad oleh Tartar.

”Begitu juga dengan fitnah yang berlaku di kalangan umat Islam, bermula dari zaman Sahabat sehinga ke hari ini, kebanyakannya berpunca di Iraq. Gerakan bughah (penentang khalifah), Khawarij dan Syiah pada zaman Khalifah ‘Uthman dan ‘Ali radhiallahu ‘anhuma yang menjadi punca tercetusnya fitnah perselisihaan di kalangan umat Islam bermula di Kufah. Begitu juga Perang Jamal, Siffin, Nahrawan, fitnah pembunuhan Husain cucunda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, fitnah Mukhtar Ath-Thaqafi yang mendakwa kenabian dan serangan tentera Tartar pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah, semuanya berlaku di Iraq.”

Jelas yang amat ketara mereka ini sengaja melupakan peristiwa yang lebih besar dan lebih awal dari peristiwa-peristiwa yang beliau petik iaitu peristiwa pemberontakan Musailamah al-Kadzab. Pemberontakan itu adalah antara yang pertama berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Apakah pemberontakan Musailamah itu lebih kecil lagi dari perselisihan yang berlaku di zaman terkemudian?

Kenapa “peristiwa Musailamah” ini cuba diperkecilkan oleh mereka? Sebenarnya Musailamah al-Kadzab ini juga dari Najd. Ini jelas sekali puak mereka ini berusaha sesungguhnya untuk mengelakkan peristiwa besar pemberontakkan Musailamah yang tempat asalnya juga Najd dikaitkan dengan Hadith Najd yang amat digeruni mereka.

Garis gempa bumi – “Najd Fault System”

Disebutkan dalam hadith tersebut peristiwa yang akan berlaku antaranya ialah gempa bumi. Dan dikatakan mereka yang gerun dengan hadith Najd ini bahawa Najd tidak pernah berlaku gempa bumi.

Pertamanya, dari sudut tidak pernah berlaku tidak menjamin gempa tidak akan berlaku.

Keduanya, tidak terletak digarisan yang kerap berlaku gempa tidak juga menjamin gempa tidak akan berlaku.

Namun, kedua-dua hujah yang diguna di atas ialah satu lagi contoh mereka gemar memalsukan fakta.

Di tengah-tengah negara Saudi terdapat satu garisan “fault” yang berpotensi untuk berlaku gerak gempa yang para ahli geologis memanggil garisan itu dengan nama yang mereka geruni - Najd Fault System. Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pada tahun kurun 13 masehi. Dan gegaran yang terakhir dikesan dari “fault-line” ini ialah pada tahun 1999.

Walaubagaimanapun, jika tiada “fault system” di kawasan Najd pun apakah kita boleh jamin 100% bahawa gempa tidak boleh berlaku? Apakah pula kemungkinan gempa yang disebut dalam hadith itu sebagai suatu gambaran kepada peristiwa lain yang mengambarkan suasana seolah-olah gempa yang berlaku yang menjadikan masyarakat dan segala sistem perjalanan hidup kacau-bilau?

Hadith Albani disandarkan untuk mengantikan Hadith Najd dengan perkataan Iraq
Hujah yang dipegang kuat oleh mereka bagi mengatakan hadith tersebut sebenarnya dimaksudkan sebagai Iraq dan bukan Najd disandarkan kepada hadith yang dikeluarkan oleh Albani. Tidak ada seorang pun pengumpul hadith yang besar meriwayatkan hadith tersebut dalam kitab-kitab mereka.

Dan selain dari menukarkan Najd kepada Iraq, hadith Albani itu ditokok tambah lagi mengaitkan keberkatan kepada Mekah dan Madinah di samping Syams dan Yaman.

Apa kaitan Najd dengan Riyadh
Dalam tulisan ini saya kerap mengguna perkataan Riyadh bersilih-ganti dengan Najd. Nanti ada pula yang menuduh apakah saya tidak tahu bahawa itu adalah dua perkataan yang berbeza. Nanti ada pula mereka yang menuduh saya tidak tahu fakta.

Sebelum saya dituduh sedemikian dan bagi mereka yang kurang tahu kedudukan bandar-bandar dan wilayah di Saudi biar saya perjelaskan di sini.

Bandaraya Riyadh lahir dan membangun hasil dari mula pemerintahan gandingan kuasa keluarga Ibn Saud dan Ibn Wahhab. Ianya terletak di wilayah yang dulunya dipanggil sebagai Wilayah Najd. Namun kini, wilayah tersebut telah turut ditukar (saya tidak dapat mencari tarikh penukarannya) dan secara rasminya kini dipanggil Wilayah Riyadh.

Dan Muhammad bin Abdul Wahhab sememangnya lahir dari sebuah perkampungan di daerah atau wilayah Najd itu. Dan begitu juga dengan Musailamah.

Penutup

Apakah yang sebenarnya mereka takut dengan hadith Najd ini? Apakah mereka gerun jika tempat timbulnya ajaran baru Wahhabi dari Najd ini dikaitkan dengan Musailamah dan dikaitkan pula dengan erti “tempat terbitnya tanduk syaitan?

Saya serahkan kepada para pembaca budiman untuk membuat rumusan sendiri. Bagi saya, setakat fakta yang mampu saya cari dan diberi pertunjuk, saya yakin dan percaya tanpa syak bahawa hadith yang dibicarakan ini memang dimaksudkan kepada ajaran bawaan Muhammad Abdul Wahhab ini.

WalLahu’alam
Abu Imran Ismail

Fikrah Penyelidik & Pembangunan: Penetapan HalaTuju



disediakan oleh: Mohd Zaidi Abdullah Pengasas-Penyelidik, Akademi ‘Ulum Pondok dan Pencerahan Tamadun, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.mzaid@ilhamkanku.com.my

Penulis menetapkan usaha penyelidikan secara tidak langsung sejak tahun 1991. Secara rasmi telah disusun suatu perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Penyelidikan asasi secara bertulis sebagai artikel pertama adalah pada 1hb. April. 1996. Pada asasnya, didapati penurunan ilmu secara berkesinambungan atau bersanad masih terpelihara di Alam Melayu. Keutamaan dalam bidang penyelidikan adalah menjejak kesinambungan ilmiah dari sumber Alam Melayu sendiri tidak kira sama ada sumber tersebut memelihara khazanah berbahasa Melayu atau berbahasa Arab atau lain. Ini bermakna Atur-Cara atau kaedah penyelidikan ‘semasa’ telah disusun semula supaya sesuai dengan ruh tradisi. Dalam pengertian tepat, selaku penyelidik memiliki autoriti sanad sebelum melakukan penyelidikan menggunakan sanad dalam meninjau serta meneliti perkembangannya.
Antara tokoh-tokoh yang memelihara kesinambungan penurunan keilmuan ialah Al-Marhum Ustaz Taha (ahli fatwa MAIS-kenalan T.G. Hj. Hashim), Ustaz Abdul Aziz Andik Achuk (ahli fatwa tertua MAIS sekarang), Tuan Guru Hj. Abdullah (lahir 1933), Tuan Guru Hj. Hashim (Pondok Pasir Tumboh), Sheikh Zakaria bin Ahmad Wan Besar (lahir 1928-ahli fatwa Kedah), Tuan Guru Hj. Abdul Rahman (Pondok Darul Salam Kuala Ibai), Ustaz Dato Ambak, Ustaz al-Marhum Abdullah Mohamad (Nakula). Pada tahun 1999, berkesempatan pula menemui dan bermuzakarah dengan Tuan Guru Hj. Wan Mohd Shaghir (w.April.2007). Tokoh ini mendokumenkan segala maklumat yang diperolehinya tentang ulama-ulama Alam Melayu. Khazanah Fathaniyah dan PENGKAJI ditubuh oleh beliau demi menonjolkan semula khazanah ulama Melayu.
Seperti yang disebut, atur-cara penyelidikan telah dirombak dan disusun semula. Dari tradisi ini, penulis menetapkan bahawa Tafsir al-Jalalain karya Imam Jalaluddin al-Mahalli (w.864H/1459M) dan Imam Suyuti (w.911H/1505M) sebagai teks utama yang boleh dijadikan ‘teras’ kefahaman Islam. Penetapan ini kerana tafsir ini merupakan karya mutawatir yang dikaji di pelbagai belahan dunia Islam termasuk di pondok-pesantren Malaysia, Indonesia dan Thailand. Al-Quran pula mengandungi pelbagai pengetahuan. Ini bermakna asas pemikiran kesatuan dan kesepaduan terdapat dalamnya. Alangkah menariknya, setakat penemuan hingga kini, sebuah tafsir dalam bahasa Melayu lama telah ditulis Sheikh ‘Abd al-Rauf al-Fansûri bertajuk Tarjuman al-Mustafid. Kitab ini memiliki keistimewaan kerana berjaya menampilkan ragam qiraat serta penerjemahan kesan dari ragam tersebut dalam sebuah kitab yang boleh dibawa ke mana-mana. Al-hamdulillah, sanad al-Fansuri masih hidup. Karya ini mendapat perhatian penelitian untuk dicetak yang diketuai oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani (w.1325H). Alam Melayu juga dilengkapi karya tafsir yang bermutu seperti Marah al-Labid karya Sheikh Nawawi Banten dan karya ini juga menjadi rujukan asas bagi orang-orang Arab yang jujur sehingga kini.
Selain al-Quran dan tafsirnya, pengajian berkitab juga menjadikan kitab-kitab hadith sebagai teks-teks penting. Antaranya, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, al-Muwatta’ dan lain-lain. Teks-teks tulen dalam pengajian hadith ini menandakan bahawa pemikiran dan pemahaman tradisi di Alam Melayu menjunjung Sunnah Rasulullah s.a.w. Alam Melayu memiliki ulama yang berjaya menulis sharah dalam penyelidikan usul hadith al-Tarmasi dengan kitabnya Manhaj Dzawi al-Nazhar manakala pengajian hadith seperti al-Marbawi dengan kitabnya Bahr al-Mazi dan terjemahan serta ta’liq Bulugh al-Maram.
Pengkajian perincian secara lengkap dari kedua-dua sumber Islam tersebut terdapat dalam ilmu tauhid, fiqh, usul fiqh, qawa‘id fiqh, tasawwuf, nahu, saraf, balaghah dan lain-lain. Ini kerana - secara insafnya - al-Quran dan al-hadith tidak akan dapat difahami dengan tepat jika tanpa ilmu-ilmu yang dihuraikan oleh para ulama. Ini kunci asas ilmu-ilmu Islam.
Seperti yang ditegaskan, atur-cara penyelidikan telah dirombak dan disusun semula menurut kesesuaian tradisi Islam. Yang dipentingkan dalam penelitian adalah sumber bersanad lebih diutamakan berbanding pewarasan akal terhadap ‘sesuatu bahan’. Kelogikan ‘sesuatu’ dengan persekitaran jika melibatkan masa lalu yang tidak disaksikan sendiri oleh penyelidik bukan boleh dijadikan sandaran utama. Faham orang dahulu seperti nur muhammad yang membayangi perkembangan pemikiran Islam di Alam Melayu tidak sama dengan teori dan atur-cara penyelidikan orang kini terhadapnya. Secara tradisinya, nur Muhammad difaham bagi mereka yang beramal tariqah. Jadi, kajian secara intelektual adalah bias jika penyelidik tidak mengalami sendiri.
Dalam kajian orientalis atau mana-mana pengkritik al-Quran masih tidak mampu mengenepikan al-Quran sebagai wahyu. Kaedah pemeliharaannya amat teliti jika dibandingkan teks-teks agama lain. Ini membuatkan penulis berpendapat, al-Quran sepatutnya menjadi kaedah teras penyelidikan. Al-Quran memiliki sanad dan, ia juga dipelihara oleh sekian banyak tafsir-tafsir bagi pemeliharaan maknanya. Begitu juga, al-Hadith dan sanad menduduki hierarki kedua dalam senarai autoriti dalam semua mazhab Islam. Penyelidikan sosiologi yang dibentuk menurut Ibnu Khaldun pun masih dipengaruhi jasa kajian sanad. Cuba lihat awal al-Muqaddimahnya. Ringkasnya, al-Quran dan al-hadith serta sanad-sanad kedua-duanya adalah autoriti penentu. Ini bermakna mana-mana kaedah sains sosial lain masih bersifat sekunder.
Penulis melihat penyelidikan keIslaman pada hari ini terutama dari segi persejarahan menerima pakai kaedah sains sosial dan kemanusiaan yang masih dipertikai latarbelakang pembinaannya. Dikatakan kebanyakan persejarahan dan sains sosial pada hari ini dipengaruhi Hegel, Max Weber, Kuhnian dan seumpamanya. Cuma beberapa ciri dari mazhab-mazhab tersebut agak boleh diterima tetapi semestinya diIslamisasikan terlebih dahulu.
Penulis percaya ramai penyelidik dalam sains sosial dan kemanusiaan kurang berpuashati dengan teori dan kaedah yang dianjurkan oleh pakar-pakar barat. Kajian keagamaan dalam bidang ini hanya sebagai subnya sahaja. Pada hemat penulis, inilah ‘tanda’ perbezaan antara manusia tradisi dengan manusia moden. Agama bukan mengatasi ilmu-ilmu rekaan manusia. Dalam pengamatan tradisi, situasi ini kurang sesuai dengan ruh Islami. Secara tegasnya, ini merupakan ‘krisis kebenaran’ yang dialami oleh manusia moden.
Penulis juga melakukan tinjauan sejak beberapa tahun lalu di tempat-tempat sosial. Beberapa kali juga berbual dengan orang-orang awam. Kesedaran inilah yang mendorong tertulisnya beberapa buah buku tentang Islam seperti Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah: Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup, diterbitkan pada tahun 2000M. Berminat menyumbang kepada masyarakat terutama secara bertukar-tukar idea dengan masyarakat pelbagai peringkat. Bagi penulis, ilmu aqidah mesti diketahui tidak kira mereka beramal atau tidak; taat atau fasiq. Ini kerana aqidah memainkan peranan penting dalam menuju kebenaran. Ada orang bertemu kebenaran selepas bertahun-tahun berada pada ‘jalan tidak menentu’. Jadi, ilmu yang diketahui membantu serta membimbingnya. Akan tetapi, tidak kurang juga mereka yang berkeinginan melalui jalan keagamaan terbimbing oleh ajaran yang menyeleweng.
Mengisi ‘krisis’ kebenaran ini, penulis memanfaatkan induk dan keluasan skop al-Hikmah al-Ishrâ qiyyah. Dalam meneliti al-Shaqâ ’iq al-Nu‘mâ niyyah, didapati karya-karya yang cenderung kepada aliran ini dijadikan teks dalam tradisi pemikiran Islam dalam pemerintahan ‘Uthmâ niyyah. Muhaddith Kabir Badr al-Dî n al-Hasani (1267/1851-1354/1935) juga mengajar kitab seperti Sharh Hikmah al-Ishrâ q karya Qutb al-Dîn al-Shîrâzi.
Sesuai dengan situasi ini, sanad diteraskan pada penyelidikan perkembangan Islam di masa lalu. Tafsiran al-Quran dan Syarah Hadith boleh dikembangkan menurut syarat-syaratnya. Ini pegangan penulis.
Penulis dapat mengesan sanad yang masih berkesinambungan dari Sheikh Abdul Rauf al-Fansûri dan Sheikh Daud al-Fatani dalam periwayatan Tariqah Shattariyyah serta disiplin-disiplinnya. Misalnya, ‘Abd al-Rauf al-Fansuri kepada Tok Pulau Manis manakala Sheikh Daud kepada Sheikh Abdul Qadir bin Abdul al-Rahmani al-Fatani kepada Sheikh Ahmad al-Fatani. Harus diingati bahawa kedua-dua orang tokoh ini merujuk pada Sheikh Ahmad al-Qushashi al-Madani yang berjaya menggabungkan dua puluh tariqah dalam Shattariyyah versinya.
Dengan pengakuan para ulama Arab, Sheikh Muhammad Yasin al-Fadani juga banyak menghubungkan tradisi sanadnya dengan tokoh-tokoh penting penyebaran Islam di Alam Melayu seperti dengan Sheikh Abd al-Samad al-Falimbani, Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari dan lain-lain. Dalam pada itu, Sheikh Ibrahim bin Daud al-Fatani turut dikenali oleh ulama Arab dan sanad-sanad Sheikh Ibrahim juga telah dibukukan oleh Sheikh al-Turkistani. Turut sama disebut oleh ulama Arab ialah Sheikh Salih bin Idris al-Kalantani.
Sebelum melanjutkan bicara, kita melihat betapa bersungguh-sungguhnya non-muslim dari negara penjajah sanggup menyamar untuk mengenali identiti dan aktiviti Islam. Tokoh yang dimaksud ialah C. Snouck Hurgronje dalam Mekka in the Latter Part of the 19th Century. Daily Life, Customs and Learning, diterjemahkan oleh J.H. Monahan (H.B.M. Consul di Jeddah). Edisi English diterbitkan pada tahun 1888-1889. Penyelidikan ini jelas bermotifkan politik penjajah.……………

ILMU: Sistem Pengurusan Islam

AKHIRAT
MISI ISLAMISASI:
* Penujuan al-Falah
*Masyarakat Aman dan Harmonis
*Negara Makmur
*Masyarakat Berakhlak
*Kecemerlangan Tamadun
*Pembinaan Insan al-Kamil

OBJEKTIF ISLAMISASI:
*Pelaksanaan Islam Yang Syumul
*Masyarakat Progresif
*Kemaslahatan Rakyat
*Perkhidmatan Berkualiti
*Pembangunan Insan
*Pembangunan Seimbang
*Negara Maju & Mapan
*Kecekapan & Kecemerlangan Pentadbiran

PANDANGAN HIDUP ISLAM (TAUHID):
*adDin
*Ihsan
*Adab
*Takwa
*Iman
*Syariat
*Islah
*Tazkiyyah
*Ukhuwah
*Uluhiyyah


CIRI-CIRI PENGURUSAN ISLAM:
*Syura
*Kerjasama
*Beretika
*Akhlak
*Bersepadu
*Amal
*Syumul
*Bersumberkan Akal & Wahyu
*Amar Makruf
*Muafakat
*Muhasabah
*Ketelusan
*Saintifik
*Nahi Munkar
*Dinamik
*Ubudiyyah

Aspek Pengurusan Teras Tauhid:
*Penggubalan Dasar
*Proses Membuat Keputusan
*Pelaksanaan
*Pengurusan
*Perancangan
*Pentadbiran
*Sistem Kerja
*Penilaian
*Pembangunan Sumber Manusia
*Pengurusan Kewangan
*Audit & Lain-Lain

Persiapan Diri:
*Kejituan Ilmu/Intelek
*Kemantapan Kepimpinan
*Kepakaran
*Latihan Sepanjang Hayat
*Kekuatan Emosi
*Ketinggian Akal Budi
*Pendidikan Bersepadu
*Kebersihan Hati
*Penguasaan Teknologi Maklumat
*Keampuhan Rohani
*Transformasi Sikap

ETIKA KERJA ISLAM :
*Sabar *Amanah *Ikhlas *Jujur *Cekap *Kreatif *Adil *Bersih *Bersyukur *Tidak Putus Asa *Berakhlak *Dedikasi *Berdisiplin *Tanggungjawab *Tekun *Sederhana *Telus

Redha – Allah – Ibadat

Sumber Ilmu Pengurusan Islam:
Al-Quran
Sunnah
Sumber Klasik Islam
Sumber Kontemporari Islam
Ijmak dan Ijtihad
Sejarah Islam
Teori-teori Pengurusan Moden

Akal – Jasmani – Rohani - Emosi

Beza ASWJ dengan Wahabi


Ahli Sunnah Waljamaah :
Allah Tidak Bertempat

Maha Suci Allah dari Sifat Makhluk

Harus Bertawasul

Harus Ziarah makam Nabi/Wali

Sunat Tahlil

Harus sambut Maulid

Harus Ziarah Kubur

Sunnah lafaz Saidina kepada Nabi/Sahabat

Harus Istighosah (Mohon pertolongan dngan Nabi/wali)

Wahabi :
Allah Diatas Arash

Tajsim Allah dengan sifat makhluk

Tawasul syirik

Bid’ah ziarah makam

Tahlil Bid’ah

Haram sambut maulid

Bid’ah Ziarah Kubur

Bid’ah

Syirik istighosah

Fadilat Zikrullah


Fadhilat Zikir

Menyingkap rahsia kekuatan umat Islam ialah dengan kekuatan rohani dan rohnya ialah zikr. Zikir juga merupakan roh bagi segala amalan ibdat lain. Ibadat tanpa roh umpamam jasad tidak bernyawa. Justeri rahsia utama bagi mengembalikan roh Islam ialah dengan zikrullah. Dengan ini para ulama mursyidin (bertaraf wali) amat menekankan zikrullah.

Zikir merupakan jalan utama bagi seseorang insan untuk taqarrub kepada Rabbulizzah. Sebagaimana riwayat SaidinaAli k.w yang bertanya Rasulullah tentang jalan yang dapat menghampirkan diri dengan Allah Azzawajalla, Saidina Ali bertanya bagaimana cara yang paling cepat untuk sampat ke Hadrat Ilahi, paling mudah diamalkan dan paling afdal di Allah SWT. Maka Baginda Rasulullah SAW menjawab : iaitu Zikrullah wahai Ali.

Dalam Hadis Qudsi menyatakan bahawa dengan beristiqamah dan memperbanyakkan amalan sunat dapat mentaqarrubkan seseorang itu kepada Hadrat Allah taala dan mendapat makam khususi sebagai kekasih Allah Taala.
ولايزال عبدي يتقرب الى بالنوافل حتى احبه

Para ulama Sufi menegaskan bahawa zikrullah merupakan sunnat darjat pertama, iaitu mengikut bayangan martabat rukun Islam. Zikrullah merupakan wasilah bagi mencapai makam mahmudah dan sifat terpuji dengan mengislahkan qalbu dengan sifat mahmudah dan dari kekotoran maknawi.

Dengan zikrullah membentuk insan bertakwa dan suci bersih hatinya. Kerana hati merupakan pusat utama yang memacu insan kearah kebaikan atau kejahatan. Iaitu tempat utama yang dinilai oleh Allah Taala terhadap hambanya. Bahkan hati bersih dapat berfikir dengan betul dan diberi hidayah petunjuk kerana akal manusia sememangnya terbatas.
ان الله لاينظر الى صوركم واموالكم ولكن ينظر الى قلوبكم واعمالكم

Amalan penyucian hati menjadi fardu ain keatas individu muslim dan ianya dapat dicapai dengan zikrullah, selawat, mujahadah dan bimbingan wali mursyid sebagaimana tuntutan al-Quran. Ketahuilah bahawa musuh utama seseorang insan ialah hawa nafsu, syaitan dan tipudaya dunia. Dengan rohani mantap ianya menyerlahkan kepada kebesaran Allah Taala, kuat dalam menghadapi cabaran dan dugaan kehidupan.
Firman Alllah taala:
ياايهاالذين ءامنوا اذا لقيتم فئة فاثبتوا واذكر الله كثيرا لعلكم تفلحون

Justeru intisari ayat tersebut menyatakan rahsia kekuatan ialah dengan zikrullah yang banyak iaitu sampai ketahap zikr qalbu dan tidak dapat tidak zikir yang mempunyai kesinambungan dengan wali mursyid sampai kepada Rasulullah. Sebagai rantaian barakah dan nur.

Para ulama arifin membahagikan zikir kepada:

Zikir Hasanah: Iaitu zikir yang diambil dan diamalkan yang mana tiada sanad atau terputus atau tidak diketahui. Dan mengamalkannya boleh pahala.

Zikir Darajat: iaitu zikir yang mempunyai nur yang berkesinambungan sampai kepada Rasulullah. Zikir inilah yang menjadi wasilah untuk menyampaikan seseorang kepada qalbu yang suci dan diredhai Ilahi.

Zikir merupakan roh dan nyawa bagi segala amalan ibadat dengan ibarat )Orang yang berzikir dan orang yang tidak berzikir seperti orang hidup dan orang mati.

Proses tadabbur al-Quran sebagaimana yang dituntut ialah apabila hati bersih suci baharulah diberinya kefahaman dan penghayatan. Dengan zikrullah seseorang itu akan dapat mencapai hakikat ibadat dan ikhlas serta berkualiti dan mempunyai mahabbah terhadap Allah, Rasulullah, Sahabat, ahli bait.
لد كان لكم فى رسول الله اسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الاخر وذكر الله كثير
ا


الا بذكر الله تطمئن القلوب

Hanyalah dengan zikir hati menjadi tenang. Dan Rasulullah SAW menyatakan bahawa lelaki yang berzikir dan tercurah air mata menalir keluar kerana takutkan Allah Taala akan dinaungi pada hari tiada naungan bayangan kelak. Dan kiamat tidak akanberlaku selama masih ada orang yang berkata ‘Allah Allah’.
لاتقوم الساعة حتى لاينقى من يقول الله الله
Dan Sabda Rasulullah Saw yang bermaksud: Tiga golongan yang tidak dapat diganggu oleh iblis dan kuncu-kuncunya ialah ahli Zikr, orang yang meminta ampun diwaktu sahur dan orang menangis kerana takutkan Allah).

Para malaikat amat memuliakan orang berzikir dan majlis zikir beramai-ramai, dengan zikir juga dapat menjauhkan seseorang hamba itu dari azab dan dapat membuka kepada pintu kesyukuran terhadapa Rabbulizzah.
Sabda Rasulullah SAW:
ما عمل ابن ءادم عملا انجى له من عذاب الله من ذكر الله
Dan ketahuilah bahawa zikir tersangat besar afdalnya dan mempunyai rahsia yang agong kepada ahlinya.
ولذكر الله اكبر
فاذكرونى اذكركم
ان المنافقين يخادعون الله وهو خادعهم واذا قاموا الى الصلاة قاموا كسالى يراءون الناس ولايذكرون الله الا قليلا

Justeru zikir yang sedikit alamat bagi orang munafiq. Rasulullah menyarankan umatnya sentiasa berzikir apabila ditimpa musibah dan terlupa sesuatu perkara..

Hati yang kotor menjadi tempat kediaman syaitan manakala hati yang bersih tempat kediaman malaikat. Dengan zikirullah dapat mengangkat darjat dan menambah keyakinan seseoranghamba terhadap khaliqNya. Dan dapat memperkayakan hati sebagaimana kemiskinan iman boleh membawa kekufuran tidak kira samada seseorang itu mempunyai harta kekayaan atau miskin harta.
Firman Allah Taala:
استحوذ عليهم الشيطان فانساهم ذكر الله اولئك حزب الشيطان الا ان حزب الشيطان هم الخاسرون
(Para syaitan akan menggoda mereka yang lalai dari zikrullah, mereka tersebut puak pengikut syaitan ketahuilah bahawa puak tersebut merupakan golongan mereka yang kerugian).

Alangkah besarnya ganjaran bagi orang berzikir dan ahlinya. Zikir merupakan perkara yang mudah diamalkan namun agak kurang yang mengamalkannya kerana ianya perlu kepada mujahadah dan istiqamah.
Alangkah bahagianya orang yang mencapai zikir qalbu dengan kelazatan ubudiah dan mahabbah hakiki.
Alangkah tenang dan tenteramnya ahli zikir
Alangkah indah dan hebatnya Islam apabila nur zikir kembali terpancar di muka bumi ini yang pasti nur Islam kembali gemilang. Amin

Tasawuf Sisi Membangun


Tasawuf Sisi ‘Membangun’
Oleh: Ibrahim Mohamad
Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya. Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.
Pembelaan para pemimpin kerohanian terhadap Islam sangat jelas di dalam lembaran sejarah. Di antaranya ialah Syeikh Hatim dan gurunya Syeikh Syaqiq. Mereka berdua telah mengambil bahagian dalam jihad di zaman mereka, dan guru beliau telah syahid di medan peperangan.
Ibrahim bin Adham, seorang wali Allah, di dalam manaqibnya ada dijelaskan bahawa beliau sentiasa mengambil bahagian dalam peperangan yang berlaku di zamannya, baik peperangan itu berlaku di darat mahupun di laut. Demikian juga Syeikh Abu Yazid Al-Bistami, beliau bukan sahaja seorang guru mursyid dan pemimpin kerohanian, bahkan merupakan seorang pejuang yang berani memasuki apa jua medan peperangan sehingga beliau sendiri pernah berkata : “Aku telah ditetapkan Allah untuk bersama-sama dengan para mujahidin (di medan peperangan). Aku menetakkan pedang di muka musuh-musuh Allah itu bersama mereka di dalam masa yang lama.”
Dalam hal ini, Dr. Abd Halim Mahmud di dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa Syeikh Abu Yazid ketika berada di barisan hadapan, bukan hanya semalaman bersandar di tembok-tembok kubu Islam, tetapi beliau juga terus berzikrullah tanpa putus-putus, sehingga beliau benar-benar menjadi orang Mukmin yang menepati kehendak sabda Rasulullah SAW :
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (di akhirat) ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang celik sepanjang malam kerana menjaga (musuh) di dalam perang fi sabilillah.”
Uwais Al-Qarni adalah seorang wali Allah dan semulia-mulia tabi’in. Sejarah mencatatkan bahawa beliau telah turut sama mempertahankan Saidina Ali di dalam peperangan Siffin kerana berpendapat golongan yang menentang Saidina Ali adalah salah, dan wajib memerangi mereka sehingga mereka bertaubat dan kembali kepada jalan sebenar. Kemudian ketika tentera Islam berperang dengan tentera Rom, beliau telah sama-sama mencabut pedang dan terjun ke medan perang. Beliau telah syahid akibat mengalami kecederaan di dalam peperangan tersebut.
Dalam peperangan Salib, para ulama tasawuf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagaimana yang dinukilkan di dalam Haqaiq ‘an al-Tasawuf :
“Dan di Mesir, di waktu tentera Salib sampai di Dimyat, golongan sufiyyah seperti Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili, ‘Izuddin bin Abd Salam dan Abu Fath bin Daqiq al-’Iyd dan ulama-ulama lain telah memberikan khidmat yang sebaik-baiknya untuk menentang tentera Salib.”
Begitu juga dengan Imam Sanusi yang hidup di sekitar tahun 1200 Hijrah. Beliau mengetuai umat Islam menentang penjajahan Itali selama berpuluh-puluh tahun. Syeikh Abd Qadir al-Jazairi juga adalah seorang panglima dan pemimpin agung gerakan menentang penjajahan Peranchis di Algeria. Kita juga mungkin telah membaca sejarah dan menonton tayangan filem mengenai perjuangan Syeikh Umar Mokhtar yang gigih menentang penjajahan Itali di Libya di mana beliau akhirnya syahid di tali gantung.
Di benua India pula, kita menemui tokoh-tokoh perjalanan kerohanian seperti Syeikh Ahmad al-Sirhindi, Syah WaliyuLlah al-Dihlawi dan lain-lain yang sangat berjasa kepada Islam kerana jihad mereka dalam politik dan agama sehingga Syeikh Abu Hassan An-Nadwi menyebutkan pentingnya peranan mereka itu dengan katanya :
“Sesungguhnya saya sentiasa menyatakan bahawa jika tidak kerana wujudnya mereka itu dan jihad mereka, nescaya Islam telah (lenyap) ditelan oleh agama Hindu, tamadunnya dan falsafahnya.”
Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.
Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.
Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam. Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.
Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.
Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat. Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.
Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.
Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.
Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.
Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal. Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.
Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu. Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.
Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.
Selain itu, sejarah juga mencatatkan peranan besar yang dimainkan oleh Wali Songo (Wali Sembilan) di Pulau Jawa. Dengan usaha gigih yang dilakukan, dengan sokongan rakyat jelata, mereka berjaya menubuhkan pemerintahan Islam, menewaskan kekuasaan Hindu, mendirikan masjid, pesantren (pondok), mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam kehidupan masyarakat.
Sejarah Islamnya Kerajaan Pattani juga melibatkan ahli Tasawuf dengan kaedah menarik. Menurut ceritanya, tiga orang ulama sufi yang merupakan sahabat karib telah menjalankan dakwah di Patani. Mereka ialah Syeikh Shafiyuddin, Syeikh Sa’id Barsisa dan Syeikh Gombak Abdul Mubin. Sebaik tiba di Patani, mereka bertiga telah membuat pondok kecil di satu tempat bernama Kerisik. Di situ, mereka mengumpul maklumat, membuat kajian mengenai suasana dan budaya setempat serta memikirkan strategi dakwah yang sesuai kerana di masa itu Patani diperintah oleh raja yang beragama Budha.
Syeikh Shafiyuddin amat kuat beribadah, berkhalwat dan berzikir memohon pertolongan Allah dalam dakwahnya. Manakala kedua sahabatnya keluar meninjau dan mendapatkan maklumat-maklumat baru. Suatu hari, tersebarlah berita bahawa Maharaja Antira iaitu pemerintah Patani mengalami penyakit yang berat. Maka sesiapa yang dapat merawatnya akan diberi upah yang besar. Sebelum ini telah ramai bomoh yang mengubati beliau, namun tidak juga sembuh-sembuh. Apabila pegawai raja sampai ke tempat Syeikh-Syeikh ini, salah seorang dari mereka menyapa dan memberitahu bahawa terdapat seorang dukun yang sangat sakti yang mampu menyembuhkan maharaja itu. Dukun yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Syeikh Shafiyuddin sendiri.
Keesokan harinya, ketiga-tiga orang Syeikh itu dijemput ke istana untuk mengubati raja. Sebelum upacara pengubatan dilakukan, terjadi perjanjian dimana jika raja sembuh hasil pengubatan Syeikh Shafiyuddin, maka raja mestilah menukar agama dari Budha kepada Islam. Syarat itu dipersetujui raja. Kemudian, Syeikh mula membacakan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran.
Dengan izin Allah, tiga hari selepas itu raja pun sembuh dari penyakitnya. Tapi raja engkar dengan janjinya untuk memeluk Islam. Dengan karamah Syeikh Shafiyuddin, penyakit raja berulang semula. Maka diubati lagi seperti janji yang pertama, dan sembuh kembali. Raja mungkir lagi, tiba-tiba penyakitnya datang kembali. Diubati lagi dan sembuh semula. Akhirnya raja Budha itu pun memeluk Islam dan diikuti oleh ramai rakyatnya. Sejak itu, ketiga-tiga Wali Allah tadi mendapat tempat kedudukan yang tinggi di Kerajaan Patani.
Selain itu terdapat tokoh-tokoh lain yang juga berperanan besar dalam menegakkan Islam di Nusantara seperti Syeikh Abd Samad al-Falimbani, Syeikh Daud al-Fatani, Ismail Minangkabau, Muhamad Salleh al-Zawawi, Arshad Banjari dan banyak lagi.
Di samping itu, yang sudah termasyhur ialah seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain. Mengenai hal ini, Al-Maududi berkata :
“Sesungguhnya mereka (ahli tasawuf) mempunyai jasa yang besar dalam penyebaran Islam di daerah-daerah yang jauh terpencil yang belum ditakluki oleh tentera-tentera Islam atau yang belum dapat ditundukkan di bawah hukum Islam. Di tangan mereka itulah, Islam tersebar di Afrika, Indonesia, pulau-pulau di Lautan Hindi, China dan India.”
Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan katanya :
“Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis (ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”
Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad. Jelaslah bahawa golongan tasawuf bukanlah mereka yang hanya berzikir dan beramal semata-mata, malah berada di barisan hadapan dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Bagi setengah golongan yang meninggalkan amal-amal seperti ini, bermakna mereka telah meninggalkan sunnah Nabi SAW dan perjalanan para sahabat (radiaLahu ‘anhum).

Tamadun Islam & Pencerahannya


Tamadun Islam dan Pencerahannya
Oleh: Mohd Zaidi Abdullah
Pada tahun 1798 (1213H), umat Islam dikejutkan dengan penguasaan Perancis (yang disertai tentera dan pakar falsafah sains dan teknologi) di Mesir. Penguasaan ini menyebabkan para ulama di al-Azhar pada ketika itu memperkukuhkan semula ilmu-ilmu Islam yang diajar serta merespons isu-isu semasa dalam ilmu pengetahuan setelah muzakarah dengan ilmuwan Perancis.
Syeikhul Azhar Abdullah al-Syarqawi (w.1227/1812) dan Syeikh Abdul Rahman al-Jabarti (w.1241/1825) antara ulama’ yang segera melibatkan diri dalam menangani isu-isu ini. Manakala Hasan al-‘Attar (w. 1250H) menggunakan pendekatan alternatif yang menjunjung kesatuan dan kesepaduan ilmu. Pendekatan beliau, berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. “Aku diutuskan dengan bentuk ‘kata yang ringkas tetapi padat makna’ (jawami‘ kalim).”
Hadith ini menyifatkan makna wahyu itu padat dan luas bukan hanya memadai bidang ilmu tertentu sahaja. Ia sudah tentu melibatkan semua bidang ilmu Islam. Dengan kata yang tegas, kecenderungan kajian ilmu yang tidak bersepadu masih tidak menepati pengajian Islam tulen.
Bagi merealisasikan kesatuan dan kesepaduan ilmu, Syeikhul Azhar Hasan al-‘Attar turut menangani isu-isu semasa seperti terakam dalam kitabnya pada tahun beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar, Hasyiah ‘ala Jam‘ al-Jawami‘ (selesai tulis 1246H), menyebut bahawa buku-buku sarjana Eropah telah diterjemah ke bahasa Arab dan Turki dengan giat dan teliti. Pengetahuan baru ini telah disaring supaya sesuai dengan ruh ajaran Islam.
Seiring dengan perkembangan ini, Hasan al-‘Attar dan Hasan al-Quwaisni (kemudiannya juga menjadi Syeikhul Azhar pada 1250) berjaya membimbing seorang imam, Rifa‘ah Rafi‘ al-Tahtawi. Kemudian imam itu diminta mengetui rombongan keilmuan ke Perancis. Sepanjang pengajian mereka di Perancis, imam ini telah mengabadikan pengalamannya melalui bukunya yang terkenal iaitu Takhlis al-Ibriz. Kitab ini telah diberi kata aluan oleh gurunya, Hasan al-‘Attar. Walau bagaimanapun, al-Tahtawi masih tidak terpesona dengan ilmu-ilmu diperolehnya di Perancis secara taqlid buta. Dalam karya-karyanya, jelas sekali beliau telah menyaring ilmu-ilmu tersebut supaya sesuai dengan ajaran Islam. Buktinya, bagi al-Tahtawi sendiri, bermazhab atau pemikiran ulama’ silam tidak dikritik jika bertaraf ijmak tetapi soal furu’ yang diperselisih di kalangan ulama masih boleh dibahas semula.
Keadaan ini agak berbeza dengan Sheikh Muhammad Abduh yang muncul kemudiannya dengan melaungkan reformasi yang menyeluruh kononnya atas kebebasan berfikir lalu mengakibatkan perpecahan umat. Kami meneliti buku-buku yang pro dan kontra, didapati perpecahan tersebut tidak mampu diubati. Sikap Muhammad Abduh itu sebenarnya memudahkan penjajahan Barat berlaku dengan cepat.
Selain berlaku di Mesir, di Semenanjung Tanah Arab juga berlaku satu konflik agama. Lebih mendukacitakan, di saat kelemahan umat, berlaku sesuatu yang dilarang Nabi Muhammad s.a.w. yakni peperangan sesama sendiri. Peperangan ini berlaku atas nama agama di Semenanjung Tanah Arab pada 1217/1803. Peperangan ini berpunca dari ketidaksetujuan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab terhadap umat Islam di Makkah dalam mengamalkan agama.
Sebenarnya, Syeikh Muhammad Abdul Wahhab bersama rakan-rakannya turun gelanggang mendebatkan isu ini dengan para ulama’ Makkah kira-kira pada tahun 1146/1733. Tetapi, apabila berdebat jelas beliau bersama delegasi dikalahkan oleh ulama’ Makkah. Hal ini menunjukkan apa yang dikemukakan oleh beliau itu tidak mempunyai bukti, lalu para ulama Makkah menolak seruan beliau.
Inilah cerita sebenar yang jarang disentuh oleh mana-mana penulis apabila berbicara tentang Wahhabiyyah. Fakta ini bagaikan disembunyikan dari pengetahuan umum. Harus diingat, ulama’ yang ada di Makkah pada masa itu yang turut sama menolak seruan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab ialah juga gurunya.
Sifat buruk sangka dan ammarah ini masih tidak terpadam sekalipun beliau telah kalah dalam berhujah. Oleh sebab itu, pada 1157/1744, Syeikh Muhammad Abdul Wahhab berusaha menggabungkan dirinya dengan tentera Muhammad b. Saud. Pada tahun 1159/1746, dengan dakwaan bahawa ramai umat Islam yang sesat, maka beliau mengisytiharkan jihad menyerang Makkah. Inilah doktrin dogma-politik yang diasaskan oleh beliau.
Namun, beliau tidak sempat menikmati kemenangan kerana beliau telah wafat pada 1180/1766. Hanya abad berikutnya, golongan Wahhabi berjaya menguasai Makkah pada 1217/1802. Pada 1220/1805, golongan ini berjaya menguasai Madinah pula. Lepas itu, Kerajaan Uthmaniyyah telah mengirim tentera di bawah pimpinan Muhammad Ali Basya ke Makkah. Dalam misi ini beliau berjaya membebaskan Makkah dan Madinah daripada genggaman doktrin dan politik Saudiyyah-Wahhabiyyah.
Dalam al-Rihlah al-Hijaziyyah, Muhammad Labib al-Batanuni menyatakan bahawa golongan Wahhabi merupakan puak pelampau yang melebihi had mazhab Hanbali sendiri. Kenyataan dalam buku ini disokong oleh Syeikhul Azhar Salim al-Bisyri (1867-1917).
Dalam Sejarah Sosial Keagamaan Tanah Suci, Dr. Badri Yatim ada memetik dari kitab ini tetapi jelas berbeza dengan teks asal. Petikan itu ternyata boleh mengelirukan pembaca. Dalam Jaringan Ulama, Prof. Azyumardi Azra mengkaji teks-teks berdasarkan kedua-dua belah pihak. Jelas, hasil kajian beliau mendapati cara dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab keras dan tidak seperti yang diajarkan oleh para gurunya yang memang merupakan nadi ilmu-ilmu Islam pada zamannya.
Gurunya, Muhammad Sulaiman al-Kurdi memang telah mengagak semasa Muhammad Abdul Wahhab menjadi muridnya lagi bahawa muridnya ini akan memecahbelahkan umat Islam. Sehubungan dengan ini juga, gerakan ini memang tidak menghormati pendapat dari kalangan ulama lain. Semasa gerakan Wahhabi ini muncul, ramai ulama mengkritik mereka, antaranya ialah ulama yang terkenal dalam mazhab Hanafi iaitu Ibnu Abidin (1198-1252). Dalam Radd al-Mukhtar, Ibnu Abidin mengatakan bahawa golongan Wahhabi ini sebagai penderhaka (bughah) kerana melakukan pemberontakan terhadap pemerintahan Uthmaniyyah. Kritik terhadap mereka dapat juga diketahui dalam tulisan Sheikh Abdul Wahhab b. Ahmad Barakat al-Shafii al-Azhari al-Tandatawi berjudul Kitab Rad’ al-Dalalah wa Qam’ Jahalah beserta dengan sokongan mufti dan ulama Makkah.
Ternyata tindakan golongan Wahhabi ini tidak menepati sunnah Rasulullah s.a.w. kerana Nabi Muhammad s.a.w. melarang berperang sesama sendiri. Para cendekiawan Islam kini memartabatkan Muhammad bin Abdul Wahhab sebagai mujaddid sedangkan tokoh hadith terkenal, al-Allamah Abu al-Tayyib Muhammad Syamsul Haqq al-Azhimabadi dalam ‘Aun Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, yang agak pro-salafi sendiri tidak memartabatkan beliau sebagai mujaddid. Golongan Muhammad bin Abdul Wahhab sering abaikan fakta ini.
Peperangan yang berterusan ini melemahkan lagi pemerintahan Uthmaniyyah yang sudah sedia tenat akibat serangan negara-negara Barat yang cuba memecahbelahkan kesatuan umat Islam serta kebangkitan non-muslim dalam wilayah. Sepatutnya dalam hal ini, lebih baik orang-orang Wahhabi pada ketika itu menolong Uthmaniyyah dalam berdepan dengan negara kuffar yang jelas kuffar.
Bayangkan tatkala Uthmaniyyah sibuk berperang untuk mempertahankan wilayah Islam, golongan Wahhabi ambil kesempatan untuk menang mudah. Mereka mengatakan bahawa Uthmaniyyah tidak islamik pada masa itu kerana terpengaruh dengan pandangan Barat. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w. berpesan, “taatilah pemimpin kamu sekalipun dia fajir (buruk perangai-fasiq)”. Barat memang hendak merosakkan nama baik umat Islam pada zaman itu sekaligus menjajah semua umat Islam. Memang jelas akhirnya, umat Islam dijajah secara keseluruhan.
Dua krisis ini sebenarnya berubah menjadi isu keagamaan di Mesir dan Hijaz. Kami menilainya dengan menggunakan konsep jawami’ kalim wahyu yakni memahami kekayaan makna dari ungkapan yang ringkas. Timbunan makna daripada wahyu yang ditulis oleh ulama yang mendahului mereka tidak wajar diketepikan oleh generasi kemudian. Kekayaan makna dalam sejarah pemikiran Islam akan membuatkan kita tawadu’ potensi kita sendiri serta tidak tergesa-gesa dalam pengkritikan.
Merujuk kepada isu yang berlaku di Mesir, adalah tidak salah bagi umat Islam mempelajari ilmu-ilmu orang non-muslim kerana yang elok dan baik tentu ada manfaatnya kepada kita. Al-Imam al-Syafii sendiri turut memahami ilmu-ilmu yang ditulis oleh Aristotle, Galen, dan ahli-ahli fikir Barat, ahli fikir India, dan Parsi. Dalam hal ini Imam Syafii turut berpesan kepada muridnya, “Belajarlah kamu walaupun di negeri China” (lihat al-Hafiz al-Baihaqi, Manaqib al-Syafiei). Teladan yang ditunjukkan oleh Imam Syafii, bahawa warisan Yunani dan apa jua ilmu orang lain boleh dipelajari, yang baik perlu diterima diterima manakala yang salah perlu diketepikan. Inilah selalu diungkapkan oleh guru penulis, Tuan Guru Hj. Abdullah Lubok Tapah.
Maklumat mengenai Imam Syafii tidak dipaparkan oleh golongan yang kononnya mengakui “salafi” kini. Boleh dikatakan mereka ini menyembunyikan fakta sebenar. Sebaliknya, mereka memfatwakan bahawa haram atau bid’ah mempelajari falsafah atau mantiq. Padahal para ulama’ empat mazhab hanya menghukumkan sebagai salah apabila pengajian tersebut jika mereka mengabaikan ilmu-ilmu Islam yang lain.
Kita percaya mungkin Ibnu Salah menghukumkan bahawa ilmu Mantiq haram dipelajari kerana berlaku pada zamannya pengabaian terhadap ilmu-ilmu Islam lain. Atau, boleh jadi mereka mempelajari falsafah dan mantiq tanpa upaya penyaringan antara yang benar dan salah. Tentu tidak diterima akal bahawa Ibnu Salah tidak mengetahui apa yang disebut oleh Imam Syafii sedangkan beliau merupakan perawi mazhab Syafii.
Maklumat begini amat jarang diambil berat oleh penyelidik yang kononnya berpegang kepada salafi. Hakikatnya golongan itu tidak menjadikan isnad-isnad sebagai asas penyelidikan mereka. Padahal para ulama’ tiga kurun pertama 300 Hijrah, mementingkan isnad sebagai sebahagian daripada ilmu Islam.
Sebagai bukti, seorang tokoh terkenal dalam mazhab Hanbali iaitu Syeikh Ibnu Qudamah al-Maqdisi dalam Raudah al-Nazhir memasukkan mantiq dalam bahagian awal kitab tersebut. Pendekatannya menyerupai kitab al-Mustasfa karya Hujjatul Islam al-Ghazali. Tetapi, orang yang mengaku salafi seperti Ibnu Taymiyyah hanya mengkritik Hujjatul Islam al-Ghazali tanpa menyebutkan Ibnu Qudamah yang juga bermazhab seperti mereka. Jelas di sini, mereka tidak adil lalu menimbulkan kekeliruan.
Manakala di Hijaz, pihak Wahhabi-Saudi memaksa penduduk Makkah dan Madinah menerima pendapat mereka supaya dilaksanakan di kedua-dua tempat tersebut, sedangkan pendapat mereka telah dikalahkan secara perdebatan. Kedua-dua isu ini wajar dinilai menurut al-Qur’an, al-Hadith, Ijmak, dan Qiyas seperti yang dikemukakan oleh al-Imam al-Shafii dalam al-Risalahnya.
Orang ramai sering menyebut bahawa al-Qur’an dan al-Hadith mesti dirujuk, tetapi kita harus sedar bahawa kedua-duanya tidak akan wujud tanpa wujudnya manusia yang berakal. Manusia berakal inilah yang menentukan ijmak itu perlu bagi menetapkan kriteria yang dapat diterima umum.
Tanpa ijma’, sesiapapun boleh mentafsir Islam sesuka hati seperti isu Amina Wadud. Begitu juga ‘Qiyas’ boleh dijadikan hujah sebagai sumber hukum Islam seperti lafaz niat solat diqiyaskan dari lafaz niat ibadah haji.
Kebenaran mesti ditinjau dari sudut keilmuan bukan dari sudut pentas politik atau apa yang bersifat sementara. Hal ini bermakna sesiapa yang mengatakan bahawa berlafaz niat sebagai bid’ah maka dia sendiri tidak memahami apa itu mazhab Syafii yang telah menjadikan qiyas sebagai sumber hukumnya. Maka jelas pengkritik tersebut bukanlah golongan salafi seperti yang didakwakan.
Oleh hal yang demikian kajian ilmu-ilmu Islam wajarlah dilakukan secara bersepadu. Ilmu yang dibina secara berkotak-kotak tidak wajar diteruskan kerana Islam itu menyeluruh sifatnya. Apabila didengari seruan supaya kembali kepada al-Qur’an dan al-Hadith haruslah diambil sikap berhati-hati. Adakah mereka betul-betul ikut kedua-duanya? Dan adakah pegangan kedua-duanya turut melibatkan ijmak dan qiyas?
Selain itu, untuk meyakini sesuatu itu wahyu atau tidak kita perlu melihat manusia yang menjadi perawi kepada wahyu tersebut. Jadi, wahyu itu mesti dipandu oleh mereka yang diakui autoriti ijma’ supaya tidak diselewengkan makna secara bebas dan tidak bersepadu. Inilah asas pencerahan tamadun Islam yang wajar dipegangi oleh umatnya.

Aliran Pemikiran Islam Semasa Di Malaysia


Aliran Pemikiran Islam Semasa Di Malaysia

Pelbagai aliran pemikiran dan fahaman Islam telah wujud sejak berzaman dan ianya mempunyai asas yang sama sejak dahulu cuma berubah nama dan pendekatan sahaja. Ini berikutan faktor fahaman, ideologi dan suasana semasa yang mempengaruhinya dan berkembang serta berubah dari masa ke semasa.

Antara aliran utama Islam yang mendominasi dunia kini ialah Sunni, Syiah, Wahabi, Islam Liberal dan batiniah disamping fahaman sekular dan atheis. Yang mana fahaman dulu yang dikenali sebagai Sunni, Khawarij, Qadariah, Jabariah, Muktazilah dan seumpamanya.

Rantau alam Melayu majoritinya didominasi faham Sunni ahli Sunnah Waljamaah sejak berzaman namun dengan pekembangan semasa pelabgai fahaman telah menular dan menyusup masuk kalangan masyarakat Islam di rantau ini. Secara langsung atau sebaliknya ianya membentuk jaringan tersendiri dengan aliran fahaman yang bersamaan dengannya di peringkat global.

Disamping itu aliran massa yang wujud kini juga ialah aliran parti politik, NGO, Jemaah tabligh dan seumpamanya.

Aliran Parti Politik
Aliran ini antaranya ialah PAS, UMNO dan PKR yang menjadi pilihan kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Samaada mereka itu berfahaman Sunni, Wahabi, Syiah, Batiniah, Islam Liberal dan sebagainya. Yang mana agenda fahaman ini ialah inginkan kuasa dan pemerintahan. Dan parti utama yang mengatakan memperjuangkan Islam ialah PAS dan dipelopori ramai kalangan agamawan samada ianya Sunni, Syiah dan Wahabi. Mereka memperjuangkan islam melaui politik dan kepartian dimana kuasa sebagai alat bagi agenda perjuangan mereka.

Idealisme kepada perjuangan harakah Islamiah ialah kesan daripada revolusi Syiah di Iran dan gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir serta timur tengah. Agenda daulat Islamiah menjadi asas yang penting bagi meletakkan sistem pemerintahan Islam dalam konteks sebuah Negara.

Rujukan utama dan dokongan tokoh kepada gerakan ini ialah antaranya Ikhwan Muslimin di Mesir, Hamas di Palestin, Hizbullah di Lubnan, FIS di Algeria, Nurchuluk di Turki, Jamaat el_Islami di Pakistan dan India. Antara tokoh karya yang menjadi inspirasi ialah Syed Qutub, Hasan alBanna, Said Hawa, Yusuf al-Qardawi, Fathi Yakan, Al-Maududi, Said Nursi, Nik Aziz dan Hj. Hadi Awang.


Aliran Tabligh
Ianya dinisbahkan kepada suatu jemaah dakwah yang dikaitkan dengan India sebagai pusat utama, yang diasakan oleh Maulana Ilyas paada tahun 1952 seorang tokoh Sufi yang menyusun gerakan dakwah dengan mementingkan perkara sunnah seperti amalan zahir, berjemaah, dan penampilan ala India/Pakistan. Dan asas gerakan ini ialah menghidupkan sunnah zahir dan fadilat-fadilat amalan ibadat. Kebanyakkan golongan ini mementingkan agenda dakwah dan nonpartisan. Antara tokoh utama ialah Maulana Zakaria al-Kandahlawi, Maulana Yusuf dan Juga Maulana Ilyas.


Aliran Teras Sunni
Yang merupakan warisan sejak berzaman dan menjadi pegangan utama majoriti umat Islam sedunia dan di Alam Melayu. Umumnya golongan ini terlibat dalam pelbagai lapisan kehidupan dan kegiatan masyarakat serta kehidupan massa. Di Nusantara antara Institusi utama yang masih utuh dengan fahama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Pondok/Pesantren dan Institusi Tariqat Sufi. Bahkan barat menggelarkannya sebagai Tradisionalis. Yang mana golongan ini yang banyak berjasa kepada masyarakat di Alam Melayu dalam konteks dakwah, jihad dan pengajian agama serta ketuanan Melayu Islam.

Majoriti ulama sedunia ialah di aliran ini. Konsepnya institusi ini masih utuh dengan pengajian secara bertalaqi, bersanad dan mementingkan sanad dalam pengajian ilmu agama. Dan Institusi Tariqat yang merupakan teras kekuatan rohani amat mementingkan majlis zikir dan berguru dalam menuntut ilmu agama. Antara tariqat yang wujud di Malaysia ialah Ahmadiah, Dusuqiah, Naqsyabandiah, Syatariqah, Qadiriah dan Samaniah. Sejarah mencatatkan majoriti ulama Melayu silam mengamalkan tariqat bahkan ianya penting sebagai seorang Mukmin bagi pembnaguan rohani dan merupakn roh Islam. Agenda perjuangan ini ialah keredhaan Ilahi dan tidak terlibat dalam politik kepartian secara langsung dengan mengutamakan politik dakwah dan kehidupan massa. Namun wujud juga segelintir yang cenderung terhadap mana-mana parti politik dalam mengikuti arus semasa. Pembangunan Rohani merupakan teras utama kalangan Institusi Tariqat. Antara tokoh menjadi rujukan di Malaysia ialah Imam al-Ghazali, Ibn Atoillah, ImamSyarani, Syekh Abdul Samad al-Palembani, Syekh Daud, Syekh Ahmad al-Fathoni, Syekh Abdul Qadir al-Jilani dan ramai lagi.

Aliran Wahabi
Dinisbahkan kepada pengasasnya Muhammad bin Wahab dari Najd, Hijaz. Aliran yang mendakwa berpegang kepada fahaman seumpama para Salafus Soleh dan berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dan mengganggap mereka lah yang sebenarnya ahli Sunnah waljamaah. Barat menamakan golongan ini sebagai fundamentalis. Agenda aliran ini supaya kembali berpegang kepada al-Quran dan Sunnah serta fahaman ulama mereka. Banyak mempelopori menghukum, mensyirik dan membidah. Antara tokohnya ialah Muhammad bin Wahab, Ibn Taimiah, Ibn Qayyim, Nasrudin al-Albani, Bin Baz, Abu Bakr al-Jazair dan lain-lain.
Aliran Islam Liberal
Aliran yang banyak memanilupasi akal dalam memahami Quran dan Sunnah dengan anggapan akal manusia begitu cerdik dan bijak. Justeru tanggapan bahawa anggapan agama perlu disesuaikan dengan perkembangan semasa sehinggakan kemampuan akal dapat mengatasi nas. Barat menggelarkannya sebagaimodenis. Disamping itu ianya banyak mempelopori konsep sejagat seperti hak asasi, keadilan, persamaan, intelektual, kemajuan, kemodenan. Golongan mirip dengan fahaman muktazilah yang meletakkan akal sebagai penentu utama dalam memahami nas. Antara tokohnya ialah Ali Syariati, Ali Abdul Raziq, Nucholis Majdid, Harun Nasution, Taha Hussein dan ulama campuran Liberal Wahabi seperti Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.

Aliran massa
Iaitu aliran badan bukan kerajaan yangmengambil berat isu semasa dan sejagat serta mementingkan islamisasi ilmu. Sebagai gerakan massa dan nonpartisan namun menekankan politik dakwah serta mengikuti perkembangan polotik glokal. Pelbagai aliran fahaman agama wujud di kalangan gerakan NGO ini. Dan Antara NGO Islam di Malaysia ialah ABIM dan JIM.

Pengaruh Aliran Fahaman dan Gerakan
Pelbagai aliran yang wujud telah membentuk jaringan global samaada secara langsung atau tidak. Namun dari segi akidahnya aliran Sunni masih mendapat tempat kalangan majoriti Masyarakat Islam namun aliran wahabi kini semakin berkembang dan menyusup kepada aliran Sunni dan beranggapan merekalah yang sebenarnya ahli Sunnah wal Jamaah disebalik agenda berpegang kepada Quran dan Sunnah.

Jaringan global ini antaranya kalangan parti Islam seperti PAS dengan Partai Keadilan Indonesia, Ikhwan Muslimin, Mesir dan Jemaat al-Islami di Pakistan, FIS di Algeria, Hamas di Palestin. Aliran Tabligh dengan jaringan India, Pakistan dan Bangladesh. Jaringan Tariqat Indonesia dan Mesir, Syria dan Jordan, Aliran Wahabi dengan Muhammadiah, Indonesia, Arab Saudi dan gerakan seperti Ansar Sunnah, Taliban, Hizbu Tahrir, Salafi. Dokongan Syiah Iran dan wahabi Saudi yang merupakan Negara berfahaman bukan Sunni banyak membiayai perkembangan fahaman mereka di pelusok dunia.

Aliran ekstrem ialah aliran yang banyak menghukum dan memanipulasi konsep jihad. Bahkan realiti kini dua aliran utama yang dikaitkan ekstrem ialah Syiah dan Wahabi. Bahkan dua aliran ini boleh berbunuhan sesama mereka kerana berlainan fahaman atau taksub seperi yang berlaku di Iraq dan Pakistan. Aliran tersebut membina fahaman yang keras dan jumud dengan ideologi mereka, Gerakan teroris global kini didominasi oleh fahaman wahabi seperi Jaringan al-Qaeda. Bahkan ianya memberi imej negatif kepada umat islam dan Islam serta sebagai peluang kepada Amerika untuk untuk mencampuri hak ehwal dalaman Negara Islam diatas perang melawan keganasan ‘war on terror’ yang bertujuan agenda hegemoni mereka.

Mahabbah Rasulullah


Mahabbah Rasulullah SAW

Mahabbah memberi pengertian kasih sayang dan kecintaan. Iaitu kecenderungan dan keasyikan hati kepada sesuatu yang berpusat di hati. Alamat yang menyatakan sesorang itu mempunyai mahabbah ialah ianya sentiasa mengingat dan mungkin sentiasa menyebut sesuatu atau orang yang dikasihinya.

Mahabbah Rasulullah merupakan tuntutan agama dan merupakan prasyarat dalam memahami dan menghayati kalimah syahadah. Kasih kepada Rasulullah merupakan intipati sebagai seorang Muslim kerana tanpa mahabbah terhadap Rasulullah tiada guna ibadatnya dan kurang sekali kerana agamanya tiada hadam atau mengecapi hakikat ad-Din. Inilah intisari kepada syahadah. Dalam konteks mahabbah kepada Rasulullah ialah sentiasa mengingatinya dengan berselawat dan mengikuti ajarannya. Bahkan mahabbah terhadap Rasulullah merupakan yang paling utama berbanding orang lain sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: (Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ianya kasih kepadaku lebih dari ianya mengasihi terhadap dirinya, keluarganya dan manusia lain)
Dan firman Alllah Taala yang bermaksud: (Nabi SAW terlebih utama disisi orang mukmin daripada mereka sendiri).

Baginda Rasululllah SAW merupakan makhluk terbaik dan paling mulia yang dijadikan sebagai utusan Allah, makhluk pertama, pembawa rahmat, ikutan terbaik dan insan kamil serta pemberi syafaat. Amat menghairankan sekiranya seseorang tiada mahabbah dan menganggap Rasulullah adalah insan biasa sesungguhnya orang tersebut tiada adab dan tiada faham agama dalam konteks ahli sunnah waljamaah.

Sabda Rasulullah SAW ( Sesiapa yang kasihkan daku maka sesungguhnya dia kasihkan Allah dan sesiapa mentaati daku maka sesungguhnya dia mentaati Alllah)

Apabila seseorang mempunyai mahabbah secara auotomatik ianya kasihkan Allah Taala jua.
Firman Allah Taala yang bermaksud ( Katakanlah sekiranya kamu kasihkan Allah maka ikutlah orang yang dikasihi Allah)

Dan firman Allah Taala yang bermaksud (Sesungguhnya diri Rasulullah merupakan ikutan (qudwah) terbaik.)

Seseorang yang mencapai mahabbah sudah pasti juga akna dipacu untuk kasihkan ahli bait, para sahabat, para solihin, para auliya’ para ulama dan sesama manusia dan juga makhluk.

Bagi mencapai mahabbah terhadap Rasulullah tidak dapat tidak ialah dengan berbanyak selawat. Kerana selawat merupakan perkara sunnah dan dikategorikan sunnah darjat pertama yang menjadi wasilah bagi seseorang muslim yang ingin menyucikan hati dari kekotoran maknawi. Dengan hati bersih suci akan memacu kehadrat ketuhanan serta bagi mencapai makam hamba dan mukmin sejati.

Hadis Qudsi:
(….. dan sentiasalah hambaku mendampingiku dengan mengerjakan amalan sunat sehingga daku kasihkannya…)
inilah rahsia untuk mencapai makanm tersebut.

Sabda Rasulullah SAW: ( Sesiapa yang berselawat kepada ku sekali Allah Taala akan memberikannya ganjaran sepuluh kali ganda, sesiapa yang berselawat kepadaku sepuluh kali Allah taala akan memberi ganjarannya seratus kali dan sesiapa yang berselawat kepadaku seribu kali nescaya akan dijauhinya sentuhan api neraka).

Barakallah begitu mulianya mereka yang berselawat dan mahabah Baginda Rasulullah SAW. Bahkan menjadi fardu Ain bagi insan muslim agar mempunyai mahabbah serta merupakan wasilah kepada mahabbah Ilahi keranan tanpa mahabbah Rasulullah tiadalah gunanya seseorang itu di muka bumi ini. Wassalam.

Carta Jihad



Jihad Al-Asghar
* Berjuang dengan musuh zahir (golongan mushrik & kuffar)
* Bertempat & bertempoh masa
* Bersenjatakan peralatan perang
* Hukum Fardu Kifayah
* Dipimpin Ketua Pemerintah
* Pengikut: Tentera (Mujahid)
* Bertujuan: Pertahan diri/Tanahair
* Menegakkan Kalimah Allah
* Kejayaan/kemenangan/syahid/syurga
* Hizbullah
* Tuntutan Syariat
* Ganjaran Ghanimah
* Mujahid al-Asghar
* Membina Daulat Islamiah

Jihad al-Akhbar
* Berjuang dengan musuh batin (nafsu, hawa dan syaitan)
* Tidak bertempat & bertempoh masa (berterusan)
* Bersenjatakan Zikir, Selawat & Wirid
* Hukum Fardu Ain
* Dipimpin Wali Mursyid
* Pengikut: Ikhwan/ Abna’ (Mujahid)
* Pertahan diri/ Mencapai keimanan & ketakwaan
* Menegakkan Kalimah Allah
* Kejayaan/kemenangan/Syahid/Syurga
* Hizbullah
* Tuntutan Syariat
* Ganjaran mahabbah Allah & Rasulullah
* Mujahid al-Akhbar
* Membina Daulat Islamiah / Insaniah



SUFI & KETAMADUNAN



Sufi dan Ketamadunan

Sufi merupakan insan pilihan Ilahi yang dipilih untuk berkhidmat kepada agama Allah Taala di muka bumi ini. Ianya dimaksudkan insane yang suci hatinya yang dikenali ahlillah, beribadat kerana ubudiah dan mahabbah bahkan bukan tujuan duniawi atau ukhrawi iaitu hanya keredhaan Ilahi. Mereka merupakan pengikut hakiki dan sejati Saidina Rasulullah SAW.

Sufi agong dan pertama ialah Saidina Rasulullah SAW yang diwarisi oleh para sahabat, ahli bait, para tabiin, tabi tabiin dan auliyaa. Mereka merupakan pejuang hakiki. Begitu banyak ayat Quran dan Hadis yang menyatakan perihal insan suci ini.

Tamadun Islam suatu yang unik kerana ianya berpaksiakn akidah yang benar yang berpandukan keda al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Yang menepati fitrah umat manusia dan kehidupan sejagat. Tamadun Islam mencapai kemuncak kapabila akal bercantum dengan rohani yang berpaksikan kepada syariat( bersumber wahyu)

Sejarah memaparkan kegemilangan Islam dimainkan oleh insan sufi. Konsep perjuangan para sufi ialah memahami perkara aulawiyyat dan menekankan aspek kerohanian agar ianya menepati tuntutan agama dan petunjuk Ilahi. Pendekatan dakwah sufi secara hikmah. Hati yang suci menjadi pemacu kearah kebaikkan dan kesehjahteraan hakiki.

Dakwah sufi ialah bagi menmbina keinsanan manusia dan membentuk insan rabbani yang merupakan aset utama dalam membina peradaban insani. Tamadun Islam berbeza dengan tamadun lain dari segi perkara tersebut. Melalui hidayat dan petunjuk Islam mengerakkan akal kepada kemajuan dan kesejahteraan hakiki bahkkan kekuataan rohani menjadi benteng utama insan bagi menghadapai segala ujian, cabaran dan dugaan hidup dan ancaman luar.

Pendekatan sufi ialah mengislah pusat terpenting dengan mencari punca, konsep ini begitu penting bagi kaedah mencari dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan semasa. Musuh insan ialah hawa, nafsu, syaitan dan tipudaya dunia dan seumpamanya.

Aspek keilmuan merupakan asas penting dalam pembinaan tamadun yang mencakupi ilmu pelbagai bidang kehidupan. Dengan membina hati yang suci, akal yang bijak sudah pasti ianya dapat digunakan untuk membina peradaban dan ketamadunan yang didiinginkan. Kemajuan rohani, keilmuan, pemikiran dan pembangunan merupakan teras membina tamadun.

Sejarah telah merekodkan peranan sufi dalam peradaban ummah, dakwah , keilmuan dan jihad.bahkan Islam tersebar ke pelusok alam diatas sumbangan dan peranan mereka. Ukhuwah hakiki telah dibina dan pentingnya mahabbah kalangan umat Islam.
- Sufi Pewaris Nabi : Khulafah ar-Rasyidin dan ahli bait serta para sahabat.
- Sufi Pemimpin Agong : khulafa ar-Rasyidin, Khalifah Omar Abd Aziz, Sultan Solahuddin al-Ayubi dan Sultan Mohd Fateh
- Sufi Sahabat : Saidina Ibn Omar, Saidina Ibn Zubair, Saidina Ibn Abbas, Saidina Ibn Mas’ud
- Sufi Periwayat Hadis : Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Nasai. IbnMajah, Imam Tirmizi, dan Abu Daud
- Sufi Imam Feqh : Imam Ahmad Hanbali, Imam Maliki, Imam Syafei dan Imam Hanafi
- Sufi Imam Tasawuf : Syekh Ahmad ar-Rifaei, Syekh Ahmad al-Badawi, Syekh Abdul Qadir al-Jilani dan Syekh Ibrahim ad-Dusuqi
- Sufi pejuang perang ; Ibn Arabi, Abdul Qadir al-Jaszair, Syekh Abu Hasan as-Syazili, Saidina Uwais al-Qarni, Said Nursi, Omar Mokhtar, Syekh Syamil
- Sufi Pemikir : Imam al-Ghazali, Ibn Khaldun, Syekh Abdul Halim Mahmud dan Muhammad Iqbal dll..

Peringkat Hati


PERINGKAT HATI
Buta mata hati
Ianya diumpamakan orang yang buta penglihatan, tidak dapat melihat sebarang objek dihadapannya. Orang buta mata hati tidak dapat melihat dan menerima kebenaran walaupun ianya untuk kebaikkan dirinya sendiri. Ini kerana mata hatinya telah tertutup oleh dirinya sendiri yang membina hijab sebagaiamana firman Allah taala yang bermaksud (al-Baqarah:7) (Allah telah menutup pintu hati dan pendengaran mereka). Pintu hatinya bagaikan terkunci untuk menerima kebaikkan.

Mata Hati Kabur
Ianya diumpamakan orang yang matanya kabur, kadangkala dqpat melihat dan kadangkala samar penglihatannya. Begitu juga apabila mata hatinya kabur akibat suka melanggar larangan dan meninggalkan suruhan Allah Taala. Yang mana kadangkala melakukan kebaikkan dan kadangkala melakukan kejahahatan dan kemaksiatan yangmenyebabkan hatinya kotor.

Mata Hati Cerah
Iaitu mata hatinya seumpama orang yang jelas penglihatannya. Iaitu mereka tersebut merupakan para solohin yang sentiasa mencuci hatinya dengan zikrullah dan amalan kebailkkan.

Mata Hati cerah Luarbiasa
Ianya diumpamakan teleskop yang dapat melihat jpandangan jauh dan tersebunyi dari pandangan mata kasar. Ini dadalah disebabkan hatinya begitu terang. Mereka ini istiqamah dalam berzikir yang mencapai tahap zikr qalbu dan seterusnya. Ibadat mereka amat berkualiti serta ikhlas. Mereka dikurniakan ilmu anugerah dan sentiasa bertaqarrub kepada Ilahi.

ISLAM, IMAN , IHSAN



ISLAM IMAN IHSAN

Islam adalah suatu cara hidup yang syumul dan komprehensif. Agama yang bersifat rahmat dan universal. Lumrah kehidupan seseorang berada di makam tersendiri dari segi darjat dan martabat. Islam adalah suatu ad-Din.

Dalam kehidupan di dunia ini, tuntutan duniawi dan ukhrawi adalah fitrah sebagai insan yang tidak dapat dipisahkan iaitu antara perkara duniawi dan ukhrawi. Hakikat penciptaan makhluk ialah bagi pengabdian kepada Rabbulizzah justeru tuntutan kerohanian merupakan aulawiyyat dan memahami konsep ibadat dalam pelbagai kerja dalam kehidupan semasa.

Tiga makam utama dalam agama ialah Islam, Iman dan Ihsan. Dimana tujuan pengabdian seseorang hamba manusia ialah mencapai keredhaan ilahi dan mahabbah kepadaNya.. Daripada tiga martabat tersebut tuntutan agama dibahagikan kepada tiga asas ilmu fardu ain iaitu Akidah, fiqh dan tasawuf. Didalam pengistilahan dalam Quran dikenali sebagai Ilmu Yaqin, Ainul Yaqin dan Haqu al-Yakin. Iainya juga dikenali sebagai syariat, tariqat dan hakikat. Yang merupakan keseluruhannya adalah tuntutan syariat.

Ini dijelaskan oleh hadis mashur yang dikenali hadis Saidina Jibril yang meriwayatkan persoalan Islam, Iman dan Ihsan.
Islam memerintahkan agar umatnya maju dari segi zahir dan batin dan dari segi tuntutan dunia dan akhirat. Dan aspek kerohanian yang paling penting kerana merupakan tempat penilaian oleh Allah Azzawajalla.

Sesorang yang berada pada martabat Islam dikenali berada pada kedudukan ibadat. Iaitu melakukan amalan kerana bermatlamat ganjaran syurga atau untuk menghindari dari neraka.

Manakala seseorang pada martabat lebih tinggi iaitu al-Iman yang dikenali ubudiah, iaitu melakukan ibadat hanya mengharapkan keredhaan Ilahi. Inilah kedudukan hamba yang hakiki iaitu al-mukmin dan akan meningkatkan kepada makam seterusnya iaitu ihsan.

Bagi mempraktikkan tuntutan ad-Din haruslah mengikut manhaj yang betul dan saluran yang betul. Iaitu dengan manhaj Sunni dalam dakidah ahli Sunnah waljamaah, fiqh dengan salah satu mazhab yang muktabar dan tasawuf dengan salah satu tariqat yang muktabar..

Justeru peri pentingnya tuntutan al-Quran agar mendapat bimbingan daripada wali mursyid bagi kesejahteraan hidup yang hakiki danmenuju jalan siratul mustaqim.

Soal Agama Mufti Mesir



Dr. Ali Jum'ah al-Syafi'i adalah Mufti resmi Republik Arab Mesir. Beliau bermazhab Syafi'i dalam fikih dan menganut faham Asy'ariyah dalam akidah. Beliau juga mengajar ushul fiqh di universitas al-Azhar dan masih rutin memberikan pengajian fikih dan tasawuf di berbagai masjid dan majelis ta'lim. Di bawah ini beberapa tanya jawab umat bersama Dr. Ali Jum'ah seputar kedudukan Rasulullah Saw. Diterjemah secara singkat dari buku "al-Bayan Lima Yusyghil al-Adzhan" cetakan al-Muqattham Kairo Mesir.


Apakah Saidina Muhammad Saw. adalah ciptaan Allah yang paling mulia nasabnya? Apa dalilnya?

Saidina Muhammad Saw. adalah manusia teragung sebagaimana sabdanya "Aku adalah penghulu seluruh manusia, dan akupun tidak bangga". Bahkan beliau adalah ciptaan Tuhan yang paling agung. Beliau lebih mulia dari Arsyi. Dari itu, tidaklah layak jika dimuliakan seseorang (meskipun seorang nabi) atau makhluk apapun di atas kemuliaan beliau dalam hal apapun.Garis keturunan yang mulia adalah keutamaan terpenting yang dimiliki beliau. Allah Swt. telah memuji garis keturunan beliau dalam ayat "Dan perpindahanmu di antara orang-orang yang sujud". Saidina Ibnu Abbas Ra. menafsirkan ayat tersebut dengan perkataannya: "Dan perpindahan beliau dari (tulang rusuk) nabi ke nabi, dari Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, sampai akhirnya lahir menjadi seorang nabi terunggul". Maka Rasulullah Saw. adalah nabi tersuci nasabnya secara mutlak.Dalam sebuah hadits dikatakan: "Allah telah memilih Nabi Isma'il dari keturunan Nabi Ibrahim, lalu Allah memilih Bani Kinanah dari Keturunan Nabi Isma'il, kemudian Allah memilih Quraish dari keturunan Bani Kinanah, lalu Allah memilih Bani Hasyim dari keturunan Quraish, dan akhirnya Allah memilihku dari keturunan Bani Hasyim".


Apakah benar Allah Swt. menciptakan semua ciptaan-Nya karena / demi Rasulullah Saw.?

Ungkapan-ungkapan seperti itu harus difahami dengan benar dan jangan semudahnya menuduh kafir, fasiq, sesat dan bid'ah. Ini kaidah yang harus dipegang oleh umat Islam ketika mendengar ungkapan apapun dari saudara-saudara mereka yang seagama. Contohnya, seseorang beragama kristen ketika mengungkap bahwa Nabi Isa dapat menghidupkan orang mati, maka jangan cepat menuduh syirik kepada orang muslim yang senada dengan orang kristen tersebut, sebab orang kristen meyakini bahwa Nabi Isa memiliki kekuatan yang tulen tanpa sumber, sementara orang muslim meyakini bahwa kekuatan itu murni dari Allah dan berlandaskan restu Allah Swt.Keyakinan sebagian umat Islam bahwa penciptaan Allah Swt. terjadi hanya karena / demi Rasulullah Saw. sama sekali tidak mengandung nilai syirik.


Dimanakah letak kekufuran itu apabila seseorang meyakini bahwa Allah menciptakan suatu ciptaan karena seseorang?

Keyakinan tersebut sama sekali tidak kontra dengan Islam, prinsip-prinsip akidah maupun dasar-dasar tauhid. Keyakinan tersebut sungguh benar apabila difahami dengan benar pula.Allah berfirman: "Sungguh Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk mengabdi kepadaKu". Nah, pengabdian tersebut tak dapat direalisasikan kecuali melalui Rasulullah Saw. Maka Rasulullah merupakan satu-satunya rujukan bagi umat manusia.


Apakah Rasulullah adalah cahaya? ataukah manusia seperti kita?

Rasulullah adalah cahaya, itu benar. Karena Allah berfirman: "Wahai ahli kitab, telah datang kepadamu cahaya dan kitab yang menerangkan". Allah juga berfirman: "Dan untuk jadi penyeru kepada agama Allah dengan izinNya dan untuk jadi cahaya yang menerangi". Jadi, tidak salah bila meyakini beliau sebagai cahaya selama Allah sendiri yang menyatakannya. Dalam banyak hadits juga akan ditemukan para sahabat mengatakan bahwa wajah Rasulullah seperti bulan, dan kecahayaan tersebut bersifat fisikis dan bukan sekedar pujian gombal saja dari para sahabat.Namun, di waktu yang sama, kita tidak boleh menafikan kemanusiaan Rasulullah Saw. karena Allah juga berfirman "Katakanlah: Aku manusia seperti kalian, akan tetapi aku diwahyukan". Mari kita yakini saja beliau sebagai cahaya berbentuk manusia, tanpa harus melakukan penelitian secara detail. Sungguh, Rasulullah Saw. lebih terang dari bulan dan lebih mulia dari semua ciptaan.


Apakah Rasulullah Saw. adalah awal ciptaan Allah Swt.?

Meskipun hadits yang menyatakan hal tersebut tidak jelas shahih atau maudhu', namun substansinya bisa saja benar, sebab alam-alam Allah begitu banyak seperti alam ghaib, alam roh, alam jin, alam mala'ikat, alam malakut, alam mulk, alam syahadah, dll. Disana terdapat cahaya-cahaya ciptaan Allah. Mungkin-mungkin saja Rasulullah Saw. adalah cahaya Allah yang pertama kali diciptakan sebagai penguat umat manusia di alam roh.


Apa urgensi cinta Ahlul-Bait? Dan apa batasan-batasannya?

Allah Swt. berfirman: "Katakanlah hai Muhammad: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang terhadap keluargaku". Dalam banyak hadits, Rasulullah Saw. telah memerintahkan dan mewasiatkan kita untuk mencintai dan berpegang teguh kepada Ahlul-Bait, sebagai tanda cinta kepada Allah dan RasulNya. Selama akidah kita tetap benar maka tidak ada batasan dalam mencintai dan mengekspresikan cinta kita kepada Ahlul-Bait. Kita semua yakin bahwa tiada tuhan selain Allah dan Saidina Muhammad adalah utusan Allah. Semua nabi adalah ma'shum, sementara Ahlul-Bait dan para wali adalah mahfuz.


Apa hukum merayakan / mempringati maulid Nabi?

Perayaan / peringatan maulid Rasulullah Saw. adalah sebaik-baik perbuatan dan semulia-mulia pendekatan kepada Allah Swt. karena merupakan ekspresi cinta kepada Rasulullah Saw. dimana cinta Rasul adalah pokok utama sebuah keimanan.Sudah banyak ulama' dan fuqaha' yang menulis tentang dianjurkannya perayaan maulid dengan mencantumkan argumen-argumen yang kuat semisal Imam Jalaluddin al-Suyuthi, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani, Imam Syamsuddin al-Dimasyqi, Imam Ibnul-Jauzi, Imam al-Bushairi, dll.


Apakah kedua orangtua Rasul adalah musyrik dan di neraka?

Tidak, karena mereka adalah ahli fatrah yang belum didatangi seorang rasul. Juga karena Rasulullah adalah manusia suci yang lahir dari orang-orang suci. Adapun hadits-hadits yang secara tekstual dan kasat mata menyatakan bahwa kedua orangtua Rasul di neraka, harus difahami dengan benar. Contohnya, hadits yang menjelaskan bahwa Allah tidak mengizinkan Rasulullah beristighfar untuk ibunya, tidaklah selalu bermakna ibunya syirik dan di neraka, sebab Allah masih mengizinkan Rasulullah untuk menziarahi kuburan ibnunya, sementara kuburan orang-orang musyrik tidak boleh diziarahi.


Apakah boleh bertawassul dengan Rasulullah Saw. dalam do'a selepas beliau wafat?

Mazhab empat sudah ijma' bahwa tawassul dengan Rasul hukumnya ja'iz bahkan mustahab, baik sewaktu beliau masih di dunia maupun setelah meninggal dunia.


Apakah Rasulullah Saw. masih hidup dalam kuburnya? Dan apa pengaruh kehidupan itu bagi kita yang masih di dunia?

Meskipun beliau telah meninggal dunia, namun hubungan beliau dengan kita belum terputus dan beliau masih punya kehidupan lain di alam yang berbeda. Rasulullah Saw. bersabda: "Kehidupanku penting bagimu dan kematianku juga penting bagimu, sebab perbuatanmu akan dilaporkan kepadaku, jika perbuatanmu baik maka aku bersyukur, dan jika buruk maka untukmu aku beristighfar".Dalam hadits lain: "Para nabi masih hidup dalam kubur-kubur mereka dan masih melakukan sembahyang". Dalam hadits lain: "Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad-jasad para nabi". Jadi, Rasulullah dalam maqam beliau di Madinah, masih hidup dengan jasad dan rohnya sekalian, dan masih beribadah serta memberi syafaat dan beristighfar untuk umat. Hal ini tanpa menafikan bahwa beliau telah meninggal dunia.

disediakan oleh: aziznawadi.co.nr