ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Sistem Halaqah dan Liqa Ilmi

Sistem Halaqah dan Liqa Ilmi’

Sistem halaqah pengajian Rasulullah saw bersama para sahabat baginda adalah merupakan sistem warisan yang sambung menyambung diteruskan hingga ke hari ini. Para sahabat pula meneruskan sistem tersebut bersama para tabien. Halaqah pengajian para tabien seperti Sidna Hasan Basri, Imam Abu Hanifah dan lain-lain, seterusnya halaqah para tabiثى-tabien seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Sufian Sauri, Sufian Uyainah, Imam Ahmad Hambal dan lain-lain.

Setiap zaman mempunyai sistem warisan halaqah yang tersendiri sebagai obor menyemarakan keilmuan Islam dan ilmu keduniaan untuk menyahut tuntutan agama supaya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Dalam catatan sejarah telah terukir nama kegemilangan ‘Madrasah Sultan Nizamul Muluk Baghdad’ di mana salah seorang tenaga pengajarnya ialah Imam Ghazali. Begitu juga ‘Sistem Halaqah Masjid Qarawiyyin’ di Margribi, ‘Halaqah Jamiah Al-Azhar di Mesir. Manakala di Makkatul Mukarramah sistem halaqah di dalam masjid yang mulia itu, terdiri daripada pengajar-pengajar yang begitu mahir daripada pelosok Negara Islam bertumpu di sana untuk menghamburkan pelbagai bidang ilmu. Di sinilah kebanyakan ulama nusantara kita mencebok ilmu warisan tersebut.

Warisan sistem ilmu Halaqah yang diperkenalkan di nusantara sekitar 1400M seperti di Samudra Pasai pada zaman Malikusalih, di Jawa oleh Wali Songgo dan di Negara Patani Darussalam (sekarang selatan Thai) di zaman Syeikh Syafiyuddin, pendakwah berketurunan Arab yang datang daripada Pasai (Aceh). Sistem ini merupakan sistem pembelajaran yang awal-awal di Tanah Melayu sebelum kedatangan British. Telah terukir dalam catatan dairi sejarah bahawa daripada sistem inilah, lahirnya para ulama nusantara yang bertaraf ulama antarabangsa. Antara mereka ialah Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zain Al-Fatani (1856-1908M) bergelar ‘Asadu Mekah’ (Singa Mekah) kerana kealimannya menguasai 47 bidang ilmu, peniup semangat jihad anak bangsa, sebagai wakil pentashih kitab-kitab agama untuk kerajaan Othmani, juga wakil pemerintah Mekah untuk menyelesaikan masalah berbangkit dalam dunia Islam dan lain-lain lagi tokoh ulama nusantara kita.

Selepas meninggalnya Syeikh Wan Ahmad di Mekkah, sistem ini diwarisi oleh jenerasi murid-murid beliau seperti Tok Kenali (Mohd Yusuf B. Ahmad 1868-1933M), sebagai wakil jurubahas pihak gurunya dalam permasalahan berbangkit di perhimpunan ulama di Mesir, pengarang ‘Majalah Pengasuh’ (untuk meniupkan semangat agama dan kemajuan bangsa Melayu) dan pengasas ‘Majlis Agama Islam Kelantan’ dan kemudian diwarisi oleh jenerasi seterusnya sebagai kader-kader warisan yang bergelar ‘Ulama Pewaris Nabi’. Merekalah pelita menyinari alam semesta dengan cahaya Islam di mana mereka mewarisi tugas Nabi saw membentuk ummah supaya berpegang dengan syariat Allah Taala.

Syeikh Wan Ahmad B. Wan Mohd Zin dalam kitab Hadiqatul Azharnya; m/s 18, menyatakan beliau pernah mengunjungi Negara Islam Turki dan Mesir serta melihat sendiri keperihatinan bangsa kedua Negara tersebut dalam bidang ilmu agama dan keduniaan sehinggakan beliau merasakan bangsa melayu jauh terkebelakang. Ketinggian pencapaian ilmu agama dan dunia dapat dikuasai dengan begitu cemerlang sekali dalam usia yang tidak baligh lagi. Keperihatinan yang begitu maksimum daripada pemerintah dan hartawan setempat dalam memartabatkan sistem warisan madrasah amat mengkagumi beliau. Lantaran beliau menyatakan:
“ Maka kasih (suka/ingin) hamba menceritakan setengah (antara) perkara yang berlaku di negeri Istanbul (ibu negeri Turki), Mesir dan lainnya berkenaan keperihatinan dengan ilmu. Maka adalah raja-raja mereka itu membina beberapa madrasah yang besar-besar dan dihiasi dengan segala hiasan yang sangat indah-indah pada segala mata dan cenderung segala hati kepadanya, lagi jadi bersih (lapang/tenteram) kecerdikan dan gemar segala aqal pada menuntut pelbagai ilmu di dalamnya (madrasah tersebut). Demikian lagi orang-orang yang kaya (hartawan) membina satu madrasah atau lebih di setiap kampung, dihiasi dengan hiasan yang elok dan diwakafkan beberapa tanah, rumah atau lainnya. Diambil sewa dan manfaat (kehasilan perkara tersebut) untuk dibelanjakan kepada kemaslahatan madrasah dan diberi gaji para pengajar dengan kadar yang mencukupi…..” (nukilan secara ubah kepada bahasa Melayu moden).

Selepas beliau menceritakan kehebatan ilmu dan kecerdikan pelajar-pelajar muda madrasah tersebut seolah-olah ada malaikat yang menjawab bagi pihak mereka ketika diajukan soalan serta kehebatan majlis soal-jawab ilmu para pelajar yang dihadiri raja, pembesar, orang kenamaan dan rakyat jelata serta pemberian hadiah yang mahal dan alat-alat canggih oleh raja, beliau meluahkan pula isi hatinya:
“ Dan adalah dalam hati hamba risau dan benci dengan sebab ‘ihmal’ (meluputkan/membiarkan) dan mensia-sia (oleh) bangsa kita ahli (penduduk) Tanah Melayu dan ahli ‘Tanah Bawah Angin’ (Indonesia) dan segala raja dahulu dan sekarang yang muslimin dan segala mereka yang kaya (hartawan) tiada memperduli mereka itu seumpama perkara tersebut hingga jadi terkemudian (terbelakang) sekurang-kurang (selekeh-lekeh) ‘Gah’ bangsa (kita) dengan nisbah (bandingkan) kepada bangsa yang lain….” (nukilan secara ubah kepada bahasa Melayu moden).

Kelainan sistem ini adalah keakraban pertalian Tuan Guru dan murid-murid, di mana situasi ini diwarisi daripada sistem pengajian Rasulullah saw bersama para sahabatnya. Kelainan dan keunikan sistem ini yang begitu ketara adalah kerana pelbagai lapisan dan status masyarakat Islam dapat mengambil manfaat dengan keilmuan, tarbiah dan program-program keagamaan yang dijalankan oleh pihak Madrasah Warisan tersebut. Kerana inilah sistem halaqah ini sebagai Pusat Keilmuan, Pentarbiahan dan Dakwah yang begitu penting dan perlu dikemas kini dengan pembaharuan yang dapat meningkatkan maksimum prestasinya dan dijagai supaya terus berperanan untuk membentuk masyarakat.

Pengajian secara talaqi melalui madrasah dan liqa’ amat penting supaya suatu ilmu adalah berdasarkan faham yang sahih dari sanad yang sahih dan sumber yang betul sampai kepada empunya kitab dan salsilah sampai kepada Rasulullah SAW. Ulama Pewaris Nabi iaitu wali mursyid adalah saranan keperluan tuntutan umat Islam mencarinya. Agar nur barakah berterusan dari[ada yang alim dalam pelbagai bidang ilmu termasuk ulum addin. Teras pengajian Islam akidah, feqh dan tasawuf dan pentingnya bermazhab dan bertariqat iaitu dalam mengaplikasikan ulum addin. Ilmu warisan nabawi dan sistem liqa’ serta halaqah masih utuh dan berkesinambungan kerana inilah sistem pengajian ulum addin namun pesanan ulama’ walau seberapa banyak menuntut ilmu jangan lupa dengan amalan penyucian kalbu justeru peri pentingnya amalan tariqat yang menjadi nadi kepada ajaran Islam. Justeru sejak berzaman ianya menjadi amalan kebanyakkan ulama apatah lagi sekiranya ulama itu pewaris nabi SAW. Demikian pentinya mempunyai guru mursyid dan hubungan sesama ikhwan yang membentuk rantaian liqa’ dan halaqah serta ukhuwwah Islamiah.

PENYELEWENGAN SYIAH

PENYELEWENGAN SYIAH

Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

1
Imam Adalah Maksum

Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.

.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati

Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.

Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83

3 Berpura-Pura

Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal

4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan

Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197

5 Menghalalkan Nikah Mut’ah

Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358

.6
Menambah Syahadah

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441

7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149

8 Menolak Ijmak Ulama’

Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51


.9
Menolak Qias

Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:


1o
Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:


11 Menghina Isteri-Isteri Nabi.

Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330



12
Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan

Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:

Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

a 13. Dakwaan Kasih atau mazhab ahli bait

daDakwaan mazhab syiah adalah mazhab ahli bait adalah dakwaan palsu dan batil, kerana mereka mendakwa kasihkan ahli bait namun mereka ingkar terhadap suruhan ahli bait antaranya para ahli bait kasihkan sahabat dan merupakan suatu tuntutan namun golongan syiah ingkar dalam perkara ini. Hakikatnya syiah bukan lah kasih ahli bait tetapi sekadar dakwaan yang tidak berasas dan syok sendiri. Dakwaan sufi terpengaruh dengan syiah adalah batil dan bercanggah sekali kerana sufi kasihkan ahli bait dan juga sahabat. Tidak dinafikan ada perkara mereka hampir sama dengan sufi namun tidak bermakna ianya pengaruh syiah kerana sufi dan syiah umpama langit dan bumi. Namun mereka masih lagi dalam agama Islam sebagaimana ajaran Wahabi bahkan kedua ajaran ini (syiah/wahabi) jelas bertentangan dengan Ahli sunnah wal jamaah dan bercanggah dengan pegangan majoriti umat Islam. bahkan kedua ajaran dan fahaman ini merupakan duri dalam daging yang menyusup kedalam jemaah umat Islam Ahli Sunnah waljamaah


KEPUTUSAN

"Keputusan berdasarkan kajian termasuk kajian luar dapat disimpulkan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

· D

Salam Idilfitri


Sanad Keistimewaan Ummah

Sanad Keistimewaan Ummah

Menghidupkan pengajian bersanad pada masa ini adalah suatu perkara yang harus diberi pujian dan galakan, dan bukannya satu perkara yang harus dibanteras dan ditentang. Meskipun ia bukan satu kefardhuan ke atas setiap orang dalam menuntut ilmu atau mengajarkannya, namun ketiadaannya langsung samasekali dalam umat Islam mampu menjadi tanda pada dekatnya kehancuran umat ini. Di mana kelak tiada lagi tinggal orang-orang berilmu yang penuh keberkatan tersebut, lalu orang mengambil ahli-ahli ilmu yang jahat, tiada keberkatan dan orang-orang jahil sebagai tempat rujuk dan pemimpin agama mereka. Justeru, mereka ini sesat lagi menyesatkan, dan akhirnya di atas merekalah dibangkitkan kiamat.

Jika tujuan sanad pada awalnya untuk memastikan kesahihan riwayat, namun ilmu sanad kemudiannya berkembang sama seperti ilmu-ilmu Islam yang lain, sehingga ia menjadi suatu seni yang tersendiri. Cuma bezanya syarat yang ketat dan penelitian yang tegas terhadap perawi-perawi pada peringkat awal telah dilonggarkan pada peringkat mutakhir, apabila kebanyakan hadith sudah direkod dan dibukukan oleh ulama hadith. Justeru kemudiannya, ramailah ulama yang membenarkan pengijazahan sanad serta meriwayatkannya berdasarkan ijazah tersebut semata-mata, tanpa perlu bertalaqqi penuh.

Periwayatan secara bersanad diteruskan kerana ia adalah satu kemuliaan dan keistimewaan yang dapat dilihat dari sudut-sudut berikut;
1. merupakan pertalian yang bersambung-sambung sampai kepada Rasulullah SAW (وكفى في الاتصال بالحبيب شرفاً) .
2. merupakan iqtida’ (tauladan) terhadap para salafus-soleh dalam tradisi belajar dan mengajar (إنّ التشبه بالكرام فلاح).
3. merupakan satu jati diri dan ikatan ilmu yang hanya dimiliki oleh umat Islam, maka ia adalah satu kebanggaan buat mereka (الإسناد من الدين).
4. merupakan satu usaha berterusan memelihara persambungan sanad hingga ke hari kiamat (إن الأسانيد أنساب الكتب).
5. merupakan satu rahmat dan barakah (عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة).
Mereka yang mengkritik pengajian bersanad juga seharusnya membezakan pengajian bersanad yang bagaimana yang dikritik, bukan menghentam secara pukul-rata. Perlu dibezakan juga antara ijazah am dan ijazah khas. Jika tidak ia hanya satu kejahilan terhadap sistem sanad dan juga seni-seninya.
Pengajian secara bersanad terbahagi kepada beberapa kategori, iaitu:
1.talaqqi secara bersanad bagi qiraat (bacaan) al-Quran.
2.talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab hadith muktamad, seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Muwatta’ Malik dan sebagainya.
3.talaqqi secara bersanad bagi himpunan hadith-hadith tertentu, seperti al-Awa’il al-Sunbuliyyah, atau hadith-hadith tertentu, seperti hadith musalsal.

4.talaqqi secara bersanad bagi kitab-kitab karangan ulama dalam berbagai bidang ilmu, seperti fiqh, usul-fiqh, tauhid, tafsir, sirah, hadith, mustalahul-hadith, tasawuf dan sebagainya.

5.talaqqi secara bersanad bagi amalan tariqat-tariqat sufiyyah.

Seorang yang mempelajari secara mendalam, akan mendapati dalam ilmu ulumul-hadith dibincangkan tentang ilmu al-tahammul wal-ada’ (pembawaan dan penyampaian riwayat), serta dibincangkan tentang adab-adab muhaddith dan juga penuntut hadith. Perkara ini dapat dirujuk dalam kesemua kitab-kitab yang disusun dalam ulumul-hadith. Ini menunjukkan para ulama sejak dahulu mengambil berat mengenai periwayatan sanad. Hanya pengembaraan-pengembaraan getir ahli hadith dalam mencari sanad sahaja yang berakhir, iaitu dalam kurun ke-6 hijrah. Di mana semua riwayat telah dibukukan dalam al-Jawami’, al-Sihah, al-Sunan, al-Masanid, al-Ma’ajim, al-Ajza’, al-Fawa’id, al-Masyyakhat dan lain-lain. Setelah itu para ulama hadith berusaha memelihara sanad ini hinggakan ada sebahagian mereka yang membukukannya di dalam kitab-kitab khusus.

Perhatian terhadap pengumpulan sanad ini kemudian terus bertambah di kalangan ulama hadith sehingga hampir tiada ulama hadith melainkan ia mempunyai kitab sanad yang merekodkan sanad-sanadnya dan juga biografi sebahagian syeikh-syeikhnya. Kitab-kitab ini disebut dengan berbagai istilah seperti barnamij, fihris, thabat dan mu’jam. Riwayat-riwayat mereka juga tidak sekadar pada kitab-kitab hadith, malah pada kitab-kitab tafsir, fiqh, usul, akidah dan lain-lain. (al-Fadani, h. 8-9)

Sanad Kini Sudah Tiada Nilai?
Oleh kerana kejahilan dan kesan penjajahan dalam sistem pendidikan, ada orang yang berkata:
“Kesemua sanad yang wujud di atas muka bumi sekarang sudah tidak dijamin kethiqahan perawi dan persambungan sanadnya. Justeru tidak ada faedah untuk meriwayatkannya”.
Tuduhan ini adalah satu tohmahan kepada seluruh ulama dan ahli ilmu yang memiliki sanad dan meriwayatkannya. Tuduhan tersebut hanya menampakkan kejahilan pengucapnya yang tidak takut kepada Allah SWT terhadap kata-kata yang akan dipertanggungjawabkan kelak. Jika beliau berkata; banyak sanad ulama mutaakhirin yang wujud sekarang mengandungi banyak kecelaruan di dalamnya, tentu itu lebih dapat diterima dan layak untuk diperbincangkan.
Mereka juga berpegang kepada kata-kata Ibn al-Salah (m. 643H) dalam kitabnya (صي
انة صحيحِ مسلمِ من الإخلالِ والغلَطِ و حمايتُه من الإسقاطِ والسَّقَط) (h. 117):
“Ketahuilah, bahawa periwayatan dengan isnad-isnad yang bersambung bukanlah maksud daripadanya pada zaman kita ini dan juga zaman-zaman sebelumnya bagi mensabitkan apa yang diriwayatkan, kerana tidak sunyi satu isnad pun daripadanya dari seorang syeikh yang tidak tahu apa yang diriwayatkannya, dan juga tidak menjaga isi kitabnya secara jagaan yang layak untuk diperpegang pada kesabitannya. Akan tetapi maksudnya ialah bagi mengekalkan rantaian isnad yang dikhususkan terhadap umat ini, semoga Allah menambahkannya kemuliaan”.

Kata-kata Ibn al-Salah tersebut juga bukanlah kata-kata yang maksum yang tidak dapat dipertikaikan. Ia tetap menerima perbincangan antara pro-kontra sebagaimana setengah pendapatnya yang lain. Ini kerana realiti membuktikan sanad masih diperlukan walaupun untuk mensabitkan sesuatu riwayat, seperti contoh kes satu juzuk kitab Musannaf ‘Abd al-Razzaq yang hilang yang ditemukan dan diterbitkan oleh Dr. ‘Isa ‘Abdillah Mani‘ al-Himyari dan Dr. Mahmud Sa’id Mamduh. Namun apabila mereka menyedari kepalsuan juzuk kitab tersebut kerana tiada persambungan sanad setelah membuat perbandingan dengan sanad-sanad periwayatan yang ada, mereka menarik balik penerbitannya dan mengisytihar permohonan maaf. (جزاهما الله خيراً). Di kalangan para pentahkik dan penyelidik manuskrip pula, ramai di antara mereka yang dapat mengesan kesalahan kalimah, pertukaran huruf, penentuan titik kalimah, perubahan nama-nama dan sebagainya berdasarkan sanad-sanad periwayatan yang wujud sekarang ini.

Pendapat Ibn al-Salah bahawa tiada lagi sanad yang bersambung dengan perawi-perawi thiqah juga dapat dipertikaikan dengan wujudnya sanad-sanad yang sabit sama ada pada zaman beliau, sebelumnya, mahupun selepasnya. Contohnya, Imam al-Nawawi telah meriwayatkan Sahih Muslim dengan sanad yang bersambung dan menerangkan kedudukan setiap perawi dalam sanad berkenaan. Begitu juga al-Hafiz Ibn Hajar dan lain-lain. Usaha Syeikh al-Yunini menghimpun sanad-sanad Sahih al-Bukhari sehingga menjadikan al-Nuskhah al-Yuniniyyahnya sebagai versi Sahih al-Bukhari yang paling sahih juga merupakan bukti dalam masalah ini.

Mereka yang mendalami ilmu rijal dan ‘ilal juga (cabang-cabang daripada ilmu sanad) akan mendapati bahawa ilmu tersebut tidak terhenti pada kurun-kurun awal hijrah sahaja, bahkan ianya terus berkembang di sepanjang zaman sehinggalah ke zaman kita ini. Apakah ilmu ini harus disempitkan kerana kononnya masalah sanad sudah selesai?

Fatwa Aneh

Berikut saya bawakan fatwa al-Lajnah al-Da’imah lil-Buhuth al-’Ilmiyyah wal-Ifta’ untuk ukuran dan nilaian anda. (Saya terjemahkan soal-jawabnya sahaja):
ورد سؤال للجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء 4/371 رقم الفتوى (3816)، هذا نصه: هل بقي أحد من العلماء الذين يصلون بإسنادهم إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وإلى كتب أئمة الإسلام؟ دلونا على أسمائهم وعناوينهم حتى نستطيع في طلب الحديث والعلم إليهم.
الجواب: يوجد عند بعض العلماء أسانيد تصلهم إلى دواوين السنة لكن ليست لها قيمة؛ لطول السند، وجهالة الكثير من الرواة عدالة وضبطا. وبالله التوفيق. وصلى الله على نبينا محمد، وآله، وصحبه وسلم.
- اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء:
عضو: عبد الله بن قعود.
عضو: عبد الله بن غديان.
نائب رئيس: عبد الرزاق عفيفي.
الرئيس: عبد العزيز بن باز.
Terjemahan:
...Soalan: Adakah masih tinggal ulama yang bersambung isnad mereka sampai kepada Rasulullah SAW dan juga kepada kitab-kitab ulama besar Islam? Sebutkanlah kepada kami nama-nama dan alamat-alamat mereka agar kami dapat mempelajari hadith dan ilmu daripada mereka.
Jawapan: Terdapat pada sebahagian ulama sanad-sanad yang menyambungkan mereka kepada kitab-kitab al-sunnah, akan tetapi ianya tidak ada nilai, kerana sanad yang panjang, serta kemajhulan ramai dari kalangan perawinya dari segi sifat adil dan dhabit. Wabillah al-tawfiq...
(ringkas betul!)

Punca Kempen Menjauhi Periwayatan Sanad
Tidak dinafikan, ada setengah masyayikh salafi-wahhabi yang memiliki sanad secara ijazah, namun sebahagian mereka tidak mahu menyebarkannya kerana rantaian sanad periwayatan tersebut mengandungi ramai perawi Asya’irah atau Maturidiyyah, dan juga perawi-perawi sufiyyah.

Bagi menjelaskan perkara ini, di bawah ini akan saya senaraikan antara ulama-ulama yang menghimpunkan sanad-sanad di dalam kitab-kitab khusus:

1. al-Hafiz Ibn al-Najjar (m. 648H): Masyyakhah.
2. al-Hafiz Abu Tahir al-Silafi (m. 576H): al-Wajiz fi Zikr al-Mujaz wa al-Mujiz .
3. Imam ‘Abdul Haq bin Ghalib ibn ‘Atiyyah al-Andalusi (m. 541H): Fihrasah.
4. al-Qadhi ‘Iyadh al-Yahsubi (m. 544H): al-Ghunyah.
5. al-Hafiz Muhammad bin ’Umar ibn Khayr al-Isybili (m. 575H): Fihrist.
6. al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani (m. 852H): al-Majma' al-Mu'assas dan al-Mu'jam al-Mufahras .
7. al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti (m. 911H): Zad al-Masir.
8. Syeikhul-Islam Zakariyya al-Ansari (m. 926H): Thabat.
9. Imam ‘Abdul Wahhab al-Sya‘rani (m. 973H): Fihris.
10. al-‘Allamah Muhammad bin ‘Ali bin Tulun (m. 953H): al-Fihrist al-Awsat.
11. Al-Musnid Abu Mahdi ‘Isa bin Muhammad al-Tha'alibi al-Makki (m: 1080 H): Maqalid al-Asanid, al-Minah al-Badiyyah fi al-Asanid al-'Aliyah, Kanzul Riwayah dan Muntakhab al-Asanid .
12. Syeikh Muhammad bin ‘Ala’uddin al-Babili (m: 1077H):(منتخب الأسانيد)
13. Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Qusyasyi (m: 1070H): al-Simt al-Majid.
14. Syeikh ‘Abdullah bin Muhammad bin Abi Bakr al-‘Ayyasyi (m: 1090H): (إتحاف الأخلاء)
15. Imam ‘Abdullah bin Salim Al-Basri al-Makki (m: 1134H): Al-Imdad bi Ma'rifati 'Uluwi al-Isnad .
16. Syeikh Abu Tahir Ibrahim bin Hasan Al-Kurani (m: 1101H): Al-Umam li Iqaz Al-Himam .
17. Syeikh Hasan bin ‘Ali al-‘Ujaimi al-Makki (m. 1113H): Kifayah Al-Mutatalli' .
18. Syeikh ‘Abdul Baqi al-Ba’li al-Dimasyqi al-Hanbali (m. 1071H): (رياض أهل الجنة بآثار أهل السنة)
19. Syeikh ’Abdur Rahman al-Ba’li al-Hanbali: (منار الإسعاد في طرق الإسناد)
20. Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al-Rudani (1094H): Sillatu Al-Khalaf bi Mausul As-Salaf.

21. Syeikh al-Muhaddith Isma’il bin Muhammad al-’Ajluni : (حلية أهل الفضل والكمال)
22. Syeikh Muhammad bin Ahmad ‘Aqilah al-Makki: (المواهب الجزيلة)
23. Syeikh ‘Abdul Ghani al-Nabulusi: Thabat.
24. Syeikh Muhammad Hasyim al-Sindi (m:1174H): Al-Muqtataf min Ittihaf Al-Akabir bi Asanid Al-Mufti Abdil Qadir .
25. Syeikh Muhammad ‘Abid al-Sindi (m. 1257H): Hasr al-Syarid.
26. Syeikh ‘Ali bin Zahir Al-Watri Al-Madani (m: 1322H): Awa'il Al-Watri wa Musalsalatihi .
27. Syeikh Waliyullah al-Dihlawi (m. 1176H): Al-Irsyad ila Muhimmat 'Ilm Al-Isnad .
28. al-‘Allamah Abu al-Faydh Muhammad Murtadha al-Zabidi: (لقط اللآلي من الجواهر الغوالي)
29. Syeikh Ahmad al-Dardir al-Maliki: Thabat.
30. Syeikh ‘Abdul Ghani bin ‘Abdul Haq al-Dihlawi (m. 1296H): al-Yani’ al-Jani fi Asanid al-Syaikh ‘Abdul Ghani, susunan Syeikh Muhammad Yahya.
31. Syeikh ‘Abdullah al-Syabrawi (m. 1171H): Thabat.
32. Syeikh Muhammad ibn Himmat Zadah al-Dimasyqi: al-Is’ad.
33. Syeikhul-Islam Syamsuddin Muhammad bin Salim al-Hifni: Thabat.
34. Syeikh Salih bin Muhammad Al-Fullani (1218H): Qatf al-Thamar fi Raf'i Asanid Al-Musannafat fi Al-Funun wa Al-Athar .
35. Syeikh Muhammad Syakir al-’Aqqad (m. 1222H): (عقود اللآلي في الأسانيد العوالي)
36. al-’Allamah Syeikh ’Abdul Rahman bin Muhammad al-Kuzbari: Thabat.
37. Syeikh Muhammad Al-Amir Al-Kabir Al-Misri (m.1232H): Sadd al-Arab min 'Ulum al-Isnad wal Adab .
38. Syeikh Muhammad bin ‘Ali al-Syanawani (m. 1233H): al-Durar al-Saniyyah li ma 'ala Min al-Asanid al-Syanawaniyyah .
39. Syeikh ‘Abdullah bin Hijazi Al-Syarqawi (m.1227H): al-Jami’ al-Hawi fi Marwiyyat al-Syarqawi.
40. Syeikh Ahmad ibn ’Ajibah al-Hasani: Fihris.
41. Syeikh ‘Abdul Wasi' bin Yahya Al-Wasi'i: al-Durr al-Farid al-Jami' li Mutafarriqat al-Asanid .
42. Syeikh Muhammad Amin Ibn ‘Abidin (m. 1252H): (مجموعة إجازات)
43. Syeikh Hasan Al-Masyat (1306 H): al-Irsyad bi Zikr Ba'dhi ma Li min al-Ijazah wa Al-Isnad .
44. Syeikh Tahir bin Muhammad al-Jaza’iri: (عقود اللآلي في الأسانيد العوالي)
45. Syeikh Abu al-Mahasin al-Qawuqji (m. 1305H): (معدن اللآلي في الأسانيد العوالي)
46. Mawlana Syeikh Fadhl al-Rahman al-Kanja-Murad-Abadi: (إتحاف الإخوان بأسانيد سيدنا ومولانا فضل الرحمن), susunan Syeikh Ahmad bin ‘Uthman.
47. Syeikh Ahmad Dhiya’uddin al-Kumusykhanawi: Thabat.
48. Syeikh Mahmud Muhammad Nasib al-Hamzawi, mufti Syam: (عنوان الأسانيد)
49. Syeikh Muhammad Sa’id Sunbul al-Makki (m. 1175H): al-Awa’il al-Sunbuliyyah.
50. Syeikh Abu al-Yusr Falih bin Muhammad al-Mihnawi al-Zahiri (m. 1328H): (حسن الوفاء) 51. Syeikh Abu al-Nasr Muhammad Nasr Allah al-Khatib: (الكنز الفريد في علم الأسانيد )
52. Syeikh Muhammad ‘Abdul Baqi Al-Ansari (m.1364H): Al-Is'ad bil Isnad dan Nashr Al-Ghawali min Al-Asanid Al-'Awali .
53. Syeikh Muhammad Mahfuz al-Turmasi (m. 1338H): Kifayah Al-Mustafid li ma 'Ala min Al-Asanid .
54. Syeikh ‘Abdul Hamid bin Muhammad ‘Ali Qudus al-Makki (m. 1334H): (المفاخر السنية في الأسانيد العلية القدسية) dan (إجازة الشيخ أحمد دحلان للشيخ عبد الحميد قدس)
55. Syeikh Yusuf bin Isma’il al-Nabhani (m. 1350H): (هادي المريد إلى طرق الأسانيد)
56. Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari: (التحرير الوجيز)
57. Syeikh Muhammad ’Abdul Rasyid al-Nu’mani: (الكلام المفيد في تحرير الأسانيد)
58. Syeikh ‘Umar Hamdan, muhaddith al-Haramain (m. 1368H): (مطمح الوجدان في أسانيد الشيخ عمر حمدان) dan (إتحاف الإخوان باختصار مطمح الوجدان في أسانيد الشيخ عمر حمدان), susunan al-Fadani.
59. Syeikh Muhammad ‘Ali Al-Maliki: (المسلك الجلي) susunan al-Fadani.
60. Musnid al-Dunia Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad ’Isa Al-Fadani (m. 1410H):

- الأسانيد المكية لكتب الحديث والسير والشمائل المحمدية

- إتحاف المستفيد بغرر الأسانيد

- الفيض الرحماني بإجازة فضيلة الشيخ محمد تقي العثماني

- القول الجميل بإجازة سماحة السيد إبراهيم بن عمر باعقيل

- العجالة في الأحاديث المسلسلة

- قرة العين في أسانيد شيوخي من أعلام الحرمين

- فيض المبدي بإجازة الشيخ محمد عوض الزبيدي

- الأربعون البلدانية: أربعون حديثاً عن أربعين شيخاً من أربعين بلداً

-شرح المسلسل بالعترة الطاهرة

- بغية المريد من علوم الأسانيد - dalam lima jilid!.

61. Al-Habib Syeikh bin Abdillah Al-'Aidarus (m: 990 H): al-Tiraz Al-Mu'allim .
62. al-Sayyid Muhammad al-Syilli: Mu'jam al-Syilli .
63. Al-Habib Syeikh bin Muhammad Al-Jufri: Kanz Al-Barahin Al-Jazbiyyah wa Al-Asrar Al-Ghaibiyyah li Sadah Masyayikh al-Tariqah Al-Haddadiyyah Al-'Alawiyyah.
64. Al-Habib ‘Abdul Rahman bin ‘Abdullah bin Ahmad Bal Faqih: Miftah Al-Asrar fi Tanazzuli Al-Asrar wa Ijazah Al-Akhyar.
65. Al-Habib ‘Abdullah bin Husein Bal Faqih: Syifa' al-Saqim bi Idhah Al-Isnad , dan Bazl Al-Nahlah .
66. Al-Habib Al-Musnid 'Aidarus bin ‘Umar Al-Habsyi: 'Uqud Al-La’ali fi Asanid Ar-Rijal , Minhah Al-Fattah Al-Fathir fi Asanid al-Saadah Al-Akabir dan 'Aqd Al-Yawaqit Al-Jauhariyyah wa Samt Al-'Ain al-Zahabiyyah .
67. Syeikh Al-Habib ‘Abdul Rahman bin Sulaiman Al-Ahdal (m:1250 H): Al-Nafas Al-Yamani war-Ruh al-Rayhani fi Ijazah al-Qudhah al-Thalathah Bani al-Syawkani.
68. Al-Habib Abu Bakr bin Syihab: Al-'Uqud Al-Lu'lu'iyyah fi Asanid al-Sadah Al-‘Alawiyyah .
69. Al-Habib Al-Musnid Muhammad bin Salim al-Sirri: Thabat.
70. Al-'Allamah Al-Habib ‘Abdullah bin Ahmad Al-Haddar: Thabat .
71. Al-Habib Muhammad bin Hasan 'Aidid: Tuhfah Al-Mustafid fi man Akhaza 'anhum Muhammad bin Hasan 'Aidid .
72. Al-Habib Salim bin Hafiz, Aal Syeikh Abu Bakr bin Salim: Minhah Al-Ilah fi Al-Ittisal bi ba'dhi Awliyah .
73. Al-Habib 'Alawi bin Tahir Al-Haddad (m:1382 H), bekas Mufti Negeri Johor: al-Khulasah Al-Syafiyyah fi Al-Asanid Al-'Aliyyah .
74. Al-Habib Salim bin Ahmad bin Jindan: Mu'jam Al-Khulasah Al-Kafiyyah .
75. Al-Habib Abu Bakr bin Ahmad bin Husain Al-Habsyi: (الدليل المشير إلى فلك أسانيد الاتصال بالحبيب البشير
وعلى آله ذوي الفضل الشهير وصحبه ذوي القدر الكبي)
76. al-Sayyid Husain al-Habsyi: (فتح القوي في أسانيد السيد حسين الحبشي) susunan Syeikh ‘Abdullah bin Muhammad Ghazi.
77. Al-Habib Uthman bin ‘Abdillah bin ‘Aqil bin Yahya (1333H): Thabat.
78. Al-Habib 'Alawi bin Saqqaf Al-Jufri: Thabat.
79. Syeikh Sayyid Ahmad bin Sulaiman Al-Arwadi: Al-‘Aqd Al-Farid fi Ma'rifah ‘Uluw Al-Asanid .
80. al-Habib bin Semait: An-Nasj wa Al-Khait li Ba'dhi Asanid Al-Allamah bin Semait
81. Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Budairi Al-Husaini al-Syami: Al-Jawahir Al-Ghawali fi Bayan Al-Asanid Al-'Awali .
82. Imam Muhammad ‘Ali al-Sanusi (m: 1276 H): Al-Manhal Al-Rawi al-Ra'if fi Asanid Al-'Ulum wa Usul al-Tara'if dan al-Syumus al-Syariqah.
83. Syeikh Ja’far bin Idris al-Kattani: (إعلام الأئمة الأعلام)
84. Syeikh Muhammad ‘Abdul Hayy Al-Kattani (m. 1382H): Minah Al-Minnah fi Silsilah Ba'dhi Kutubi al-Sunnah dan Fihris Al-Faharis wal-Athbat .
85. al-Hafiz Ahmad al-Ghumari (m. 1380H): (البحر العميق)

86. Syeikh ‘Abdullah al-Ghumari: (ارتشاف الرَّحيق من أسانيد عبد الله بن الصِّدِّيق)
87. Syeikh Salih bin Ahmad al-Arkani (m. 1418H): (فتح العلام في أسانيد الرجال وأثبات الأعلام)
88. al-Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas Al-Maliki: (العقود اللؤلؤية بالأسانيد العلوية )
89. Syeikh al-Sayyid Muhammad bin al-Sayyid ‘Alawi Al-Maliki: al-Tali‘ As-Sa'id dan Al-'Aqd Al-Farid .
90. Syeikhuna al-Muhaddith al-‘Allamah Mahmud Sa'id Mamduh: Fathul Aziz fi Asanid As-Sayyid Abdul Aziz (فتح العزيز بأسانيد السيد عبد العزيز), (إعلام القاصي والداني ببعض ماعلا من أسانيد الفاداني) dan (تشنيف الأسماع بشيوخ الإجازة والسماع).

Ini hanyalah sekelumit daripada sekian banyak kitab-kitab sanad yang disusun oleh ulama-ulama Ahlus-Sunnah. Jika diamati keseluruhan mereka adalah sama ada dari aliran Asya’irah atau Maturidiyyah, serta dari kalangan ahli-ahli sufi. Merekalah sebenarnya penjaga-penjaga sanad ummah ini.

Apabila para "muhaddith jadian" atau golongan salafiyyah-wahhabiyyah melihat pemegang-pemegang sanad tersebut kesemuanya adalah berakidah Asya'irah-Maturidiyyah, ataupun ahli-ahli sufi, mereka tidak mahu berguru kepada mereka. Maka dari sini dapatlah kita fahami rahsia mengapa ramai daripada mereka tidak mahu meriwayatkan sanad-sanad yang dianggap oleh mereka penuh dengan perawi-perawi bidaah, atau dengan alasan banyak perawi-perawi daif atau majhul!.. Mereka khuatir nanti orang akan terpengaruh dengan tokoh-tokoh tersebut. Lalu ada yang menganggap sanad bukan lagi sebagai untuk tabarruk, tetapi hanyalah untuk zikra (kenangan) semata-mata! Turut mendukacitakan, ada setengah mereka yang memandang rendah dan memperlekehkan pengajian-pengajian secara bersanad. Alasan paling kuat mereka kononnya kitab-kitab sekarang sudah dicetak dan tersebar dengan luas yang merupakan satu jaminan terpelihara daripada berlaku penyelewengan terhadap kitab-kitab tersebut. Maka ramailah di kalangan mereka yang hanya bergurukan kitab-kitab sahaja, bukan lagi guru-guru yang menjadi tradisi pengajian dan periwayatan sejak sekian lamanya (لا حول ولا قوة إلا بالله).

Saya berpendapat, inilah kesan negatif paling besar dari sistem pendidikan penjajah, yang berentetan di bawahnya berbagai kesan-kesan lain seperti kebejatan intelektual, kerendahan moral, adab dan juga akhlak (فاقد الشيء لا يعطيه). Sejarah telah membuktikan banyak pemikiran-pemikiran yang batil datang daripada mereka yang hanya mengambil ilmu daripada kitab semata-mata.
Wallahu a’lam.

* Maklumat sanad atau muat-turun kitab sanad di laman forum dan blog (Arab):
1. azahera.net
2. rayaheen.net
3. blog isnaduna

Sumber :Http://Sawanih/Blogspot.Com

Iktibar Strategi Badr al-Kubra



Iktibar Strategi Badr al-Kubra

Peristiwa Badr al-Kubra yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 H merupakan suatu iktibar yang penting bagi umat Islam. Kerana ianya mempunyai banyak hikmah, strategis dan panduan amat bermanfaat. Mujafid sufi massa merumuskan peristiwa ini sebagai rujukan bagi kehidupan dunia massa dan dalam perjuangan Fisabilillah dan kearah pembentukan peradaban insani.

Antara yang dapat diambil panduan :
1.Firman Allah Taala yang bermaksud
maksudnya: Sesungguhnya diberi kemenangan kepada kamu dengan badr (yakni Rasulullah )

Ulama al-Ariffin menyatakan bahawa 'badr' merupakan antara gelaran kepada Rasulullah SAW. Inilah intipati utama sebagai umat Islam bagi memperolehi kejayaan. Kerana mentaati dan mahabbah Rasulullah SAW adalah fardu ain dan suatu kewajipan sebagai insan muslim. Agama tanpa mahhabbah Rasulullah umpama makan ubat tanpa hadam (tiada mujarab.) Inilah intipati manifestasi kepada Rukun Islam pertama dan Rukun Iman ke-3.

Firman Allah Taala Maksudnya: Dan Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemerintah (pemimpin ) dari kalangan kamu.

Inilah rahsia kejayaan para sahabat dalam perang Badr tersebut. Justeru mahabbah dan ketaatan Rasulullah dan adab terhadapnya amat penting dan senantiasa dititiberatkan.
Dan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ( Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi daku melebihi segala-galanya)
Sebagaimana maksudnya (Wahai Orang yang beriman janganlah kamu memanggil (menyeru) terhadap para nabi sebagaimana kamu memanggil (menyeru) sesama kamu.


2.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud (Kami kembali dari jihad al-Asghar kepda jihad al-Akhbar: apakah itu ya Rasulullah: Sabdanya iaitu mujahadah nafsu.

Mujahadah nafsu merupakan jihad paling besar kerana ianya musuh paling utama disamping syaitan, tipudaya dunia dan golongan musyrik. Bahkan mereka yang meninggal dalam jihad ini mati syahid
(Firman Allah Taala maksudnya: janganlah kamu beranggapan mereka yang mati di jalan Allah mati begitu sahaja tetapi mereka hidup (barzakhiah) di sisi Tuhan mereka diberi limpahan rezeki)

3.Maksudnya : Dan bersiap sedialah dari sudut kekuatan, dan......... tujuan menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu.......)

Islam mementingkan persediaan dalam apa perkara jua, begitu juga perlu perancangan dan strategi. Persediaan ini perlulah menyeluruh dan secara holistik bagi tujuan menggerunkan pihak musuh dan bukannya bagi menyerang atau membunuh . Dari segi kelengkapan perlulah peralatan moden dan semasa, latihan fizikal dan pemantapan diri dengan kekuatan dan kemahiran. Mahir dalam taktik, strategi dan maklumat info, mental perlu lasak dan bersedia menghadapi ujian dan kekuatan rohani sentiasa diutamakan kerana disinilah adanya pertolongan, amalan sunat amat diutamakan antaranya zikr dan selawat disamping doa dan tawakal.

Mempertahankan diri dan watan adalah suatu kewajipan, disini pentingnya semangat patriotisme dan semangat juang. Pendekatan dakwah sebagaimana maklum ada targhib dan tarhib.

4.Kesatuan dan ukhuwwah kerana umat Islam kuat antaranya dengan perpaduan, kesatuan dan semangat ukhuwah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud sesungguhnya orang mukmin adalah bersaudara. Justeru bagi mencapai martabat ini adalah pengajaran tasawuf amat penting kerana hamba hakiki adalah golongan martabat mukmin atau ainul yaqin. keberadaan Martabat al-Islam(al-Muslim) seseorang itu masih lagi lemah dan tergugat keyakinannya. Justeru bagi menggerakkan agenda ini pendekatan tasawuf dan tarikat adalah penting dan perlu ditekankan.

Justeru penyucian hati dan mujahadah amat penting dan diutamakan, begitu juga amalan wirid, zikir dan selawat dan juga amalan sunat lain termasuk solat tahajud.
Firman Allah Taala Maksudnya:wahai orang yang beriman apabila bertemu musuh kamu maka zikrullah banyak-banyak mudahan kamu perolehi kejayaan)

Disamping itu perlunya seseorang kepada mursyid sebagai pembimbing sebagamana dinyatakan Allah taala dengan maksdunya:
(Sesiapa diberi petunujuk maka kamu akan mendapati bagi seorang petunjuk wahai nabi dan sesiapa yang disesatkan nescaya tiada baginya seorang wali mursyid. )

Inilah saranan kepada perlunya pembimbing rohani dan jalan menuju ke hadrat Ilahi dan inilah jalan yang diredhainya. Bagi mencapai kejayaaan dan peradaban hakiki. Sememangnya strategi mujahid sufi adalah suatu kerangka kearah kebangkitan dan kegemilangan Islam. Madrasah Ramadhan antara tujuannya bagi mengembalikan kepada fitrah manusia yang suci bersih iaitu suci daripada dosa dan kejahatan dan mengikut sunnatullah dan jalan diredhaiNya... semoga tarbiah ramadhan dapat meningkatkan iman dan kedudukan sebagai hamba Ilahi yang mukmin dengan tarbiah bimbingan ulama mursyid "Ulama' Pewaris Nabi'.

'Kullu am wa antum bikhair'

Hadiqah al-azhar (mukadimah iii)

........

(لما فى ذلك من الفوائد العظيمة * والمقاصد السنية الكريمة )

…kerana barang yang ada pada demikian itu daripada beberapa banyak faedah yang besar-besar dan beberapa maksud yang elok-elok lagi yang mulia

(من تثبيت القلوب * والتنفير الذنوب * والحث على الطاعات واستنزال البركات * والوعظ والتذكير * وغير ذلك من خير كثير )

Daripada menetapkan segala hati atas berpegang dengan agama Islam dan meliarkan daripada mengerjakan segala dosa dan menyunggah-nyunggahkan atas taat dan menuntuti turunkan berkat dan mengajar dan mengingatkan dan lain daripada demikian itu daripada kebajikan yang banyak

(فقد قال تعالى* وكلا نقص عليك من انباء الرسل لنثبت به فؤادك )

Ertinya maka sesungguhnya telah berfirman Allah Taala didalam kitabnya yang Aziz dan akan tiap-tiap itu kami ceriterakan atas engkaui hai Muhammad daripada segala ceritera segala Rasul supaya kami tetapkan dengan dia akan hati engkau

(وقال صلى الله علبه وسلم اذكروا الصالحين يبارك عليكم وقال ايضا عند ذكر الصالحين تنزل الرحمة)

Dan bersabda nabi SAW sebut oleh kamu akan segala orang yang solihin nescaya diberi berkat atas kamu dan bersabda ia pula tatakala meyebutkan segala orang yang solihin itu turunlah rahmat

(ونقل غير واحد من العلماء عن الجنيد رضى الله عنه انه سئل عن الحكايات الصالحين فقال هى جند من جنود الله تعالى يقوم بها احوال المريدين ويحيى بها معالم اسرار العارفين ويهيج بها خواطر المحبين ويجرى بها دموع المشتاقين )

Dan telah menaqal oleh bukan seorang daripada ulama’ daripada syeikh Junaid R.A bahawasanya ditanyakan dia dariapda segala hikayat segala orang yang solihin maka katanya iaitu tentara daripada beberapa tentara Allah taala dibetukan dengan dia akan segala hal murid dan dihidupkan dengan dia akan segala bekas tanda beberapa rahsia segala yang arif dan digerak-gerakkan dengan dia akan segala khatir akan sekelian yang kasih akan Allah SWT dan mengalirkan dengan dia akan segala air mata segala murid yang rindu kepadanya

(ثم اسطردت بعد ذلك بذكر تواريخ وسير دولة سلاطين دولة ال عثملن * الذين شرفهم الله تعالى بجعلهم خلفاءه الحامين لبيضة الاسلام الى اخر الزمان )

Kemudian menggangu-ganggu aku kemudian daripada demikian itu dengan meyebutkan tawarikh dan beberapa kelakuan daulat segala sultan anak cucu sultan Osman yang memuliakan meraka itu Allah taala dengan dijadinya akan meraka itu segala khalifahnya yang memelihara sekeliannya bagi agama Islam hingga kesudahan zaman dan dikehendaki dengan Osman itu moyang meraka itu yang mula-mula mendirikannya daulat mereka itu tiada Saidina Osman tolan Nabi SAW itu

واعقبت ذلك بما لقطته من رياض الكتب وحياض الزبر لقط العجلان * من فرائد فرائد شتى كانهن اللؤلؤ والمرجان * وعرائس نفائس مفرقة كانهن الحور الحسان * ربما تمس الى معرفتهن حاجات الانسان * ومواعظ مأثورة نشاكل الدر المنثور * وتستحق ان تكتب فى صحائف القلوب بمداد من النور)

Dan aku iringkan demikian itu dengan barang yang aku pungutkankan dia daripada beberapa kebun kutub dan beberapa kolam zibar akan sebagai pungut orang yang sangat bersegera daripada segala yang tiada baginya bandingan daripada beberapa banyak faedah yang bercerai-cerai seolah-olehnya segala mutiara dan marjan dan beberapa pengantin segala yang indah-indah yang berhamburan seolah-olahnya anak-anak bidiadari yang elok terkadang-kadang menyentuh kepada mengetahui kan dia oleh beberapa banyak kehendak manusia dan beberapa pengajaran yang dating daripada athar yang menyerupakan mutiara yang berhamburan dan patuh bahawa disuratkan pada segala kertas hati dengan dawat daripada nur

(وقدمت قبل ذلك جمعية فوائد * تحاكى درارى السماء ودرر العرائد )

Dan aku mendahulukan atas demikian itu sekeliannya akan beberapa banyak faedah yang menyerupa ia dengan sebab eloknya dengan segala bintang langit dan segala mutiara dukuh

(ينبغى التبرك بها والعمل عليها لاولى النهى)

Yang sayugia mengambil berkat dengan dia dan beramal atasnya bagi segala yang mempunyai akal

(كما أذيله بخاتمة بها حسن هذا الجمع انتهى)

Seperti lagi aku mendatangkan insyallah Taala pada akhirnya dengan satu khatimah yang dengan dialah keelokkan ini perhimpunan kesudahan ia

(وسميت هذا المجموع الحديقة الآزهار والرياحين * فى مناقب اخيار واخبار الصالحين * وانيقة السرور والآستحسان * فى نفائس شتى يرغب فيها كل انسان)

Dan aku namakan perhimpunan dengan Hadiqatul Azhar wa ar-Rayahin ertinya kebun bunga-bungaan dan pohon-pohon yang mempunyai bau yang baik pada menyatakan beberapa manakib Akhyar ertinya beberapa kelebihan orang yang baik-baik dan beberapa banyak ceritera auliyaa’ dan solohin dan Aniqah as-surur al-Istihsan ertinya tempat yang elok lagi indah yang mencengangkan yang disediakan bagi bersuka-suka hati dan mengelokkan barang yang dilihat oleh mata pada menyatakan faedah beberapa banyak faedah yang berhamburan yang gemar padanya oleh tiap-tiap manusia

(واسال الله تعالى ان يمدنا ببركاتهم * وينفعنا بحكاياتهم * واستمده سبحانه وتعالى أحسانه * والتوفيق منه والاعانة)

Dan aku pohonkan Allah Taala bahawa mengunjuk ia akan kita dengan segala berkat meraka itu dan memberi manfaatkan kita dengan segala hikayat mereka itu dan karamat mereka itu dan aku pohonkan dia SWT akan kebajikannya dan taufik daripadanya dan penolong

انه على ما يشاء قدير بالاجابة جدير)(

....................