AKP,Turki: Model Gerakan Islam Kurun ke-21
Tahun lepas penulis sempat bertemu beberapa ahli AKP dan ahli Gerakan Gulen di Kuala Lumpur. Mereka menyatakan dasar dan manhaj AKP tetap utuh dengan tradisi dan warisan Sunni ASWJ dan warisan Sufi serta sejarah kegemilangan Osmaniah. Dalam liqa’ al-fikr (usrah) karya-karya Said Nursi dijadikan rujukan utama. Berbanding gerakan Islam lain di dunia hari ini tidak mempunyai jatidiri sunni ASWJ dalam perjuangan mendapatkan kuasa, politik dan perjuangan Islam seperti Ikhwan Muslimin (antara Sunni dan Salafi Wahabi), FIS, Algeria (antara Sunni dan Salafi Wahabi),Hamas (antara Sunni dan Salafi Wahabi), gerakan Islam di Pakistan (antara Sunni dan Salafi Wahabi),Hizbullah (Syiah), Gerakan Islam di Maghribi (antara Sunni dan Salafi Wahabi),PKS, Indonesia (antara Sunni dan Salafi Wahabi),PAS, Malaysia (antara Sunni, Salafi Wahabi dan Syiah),Daulat Arab Saudi(Salafi Wahabi), Daulat Iran (Syiah).
Parti Adalet ve Kalkinma Partisi atau Parti Keadilan dan Kesejahteraan (AKP) Turki pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyib Erdogan ,Abdullah Gul (Presiden Turki) dan Ahmet Davotuglu (Menteri luar )- sebagai arkitek dasar luar Turki yang strategis.
AKP berkesinambungan dari parti Refah dan MSP (Mili Selamat Partisi) yang berteraskan Islam, namun dianggap sebagai sebuah parti yang moderat tanpa melabelkan diri mereka sebagai gerakan Islam dan setiap tindakan mereka sebagai bercirikan Islam.
Selain menikmati kebebasan bersuara dan mengamalkan Islam, Turki di bawah AKP telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat. Pendapatan perkapita rakyat meningkat sekali ganda, pertumbuhan ekonomi Turki begitu pesat tahun 2010 mencapai 8.9% (KDNK) dan kuasa ke-17 ekonomi dunia. Pengurusan ekonomi, beramanah dan menghapuskan korupsi rasuah dijadikan agenda. KDNK Negara Turki begitu pesat dan meningkat sehingga Turki merupakan Negara Islam termaju. CIA Amerika mengiktiraf Turki sebagai Negara maju terbaru. Sektor perindustrian dan perkhidmatan menjadi hasil utama Turki.
Prasarana dan infrastruktur Negara dan rakyat diperbaiki dan dijayakan serta memajukan projek-projek tertangguh. Turki Negara ke-10 tarikan pelaburan FDI, Istanbul menjadi bandaraya ke-8 terbaik dunia. Perkhidmatan kesihatan rakyat dipertingkatkan, buku teks sekolah diberi percuma, perumahan murah rakyat miskin dan pengurusan beramanah. Mata wang Lira semakin kukuh dan pengukuhan kewangan Turki.
AKP Berjaya memulihkan demokrasi dengan mengurangkan campur tangan tentera dalam politik pindaan juga bertujuan bagi mengembalikan kebebasan beragama khususnya Islam dalam masyarakat dan pentadbiran kerajaan. Dasar pembangunan ekonomi dan hak asasi diutamakan dijadikan strategi dalaman Turki. Selain ketelusan dalam pemerintahan, kebajikan rakyatnya amat diutamakan oleh kerajaan Turki di bawah pimpinan AKP.
Tahun 2011 AKP menang besar dan ketiga pilihanraya Turki. Parti-parti yang bertanding termasuk yang berhaluan konservatif demokrasi, haluan kanan dan kiri, komunis sekular, nasionalis Konservatif, nasionalis sederhana, kebangsaan Kurdis berhaluan kiri dan kanan.
Dasar luar Turki yang dikatakan Neo-Ottoman. Keahlian Turki dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diteruskan malah diperkukuhkan lagi. Begitu juga dengan hubungannya dengan Amerika Syarikat, Israel, Iran dan Syria, Greece, Armenia, Azerbaijan turut dipereratkan. Perjuangan rakyat Palestin diambil perhatian. Suara Turki di arena antarabangsa semakin menyerlah dan dilihat suara Negara Islam paling menyerlah dalam dunia kini.
Turki sebagai “neo-Ottoman’ kegemilangan yang pernah dikecapi semasa di bawah empayar Othmaniah kini telahpun kembali. Tanpa disedari Turki mulai memainkan peranan yang penting sebagai “kuasa besar” dunia. Pendekatan hikmah , kebajikan rakyat dan kebijakan pimpinan turki perlu dicontohi mana-mana pimpinan Negara Islam. Manhaj Sunni ASWJ perlu diperhatian dan tonggak utama dalam perjuangan politik serta pendekatan massa dan bijaksana. Rakyat diutamakan dan Akidah teras terpenting. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi dari apa yang berlaku di Turki khususnya bagi gerakan-gerakan Islam yang bercita-cita mengembalikan kegemilangan Islam dan peradaban Insan.
oleh: Rodi@Rizhan