Raja Melayu dan Khalifah Othmaniyyah
Pemerintahan Khilafah Othmaniyyah yang bermula pada akhir abad ke 13M
merupakan pemerintahan yang mendapat sokongan dari semua
penganut Islam di serata pelosok dunia, yang mana raja-rajanya diiktiraf
sebagai Khalifah Islamiyyah. Malahan Syarif-Syarif Mekah[1]jugamengiktiraf, mendokong dan
menjalin ukhuwwah yang baik dengan khalifah-khalifah dinasti tersebut. Mereka
menjadi sumber inspirasi dan kekuatan ummah serta tempat pergantungan
termasuklah dari rantau ini. Khalifah
Islamiyyah ini memberikan makna yang besar kepada semangat
perpaduan dan setiakawan yang wujud di kalangan kesultanan-kesultanan Islam
sedunia,malahan menjadi resam daulah-daulah
Islamiyyah untuk mendoakan kesejahteraan khalifah-khalifah, selain
raja-raja mereka yang dibuat selepas khutbah Jumaat.
|
Cop mohor Sultan Abdul Hamid II, khalifah
Othmaniyyah terakhir, yang tumbang pada awal abad ke 20 Masihi. Baginda
berjuang dengan gigih untuk mempertahankan khilafah Islamiyyah. Baginda
banyak menghulurkan bantuan kepada Raja-raja Melayu dalam menghadapi ancaman
kuasa penjajah.
|
Kesultanan Melayu Melaka menempuh zaman keemasan hanya selepas mendapat
nobat Khalifah dimana ianya menjadi
pusat Islam yang terunggul di rantau. ini. Apabila kerajaan-kerajaan berjiran mengambil nobat dari Melaka untuk mengenalkan
diri sebagai kesultanan-kesultanan Islam, maka diambil sekali
segala adat dan peraturan raja-rajanya. Daulah-daulah Islamiyyah ini dipanggil
kesultanan-kesultanan Melayu. Antara kesultanan yang mengambil nobat dari
Melaka ialah Kesultanan Perak, Pahang, Brunei, Kedah dan sebagainya.
Dengan penobatan ini, Raja-Raja Melayu mendapat pengiktirafan sebagai zilul 'Lah fil ard,ukhuwwah yang terjalin dengan pusat Khalifah Islamiyyah atau Syarif-Syarif Mekah langsung dapat dimenafaatkan melalui hubungan perdagangan, diplomatik serta bantuan daripada alim-ulama yang didatangkan khas dari tempat-tempat tersebut serta bantuan ketenteraan untuk memerangi penjajah-penjajah kafir.
Sebagai sub-sistem dalam rantaian Khalifah Islamiyyah, hubungan akrab yang terjalin diantara Khalifah Othmaniyyah dengan kesultanan-kesultanan Melayu banyak tercatat dalam sejarah, antaranya;
i. Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahhar (1537-1568) dari Kesultanan Acheh telah diberikan gelaran Sultan oleh Khalifah Othmaniyyah yang bernama Sultan Salim II.
ii. Di zaman Sultan Alauddin Riayat Syah Al Mukammil (1588-1604), Acheh telah dibenarkan menggunakan bendera corak Kerajaan Othmaniyyah. Acheh juga telah menerima bantuan ketenteraan daripada Khalifah Othmaniyyah dalam jihadnya dengan Belanda.
iii Kesultanan Sulu pernah meminta bantuan ketenteraan daripada Khalifah Othmaniyyah dalam jihadnya dengan penjajah Sepanyol.
iv. Kesultanan Banten pernah meminta pengiktirafan Syarif Mekah dan menghantar perutusan kepada Khalifah Othmaniyyah.
v. Kesultanan Brunei pernah meminta bantuan Khalifah Othmaniyyah untuk mengusir James Brooke yang telah merampas sebahagian besar dari wilayah Brunei masa itu.
vi. Salah seorang dari Raja-Raja Melayu (kemungkinan dari Kesultanan Terengganu) pernah menawarkan diri untuk menjadi Khalifah ummah apabila Kerajaan Othmaniyyah kalah dalam peperangan dengan tentera bersekutu Eropah pada awal abad ke 20M.
Khalifah Othmaniyyah banyak memberikan dorongan, malahbantuan ketenteraan kepada ancaman penjajahan Nasrani di rantau ini sehingga akhir abad ke-19 Masihi melalui pejabat konsul mereka di Singapura dan Batavia (Jakarta). Khalifah Othmaniyyah juga pernah melibatkan diri bersama pejuang-pejuang Islam dalam menentang penjajahan Nasrani di Sulu, Palembang, Jambi dan lain-lain tempat.
Kewujudan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai unit-unit dalam. rantaian Khalifah Islamiyyahsemenjak hampir 600 tahun yang lalu merupakan suatu rahmat kepada Bangsa Melayu.Walaupun dengan segala bekas parut dan calarnya, warisan pemerintahan umat Islam yang masih dipelihara di negara kita adalah sesuatu yang harus disyukuri, kerana dalam kebanyakan negara Islam yang lain di dunia, Institusi Raja-Raja Islam telah dilupuskan sama sekali oleh perencanaan jahat kuasa-kuasa Barat, sebagaimana terhapusnya Institusi Khalifah Islamiyyah. Institusi Raja-Raja Islam yang menjadi 'payung dan tombak' Allah SWT di dunia ini kemudiannya digantikan dengan sistem-sistem yang berfalsafah 'kenegaraan' yang hakikatnya dinaungi oleh Yahudi dan Nasrani.
Kepentingan, Fungsi Dan Peranan
Raja-Raja Melayu Tradisional
Kedatangan Islam di Alam Melayu telah melahirkan suatu kuasa politik yang unggul dan berwibawa, yang mana amalan pemerintahan Islam oleh kesultanan-kesultanan Melayu ini diakui pernah membawa kepada suatu era gemilang dalam sejarah rantau ini. Kebanyakan Raja-raja Melayu di zaman kecemerlangan tersebut telah mendaulatkan Islam dalam amalanpemerintahan mereka.
Islam juga telah membawa Raja-Raja Melayu kepada dua konsep murni, iaitu adil dan muafakat. Konsep adil diterapkan dalam perjanjian diantara Demang Lebar Daun dan Sang Nila Utama dandijadikan sebagai magna carta bangsa Melayu. Konsep muafakat pula menekankan semangat bermusyawarah yang perlu dipupuk di bawah sistem pemerintahan Islam. Konsep inikemudiannya dipercayai menjadi asas kepada konsep gotong-royong yang menjadi fitrahmasyarakat Melayu zaman silam.
Sumbangan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai pusat perlaksanaan dasar tamadun Melayu-Islam di Alam Nusantara dapat diperlihatkan dalam beberapa aspek ini, iaitu;
1. Berperanan dalam mewujudkan sistem pemerintahan Islam.
2. Mewujudkan ekonomi Islam yang mantap dengan pusat-pusat perdagangan yang masyur.
3. Mewujudkan satu citarasa kemasyarakatan yang tidak pernah ada sebelumnya, iaitu konsep muafakat dan gotong royong.
4. Menjadi pusat penyuburan ilmu dan peradaban Islam dengan penghasilan karya-karya yang meliputi bidang-bidang pengajian agama yang lugs seperti fiqah, usuluddin, falsafah, tasawuff, tafsir, tatabahasa Arab dan kesusasteraan
5. Menjadi pusat kegiatan kebudayaan dan kesusasteraan Melayu-Islam
6. Menggubal perundangan Islam, hukum kanun dan adat resam
Dalam lanskap pemerintahan Bangsa Melayu, Institusi Raja-Raja Melayu juga berfungsi dalam beberapa perkara yang berikut ;
Sebagai 'payung' bangsa.
Institusi Raja-Raja berfungsi sebagai `payung bagi bangsanya', umpama payung yangmelindungi pemakainya dari terik kepanasan matahari dan basahan siraman hujan. Institusi Raja-Raja yang berhakikat berfungsi sebagai pelindung kedaulatan bangsa dan agama yang dipayungi itu. Pentingnya peranan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak pelindung bangsa dan agama adalah umpama tanggungjawab seorang bapa sebagai ketua rumahtangga.
Bapa diamanahkan oleh Allah SWT sebagai penjaga dan pelindung isteri dan anak-anaknya.Sebagai tonggak keluarga, bapa perlu menjaga maruah dan kehormatan keluarga. Didalam rumahtangganya, isteri bertanggungjawab menjaga urusan dalaman dan anak-anak.Kadangkala apabila berlaku kekecohan antara anak-anak, tugas isteri adalahmendamaikan dan tidak memanjangkan persengketaan tersebut. Namun jika terdapat perbalahan anak-anak yang dikhuatiri menggangu gugat keharmonian rumahtangga dan berpotensi mengakibatkan pecah belah keluarga, bapa akan masuk campur, menasihati anak-anak agar menjaga maruah keluarga dan jika perlu mengambil tindakan yang tegas bagi mengembalikan perpaduan keluarganya, kerana itulah maruah dirinya sebagai tonggak keluarga.
Tugas bapa juga adalah memastikan keselamatan anak isterinya sentiasa terjamin danterpelihara dari sebarang ganggu-gugat luar yang mengancam kesejahteraankeluarganya. Begitulah umpamanya peranan Raja-Raja Melayu. Mereka dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tonggak sebuah keluarga besar yang dinamakan Bangsa Melayu. Isterinya adalah umpama penguasa bawahan yang mengendalikan urusan dalaman negeri sementararakyat jelata itulah seperti anak-anaknya.
Raja tidak akan mencampuri urusan pentadbiran selama mana ia tidak menggugat kepentingan, keutamaan maruah serta perpaduan bangsa dan agamanya. Walaubagaimanapun, apabila ada pihak yang cuba menggugat, maka dengan peranan dan kuasa yang diamanahkanpadanya, ia akan bertindak melindunginya kerana maruah bangsa dan agama adalah maruah Raja.
Sebagai benteng yang memagar
kekuatan dan kelemahan bangsa
Seperti juga bangsa-bangsa lain, Bangsa Melayu mempunyai keunikan fitrahnya yang tersendiri. Antara fitrah semulajadi Bangsa Melayu adalah kelembutan dan kelurusan jiwanya, taat dan takzim pada ketuanya, adab, santun dan sabarnya. Fitrah ini pernah menjadi kekuatan Bangsa Melayu, mencetuskan kekeramatannya serta melahirkan sejarah kecemerlangan dan kegemilanganya.
Bagaimanapun, orang Melayu terlalu baik fitrahnya sehingga seringkali terlupa bahawa kebaikan itu ada batasannya, ketaatan dan takzim pada ketua harus pada tempatnya, peradaban, santun dan kesabaran itu patut kena pada caranya. Dan inilah yang menjadi kelemahan Bangsa Melayu kerana kebaikannya boleh disalah gunakan untuk memperdayanya dengan halus, sehingga mudah tertipu oleh para pengkhianat dalaman dan musuh-musuh luaran.
Ketaatan dan takzim orang-orang Melayu yang membuta tuli jika diberikan pada kepimpinan yang korup amatlah memudaratkan. Peradaban bangsa yang penuh santun, yang menjadikan masyarakat Melayu penuh berhikmah dan berhemah tinggi suatu masa dahulu jika diletakkan tidak kena pada tempatnya boleh menghina dan menjatuhkan harga diri orang Melayu sendirikerana mereka tidak tahu untuk bersikap kurang ajar apabila mendapat kepimpinan yang merosakkan. Kesabaran orang-orang Melayu yang tinggi boleh dieksploitasi jika diamanahkan pada kepimpinan yang `naik tocang' dengan berbagai kepincangan dan kezalimannya.
Sebenarnya fitrah semulajadi Bangsa Melayu yang baik itu, yang pernah menjadi punca kekuatan mereka, tetapi juga menjadi 'Achilless heel' kepada bangsanya di zaman-zamankemudian amat disedari oleh alim-ulama sufi dan tasawuff yang menjadi pembimbing Raja-raja Melayu di zaman silam, serta para pemikir dan pemuka-pemuka masyarakat. Berikutan dengannya, mereka menyusun langkah-langkah yang berkesan untuk membataskan atau memagari kekuatan bangsa ini agar ianya tidak pula bertukar menjadi kelemahan yang akan mendedahkan orang-orang Melayu kepada ancaman para pengkhianat dan musuh, khususnya yang 'bersembunyi di dalam selimut'.
Struktur atau kerangka yang memagari kekuatan Bangsa Melayu itu adalah hukum ADAT dan SYARAK. Benteng atau pengawalnya itulah Institusi Raja-Raja Melayu yang berHAKIKAT.
Sebagai ‘payung’ agama
Al-Imam Ghazali pernah memberikan pendapatnya mengenai raja dan agama seperti maksud berikut;
" Dunia itu adalah tempat bercucuk tanam bagi akhirat, maka tidaklah sempurna agama itu melainkan dengan adanya dunia. Raja dan agama adalah umpama dua anak kembar, agama itu ialah asal dan akar umbi, dan raja itu pula adalah pengawal. Sesuatu yang tidak mempunyai asal dan akar umbi pasti akan roboh, dan sesuatu yang tidak mempunyai pengawal, pasti akan hilang. Kerajaan dan kepastian hukum tidak akan sempurna melainkan dengan adanya Sultan. Dan jalan kepastian hukum untuk menyelesaikan perkara pemerintahan adalah dengan Ilmu Feqah."
Sejarah pemerintahan Raja-Raja Melayu telah membuktikan bahawa kedatangan Islam telah merubah lahiriah, jiwa dan batin sistem politik pra-Islam kepada satu aliran pemikiran dan sistem politik baru dalam sejarah yang berteraskan ajaran Agama Islam. Corak pemerintahan Islam yang berjaya merubah falsafah dan tamadun masyarakat Melayu telah melibatkan peranan istana secara aktif, dinamis dan bersambung-sambung. Peranan Raja-Raja Melayu sebagai payung agama dapat dilihat melalui usaha menegak, menyebar, menyubur dan mempertahankan syariat Islam.
Alim-ulama yang bernaung di bawah pemerintahan Raja-Raja Melayu tradisi bukan sahaja dapat mencurahkan khidmat agama dengan sempurna, tetapi terlindung dari ancaman ahli-ahli sabotaj yang cuba menyelinapkan doktrin-doktrin dan ideologi-ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar. Sejarah membuktikan bahawa selama mana Raja-Raja Melayu mempunyai perisian hakikat, selama itulah fahaman-fahaman yang sesat dan batil tidak berpeluang menyelinap masuk ke dalam institusi-institusi masyarakat Melayu.
Simbol kesatuan dan perpaduan Melayu
dan kaum-kaum lain yang dinaungi Raja Melayu
Kedudukan unik seorang Raja Melayu yang tertinggi dan teratas dalam hirarkipemerintahan bangsanya, serta tidak terbendung dengan mana-mana gerakan politik persukuan ataupun gerakan-gerakan agama membolehkannya menjadi agen yang paling berkesan untuk menyatupadukan rakyat jelata dari berbagai corak, kaum, kufu dan kefahaman itu.Dalam konteks ini, seorang Raja Melayu mampu menjadi agen untuk menyatukan umat Islam dari berbagai aliran seperti berikut.
i. Umat Islam yang terdiri daripada bermacam fahaman dan mazhab
ii. Umat Islam yang belajar secara sistem tradisi atau pondok
iii. Umat Islam yang mendapat pendidikan sekular moden
iv. Umat Islam yang berpegang pada pemikiran moden dan pendekatan rationalisme
v. Umat Islam yang berpegang pada pemikiran mistik dan kerohanian.
Selain itu, keunikan Institusi Raja-raja Melayu ialah dalam peranannya seperti berikut;
i. Raja sebagai tonggak Bangsa Melayu dapat menaungi serta memenuhi kehendak fitrah bangsanya yang memerlukan pada identiti, jatidiri dan budaya tersendiri yang unik dengan coraknya masing-masing.
ii. Raja sebagai tonggak dan ketua Agama Islam atas kerajaan baginda dapat membataskan berbagai mazhab dan aliran pemikiran supaya sentiasa terbendung dalam pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
iii. Raja sebagai ‘bapa’ dapat menyatu padukan rakyat dari berbagai aliran kefahaman politik serta membataskan pergerakan siasah mereka supaya sentiasa terbendung dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat dan adat dengan bimbingan dan kerjasama mufti serta pemuka-pemuka masyarakat.
iv. Raja sebagai ‘bapa’ dapat bersikap berkecuali dalam menangani masalah yang datang dari mana-mana pihak ataupun gerakan serta mengawalnya dari sebarang tindak-tanduk yang boleh mengganggu-gugat kepentingan Bangsa Melayu dan Agama Islam.
v. Raja sebagai ketua pemerintah dapat bersikap TEGAS, TELUS dan TULUS dalam pemerintahannya kerana tidak perlu mencari kepentingan peribadi atau politik sukunya.
vi. Raja sebagai penaung kepada kaum-kaum lain dari berbagai agama dapat menjaga kepentingan mereka tanpa perlu membuat sebarang jual beli politik yang boleh menggugat kepentingan Bangsa Melayu dan Agama Islam.
vii. Raja sebagai ketua pemerintah dapat duduk semeja dengan ketua-ketua negara yang lain tanpa perlu membuat pengagihan jual beli politik untuk kepentingan peribadi, politik atau gerakan sukunya
Kesimpulannya, kedudukan unik yang ada pada seorang Raja Melayu sebenarnya mampu menyatu padukan rakyat jelata bukan sahaja dari berbagai aliran, gerakan, mazhab mahupun kefahaman politik, malahan boleh juga menyatu-padukan kaum-kaum lain serta menjaga kepentingan-kepentingan mereka dalam batasan yang dibenarkan oleh hukum syariat dan adat Bangsa Melayu tanpa perlu membuat sebarang pertaruhan jual beli politik yang boleh merugikan bangsa dan agama.
[1]Keturunan ahlul-bait Rasulullah SAW dari jurai Sayyidina al-Hassani bin Sayyidatina Fatimah binti Rasulullah SAWyang memerintah Mekah dan Madinah selama hampir 800 tahun lamanya, iaitu dari 1201 Masihi sehingga diturunkan oleh dinasti Saudiyyah dalam tahun 1925 Masihi yang kemudiannya mengasaskan Arab Saudi.
Sumber : ' Melayu Islam Beraja: Menggali Hakikat Leluhur'