Zuhud yang sebenar
Apakah tanda-tanda zuhud? Adakah zuhud hanya untuk orang-orang tertentu?
Apakah tanda-tanda zuhud? Adakah zuhud hanya untuk orang-orang tertentu?
Sidi Syeikh Mukhtar berkata : AZZUHDU AN TAMLIKADD DUNYAA FATA'UFFA MINHA'. Bermaksud: 'Zuhud ialah engkau memiliki dunia kemudian engkau menahan diri daripada terkesan dengannya'. Zuhud merangkumi pelbagai aspek seperti pemakanan,pakaian,perbelanjaan,pekerjaan,dan sebagainya. Tetapi ada juga perkara2 yang tidak termasuk dalam lingkungan zuhud .Sebagai contoh, pencarian ilmu,rahmat & hidayah. Rasulullah pernah berdoa: 'ROBBI ZIDNII 'ILMAN'. Bermaksud: 'Wahai Tuhanku!Tambahkanlah ilmu kepadaku'. Rasulullah juga pernah berdoa: 'ROBBANAA AATINA MIN LADUNKA ROHMATAN'. Bermaksud: 'Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kami Rahmat dari sisi-Mu'. Begitu juga dengan hidayah,tidak perlu zuhud padanya ,
persoalannya adakah erti zuhud ialah meninggalkan segala perkara yang ada kaitan dengan dunia? Adakah kalau selama ini kita yang kaya raya ini harus meninggalkan segala harta benda lalu mengambil barang sekadar keperluan kita sahaja? Dan adakah kalau selama ini kita memakai pakaian yang mahal, bermutu tinggi dan cantik lalu apabila kita mengenal erti zuhud lalu kita menukarkan trend pakaian kita kepada pakaian-pakaian yang serba murah,lusuh dan compang-camping? Dan adakah kalau selama ini kita merasai hidangan yang lazat dan berkhaziat lagi penuh gizinya,tetapi setelah mengenal arti zuhud kita hanya sekadar memakan makanan yang hanya cukup untuk mengganjal perut saja? Apakah...Apakah...Apakah....! Apakah itu yang dimaksudkan dengan zuhud? Siapakah yang lebih arif dengan arti zuhud ini? Apakah kita yang belajar ilmu agama semuanya benar-benar mengenali istilah atau makna zuhud? Atau apakah kita memahami istilah zuhud sekadar mengikut pemahaman yang ada dalam diri kita saja tanpa perlu merujuk kepada istilah zuhud yang sebenarnya? Mungkinkah kalau ditanya tentang arti zuhud yang sebenarnya, kita akan menuding jari kepada para ulama' yang mewarisi tugas-tugas para anbia'. Tetapi kadang-kadang apabila kita melihat kepada barisan ulama' pewaris anbia' ini, kadang2 kita melihat mereka memakai pakaian-pakaian yang kadang-kadang jauh lebih mewah dan mahal daripada yang kita pakai . Apa maksud disebalik semuanya ini ? Mereka amat mengerti dan tahu tentang arti zuhud tetapi pada masa yang sama seolah-olah mereka menyalahi arti zuhud ! Oleh itu, perkara ini kalau tidak memahami dengan baik dan betul,tentu sekali akan memusingkan kepala otak kita bahkan memeningkan kalian.
Lihatlah bagaimana pula kisah Sidi Abu Hassan Syazuli dengan salah seorang anak muridnya. beliat bertanya Sidi Abu Hasan As-Syazuli kenapa beliau yang senntiasa saja memakai pakaian yang mewah, sedangkan beliau salah seorang daripada Waliyullah yang bertaraf Qutub. Lelaki penanya itu hanya memakai pakaian yang lusuh supaya ia dikenali sebagai seorang yang zuhud. Jawab Sayyidi Abul Hasan As-Syazuli: 'LIBAASUKUM HAAZAA YAQUULU INNALLAAHA FAQIIRUN WA LIBAASUNAA HAAZAA YAQUULU INNALLAAHA GHONIYYUN...JAMIILUN YUHIBBUL JAMAAL'... Bermaksud: 'Pakaian kamu (yang lusuh ) ini menyatakan bahawa Allah Ta'ala itu miskin dan pakaian(mewah)aku ini pula menyatakan bahawasanya Allah Ta'ala itu Maha Kaya dan Maha Cantik serta sukakan yang cantik-cantik'. Rasulullah juga pernah bersabda: 'INNALLAAHA YUHIBBU AN YURAA ATHARA NI'MATIHII 'ALAA ABDIHII'. Bermaksud: 'Sesungguhnya Allah Ta'ala suka jika diperlihatkan kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya'. Allah Ta'ala berfirman: 'YAA AYYUHARRUSULU KULUU MIN TOYYIBAAT MAA ROZAQNAAKUM'. Bermaksud: 'Wahai para Rasul!Makanlah daripada rezeki yang baik2 yang telah Kami kurniakan kepadamu' Allah Ta'ala berfirman: 'YAA AYYUHALLAZIINA AAMANUU KULUU MINAT TOYYIBAATI MA ROZAQNAAKUM'. Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah daripada rezeki yang baik-baik yang telah Kami kurniakan kepada kamu'. Itu ialah perintah daripada Allah Ta'ala yang mana Allah s.w.t menyuruh kita makan makanan yang baik-baik,malah yang terbaik. Perkataan 'TOYYIBAAT ' tidak bermaksud makanan yang halal semata-semata bahkan makanan yang terbaik. Allah Ta'ala berfirman lagi: 'YAA BANII AADAMA KHUZUU ZIINATAKUM 'INDA KULLI... MASJIDIN'. Bermaksud: 'Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaianmu yang indah di setiap(memasuki)masjid'... Itu ialah saranan daripada Allah Ta'ala kepada hamba-hamba-Nya. Allah s.w.t menyuruh kita memakai pakaian indah-indah !
Cuba kita tengok pula kenderaan Rasulullah s.a.w . Rasulullah menunggang kuda yang terbaik pada zaman baginda.Pedang-pedang yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w semasa perang juga adalah pedang yang terbaik contohnya , Pedang Zul-Fiqar yang bertatahkan batu permata. Rasulullah s.a.w pernah memakai kain burdah dari Yaman. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Sayyiduna Abdul Rahman Bin Auf,salah seorang sahabat Rasulullah yang bergelar jutawan telah memuji seraya berkata : Wahai Rasulullah: 'MAA AJMALA HAAZIHIL BURDAH'. Bermaksud: 'Alangkah indahnya kain burdah ini'. Kain burdah Yaman ini tentulah mahal sebab ianya merupakan barangan yang cantik biasanya yang mahal dan bermutu tinggi. Kain burdah Rasulullah begitu mahal,diimport dari Yaman itu adalah sebahagian contoh menunjukkan Rasulullah s.a.w juga memakai pakaian yang mahal dan berkualiti. Bagaimana pula syarat-syarat supaya kita dapat menjadi seorang yang zuhud .
Terdapat dua syarat mengikut kalam Sidi Syeikh Mukhtar r.a.Iaitu :
1) Memiliki harta sendiri. 2) Harta yang dimiliki mestilah bernilai.
Sekirannya syarat tersebut tidak sempurna maka tidak dinamakan zuhud. Cuba kita lihat pada diri kita , Siapakah diri kita yang sebenarnya? Adakah kita memiliki atau dimiliki? Sebenarnya,kita dimiliki ! Kita adalah 'AABDUN MAMLUUKUN'. Hamba yang dimiliki oleh Allah Ta'ala! bukankah demikian? bila kita sendiri dimiliki, berarti kita tidak akan memiliki lagi. Bukankah segala harta benda yang kita gunakan semasa di dunia ini semuanya pinjaman kesemuanya. Apabila semua harta benda berbentuk pinjaman,ini bererti ia bukan menjadi hak yang mutlak kita! Maknanya, syarat zuhud yang pertama kita tidak mampu memenuhinya lagi. Rasulullah pernah bersabda: 'ADDUNYAA LAA TAZINU 'INDALLAAHI JANAAHA BA'UUDHOH'. Bermaksud: 'Dunia ini langsung tidak menyamai berat sebelah sayap seekor nyamuk di sisi Allah Ta'ala'. Kita tidak memiliki dunia dan ia sendiri worthless.Bila jadi begini,bermakna kita sudah kehilangan kedua-dua syarat tersebut. Apabila sudah tidak sempurna kedua-dua syarat tersebut ,maka Syeikh Mukhtar berkata: 'LAA ZUHDA FID DUNYAA'. Bermaksud: 'Tidak ada zuhud sama sekali di dunia'. Karena apa? Kerana kita tidak memiliki apa-apa pun di atas muka dunia ini kerana kita sendiri dimiliki dan segala harta benda yang digunakan adalah pinjaman semuanya. Dan dunia tidak bernilai langsung di sisi Allah Ta'ala melainkan sebelah sayap nyamuk saja.
Zuhud bukan meninggalkan dunia tetapi mengambil dunia kesemuanya tetapi dalam masa yang sama tidak meletakkan dunia di dalam hati bahkan di tangan kita. Dunia bukan di hati, tetapi dalam gengaman tangan. Rasulullah pernah bersabda: 'IZAA SA'ALTUMUL JANNATA FAS'ALUL FIRDAUSAL A'LAA'... Bermaksud: 'Apabila kamu memohon(kepada Allah Ta'ala) akan syurga-Nya,maka pohonlah Syurga Firdaus yang tertinggi'. Cuba kita lihatlah bagaimana saranan Rasulullah kepada umat beliau supaya memohon syurga yang tertinggi darjatnya,bukannya berzuhud dalam soal memohon ganjaran dan balasan daripada Allah Ta'ala. Allah Ta'ala s.w.t telah berfirman:... 'WABTAGHI FII MAA AATAAKAL LOOHUD DAAROL AAKHIROTA WALAA TANSA NASIIBAKA MINAD DUNYAA'... Bermaksud: 'Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan kepadamu(kebahagiaan)negeri akhirat,dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari(kenikmatan) duniawi.
Demikianlah penulis menyampaikan serba sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama tentang zuhud yang dinukilkan daripada guru mursyid penulis.Walaupun penulis sama sekali tidak menafikan erti zuhud yang dikemukakan oleh ulama'-ulama lain, tetapi ini adalah sebagai salah satu makna daripada makna-makna zuhud yang Allah s.a.w anugerahkan kepada hamba-Nya supaya kita dapat melihat erti zuhud dari sudut yang tepat dengan kehendak Allah Taala.