ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Gerakan Gulen


GERAKAN GULEN

Fethullah Gulen suatu nama yang tidak asing di Turki, ianya menjadi pelopor kepada suatu gerakan yang dikenali gerakan Gulen. Iaitu suatu gerakan yang menyambung dan berkesinambungan daripada perjuangan Syeikh Said Nursi atau gerakan nurcu atau Nursi. Bahkan Fethullah Gulen sendiri merupakan murid kepada Syeikh Said Nursi.

Fethullah Fulen dikenali sebagai Hujjah Efendi yang setaraf dengan Syeikh (Arab), Kiyai (Indonesia), Ayatollah, (Iran), Maulana, (India), Baba (Patani) dan Tuan Guru di (Malaysia).

Pendekatan Gulen yang mementingkan dialog peradaban dan pendekatan Sufi atau Tasawuf yang mementingkan hikmah dan islah qalbu. Fethullah Gulen seorang ulama Sufi dan pemikir massa yang mana beliau dan anggotanya banyak melakukan dakwah melalui pendidikan, sosial, dakwah dan ekonomi. Pendek kata setiap lapisan masyarakat dan organisasi di Turki terdapat ahlinya. Pendekatan kumpulan ini ialah berada dimana-mana organisasi bahkan mereka banyak menguasai kedudukan tinggi dalam mana-mana organisasi. Yang mempamerkan suatu jaringan yang strategis dan bijaksana. Mereka menguasai hampir semua organisasi yang berkaitan urusan hidup masyarakat Turki. Mereka mempunyai hubung kait diantara satu sama lain.

Dalam perniagaan (MUSIAD), pendidikan, media (akhbar Zaman dan TV Semanyolu) , politik (parti Saadet dan AKP). Kumpulan mereka dikenali cemaat. Bahkan Gulen sendiri merupakan pengasas dan pengerusi Yayasan Penulis dan Wartawan..

Antara tujuan gerakan Gulen ialah:
Islamisasi ideologi nasionalis Turki dan Islamisasi terhadap modeniti. Semangat nasionalis turki dititiberatkan melalui pendidikan dan pusat pendidikan. Bahkan mereka berjaya membina jaringan global dengan membina pusat pendidikan dan kebudayaaan Turki di serata negara. Bahkan di Kazakhastan dan Turkmenistan mereka berjaya membina unversiti. Di Turki sendiri Universiti Fatih merupakan universiti milik gerakan ini. .

Pendekatan Gulen mengabungkan antara traditionalis dan modenis yang menjadi wadah utama yang dititikberatkan. Sistem pengajian Islam mantap berpaksi aliran Sunni ahli Sunnah walJamaah. Kalangan ahlinya ada yang bertasawuf dan bertariqat seperti Qadiriah, Maulawiah dan al-Naqsyabandiah. Mereka tahu bahawa roh dan kekuatan umat Islam ialah melalui tariqat/tasawuf. Jaringan Turkish Schools dan jaringan antarabangsanya seperti Fountain Turkish Culture Foundation mendapat tempat di kalangan masyarakat antarabangsa. Antara pusat utama gerakan ini ialah di asia tengah. Sikap gerakan ini yang progresif dan modenis diterima pelbagai golongan samada kalangan bukan Islam atau golongan muslim sekular. Mereka bersikap terbuka, hikmah, lemah lembut dan mempunyai jatidiri muslim Sunni yang mantap.

The Prospects dan Forein Policy telah menobatkan Fethullah Gulen sebagai pemenang nombor 1 pada tahun 2008 dan laman web Islam fgulen menduduki ranking pertama di dunia yang dilayari oleh masyarakat dunia. Kalangan ahlinya mengutamakan tarbiah ruhiyyah melalui pendekatan tasawuf disamping ilmu kontemporari. Gerakan ini melahirkan umat Islam profesional dan mempunyai jatidiri muslim sunni yang mantap. Bahkan beratus-ratus kalangan usahawan gerakan ini mampu mengeluarkan zakat sehingga sejuta ringgit setahun.

Fethullah Gulen mempunyai hubungan mantap dengan Syeikh-Syeikh tariqat sebagai mewarisi daripada pemerintaan Osmaniah terdahulu. Sejarah merekodkan golongan sufi sebagai penyebar agama Islam, pendidik, pendakwah, penyatu ummah dan sebagai penasihat agama dan strategis kepada pemerintah.

Begitu juga pemerintah Turki sekarang Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menteri Tayyib Erdogan mempunyai hubungan yang baik dengan Gulen bahkan kalangan ahli AKP juga adalah ahli kepada gerakan Gulen. Kedua tokoh parti pemimpin ini ingin mengembalikan kegemilangan umat Islam sebagaimana di zaman Khalifah Osmaniah walaupun mempunyai halangan besar daripada golongan sekular Turki yang menguasai Turki moden. Justeru mereka begitu akrab mendampingi Syeikh-syeikh Tariqat Sufi. Bahkan Presiden Abdullah Gul sendiri merupakan cucu kepada Khalifah al-Naqsyabandiah dan hubungan parti AKP yang merupakan sayap yang muncul dari parti Refah yang diasaskan dan dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Turki Nejmuddin Erbakan yang juga seorang ahli tariqat al-Naqsyabandiah.

Unitnya Turki menjadi pusat berkumpul para gerakan Islam sedunia dan NGO Islam sedunia walaupun antaranya ada berfahaman Sunni, Wahabi, Syiah dan Liberal. Bahkan Turki antara negara Islam paling maju dan moden. Bahkan antara negara Islam yang paling kukuh ekonominya serta mempunyai kekuatan tentera paling mantap (ahli NATO).

Khidmat agama, bangsa, negara dan ummah yang diterajui Fethulleh Gulen menarik perhatian pihak barat disamping pendekatannya yang hikmah dan strategis. Fethullah Gulen banyak menghasilkan penulisan ilmiah dalam pelbagai bidang dan sering terlibat dalam wacana ilmu, dialog di peringkat antarabangsa. Untuk mengikuti perkembangannya dan keintelektualannya boleh layari laman webnya http://www.fgulen.org/