ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Syeikh Ahmad Arabi as-Syarnubi



Syeikh Ahmad Arabi as-Syarnubi
(931-994 H)

Beliau ialah Sayyid Ahmad Arabi bin Sayyid Othman bin Sayyid Ali Nuruddin bin Sayyid Abi al-Abbas bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Ali al-Burhani bin Sayyid Khaidir bin Sayyid Ali bin Sayyid Mohamed bin Sayyid Yusuf bin Sayyid Sulaiman bin Sayyid Abdul Muhaimin bin Sayyid Abdul Khaliq Solahuddin bin Sayyid Mohamed Qamar ad-Daulat bin Sayyid Hussein bin Sayyid Hasan al-Soyad bin Sayyid Ibrahim al-Ghalibi bin Sayyid Omar bin Sayyid Mohamed Abdul Salam bin Sayyid Ibrahim Redha bin Sayyid Musa al-Kazim bin Sayyid as-Sidiq bin Sayyid Jaafar as-Sodiq bin Sayyid Mohamed al-Baqir bin Saidina Ali Zainal Abidin bin Saidina Hussin bin Saidina Ali dan Saidinatina Fatimah az-Zahra’ binti Saidina Mohamed SAW.

Beliau dilahirkan di Syarnub, Wilayah Buhairah, Mesir pada tahun 931 H. Beliau mempunyai banyak karamah dan begitu alim sebagaimana diriwayatkan oleh para ulama lain dan dinukilkan dalam kitab-kitab. Semenjak kecil beliau merupakan seorang yang rajin beribadat dan mendapat didikan baik daripada ibunya Sayyidah Ayidah yang merupakan seorang solehah.

Beliau pernah bermusafir ke Haramayn, Syam, Istanbul dan Cyprus. Pernah tinggal di Haramayn selam 7 tahun, dan disana beliau berbakti mencurah ilmunya kepada umat Islam disana. Antara kitab karangan beliau ialah ‘Taiah as-Suluk Ila Malikul al-Muluk’. Semasa di Istanbul, Sultan Salim meminta Syeikh Nuruddin dan beliau untuk ke Cyprus bagi berdoa dan membuka kawasan takluk Osmaniah bagi menyebarkan Islam disana dan berkatnya Islam berjaya bertapak disana.

Pada mulanya beliau mengikuti Tariqat as-Syaziliah dan seterusnya Tariqat ad-Dusuqiah, dan antara gurunya Syeikh Mohamed as-Shahawi, Syeikh Abdul Rahman al-Tajuri, Syeikh Abdul Salam al-Magribi, Syeik Ali as-Sakari, Syeikh Ali al-Muttaqa, Syeikh Abdul Rahim al-Beiruti, Syeikh Abu Hassan al-Bakri, Syeikh Sulaiman al-Khadiri, Syeikh Ibrahim al-az-Zakir, Syeikh Badruddin al-Adili, Syeikh Zain al-Mursafi da Syeikh Nuruddin. Beliau mashur sebagai wazir Syeikh Ibrahimad ad-Dusuqi serta merupakan mashrabnya beliau menjadi wazir hakiki kepada Qutub Aqtab Abu Ainain. Dari sanadnya beliau mengambil baiah daripada Syiekh Mohamed al-Itris daripada Syeikh Jalaluddin as-Suyuti daripada Syeikh Mohamed Abdul Salam as-Syazili dan melaui Syeikh al-Itris juga berkesinambungan kepada Syeikh Musa Abu al-Imran dan daripada Syeikh Ibrahim ad-Dusuqi.

Beliau menyampaikan banyak pesanan antaranya: Supaya rajin membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Katanya juga kepada muridnya, seorang Syeikh akan menjada murid yang sodiq samaada ianya jauh dan dekat.

Kalangan ulama ramai yang menjadi muridnya antaranya ialah :
- Syeikh Ibrahim al-Laqani
- Syeikh Sulaiman bin Soleh ad-Damanhuri
- Syeikh Daud al-Laqani
- SyeikhAli Munir al-Laqani
- Syeikh Syihabuddin al-Dumyati
- Syeikh Abu Barakat al-Hasani
- Syeikh Ibrahim Syabarkiti
- Syeikh Hijazi as-Sakandari
- Syeikh Syamsuddin al-Tilbani
- Syeikh Ali Abu Rabah al-Absyiti
- Syeikh Mohamed al-Balqini
- Syeikh Ubaid al-Tamani
- Syeikh Abu Nasr ad-Dusuqi
- Syeikh Sulaiman al-Burhani
- Syeikh Syarafuddin al-Mursyid
- Syeikh al-Bulini
- Syeikh Sulaiman al-Alaqani
- Syeikh Hamidi al-Khulaidi
- Syeikh Mohamed bin Sakran
- Syeikh Amir al-Baqali
- Syeikh Ibrahim as-Syarnubi
- Syeikh Ibrahim as-Samdisi
- Syeikh Hasan al-Manzilani
- Syeikh Sulaiman as-Isnawi
- Syeikh Abdullah al-Maghribi
- Syeikh Salim ad-Damanhuri
- Syeikh Zain al-Mihlawi
- Syeikh Mohamed ad-Dusuqi


Pada tahun 994H beliau berangkat kali kedua ke Istanbul dan ketika disana beliau jatuh sakit sehinggalah beliau meninggal dunia dan dimakamkan disana. Umur beliau pada masa tersebut ialah 63 tahun.