ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

Majlis Tertinggi Tariqat Sufi & Anggota Tertinggi Majlis Sufi Mesir (Majlis A’la Turuq Sufiah)


Majlis Tertinggi Tariqat Sufi & Anggota Tertinggi Majlis Sufi Mesir (Majlis A’la Turuq Sufiah)
Sabtu, 8 Januari 2011, pemilihan baru bagi menduduki tempat Anggota Tertinggi Ulama’ Sufi dan Majlis Sufi Mesir. Di Mesir kini terdapat lebih 70 Tariqat Sufi yang muktabar dengan lebih 70 orang Syeikh dan bernaung dibawah Majlis Tariqat Sufi dengan ahlinya melebihi 15 juta orang.

Pemilihan ini bagi memilih para sheikh baru untuk menduduki Institusi Sufi yang muktabar di dunia hari ini. Kanun no. 118 tahun 1976, sebagai rujukan iaitu bagi memilih 10 orang anggota tertinggi yang akan diketuai seorang Sheikh Masyayikh, seorang setiausaha dan dua orang lagi yang dipilih oleh Kementerian Waqaf, al-Azhar, Kementerian Kebudayaan, Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Tempatan Kaherah. Setiap institusi tersebut menghantar wakil dalam pemilihan ini dan menjadi saksi dalam pemilihan khas institusi Sufi Mesir.
Majlis Sufi juga mempunyai beberapa Lajnah antaranya Lajnah Ilmiah, Lajnah Maukib (perarakan), Lajnah Maulid dan Makam, Lajnah Kewangan, Lajnah Perhubungan, Lajnah Ihtifal dan Hadrah dan lain-lain. Majlis ini juga menerbitkan majalah bulanan eltsawof elislamy. Tahun 2011 juga akan menyaksikan bangunan baru Majlis Sufi yang telah dirasmikan perletakan batu asas pada tahun lepas oleh Mufti Mesir Prof Dr Sheikh Ali Jumaat as-Syazuli. Perasmian bangunan baru kelak akan dirasmikan oleh Syeikh al-Azhar al-Imam al-Akhbar Prof Dr Ahmed al-Tayeb al-Khalwati. Sememangnya sejarah merekodkan sumbangan besar para ulama sufi dalam dakwah, jihad dan keilmuan serta perpaduan ummah.

Berikut senarai baru Anggota Tertinggi Majlis Tariqat Sufi dan Majlis Sufi (Majlis A’la Turuq Sufiah) :
Sheikh Hassan ar-Rodi (Tariqat as-Syazuliah), Sheikh Isomuddin Zaki Ibrahim (Tariqat al-Muhammadiah as-Syazuliah), Sheikh Salim al-Jazuli (Tariqat al-Jazuliah as-Syazuliah), Sheikh Ahmad al-Sowi (Tariqat as-Sowiah al-Khalwatiah), Sheikh Abdul Rahim al-Azazi (Tariqat al-Ahmadiah al-Azaziah), Maulana Sheikh  (Tariqat ad-Dusuqiyyah al-Muhammadiyyah), Sheikh Mahmud Abu al-Faid (Tariqat al-Ahmadiah), Sheikh Mohamad Ali Asyur (Tariqat al-Burhamiah), Sheikh Malik Mohamad Ulwan, Sheikh Mustafa al-Qawqaji
(Tariqat as-Syazuliah al-Qawqajiah).

'Nazrah Madad Ya Ahli bait'. Kullu Am Bikhair'.