DIARI PETUGAS MUSLIM
Insan muslim mempunyai tanggungjawab terhadap agama iaitu sebagai khidmat ad-Din. Tanggungjawab dan tugasan agama menjadi suatu tanggungjawab kepada semua pihak dan tertakluk kepada ruang lingkup kemampuan, kesedaran dan kesedaran sebagai hamba dan didalam hubungan sesama manusia bagi memakmurkan alam ini.
Sebagai petugas Muslim, kita harus mempunyai perancangan strategik bagi menjalani kehidupan di dunia yang bertujuan bagi khidmat agama dan memakmurkan alam sejagat. Adalah penting para petugas mempunyai persiapan dan tindakan strategis. Ini bagi memastikan halatuju perjuangan menepati landasan yang betul dan mencapai objektif yang baik. Bertujuan mengharapkan keredhaan Ilahi.
Membina Kekuatan Diri dan Jatidiri
Jatidiri merupakan teras terpenting, kerana insan merupakan aset. Sebagai petugas muslim , persiapan utama ialah membina jatididri yang berpaksikan Ahli Sunnah waljamaah, faham agama dan mempunyai kekuatan rohani yang mantap. Kerana ianya penting bagi menghadapi cabaran dan dugaan dengan baik. Persiapan membina jatidiri ialah melalui pembelajaran, kefahaman dan amalan kerohanian.
Berilmu dan Bermaklumat
Petugas Islam hendaklah sentiasa mencari ilmu samaada ilmu agama dan ilmu akademik. Kepelbagaian bidang ilmu harus diterokai. Budaya membaca, mengkaji, berfikir dan menganalisis harus dipupuk. Dunia kini diera maklumat. Hal-hal semasa yang berlaku dalam masyarakat, negara dan antarabangsa hendaklah diikuti perkembangannya. Sebagai petugas Islam haruslah peka dan prihatin dengan perkembangan semasa.
Petugas Islam hendaklah membina kepakaran, kemahiran dan kebolehan. samaada melalui pembelajaran, membaca, latihan dan sebagainya. Yang mempunyai sifat serba boleh dalam pelbagai bidang keilmuan. Kerana petugas hendaklah berada disetiap posisi bidang dan tempat. Dan harusmemainkan peranan tersendiri. Antaranya kemahiran berceramah, berhujah, mengkaji dan menyelidik. Petugas Islam harus mempunyai idea-idea yang bernas bagi membina agenda perancangan dan perlaksanaan. Kesepaduan ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang dapat dijuruskan kearah sumbangan sejagat. Minda intelek dan budaya berfikir harus diterapkan kalangan petugas Islam.
Sebagai petugas Islam haruslah peka dengan ancaman-ancaman terhadap umat Islam samaada ancaman dalam bentuk media massa, budaya, hiburan, politik, pendidikan dan ekonomi. Begitu juga ancaman ideologi samaada ideologi bukan agama seperti sosialis dan kapitalis, atheis dan seumpamanya. Dan juga ancaman fahaman bukan Sunni seperti Syiah, batiniah, Wahabi, Islam Liberal dan pluralisme. Kepekaaan hendaklah menjadi sikap kerana ancaman tersebut datang dalam pelbagai bentuk. Justeru haruslah proaktif dan tangkas mengesani dan mengatasinya.
Jaringan Kerjasama
Persaudaraan Islam harus dieratkan dan melangkaui ke seluruh pelusuk dunia. Petugas Islam harus mempunyai sikap tolong menolong dan bekerjasama. Kerjasama dari perkara kecil hinggalah kepada agenda yang besar. Jaringan umat Islam harus diperkukuh , perpaduan dan keutuhan umat Islam bagi agenda bersama.
Konsep Muhasabah
Petugas Islam harus sentiasa bermuhasabah bagi menilai diri, organisasi, untuk mengesani kelemahan, kesilapan yang perlu diperbaiki dan ditambah nilaikan.
Petugas Islam harus berfikiran strategis dan mempunyai pelbagai kelengkapan ilmu dan kemahiran serta jaringan kerjasama yang erat dengan para petugas di pelbagai bidang dan tempat. Kekuatan rohani merupakan aura kekuatan yang paling penting dan inilah rahsia kekuatan umat Islam. Idea-idea membina harus digilap begitu juga perancangan dan tindakan dalam agenda perjuangan agama dan ummah sejagat.