ASPIRASI / INSPIRASI

Ilmu Massa, Turath, Sejarah. Analisa Kajian Budaya Pemikir. Peradaban Insani Kalbu Akal Mencerah. Hakikat Amal Zikir Dan Fikir. Ilmu, Amal, Hikmah Menjana Pencerahan. Ulul-Albab Rausyanfikir Irfan Bistari. Tautan Mahabbah Mursyid Bimbingan. Alam Melayu Alam Islami Tamadun Melayu Peradaban Islami. Rihlah Ilmiah Menjana Pencerahan Pemikiran, Kefahaman & Ketamadunan (Ilmu,Amal,Hikmah & Mahabbah) - Inspirasi: Rizhan el-Rodi

The worldview of Islam: Syed Muhammad Naquib al-Attas




Perpustakaan Istac khazanah negara

Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD

29 Mei 2012 utusan malaysia

SEBAIK menjejakkan kaki di laman Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) yang gah tersergam di Persiaran Taman Duta, Kuala Lumpur, membuatkan diri terasa teruja dengan keunikannya.
Seni bina klasik berunsur ketamadunan Islam pada setiap binaan bangunan menjadikan cawangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Kuala Lumpur itu kelihatan sangat menakjubkan sehingga tidak terasa berada di negara sendiri.
Ditambah pula dengan persekitaran yang damai dan menenangkan terletak di pinggir bukit amat sesuai untuk dijadikan lokasi strategik bagi menuntut ilmu dan mendapatkan sumber ilham.
Bukan sahaja mempunyai seni bina yang pastinya dicemburui, malah Istac turut mempunyai sebuah gedung ilmu bertaraf dunia yang mengandungi sumber simpanan khazanah negara dan juga segenap dunia Islam.
Dengan menyediakan hampir 163,000 koleksi sumber rujukan, perpustakaan Istac memainkan peranan penting dalam menghidupkan perbincangan mengenai pelbagai aspek Islam secara mendalam di seluruh dunia.
Sejak ditubuhkan pada tahun 1987 di bangunan asal yang terletak di Damansara, tahun ini merupakan hari bersejarah bagi perpustakaan itu apabila ia diberi penjenamaan semula dengan nama Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas sempena nama pengasasnya iaitu Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Melalui koleksi bukunya terutama koleksi khas dan manuskrip yang istimewa dan luar biasa menjadikan Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas sebutan dan rebutan pelbagai institusi samaada dalam dan luar negara.
Ketua Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas, Istac, Normala Harun berkata, dengan menumpukan dalam bidang ketamadunan Islam, membolehkan perpustakaan itu mengumpulkan koleksi dan rujukan eksklusif mengenai tamadun dunia yang tidak terdapat di mana-mana.
"Sehingga kini terdapat sebanyak 45,518 koleksi khas seperti koleksi peribadi yang diperoleh daripada penulis asal bahan tersebut. Koleksi tersebut tidak terdapat di tempat lain kerana kebanyakan buku yang diperoleh adalah daripada salinan asal daripada penulis yang menggunakan tulisan tangan.
"Sebagai contoh, koleksi Andre dan Oleg Grabar yang mengandungi 5,825 buku merupakan antara koleksi seni bina Islam terunggul di dunia. Koleksi Brandenburg yang merupakan seorang pakar pengajian Islam termasuk seni dan senibina Islam dan perubatan Islam," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas, Istac, baru-baru ini.
Ia disempurnakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Turut hadir Rektor UIAM, Profesor Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin; Dekan Istac, Profesor Hassan Ahmed Ibrahim dan wakil keluarga Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas.

Perisytiharan Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas: Kalam Dato' Dr Syed Ali Tawfik al-Attas b. Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas

video



             Nama tokoh falsafah Islam diabadi di perpustakaan ISTAC


2012/05/22

KUALA LUMPUR: Perpustakaan Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (Istac) kini dikenali sebagai Perpustakaan Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas bagi menghargai sumbangan tokoh falsafah Islam dan Tokoh Melayu Terbilang 2011 itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sumbangan Tan Sri Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam kajian mengenai tamadun Islam sangat tinggi sehingga memberi idea kepada penubuhan Istac pada 1987.
"Tokoh ini telah menghasilkan banyak karya berkaitan Islam sejak 1970 sehingga kini dan hasil penubuhan Istac telah membantu penuntut universiti melakukan kajian dan penelitian mengenai Pemikiran dan Peradaban Islam serta memberikan respon yang kritis terhadap Peradaban Barat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan perpustakaan itu di sini, hari ini.
Turut hadir, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Zaleha Kamaruddin dan Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas, yang mewakili bapanya, Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Ali Al-Attas.

Selain sumbangannya dalam penulisan buku, Jamil Khir berkata, kerajaan juga amat menghargai jasa Prof Dr Syed Muhammad Naquib dalam membuat kajian dan menyelamatkan dokumen berkaitan Islam.

"Usaha Prof Dr Syed Muhammad Naquib menyelamat dan membaiki lebih daripada 10,000 manuskrip dan pelbagai dokumen serta rekod kandungan perpustakaan abad ke-16 iaitu Perpustakaan Gazi Husrev Beg di Bosnia dan dipindahkan dalam bentuk 'microfilm' menerusi kerjasamanya dengan seorang bekas pengajar Istac, Dr Mustafa Ceric, harus diberi pujian," katanya.

Sehubungan itu, Jamil Khir berkata, Istac dan UIAM harus memulihara bahan yang terdapat dalam perpustakaan itu dengan cermat kerana koleksi berkaitan tamadun Islam itu turut diiktiraf oleh tokoh akademik dari Universiti Oxford , Universiti Cambridge dan Universiti Harvard.
. - BERNAMA


BIBLIOHOLISME: Menelurusi Pesona Dunia Buku Dan Pencintanya



BIBLIOHOLISME: Menelurusi Pesona Dunia Buku Dan Pencintanya

Shaharom TM Sulaiman,terbitan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM).

·                     Bahagian I: Buku dan daya pikatnya.
·                     Bahagian II: Biblioholisme: Mengenal dunia pencinta buku.
·                     Bahagian III: Travelog pencinta buku.
·                     Bahagian IV: Sisi aneh dunia buku.

Bahagian I, penulis menyentuh tentang perihal fenomena buku yang menjadi teman rapat manusia. Ianya disulami dengan menyentuh bagaimana peradaban buku disemarakkan dengan mengutip pengalaman-pengalaman sejarah para penulis buku di zaman lampau. Diceritakan juga di dalam bab ini perihal buku memoir dan tips-tips berguna memelihara dan mejaga buku dan akhirnya bahagian ini ditutup dengan coretan khusus mengenai Komik 1Malaysia.

Bahagian II pula membawa kita mengenali dunia pencinta buku dengan melihatnya di dalam perspektif sejarah dan peradaban. Seterusnya penulis membawa pembaca mengenal ciri-ciri seseorang BIBLIOFIL secara ringkas. Diterbitkan juga persoalan samaada BIBLIOHOLISME ini juga sejenis penyakit psikologi serta kepentingan BIBLIOFIL dan bagaimana ianya menyumbang kepada budaya membaca. Beberapa pengalaman pencinta-pencinta buku juga dikumpulkan di dalam bahagian ini bagaikan ianya satu pertemuan khas diadakan untuk mereka semua. 

Bahagian III. Ianya dimulakan dengan keasyikan pencinta yang bernama Kamal yang mana beliau juga meminati buku-buku lama (rare books). Kekaguman terhadap lautan manuskrip perpustakaan di negara Iran yang berpunca daripada minat mengumpul bahan bacaan oleh penduduk negara itu. Selain itu disentuh juga beberapa perkara mengenai travelog, tabiat membaca di kedai buku dan keinginan kerajaan menubuhkan Kota Buku Kuala Lumpur.

Bahagian IV merupakan bahagian akhir buku ini yang mengupas tentang beberapa keanehan dunia buku. Antara yang diperihalkan adalah mengenai bagaimana buku jadi tempat mengadu, keganasan yang dilakukan terhadap buku, penyakit BIBLIOLEPTOMANIA serta cadangan buku yang perlu dibaca sebelum mati.

Didalam buku ini dipaparkan Kisah tentang Allahyarham Haji Wan Mohd Shaghir juga sangat menarik. Dunianya adalah dunia ilmu, yang membuat  beliau menjelajah, meneroka, mengkaji dan mengarang tentang ulama silam Melayu yang terpancar dalam manuskrip dan kitab kuning. Beliau telah menghabiskan sebahagian besar usia kehidupannya untuk tujuan yang cukup mulia ini. Suatu dunia atau bidang yang jarang-jarang dipilih oleh orang lain, apatah lagi dunia yang jauh daripada mencari kemewahan hidup dan memburu harta. Beliau adalah pengkaji dan pengarang yang sangat berwibawa tentang segala hal mengenai ulama silam Melayu Nusantara sama ada dari segi kitab atau manuskrip dalam memahami nukilan pemikiran ulama tersebut. Ini dilakukannya dengan membongkar, memelihara dan menyimpan, malah menulis semula pemikiran yang terkandung dalam kitab berkenaan dalam bentuk moden bagi manfaat generasi hari ini.

BIBLIOHOLISME: Menelurusi Pesona Dunia Buku Dan Pencintanya

Penulis: Shaharom TM Sulaiman

Muka Surat: 106

Tahun Terbitan: 2012

Terbitan: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)

Sumber:cikgunasir & jomsewabuku


Tun Dr Mahathir ikon membaca

Tun Dr Mahathir ikon membaca

By : Faruq Ghozi 

One of the secret why Tun Mahathir become one of the most malay genius leader in the world is because of his carving in reading books. Malays dislike to read proportionate with Japanese they love to read. We dont realize the behalf and benefits that we can obtain in reading. Beside gain of knowledge, reading helps us to :

1.Exercises your mind. Reading bends loosens and supple the mind. It helps in keeping the muscles of the brain in good shape.
 2.Gives satisfaction Reading gives immense satisfaction to a person. Nothing can be more satisfying than to sit with your child and read him a story book, or to see him grow with the fairy tales.
 3.Expands the imagination Reading expands the imagination of a person. One becomes more confident, self assured of his ability to understand and appreciate the various aspects of life. The mind is channelized to think about the different aspects and then questions and derives conclusions about them.
4.Enhances the ability to focus The mind of a reader is more concentrated and focused about various aspects of life. When the mind is focused it has the capability to be more attentive in practical situations of life. As a result the body and mind of such people remain calm; they look at the problem objectively and are better decision makers.
 5.Produces efficient orators Only those who know something of quality can speak and gains respect and recognition from people. People with scarce knowledge about a subject cannot be good orators
6.Improves knowledge Reading improves a person’s knowledge about various fields of life. This knowledge base helps a person to make correct decisions in different situations of life.
 7.Helps to achieve goals in life People who develop reading habit since childhood are better able to decide their goals in life. Reading also helps them in achieving these goals because once a person gets in love with books it is easier for him to just switch over from general reading to their course books.
 8.Teaches the art of living Reading biographies of legendary individuals help the reader to learn the art of living.
9.Helps to accept other cultures and religions. Just having information about other cultures might create misconceptions about their traditions and mythologies. A thorough reading gives clarity about the fundamentals of other religions. This helps the person to accept them in a better and overwhelming manner. Congratulations to Tun Mahathir on his enthronement as a National Read Icon suitable with his interest as a book lover.

Pemikiran Strategik Dr M


PEMIKIRAN ialah apa saja yang difikirkan dalam fakulti akal. Maknanya terlalu umum. Ia juga membawa maksud lintasan dalam akal. Ia juga bermakna suatu upaya membuat analisis (mencari baik buruk) mengenai sesuatu yang difikirkan, membuat keputusan, melakukan menungan, membuat penelitian atau kajian dan sebagainya. Semua usaha ini berlaku dalam akal manusia. Jadi pemikiran hanyalah teori semata-mata jika tidak diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan.

        Pemikiran strategik (PS) pula berlangsung dalam akal secara mendalam, radikal, drastik dan menyeluruh. Unsur yang penting dalam PS ialah unsur strateginya iaitu langkah yang dilaksanakannya dengan memanfaatkan taktik atau kaedah yang bersembunyi, boleh berbentuk menyerang (ofensif) dan mempertahankan (defensif), memiliki unsur pertandingan dan sebagainya. Jadi, pemikiran strategik ialah pemikiran yang menggunakan unsur strategi dan taktikal untuk mencapai matlamat. PS juga disebut sebagai pemikiran analitikal atau pemikiran logik yang memanfaatkan unsur strategi dan taktikal untuk mencapai matlamat atau mencapai kemenangan. Untuk membolehkan seseorang berpemikiran strategik mereka haruslah: 
           1.Mempunyai kebolehan menganalisis yakni memahami kekuatan dan kelemahan sesuatu perkara;
           2.Mempunyai kebolehan membaca secara kritis; dan
           3.Mempunyai kebolehan melihat sesuatu perkara secara keseluruhan yakni secara holistic.

      Mantan  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, memiliki sekurang-kurangnya tiga kebolehan pemikiran strategik seperti yang digariskan itu. Malah, ada orang mengatakan beliau memiliki lebih daripada tiga kebolehan berfikir secara strategik. Persoalannya bukanlah jumlah kebolehan yang dimilikinya, tetapi kemampuan menterjemah kemampuan berfikir secara strategik yang sedia dimilikinya dalam bentuk tindakan yang memanfaatkan negara.

        Contoh pertama: ketika beliau cuba menghasilkan projek kereta nasional seperti Proton Saga dan Kancil, terlebih dulu beliau berfikir secara strategik.
        Beliau terlebih dulu akan:
           1.Membaca laporan mengenai kekuatan-kelemahan kereta yang dihasilkan di Barat;
           2.Menganalisis sedalam-dalamnya peralatan sesebuah kereta, misalnya (komponen enjinnya dan banyak lagi hal yang berkaitan dengan kereta); dan
           3.Meminta diadakan taklimat mengenai kereta bukan di bilik pendingin hawa, tetapi di kilang kereta itu sendiri (di Jepun) supaya beliau dapat melihat sendiri cara kereta Jepun dibuat.

        Dengan pemikiran strategik ini, maka lahirlah idea membuat kereta tempatan. Maka, lahirlah Proton Saga, Kancil dan Rusa yang sesuai dengan cita rasa setempat.

        Contoh kedua: pemikiran strategik Dr Mahathir ialah ketika negara berura-ura membeli kapal terbang pejuang supersonik MiG-29 buatan Russia. Terlebih dulu Dr Mahathir membaca komen mengenai kekuatan dan kelemahan MiG-29. Ketika pameran LIMA di Langkawi, Mahathir meneliti, menganalisis kekuatan dan kelemahan pesawat itu. Beliau bertanya kepada penganjur antarabangsa LIMA mengenai hal teknikal yang relevan dengan MiG-29. Pertanyaan ini menyebabkan penganjur mengetahui bahawa Dr Mahathir benar-benar mengetahui seluruh aspek MiG-29.

        Contoh ketiga: bagaimana Dr Mahathir menggunakan pemikiran strategiknya untuk menumpaskan hujah dan tohmahan George Bush (ketika itu Presiden Amerika) terhadap Malaysia pada Sidang Bumi di Rio de Janerio, Brazil.
        Hujah Bush: Malaysia menebang balak. Oleh itu Malaysia kekurangan hutan dan menyebabkan terjadinya pencemaran alam. Ertinya Malaysia menyumbang kepada terjadinya pencemaran alam secara berleluasa. 
        Hujah balas Dr Mahathir: Negara manakah yang lebih banyak menyumbang kepada pencemaran udara/alam. Malaysia atau Amerika?

        Secara nyata Dr Mahathir mengemukakan fakta mengenai begitu banyak kereta di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan asapnya. Malah, kilang di Amerika Syarikat juga mengeluarkan asap yang banyak dan tidak terkawal. Asap daripada kenderaan dan kilang menyerap ke dalam udara Eropah malah angin yang bertiup membawa pencemaran itu ke negara Asia. Ertinya negara-negara Asia ikut mendapat kesan daripada pencemaran asap yang dimulakan di Amerika Syarikat. Malah, Malaysia juga ikut tercemar akibat pencemaran alam buatan Amerika.
        Sebaliknya meskipun Malaysia menebang balak tetapi penebangan ini hanyalah untuk tujuan pembangunan. Malaysia mengusahakan cara yang terbaik untuk mengawal usaha pembangunan ini supaya tidak berlaku pencemaran alam yang teruk. Jadi negara manakah yang sebenarnya yang mencemarkan alam ini?

        Berdasarkan kebolehannya menggunakan pemikiran strategiknya, dunia yang sebelum ini cuba menuding jari kepada Malaysia akhirnya berpusing balik kepada Amerika dan menyedari kesalahannya. Begitulah sekelumit senario sekitar penggunaan pemikiran strategik beliau di dalam dan di luar negara.

        Pemikiran kreatif (PK) pula ialah pemikiran yang memanfaatkan khayalan, fantasi, angan-angan dan wawasan dalam bentuknya yang kabur. Ia memanfaatkan imaginasi seseorang mengenai cita-cita, wawasan, mamai atau mimpinya. Meskipun pada permulaannya ia cuma imaginasi dan fantasi yang tidak dapat dibuktikan tetapi apabila ia dikonkritkan, disaring atau diberi penilaian, maka imaginasi atau yang fantasi itu menjadi kenyataan.

        Dr Mahathir juga berfikir menggunakan pemikiran kreatif. Antara pemikiran kreatif yang beliau hasilkan ialah menyamakan waktu Semenanjung (waktu di Malaysia Barat sama dengan Sabah/Sarawak, dasar pandang ke Timur, melaksanakan industri Berat, dasar penswastaan, Wawasan 2020, Koridor Raya MultiMedia (MSC), Siberjaya, Putera Jaya dan pemulihan ekonomi melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

        Pemikiran Kreatif ini adalah secara umum. Bagaimanapun ada kaedah yang lebih khusus dalam pemikiran kreatif ini dilaksanakan oleh Dr Mahathir. Dr Mahathir juga memanfaatkan cabang pemikiran kreatif yang lain yang lebih radikal.
       Misalnya, Pemikiran Lateral (pengasasnya Edward de Bono) yakni pemikiran yang gila-gila, yang tidak masuk akal yang digunakan untuk menyelesaikan masalah dan mencipta idea baru. Ia dibezakan daripada cara lama yang diamalkan oleh pemikiran konvensional.
        Pada 15 Julai 1993, kami menghadiri kursus Supertition Developing Creative Managers: To Outsmart the Competition di Kuala lumpur. "Dr Edward de Bono kini berada di pejabat Perdana Menteri. Kursus ditangguh sebentar" pengacara mengumumkan bagi pihak penganjur. De Bono ialah penceramah bagi kursus yang diadakan sepanjang hari itu.
        "De Bono di pejabat Perdana Menteri, buat apa ya?" saya bertanya sendiri. Tiada jawapan. Bagaimanapun saya cuba membuat tanggapan dan kesimpulan. De Bono adalah guru pemikiran yang terkenal di dunia yang mencipta teknik berfikir kreatif iaituPemikiran Lateral (Lateral Thinking).
        Saya berasa Perdana Menteri memerlukan nasihat de Bono mengenai bagaimana cara untuk memajukan negara. Boleh jadi, cetus hati saya. Dr Mahathir memang akrab dengan pemikir di dunia apa lagi kalau  mereka dapat membantu beliau memajukan negara.

       Saya kira Dr Mahathir memang serius dalam soal reformasi dan inovasi negara. Pertemuan beliau dengan  de Bono, pada saya memang wajar. De Bono banyak membantu memperkembang korporat besar di dunia dan memajukan sistem pendidikan yang ketinggalan dan sebagainya. Dalam banyak hal, beliau berhasil menerapkan pemikiran lateral dalam pelbagai bidang kehidupan yang menuntut inovasi. Banyak korporat dan sistem pendidikan di dunia ikut merasai sentuhan dan keberkesanan pemikiran lateral ini.
        Malaysia demikian juga. Semenjak Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981, banyak perubahan terjadi kepada rakyat dan negara. Kebanyakan perubahan ini cukup radikal dan mengejutkan.

        Perubahan yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir ada kalanya dipandang cukup radikal, menolak langsung  yang konvensional, melompat-lompat, kabur, tidak logik, mengarut, ganjil, tidak pernah dilakukan sebelumnya, kompleks, mustahil, tak disangka-sangka, banyak memerlukan tafsiran, banyak kemungkinan, mencabar dan banyak lagi.

        Ada orang yang memandang perubahan ini dengan pandangan yang cukup positif. Perubahan ini dianggap cukup kreatif, inovatif, exploratif, mencari terra incognita (daerah baru yang belum diterokai), memikirkan  perkara yang tidak terfikir, menjadikan kenyataan terhadap perkara mustahil dan sebagainya. Pada mereka perubahan yang memanfaatkan hal-hal ini memang cukup wajar demi kemajuan dan kelangsungan hidup negara.

        Begitulah perubahan dalam keadaan apa pun diterima secara pro dan kontra. Yang penting dan yang harus dipastikan ialah perubahan itu dapat dinikmati oleh rakyat dan negara. Dr Mahathir berhasil membuktikan perubahan yang dibawanya dapat memanfaatkan negara walaupun beliau menerima kritikan yang cukup hebat.

        Apakah rahsia kehebatan perubahan Dr Mahathir? Pemikiran! Benar, pemikiran boleh saja ketinggalan zaman atau boleh saja maju bergantung kepada cara orang menggunakannya. Dr Mahathir cenderung menggunakan pemikiran untuk memajukan rakyat dan negara.
        Beliau membuat sesuatu yang pelik, sesuatu yang mustahil dan tidak pernah dibuat orang sebelumnya. Dengan perubahannya, beliau tidak peduli apa orang kata kerana kalau kita mendengar kata orang, tak ada apa yang boleh dilakukan. Dr Mahathir melakukan perubahan dengan penuh keyakinan.

        Selanjutnya ada gaya berfikir beliau yang memanfaatkan pemikiran rentas berani (breakthrough thinking) dan pemikiran berisiko (risk thinking). Pemikiran rentas berani bukan saja memerlukan kekuatan pemikiran kreatif malah keberanian melaksanakan idea kreatif dengan kekuatan luar biasa. Tatkala orang lain pusing kepala bagaimana cara menangani kejatuhan nilai ringgit, Dr Mahathir muncul dengan kaedah berfikir barunya.
       Satu contoh pemikiran berisiko ialah pemikiran yang beliau manfaatkan apabila beliau menyerang George Soros, spekulator mata wang antarabangsa. Dr Mahathir menganggap Soros sebagai penyangak mata wang.  Menyanggah Soros, pengarang buku The Crisis of global Capitalism apalagi tokoh kewangan dunia adalah suatu risiko terhadap Dr Mahathir. Sebelum ini tiada pemimpin dunia yang berani menentang Soros apa lagi pemimpin negara-negara Asia. Tetapi Dr Mahathir melakukannya dengan berani dan berisiko.
        Kata Musashi "apabila seseorang mengerti kegunaan senjata, maka ia dapat menggunakan setiap senjata  dengan waktu dan keadaan." Saya percaya konsep senjata ini digunakan dengan berkesan oleh Dr Mahathir untuk menewaskan musuh-musuhnya sehingga mereka tertiarap dan tidak dapat bangun lagi. Kesimpulannya Musashi memanfaatkan kelemahan musuh dan kekuatan diri sendiri.

        Sun Tzu dalam strategi peperangannya yang dipaparkan dalam buku Seni Peperangan pernah menyebut   "sama ada musuh akan melakukan kesilapan yang membolehkan kita berkesempatan menewaskannya terletak di tangan mereka" dan "kita harus menyerbu apabila yakin akan mencapai kemenangan." Pemikiran begini diikuti tindakan digunakan sebaiknya oleh Dr Mahathir untuk menangani musuh-musuhnya terutama yang degil. Ternyata musuh kecundang sementara Dr Mahathir tetap utuh.

sumber:

KURSUS PANDANGAN ALAM ISLAMI (WISE,HAKIM) : KEARAH PENCERAHAN DAN FAHAM PEMIKIRAN ISLAMI



KURSUS PANDANGAN ALAM ISLAMI (WISE,HAKIM) : KEARAH PENCERAHAN DAN FAHAM PEMIKIRAN ISLAMI


MODUL KURSUS
MODUL KURSUS
Semester 1
Semester 2
3rd Semester
1st Semester
  Module 1: The Worldview of Islam: A Brief Overview
  Module 2: The Place and Role of the Holy Qur'an and Sunnah
  Module 3: The Nature and Reality of Man
  Module 4: The Cosmos as the Created Book
  Module 5: The Nature and Purpose of Knowledge
  Module 6: The Meaning and Experience of Happiness

2nd Semester
  Module 7: The External Problems of the Muslims: The Challenges of Western Culture
  Module 8: The Threats of Secularization towards the Natural World, Politics and Values
  Module 9: The Internal Problems of the Muslims: The Corruption of Knowledge, the Loss of Adab and the Rise                     of False Leaders
  Module 10: The Islamization of Contemporary Knowledge and the Dewesternization of Thought and Language
  Module 11: Ta'dib as the Concept of Education in Islam
  Module 12: The Advent of Islam in the Histories of the Western and Malay Worlds

3rd Semester
  Module 13: Epistemology
  Module 14: Islamic Pyschology
  Module 15: Islamic Theology
  Module 16: The Study of Religion: Its History and Philosophy
  Module 17: Philosophy and Ethical Theory
  Module 18: The Philosophy of Science
  Module 19: Tafsir, Ta'wil and Hermeneutics
  Module 20: Usul Al-Fiqh: Siyasah Shar'iyyah
  Module 21: Usul Al-Fiqh: Maqasid Al-Shari'iyyah
  Module 22: Ethics and Leadership
  Module 23: The Study of Malay Civilization: Its Philosophy and The Role of Islam
  Module 24: Contemporary Islamic Thought

Pandangan Alam Islam : Tinjauan Ringkas
Sebagai mata pengajian pendahuluan dan melalui perbandingan dengan Pandangan Hidup Barat Moden yang Sekular, modul ini menerangkan secara umum makna Pandangan Alam (atau Hidup) Islam, ciri-cirinya, dan unsur-unsur dasarnya yang terdiri terutamanya daripada faham-faham teras berikut: Tuhan dan Ciptaan-Nya; Wahyu, Qur`an dan Nabi; Agama; Insan; Ilmu dan Pendidikan; Akhlak dan Nilai; Kebebasan dan Kebahagiaan. Turut akan dijelaskan perkaitan erat antara bahasa dan pandangan alam serta kesan dan pengaruh pandangan alam terhadap cara hidup insan.

 Modul 2
Wahyu (al-Qur`an dan al-Sunnah) : Kedudukan & Peranannya
Modul ini mengupas ta'rif wahyu, kaitan antara al-Qur`an dan al-Sunnah serta kepentingan wahyu, khususnya sebagai sumber ajaran Islam dan teladan penghayatannya. Peranan wahyu dan bagaimana ia sepatutnya berperanan turut dibahaskan. Ia juga menampilkan kerangka umum dalam berinteraksi dengan wahyu sebagai sumber pandangan alam dan pedoman kehidupan. Faham-faham penting yang akan dikupas termasuklah faham Tanzil terakhir, hidayah, kalamullah; khatamun nabiyyin, kesejagatan Rasulullah sebagai rahmat Tuhan, uswah hasanah, dan yang sebagainya.

Insan : Hakikat & Sifat
Modul ini mengupas secara jelas dan benar tentang hakikat diri insan menurut pandangan Islam. Ia menyentuh pelbagai isu berkaitan kejadian insan, tanggungjawab dan hala tuju kehidupan insan di dunia. Ini termasuk persoalan awal kejadian insan, hakikat keruhanian insan dan hubungannya dengan jasad serta cabaran kewujudan, matlamat dan tanggungjawabnya di dunia. Semua hakikat ini diperjelaskan berdasarkan kerangka pandangan alam Islam secara perbandingan dengan tradisi psikologi sekular Barat.

Modul 4
Alam Semesta sebagai Ayat-Ayat Allah
Modul ini bertujuan menjelaskan Alam Semesta sebagai Kitab Kejadian (al-kitab al-takwini) dan seterusnya meninjau kesan kefahaman yang sedemikian itu terhadap hala-tuju pelbagai disiplin ilmu dalam Masyarakat Islam, terutamanya Sains Tabii (natural sciences). Antara perkara-perkara utama yang akan disentuh adalah: kefahaman bahawa sebagai suatu Kitab, Alam Semesta turut mengandung Ayat-Ayat Allah yang bersifat muhkamah dan juga yang bersifat mutashabihah; pendekatan tafsir-ta'wil sebagai kaedah utama Qur`ani dalam mengkaji dan meneliti Alam Semesta demi untuk mencapai makna dan kefahaman yang benar; dan peranan kefahaman yang sedemikian itu dalam pembasmian pensekularan sebagai ideologi pada dasarnya, dan pensekularan sains sebagai rantaiannya.

Ilmu : Faham & Pembudayaannya
Modul ini memberikan pendedahan mengenai hakikat, sifat dan tujuan ilmu, sumber-sumbernya, pembahagiannya, adab terhadapnya, dan pembudayaannya. Turut akan disentuh hubungan antara ilmu dengan hakikat-kebenaran; perbezaan antara ilmu dan ma`lumat; hubungan ilmu, insan dan Tuhan; serta pelbagai penghalang dan lawan ilmu (khususnya, yang terbit tersebar dari Keperibadian dan Tamadun Barat, dahulu dan semasa).

Kebahagiaan (al-sa-adah) & Tragedi (al-shaqawah) : Makna & Pengalamannya
Kebahagiaan dalam modul ini selain dibahaskan secara yang berangkaian dengan faham 'kebaikan' (virtue) dan 'kebebasan' (freedom) yang semuanya kembali pada diri, sifat, dan perlakuan insan, juga akan ditinjau secara yang bertentangan dengan lawannya iaitu kesengsaraan (al-shaqawah) yang mencapai kemuncaknya pada tragedy sebagaimana yang dimaknai dan dialami dalam Tamadun Barat, baik yang purba mahupun yang moden-sekular. Turut akan dijelaskan adalah segi-segi, jenis-jenis, dan martabat-martabat kebahagiaan; hubungan kebahagiaan dengan tujuan hidup dan diri insan; dan kaitan kebahagiaan dengan keyakinan insan akan Hakikat-Kebenaran Muktamad serta perangai-perbuatannya yang menepati keyakinan tersebut.

Masalah Luaran Kaum Muslimin & Cabaran Kebudayaan Barat
Cabaran kaum Muslimin kini adalah dari tamadun Barat, dan untuk menghadapinya kaum Muslimin perlu memahami cabaran tersebut secara yang tepat. Modul ini menjelaskan cabaran luaran kaum Muslimin ini, merangkumi takrif Tamadun Barat dan ciri-ciri utamanya. Pertembungan dengan Barat dalam bentuk agama sejagat, ketenteraan atau politik global, dan penjajahan ilmu dan pendidikan, akan dikupas.

Ancaman Sekularisasi terhadap Alam Tabii, Politik & Nilai
Modul ini akan membincangkan mengenai takrifan dan makna sekularisasi sebagai program falsafah. Sekularisasi alam tabii dan sejarahnya di Barat akan diteliti semenjak zaman Yunani purba hingga ke masakini. Berlandaskan unsur tersebut, pensekularan politik dan sekularisasi nilai yang menidakkan kewibawaan dan kemutlakan agama juga akan disorot. Bagaimana Kristian Barat semasa menjawab permasalahan sekularisasi akan diselidiki untuk dijadikan iktibar.

Masalah Dalaman Muslimin: Kekeliruan Ilmu, Kehilangan Adab & Disiplin, Kepimpinan Palsu
Modul ini memperjelaskan masalah dalaman utama kaum Muslimin yang merangkumi kekeliruan ilmu, kehilangan adab dan kepimpinan palsu yang merupakan antara sebab kemunduran kaum Muslimin kini. Faktor-faktor yang menyumbang kepada lahirnya masalah dalaman ini turut dibahaskan, seperti sikap anti-madhhab, anti-tasauf, penyempitan ilmu Islami, dan salah-urus negara.

PengIslaman Ilmu & Dewesternisation dalam Pemikiran & Bahasa
Modul ini bertujuan menyemai kefahaman mengenai kenapa cabaran terbesar sekarang ialah cabaran faham ilmu. Ini menuntut agar dikenalpasti unsur-unsur yang membentuk kebudayaan Barat, seperti rasionalisme, dualisme, sekularisme, humanisme, dan tragedi. Ia akan disusuli dengan kajian perbandingan mengenai bagaimana Islam mengelakkan permasalahan tersebut secara mengaitkannya dengan hakikat insan dan ilmu yang sebenar.

Ta'dib sebagai Faham Pendidikan Islam
Ta'rifan Pendidikan Islam akan diteliti dalam konteks ta'dib. Isu dan permasalahan berkaitan tujuan dan matlamat pendidikan Islam akan dikaji dalam rangka mencari langkah penyelesaian konseptual yang sebenar. Ta'rifan ta'dib akan dihuraikan dalam konteks susunan ilmu-ilmu Islami, yang kemudiannya diaplikasikan dalam bentuk sistem institusi pendidikan Islam.

Islam & Perubahan Hebat dalam Sejarah Barat & Alam Melayu
Modul ini meninjau mengenai penyebaran Islam sebagai agama sejagat yang telah menimbulkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Dunia amnya, dan Barat khasnya. Iaitu perubahan dalam bidang agama (Kristian), bahasa dan peristilahan, sosio-politik, kebudayaan, dan ekonomi. Kebangkitan Barat melalui revolusi sains, kuasa ketenteraan, penguasaan ekonomi dan penjajahan akan dijelaskan dalam konteks kawalan budaya Dunia amnya dan Islam khasnya. Proses pengIslaman Alam Melayu akan disorot sebagai kajian kes.

Modul 13: Epistemologi
Modul yang terdiri daripada 2 bahagian ini memberikan gambaran umum mengenai perkara-perkara penting yang dibahaskan dalam kajian dan penelitian terhadap Ilmu sebagaimana yang terdapat dalam Tradisi Pengajian dan Kesarjanaan Islam. Dalam bahagian pertama, tinjauan dibuat terhadap rencana perbahasan yang terkandung dalam bahagian awal Sharh al-?Aqa'id al Nasafiyyah oleh Sa?d al-Din al-Taftazani, bab pertama Kitab al-Mawaqif oleh ?Adud al-Din al-Iji, dan beberapa fasal awal jilid pertama Kitab Abjad al-'Ulum oleh Siddiq b. Hasan al-Qinnawji. Dalam bahagian keduan- ya pula, liputan ringkas akan dilakukan terhadap daya kekuatan diri insan yang berkaitan dengan ilmu menurut rencana pemikiran Hujjat al-Islam Abu Hamid al-Ghazali.

Modul 14: Psikologi Islami
Modul pengenalan ilmu Psikologi Islami ini memaparkan perbincangan tentang jiwa dalam Islam. Ini akan dikemukakan dari dua pendekatan; pendekatan pengantar dan kajian kes terpilih. Dalam pengantar, modul ini mengemukakan maklumat asas berkenaan ta'rif psikologi Islami, sumber dan sejarah pengkajiannya, kedudukan perbincangan tentang jiwa dalam pelbagai ilmu Islam khususnya tasauf, ilmu kalam, falsafah dan fiqh. Pengenalan terhadap beberapa karya agung berkaitan Psikologi Islami akan diketengahkan. Manakala dalam kajian kes, isu-isu terpilih berkaitan jiwa yang diperkatakan dalam tradisi tasawuf, kalam dan falsafah akan dibahaskan. Teks dan pemikiran para sufi, mutakallim dan failasuf terpilih seumpama al-Tusi, al Qushayri, al-Ghazali, al-Razi, Ibn Sina, dan Abu al-Barakat al- Baghdadi akan dikupas.

Modul 15: Teologi
Modul ini akan membincangkan makna teologi dan perbezaannya dengan beberapa faham dan istilah lain dalam tradisi Islam seperti akidah dan falsafah. Ia juga menghuraikan perkembangan awal teologi Islam dengan menelusuri aliran-aliran utama yang mendomi- nasi teologi Islam. Berdasarkan beberapa contoh teks-teks utama karya ahli-ahli teologi Islam seperti al-Ibanah al-Ash'ari, Iqtisad fi al- I'tiqad al-Ghazali dan al-Muhassal al-Razi modul ini juga akan menganalisa beberapa mauduk utama dalam bidang ini seperti perbahasan tentang ilmu, ketuhanan dan kerasulan. Ia juga akan mengkaji perkembangan mutakhir teologi Islam dan saling-pengaruhnya terhadap disiplin-disiplin lain seperti tasawuf dan falsafah.

Modul 16: Kajian Agama: Sejarah Dan Falsafahnya
Penjelasan mengenai ayat-ayat al-Qur'an, dan hadith-hadith, mengenai bagaimana Islam menghadapi agama-agama lain dalam sejarah. Kajian kes dalam sirah Rasulullah, dan sirah para sahabat, mana-mana yang berkenaan. Tinjauan bagaimana penyelidikan dalam mauduk ini telah membentuk disiplin-disiplin ilmu tertentu dan karya-karya mengenai kajian agama dalam tradisi falsafah, kalam dan tasauf. Kupasan ma'na agama dan keimanan dan pelbagai tema berkaitannya. Meneroka isu kontroversi kepelbagaian agama. Perbandingan dengan model Barat dalam disiplin perbandingan agama turut disentuh.

Modul 17: Falsafah Moral Dan Teori Etika
Modul ini pada dasarnya akan berusaha menangani persoalan-persoalan berikut: (i) apakah kaitan antara agama dan akhlak (morality)? (ii) Mampukah falsafah humanisme sekular menggantikan dasar-dasar yang diletak- kan oleh agama? (iii) Jika demikian apakah yang akan menggantikan Tuhan dan siapakah yang akan menjadi pendeta kepada sistem yang baru ini? Dalam rangka menjawab persoalan-persoalan ini suatu pengenalan ter- hadap asas-asas pemikiran akhlak menurut al-Ghazali akan diberikan.

Modul 18: Falsafah Sains
Modul ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama mengupas falsafah sains Islam sepertimana yang dihuraikan oleh Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam karya beliau Islam and the Philosophy of Science dan The Positive Aspects of Tasawwuf, dan kaitan huraian tersebut dengan program pengIslaman sains tabii dan sains insani. Kupasan akan turut menghubungkaitkan perbincangan secara kritis dengan perkembangan-perkembangan tertentu dalam wacana falsafah sains Barat. Modul kedua pula menumpu kepada kupasan terperinci terhadap kes-kes tertentu (case studies) daripada sejarah sains Islam dan sains semasa demi membantu para peserta melaksanakan pengIslaman sains, ekonomi dan teknologi menurut kerangka faham Pandangan Alam Islam (worldview of Islam).

Modul 19: Tafsir, Ta'wil Dan Hermeneutika
Modul ini membincangkan tentang tafsir dan ta'wil sebagai kaedah memahami kitab suci al-Qur'an. Turut dibincangkan sejarah perkembangan ilmu tafsir beserta tokoh-tokohnya dan aneka ragam pendekatan linguistik, tradisionistik, rasionalistik, dan sufistik. Ia juga akan membahaskan konsep ta'wil menurut para ulama dahulu dan sekarang. Kemudian bagi tujuan perbandingan dibincangkan pula hermeneutik dari segi sejarah, teori dan aplikasinya dalam konteks kajian Bible (Biblical studies) maupun falsafah bahasa dan ilmu pengetahuan. Matlamat modul ini ialah memberi maklumat ilmiah yang jelas tentang hakikat dan kepentingan tafsir dan ta'wil dalam sistem keilmuan Islam. Tinjauan akan dibuat terhadap karya-karya penting yang berkaitan dengan tiap-tiap topik perbincangan.

Modul 20: Usul Al-Fiqh: Siyasah Shar'iyyah
Kursus ini akan membahas ilmu pemerintahan/ ketatanegaraan Islam secara teori dan amalan. Perbincangan didahului dengan dasar-dasar al-Siyasah al-Shar'iyyah dalam al-Qur'an dan al-Sunnah serta Qiyas dan Ijma'. Pendedahan terhadap beberapa contoh amalan di zaman pemerintahan al-Khulafa' al-Rasyidin khususnya Sayyiduna Umar al- Khattab r.a. Selanjutnya pelajar akan didedahkan kepada karya-karya ulama besar dalam ilmu ini seperti al-Kharij, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Nasihatul Mulk, al-Siyasah al-Syariyyah dan al-Turuq al-Hukmiyyah. Selain itu perbahasan dilanjutkan dengan teori dan amalan al-Siyasah al-Syari'yyah di zaman kesultanan Melayu Islam terutama seperti diungkapkan oleh Raja Ali Haji (1873) dalam Thamarat al-Muhimmah.

Modul 21: Usul Al-Fiqh: Maqasid Al-Shari'ah (Matlamat Undang-Undang Islam)
Permulaan Modul ini meninjau secara umum tentang ta'rif dan hubung- kait antara 'Fiqh', 'Usul al-Fiqh' dan 'Syariah'. Tumpuan kemudian diberikan kepada: ciri-ciri umum atau semangat maqasid al-shari'ah dan akarnya dalam al-Qur'an; klasifikasinya; sejarah perkembangannya dan sumbangan beberapa ulama terdahulu, terutamanya Imam al-Ghazali dan al-Shatibi; perbezaan pendekatan ulama dalam mengenal-pasti maqasid; perkaitannya dengan maslahah/masalih (kepentingan umum) dan ijtihad dan cara-cara bagaimana prinsip maqasid begitu relevan dalam meluas- kan cakupan dan mutu ijtihad, khususnya dalam konteks menangani isu- isu semasa atau baru yang dihadapi kaum Muslimin hari ini. Pembaha- ruan dan penambahbaikan ke atas teori dan amalan maqasid ke arah menjadikannya suatu disiplin ilmu oleh ulama mutakhir seperti Ibn Ashur akan turut dibincangkan.

Modul 22: Etika Dan Kepimpinan
Modul ini akan menelusuri faham etika sebagaimana yang terkandung dalam kerangka Sains Sosial Barat dan kepelbagaian serta percanggahan tafsiran mengenai faham etika dalam beberapa disiplin penting yang terangkum dalam sains tersebut. Ia juga akan mengkaji secara empirikal mengenai sistem etika dan kepemimpinan di samping meneliti konflik etika akibat daripada pengaruh faham Sekular-Humanisme dan kesannya terhadap tingkah laku kepemimpinan. Akhirnya ia akan meneliti faham etika berdasarkan pandangan alam Islam dan sejauh mana ia menyumbang kepada pengislahan sistem kepemimpinan masa kini. Dalam modul ini juga kaitan antara faham etika dengan hakikat dan sifat insan juga akan ditekankan.

Modul 23: Pengajian Melayu: Falsafah Sejarahnya Dan Peranan Islam
Modul ini akan menyorot dan menilai secara kritis perkembangan pengajian Melayu tanah air dari dulu hingga kini dalam usaha me- martabatkan pengajian Melayu sebagai pengajian yang menepati cita dan citra tamadunnya. Dalam bahagian pertama, falsafah dan cara- gaya penelitian ke atas sejarah akan dikupas dengan penekanan kepada fafsafah 'ibar sebagai lanjutan dari faham ilmu dan makna dalam Islam. Beberapa pandangan sejarahwan Islam seperti Ibn Khaldun dan al-Maqrizi serta sejarahwan Barat akan turut dimanfaatkan. Bahagian kedua akan memberi kupasan lanjut terhadap kedudukan dan sifat pengajian Melayu yang mencermin dan mewarisi keunikan sifat dan watak tamadun Islam terdahulu terutama aspek sumbangan akliah rohaniahnya. Gagasan falsafah dan susunan kuriku- lum IBKKM akan digunakan sebagai model terbaik pengajian Melayu. Akhirnya, beberapa cuplikan dari teks-teks jawi berkenaan aqidah, fiqh dan tasawwuf serta karya-karya pra-Islam akan digunakan sebagai kajian penelitian dan perbandingan.

Modul 24: Pemikiran Islam Semasa
Modul ini meninjau pemikiran islam semasa melalui dua perspektif, iaitu (i) makna istilah-istilah tajdid, islah dan modenisme; (ii) sejarah kemunculan gerakan-gerakan yang dikenali sebagai gerakan Revivalis, Modenisme, Neo-Revivalis, dan Neo-Modenisme yang dikaitkan dengan istilah-istilah tersebut serta tokoh-tokoh besar yang mempelo- pori gerakan-gerakan ini di Mesir, Indo-Pakistan, Turki dan Rantau Melayu. Perbincangan turut menilai secara kritis isu-isu, gagasan dan metodologi yang menjadi tema utama gerakan-gerakan tersebut.